2009-08-26

Perkara yang laki aku suruh buat tapi aku tak suka tapi disebabkan aku mithali maka aku buat jugak :



1. Nak pegi mana kena sound dia.

Macam solehah sangat bunyiknya kalau aku kata everytime nak melangkah keluar rumah aku akan bagitau En Wan mana aku nak pegi walaupun takat pegi kedai mamak belakang ni. Macam tak kena lansung the word ‘solehah’ tu ngan aku kan, nak pulak masa mintak izin tu aku tengah pakai low cut neck baby T ngan micro-short skirt. Oh, sumpah orang tak caya aku innocent..muahahahhaha.

Contoh, semalam aku gi Giant nak pos surat. Pejabat Pos tu kalau kau langkah 7-8 tapak kaki je dah sampai Guardian. Hajat di hati tu nak beli hand sanitizer ngan make-up remover, so aku call En Wan tanya boleh tak aku masuk Guardian. Padahal aku dah terconggok depan pintu Guardian ni, tinggal nak langkah masuk je.

Bila dia kata ‘Takyah, tunggu abang balik. Gi sama-sama’, boleh aku pusing balik rumah.

Ni patuh ke bodoh namanya??

A friend of mine kata aku macam taat tak bertempat. Sebenarnya aku tak taat pun tapi takut kena lempang. But surprisingly, aku tak kisah lansung kena ikut arahan macam tu. Nak kata enjoy menjadi isteri mithali tu tidak la jugak, eh memang tak lansung..hahah. Tapi maybe sejak dari mula lagi aku di-train (read : diseksa naluri seorang wanita yang gemar berpeleseran tanpa batasan) untuk pi mana-mana kena bagitau, so lama-lama terbiasa. Apa kata korang cuba. Tengok jadi gila ke tak. Aku sebenarnya dah gila dah ni..saje je cover line.


2. Nak beli apa-apa kena bagitau dulu.

Ni pun satu hal lagi. Padahal aku memang dah ada kat kedai mamak ni beli roti. Sekali nampak magazine. Boleh ajelah kalau aku nak capai satu beli kan?

Tak okkkk.

Tetap aku kena call dulu En Wan tanya boleh beli ke tak. Kalau dia kata boleh, baru beli. Kalau tak, melopong je la depan mamak yang tengah kunyah sirih tu. Dulu selalu gak aku melopong, sikit je lagi sirih tu nak masuk mulut aku pulak. Tapi sejak En Wan dah cut expenses aku sehari seploh ringgit, mana aku nak korek beli magazine?? Kalau lemak perut aku ni leh jual lama dah aku korek.

So, kalau nak beli apa-apa tunggu la weekend time kuar dating tu boleh la aku tunjuk apa-apa yang aku nak, tu pun kena service baekkk punya the nite before. Series laki aku ni, kalau part jaga akaun memang superb la, habis semua benda yang tak perlu (dia la kata tak perlu) dia cantas. Seb baik la kau kawen ngan aku okkk, kalau kawen ngan orang lain, jawabnya lapan hari je la kau kawen. Konfem pastu bini kau lari.

Tapi, sebenarnya bagus gak En Wan kawal perbelanjaan aku. Sebab kalau dia tak kawal, mau aku gila babi spend sampai kena tangkap ngan polis hutang kad kredit juta-juta. Boleh aku bayangkan skang aku tengah ngadap dinding lokap sambil nyanyi lagu Dendang Perantau.


3. Makan kena habiskan.

Kalau kau bawak aku pi KFC konfem licin aku selesaikan.
Tapiiii kalau kau bawak aku pi makan tomyam, takkan la serai pun aku nak kunyah banggg??? Dah la tomyam zaman sekarang ni lagi banyak sampah dari daging.

Tapi En Wan sangat-sangat pentingkan benda-benda macam ni. Kalau boleh, makanan yang aku tak habis tu dia nak habiskan.

Aku memang mengalu-alukan dia makan leftover aku. Orang tua-tua kata, saper makan makanan lebihan kita, orang tu senang ikut cakap kita. Ni kira versi nasik kangkang yang tak berapa kejam la.

Tapiiiii, takde perubahan pun kat laki aku. Balik-balik akuuuu jugak yang ikut cakap dia. Series mithali aku ni.


4. Tengok berita.

Ko tak rasa macam kena penderaan batin ke bila kau kena paksa tengok berita??? Like apekejadah la wehhhh dah umur 32 nak kena paksa ngadap berita. Dah la newscaster tua-tua. Cuba la letak Kamal Adli ke, Farid Kamil, Fahrin Ahmad, kalau dah takde orang sangat letak la Roslan Shah pun aku konfem tengok.

