2016-08-30

Panglima jadi model


Sabtu lepas Birthday Mak Aji.
Sepatutnya semua (except Ima) akan kumpul untuk makan-makan, tapi Mak Aji pulak demam.
Dia tak kasik aku balik, takut nanti berjangkit ngan cucu-cucu dia.
Jadi, Sabtu lepas aku hantar ini ajelah.
Kebetulan Ima pun dah transfer duit siap-siap kat aku, jadi aku belikan chocolate + flower + helium ballons. Ibal ngan Siti dah beli hadiah lain.

Bila terpaksa pospon celebration dah jadi tak best sikit lah kan. Sebab nama pun pospon.
Tapi takpelah, janji balik jumpa Mak Aji.
Semalam petang baru balik Bangi, open table makan pizza je lah sudah.
Kan kalau makan kat hotel, nangis pulak Ima baca blog aku tengok gambar makanan.



Macam biasa, everytime monthly closing, keje macam lembu sikit, 7 hari straight. Lemau.
Sabtu, ada shooting kat studio untuk new baju Fleur by Mrs Him.
Ada 2 design, kali ni kurung and kebaya.

Pastu Ahad, shoot outdoor untuk kurta pulak.
Pakwe aku tu nak pakai outdoor pulak kali ni.
Jadi terpaksa buat 2 hari shooting.
Kurta also 2 design.

Kali ni shooting kat studio bawak panglima sekali.
Sibuk sangat nak fashion show nak fashion show, meh aku angkut sekali.
Bila masuk dalam studio nampak ada beberapa orang model semuanya dah cantik-cantik mekap, dia cakap "Ma, adik suka datang sini. Banyak princess!"
Kemain lagi kau suka nau dikelilingi wanita-wanita jelita. Nampak nau yang kat rumah kau takde yang jelita. Tapi kalau nak jadi romeo pun biar lepas sunat, dik.



Ni salah satu baju terbaru Fleur by Mrs Him.
Ye, rilek..rilek. Aku tau baju ni sweet. 



Hari Sabtu tu before pi studio baru aku tau pakwe aku ni pi set-kan mekap model semua kat rumah aku. Shooting pukul 8.30 lak tu. Aku bajet mesti model-model ni tak makan lagi. Dah kalau mekap start 8am, dah sah-sah dorang ni keluar dari rumah pukul 7.15am. Mana sempat makan semua ni. So, aku beranikan diri masak nasik lemak. Nak bagi sendiri makan takde hal, bab nak bagi anak orang makan ni yang aku sikit cuak. Dibuatnya cirit-birit time shooting tak ke satu hal. Posing dalam jamban la jawabnya.

Aku cakap kat mak mertua aku kita masak sekali banyak lah, senang tengahari takyah masak. Aku ni bukan rajin nau masak-memasak ni. Kalau boleh aku nak masuk dapur tu sekali je sehari.



Kul 1pm aku turun bawah dengan harapan dapat makan lagi se-round nasik lemak, eh rupanya dah selamat mak aku rendam periuk nasik.

"Diana nok makan ke? Abih doh puok-puok tu makan. Tadi balik dari ambik gambo, dorang nok makan lagi".

Wow!!
Samada terlalu lapar atau terlalu sedap.
Kasik la aku chan feeling-feeling yang kedua ya. Hahaha.

En Wan kata terasa macam ramai anak lelaki pulak bila model-model ni nak bermanja-manja "Boleh tak nak ratah udang?".

Sukati. Janji habis. Senang sikit kalau habis. Ada chan aku mintak En Wan beli makanan kat luar je.




Tapi shooting semalam aku tak ikut sebab dah ramai dah escort so takyah la aku menambah ramaikan lagi. Lagipun buat kat 1 City Mall. Aku mana boleh pi sana, karang nampak Starbuck aku nak pi beli. Aku dah lama dah diet Starbucks ni.

Koleksi Fleur by Mrs Him ni semua akan release paling lewat Jumaat ni.
Taknak bagi kalut sangat sebab kalau hujung bulan opis dah kalut dengan GreenAard.
Jadi bagi bertenang-tenang sikit. 

Semalam aku launch produk ketiga GreenAard - Cleansing Bar.
Idea nak buat cleansing bar ni semenjak aku pakai Tea Tree shower gel dari Bodyshop.
Sejak pakai shower gel tu, dah kurang dah jerawat kat belakang badan En Wan.
Bila aku buat reading, ohhh rupanya herbs ni memang boleh treat acne.
Tapi kalau untuk eczema tak jalan.

So, aku come out with combination of ingredient yang boleh treat skin problems especially eczema.



Dan beliaulah guinea pertama.
Aku nak tenyeh kat muka sendiri pun, aku memang takde masalah kulit.
Kulit aku cuma masalahnya tak putih-putih je. Selain dari tu, takde masalah.
Memandangkan Rayyan ada masalah kulit, so aku tenyeh kat Rayyan.
Rayyan punya eczema ni hanya pada lutut je.
Dulu tapak kaki, now tapak kaki dah baik, dia pi kat lutut pulak. 
Eczema ni susah nak cure, tapi boleh dikurangkan.



Geli pulak aku tengok kaki Rayyan ni. Muka je boleh tahan comel, kaki comot.

Selama 7 hari berturut-turut guna Cleansing Bar, 2 kali sehari, alhamdulillah, bahagian tu kering and mula untuk heal. Gambar belah kiri tu kalau nak ikutkan tak seteruk yang asal. Yang asal kulit sekitar tu warna pink, dah macam kulit daging pulak. Tapi yang tu slowly heal bila aku sumbatkan Nutrijuice. Sejak makan Nutrijuice tu, kulit dia dah makin tumbuh (sebab dulu macam warna daging). Tapi Rayyan ni payah makan ubat. Macam nak gi perang kat rumah tu kalau nak suruh dia makan Nutrijuice sebab mindset dia dah anggap itu ubat. Walaupun trasa sweet dia tetap taknak makan. So, aku tenyehkan Cleansing Bar ni. Alhamdulillah, kering. Semalam aku mandikan dia nampak bahagian tu dah lagi better dari gambar kanan. Nanti esok lusa aku snap.



Comel dah pun.
Snap guna iPhone ya, bukan Samsung, apetah lagi kamera 360.
Kamera iPhone je setakat ni aku percaya bab-bab nak ambik gamba. Kamera iPhone hanya reveal the truth je. Hahahah.

One thing yang aku nak bagitau, this Cleansing Bar masih mengekalkan penggunaan natural product.
Natural product takkan bagi kesan sekelip mata. Proses healingnya tak secepat kalau pakai chemicals, tapi it is safe.

Untuk baby pun boleh.
Baby kan ada diaper rash, milk rash, heat rash - yang penting kena tau baby tu allergi terhadap apa.
Sebab ada baby yang allergi kat soap.

Even kalau nak buat home remedy untuk treat diaper rash pun, kita pakai glycerin soap base + vegetable glycerin + balsam oil.
Tapi dalam Cleansing Bar GreenAard ni, memang kita pakai glycerin base dan glycerin ini adalah dari vegetable oil. Cuma kita gantikan balsam oil dengan olive oil sebab lebih mudah dapat kat Malaysia ni. Kang kalau aku import karang, mahal pulak harga sabun ni jadiknya.

Antara bahan-bahan yang aku gunakan adalah kat bawah ni. Baca and fahamkan benefits-nya.
Of course aku takkan reveal semua bahan yang aku gunakan untuk Cleansing Bar ni, tapi antara bahannya kat bawah ni lah :










...maka terhasillah Cleansing Bar ini.
Dah boleh start beli kat www.greenaard.com ataupun whatsapp 012-7728976.
Harga pengenalan RM35 (semenanjung) dan RM42 (sabah/sarawak).

By the way, kalau korang rajin, followlah FB GreenAard atau kelebetlah blog GreenAard.
Kalau kat FB tu mana-mana entry yang berbentuk teknikal memang aku yang tulis.
Aku akan tulis kenapa begitu kenapa begini, so korang boleh refer sana.
Kalau ada apa-apa yang nak tanya, boleh PM sana, insyallah admin and staff aku akan respon.
Kalau apa yang dorang takleh respon selalunya aku akan buatkan satu entry di sana (and blog GreenAard).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh, by the way, lagi 2 hari nak ke GreenAard 1st Anniversary :)




2016-08-29

"Uqasha tidak lagi berhijab" - memang bukan masalah negara.


Aku nampak ada orang share artikel dari Berita Harian - "Uqasha tidak lagi berhijab".

Aku tak tau Uqasha ni pelakon atau tak. Seingat aku, tak pernah tengok dia berlakon. Kalau yang lagi sorang tu aku selalu tengok. Tapi tak kisahlah, itu bukan pointnya. Yang aku terkilan bila dia kata "Bila saya ada kontroversi, orang akan kaitkan dengan tudung yang saya pakai".

Aku pelik sesangatnya dengan orang kat Malaysia ni.
Kebanyakkannya melayu.
Aku tak tau apa masalah dorang.

Bila orang tu tak bertudung, ko kutuk rambut dia. Keluar habis segala dosa neraka lapisan ketujuh.
Bila orang tu dah bertudung ko masih kutuk dia.
Bila buat salah, mesti orang babitkan dengan tudung.

"Baik takyah pakai tudung kalau macam tu punya perangai!"

Everytime ada masalah akhlak, mesti akan dikaitkan dengan tudung.
Dah macam jadi masalah pulak bila bertudung ni.
Tak pakai dah tentu salah. Bila pakai pun masih gak ada salah pada mata orang.

