2024-08-31

C-Drama: Chasing the Undercurrent


C-Drama review. Kali ni Chasing the Undercurrent. 40 episod.

Pheww! Tak pernah sangka aku boleh tergamak hadap drama sampai 40 episod. Dengan syarat, ceritanya mesti best dan pelakon wajib bukan kayu-kayan. Ini adalah antara drama yang aku tengok dari last episod, backwards. Sebab jalan ceritanya too intense sampai aku tak sanggup nak mentorture mental health sendiri.

Mula-mula aku tengok dari episod 1 sampai 15. Pastu kenot tahan. Sebab asal ada evidence, evidence hilang. Asal ada lead, lead kena bunuh. Aku sakit hati and kesian dengan male lead. Terus aku stop and tengok dari episod 40, ke bawah. Barulah lega.

Kisah tentang Chang Zheng (lakonan Johnny Huang) seorang detektif yang dah lama menjejak kartel keluarga Zhao. Keluarga Zhao ni menguasai satu bandar. Semua business dalam bandar tu adalah dari family keturunan Zhao. Orang luar pun tak leh masuk bandar tu. Bandar tu dah macam dunia dorang. Keluarga Zhao ni tersangatlah kaya sampai boleh beli polis dan peguam. Takde apa yang boleh jatuhkan family ni.

Tiga tahun sebelumnya, bapa Chang Zheng, yang juga seorang polis, mati dalam keadaan mencurigakan masa tengah kumpul bukti tentang keluarga Zhao. Sejak dari tu, Chang Zheng selidik segalanya pasal family Zhao untuk cari bukti dorang buat macam-macam jenayah. Ketua family Zhao ni ada 4 anak lelaki. 2 daripadanya peguam. 2 lagi penyangak. Yang sorang peguam tu Zhao Pengcheng namanya, mati kena bunuh dengan adik sendiri sebab dia hantar bukti jenayah keluarganya pada polis. Tak sempat nak hantar bukti, dah kena bunuh.

Yang sorang lagi peguam juga, namanya Zhao Pengchao (lakonan Tony Yang). Dia ni asal-asalnya nak bersihkan nama keluarga. Dia nak ubah bisnes keluarga yang illegal kepada legal and kemudian berpindah ke Australia dan start new. Tapi dek kerana terlalu banyak jenayah yang keluarga dia dah buat, dengan secara tak lansung dia menutup semua bukti-bukti jenayah tu dengan jenayah juga. Kiranya dia jahat jugalah.

Chang Zheng pula sangat skillful mencari bukti, tapi setiap kali jumpa bukti, bukti tu hilang. Setiap kali dapat jumpa lead, lead kena bunuh. Dia jadi pelik macamana famili Zhao tu lagi cepat dari dia. Rupanya dalam squad dia sendiri ada spy keluarga Zhao. That's why apa je yang dia buat, family Zhao dapat sailang.

Ada plot twist yang paling unsangkarable. Rupanya Chang Zheng adalah anak kepada Zhao! Si Zhao ni semasa muda, banyak isteri. Semua 4 orang anaknya adalah dari isteri yang berlainan. Kecuali isteri yang last lahirkan 2 anak, iaitu Chang Zheng dan Zhao Pengchao. Tapi Chang Zheng, isterinya rahsiakan dan hantar pada orang lain bela. Dia taknak anaknya ni dibela oleh keluarga Zhao. Actually anak yang lagi sorang tu, Zhao Pengchao dia hantar ke Australia. Tapi somehow bapaknya dapat tahu. Yang Chang Zheng ni bapaknya tak tahu lansung. Chang Zheng dibela oleh keluarga polis. That explains kenapa Chang Zheng membesar dengan aim untuk jadi polis juga.

Kiranya sekarang Chang Zheng fight dengan abangnya sendiri, Zhao Pengchao. Bila bapaknya dapat tahu Chang Zheng adalah anak kandung dia, dia frame anak sendiri supaya dibuang kerja dan tak diterima menjadi polis lagi, supaya anaknya kembali kepada keluarga Zhao. 

To me, this is a MASTERPIECE! The last drama I found so gripping and intelligently written adalah The First Shot, also lakonan Johnny Huang. Tapi The First Shot aku boleh layan from episod 1 sampai akhir. Tapi yang ni I is kenot. Terpaksa tengok secara gostan untuk mengurangkan tekanan perasaan. Boleh tengok kat Iqiyi.



2024-08-30

We are friends


Semalam aku up short post kat IG. Masa tu aku baru lepas bersembang thru phone dengan seorang blogger/influencer. Basically kitorang sembang pasal isu terkini. She seems to be in good shape and much happier, alhamdulillah. So semalam lepas aku bersembang dengan dia, aku up kat IGS short post. Aku tulis tentang ada orang suka nak melaga-lagakan aku and dia selama ni. Tapi aku tak sebutlah siapa blogger yang aku sembang ni.

Malam semalam aku tepek, pagi ni friend request aku kat IG 700+ terus, ya. Hahahahaha. Kau rasa??

Ok, meh sini aku nak explain apa aku rasa.

Aku rasa, yang berjujuk-jujuk request friend ni sebenarnya sekadar nak tahu satu cerita saja, betul tak? Takde plan nak follow aku pun. Betul tak? Sebab kalau kau genuinely nak follow aku, lama dah kau request friend tu.

Dia macam ni lah, ya. Takde sejarah lagi aku bergaduh dengan sesiapa baik online mahupun offline. Boleh tanya kawan-kawan aku sama ada kawan sekolah, atau kawan uni, atau ex-colleagu. Aku takkan bergaduh dengan sesiapa. Aku punya pesen, kalau aku tak suka, aku tinggal terus dan SENYAP. Kau takkan nampak aku bash sana sini directly. No. Aku akan angkat kaki, tinggal terus dan tak akan ambil tahu apa-apa. Let alone nak mention kau dalam blog post aku. Same goes to kawan-kawan di dunia realiti. Kalau aku tak suka, aku jauhkan diri dan aku promise kau takkan nampak aku tegur kau lagi. Kau takkan nampak aku cari pasal dengan kau sebab aku tak mahu bagi kau peluang ada connection dengan aku lansung.

So, kepada orang-orang yang konsisten baca blog post aku, terima kasih banyak-banyak. Tapi, kalau kau baca post aku and assume aku tuju pada orang itu orang ini, pastu kau screencap and pass pada orang tu dengan harapan nak tengok aku bergaduh dengan anyone, mintak mahap. Sila kembali ke tempat duduk masing-masing. Aku takkan layan benda-benda macam ni.

That blogger kata pernah dulu post aku, orang hantar pada dia. Orang syak aku tulis pasal dia. Aku terkejut. Apa benda yang aku tulis eh? Aku ni kalau tulis memang orang ingat aku tuju pada sesiapa. Padahal yang kenal cara penulisan taulah style tulisan aku camana. Kalau aku start merempan memang takde break. Tau-tau je orang ingat aku tuju kat dia. 

Pastu aku terpikir, kalaulah post aku tu dituju pada dia, konfem followers dia bash aku balik. Masalahnya takde. Hidup aku aman-aman saja. So kat sini aku syak, yang rajin hantar post-post aku pada dia MUNGKIN bukan followers dia yang genuine, dan bukan juga followers aku. Orang-orang ini hanya mencari peluang kalau-kalau boleh buatkan kitorang bergaduh.

Dorang sebenarnya tak suka aku. Dan dorang juga maybe tak suka dia. Tapi dorang follow kitorang berdua. Of cos la kan, kalau tak mana dorang tahu pasal blog post aku. Orang-orang ini mungkin tak suka aku, tapi takde reason yang solid untuk kecam aku because I am just being me. So, they find peluang, gunakan 3rd party (that blogger), kononnya aku mengata dia. Dengan harapan aku disaman.

Menjak aku berblogging, trend yang aku nampak adalah, blogger/influencer sebenarnya lebih ramai haters dari likers. Cuma tak nampak je kat mana dorang ni. Kau nak nampak bila? Tunggu bila kau ada isu, masa tu kau nampak yang entah mana-mana entah datang, tau-tahu ramaiiiii je kecam kau. Macam aku cakap tadi. Aku naikkan sikit je IGS semalam, tau-tau pagi ni ada 700+ friend request. Mesti ada yang follow aku pi highlite kat mana-mana private forum atau page, "Jom jom follow Diana, dia nak spill something". Kahkahkah.

Dan disebab itulah, some influencers terpaksa play along. Disebabkan followers tak suka si anu, mereka terpaksa mengelakkan diri dari rapat dengan si anu. Padahal mereka dengan si anu ok je. Just like Leslie Cheung and Alan Tam. Dorang tak pernah bergaduh tapi fans yang bertekak sesama sendiri. Sampaikan dorang takut nak berjumpa. Sebab apa? Sebab fans tak suka. Disebabkan nak menjaga hati fans sendiri, maka dorang menjauhkan diri dari berada di tempat yang sama.

This blogger cakap semalam, "Saya buat open house, orang pertama yang saya ingat adalah akak. Tapi saya takut nak rapat dengan akak".

Aku faham situasi tu. That's why aku tak berani nak jemput blogger-blogger ke open house aku juga. Because nak menjaga hati followers masing-masing. Followers blogger-blogger ni ada yang tak suka aku. Maybe blog readers aku pun tak suka blogger-blogger tu. So aku decide untuk jemput close frends saja. Start tahun lepas lagi senang. Open house raya adalah jemputan untuk client En Wan. 80% adalah blog readers aku. Senang sekali jalan. Kau je lah tolong jemput. Aku tunggu je melayan siapa datang.

Aku ada beberapa orang lagi bloggers yang kitorang masih berkawan, cuma tak appear kat public sebab followers dia dah "terlanjur" mengutuk aku. Kalau kitorang appear in public bersama-sama, mungkin dia akan hilang followers. So what we do? Buat lek wat pis je lah. Ada benda nak sembang kita whatsapp, kita call. Kalau terserempak, kita selfie dan simpan sendiri.

Aku ada kawan influencer bergelar artis juga. Kitorang start kawan sebelum dia jadi retis. Tak pernah tepek gambar bersama di mana-mana. Tapi kami ada.

Aku juga berkawan dengan artis lelaki yang popular. Berkawan di FB. Zaman free hair. Masa tu dia antara wujud dengan tak je kat dalam industri. Aku simpan lagi mesej-mesej dia mengayat aku. Now we still hye-hye bila ada masa. Dia risau juga bila terperasan mesej-mesej lama yang dia pernah hantar kat aku. Tapi aku cakap no worries. Aku takkan ambil peluang nak tumpang glemer and publish mesej-mesej dia. Aku sendiri dah cukup glemer. Mbahahahahah.

Apa yang influencers tunjuk hanya sikit saja. Di sebalik tu ada life yang lebih besar. Some of them tak nak tunjuk dengan siapa sebenarnya dorang berkawan baik, dan dengan siapa dorang melepak. Dorang tunjuk apa yang kau nak tengok. Kau nak tengok si X tak berkawan dengan si Y? Itulah yang kau akan nampak. Kau nak tengok si X tak jemput si Y ke open house? Itulah yang kau akan nampak. Hakikatnya dorang kat belakang media are friends. 


2024-08-29

Blogger yang kutuk aku tu dah meninggal.

Ok, ni memang follower aku ni. Sebab aku sendiri hampir terlupa kes ni, tapi dia boleh ingat.

Ya, ini antara kes yang men-famous-kan aku yang dah sedia famous ketika tu. Mbhahahaha.

Sejujurnya aku tak kenal blogger ni. Sumpah aku tak kenal. Tak tahu hujung-pangkal dia petik nama aku kat blogpost dia. Aku dah lupa apa isunya, tau-tau je orang kecam aku. Tapi macam aku cakaplah, yang mengecam ni tak bash aku direct pun. Takde yang hantar email ke, atau PM ke. Takde. Dorang mengutuk aku di tempat lain. I don't remember kat mana. Again, macam aku kata dalam post semalam. Orang yang mengutuk-ngutuk bagai nak rak ni, sebenarnya dia bukanlah followers kitorang berdua. Dengan dia pun dorang tak suka, dengan aku pun dorang tak suka. Tapi dorang seronok bila ada isu berbangkit supaya dapat peluang mengutuk aku pada hal yang lain pula.

Berbalik pada cerita tadi. Aku tak pernah pegi ke blog blogger tu, tapi follower aku rajin bagi link untuk aku baca. Aku baca gitu-gitu je la. Takde de aku nak ke post dia and sound kat ruangan komen. Reason aku simple -- aku tak kenal dia dan aku takde isu dengan dia. Tapi followers aku bengang aku tak balas, jadi tukang balaskan. Followers Diana Ishak kalau mengecam boleh tahan. Everytime ada orang plagiat post aku, dorang berjemaah mengecam. Jangankan post tu hilang, dengan blog orang tu sekali boleh hilang 😆.