Atas alasan, sebab aku malas baca sokabar so aku kena tengok berita.

Plisss la okk.

The only time aku tengok berita secara berterusan dan fokus was masa Form 5 time kecoh soalan lisan ada keluar pengetahuan am. Ha, masa tu memang toksah kata berita beb, Hari Ini Dalam Sejarah pun aku belasah. Series pengetahuan am aku memang limited. Melainkan cikgu tu nak tanya soalan tentang isu-isu am yang lain seperti apa nama glemer artis yang nama sebenar dia Zaimah binti Saimon (jawab kalau bijak lestari), ataupun siapa nama laki Suliza Salam, or kenapa Uji Rashid tak jadik kawen ngan DJ dave...insyallah aku score. Sebab aku cuma baca paper hari Ahad je, tu pun Pancaindera ngan BiPop. Mujur aku tak layan URTV ngan Mangga. Kalau tak, takde de aku buang masa blogging camni, konfem aku dah jadik Kak Pora skang.


5. Cuci bontot Redza lepas berak.

Dulu asal Redza berak je, bertolak-tolak aku ngan En Wan sampai boleh jadik gaduh. Kau tolak aku, aku tolak kau, saper take turn basuh taik dia. Sampai nak kering bontot anak aku tunggu mak bapak basuhkan. Kesian pulak.

Tapi sebab aku dah biasa basuhkan bontot Ibal masa kecik dulu, jadik aku mengalah la. Lagipun, si Redza ni dah siap kencing berak lam perut aku dulu, so apa ada hal kan. Disebabkan aku tukang basuh taik, jadi aku tugaskan En Wan tukang bangun malam buat susu and salinkan pampers. Ohhhh, mesti berkira okkk. Beromen sama-sama, apa ingat aku sorang je kena jaga anak?

But En Wan is very superb at bangun malam. Itu aku respek. Rezda bunyik 'ngek' sikit je, dia dah tersedar. Aku jangan harap la. En Wan ramas tetek aku beria-ia pun aku leh berdengkur tak sedar.







Sebenarnya banyak lagi. Tapi takyah la aku tunjukkan ke-derhakaan-an kat suami aku to public kan..hehe.

2009-08-25

Ada masalah..??



I was in MOX this morning when this mat saleh greeted me with senyum yang macam hensem tapi sebab kau tak hensem otomatik otak aku rejek kau.

Dia tegur aku

Him : Hi, are you Malay?

Me : Yes.

Him : Wow...not bad.

Me : Err...why the 'NOT BAD'?


Aku taknak tulis apa reply dia.
But, apesal NOT BAD?

FYI, bulan puasa aku pakai baju kurung, so memang tak seksi lansung.
Tiada pendedahan cleavage berlaku di sini.

Benda ni mengingatkan aku kat ex-boss aku from this US company yang in a way macam puji aku but being a Malay, aku agak terasa jugak la when dia cakap 'You are not like a typical Malay...'

Apesal ngan Melayu?

2009-08-24

Member punya, aku tolong tampal aje.





Langgani jadual Waktu Solat Harian. 1-sms sahaja setiap hari untuk jadual Waktu Solat, hanya RM0.50 sehari untuk jadual Waktu Solat Harian anda. Berguna untuk bulan Ramadan ini, waktu Imsak disertakan.

Langkah Pertama:
Taip JM SOL , hantar ke 33080 untuk mendapatkan jadual harian Waktu Solat.
Contoh: JM SOL KARIM ABDULLLAH

Makluman: Langganan ini dikenakan caj RM0.50/sehari untuk jadual waktu solat dihantar ke mobile phone anda. Hanya RM0.50 bagi 1-sms sahaja sehari untuk jadual waktu solat. Untuk hentikan servis, taip STOP MC SOLAT. Waktu Solat Harian ini adalah berdasarkan kiraan dan semakan JAKIM. Jadual Waktu Solat ini adalah untuk kawasan-kawasan di Malaysia sahaja. Untuk pelanggan prepaid, sila pastikan anda mempunyai nilai kredit tidak kurang daripada RM10 sebelum melanggan servis ini.


Langkah-langkah melanggan Waktu Solat Harian:



Contoh skrin yang anda akan perolehi semasa proses melanggan Waktu Solat Harian ini:



Nak tau lebih lanjut, email gue : aveo757@yahoo.com


Or please visit http://mc.onesuara.com/

2009-08-23

Tag parking....dah takde benda lain ke korang nak tag?



Tag dari Miss Rapunzel

Ye la, aku buat la niiii.