Cubalah bersabar.
Perubahan tu ambil masa.
Nak berubah dari tak bertudung kepada bertudung pun bukan satu perkara yang senang nak dibuat, especially untuk orang yang bergelar artis, yang hidupnya terdedah pada dunia glamour.
Berat dorang nak buat.
Bila dorang dah mula bertudung tu, tak payah nak kaitkan akhlak dorang dengan pakaian pulak.
Biarkan dorang bertatih, pelan-pelan. Mudah-mudahan ada penambahbaikkan. Asalkan jangan berpatah balik.

Kalaulah bertudung tu mesti dikaitkan dengan akhlak, maka sepatutnya kita dah jauh lebih baik sekarang.
Tanya diri sendiri.
Kita ni yang katanya bertudung lebih lama dari dia, apa perubahan yang kita dah perbaiki sepanjang bertudung?
Stokin dah mula pakai?
Dah mula pakai baju longgar dan labuh?
Tudung dah cukup labuh?
Solat dah start di awal waktu atau masih penghujung waktu?
Dah biasa dengan Dhuha atau tak?
Hari-hari mengaji atau tak?

Kalau kita yang dah lama bertutup litup ni pun payah nak berstokin, payah nak ubah kebiasaan bersolat hujung waktu kepada bersolat di awal waktu, dari mula bertudung sampai sekarang pun masih lagi pegang Quran time bulan puasa je, masih lagi berat nak bangun solat malam, maka rentikanlah judge orang lain.
Kita yang lebih lama bertudung ni pun masih iman turun naik, apetah lagi yang baru nak blaja-blaja pakai tudung. So please be fair to them.

Now, tak pasal-pasal, dah ada sorang Hamba Allah give up tudung.
Sebab apa?
Sebab takde support dari orang sekeliling.
Orang tu involve dalam bidang glamour, dunia dia memerlukan dia tampil glamour. Dugaanya jauh lebih hebat dari kita yang duduk kat opis sepanjang hari. Jihad dia lebih besar. Kenapa kita mesti nak pertikaikan tudung dia senteng, tudung dia transparent, pakai tudung tapi ber-leggings, perangai macam bosia tapi ada hati nak bertudung, etc.

Hijab dan akhlak adalah 2 benda berbeza.

Berhijab adalah perintah Allah, wajib untuk wanita yang telah baligh tanpa memandang akhlaknya baik atau buruk, sedangkan akhlak adalah pekerti yang bergantung pada peribadi masing-masing. Kalau seorang wanita berhijab melakukan dosa, itu bukan salah hijabnya tapi akhlaknya. Yang berhijab belum tentu berakhlak mulia, tapi yang berakhlak mulia pasti berhijab.

Bukan maksudnya bila kau bertudung lantak kau lah nak buat apa pun, janji ko pakai tudung. No, bukan macam tu.
Maksudnya di sini, bila seorang perempuan tu bertudung tapi masih lagi akhlaknya belum baik, itu menunjukkan perempuan tu sekadar 'tahu' tapi belum 'memahami',
Dia dah capai first level, iaitu tahu kenapa perlu pakai tudung.
Tapi dia belum sampai ke level memahami kewajipan bila dah bertudung.

Lagi satu bila ada orang perlekeh ibu-ibu yang tak bertudung, yang menghantar anak ke sekolah agama.

Bukan sikit orang yang kutuk ibu-ibu ni.
Ramai.
Kononnya, ada hati nak anak pandai agama tapi mak sendiri tak tunjuk contoh yang baik (menutup aurat).

Look, ibu-ibu ini tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk anak-anaknya (atau untuk orang lain).
Dia tak buat bukan kerana dia taknak buat, tapi dia belum ada kekuatan untuk buat. Tapi dia tau perkara tu semuanya baik.
Disebabkan dia tau itu benda baik, jadi dia support anak dia untuk ke sekolah agama, dia support orang lain buat kebaikkan.

Aku ada sorang kawan lelaki yang dulunya tak suka puasa.
Ada satu hari tu, dia makan depan kitorang.
Another fren aku nak makan jugak pastu dia marah.
"Wei! Kau niat puasa kan? So puasa je la. Aku lain, aku memang niat taknak puasa sebulan".

Well, nampak macam permainankan hukum.
Tapi kat situ ada kebaikan yang tersirat yang orang tak nampak.

Dia tau puasa itu wajib, tapi dia belum mampu nak buat.
But dia tak ajak orang lain ikut kerja jahat dia.
Orang macam ni selalunya lebih mudah dapat hidayah.
Now, this kawan aku paling hebat jihad dia join program-program keagamaan dan dakwah.
Aku yang beria puasa ni pun rupanya belum sampai kekuatan nak join dakwah ke sana sini macam dia.

Kesimpulannya kat sini, kita semua ada keperluan untuk memandang manusia dengan kasih-sayang especially pada mereka yang berjinak-jinak dengan hijrah.
Cara kita berfikir menentukan cara kita berdakwah.

Ramai yang guna pendekatan menghina pelaku dosa sedangkan yang perlu dikutuk adalah dosa itu, bukan pelakunya.
Apetah lagi mengutuk pakaian pelaku dosa itu dan kaitkannya dengan dosa yang dia buat.
Sebab itulah ramai yang mula berhijrah akhirnya give up dah patah balik ke kelompok asal. Sebab tak tahan dengan macam-macam judgment manusia.
Dan mereka patah balik ke kelompok asal bukan kerana rasa proud tapi sebab mereka dah letih.
Letih nak melawan nafsu dan keinginan untuk kembali ke asal dah satu hal, ditambah lagi dengan letih melayan macam-macam provokasi masyarakat satu hal lagi.
Maka, jalan paling mudah adalah kembali ke kelompok lama kerana selesa berada dalam kelompok yang tak prejudis dan yang tak membuatkan mereka rasa tersisih.

Kepada yang belum bertudung, aku doakan satu hari nanti akan terbuka hati untuk bertudung.
Kepada yang masih bertatih untuk berubah ke lebih baik, insyallah, Tuhan akan permudahkan kalau kita sendiri berusaha ke arah tu.
Yang dah menutup aurat dengan sempurna, tolong doakan aku dan yang lain-lain untuk ikut jejak korang.

Sama-sama kita buat.

Masuk syurga ramai-ramai baru best.





NEW.
Whatsapp 012-7728976 atau buy online at www.greenaard.com
Introductory price RM35/RM42.



2016-08-28

Perempuan mengandung banyak mengelat.



Aku nampak artikel orang share kat newsfeed. Tapi tak ramai yang share. Kebetulan aku nampak ada sorang tu share, so aku baca. Tak tau pulak lepas tu dapat email ni.

Aku pun perempuan, pernah mengandung, pernah cuti bersalin, pernah ambik cuti sakit.

Dalam masa yang sama aku jugak pernah tanggung kerja member se-opis yang mengandung and cuti bersalin.

Kalau kita ada pengalaman berada di kedua-dua tempat ni, lebih bagus.

Yang 'lepas geram' dalam artikel tu kalau tak salah aku, lelaki.
Maybe belum berkahwin.
Tapi, kalau baca balik apa dia tulis, rasanya bukan ditujukan khas untuk semua pompuan.
Cara dia tulis tu macam ditujukan kat rakan sekerja dia je.

Yang penting, kalau kita tak seperti yang dia kata, kita jangan ambil hati.
Tak perlu pun.

Aku pun baca, tapi aku sikit tak terasa.

Selalunya, orang jadi berkira dan sakit hati nak tolong kita adalah sebab kita ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Itu reason yang kuat kenapa orang berat hati nak tolong.

Bukan dalam urusan kerja je.

Dalam urusan apa sekalipun, kalau kita hanya ambik, tapi taknak memberi, sape-sape pun akan bengang.

Kalau menumpang kereta orang, tong-tong lah duit minyak.
Yang tukang bawak pun takkan merungut kalau hari-hari terpaksa drive tempuh jem.

Kalau pot luck, jangan lah manjang je kau offer bawak buah. Pisang je pulak tu.
Sesekali usahalah bawak makanan berat sikit.

Kalau dah tau tak menolong orang masak-memasak time kenduri, janganlah pulak kau yang menapau lebih.

Dulu masa anak-anak Kak Long En Wan kecik lagi, dia agak susah lah jugak.
Setiap kali orang buat kenduri, dia mesti akan datang tolong beria-ia.
Aku tanya "Apesal Kak Long bersusah-payah tolong macam nak rak?"
Kak Long jawab "Kak Long takde duit nak hulur. Jadi Kak Long tolong bagi tenaga"

Konsepnya macam tu lah.
Give and take.

Untuk reader aku yang hantar email ni, aku tak kata dia pun dari kelompok yang mengambil kesempatan maka sebab tu dia terasa hati.
Jangan salah sangka.
Ini adalah statement general aku berdasarkan pengalaman sendiri.

Masa ex-bos aku mengandung (setahun bersalin 2 kali), aku boleh dikatakan menanggung kerja-kerja dia. Customer dia ngan customer aku lain. Tapi bila kebetulan tahun tu dia beranak 2 kali (maknanya banyak cuti), nak tak nak aku terpaksa cover customer dia. Customer aku dah tentu aku kena jaga.
Alhamdulillah, masa tu aku takde rasa susah sebab kena cover kerja dia.
Sebab tahun 2003 aku mengandung, dia pun cover kerja aku.
So bila dia mengandung, kira macam balas balik apa yang dia buat untuk aku.
Kalau nak kata aku susah nak juggle time cover keje dia at the same time nak buat keje aku lagi, mungkin itu jugaklah yang dia rasa masa kena cover keje aku.