Blogger yang kutuk aku tu dah meninggal. Rasanya 10 tahun ada kot. Aku tak sure sakit apa. Tapi macam jatuh sakit. Ada someone pernah cerita kat aku. Aku lupa dah. Berita dia meninggal pun aku dapat tahu from another blogger. Tapi sebenarnya beberapa bulan selepas kes tu, dia email aku. Dia minta maaf and dia explain sebenarnya aku takde isu apa-apa dengan dia. Dia cuma jealous sebab aku sangat famous masa tu. Aku maafkan sebab aku pun tak kenal dia. Tadi aku retrieve kat email, oh ada lagi rupanya email dia minta maaf tu. Maybe dia tak pernah explain kat blog yang dia dah minta maaf kat aku, tu pasal ramai yang masih ingat kes ni sebab takde closure. Sebenarnya ada closure cuma mungkin dia tak bagitau di blognya.

Tu pasal aku cakap dalam blog post semalam, sometimes blogger X takut nak berada di public bersama-sama blogger Y kerana nak menjaga hati followers masing-masing. Sebab followers X dan mengecam followers Y macam nak tak, tetiba nampak blogger kesayangannya cemolot pulak dengan blogger yang dorang tak suka. Payah. Ada potensi si X ni pulak kena kecam berjemaah dengan followers sendiri. Macam politicianlah. Dorang sama dorang boleh je lepak semeja gelak-gelak. Kita yang tengok jadi sakit hati dah kenapa korang boleh berbaik? Faham tak anologinya?

That's why aku elakkan diri dari bash mana-mana blogger dalam blog post aku. Kalau aku tak suka, aku diam. Jalan terus. Sebab one day if your path with her meet again, kau akan jadi serba-salah sebab nak menjaga ego sendiri.


2024-08-28

Yang dramanya rating tinggi (konon), bila tengok, ya ampun ini kau kata best??


Dah ada yang bertanya aku tak tengok drama lain ke selain drama Johnny Huang?

Tengok. Mana pulak tak tengok. Ada yang aku dah review pun. Tak perasan ke? Aku ada review Road Home, Arsenal Military Academy, You Are My Hero, Fireworks of My Heart, Being A Hero, A Date with Future. Eh banyaklah. Ini pun banyak lagi aku tak review sebab mostly, biasa-biasa je.

Aku tak tengok kebanyakan drama yang orang kata best, sebab kebanyakan yang kata best, sebenarnya tak best lansung! Mostly yang kata best tu sebab actornya handsome. Contoh Only for Love, lakonan Dylan Wang and Bai Lu. Aku tengok cerita tu sebab Bai Lu, bukan Dylan. Dylan sejenis kayu. Cerita Only for Love ni boleh tahan. Romance genre. Jalan ceritanya ok. Tapi kalau watak Bai Lu ganti dengan Wang Churan, mampus kejang aku nak habiskan episod 1. Kekuatan cerita ni adalah kerana natural acting Bai Lu dan wajah jambu Dylan. Kalau takde Bai Lu, besar harapan aku tak tengok drama ni.

Tapi lakonan Dylan dalam drama The Rational, not bad. Sebab dalam cerita tu Dylan jadi intern. Sesuailah kekayuan dia carry watak intern. Nampak natural betul. Kahkahkah.

Paling kayu adalah, Yang Yang. Kekal menjuarai. Siapa ntah hari tu DM aku bagitau dia tengok Yang Yang dalam drama Love 020, last-last dia stop terus. 

Sama!

Aku tak paham apesal orang kata cerita tu best. Aku tengok sampai episod 5 je. I is kenot tahan dengan Yang Yang. Kalau tengok cerita, boleh tak jangan letak pengaruh WAJAH? Wajah hensem is lain. Cerita is lain. Jangan campurkan, ya. Aku tengok drama sebab ceritanya, bukan mukanya. Kalau nak tengok muka, baik aku tenung gambar je.

Whether you like it or not, MOST actor muka jambu kat China yang dramanya dikatakan BESTTTTTT sangat, bila tengok, ya ampun ini kau kata best?? 

Contohnya, Falling into Your Smile, lakonan Xu Kai. Dalam cerita ni Xu Kai is ok. Sebab karakter dia tak heavy. Aku gagahkan diri tengok sebab katanya sedap. Penyudahnya aku skip skip skip skip bagi perabis. Selling point cerita ni cuma wajah jambu Xu Kai. The female lead, sangat hauk. Ntah kenapa dia konfiden nak jadi pelakon. 

But Xu Kai in As Beautiful As You, not so bad. Sebab dia partner dengan Seven Tan. Seven Tan memang very good acting. Lagipun ini drama romance genre. Kalau romance genre, Xu Kai memang boleh tapau sebab mukanya sesuai dengan genre romance.

Drama Our Glamorus Time, katanya sweet gila. Aku tengok, halah halahhhh. Cerita cinta aku lagi sweet tau. Kahkahkah. 

Lagi satu terpaling hauk is When I Fly Towards You. Buang masa aku je. Celah bedah mana yang best tak tahulah. Annoying gila watak female lead. Harap muka hero je boleh tahan sikit, Zhou Yiran.

You Are My Hero, another drama antara soldier and doctor. Tapiiiii female lead lembab. Rimas aku tengok lakonan dia. Hero boleh tahan, iatu Bai Jinting. Muka pun comel, tapi wataknya tak strong. Drama ni konon nak buat cerita soldier, tapi scene action tak banyak. Maka terhasillah cerita love story yang lemah dan lemau. Masuk episod ke 10 aku dah rasa berat nak habiskan another 30 episod. Muka male lead comel nau macam budak sekolah menengah dengan badan sekeping muka baby faced tapi jadi SWAT Team Leader? Tak masuk lansung. Cerita ni tak banyak tunjuk kehebatan SWAT. Lagi banyak romance antara 3 sets of couple. Kalau nak tunjuk romance, baik kau jadi Kapten Pengakap je. Letih aku nak habiskan, last-last aku stop. 

Another drama yang aku akan tengok, adalah drama Zhou Lusi. Dia ni kalau berlakon, bagus. Tapi ada satu drama tajuknya Please Feel at Ease Mr. Ling. Ya ampunnnnn buang masa nak mati! Ingatkan kalau pelakonnya Zhou Lusi, bolehlah layan. Rupanya tak, ya. Zhou Lusinya ok. Heronya yang tak ok. Ntah mana dorang dapat hero ni. Liu Te namanya. Stok-stok muka buat surgery kat Korea. Aku rasa Liu Te dengan Yang Yang berasal dari pokok yang sama.

Aku ni jenis yang suka depth, quality, and strong character over mere aesthetics. Romance genre is ok, tapi biar strong plot and character tak kayu. Contoh macam Crash Landing on You atau Descendants of the Sun. Karakter-karakter dalam tu strong, pelakon pun PANDAI berlakon. Bukan boleh berlakon tau, tapi pandai berlakon. 

Ambil contoh Dylan Wang. Dylan ada rupa, tapi hanya boleh berlakon. Tak pandai berlakon pun. 

Xiao Zhan, ada rupa DAN pandai berlakon. Tapi Xiao Zhan bukan kategori jambu sangat, sebab in certain watak, muka dia biasa-biasa je. 

So far, Chen Zheyuan muka handsome DAN pandai berlakon. Watak apa pun, muka dia tetap handsome. Dan dia berlakon sangat natural. Dia ni rare breed sebab ada semua elemen yang perlu untuk menjadi pelakon. Dia ni aku boleh layan. So far aku dah tengok Hidden Love, Mr Bad, Our Secret, Handsome Siblings, Dark Night and Dawn, and Detective Chinatown. SEMUA lakonannya best. Cerita yang tak berapa best macam Mr Bad pun jadi best sebab acting Chen Zheyuan best.

Most actor yang banyak menang prestigious award (by jury, bukan people's choice award), adalah actor yang bukan dalam list "The Most Handsome Actor". Rasanya ni mana-mana negara pun sama, baik Malaysia pun. Selalunya yang best actor selected by jury jarang menang by audience voting. Dan selalunya yang kerap menang by audience voting jarang jadi nominee dalam Festival Filem Malaysia, let alone nak menang.

Aku prefer storylines that go beyond surface-level plots. Sama macam conversation. Aku suka deep thought. Membaca pun aku suka bahan bacaan yang thought-provoking. Bila tengok drama/movie, I am drawn to content that offers good acting skill, berbanding relying on looks atau trendy storylines. Pada aku, a drama must engage the mind, not just the eyes. 

Aku dah jadi berat hati nak tengok drama yang male lead-nya muka jambu. Sebab dah BANYAK kali terkena. Those yang muka jambu ni drama dorang overemphasize physical appeal. Rating tinggi kemain, tapi bila tengok, apesal gini je? Konfem yang bagi review 5 star tu syok kat muka actornya je. At this point, sebelum tengok the drama, aku dan boleh recognize drama mana yang storyline dan lakonannya pasti mengecewakan.

Aku payah sikit nak tergoda dengan popular opinion atau “hype” surrounding mainstream dramas. Tapi ada a few romance genre yang berkualiti baik dari segi jalan cerita dan lakonannya. Contoh, You Are My Glory, by Dilreba Dilmurat and Yang Yang. Jalan ceritanya best. Lakonan Dilreba banyak menyelamatkan kekayuan Yang Yang. Dalam drama ni Yang Yang not bad sebab wataknya adalah engineer yang pendiam dan pemalu. Sesuai benaulah kau dengan watak ni. 

The Love You Give Me dan Once We Get Married pun aku pernah review. Yang ini both lakonan Wang Ziqi. Jalan cerita best dan good acting skill. 

Love is Sweet pun best. Lakonan Bai Lu and Luo Yunxi sangat natural. Kelakar and sweet.

Eh banyak aku tengok cuma tak sempat review. Karang muntah korang kalau aku review semua.

Yesserrr. Sorang lagi dah sangkut :)

Hari tu ada sorang ni cakap "Kak Di! Johnny tu handsome lah!"

Uiii, marah betholll! 😆

Ya, Johnny tu boleh tahanlah. Tapi bagi aku dia bukan kategori jambu. Smart, mungkin. Standard muka macam Johnny tak berapa diminati di China. China dengan Korea sepesen tastenya. Dorang suka muka jambu stok-stok bibir merah. Macam buat surgery.

Johnny ni strong kat acting skill. Try tengok his latest release, The First Shot. Dia carry karakter sangat smooth and natural as pegawai polis. Tak cliche lansung dengan mana-mana watak polis lain. Aku dah tengok banyak military and police drama. Most actor bila pegang watak-watak gini ada semacam cliche. Masing-masing try hard muka nak nampak ganas, nak nampak macho, nak nampak tough. Kau try tengok how Johnny carry watak dalam Bright Eyes in the Dark, My Dear Guardian, The First Shot, Ace Troops, The Thunder, Chasing the Undercurrent -- ini semua karakter military. Nanti you know what I mean. 

Kau melayan Johnny Huang, bila layan drama actor lain, terus jadi lembab otak kau. Konfem! But you can try Chen Zheyuan, Jing Bo Ran atau Ren Jia Lun. Ni set-set natural acting, tak kontrol macho.
 


3-4 hari lepas, drama ni menang Outstanding Drama of the Year. Aku subscribe YouKu hari tu semata-mata nak tengok drama ni. Percayalah cakap aku, kalau aku kata best, memang best. Terbukti dah menang dah pun.


2024-08-27

C-Movie: Formed Police Unit


Formed Police Unit is another action movie lakonan God of Uniform, Johnny Huang Jingyu. Ini berdasarkan kisah benar. Kisah tentang Chinese peacekeeping force (pasukan pengaman di bawah PBB) yang dihantar ke Afrika. 80% of this movie is packed with action. The last 30 minutes is full-on action. Movie ni banyak tumpu pada karakter Johnny Huang and Wang Yibo. Johnny as Captain, Yibo and sniper dalam team tu.

Februari 2018 berlaku pergolakan anti-kerajaan di Afrika. Protes anti-kerajaan tu lama-lama bertukar menjadi ganas. The leader of the protes, Amir. Walaupun Amir dah berjaya ditangkap, rusuhan dan pembunuhan beramai-ramai masih berterusan. Kerajaan meminta bantuan PBB. China setuju untuk tolong by sending their peacekeeping team. Sebelum berangkat, Kapten Yu Weidong (Johnny Huang Jingyu), dapat sniper baru, Yang Zhen (Wang Yibo). Yang Zhen ni border guard. Tapi untuk misi ke Afrika ni, dia dipanggil untuk join team Kapten Yu Weidong. Yang Zhen sebenarnya berdendam dengan Kapten, sebab ayahnya dulu mati kena tembak semasa nak selamatkan Kapten (waktu tu Kapten masih polis biasa).

Kat Afrika sana, masa team ni buat rondaan, seorang budak lelaki tempatan ditembak semasa minta bantuan dorang. Penduduk kampung salah faham. Dorang ingatkan budak tu kena tembak dek team polis ni. Berlakulah pertempuran. Nasib baik team polis ni ada translator yang boleh berbincang dengan wakil penduduk. Unfortunately budak lelaki tu mati. Ada saksi yang nampak budak ni ditembak oleh orang lain. So now misinya nak bawa saksi ni ke court. Tapi sepanjang journey nak bawa saksi ke mahkamah, dorang kena ambush teruk.

Cerita ni ringkas sebenarnya. Cerita tentang how dorang berjuang nak pastikan saksi selamat sampai ke mahkamah. Dalam perjalanan tu teruk dorang kena serang. Fokus movie ni adalah pada action scenes-nya. Cerita ni kalau tengok kat cinema mesti lagi best, sebab 80% adalah action. Aku sekadar tengok kat You Tube sambil berlari atas threadmill. Cerita ni best, tapiiiii rating IMDB teruk gila. Sebab Wang Yibo buat promo movie ni dengan up gambar dia hitamkan muka (sapu kiwi agaknya), pastu buat rambut dreadlock. So they find that so racist. Teruk la kena review. Tapi cerita dia ok je.




2024-08-26

Kak Di tak pandai maths ke?


Post aku pagi tadi. Ada part yang aku tulis "Aku suka kat si anu tu dulu sebab dia pandai maths and fizik". Pastu ada orang tanya, Kak Di tak pandai maths ke?

Amboiiii kemain soklan dia. 

Bukan tak pandai. Tapi tak minat. Bila tak minat, dia jadi malas ambik tau. Bila malas ambik tahu, lama-lama jadi banganglah. Kahkahkah.

Kalau diberi pilihan antara buat 10 soalan maths dengan buat 100 persamaan kimia, aku pilih kimia. Sumpah aku tak minat Maths. Tapi nak buat macamana, maths are everywhere. Aku masuk celah mana pun akan jumpa maths. Ingatkan course biotech takde maths, rupanya ada. Satu-satunya subjek maths dalam course biotech aku dulu adalah algebra dan kalkulus. Nama subjek ni Biometry. Aku ingatkan oklah mesti bio-bio jugak ni. Sekali masuk kelas, algebra. Mampus. Punyalah menyampahnya nak hadap subjek ni. Tapi nak taknak, kena lalu juga. Disebabkan aku perlu maintain pointer, lebam pun lebam la. Hari-hari torture diri buat latihan maths. Sekali boleh A kau!

Aku ingat lagi masa result keluar, hari tu kebetulan demam teruk sampai takleh bangun. Result, lecturer tampal depan cubicle dia. Kawan aku bagitau "Diana, kau satu-satunya budak melayu dapat A subjek ni". Terus baik demam aku. Lega sebab lulus. Sebab aku taknak repeatttttt. Aku nak bebaskan diri aku dari maths.

Kalau tertanya-tanya apa dibuatnya maths dalam course biotek?

Sebab dalam course ni, kita guna algebra untuk kira data eksperimen. Bila buat eksperimen, kena analisis trend, kena buat perbandingan, dan kena buat kesimpulan. Macam final project aku dulu buat analisis bakteria, so I use algebra untuk determine growth rate of bacteria. Nak kira kepekatan bahan kimia dalam reaktor biologi pun pakai algebra. Masa buat fermentation, nak develop interaksi genetik pun pakai algebra. Nak tentukan tahap optimum bahan atau enzim dalam proses bioteknologi pun kena buat persamaan linear dulu. Kat mana-mana ada je maths ni.

Sebab itu anak-anak, fizik-kimio-bio bukan semua kelas belajar. Tapi maths, SEMUA kelas, tak kira kau budak sains ke, akaun ke, arts ke, tetap belajar maths. So, jangan skip kelas maths. Sebab kau sambung course apa pun nanti PASTI ada kira-kira kena buat. Tahun 2020 aku ambik course Food Safety. Ada kalkulus kau! Sebab nak ramal risk and hazard dalam food. Bladihel. Nak menangis pun tak larat sebab dah half way course. Teruskan je lah. Nasib baik lulus.


2024-08-25

TIDAK AKAN BERLAKU kenaikan setiap tahun melainkan, ada perubahan pada Bank Negara.

Ok aku suka bila isu-isu berbentuk TEKNIKAL macam ni dibangkitkan oleh orang yang tak faham FAKTA of the issue. Sedap sikit nak explain. Nak terangkan kat orang yang merentan tak tentu hala ni, kita kena pakai fakta.

Medical card ada 2 plan:

1. Step-up Plan (kenaikan berjadual)
2. Level-up Plan (tiada kenaikan berjadual)

TIDAK AKAN BERLAKU kenaikan setiap tahun melainkan, ada perubahan pada Bank Negara.

Contohnya, tahun 2024 bulan May, kenaikan berlaku dari syarikat takaful. Tiba-tiba January tahun 2025 ada kenaikan lagi oleh Bank Negara. Mungkin client akan nampak "Eh? Apesal kejap-kejap naik?"

Padahal dua-dua ni tak naik pada tahun yang sama. Kalau berlaku kenaikan dua kali pada tahun yang sama, salah satu mesti dari Bank Negara. Kebetulan your step up plan punya kenaikan berlaku serentak pada tahun yang sama Bank Negara buat re-pricing. Kenaikan kali kedua tu di luar kawalan syarikat takaful. Itu Bank Negara yang buat re-pricing due to inflasi perubatan. Kau takleh salahkan syarikat takaful.

Yang salah tu, bila kau sendiri tak tahu pelan apa kau ambil. Pastu merentan. Selalunya ini jenis client yang cari caruman murah. Janji murah, sebatttt. Padahal pelan murah ada kenaikan setiap 3 tahun. Baca balik polisi, ada ditulis dalam tu. Tanya agen semula. Mesti agen cakap "Dah cik yang kata nak yang murah, saya bagilah yang murah".

En Wan TAK PERNAH offer clientnya Step-up Plan. Sebab dia tahu ada kenaikan setiap 3 tahun. Semua client En Wan ambil Level-up Plan. Buat apa offer plan murah kalau dia sendiri tak ambil yang murah. Dia offer apa yang dia pakai.

Kenapa ada kenaikan setiap 3 tahun?

Sebab kenaikan ini adalah sebahagian daripada ciri pelan tersebut. Ini dinyatakan dalam terma dan syarat kontrak pada peringkat awal lagi. Kau melangok ke masa agen explain? 

Sebab utama kenaikan adalah meningkatnya risiko sakit bila umur semakin bertambah Bila usia clien bertambah, risiko kesihatan meningkat. That's why caruman tu diselaraskan to reflect that increased risk. 

Lagi satu, dorang wujudkan pelan Step-up ni untuk bagi pilihan pada client. Some client dia memang aim nak yang murah bayar setiap bulan. Maka takaful buat 2 pilihan. Kau pilih mana yang sesuai dengan bajet. Tapi this option and fleksibiliti datang dengan syarat kenaikan berkala.

Aku punya medical card ambil dari tahun 2003, start dengan RM160/bulan. Until 2023, caruman aku RM230. Selama 20 tahun kenaikan berlaku hanya RM70. Awal tahun ni aku buat new polisi dengan medic booster, caruman RM350/bulan (sebab ambil pada usia 46 tahun, si mahal sikit jadinya). Sebab tu aku pelik bila ada yang kata "kejap-kejap naik". Kenapa aku punya tak kejap-kejap naik? Itu yang aku muskil. So, sebelum merentan, check balik dengan agen pelan apa kau signed up dulu. Jangan main sign je.

Inflasi dan keputusan Bank Negara is another issue. Semua takaful adalah di bawah Bank Negara. Selain kenaikan berkala, akan berlaku juga kenaikan caruman yang disebabkan oleh inflasi. Hat ni Bank Negara yang kontrol dan tetapkan garis panduan untuk semua syarikat takaful di Malaysia. Bila berlaku inflasi, kos perubatan di hospital juga meningkat, yang secara langsung mempengaruhi caruman takaful. Kenaikan akibat inflasi ini tak berada di bawah kawalan mana-mana syarikat takaful, termasuk Prudential. It is a response to the current economic reality to ensure that the medical benefits offered remain relevant and adequate.

Pelan Level-up, carumannya boleh dikatakan hampir tak berubah sebab tiada kenaikan berkala, KECUALI berlaku inflasi yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara. Pelan ni agak mahal tapi perlindungannya lebih komprehensif.

So itu saja hujah saya hari ni. Nasihat saya, JANGAN MERENTAN TAK TENTU HALA.


2024-08-24

It's always UKUR PINGGANG



Video atas ni, aku takleh letak kat FB, nanti ramai share. Kena letak kat blog je sebab tersorok sikit. Bukan apa, orang kita sensitif bab gemuk. Karang Jepun kena kecam. Nanti mulalah dia kata "Aku gemuk, tapi sihat je". Hahahaha.

Dik, sajalah nak bagitau. Tahu tak kenapa kalau gemuk, medical card tak lepas? Sebab, gemuk adalah risiko untuk dapat penyakit. In other words, sekarang memang kau sakit, but kalau gemuk tu berterusan, PASTI dapat penyakit. Malah, sekarang pun penyakit tu dah ada, cuma simptom je belum keluar. Jadi, tak payahlah nak merentan sangat bila video-video pasal kegemukan ni orang share. Anggap je teguran membina. Bukan dia tuju kat kau pun.

Tapi apa yang aku sangat suka dengan video tadi, bila Japan buat rules UKURAN LILITAN PINGGANG, bukan menimbang berat badan. Masa awal-awal GreenAard release GC Plus lagi, saranan aku always sama - ukur pinggang. Jangan timbang berat. Tapi masa tu aku masih new. Ramai yang ingat aku founder bidan terjun yang tak tahu ke hala tiba-tiba nak produce own product. Jadi, apa yang aku suggest disangkal. But isokay, 9 tahun GC Plus dalam market, saranan aku masih konsisten dulu sampai sekarang. It's always UKUR PINGGANG. Bila tengok video Jepun tadi, aku 100% setuju dengan undang-undang dia. Yang kita nak kurangkan adalah LEMAK, sebab itu maintain size pinggang jauh lebih penting.

Perempuan - mesti less than 32 inci. Anggap 31 inci is borderline.
Lelaki - mesti less than 37 inci.


Cukup kau monitor ini je 👆🏻, tak payah kejap-kejap nak menimbang. Aku suggest, beli seluar jeans size 31 inci. Jadikan itu indicator. Once kau dah dapat pakai that seluar, bermakna badan kau dah ideal weight. Lagi satu, baju-baju lama jangan dibuang dulu. Simpan at least sehelai untuk jadikan benchmark. One day bila pakai baju tu terasa loose a bit, maknanya you are losing weight.

Jangan sampai otot yang berkurang. Hat ni bahaya. Kalau otot berkurang, badan kau jadi kurus lembik. Orang yang buat extreme diet selalunya berat badan dia berkurang sebab otot yang mengecut, bukan lemak yang hilang. Kalau otot kau berkurang lebih cepat dari lemak, bermakna kau adalah skinny fat. Lemak masih ada. Nanti perut kau gelebeh, bawah lengan kau gelebeh, dan serba-serbi kau tak kuat. Angkat barang berat sikit, tak larat. Sebab otot dah mengecut. 

Kalau nak tahu sama ada berat korang hilang lemak atau otot, kau boleh timbang. If you are losing weight around 500 gram to 1 kg seminggu, ini maknanya you are losing body fat, which is good. Kalau lebih dari 1 kg seminggu, maknanya kau hilang air + lemak + otot. Maybe dari 1 kg ni lemak kau hilang cuma 100 gram saja, selebihnya air dan otot. In other words, losing 2 kg sebulan, masih OK. Jangan merungut kalau hanya lose 2 kg sebulan.

Aku tak berapa suka timbang berat. Lebih suka ukur pinggang. Bila badan dah boleh fit seluar jeans 27 inch, happy. Pinggang aku pernah 32 inci, ya! Sangat tak selesa, especially bila duduk tahiyat akhir. Boleh terasa berlipat-lipat pinggang belah kanan. Stress betul tengok lipatan perut sendiri. Now, seluar slack can fit size 26 inci. Jeans beli besar sikit 27 inci. Karang kalau pakai ketat-ketat, bila bersin tercampak pulak butang jeans aku. Kahhh!

So gais, remember! It's always ukuran pinggang.


2024-08-23

Trend childless bukan satu isu besar pun sebab ini adalah PILIHAN.



Hari tu ada orang minta aku tulis pasal child-less trend orang-orang muda zaman sekarang. Rata-rata reason dorang adalah - anak bebanan kewangan dan pengaruh emosi yang besar. Nak besarkan anak perlu sumber yang banyak - dari segi kewangan, masa, dan tenaga. Semua ni mengganggu kebebasan peribadi serta perancangan hidup dorang katanya.

Oklah, aku takde masalah dengan trend ni. Life kau, kan. Buatlah apa yang kau rasa terpakai untuk diri sendiri.

Sebenarnya trend childless bukan satu isu besar pun sebab ini adalah PILIHAN. Apa pun pilihan yang dibuat adalah untuk diri sendiri. Kalau tak mahu anak adalah pilihan yang baik dan terpakai untuk diri sendiri, teruskan. Takde siapa kisah sebenarnya. Yang menjadi kisah tu bila kau berlonggok membincangkan topik ni secara terbuka dan mengkondem pula anak adalah beban, ada anak takde freedom, ada anak banyak pakai duit, and so on. Hat ni yang buat orang panas hati.