Tapi masa aku mengandung Rayyan, aku dah kerja sendiri.
Dah tak boleh nak pass-pass sebarang task kat orang yang belum competent.
Banyak kerja yang aku kena buat walaupun sebenarnya kalau ikutkan memang tak larat.
Kandungan nak masuk 7 bulan, aku drive alone ke utara jumpa customer, panjat bangunan Biologi USM tu sampai tingkat 3 bawak themocycler yang beratnya 7kg. Masih lagi masuk lab bersembang ngan customer dalam keadaan bau bahan kimia penuh semerbak kat dalam tu.

Masa aku mengandung Redza pulak, aku baru 3 bulan start keje.
Elok je confirm, aku pun mengandung.
Tau je lah kan, bila dah pernah gugur, dapat pulak rezeki mengandung kali kedua, of cos nak jaga lebih sikit kandungan tu.
Tapi disebabkan aku baru je confirm keje, nak taknak, tengah mabuk-mabuk pun, aku paksa pegi keje.
Sebab aku malu nanti orang kata macam-macam.
9 bulan tu lama.
Tak tau nanti along the way aku kena ambik cuti ke apa ke, so mana yang aku boleh kurangkan, aku kurangkan.
Poket baju maternity aku sentiasa ada biskut utk kunyah-kunyah.
Sebab dokter ajar kalau nak kurang rasa loya, kena kerap mengunyah. So, kunyah biskut je keje aku.

Bila keje bahagian sales, nak taknak, terpaksa jugak ke sana sini.
Orang kata kalau banyak gerak, banyak duduk dalam kereta, terhentak sana sini, senang nak gugur lagi.
Tapi sebab dah takde pilihan kan, terpaksa jugak.
Kalau appintment kul 2pm, kul 12.45 aku dah keluar walaupun appointment cuma kat Bangi je.
Keluar 1 jam 15 minit lebih awal.
Sebab aku kena bawak kereta slow-slow taknak bagi terhentak-hentak sangat.
Kalau ada pilihan, agaknya aku pun main sub je task kat kawan aku tolong jumpakan customer.
Bila takde pilihan, redah jugak lah.

Sebenarnya, tenaga kita time mengandung tak jauh beza dengan masa tak mengandung.
Beza ada, tapi tak banyak mana lebih-lebih lagi kalau kita dah takde pilihan.
Bila dah takde pilihan, ko tengoklah. Semua benda yang ko rasa ko takleh buat time mengandung, ko akan boleh buat.
Kalau tak, takde lah kes akak-akak yang duduk kat setinggan mengandung 8 bulan masih mengangkut air, yang duduk kat flat time lift rosak, takde pilihan terpaksa gak mendaki turun naik.
Tu semua sebab takde pilihan.

Bila kita ada pilihan untuk passkan kerja kat member tolong buat, itu yang kadang-kadang kita manja sikit.
Of cos, dalam keadaan tertentu kita tak boleh elak.
Tapi pastikan kita benar-benar tak boleh elaklah.
Artikel lelaki tu tulis, aku rasa dia pun tau that collegue boleh elak cuma manja lebih agaknya.

Kepada this reader or sesape yang terasa dengan artikel tu, nasihat aku, cuba baca balik apa lelaki tu komen. Sebenarnya dia tak tujukan kat semua orang. Komen tu lebih kepada perli member dia je tu. Tapi ye lah, ada yang akan terasa.
So, kalau kita terasa, itu petanda bagus.
Itu tandanya kita perlu beringat, one day kalau kawan kita hadap benda yang sama, kita pun kena share the burden.
Kalau kita tau kita antara yang kejap-kejap terpaksa ambik cuti, apa salahnya belikan cokelat sikit untuk kawan kita tu sebagai tanda terima kasih.

Orang berbudi, kita berbahasa.


2016-08-24

Abang angkat



Weekend lepas takde keje, aku stay up malam-malam nak tengok video-video yang aku download dan dibiarkan berkepam dalam laptop sekian lama. Terpandangkan tajuk Love, Supermoon. Oklah, jom tengok.

Tak sangka pulak cerita ni best.

Maybe sebab cerita ni bermula dari zaman skolah membawak ke zaman kerja, so aku rasa close sangat dengan style cerita macam ni.
Sepanjang tengok cerita ni, aku asik teringat kawan-kawan aku kat U.
Tak semena-mena rindu. Padahal whatsapp memang whatsapp, tapi kalau boleh nak repeat je moment-moment zaman blaja dulu.
Tetiba aku nangis bila tengok cerita ni.

Cerita ni buatkan aku realized kenapa aku tak ada kawan rapat yang baru, baik di zaman kerja mahupun kat media sosial/blog.
Sebab aku masih close dengan kawan-kawan lama. Kawan-kawan zaman blaja.
Kalau aku hang out pun memang dengan dorang-dorang ni jugak.
Rasanya boleh kira dengan sebelah tangan je la aku hang out dengan kawan-kawan baru. Entah, maybe aku dah tak reti nak berkawan kot. Masih selesa dengan kawan-kawan lama.

Cerita ni fokus kat 2 group.

Satu group tu ladies - 3 orang kawan dari skolah yang sama, stays together, apa-apa gosip pun dorang diskas sama-sama sampai la dah beranak-pinak.

Another group tu the guys pulak - 2 orang lelaki yang bertaraf senior kepada group ladies ni tadi. Yang sama-sama kawan rapat dari skolah sampai dah ada family.

Bila aku pikir-pikir balik - haah la. Sampai skarang kalau nak bergossip memang aku gossip dengan member-member aku ni je. Kalau nak tau apa-apa apa cerita sensasi pun budak-budak ni la yang bagitau. Kalau nak berpeleseran pun memang ngan muka-muka ni jugak.

Whatsapp grup geng aku ni nama nya "The Dusty Pink Tits".
Ko ada nama grup macam ni?

Kisahnya sebab dulu zaman blaja, aku ngan sorang lagi member aku check kaler nipple masing-masing.
Ko punya kaler apa?
Aku punya kaler ni.
So disebabkan scene check kaler tetek tu masih diingati, maka aku abadikan ke dalam nama grup whatsapp. Hahaha.

Love, Supermoon ni ala-ala filem Love, Rosie gak.
Cuma Love, Rosie tu cerita tentang 2 orang kawan, sorang laki dan perempuan, yang so close dari zaman blaja sampai ke kawen. Every story they share together, takde secret.

Dalam Love, Supermoon ni, scene awal tu tentang abang angkat-adik angkat.
Biasa la kan, zaman skolah dulu kan memang ada je fenomena angkat-mengangkat.
Sebenarnya konsep abang angkat ni lebih kurang macam konsep nak potong line je. Apa ko ingat aku tak tau tektik korang?
Yang pompuan dah ada balak.
Yang si abang senior nak potong line takut dikatakan tak gentleman, lalu offer diri nak jadi abang angkat.
Kan ke lain tu abang angkat ngan balak, ye tak?
Abang angkat lebih kepada protector - kononnnnnnnn.
Balak is balak la.
Padahalllll.

Sedihnya, aku tak pernah ada abang angkat kat skolah.
Takde sape nak angkat aku. Mentang-mentang aku kelabu.

Budak-budak cun yang lain tunggu masa je cikgu pilih untuk buat announcement dari kelas ke kelas. Untung-untung dapat masuk ke kelas abang angkat. Tak pun masuk ke kelas crush. Boleh la eye contact seminit dua. Malangnya, ko tak dapat the chance.
Sebab cikgu pun tak bodoh okeh.
Dia tau kalau hantar yang cun-cun ni buat announcement dari kelas ke kelas, akan mengundang kegelenyaran di antara sebiji buah dan sebiji bijik.
Jadi cikgu hantar yang muka berkerak-kerak pi buat annoucement.
Aku selalu jadi mangsa.
Aku suka je. Sebab walaupun aku takde abang angkat, tapi aku tau abang mana aku aku aim. Kah Kah Kah.
Jadi, dapat masuk kelas abang tu pun jadiklahhhh. Dia tak pandang aku pun takpe. Apa aku kisah. Janji aku dapat pandang dia.
Tapi, setiap kali masuk kelas ke kelas, aku rasa macam takde sape pulak nak dengar announcement aku. Binawe.
Semua buat muka selenga je pandang aku bagi announcement.
Ada tu pandang pun tak, tekun je menulis sambil dengar. Kuang haja.

Konsep abang angkat adik angkat kat skolah ni selalunya untung kalau muka kau cun.
Kadang-kadang tu sampai 3-4 orang berebut nak angkat kau.
Padahal kat rumah ko ada 3 orang lagi abang yang kau buat lekeh tapi kat skolah gatal bijik nak accept 4 orang abang lagi. Eh.
Ada tu, abang angkat dia setiap tingkatan pun ada.
Abang angkat Form 2, Form 3, Form 4. Macam haremm je. Motif?

Tapi takpelah kan.
Itulah untungnya orang kalau cun. First day lagi dah ramai yang offer nak jadi abang.
Aku toksah kata nak tunggu dapat abang angkat, aku offer diri jadi kakak angkat pun orang taknak.
Ternyata, nak jadi akak angkat pun kena cun. Kalau tak, adik angkat taknak.