Aku sangat percaya those yang mengkondem ni adalah anak-anak yang membesar dengan rasa dendam pada mak bapak kerana mereka tak dibesarkan dengan kualiti hidup yang baik. Perasaan marah tu terbawa-bawa sampai ke besar yang akhirnya buatkan dorang merancang untuk tak mahu ada anak.

But it's ok. Aku tak nak sentuh pasal pilihan korang untuk childless. Sukati. Aku nak menulis pasal pandangan aku bila kita ada anak.

Betul, membesarkan anak perlu belanja besar. Especially kalau plan nak besarkan anak dengan kualiti. Makanan dia, sekolah dia, pakaian dia, nak hire orang menjaga dia -- ini semua pakai duit. Zaman aku dulu, pusat penjagaan anak tak banyak macam sekarang. Maid pun belum menjadi trend. Pandai-pandai kaulah bawak diri kalau mak pegi kerja. Duduk rumah dendiam, kunci pintu. Orang tak kenal, jangan bukak. Itu je pesanannya. Kau nak terbalik ke, terlangkup ke, biar dalam rumah. Jimat pun jimat.

Zaman sekarang semua bantuan untuk anak ada. Nursery bersepah. Tak nak pakai nursery, boleh ambil maid. Tadika pun dah boleh letak anak sampai pukul 6 petang. Anak-anak yang bersekolah boleh drop kat transit school sementara tunggu mak bapak balik. Semua benda ada. Cuma semuanya pakai duitlah. Bermakna, kita boleh pilih. Kalau tak nak penat, kena keluarkan duit. Kalau tak nak keluar duit, kena berpenatlah sikit.

Persepsi bahawa anak-anak hanya menambah beban kewangan - yang ini subjektif. Ini boleh diubah dengan pendekatan perancangan kewangan yang baik. Ramai je family yang ada anak tapi masih boleh bercuti dan masih boleh ada simpanan. The key is, bijak menguruskan kewangan. Memanglah tak semua kita boleh dapat pada masa yang sama. Kewangan kita semua tak sama. Kalau orang lain at age 27 dah boleh holiday ke Paris, kau holiday je lah dulu ke Cameron. Apa masalahnya. Kau tak boleh holiday ke Paris bukan sebab ada anak, tapi salah kau yang selera besar!

Walaupun belanja membesarkan anak adalah besar, it is a pelaburan yang sangat berharga dalam jangka panjang. This is not about bergantung pada anak ketika dah tua nanti, tapi lebih dari itu. To me, perkara yang paling utama adalah bila dorang besar esok, dorang boleh menjaga diri sendiri tanpa membebankan kita lagi. Bak kata Mak Aji, "Tak bagi duit kat mama takpe, tapi jangan menyusahkan aku pulak".

Sekarang kita invest kepada anak-anak dengan kehidupan yang berkualiti supaya dorang membesar dengan baik, belajar dengan baik, ada kerjaya bagus, dan akhirnya boleh sara diri sendiri. Itu maksudnya dengan pelaburan tadi. Supaya bila dah besar nanti, dorang tak terus menempek pada kita yang dah tua dan takde income ni lagi.

Sementara tengah muda dan kuat, memanglah tak nampak keperluan ada anak. Samalah macam sihat. Tengah sihat, mana terpikir pasal sakit. Dah sakit esok baru menyesal kenapa dulu tak buat ini, tak buat itu. Esok dah tua, pasangan pun dah meninggal, adik-beradik semua dah tua dah tak larat nak datang ziarah, kepada siapa kita nak menumpang kasih kalau bukan pada anak?

Aku tengok contoh mok cukuplah. Arwah ayah meninggal tahun 2003. 21 tahun mok sendiri tanpa suami. Bayangkan kalau selama 21 tahun dia tinggal sorang kat Tganu tanpa anak dan tanpa suami. Ya Allah, sunyinya! Aku takleh imagine life kalau aku berada di tempat mok. Sunyi, ya. Sunyi! Dahlah takde tempat bergantung. Nak bersembang pun takde teman. 

Pada isteri, orang yang mahu melayan perasaan dia hanyalah suami. Layanan anak takkan sama dengan layanan suami sendiri. Tapi kalau ada anak-anak at least taklah sunyi. Sunyi masa muda dengan sunyi masa tua ni lain, ya. Sunyi masa muda at least kau boleh start enjin, lepak Dotty's, gi shopping then beli tiket layan movie. Sunyi masa tua boleh buat macam tu?

Anak-anak tak hanya bagi kebahagiaan dan makna dalam hidup, tapi berpotensi jadi penyokong dan pengurus keluarga. Dah tua esok, banyak benda yang kau kuat buat masa mudah dah tak daya nak buat lagi dah. Macam Mak Aji, zaman muda dulu time nak masak raya, dialah ketua kat dapur. Dah tua hanya larat jadi mandor saja. Samalah kita esok, tak larat dah. 

Pak Aji tu dulu, zaman muda berulang dari Bangi ke Shah Alam untuk ke opis. Dulu takde hiway macam sekarang. Lalu Federal tu ha. Dengan jauhnya, dengan tersumbat melekat kat jemnya. Sekarang, dari Bangi ke Shah Alam dah tak pandai dah nak jalan. Tak faham dah dia kata.

Dulu harap kat dia saja kalau nak berjalan-jalan. Aku ke Penang, ke Langkawi, ke Tganu semua dengan jasa Pak Aji. Menumpang dia berjalan ke tempat orang kalau outstation. Kalau tak, tak sampai aku ke semua tempat ni. Now, anak-anaklah yang diharap untuk bawa ke tempat-tempat tu semua. 

Esok kita macam tu juga. Cuma aku berdoa biarlah jangan sampai menyusahkan anak-anak. Jangan sakit. Biar mudahkah anak-anak tak payah menguruskan aku. Cuma nak tumpang bermanja dengan anak-anak je bila dah tua nanti supaya tak sunyi.

Aku pesan kat Redza, kalau hari ni aku mati, minggu depan papa nak kawen lain, jangan larang. Biar. Sebab korang esok kalau dah kawen masing-masing dah bahagia dengan bini, nanti papa kau tinggal sorang kat rumah terkontang-kanting. Biar dia ada wife baru at least tak menyusahkan korang. 

Korang tolong ingat sama pesan aku ni, ya. Kalau aku mati esok, jangan kecam En Wan pulak kalau dia nak kawen lain. Tapi perati-peratikan sikit bini dia jangan aniaya anak aku. Kalau dia aniaya, sila jalankan tugas anda mengecam berjemaah sampai dorang bercerai. Mbahahahaha. Keji betul pesanan.


2024-08-22

Orang perempuan kena bijak senyap-senyap..


Aku suka perempuan-perempuan bold macam ni. Mindset yang ada courage. Betul kata dia "Orang perempuan kena bijak senyap-senyap.."

Women need to be smart about planning their own future, bukan untuk diri sendiri saja, tetapi untuk anak-anak dan keluarga. We can’t just rely on our husbands or anyone else to secure our financial well-being.

Topik ni kalau aku tulis karang, ada yang sentap. Akan ada yang kata aku encourage isteri-isteri jadi tak patuh dan membelakangkan suami. Maaf, aku lansung tak bersetuju kalau ada yang anggap macam ni.

Isteri yang lebih reserve dan patuh pada suami selalunya cenderung ikut keputusan suami without questioning much. Semua hal dorang minta izin suami, which is sepatutnya begitulah. Orang kata bila dah hidup bersama, jangan ada rahsia. Apa-apa nak buat, bagitahu suami.

Dalam perkahwinan, kejujuran dan keterbukaan adalah asas penting untuk bina kepercayaan antara suami dan isteri. However, this doesn’t necessarily mean that every detail needs to be shared with your spouse, especially when it comes to personal savings, macam hibah.

Memang wujud suami yang tercabar bila isteri buat hibah untuk diri sendiri. Isteri letak nama suami sebagai pemberi hibah, tetapi isteri bayar caruman setiap bulan. Dengan kata lain, isteri sediakan hibah untuk diri sendiri. 

Some suami tercabar atau maybe malu dengan agen bila isterinya buat hibah untuk diri sendiri. Bila malu, dia tak benarkan isteri buat hibah. Masalahnya, dia tak bagi isteri buat hibah tapi dia tak buat-buatkan pun hibah untuk isteri. Ingatkan kalau malu isteri buat sendiri, dia nak buatkan. Rupanya tak. Habis gitu je. Kesian si isteri. Padahal isteri willing keluar duit sendiri bayar caruman setiap bulan.

Pada aku, ada some perkara yang kita boleh simpan sendiri saja, tak perlu nak bagitau suami. Contohnya, berapa kau bagi duit bulan kat mak bapak, atau berapa simpanan duit yang kau ada. Cukup bagitahu kau ada simpanan kat Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Investment dan sebagainya. Asal suami tahu. Tapi tak perlu in detail. 

Same goes to buat hibah untuk diri sendiri. Buat hibah untuk diri sendiri tanpa bagitau suami, as long as niat adalah untuk kebaikan bersama dan bukan kerana kurang percaya atau nak sembunyikan sesuatu yang besar dari suami. To me that is ok. Selagi niat kita baik dan tak menjejaskan kepercayaan dan komunikasi dalam hubungan, what is wrong with that? Lagipun tak guna duit dia what.

Entahlah, maybe aku jenis yang bold, jadi this is how I think. To me, menjadi wanita yang bold tak bermakna tak taat kepada suami. It's more about taking responsibility for your own life and making decisions that benefit the family. Ketaatan bukan bermaksud mengabaikan hak atau keperluan peribadi. It is lebih kepada kerjasama antara suami dan isteri. A woman can be bold in making decisions without neglecting her respect and obedience to her husband. Ini konsep yang aku pegang.

Jangan kaitkan karakter wanita yang bold dengan sikap membelakangkan suami. This is a rather narrow and unfair perspective. Wanita yang bold, atau berani, adalah orang yang berdikari, yakin, dan berani buat keputusan sendiri. Tapi tak bermakna dia membelakangkan suami atau abaikan tanggungjawab sebagai isteri. Seorang isteri boleh menjadi bold dan tetap taat kepada suaminya. Keberanian dalam mengambil keputusan, termasuk dalam aspek kewangan, kerjaya, dan peribadi is a sign of a mature woman with self-awareness.

Pandangan bahawa wanita bold adalah jenis yang membelakangkan suami is a stereotaip yang kena dibuang. Zaman sekarang, peranan suami isteri lebih fleksibel. Isteri ada hak untuk uruskan kehidupan dengan cara yang mereka rasakan terbaik, tanpa perlu dilabel sebagai tidak taat. So if your wife is able to handle her own hibah, you as a husband should be grateful because she’s planning for the future and not wanting to burden you.

Tapi ye lah, some suami tak benarkan isteri buat hibah walau bayar sendiri sebab dia tak nak isteri "buang" duit ke tempat lain. Lebih baik tolong bayarkan bil letrik katanya. Eh kau ni. 


2024-08-21

GreenAard: Kalau tetek dah kendur, ok tak makan Gloei?


Ok ni ringkas saja. Ini menjawab soalan pasal Gloei, sebab tadi aku up IGS Gloei.

Soalan dia,

1. Kalau tetek dah kendur, ok tak makan Gloei?
2. Kalau diabetis boleh tak ambil Gloei?

Breast yang dah kendur biasanya disebabkan oleh:
1. Loss of skin elasticity
2. Loss of tisu sokongan
3. Penuaan semula jadi
4. Perubahan berat badan yang mendadak

Gloei memang helps stimulate badan untuk hasilkan kolagen semula jadi, bermakna point number (1) dia boleh tolong, iaitu mengembalikan keanjalan kulit. Walau bagaimanapun Gloei TIDAK AKAN secara langsung menegangkan breast. Sebab, breast yang kendur ada melibatkan perubahan struktur tisu, bukan hanya kulit. Kalau nak kembalikan ketegangan breast, boleh ambil Gloei DENGAN buat senaman untuk kuatkan otot di bawah breast, DAN pakai bra sesuai.

Sometimes, breast yang kendur bukan sebab kolagen berkurang tapi kau pakai bra yang salah. Tetek selambak, tapi pakai yang half cup. Tetek size F, tapi pakai bra tali halus. Macamana tak gelebeh menatang tu. Lagi satu, bra kena tukar setiap 6 bulan. Kalau bra ada 7 pasang, minimum setiap 6 bulan kena beli baru. Kalau bra less than 7 pasang, kurang dari 6 bulan dah kena ganti baru. Nak tetek cantik, kena invest in good bra juga. Takleh harap pada suplemen semata. Ya, dik. Memang jadi perempuan ni mahal. Serba benda nak dijaga. Kalau tak kisah tetek boleh lempar belakang, takpe. Biorlah dia layut sampai ke lutut pun. Ini aku cerita kalau nak bentuknya cantik, memang kena keluar duit.

Soalan kedua, Gloei secara umumnya selamat untuk pesakit diabetes sebab bahan-bahan di dalamnya TIDAK meenyebabkan kenaikan blood sugar secara langsung. Malah, chamomile dan saffron dalam tu boleh bagi manfaat tambahan untuk kawal blood sugar. Gula yang kita pakai dalam Gloei is mannitol. Ini jenis gula alkohol as sweetener. Indeks glisemik rendah, tak menyebabkan kenaikan blood sugar yang obvious. Boleh try ambil 1 sachet dulu, selepas 2 jam check blood sugar. Pastu nanti bagitahu kita semula.


2024-08-20

Lantaklah kau nak cakap apa pun



Apa dia cakap tu, betul. Aku dah lama practice benda ni. Menjak sekolah lagi. Segala ejekan, aku diamkan aje. Apa lagi teruk dia boleh buat kat aku selain ejek? Takde. Habis kat situ je. Orang yang mengejek-ejek ni sebenarnya dia nak attention kita. Dia nak berkawan, tapi takut kena reject. Jadi, dia defend dulu diri siap-siap, konon-konon dia tak suka kita. Kalau kita layan, atau kalau kita balas balik, dia ada lebih banyak peluang untuk terus ejek-ejek. 

Kalau kita tak layan, lama-lama dia diam sendiri. Dia jadi boring takde idea dah nak tarik perhatian kita. Pastu nanti dia katalah "Aku pun tak hingin!" Hahahaha. Padahal kalau tak hingin, patutnya dari awal kau tak peduli lansung kat aku. Tapi tak, kan? Kau nak jugak ejek-ejek aku. Lain kali buat macam aku. Ada aku ejek-ejek kau? Takde, kan? Sebab kau lansung tak penting. Haaa, gitu.

That's why masa kena kecam berjemaah bila aku tinggalkan ex-bf, aku decided untuk diam. Malas nak explain. Orang kalau tak suka, kita explain benda betul pun dia takkan terima. Lantaklah kau nak cakap apa pun. Janji aku dah lega terlepas dari dia. Kalau ikut hati aku nak buat press conference terus sebab ramai nau berminat dengan kisah cinta aku, tapi kalau aku cerita hal sebenar karang, aku mengundang kes yang lebih besar. Atas nasihat kawan-kawan setetek, aku diamkan je.

Bukan sikit-sikit yang kecam aku. Ada di antaranya, now terhegeh-hegeh nak add aku jadi friend. Hoih! Memang taklah aku nak accept. Jenis ni, masa ada peluang buat kawan dengan kita, dia pilih jadi musuh. Now bila tengok kita ramai kawan, ramai kenalan, ramai followers, dia sibuk nak mengendeng. Semua post kita dia komen. Semua post followers yang komen kat post kita pun dia sibuk komen. Konon-konon macam dia kenal kita nau. Eh, boleh jalan. Dengan segala hormatnya aku block. Aman. Tak suka? Tinggalkan. Meluat? Jangan ambil tahu. Itu je rumusnya.


2024-08-19

Topik poligami masih belum boleh diterima untuk dibincangkan secara terbuka.


Aku benaunya nak review C-Drama. Tapi terbantut. Pagi tadi terbaca satu komen kat FB. Pompuan ni merempan - "Kenapa orang masih tak boleh terima hakikat jodoh? Salah ke bila jadi isteri kedua?"

Tak, kak. Tak salah. Cuma kena faham yang topik poligami masih belum boleh diterima untuk dibincangkan secara terbuka. Orang tak suka. Dendiam saja sudahlah.

Aku syak yang komen tu mesti isteri kedua yang bengang tak dapat nak tunjuk suaminya secara terbuka. Atau bengang bila kena carry title "perampas suami orang". Aku syak begitulah.

Well, nak buat macamana. Whatever your reason is, itulah consequences yang perlu dihadap. Dari awal dulu pun kau dah tahu consequences - tanggapan keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, dan masyarakat. Kau tahu dah semua ni akan berlaku, tapi sekarang baru nak question macam-macam.

Aku nak minta maaf kalau dari kalangan pembaca ada yang menjadi isteri kedua. If what I’m writing here doesn’t concern you, just read it once and move on. Apa yang aku tulis ni tuju kepada those yang masa nak kawen dengan suami orang dulu tak pikir pun consequencees ni semua, alih-alih sekarang baru nak question kenapa masyarakat tak boleh terima. Masalahnya sejak bila masyarakat boleh terima isu poligami ni dibincangkan secara terbuka?

Dia macam ni, ya. Masa kau nak laki orang dulu. Masa kau sanggup ketepikan keluarga dan segalanya demi nak kawen kat Siam nun, ada tak kau fikir pasal keluarga dan penerimaan masyarakat? Takde, kan? Masa tu kau langgar semua asal boleh kawen. Now kau dah dapat pun apa yang kau nak. Dahlah. Kenapa nak question apesal orang tak boleh terima kau? Memang dari awal orang takleh terima pun! Tu sebab kau kawen sorok-sorok, kan? So apa masalahnya sekarang? Teruskan jelah dengan apa yang kau dah start. Even you have your own reasons kenapa kawen dengan suami orang, cukup sekadar kau dan orang rapat tahu. Tak payah nak justify reasons kau dengan netizen. Cari nahas jawabnya. This topic are not well received. Sampai bila-bila.

Tak, yang aku berangin tu some perempuan macam takde rasa bersalah. Dah tahu kau isteri kedua pastu feeling entitled dari semua orang. Dah dapat laki orang tu dahlah. Memang itu yang kau kejar, kan? Dah dapat tu, dendiam. Belajar untuk terima tak semua yang kita nak, kita dapat. Isteri pertama dulu berharap dialah satu-satunya isteri sampai akhir hayat. Tapi kau masuk. Dia terima harapannya tak kesampaian untuk jadi the only wife. So now giliran kau pulak kena belajar terima yang kau takkan dapat approval masyarakat sampai bila-bila. Telan hakikat tu.

Menyampah betul aku dengan jenis pompuan gini. Semua benda dia nak. Nak laki orang. Nak semua orang terima pilihan dia. Nak semua orang faham kenapa dia pilih jalan tu. Nak itu. Nak ini. Penampar tak nak?

Yang berkahwin dan hidup aman damai dengan madu, alhamdulillah. Yang jenis menyondol lepas tu nak macam-macam hak ni, kau jangan nak macam-macam sangat. 

Bukan kau takde hak. Ada. Tapi hak pada suami saja. Kalau ipar duai tak nak terima kau as keluarga, itu hak dorang. Kalau sedara-mara pulaukan kau, kau kena terima. Kalau masyarakat cemuh, kau kena hadap. Sebab itu hak dorang. Dorang berhak untuk tak suka. Jadi tak payah nak question kenapa tak boleh ikut suami ke sana sini. Kenapa suami asyik bawa isteri pertama beraya rumah saudara-mara. Kenapa tak pernah bawak kau. Hello? Itu rumah orang tau. Kalau tuan rumah tak ajak kau datang, kau nak tadah muka ke? Tuan rumah tu dah pesan awal-awal kat laki kau jangan datang bawak kau. Faham?

When you decide to become a second wife, the main focus should be on living a happy and fulfilling life with that decision. Hidup sajalah aman-aman dengan laki kau tu. Tak payah kesah kenapa ramai tak boleh terima poligami. Cukup suami kau boleh terima, dah. Just enjoy the relationship. Heretlah suami tu ke majlis-majlis keluarga belah kau je. Tak payah nak persoalkan kenapa tak boleh ikut ke majlis-majlis keluarga belah suami. 

Kena faham satu perkara. Selama bertahun-tahun keluarga belah suami dah terbiasa dengan isteri pertama saja. Bila tiba-tiba kau masuk, keharmonian keluarga besar tu dah terganggu. Dorang semua akan jadi akward bila kau ada dalam majlis dorang. Dah tak jadi macam dulu lagi. So, boleh tak kau cipta memori sendiri bersama suami? Jangan ganggu keharmonian yang dah sedia ada. Especially bila kau tahu kau tak diterima. Buat hal sendiri je sudah. 

By the way, jangan lupa kau tu menantu yang tak diterima. Mintak suami tu buat hibah. Esok kalau dia mati takdelah sikit sangat faraid kau dapat. Aku ni merempan-rempan kat kau tetap bagi nasihat berguna tau. 


2024-08-18

Aku tak senang nak memaafkan, tapi aku senang nak melupakan.



Bak kata Ustaz ni, bila kita ada kesempatan untuk membalas balik perbuatan khianat orang pada kita, tapi kita memilih untuk memafkan, itu lebih baik. Tapi terus-terang aku cakap, aku tak senang nak memaafkan, tapi aku senang nak melupakan. Kau khianat kat aku, kau fitnah aku, kau mengutuk aku - silakan. Aku takkan balas. Aku akan terus pilih untuk buat tak reti. Tapi, aku tak maafkan. At least not immediately. Aku tak sebaik ustaz ni. Pada aku, aku tak buat jahat kat kau dah cukup baik.

So far, itulah practice aku. Aku akan berhenti buat baik pada orang yang khianat aku. Am I wrong? Tak, aku tak rasa aku buat salah. Aku tak buat jahat kat kau pun. Aku cuma stop buat baik. In other words, kau dah takkan dapat access lagi kepada aku. We stop here. Tak payahlah nak ungkit canang merata "Dulu masa susah, akulah yang tolong dia". TAK PAYAH. Sebab aku tahu diri aku macamana. 

Aku bukannya someone yang lupa jasa orang. Kau rasa kenapa aku bertahan dengan ex aku dulu walaupun dia buat macam-macam kat aku? Sebab aku mengenangkan dia pernah sekelumit berbuat baik, maka aku bertahan dan always bagi peluang demi peluang. So, tak payah nak canang sangat budi baik kau yang tak seberapa tu. Silap-silap budi aku lebih besar.

Selagi aku bolah buat baik, walaupun aku tahu kau khianat, aku akan cuba beri peluang. Aku takkan tanya kau apa-apa, tapi aku observe, ya. But once I have had enough, I will remove myself completely. Kau takkan dengar apa-apa news dari aku melainkan kau yang cari. I will disappear from your life like we never even knew each other. That’s me being kind because trust me, you don’t want to see my nasty side. So if I go quiet and distance myself, take a moment to reflect on what you have done. Tak payah minta maaf, sebab one day aku tahu aku akan maafkan. But access to me? That’s gone for good.


2024-08-17

29 Disember, Jeju Air terhempas



Sedih betul tengok Jeju Air yang terhempas semalam. Fly dari Bangkok, dah sampai! Dah sampai, dah landing. Sehabis baik pilot nak land kat aircraft supaya tak terhempas. Tapi tu lah. Maybe geseran body flight tu yang buatkan spark api. Entahlah, ada banyak kemungkinan. Aku taknak discuss pasal kemungkinan-kemungkinan ni semua. 

Yang aku sedih tu sebab DAH SAMPAI. Imagine yang menunggu kat airport berapa ramai sebab flight dah sampai. Tu belum lagi yang macam aku, trace flightstats every 1 hour. Everytime kat screen appear "DESCENDING", dah agak lega sebab dah nak sampai. Semalam tengok Jeju Air ni, entahlah. Rasa macam ok selagi tak keluar dari flight tu, kau masih belum sampai walaupun dah landed. Ya Allah, sedih betul. Dahlah aku penakut naik flight. Tapi dalam penakut tu beberapa kali juga aku naik flight tahun ni. Ni jadi hal gini, dah datang balik seram aku. Serious, aku sedih.

Dari semalam aku dok terbayang-bayang macamana la keadaan penumpang kat dalam tu. Mesti masa landing dorang berharap dan berdoa supaya flight akhirnya stop dengan selamat, tau-tau meletup. Landing gear rosak/patah katanya, kan? Ini macam kes flight kitorang tahun 1989 from Fukuoka to KL. Kitorang kat atas macam pelik kenapa dah nampak lampu-lampu KL tapi flight tak turun-turun. Lama tau. Bila dah mendarat, barulah Mak Aji bagitahu kat bawah dah kecoh bila dapat tahu tayar flight tak keluar. Bayangkan ada 40 student sekolah rendah kat atas tu with 6 pegawai pengiring Kementerian Pendidikan travel in a group. Kalaulah jadi apa-apa, memang terus jadi headline. 

Kali kedua pengalaman mengerikan was tahun 1999, aku balik sorang from Kuching to KL. Balik bertunang. Kebetulan masa tu ada fenomena air pasang yang berlaku 100 tahun sekali katanya. Dia punya tarikan gaviti tu lebih kuat - something like this if I'm not mistaken. Masa take off, kapal bergegar macam nak gila! Sumpah aku cakap gila punya gegar! Menjerit-jerit orang kat dalam. Aku pulak yang tak menjerit tapi kalau toreh muka tak keluar darah kot. Lama juga dia gegar. Siap terbukak cabin beg. Lepas dah reda, steward bagi air putih kat semua orang. Kau nampak tak betapa dorang pun tahu kejadian tu rare sampai hidang air putih nak bagi cool semua orang.