Ada sesetengah skolah asrama yang campur laki pompuan, penah berlaku, kat ampaian baju asrama putera tiba-tiba ada baju pompuan. Rupanya abang angkat tolong basuhkan baju adikkkkkkk. Alolololo, suwitnya abanggg. Lempang karang!

Aku memang takde sape nak ambik jadi adik angkat.
Tapi aku tak kisah pun sebenarnya.
Kawan-kawan sekelas aku pun ramai je ada abang angkat. Takde hal.
Cuma ko jangan menggeletis sangat lah. Aku bukan dengki, tapi aku geli.
Ada pulak jenis adik angkat yang jeles bila ternampak abang angkat makan ABC ngan awek. Terus nak balik jam-jam tu jugak. Musibat betul. Aku dah datang jauh-jauh ni nak pi makan ABC sekali dia nampak abang angkat dia tenet, dia taknak makan pulak.
Hat ni yang aku berbulu.

Dah namanya pun adik angkat.
Adik angkat tu maknanya spare. Kau tu spare je.
In case dia break ngan awek dia, baru kau masuk.
Selagi tak break kau duduk je la kat tepi layan feeling sorang-sorang.
Ni tak.
Dah tau kau tu adik angkat lagi nak sentap nampak abang angkat bertenet.
Kalau aku hempok ngan mesin ABC tu karang satu sen tak guna.

Trend angkat-mengangkat zaman skolah ni masih lagi ada. Aku yakin ada.
Itulah antara 'sweet'nya zaman skolah.
Yang takde pengalaman ada abang angkat macam aku ni pun dah terasa sweetnya, apetah lagi yang ada abang angkat. Pulak tu dapat abang angkat glemer, pehhh!

Masa aku skolah menengah dulu, rantai basikal aku rosak.
Tetiba je ada abang datang dari belakang tunduk and terus betulkan basikal aku.
Lepas settel dia terus berlalu.
Dah la abang tu abang hot kat skolah.
Kau rasa?

Macam tu je pun aku dah takleh lupa sampai skarang. Kah Kah Kah.
Abang tu pun tetiba ada pulak kat FB list aku skarang. Apa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Eh.


2016-08-20

Kalah dan Menang


Kegagalan dan kejayaan seseorang dah diatur oleh Allah.
Yang boleh diatur oleh kita cumalah usaha.

Kalau kita tak pernah gagal maka kita takkan pernah berjaya.
Bukan maksudnya nak menang mesti kena kalah dulu.
Ada je orang yang first time buat sesuatu benda baru, terus berjaya. Itu rezeki dia menang awal.
Tapi akan sampai satu tahap, dia akan berdepan dengan kekalahan juga.
Tak best kalau tak rasa kalah sekali-kala. Nanti kita tak tau mana kelemahan yang perlu kita improve.

Selalunya, orang yang always menang dan berjaya dalam apa yang dia buat, mental dan emosinya lebih fragile. Dan dia akan berdepan dengan tekanan yang hebat untuk mengekalkan momentum kejayaan tu. Dia tak ada pengalaman merasa jatuh dan kalah, jadi dia have no idea nak persiapkan diri untuk menerima kekalahan buat kali pertama. Kejatuhan pertama kali selalunya sangat perit kalau dah biasa berjaya dan menang dalam segala hal. Kat sinilah nanti kekuatan sebenar akan diukur, samada kita benar-benar berjaya atau tak. Menghadapi menang sangat mudah. Tapi menghadapi kekalahan sangat susah. Dan kalau kita boleh lalui kekalahan tu dengan tabah, sebenarnya di situlah kemenangannya.

First time aku terpilih wakil sekolah untuk Pesta Pantun adalah tahun 1991, Form 2.
Aku pun tak tau macamana aku terpilih untuk wakil sekolah.
Yang aku tau tahun tu aku jadi pemantun ketiga di samping 2 lagi kakak senior.
Blur-blur je masa masuk competition tu.
Dah la masa tu sekolah aku jadi tuan rumah peringkat daerah.
Aku just buat sehabis baik je lah.
Lagipun sekolah takde letak harapan sangat sebab aku kan pemantun baru. Yang lagi 2 tu memang dah biasa. So sekolah pun lebih kepada excited jadi tuan rumah je.

Cuma bila kitorang berjaya masuk pusingan semi final, masa tu baru Pengetua, Penolong Kanan, segala cikgu cikgi join masuk untuk tengok.
Aku pun heran apesal tetiba penuh bilik ni?
Rupanya baru aku tau, itulah first time sekolah aku layak ke semi.
Kakak senior lagi 2 orang tu dah excited nak menang nombor 3. Nombor 3 pun jadiklah.
Memang tak terbayang pun nak masuk dewan final tu. Jadi bayangan nak jadi juara tu memang tak terlintas lansung kat fikiran masing-masing.

Bila kitorang menang and dapat masuk final, aku ingat lagi Pengetua and Penolong Kanan datang kat kitorang, siap bertanya siapa aku, anak siapa, duduk mana.

"Ni la budak ni. Kelas Cikgu Arbayah ni"
"Macamana kita discover dia eh?"
"Siapa discover dia? Siapa discover dia?.."

Selenga je muka aku masa tu. Tak tau nak respond apa.
Yang kakak-kakak senior lagi dua orang tu sakat-sakat aku "Ramai la boifren dia pasni.."
Ye sangat!

The feeling dapat masuk dewan final tu memang tak tergambar dengan kata-kata.
Especially masa tu skolah tuan rumah.
Ditambah lagi itu first time skolah dapat masuk final.
Masa tu yang aku ingat lagi, cikgu-cikgu semua kumpul berebut nak duduk depan. Yang tadinya ada cikgu nak balik half day terus tak jadi balik. Semua nak witness final ni.
Macamkan kitorang tak pakai speaker je. Sebab semua penonton berebut nak duduk depan sekali.
The good thing was cikgu-cikgu bagi kata semangat sebelum kitorang masuk dewan "Jangan stress. Enjoy je pantun ni. Yang penting kita dapat masuk final. Biar dorang semua tau".

Masa tu kitorang pemantun ni dah bergenang airmata.
Rasa proud sangat.
Bayangkan, jangankan kata nak menang, masuk semis pun tak pernah.
Sekolah pun tak letakkan apa-apa harapan. Just lebih kepada enjoy dapat jadi tuan rumah.

Sekali kitorang dapat masuk final.
Dia punya feeling proud tu tak dapat nak gambarkan.
Pulak tu bila masuk dewan, nampak hampir semua cikgu dah penuhi dewan, pastu student-student lain sanggup bertenggek tepi tingkap mana yang tak dapat masuk.
Masa tu akak pemantun pertama dah pegang tangan kitorang ucapkan tahniah sesama sendiri sebab dapat melangkah ke final.
Lepas tu akak pemantun pertama tu cakap kat aku "Terima kasih sebab buat sehabis baik. Tahun depan akak dah habis sekolah. Ni first time akak rasa ke final".
Lagi lah aku rasa nak nangis.

Final, lawan Convent Kajang.
Kitorang menang.
First time skolah aku menang pesta pantun.
Bergegar satu dewan sekolah (kelas yang dibuka connecting door menjadi dewan).
Moment paling best bila tengok cikgu-cikgu berpelukan each other.
Masa tu aku realize, benda yang paling menyeronokkan bukan buat diri sendiri happy, tapi bila kita buat orang lain happy.
And aku rasa our badminton team pun berperasaan yang sama.
Jangan ingat dorang tak ada effort nak bagi kita semua rasa happy.
Tapi kalau rezeki kita menang (bukan kalah) tempat kedua, apa salahnya kita pulak buatkan dorang happy dengan bagi moral support. There's always next time.

Hari tu, aku balik rumah dengan bawak piala. Jalan kaki je.
Sampai je rumah, Pak Aji nampak aku bawak piala.

"Dapat tempat ke berapa, Diana?"

"Johan".

Terperanjat Pak Aji "Hah? Johan?? Kau baru masuk dah johan?"

Aku angguk. Lepas tu terus aku pi dapur makan nasik.
Macam takde perasaan.
Sebab itu first 'game' aku, so aku pun tak tau nak express kejayaan tu camana.
Perlu ke tak aku celebrate, Entah.

Bila nak lawan ke peringkat negeri, baru rasa excited dan gelabah.
Masa ke peringkat negeri, akak pemantun pertama tarik diri sebab dah nak dekat sangat dengan SPM, so dia clash dengan kelas tambahan dia kot.
Jadi, aku otomatik naik ke pemantun kedua.
Lagi sekali, sekolah tak letakkan harapan sebab pemantun ketiga pun belum ada pengalaman berpantun.

Tapi satu sekolah excited nak pi menghantar kitorang bertanding peringkat negeri.
Masa tu tuan rumah Sekolah Sungai Besar. Area Tanjong Karang kot.

First set tu lawan dengan sekolah mana ntah aku tak tau.
2 perempuan, sorang lelaki team dia.
Kitorang menang.
Wah, excited cikgu pengiring. Ingatkan first round dah kalah.
Dalam bas lagi kitorang semua dah plan "Kalau kalah awal, kita pi Bukit Melawati ya, cikgu?"
Awal-awal dah bajet nak kalah.

Bila dah menang tu, wah dah semangat dah ni.
Dah bersedia nak melawan.

Sekali masa nak lawan set kedua, si pengacara majlis ni pi announce "Sebelah kiri adalah SMBBB dari Hulu Langat (sekolah aku), akan berentap dengan Johan Menanti Tahun 1990.."