Lama sungguh aku rasa nak habiskan 1 jam 40 minit kat atas tu. Dahlah malam. Lalu atas laut pulak tu. Kalau jadi apa-apa memang tak jumpa apa lah. Suprisingly aku tak menjerit masa bergegar teruk. Maybe mulut aku dah jadi habit non-stop zikir, jadi tak teringat nak menjerit. Hahaha. Boleh jadi juga aku excited nak bertunang. Agaknya. Esoknya keluar berita kat paper ada fenomena air pasang besar yang berlaku 100 tahun sekali. 

Bulan ni banyak kes flight terhempas. Azerbaijan, Canada Air, Jeju, KLM, lates pagi tadi UAE (light aircraft). Selalu macam tu lah, kalau satu kali ada kejadian, berturut-turut jadi. Yang Azerbaijan tu saling tak tumpah macam MH17. Kena tembak masa tengah fly. Tak tahulah intentionally atau tak, but it was shot. Yang pasti, masing-masing tak nak mengaku salah. Yang Russia kata pilots diverted selepas ada bird strike. Pastu Russia bagi statement baru kata plane rerouted due to bad weather kat Grozny. Russia cakap Ukrainian drones sedang target area Grozny, that's why dorang minta plane reroute. Penyudahnya senyap gitu je lah nanti. By the way, bird strike ni kita takleh buat apa ke, macam how to avoid, atau how to minimizekan the risk? Risau pulak aku.


2024-08-16

Jiang Chengyi is absolutely phenomenal!

Seronok tak terkata aku hari ni masuk Weibo. Penuh dengan positivity. Berbaloi segala marketing demi marketing yang fans buat. Everyday fans cuma bercakap tentang drama ini, dan segala yang berkaitan dengannya - everyday rating, behind the scenes, video clips, activity Johnny. Tak bercakap tentang orang lain. International fans ambil peranan promote dalam bahasa negara masing-masing. Aku pilih menulis in English so that engagement lebih meluas. Actually tak aim untuk dapat respond viewers. Kita cuma enjoy talking about the drama saja. Tak tahulah pulak hari ni dah 9,800 Heat Index!

And of course, we have to talk about Johnny Huang la, kan. His performance as Jiang Chengyi is absolutely phenomenal! He continues to prove why he’s one of the best. Because he doesn’t just act. He delivers every single time. 

Yang paling puas hati sebenarnya, bila team ALICE senyap sepi hari ni. Kalau tak, doranglah memekak kat dalam tu. ALICE adalah fans Dilreba Dilmurat. Sejak drama Love Designer (2020), lakonan Johnny and Dilreba, dorang tak berkenan idol dorang bergandingan dengan Johnny. Johnny tak cukup handsome nak digandingkan dengan idol dorang yang muka macam anak patung tu.

Oklah, fine. Takde siapa kata idol kau buruk. Memang Johnny tak sehensem mana, but at least dia tak kayu. Daripada Dilreba and Yang Yang dalam Glory of Love tu? Betapa kayunya si Yang Yang. Drama Love Designer hit 10,000 Heat Index. Menggelupur dak-dak ALICE kata drama tu success sebab Dilreba. Yelah, ambik. Ambik. Dia tak tahu Ace Troops takde Dilreba, tetap hit 10K. Chasing the Undercurent takde Dilreba, tetap hit 10K. The Thunder takde Dilreba, tetap hit 10K. Yang pasti SEMUA drama tu ada Johnny. Hahahaha.

Takpe ALICE. Selama ni kau memekak, kitorang diamkan je, malas layan. Kau tunggu sikittt je masa lagi iQIYI announce Love Song in Winter cecah 10,000. 

Aku suka betul dengan fans Johnny. Aku tak pasti dorang ni fans atau penonton drama. Ramai betul post pasal drama ni kat Weibo. Padahal banyak je drama lain tengah tayang sama. Kat bahagian HOT SEARCH, lansung takde nama Johnny mahupun nama drama ni. Tapi, heat indeks tinggi. Selalunya heat indeks ni dibantu oleh hot search. Hot search ni macam kes-kes yang viral. Tapi now takde lansung hot search, tapi masih mampu high heat index. Kalau nak harap fans, takkan setinggi ni. Fans Johnny tak besar. Tapi Johnny ada fans senyap. Ramai peminatnya jenis senyap. Maybe disebabkan ramai sukarela buat post and share pasal drama ni, buatkan viewers makin lama makin tinggi.

By the way, iQIYI kena hentam dengan fans Johnny pagi ni sebab IQIYI is seriously acting so ridiculously. Kat sana (China), di platform iQIYI lansung takde keluar poster drama Love Song in Winter. Tak tahulah siapa di belakang team iQIYI sampaikan kat platform tu takde lansung appear poster this drama. They are clearly using Love Song in Winter to boost engagement untuk drama-drama lain. 

Sebelum  Love Song in Winter ni ditayangkan, bersepah-sepah promo and updates kat Weibo. Bila start tayang, gambar drama ni takde lansung kat homepage iQIYI. Orang yang nak tengok kena search baru jumpa. Aku syak dorang iQIYI gunakan Love Song in Winter untuk pancing penonton masuk platform tengok drama-drama yang tak berapa laku tu. Now fans tengah cari siapa orang-orang disebalik iQIYI China. Maybe ada haters Johnny dalam tu. Hahaha. Masaklah kau. Seb baik aku kat Malaysia, kalau tak, aku join.

Bengang betul orang ni. Maunya tak. Bila almost hit 10K, Winter Solstice (kat China pakai tajuk ini) hilang dari homepage. Kau rasa? 

Ramai tunjuk bukti dan komplen macamana drama yang dah melepasi success heat indeks boleh tak appear kat platform sampaikan kena search baru jumpa? Sengaja tak nak bagi hit 10K ke camana? 

Hello iQIYI, treat Johnny Huang properly, will you? This is a drama that broke 9,000 points, and yet this is how you handle it? It’s infuriating! You have a gem of a show, and instead of showcasing it proudly, you are burying it. What kind of logic is this la dey??

Love Song in Winter aired on CCTV1 in the most unexpected way!

CCTV1 bukan platform entertainment. Dia macam Buletin Utama. Hampir mustahil nak nampak CCTV1 naikkan entertainment news. But today berbeza. Dahlah masuk dalam topik "Today’s Law" pulak tu. Dorang ulas tentang isu "legal atau illegal monitoring your girlfren guna food delivery" - scene ni ada dalam drama Love Song in Winter. So tadi dorang bincang if in real life, what should you do if you find yourself being tracked like this? This ia a good pendedahan. Sambil kupas isu, sambil ter-promote the drama.

Tak cukup dengan news tu, naik pulak confirmation broadcast volume hit over 300 million!
Mendonia!!

Youku pun taknak kalahhhh. Tadi dia keluarkan official data - drama The First Shot capai 1.5 billion viewers sepanjang disiarkan with a total of 45.46 million viewers setiap hari. Welcome to the 1.5 Billion View Club! Siapa belum tengok, tengoklah di Youku. Siapa yang dah tengok mesti setuju cerita ni best, and lakonan Johnny sangat superb!

Penat aku hari ni banyak membaca dan menyedut positivity vibes di Weibo. Sekian laporan dari China. Ok nak makan.


2024-08-15

If you want recognition, you must first meet the basic requirements of your job.


Semalam lalu satu post. Dia tulis:

Rules 1: Biar malas di tempat kerja, asal pergi kerja.

Rules 2: Jangan jadi orang penting kat ofis, nanti susah dapat cuti.

Rules 3: Jangan serba boleh di tempat kerja, sebab gaji sama je.

Ni sebenarnya set-set bitter gaji tak naik. Selalunya yang macam ni, dia tak resign pun. Dia kekal kerja kat situ. Percayalah cakap aku. Jenis ni kerjanya menghasut semua pekerja bencikan bos. Batu api. Tapi dia kekal kat situ tak resign-resign pun. Kalau resign pun, dia lah paling lambat sekali. Orang lain semua dah termakan hasutan dia, tapi dia yang menghasut ni tak resign-resign. Jenis ni sebenarnya takut nak bertukar tempat kerja. Jadi, dia mengharapkan orang lain resign so that bos takde orang harapan lain, selain dia. Ramai dah aku jumpa jenis macam ni. Bab merungut, nombor 1. Bos pilih kasih. Bos toksik. Gaji tak naik. Bonus tak tinggi. Kerja banyak. Tapi kau kat situ juga.

Setiap pekerjaan datang dengan tanggungjawab. If you want recognition, you must first meet the basic requirements of your job.

Kau as Sales Exec.
- Performance kau last year macamana?
- Hit sales target tak?
- Berapa banyak new customer kau bawa masuk?
- Berapa banyak profit kau bawa untuk company?
Lepas tu baru bincang hal naik gaji dan bonus. Kalau performance hauk, sales tak pernah hit - duduk dendiam. Tak kena terminate dah cukup bagus.

Kau as Marketing Executive.
- Berapa banyak marketing campaign yang kau dah run sepanjang tahun?
- Are the campaigns successful in achieving their objective?
- Apa ROI? Ada peningkatan jualan?
- Berapa banyak leads atau new customer yang berjaya dibawa masuk hasil daripada campaign tu?
Kalau tak capai KPI, your ideas don't make a big impact, atau bajet banyak habis tanpa hasil, jangan konfiden nak ungkit salary increase atau bonus. Prove your ability first!

Kau as Online Sales.
- Berapa banyak produk yang berjaya jual dalam tempoh sebulan/setahun?
- Capai sales target yang companny tetapkan tak?
- Berapa banyak content buat kat semua platform media sosial?
- Berapa engagement setiap content? (likes, komen, DM)
- Berapa ramai new customer yang kau close semasa buat live?
Kalau sales slow, target tak capai, takde usaha kreatif nak tarik customer, customer komplen slow response - tingkatkan usaha dulu baru ajak berdebat pasal komisyen.

Kau as Graphic Designer.
- Task/projek meet deadline tak? Berapa banyak task yang delay?
- Berapa banyak kali design kena diubah suai sebab silap sendiri?
- Design meet expectation company tak?
- Your design help improve imej produk ke tak?
- Do you master the latest tools and software?
- Sentiasa apply teknik berbeza atau konsep and style yang samaaaaa je sepanjang tahun?
Kalau kerja selalu delay, asyik kena betulkan, design pun biasa-biasa - duduk diam dulu. Jangan tuntut lebih. Focus on improving performance and improving work quality dulu.

Kalau ada semua bukti dan rekod achievement, tapi bos tak recognize usaha kau, cuba berdepan dengan dia. Bincang and tunjukkan rekod performance kau sepanjang tahun. Tunjuk apa achievement yang dah kau capai. Fight for your rights kalau betul ada pencapaian yang bagus.

Tapi betul tak kalau aku cakap, MOST yang bitter ni, performance dia biasa-biasa saja. Sekadar hit basic requirement. Tak lebih pun. Dahlah tak lebih, attitude bermasalah pula. Kerap EL, kerap MC, asyik cuti, masuk lambat, break lama, rajin half day. Hat ni selalunya dia tak bercerita. Yang dia highlite asyiklah gaji and bonus tak banyak.

Tu belum lagi yang setiap tahun beranak. Cuti 2 bulan, gaji jalan. Pastu nak argue pasal performance bonus bagai. Masa aku join company biotech, aku dapat kerja tu bulan Ogos. Elok je confirm 3 bulan, terus mengandung. Tahun tu tak dapat bonus sebab baru confirm kerja. Next year cuti bersalin pulak. 3 bulan. Walaupun aku hit sales setiap bulan, aku tak argue bila bonus tahun tu rendah, sebab aku cuti bersalin 3 bulan gaji tetap jalan. Selama 3 bulan tu, takde sales dari aku. Tapi syukur gaji tetap masuk. So nak demand apa lagi. Dia tak buang aku dah besar rahmat. Next year, bagi orang lain beranak. Kita pulak pulun buat sales. Hujung tahun kita kutip bonus. Simple.

Dah lebih 20 tahun pengalaman aku as employee dan employer. Faham sangat perangai orang-orang yang bitter. Bukan tak pernah ada colleague yang kaki merungut. Asyik mengeluh gaji tak naik banyak, komisyen rendah, kena buat OT, bla bla bla. Masalahnya, aku sama-sama kerja macam dia. Department yang sama. Takde pulak aku asyik buat OT. Aku OT kalau esoknya nak submit tender saja. Selagi belum sampai ke tarikh akhir submission, everyday aku pastikan allocate 1-2 jam untuk siapkan dokumen tender. Selebihnya buat sales, buat marketing, buat sales report, buat persentation slides. Pandai-pandailah manage time.

Takde kerja yang senang. Nak senang tu tak senang sebenarnya. Maksudnya nak senang, kau tak boleh buat sekadar hit basic requirement. Kalau orang yang involve dalam sales faham sangat konsep ni.

Kau tak hit monthly sales target, bermakna kau makan gaji basic saja.

Kalau hit sales target, dapat gaji + komisyen.