Dengar je perkataan "Johan Menanti" tu, keberanian kitorang drop 50%!

Rupanya kitorang lawan dengan skolah yang johan peringkat negeri Selangor tahun lepas.
Aduiii, menggelabah aku.
Betapa ayat-ayat saiko macam tu boleh mempengaruhi mental.
Bila kita tau kita berdepan dengan bekas juara, mental kita pun dah kacau sikit.
Terus ada self-sabotage "Hmm..kalah la aku ni. Susah nak menang ni."

Tapi sebab aku dah pengalaman sikit (peringkat daerah), so boleh lah jugak diajak hati ni bertenang.
Akak pemantun pertama pun cool je.
Cuma pemantun ketiga maybe menggelabah juga macam aku, ada satu pantun tu dia takleh jawab.
Mungkin kat situ dah hilang point.
Tapi takpe, marks kitorang rupanya dapat beat group lagi satu, jadi kitorang menang tempat ketiga peringkat negeri.
Proud jugak lah bila naik pentas ambik hadiah tempat ketiga.
Terbayang-bayang jugak kot lah ada budak skolah mana-mana ke yang nak ngorat aku pasni. Kah Kah Kah.

Sejak hari tu, aku realized, dalam mana-mana pertandingan, sebenarnya kekuatan emosi and mental mainkan peranan utama. Kau berlatih la macamana kuat sekalipun, kalau emosi dan mental kau tak kuat, kau akan hilang kawalan. Sebab emosi menghantar isyarat pada fikiran, dan fikiran mempengaruhi tindakan. Kalau fikiran kau tak boleh esktrak sebaik-baiknya apa yang emosi kau hantar, tindakan kau akan bercelaru.

Kadang-kadang bila kita kalah, kita rasa inilah perkara paling teruk kita penah hadapi.
Rupanya tak.
Akan sampai waktunya bila kita hadapi another pertandingan, waktu tu kita rasa "Oh lega, kali ni ok sikit banding dengan last time".
Padahal sebenarnya yang sekarang dengan yang dulu sama je teruknya perasaan tu cuma kali ni kita dah lebih bersedia dari segi mental dan emosi, jadi kurang gelabahnya.
Macam kita nak buat presentation la contohnya.
Kalau belum biasa tu, memang la gelabah.
Tapi bila dah biasa, kita akan rasa ok, malah kita boleh buat lebih baik sebab kita dah tau mana boleh buat mana jangan buat.

Masa aku wakil company aku dulu (company lama) untuk presentation proposal kelengkapan makmal kat satu agensi ni, bila aku masuk bilik, then ada 2 orang bangun dari kerusi and keluar.
Collegue aku yang tunggu kat luar cakap, sales 2 orang tu pi cakap kat some yang menunggu kat luar "Tak payah bid la, that lady (refer to aku) kalau masuk bid, mesti dia menang punya".

Sebenarnya bukan aku terer pun.
Kalau ikutkan brand, brand company aku takde la se-gah brand company lain.
Yang datang pun aku tau bukan calang-calang company.
Kalau nak bid dari segi teknikal, semua instrument pun bagus.
Nak bid dari segi harga, semua harga boleh runding.
Tapi agaknya aku menang sikit je dari segi konfiden bercakap.
So dalam sesetangah bidding tu aku menang mudah, bukan sebab aku terer. Tapi sebab competitor ingat aku unbeatable sebab aku dah pernah beberapa kali menang.
So, it's all about mental and emosi.

Segala hal diukur dari effort.
Kita kena percaya yang kita dah diberikan kekuatan dan mental yang cukup untuk bertahan dalam situasi yang susah. Manusia takkan mungkin lalui situasi yang senang dan menang all the time. Akan ada ketikanya, berdepan dengan kepayahan dan kegagalan yang sangat teruk. Pada ketika tu lah, manusia start aktifkan potensi diri dan kekuatan mental. Failure, kalau disingkap dengan hikmah, akan jadi kekuatan untuk kita bangkit.

Nak bangkit dari kegagalan pun bukan hal yang mudah, tapi bukan juga perkara yang mustahil.
Kegagalan adalah game yang kita kena main, kena lalui dan kena habiskan.
Bila gagal, masuklah dalam proses kegagalan tu.
Periksa mana silapnya, and perbaiki. Barulah ada kemajuan. Mana ada hidup yang menang sentiasa.
Yang penting bukan always menang, tapi always ada usaha untuk menang.


2016-08-16

Menangani masalah hati manusia


Life is sometimes very funny.

Kadang-kadang terjadi, orang yang awalnya ok je dengan kita, tiba-tiba jadi benci tak tau apa punca.
Of course la ada punca kenapa dia benci. Cuma punca tu kita tak tahu. Dan yang peliknya, kenapa dia memilih untuk tak berdepan dengan kita untuk pastikan punca kebencian tu benar-benar sahih atau tak. Selalunya kat situ lah masalah stuck.

Kadang-kadang tu orang yang baik depan kita rupanya yang jadi batu api paling besar bila dibelakang kita. Dia lah rupanya yang mengutuk kita habis-habisan. Yang ni lagi konfius. Tak dapat dipastikan apa punca dia buat macam tu. Samada orang macam ni memang hatinya kering, atau memang tak diajar untuk menjadi jujur, atau memang ada niat jahat. Tapi orang macam ni senang nak kenal. Spesis macam ni selalunya berani cakap berdegar-degar bila kat belakang je. Sebab tu kerjanya cucuk orang. Dia tak berani nak cakap depan-depan. Jadi dia gunakan medium perantaraan. Caranya adalah dengan mencucuk dan mengapi-apikan, so that orang yang mendengar yang takde kaitan dengan permasalahan tu akan jadi sakit hati. Dan selalunya orang yang takde kaitan ni yang akan jadi lebih berani kutuk kita depan-depan.

Sebab apa orang macam ni jadi lebih berani?

Sebab mereka ni sentiasa disajikan dengan point-point yang 'panas' yang boleh menaikkan darah yang mendengar. Lama-lama dorang pun naik syeh.

Tapi pelik tak peliknya, yang si tukang dengar ni pun takkan lah tak boleh pikir.
Kalau kau yang hanya mendengar cerita pun boleh naik geram, takkan la yang katanya jadi mangsa tadi tu boleh berdiam diri taknak buat apa-apa.
Tak lojik nau.

Bila mangsa memilih untuk taknak ambik apa-apa tindakan, secara lojiknya mangsa akan berdiam diri. Malas ambik port.
Tapi kalau mangsa pung pang pung pang macam-macam tapi dia tak berani ke depan, ok yang tu pelik sikit. Nampak sangat ada something wrong kat mangsa tu. Samada dia buat cerita je lebih atau sebenarnya ada sisi salah pada dia yang dia tak beritahu orang.

Lojik, kan?

Tapi kalau kita berada di pihak yang tak tau hujung pangkal kenapa tiba-tiba orang jadi benci kat kita, nak tak nak, kita kena cari punca. Kita kena ambik tau juga kenapa orang tak suka kita. Bukan untuk cari siapa betul siapa salah, tapi untuk perbaiki diri. Itu je.
Tapi kebanyakkan orang suka nak cari kebenaran sebab nak 'padan mukakan' pihak lagi satu. Selalunya yang ni lah.

Nasihat aku, JANGAN.

Aku dah banyak lalui benda-benda macam ni.

Paling hebat masa kes aku dengan exbf dulu.
Bertahun-tahun orang cop aku macam-macam.
Tapi aku malas ambik port. Dan aku pun tak cerita kat sesiapa.
BIar sendiri tau diri tak salah cukuplah.

Dan akhirnya bila kebenaran tu muncul, walaupun makan tahun jugak lah, I tell you, dia punya feeling tu tak boleh nak diucap dengan kata-kata.
Rasa lega yang selega-leganya.
Susah nak cakap macamana, tapi cara Tuhan tunjukkan kebenaran dengan cara manusia tunjukkan kebenaran tak sama.
Kelegaannya tak sama.

Bila berkecimpung dengan dunia blogging ni pun macam-macam jugak aku dapat.
Kes orang cari pasal tak tau hujung pangkal pun ada.
Sampai aku pelik eh apesal nama aku kena petik ni?
Tapi bila kebenaran tu terserlah, dia punya lega tu satu macam.
Lebih lega bila kita tak perlu bersusah-payah cari kebenaran dan kebenaran tu datang dengan sendiri.

Sebenarnya bagus tau jadi blogger ni.
Bila kita jadi perhatian, apa yang kita buat semua orang akan check samada kita buat benda yang betul atau salah.
Tapi selalunya yang salah je la dorang highlite. Yang baik dorang tak highlite pun. Hahahah.
Tapi takpe, bila dia highlite yang salah, itulah yang akan buat kita improve.

Dulu kan, aku ada sorang member kalau dia sakit hati ngan someone, dia diam je.
Bila aku tanya apesal kau tak tegur?
Dia jawab "Biarkan dia. Aku taknak dia improve".
Hahahahah.

Sebab tu ramai artis yang improve.
Ko asik kutuk kutuk dorang dedah aurat dedah aurat, tengok skarang berapa ramai yang dah berhijab.
Tapi kau yang kutuk tu dah sempurna hijab ke belum ntah.

So, boleh la disimpulkan kat sini, kalau ada orang tak suka kita tu, orang keji-keji tu, sebenarnya dia sayang. Dia nak kita improve. Agaknya laaaaa.

Jadi, kalau kita dapat tau orang tak suka kita, kita usaha cari apa puncanya.
Bukan untuk tau siapa betul siapa salah, tapi untuk perbaiki diri.

Tapi ada jugak orang yang memang ada masalah hati.
Tak tau apa yang dia nak.
Apa yang kita buat semua tak betul.
Kalau kita buat baik, dia ragui keikhlasan kita.
Bila kita buat salah, dia yang paling awal kutuk.
Yang ni kes special.
Maybe dia ada masalah pribadi atau dia ada masalah peribadi dengan kita yang belum selesai.

Memang kalau dilihat dari sisi orang yang benci kat kita, dorang akan selalu ada fikiran yang berlainan dengan apa yang kita fikirkan. Jarang lah apa yang kita fikir tu sama dengan fikiran dia. Takyah ambik port sangatlah kalau kau dah tau spesis macam ni memang dari jenis yang tak suka kita dari A to Z.

Tapi, dalam pada kita malas nak ambik port tu kena ingat gak yang kebencian orang terhadap kita tu kadang-kadang boleh jadi hal yang sangat besar bagi kita.

Cara paling mudah, kau solat.
Kalau jenis saiko macam ni, hanya Tuhan je boleh ubah dia. Yang penting, kita jangan pulak yang emosi lebih bila berdepan dengan perangai saiko macam ni sebab orang-orang saiko ni, memang aim-nya untuk bagi kita emo. Itu yang diorang nak. Kadang tu dorang bukan nak apa yang kita ada pun, tapi dorang nak kita melayan emo dia. Bila kita dah hilang sabar, itu yang buat dorang terbahak-bahak. So, kalau ko rasa ko sedang berdepan dengan manusia saiko macam ni, solatlah banyak-banyak. Anggaplah ini rezeki Tuhan bagi kat kau, mungkin kerana sebab si saiko ni menjadikan kau terdorong nak bersolat dan merayu pertolongan DIA.


2016-08-14

39th


Semalam pagi aku keje.
Aku up-kan status ni :

Ramai orang berpendapat kita kena kerja keras dalam mencari dunia, berpegang pada statement ni : 

Bekerjalah untuk kepentingan duniamu seakan-akan engkau akan hidup selamanya, dan bersungguhlah untuk kepentingan akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok.

Padahal kalau kita ekstrak balik ungkapan tu dan fahamkan semula, statement tu menyuruh kita untuk bersegera dalam meraih akhirat seakan-akan akan mati esok. Berbeza dengan urusan dunia, kalau hari ini tak selesai, masih ada hari esok. 

Rezeki dunia ni, walaupun tak dicari, tapi kalau dah namanya rezeki, pasti akan sampai ke kita juga akhirnya. Contohnya, semasa kita tidur, kita tak lakukan apa-apa. Tapi, bila terbangun, tengok henfon ada whatsapp masuk, kawan ajak breakfast nasik lemak. Dia belanja. Pernah terjadi, kan? 

Inilah buktinya, kalau dah rezeki, sampai waktunya akan datang dengan sendiri pada kita. Contoh lain, ada orang yang kerja rileks-rileks, tapi rezekinya banyak. Ada orang yang kerja macam nak mati, kepala ke kaki, kaki ke kepala, pun rezekinya macam tu juga. 

Tapi berbeza dengan ilmu dan amal. Kita disuruh bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Nak menghafal surah contohnya, takkan jadi kalau kita setakat hari-hari buka muqaddam tapi tenung sampai ke sudah tanpa ada usaha nak membaca, mengingat dan menghafal. Untuk dapat ilmu, kena berusaha sungguh-sungguh. Sebab Allah dah janji akan bagi rezeki tetapi tidak sepenuhnya memberikan ilmu. Begitu juga dengan amal. Kita kena bersungguh-sungguh dalam mendapatkannya. Tak mungkin kita tidur dari habis Isyak, sedar-sedar dah pukul 7.30 pagi dalam keadaan dah solat Subuh. Begitu juga dengan hidayah. Kena usaha cari, dia takkan datang dengan sendiri.


Tak sangka pulak, bukan saja DIA bagi ilham untuk sampaikan status tu, tapi dia tunjukkan kat aku untuk bagi pemahaman yang jelas bagaimana sebenarnya rezeki tu memang tak pernah salah alamat. Yang tak dimintak pun, kalau dah nama rezeki, akan tiba jugak.

Tak pernah aku terbayang or mintak tahun ni besday aku ada celebration.
Sebab umur pun dah 39, tetiap tahun pun sambut harijadi sampai malas dah nak expect apa-apa.
Gi makan pun dah ok.
Betul rupanya, rezeki tu Tuhan dah tulis. Yang tak mintak and tak terpikir pun kadang-kadang dapat.

Masa masuk opis pagi tu, En Wan bagitau kejap lagi dia nak keluar pi MPSJ.
Aku angguk je lah. Malas nak tanya lelebih.
Lepas dia balik, dia masuk bilik and bagitau nak keluar balik sebab nak ambik Rayyan. Mak call katanya, Rayyan nak ikut masuk opis.
Ok lah, aku angguk je. Lagiupun setengah hari, takpelah Rayyan nak menyemak kat opis tu.

Dari pukul 10am aku dah terasa nak pi kencing tapi desakan tu tak heavy sangat so aku rilek-rilek je.
Nak dijadikan cerita, boleh la pulak aku tak keluar-keluar dari bilik.
Dalam hati aku dah plan dah ni kejap lagi nak gi tengok staff buat keje pastu nak terus ke toilet tapi tak terbangun-bangun pulak dari kerusi sebab aku busy siapkan planning untuk promosi Founder's Birthday untuk Ahad (hari ni).
Pastu aku nampak budak-budak ni kejap-kejap keluar ke butik (opis GreenAard attached dengan butik Fleur). Busy sangat gamaknya dorang ni, so aku tak jadi nak keluar jumpa dorang.

Kejap pastu si Rayyan masuk bilik "Ma, cepat Ma. Close your eyes".

Aku pun bangun melayankan permintaan dia.
Aku dah tau dah mesti dia ni nak tunjuk kat aku 'design' dia ni.
Sebab memang hari-hari kejenya buat 'surprise' kat aku dengan kreativiti dia tu.
Masa aku keluar dari bilik aku nampak budak-budak ni pun bangun dari kerusi.
Dalam hati aku "Eh, nak pi toilet serentak ke apa dorang ni".

Bukak je pintu nampak butik gelap.
Pastu En Wan wish "Happy Birthday!!".
Nampak ada 2 bijik lilin menyala di tengah-tengah kegelapan. Hahaha.
Bila bukak lampu nampak eh, ada mak mertua aku sekali.
Rupanya dorang semua ni dah berkomplot dengan bos nak celebrate besday aku awal sehari.
Agaknya En Wan memang nak ajak staff celebrate sekali.
Oh my, seronok pulak rasa. Macam birthday party. Kah Kah Kah.



Entah bila dia pasang backdrop ni.
Mujurlah masa tengah pasang tu aku tak keluar dari bilik.
Kalau dibuatnya tengah memanjat pasang bendalah ni sekali aku keluar?
Terus tak jadi surprise.

Cantik nau nombor atas kek eskrim tu.
Aku sambut besday umur 9 tahun pun takde lilin macam ni tau.
Dah masuk 39 baru pakai lilin ni.
Apa-apa pun, kek Baskin ni memang best. perasa raspberry.

Kesian Redza, dia je yang takde sebab ada seminar kat Klang.


Dia pun tak kata nak celebrate besday kan, maka muka aku pun macam ni je lah tak bermekap.


Lepas potong kek, En Wan bawak keluar bunga dari fitting room "Tadaaa!!"
Gelak aku bila dia bawak keluar bunga siap ada choc feveret.
Entah bila masa dia siap tempah bunga segala.



Elok je lepas bergambar dengan bunga, dia bawak keluar paper bag Longchamp ni dari fitting room, kali ni lagi kuat dia pekik "Tadaaaaaa!!!". Pastu dia gelak-gelak.
Aku pun gelak bila nampak paperbag henbeg.
Bukan heppi sebab dapat henbeg, tapi aku rasa kelakar gila bila dia bershopping untuk aku. Aku rasa dia gelak pun sebab dia rasa kelakar kat diri sendiri.
Sebab En Wan ni bukan jenis yang bagi hadiah ke apa, let alone nak melayan pilih henbeg. Tetiba bila dia keluarkan henbeg ni aku rasa klaka pulak. Yang terasa kelakar tu sebab dia pun gelak sekali. Agaknya dia pun gelakkan diri sendiri sebab shopping henbeg aku.

Entah bila la dia shopping semua ni.
Padahal siang malam dia ngan aku.
Kat opis pun dia sentiasa ada. Memang la ada masa tu dia keluar kejap tapi aku takde la syak apa-apa.
Apetah lagi nak syak dia bershopping.
Sampai sekarang aku terbayang camana la dia boleh terpikir nak beli henbeg ni untuk aku. Spender dia pun aku yang pilihkan tau. Nasib baik beg tu cantik.



Rupanya dia dah buat 'appointment' ngan Mak Aji, Pak Aji and Ibal sekali untuk datang. Tapi Mak Aji kata hari tu jalan dari Bangi ke PH jem so dia terlewat sikit. Party tu diteruskan tanpa Mak Aji.
Alololo...suwit pulak rasanya laki aku siap nak bawak mak bapak aku surprisekan aku sekali kat depan tu rupanya. Mak Aji datang dengan bawak 2 kotak besar Ferrero Roche. Nampaknya semua pun tau coklat apa aje yang boleh lalu kat tekak aku.