3 bulan tak hit sales target, terminate.

Nampak macam kejam, kan? Ye lah, untuk orang malas memanglah dia rasa kejam. Tapi untuk orang yang ada drive, dia lega sebab sekurang-kurangnya ada 3 bulan untuk dia pulun.

Dulu masa mula-mula join sales, seram betul kalau tak hit target. Takut kena terminate. Tapi sebenarnya bagus bila ada "amaran" macam tu. Dengan sendirinya jadi rajin sebab taknak kena terminate. Macam kat sekolah dulu, ustazah bagi sebulan untuk hafal 10 ayat pertama Al-Kahfi, pun tak hafal-hafal. Bila ustazah kata esok siapa tak hafal, kena diri depan assembly sambil junjung kerusi, zassssssssss terus hafal dalam satu malam. Sebenarnya bagus bila kena gertak, barulah bergerak. Kalau tak, lembab.


2024-08-14

Once dah ada penyakit, tak boleh apply hibah.


Ada sorang blog reader DM aku pagi ni tanya kalau dia boleh apply hibah sebab dia baru di-diagnosed dengan kanser. Sebelum tanya En Wan nak tanya aku dulu.

Minta maaf, dik. Once dah ada penyakit, tak boleh apply hibah.

Hibah, tujuannya untuk menyediakan pampasan kewangan kepada penerima sekiranya pemilik polisi meninggal dunia. Maksudnya, dalam keadaan yang tak dijangka. Bermakna, pemilik polisi mestilah SIHAT ketika dia apply hibah. Kalau dah sakit, dah bukan lagi situasi yang tak dijangka. Bila sakit, bermakna dah ada risiko kematian yang lebih tinggi.

Dulu memang ada Prudential keluarkan hibah untuk orang sakit. Ramai betul client ambil dari dia. Semuanya yang dah ada kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, etc. Tapi kejap dia keluarkan offer tu. Now takde lagi. Buat masa ni memang takde. So, kalau dah ada kanser, En Wan tak dapat nak accept permohonan sebab requirement tak lepas.

Tapi, kalau ada medical card, cuba check dengan agen korang, dalam polisi korang ada tak ditambah CONTRIBUTOR PROTECTOR. Yang ni takde dalam basic plan. Yang ini kena add-on. Kalau ada contributor protector, bila nanti dah dalam keadaan tak boleh bekerja sebab sakit, korang tak perlu bayar caruman bulanan lagi. Prudential waive caruman sampai bila-bila. Rawatan masih ditanggung, tapi ikut had medical card sajalah. Kalau had medical card RM300K setahun, dorang bayar takat RM300K punya rawatan. Selebihnya kena top up sendiri.

Tapi kira oklah ni sebab dalam keadaan dah takde kerja, takde pendapatan, tak perlu bayar caruman dah, malah boleh terus guna medical card tu. Hibah memang takleh apply, but at least kalau ada CONTRIBUTOR PROTECTOR, legalah satu beban.

Hibah kena apply masa sihat. Kalau now sihat, dan belim buat hibah, boleh tanya-tanya En Wan. Now tengah YES, ada diskaun. By the way, En Wan kata hari ni banyak application new client dia yang diapproved cepat, walau ada medical history yang sikit-sikit. Underwriter tengah nak kejar KPI ni. Siapa nak apply hibah and medical card buat now. Berdesup dorang approvedkan. Contact En Wan.


2024-08-13

Ada explanation kenapa penyanyi HK lebih sedap bila bercakap english.


Aku membesar di era these six legendary singers, sebelum muncul the Four Heavenly Kings (Andy Lau, Jacky Cheung, Aaron Kwok, Leon Lai). Sebab itulah dak-dak yang lahir tahun 90-an tak kenal Leslie, and dorang always rasa Leon Lai is the best. Mbahahaha. These 6 singers represented the golden age of Cantopop. Hong Kong singers dulu, english dorang lebih fluent dan their pronunciation pun bagus. It feels so weird hearing these 6 singers sing completely in English. Oddly satisfying!

Ada explanation kenapa penyanyi HK lebih sedap bila bercakap english, sebab back in the 80s and 90s, HK celebrities were exposed to more Western culture. Masa tu HK still under British rule. English was much more integrated dalam kehidupan seharian, sama ada di sekolah, uni, media or just general social exposure. Ramai daripada mereka dibesarkan dalam bilingual environment. That explains kenapa secara naturalnyta, artis HK ada kefasihan dan sebutan yang lebih baik.

Berbeza dengan artis China, dulu and sekarang. English is taught as a second language kat sana. English tak widely used in day-to-day life. Dorang lebih tumpukan pada Mandarin. Perfecting their Mandarin atau dialek tempatan. Lagipun Mandarin berbeza dengan Cantonese (HK). Cantonese lebih senang nak sebut. Sebutannya sharp. Kau translate dalam bentuk roman dah boleh sebut sebutannya. Tapi kalau Mandarin, kena pakai pinyin. Itupunnnn terbabas. Sebab Mandarin dia takde alphabet. Dia punya tulisan adalaha jenis karakter dan cara sebutan adalah based on intonasi. Contoh, satu karakter 'MA' boleh ada 4 intonasi. Kau salah tonasi, akan bawa maksud lain. That's why Chinese China susah nak belajar English. Apa dia sebut pun kita susah nak tangkap kadang-kadang.

But to be fair, the entertainment industry has also changed a lot. Back then, being fluent in English was almost seen as a “cool factor” atau extra skill untuk tembus pasaran antarabangsa. Tapi now, Mainland China dah jadi huge entertainment powerhouse on its own. Dorang dah takde pressure nak fasih English lagi. Tak perlu susah-susah tembus pasaran antarabangsa. Kita yang dari luar ni yang nak masuk dalam negara dorang. Jadi, kitalah kena belajar Mandarin now. Pandai government China tukar priorities untuk rakyatnya. Rakyat takyah susah-susah belajar new language. Just like Japan, the chinese can stay with Mandarin. Let the government make the country dominating local and regional industries. Biar orang luar belajar bahasa kita dia kata.


2024-08-12

Orang kata medical card ni untuk orang kaya saja


Aku teringat ada sorang follower pernah bagitau arwah suaminya kena kanser, rawatan setahun 600K. Dia kata nasib baik suami dia ambil coverage medical card tinggi, jadi kos rawatan takde masalah. Apa treatment yang perlu buat, dapat dibuat takde tangguh-tangguh. Kalau orangnya baca ni, DM ya.

Ada sorang lagi follower di FB. Dia pernah komen panjang kat post FB aku pasal medical card. Aku nak cari balik post tu lupa dah apa keywordnya. Dia cerita dulu masa kerja, everything pakai medical card company. Pastu dia berhenti kerja. Tak teringat dah pasal medical card ni semua. Tiba-tiba dia kena herat attack. Time bomb. Takde simptom terus kena attack je. Kena buat surgery. Disebabkan takde medical card, dia kena keluarkan duit simpanan semua, at the same time kawan-kawan FB ada buat fund raising juga. Dia advice untuk buat medical card semasa sihat sebab macam dia, dia sendiri tak sangka tiba-tiba dapat attack. Once dah dapat critical illness, dah takde peluang buat medical card lagi. Sebab critival illness ni penyakit berulang yang perlu rawatan berterusan. Maknanya, kena get ready duit sendiri je lah nampaknya.

Orang kata medical card ni untuk orang kaya sebab dorang nak treatment kat hospital swasta saja.

SALAH!

Orang yang tak kaya macam aku lah yang kena ada medical card sebab bila sakit, boleh pakai medical card daripada duit sendiri. Katakanlah saving kau ada RM500K. Nampak banyak, kan? Tapi kalau kena keluarkan saving tu, tetap rasa sakit dan terbeban. Terasa betul duit penat lelah menyimpan keluar sedebuk sedebuk gitu. At least dengan medical card, bulan-bulan bayar RM350 (contoh) saja. Time treatment tak perlu keluar duit sendiri.

Tapi tulah nanti orang tanya aku balik "Kalau tak sakit sampai bila-bila rugilah bayar medical card"

Itu cerita kalau tak sakit. Kalau sakit??

Baguslah kalau tak sakit. Ceritanya sekarang, kita buat medical card sebagai persediaan kalau dapat sakit, bukannya buat medical card mengharapkan dapat sakit supaya boleh guna! Eh kau ni.


2024-08-11

Jangan explain apa-apa dah.


Dulu, apa-apa yang aku tak puas hati, aku always bagitau dengan harapan ada perubahan. Aku sangat percaya yang kalau ada rasa tak puas hati, kita kena communicate. Luahkan. Bincang. Jangan pendam-pendam. Rupanya cara ni kalau apply kat manusia narcissist, memang tak jalan. Jadi, aku ubah style. Mula-mula aku communicate. Aku akan cakap benda yang sama maybe 5-6 kali. Saja bagi peluang pada diri sendiri. Masuk kali ke-7, aku tinggalkan terus. Tinggal bodoh gitu je tanpa perlu cakap apa-apa. Kalau dia tanya, aku tak explain dah. Sebab penat. Dia sebenarnya tahu salah kat mana tapi dia masih nak bertanya konon-konon macam dia tak tahu. Jangan terperdaya, ya. Dia tahu salah dia. Dia bertanya tu bukan nak settlekan masalah tapi nak ada engagement dengan kau. Sebab bila kau start explainings to them, kau sebenarnya sedang tunjuk yang kau masih care.

Jangan! Jangan explain apa-apa dah. Belajar untuk respect diri kau. Belajar untuk merasa CUKUP. Cukup-cukuplah dengan apa yang kau dah usahakan. Kau dah men cuba, now masanya untuk stop. Jangan toleh ke belakang lagi. Terus jalan. Percayalah cakap aku, selagi kau tak melepaskan, life kau stuck kat tempat yang sama. The moment kau lepaskan apa yang membebani kau selama ni, kau start nampak satu satu satu benda best kat sekeliling. Trust me. Aku bercakap melalui pengalaman. TRY.


2024-08-10

GreenAard: Pinggang susut banyak. 4 inci tu banyak, ya!

Testimoni sebelah tadi fresh from oven. Dia combined Maaltyd and GC Plus sekali. Very good. Tapi yang buat aku seronok bila in just 2 weeks, inchloss 4 inci! Berat pada penimbang tak ketara sangat tapi pinggang susut banyak. 4 inci tu banyak, ya! Try ka ukur tengok 4 inci tu jauh mana pergi. Kalau dulu pakai seluar size 35, now dah boleh size 31. Kau rasa?

Sebab itulah dari awalllll GC Plus kita jual, kita sertakan sekali dengan weight loss tracker card. Untuk korang track inchloss. Kita memang formulasikan GC Plus dengan cara yang berbeza, that's why kita tahu apa yang perlu korang aim - it's always ukuran pinggang, bukan berat keseluruhan badan. Yang penting, please konsisten. Weight loss journey tak semudah yang kita sangka - makan hari ni, minggu depan loss 5 kg. Tak berlaku macam tu, ya. Kalau berat kau loss berkilo-kilo in a week, itu adalah berat air. Aku dah explain bab ni semalam so aku taknak repeat lagi. Nak baca, boleh masuk blog. Aku up post yang sama di blog.

Nak turunkan body fat, kena KONSISTEN. Yang buatkan kita susah nak konsisten adalah, always nak makan. That's why GC Plus kita reka supaya dia stimulate serotonin. Bila serotonin keluar, hormom kortisol (hormon stress) akan menyusut. Dengan secara lansung, hormon ghrelin (hormon lapar) pun menurun. Setiap kali kau stress, hormon kortisol akan tinggi. Bila kortisol tinggi, serentak dengan itu juga hormon lapar bertambah. Sebab itulah setiap kali stress korang rasa nak mengunyah je. Jadi, GC Plus kita buat bagi dia stimulate serotonin.

Maaltyd ni lebih kurang macam GC Plus, cuma dia dalam bentuk makanan, dan cara dia bertindak berbeza sikit, iaitu dia ada serat yang mengembang bila masuk dalam perut. Jadi, ruang perut akan lebih terisi, mengurangkan rasa lapar. Ingat tau, MENGURANGKAN RASA LAPAR, bukan buat korang lansung tak lapar. Ada beza tu. Jadi, kalau nak guna kedua-duanya, boleh. Aku cadangkan, pagi ambil GC Plus before breakfast. Ambil GC 4 kapsul, pastu tunggu 30 minit. Jangan makan apa-apa dalam tempoh 30 minit ni sebab bagi serotonin keluar dulu. After 30 minit, boleh breakfast. Mulakan dengan Maaltyd 1 sachet, then makan breakfast. Breakfast is optional. Kalau rasa taknak breakfast, takde masalah. Boleh je. Selepas 14 hari, check semula ukuran pinggang.


2024-08-09

GreenAard: Mak saya umur 60 tahun, boleh tak ambil Gloei?


"Kak Di, mak saya umur 60 tahun, boleh tak ambil Gloei?"

BOLEH.