Ibal and CT lagi best. Siap menipu aku lagi. Jumaat lepas CT whatsapp aku "Orang PH nak datang Bangi tak? Ada orang tempah Nasik Kak Wok ni. Nak ambik kat PH katanya".

Ye ye je aku ingatkan memang ada orang nak ambik tempahan ni kat rumah aku. Aku cakap, datanglah, mak ada je kat rumah. Rupanya dorang saje je nak check plan aku sebab dorang pun nak buat surprise celebrate besday dengan bawak nasik Kak Wok. Tapi dorang lagi lambat sampai. Last-last kitorang semua mintak dia terus je datang ke rumah aku sebab dah nak balik. Last-last semua makan nasik kak wok kat rumah aku.



Belon ni aku letak dalam bilik, buat kenangan. Bukan senang aku nak dapat belon nombor 39 ni.
Tang belon ni pun aku muskil entah bila dia pi plan tempah segala. Ni yang aku cuak ni.
Kang tetiba dia kawen lain aku tak tau. Eh.



Jumaat malam, aku ada bagitau dia.
"Besday Di Ahad ni ingat nak ajak papa mama semua sekali gi makan lah. Di belanja".
Eh tak sangka pulak dia lagi awal buat plan dengan mak bapak aku.
Sangat bagus management dia ni. Selayaknya dia run company aku. Hehe.



Tapi disebabkan dari Jumaat lepas aku memang dah plan besday kali ni aku nak gi makan kat TGI sebab nak makan Nachos, maka malam semalam, kitorang pun pi IOI Mall makan TGI. Datang semata-mata nak makan starter je aku ni. Betul-betul Nachos je aku order. Geleng kepala En Wan tengok aku "Nak makan ni je?"


Redza macam biasa, taknak ikut.
Dia nak siapkan keje skolah.
Oklah fine. Aku tapaukan je.


Dia ni kalau masuk TGI memang akan order steak supaya aku dapat makan mashed potato tu :)



3 orang whatsapp aku printscreen ni.
Rupanya pakwe aku ni siap wish kat wall FB dia, tapi malangnya aku block dia jadi aku tak nampak wish ni. Nasib baik spy aku ramai tolong printscreen. Thank you thank you. Anda semua spy terbaik.

Terima kasih kat semua yang wish aku kat IG, PM, FB komen, FB En Wan, whatsapp and email.
Belum sempat respond kat semua.
Tapi aku nampak semua wishes ni. Terima kasih banyak-banyak.
Tahun akhir 3 series. Insyallah tahun depan kita start dengan 4 series pulak.



Sebenarnya besay aku hari ni, 14th.
Sompek lagi nak kejar promo ni.
Offer sehingga 11.59 malam saja.




2016-08-12

Kaitan berak-berak dengan berat badan.


Sape suka timbang berat badan lepas keluar dari toilet?
Aku tak pernah buat lagi so far. Takde keje. Tapi aku tau ada yang jadikan itu sebagai habit.
Lagi satu, ada yang beranggapan kalau makan pil kurus, semakin kita berak semakin cepat badan kurus. After a while, bila dah takde rasa nak buang-buang air macam selalu, terus rasa risau. Rasa macam ubat tu dah tak efektif pada badan.

Sebenarnya, pooping tak memberi kesan yang besar pun dalam penurunan berat badan.
Rentikanlah keje menimbang berat lepas memerut.
Cara menimbang tu salah konsep.
Yang betulnya adalah setiap pagi, timbang berat badan pada waktu yang sama.
Kalau waktu nak menimbang tu terasa nak buang air, pi buang air dulu. Memang scale tu akan nampak penurunan sikit. Tak banyak mana pun. Tapi kalau ko tak terasa nak buang air but ko paksa jugak semata-mata nak bagi scale tu nampak cantik sikit, yang tu tak payah. Jangan dipaksa-paksa kalau dia taknak keluar. Karang buasir dah satu hal pulak.

Jangan risau kalau lepas makan GreenAard after a while, korang dah tak kerap ke toilet macam selalu. Mula-mula tu memang ada toilet frequent sikit sebab fiber yang banyak dalam GreenAard akan tolak poop kau untuk bergerak. Lama kelamaan dah semakin kurang ke toilet sebab usus kau dah detox, pergerakan usus dah semakin lancar, jadi mungkin sehari tu 2 kali je instead of 4-5 kali.
Jangan gabra kalau tetiba esok pagi kau berak sekali je. Lojik la tu, usus dah lancar. Selama ni walaupun ko hari-hari je toilet, tapi masih belum cukup laju lagi pergerakannya.

Meh sini aku tunjuk bagi senang paham :



4% je pun lemak yang keluar dari setiap najis kau.
Tak banyak mana.
Janganlah happy sangat kalau setiap hari berak sampai 10 kali lalu membayangkan kau dah kurus 2kg sehari.
Dan jangan terlalu risau kalau hanya berak sekali sehari je.
Yang patut risau kalau seminggu sekali pun tak berak. Ok yang tu memang problem. Itu menunjukkan usus kau ada masalah.

Tapi, semakin susah kurang kau buang air besar, memang semakin lambat berat kau turun,
Sebab badan kau dipenuhi dengan berat yang merepek-repek like air (mostly) dan gas.
Perut jadi bloated satu macam.
Badan pun jadi lemah dan efek metabolisme kau jadi too slow.
Sebab tu bila kau hari-hari buang air besar, badan lagi senang nak turun sebab metabolisme kau bergerak dengan normal.
Masa aku kecik-kecik dulu Pak Aji selalu cakap "Pagi-pagi kena latih bontot untuk berak sebelum mandi"
Puas lah aku meneran macam nak gila tak keluar-keluar gak. Sebab dulu aku selalu berak malam.
Bontot aku tak reti nak memerut pagi-pagi.
Pak Aji kata kalau takde rasa nak berak pun duduk je atas toilet bowl tu secara rutin, lama-lama nanti bontot dah terbiasa, last-last dia berak jugak.
Sumpah aku tak reti style memaksa berak macam ni.
Rupanya ada kaitan dengan weight loss.

Walaupun najis kita tu hanya 4% saja lemak, tapi kalau hari-hari kita buang air besar, kita lebih senang nak kurus secara natural. Sebab bila hari-hari buang air besar, itu menunjukkan usus menggerakkan najis secara konsisten, dan metabolisme badan berlaku. To some people, dia maintain weight disebabkan ini. Apabila kita blaja untuk 'membuang' dengan konsisten at least 1-2 kali sehari, secara tak sedar, kita get rid of selulit, berat badan, asid reflux, sakit kepala, gas, sembelit, sindrom usus and banyak lagi.

So, jangan risau sangat kalau awal-awal guna GreenAard ko berak macam nak rak, after a while dia dah jadi normal call. Jangan susah hati. GreenAard berfungsi dengan cara yang lain.

Ni salah satu feedback tentang berak-berak :




Agaknya, dia ambik 4 kapsul, tapi macam tak nampak kesan, lantas mengambil 6 kapsul.
Takde masalah.
Dalam instructions pun kita allow 4-6 kapsul sehari, sekaligus.
Tapi 4 kapsul sebenarnya dah memadai.

Kalau 6 kapsul tu membuatkan kau lemau asik keluar masuk toilet, then cukup dengan hanya 4 kapsul saja. Jangan menyeksa diri, karang melecet bontot.
Tapi jangan pulak risau bila nanti toilet frequent tu berkurang. Asalkan hari-hari membuang, dah kira ok. Sebab GreenAard bukan bertindak berdasarkan berapa banyak kita buang air besar.

Tapi tang bagi rasa kurang lapar tu memang betul.
Itu memang dah dikaji secara saintifik pun.

Baru tadi staff aku tanya pasal glucosamine.
Siapa sini ada ambik glucosamine?
Ada sorang pengguna ni dia dah beli GreenAard lepas tu baru dia bagitau yang dia ada ambik rutin Glucosamine untuk radang sendi.
Aku mintak dia stop terus GreenAard.
Sebab Glucosamine ni yang akan buatkan badan kau naik. This customer kata sejak ambik glucosamine badan dia naik 30kg. Sampai dah pakai tongkat. Kesian aku dengar.
Stop GreenAard dulu sebab ia takkan membantu since ada ubatan yang trigger weight gain.



Ehem...ehem.
Sempena dengan besday aku Ahad ni, jadi bos aku nak bagi diskaun price untuk pengguna dan bakal pengguna GreenAard GC Plus.

GREENAARD GC PLUS only.
Nutrijuice tak masuk dalam ini cerita.

Harga seperti di dalam gambar.
Cara pembelian hanya kat Whatsapp.
Efektif Ahad ini saja.
Bayar Sabtu tak terima harga diskaun ya.


Bos I baik hati.
Dia yang bertungkus lumus carikan hadiah ni.
Agent Appreciation Gift.
Tak tau siapa dapat. Tunggu je lah nanti.


2016-08-11

Sentiasa nak menang


Status and entry blog aku pasal kulit hitam tu banyak dapat respond kat email.
Rupanya boleh tahan ramai jugak yang terima nasib yang sama.
Ada yang boleh move on, ada yang sampai sekarang rendah diri.

Yang boleh move on tu, tahniah.
Yang masih rasa rendah diri, aku nasihatkan cuba ambil masa muhasabah diri.
Sometimes, kita tak boleh move on dalam banyak perkara (bukan kerana warna kulit je) adalah sebab diri kita sendiri yang tak boleh terima kekurangan diri dan kelebihan orang lain.
Atas sebab nak bersaing tu lah maka kita rasa stress. Kadang-kadang tu stress pada benda yang tak datangkan manfaat.
Nak stress sebab kulit tak putih?
Nak stress sebab muka tak cantik?
Nak stress sebab dilahirkan katik?
Tak berbaloi nak hidup dalam stress dan kemurungan disebabkan benda-benda remeh macam ni.

Kadang-kadang tu bukannya kita gelap sangat, tapi kita tak seputih orang yang kita nak saingi.
Kadang-kadang bukannya kita tak cantik, tapi tak cukup cantik untuk menyaingi orang lain.

Sebab tu sometimes, kita kena muhasabah.
Tanya diri kita sendiri, betul ke kita ni serba kekurangan, atau kita yang tak reti bersyukur?

Yang menambahkan lagi tekanan adalah apabila semua benda kita nak bagitau orang.
Dan semua benda yang ada kat kita, kita nak orang nampak.
Bila kita hidup bersandarkan approval orang lain, itulah yang buat hidup tertekan.
Apetah lagi bila kita tak ada apa-apa yang dibanggakan yang nak ditunjuk kat orang lain, itu laaaaaaaaaaagi buatkan kita tertekan.
Lepas tu datang sifat hasad.
Pusing-pusing balik benda yang sama.

Aku rasa, dalam banyakkkkkkkkkkkkkkkk perkara yang orang dok 'trending' buat, aku tak buat.

Aku lahirkan dua-dua anak aku cara czer, tak beranak normal.
Tak merasa kesakitan wanita sebenar katanya. Fine. I dont care.

Redza dari umur 40 hari sampai umur 2 tahun tidor dengan bibik.
2 tahun aku tidur dengan tenang tak bangun malam menyusukan anak.

Anak-anak aku paling lama menyusu badan 2 bulan lepas tu susu aku tak keluar.
Aku sumbat susu formula.

Anak-anak aku pi skolah tak bawak bekal, aku bagi duit je.

Aku masak sehari sekali je. Itu pun waktu malam.
Masak sekali banyak so that esok tengahari Redza and Rayyan balik rumah makan lauk perangat malam tadi. Aku tak bangun awal pagi macam mak-mak orang lain masak untuk anak.

Aku tak buat breakfast. Makan kat mamak je.
Sebulan 2 kali je kot buat btreakfast.

Aku tak basuh baju, lipat baju, gosok baju.

Aku tak cuci bilik air, mop lantai, sapu lama, basuh porch longkang, lap tingkap kipas.
Sebab weekly bibik buat.

Kalau korang rasa rendah diri, mungkin boleh consider bandingkan semua benda kat atas ni dengan life korang. Mesti korang datang yakin sikit and realize korang takde la seteruk mana, kan?

Aku sendiri tau aku memang bukanlah tergolong dalam kelompok ibu-ibu atau wife-wife yang gred A. Tapi alhamdulillah, aku masih lagi boleh teruskan hidup walaupun cara aku tak sama macam orang lain.

Kita hidup kat dunia ni bukan untuk membuat perbandingan DAN bersaing, tapi buat perbandingan DAN perbaiki. Cara nak perbaiki tu pun bukan terletak pada satu jalan je.

Masalah : Baju bertimbun tak basuh.
Jalan 1 : Basuh sendiri secara berperingkat kat rumah.
Jalan 2 : Mintak bibik basuhkan.
Jalan 3 : Hantar dobi.

Apa bezanya kat sini?

Masalah pokoknya cuma nak pastikan baju kotor berbasuh, kan?
Bukan nak pastikan siapa yang lebih rajin basuh baju.

Problemnya pada manusia, kita suka saling nak tunjuk sape lagi best. Saling nak mengalahkan.
Kalau dapat bunuh lagi bagus.

Orang yang suka membandingkan diri dengan orang lain adalah kerana nak menjaga atau menaikkan harga diri. Dorang ni rasa puas kalau dapat tau yang dorang pun sama sukses macam orang lain. Dalam ertikata lain, perbandingan tu adalah untuk mengurangkan keraguan tentang diri sendiri, untuk mengetahui apa yang mampu atau tak mampu dia lakukan. Kalau kita dan orang lain ada banyak persamaan, terasa lega. Terasa yang kita dah mencapai target yang sama. Dan selalunya yang suka dibuat perbandingan ni adalah perkara-perkara yang kita suka like kepandaian, kecantikan, ke-hense-man, kemithalian, kekayaan, pakaian. Benda-benda yang kita sendiri suka. Kalau kita tak suka perkara tu, mesti kita tak kisah, kan?

Bukan tak boleh contohi teladan yang bagus, tapi tengoklah pada situasi diri kita.
Hidup orang lain tak sama dengan hidup kita.
Kau nak follow macamana seorang surirumah dapat siapkan segalanya sedangkan kau balik keje pun pukul 8 malam.
Lepas tu kau bukak FB tengok orang viral kisah "Saya uli gandum sendiri untuk buat roti bekal anak saya ke sekolah".
Dan-dan kau stress, nak buat benda yang sama.
Pastu kau gi hamun laki kau tak nak tolong kau kemas rumah sampaikan kau tak boleh nak uli gandum macam orang tu.
Kau tulis pulak confession kat IIUM "Suami sekarang balik keje goyang telur je taknak tolong bini".
Alahaiiii...jangan buat lawak, plis?

Bersaing tu bagus, tapi kalau sampai diri kau tertekan, apa gunanya?
Mana nak datang persaingan sihat kalau kau sendiri dalam keadaan tertekan.



2016-08-10

Bila dah sakit..



Sweet sangat lah laki aku menjak-dua menjak ni.
Apa lagi la dia nak rampas dari aku agaknya ni. Mbhahahahaha.

2 hari lepas aku tak sihat.
Macam nak demam tapi tak keluar panas. Tapi badan sejuk je. Rayyan pegang pun aku rasa sakit.
Pening, muntah. Nak kata mengandung memang konfem tak lah.
Semalam jumpa dokter, semua ok cuma dokter kata jantung aku laju.
Dia suruh banyakkan rest. Makan buah lebih.

Tengahari, En Wan masuk opis lepas hantar Rayyan balik rumah, sambil hulur tupperware ni kat aku.
Aku bukak, alahaiiii.....member siap balik rumah sempat potong tembikai pack dalam bekas nak bagi bini makan.
Sweet nau nau rasanya.
Ni lah dia orang pompuan. Orang lelaki buat baik sikit je dah cair. Tembikai je pun. Ni kang dek kerana tembikai 4-5 kerat, tergadai pulak company share.



Masalah badan lesu/letih. Checked!

Aku sebenarnya on and off ambik Nutrijuice sebab aku tengah meng-guinea-pig-kan diri untuk next product. Jadi aku sengaja stop ambil GC Plus and Nutrijuice so that tak kacau produk yang aku tengah RnD ni. Bila aku stop Nutrijuice, memang terasa letih tapi aku takde la terpikir sangat pasal aku stop Nutrijuice ni sebab memang tengah bulan busy pun. Bila baca respond customer ni baru aku terfikir. Ye lah kot, aku rasa extra letih maybe sebab aku stop Nutrijuice dah sebulan.



Mula-mula masa aku nampak admin naikkan kat FB, aku macam "Huh? Abang ipar dia gi check air mani?"

Melampau sangat Nutrijuice ni sampai air mani pun kau nak tapau.
Lepas tu baru paham. Check-up kencing manis rupanya.
Ni testimoni yang best.
Sebab selama ni kalau yang tanya boleh tak baikkan kencing manis - aku jawab this is not ubat diabetis.
Kalau nak baikkan terus memang tak.
Tapi kalau untuk mengawal reading, itu lojik.

Bila aku dah run health product hampir setahun, aku realized, ramainya orang yang sakit.
Ramainya orang yang berusaha nak pulihkan sakit.
Ramainya orang sakit yang mula menghargai waktu sihat.
Bila dah sakit, memang banyak nikmat ditarik, kan?

Sebab aku terima banyak soalan boleh tak produk akak ni baikkan sakit ni, boleh tak produk ni baikkan sakit tu.
Apa yang aku konfiden aku cakap YES.
Contohnya kalau memang aku tau produk ni konfem turunkan kolestrol, aku cakap yes.
Tapi kalau nak kata boleh tak pulihkan kanser, pulihkan kencing manis, yang tu you can try.
Tapi bila dapat testimoni macam ni, alhamdulillah.
At least aku ada point untuk share pada pesakit yang seangkatan.

Betulla cakap salah sorang ustaz dalam ceramahnya.
Sakit itu jihad katanya.
Sebab bila kita sakit, kita secara fitrahnya berusaha untuk memulihkan sakit, tak menyerah kalah, terus ikhtiar, dan berjuang untuk mendapatkan kesembuhan.

Dan pada pendapat aku pulak, sakit itu adalah ilmu.
Bila kita sakit lah, baru kita terdorong untuk periksa keadaan badan, alert dengan simptom-simptom sakit, rajin consult dengan dokter, dan baca itu ini untuk cari maklumat.

Masyallah, banyaknya hikmah sakit.



Yang tanya bulan ni ada tak promo Nutrijuice, jawapannya takde.
Sebab Nutrijuice ni ada harga pakej deal.
So kat situ dah harga diskaun sampai RM18.
Silakan beli pakej tu, ok?