Takde umur khusus untuk makan Gloei, sebab Gloei bukan ubat. Gloei adalah kategori makanan tambahan. Umur 60 boleh ambil, no problem.

From a scientific point of view, kolagen adalah salah satu protein dalam badan yang gives structure kepada kulit, tulang, sendi, dan tisu penghubung. Semakin bertambah umur, badan dan slow keluarkan kolagen. At age 25-27, setiap tahun kolagen berkurangan 1-2%. Jadi boleh imaginela kan kenapa semakin tua, makin nampak kedut. Seiring masuk tahun baru, kolagen pun berkurang 2%. Pengurangan ni jadi lebih ketara bila masuk umur 60-an. Tapiumur 60-an orang dah tak pikir pasal kulit muka dah. Orang dah start concern dengan sakit lutut, sakit sendi. Sebab umur-umur gini sendi jadi lebih lemah, dan connective tissue pun dah kurang elastik.

Bahan-bahan dalam Gloei - Chamomile, Saffron, Tomato, Mannitol, Astaxanthin, Asid Askorbik, dan Biji Bunga Matahari - semua ni ada ekstrak bahan aktif yang boleh stimulate penghasilan kolagen dalam badan secara semula jadi. Badan kita berupaya keluarkan kolagen sendiri, tak perlu ambil dari haiwan pun takpe. Cuma kita kena rangsang supaya production kolagen tu berlaku dengan lebih baik. Caranya, kena ada gabungan bahan-bahan aktif tertentu yang kita dah kenalpasti, dan masukkan dalam Gloei.

"Perlu ambil dos lebih tak untuk orang tua?"

Tak perlu. Dos 1 sachet sehari tu dah memadai sebab kita dah kaji percentage setiap bahan aktif biar sesuai dengan kemampuan sel untuk serap. Telan banyak-banyak pun, kalau sel takat boleh serap banyak tu je, buat apa makan lebih. Nanti semua flush out dari badan. Membazir. Selalunya orang nak makan lebih kononnya biar lebih cepat hasil. Salah tu. Yang betulnya adalah, KONSISTEN. Bukan makan melebihi dos yang dah ditetapkan.


2024-08-08

Kenapa C-Drama dan K-Drama mendunia?

Aku belum jadi Korea Fans lagi. Ada tengok beberapa drama. Macam Crash Landing On You, Decendant of the Suns, Goblin, dan beberapa lagi. Tapi tak sebanyak aku melayan cerita cina. Aku bias sikit. Cerita cina dah sebati dengan aku menjak sekolah rendah lagi. Lagu-lagu dalam playlist aku lagi banyak lagu Cina, Jepun dan Korea dari lagu melayu. Lagu-lagu melayu aku semua stuck kat tahun 80-90an lagi. Sebab tu tak bertambah-tambah. Yang bertambahnya lagu cina.

Jujurnya, aku tak banyak melayan drama melayu. Ada la juga 3-4. Ariana Rose contohnya. That was bila ya? 10 tahun dulu kot. Pastu M.A.I.D. Ini pakkal ada Zul Arifin je ni. Kalau tak, aku tak tengok. Then ada satu drama Adi Putra berlakon dengan Zara Zeya (betul ke aku eja ni?). Zara tu jadi pengasuh anak-anak Adi Putra. Tak ingat nama cerita. Basically drama melayu yang aku tengok adalah cerita lama, zaman hero-heroinnya masih muda. Drama sekarang aku tak tengok. Belum datang seru nak tengok. Oh, ada satu. Hari tu tengok Lelaki Itu. Itupun sebab ada Adi Putra and Sarimah. Kalau tak, lambertttt lagi.

Cerita Korea, not bad. Walaupun aku tengok tak banyak, so far yang dah tengok semuanya BEST. Crash Landing On You aku tengok sebab dah jejak Iseltwald. Curious kenapa omputih yang aku jumpa kat Iseltwald boleh kenal drama Korea ni. Rupanya memang best kau cerita dia! Aku ni pulak ada satu penyakit, kalau cerita tu betul-betul best dan aku suka, memang aku beli terus DVDnya. Simpan. Ini boktinya:

Ini adalah DVD yang baru dibeli tahun ini. Baru 2. Walaupun dah tengok beberapa K-Drama dan C-Drama, yang worth untuk aku simpan baru dua. 

So far DVD drama Korea yang aku ada cuma 3 - Winter Sonata, Autumn in My Heart and Crash Landing On You. Winter Sonata beli zaman kerja kat Prudential lagi. Masa tu Korea belum mendonia. Dek kerana cerita nilah slowly drama Korea masuk dalam negara. Berkali-kali repeat tengok. Autumn in My Heart walaupun simpan DVD-nya, aku tak pernah try tengok buat kali kedua. Hanya tengok semasa tayang kat TV. Sebab ceritanya sad ending sangat. Pedih betul, berminggu nak move on. Tu yang aku tak sanggup nak repeat. Tapi disebabkan best, aku beli juga DVD untuk simpanan. 

After lebih 20 tahun tak buat perangai beli DVD Korea, tahun ni selepas tengok Crash Landing On You, terus tersangkut, lantas beli. Beli sekali dengan C-Drama terpaling green flag, Hidden Love.

Drama cina, banyakkkkkkkkk gila aku tengok. Tak cukup subscribe Netflix, aku subscribe Iqiyi. Tak cukup dengan Iqiyi, aku subscribe WeTV. Begitulah seorang Diana dengan cerita cina dari zaman sekolah sampai 4-series. Aku syak Mak Aji menyesal koyakkan poster Leslie aku. Mesti dia kata tak balik modal aku mengamuk koyakkan poster si Diana. Tak mendatangkan penyesalan lansung! Kahkahkah.

Dari observation aku, cerita Korea and Cina ada persamaan yang membuatkan drama-drama dorang mendonia. Industri music and filem dorang sangat bagi impak pada ekonomi negara. Betul-betul boleh jual. Baik dari segi jalan ceritanya, mahupun artis-artisnya. Padahal bahasa dorang bukanlah bahasa utama. Nak-nak lagi Korea. Tapi Crash Landing On You tetap mendonia dari Nigeria, ke Italy, ke Switzerland, ke USA, turun ke Malaysia, Indonesia, Australia -- bergegar satu dunia. Bahasa bukan barrier lagi. As long as jalan cerita menarik dan pelakon ada rupa dan tak kayu, konfem boleh jual.

Ok ni aku nak bagi contoh C-Drama, sebab aku banyak tengok C-Drama. Selain dari engaging storylines, drama dorang ada positive story telling. Kebanyakan drama cinta C-Drama yang aku tengok, kisah cintanya tenang. Rather than dwelling on negative aspects macam jealousy, atau pengkhiatan dari kawan baik, atau family tak merestui, atau pakwe kena goda dengan kawan seofis, drama dorang tend to highlight the development of relationships in a positive light. Dorang tunjuk macamana pasangan yang bercinta grow together with maturity dan saling-memahami berbanding bertekak, merajuk, bertekak, merajuk, bertekak, ujung-ujung mati kena langgar bas skolah. 

Salah satu cerita C-Drama yang best, You Are My Glory. Jalan ceritanya sweet and tenang. Kisah love story between Jing-Jing, a famous actress, dengan Yu Tu, an aerospace engineer. Dulu dorang adalah classmates. Jing Jing dah lama minat kat Yu Tu. Yu Tu top student. Jing Jing tak berapa pandai, tapi baik dan cantik. Jing Jing ni jenis mischievous. Dia berani confess and offer diri nak jadi girlfren Yu Tu, tapi kena reject. Yu Tu agak prejudice semasa zaman sekolah. Dia nak girlfren yang sama-sama pandai macam dia saja. Dek kerana kecewa kena reject, selepas sekolah dorang terpisah macam tu je.

Years later, Jing-Jing jadi successful actress. Yu Tu pula good at studying, belajar sampai PhD and kerja dengan kerajaan as aerospace engineer tapi gaji tak besar. Dia selalu nampak advertisement Jing Jing kat billboard and TV tapi disebabkan dia tak minat dengan entertainment, dia tak ambil port sangat. Until one day, their paths cross again bila Jing-Jing kena endorse satu online game. In order untuk dia endorse, dia kena pandai main the game. Jadi, dia seeks Yu Tu's help to improve her gaming skills. Melalui group wechat kawan-kawan sekolah, dia dapat tahu Yu Tu pandai main game. This brings them closer and eventually develop a romantic relationship.

Jalan cerita drama ni betul-betul mengisahkan hal dorang berdua je, iaitu macamana dorang bertemu kembali disebabkan main game. Dari situ Yu Tu berpeluang kenal sisi lain seorang Jing Jing. Tak kenal maka tak cinta orang kata. Masa ni lah dia realized Jing Jing ni smart. Bukan dalam akademik (IQ), tapi emotional intelligence (EQ). Dalam drama ni, perkembangan relationship Yu Tu and Jing-Jing is portrayed with maturity and depth. Their love story develops in a balanced and mature way. Takde elemen toksik-toksik. Kawan-kawan pun semua baik dan supportive. Family pun supportive. Kau takkan jumpa watak mak tak suka anak bercinta dengan artis. Atau kawan sailang boifren. Atau cemburu buta tak tentu arah. Takde.

Bila kisah cinta yang tumpu pada perkembangan karakter 2 watak utama, kita yang menonton ni belajar banyak benda positif dari situ. Dalam drama You Are My Glory, despite their different worlds - entertainment industry and scientific community — there’s a strong sense of mutual respect between them. Masing-masing admire each other’s dedication pada kerjaya masing-masing, saling supportive, dan saling memahami. Semua ni sets a positive tone for their relationship. Kita yang menengok ni dapat rempias dapat vibe positif tu.

Dulu aku bengkek jugalah dengan En Wan yang memanjang busy siang malam dengan kerja, meeting client, membagi talk, etc. Slowly bila melayan C-Drama romance gini, aku semakin relax. Dalam tak sedar aku terdorong nak supportive dengan kerjaya suami. Disebabkan C-Drama takde elemen-elemen toksik yang membingungkan emosi, aku juga tak sempat nak bersangka buruk bila En Wan keluar jumpa client sampai lewat malam. Bukan nak pikir positif sangat, tapi malas nak pikir buruk. 

Yang cerita melayu kita masih lagi suka provoke mindset dan emosi yang negatif. Suami balik lambat, tandanya ada perempuan lain. Suami makan dengan colleagues, mesti itu girlfren baru. Isteri naik kereta berdua dengan kawan seofis, tak tahu hujung pangkal jadi alasan bercerai. Menyampah tau, menyampah! Memanglah benda-benda ada terjadi, tapi banyak juga pasangan yang face challenge dengan mindset yang terbuka dan positif. Why not highlite-kan yang positif?

Kebanyakan C-Drama yang aku dah tengok, key theme in romance drama is how both characters support each other’s ambitions. Ini terpalinggggg green flag. Be it dalam drama You Are My Glory, atau Hidden Love, atau Fireworks of My Heart, atau Our Secret dan beberapa drama lagi yang aku dah lupa, couple-couple dalam ni takde pun bertekak bagai nak rak pasal cemburu. Masing-masing fokus in buidling relationship, create understanding and saling support each other’s ambitions and career. Positive gila!

Dalam You Are My Glory, Yu Tu struggles dengan kerjaya dia as aerospace engineer due to financial pressures. Dia dah berkira-kira nak quit. Tapi Jing-Jing encourages dia untuk terus follow his passion. Sebab Jing Jing kata dari sekolah Yu Tu memang power in Maths and Science. Sayang kalau talent tu terbuang. Jing Jing punya support plays a significant role in helping Yu Tu reaffirm his commitment to his dream. Teruja betul bila pasangan support passion kita tau. 

Dalam drama ni, bukan takde lansung challenges. Menipu sangatlah kisah cinta smooth takde ujian dugaan, kan. As their relationship develops, they too face various challenges - both personal and professional. Tapiii, instead of letting these challenges drive them apart, dorang tackle the challenges TOGETHER. Ini part yang sangat aku suka. Their mutual support ini potray kematangan dalam perhubungan. Takde lah kejap-kejap asyik merajuk, merajuk, merajuk. Kalau aku lempang karang! 

Jalan cerita drama ni tunjuk yang love is not just about romance tapi about being there for each other through thick and thin. Ini yang sepatutnya jalan cerita yang mesti diketengahkan. Kerana inilah realiti ordinary people like us dalam relationship. Bukan tunjuk kisah bercinta dengan CEO, pegi shopping, honeymoon overseas, candle light dinner every night. Muak.

The romance between Yu Tu and Jing-Jing - relationship dorang tak rush but develops naturally. Kita tengok pun sama-sama boleh merasa the depth of their feelings for each other. Slow burn romance orang kata. Dari episod 1 sampai 32 memang puas hati. Memang boleh rasa betapa sweet and green flagnya relationship macam ni. Cukup-cukuplah buat jalan cerita dengan unnecessary drama and conflicts. Letih. 

Kalau nak tengok You Are My Glory, boleh subscribe WeTV. Aku nak cari DVD drama ni later. Worth untuk dijadikan koleksi.