1. Dimanakah tempat kerja anda? dan mengapa?

Tempat keje aku sekarang adelah di _ E _ _ / _ E _ _ _ N _ _ N (Sila putar. Huruf E dan N diberikan percuma)

Mengapa aku keje kat situ adelah kerana apa kau ingat aku boleh pilih-pilih mana nak letak ofis aku?? Tapi ciri-ciri penting bagi memastikan aku sentiasa ada rasa nak masuk ofis adelah :

* Ofis aku mestilah dekat dengan fast food, kalau tepi KFC lebih afdal.

* Mestilah kena lalu hiway sebab aku kaya, takat duit tol RM6.40 hari-hari tu takde hal. Kalau esok diorang upkan ke RM8.80 lagi lajuuuuu aku lalu hiway.

* Mesti tak jauh dari rumah sebab aku memang tak bercita-cita nak mandi kul 6 pagi tetiap hari. Skolah dulu pun lagi 5 minit nak kul 6.55am baru aku masuk masuk bilik air. Itu baru masuk je, belum campur aku termenung kat depan sink, dah kena pekik ngan mak aji baru korang dengar shower berbunyik.

* Reserved parking.


Dulu aku penah keje kat KL. Tak best sebab hari-hari jam, kalau taknak rasa jam kat jalan, kau kena naik komuter ngan LRT which sama gak jam dengan manusia dan ketiak-ketiak mereka serta haruslah berani bergesel buah dada.

Aku penah gak keje kat Putrajaya which is panorama indah, tapi tempat makan jauh, tapi ofis best cuma aku malas nak berprotokol, nak mintak cuti pun kena ngadap 3-4 orang baru lulus. Eh, blah la.

Aku penah keje ngan US company yang benefit and gaji meletup-letup tapiiiii keje selari ngan buruh kasar buat terowong SMART. Dia pedulik apa kau puasa ke tak, kalau dia kata meeting santak ke pukul 10 malam, ko berbuka la ngan korek hidung.

Tempat keje sekarang adelah ok, sebab ikut kepala aku nak design ofis macamana. Flexible working hours but masih ada undang-undang. Keje tetap keje, tak kira la keje from home ke from ofis. Yang penting figure hujung bulan.


2. Berapakah harga car park area tempat kerja anda?

FREE!!!

...sementara MPSJ tak kepoh nak letak parking meter. Kang sok kalau tempat tu dah glemer mula la sibuk nak pacak meter menyusahkan aku. Tapi kalau aku dah kaya sok, aku pi ofis naik helikopter je, park kat bumbung.

Tak suka la bayar-bayar parking ni. Susah-susah je ko letak meter, kalau kena saman pun bukannya aku nak bayar. Muahahahah.


3. adakah anda rasa tempat yg letak kereta anda selamat?

So far selamat je, sebab dari tingkap aku, boleh nampak keta kat bawah. Lagipun saper la nak rompak aveo???? Kaler ijau lak tu.


4. antara drive sendiri dan orang hantar..yg mana pilihan anda?

Kalau nak hantar, orang tu mestilah tak bawak laju dan mempunyai ketahanan diri terhadap kesakitan melampau.

Sebab kalau kau laju, aku konfem menjerit. Bila aku menjerit aku tak menjerit saje, tangan aku mesti berlepuk-lepak kena kat peha kau sekuat-kuatnya. Suara aku kalau menjerit memang mencecah beribu desibel. Jadi sebelum kau mati terkejut ataupun kita menemui ajal bersama-sama di bawah lori trailer, aku warn tolongggg perlahankan kereta. Tapi kalau kau still nak men-speed, tolong turunkan aku kat tepi and kau boleh pegi mati sorang.

Tapi biar la aku bawak je keta sendiri, tu lagi best. Keta pun auto apa lagi yang malas sangat nak bawak ni???


5. sila tunjukan bukti gambar tempat letak kereta anda??

Takde bahan bukti, minta mahap.

2009-08-22

Ana mencari keredhoan suami ana...



Siang tadi.

Aku : Today Ija puasa ok?

Ija : Budazah (ustazah) kata, budak kecik tak boleh kuasa (puasa).

Aku : Tapiiiii, Ija bukan budak kecik. Ija dah sekolah.



Kejap tadi.

Ija : Ma, esok Ija kuasa.

Aku : Ye ke?? Betul??

Ija : Betul. Tapiiiiiii....(ada gak tapi). Budazah kata (kalau nak menipu aku tu sebut nama ustazah ajeee), budak kecik kuasa boleh minum air.

Aku : Betullll. Kalau budak kecik puasa, dia takleh makan. Dia boleh minum aje. Tapiiiii, dia kena minum air putih aje, tak boleh minum Ribena.



Sebab aku malas nak bancuh Ribena, jadi ko togok je la air suam sebulan.
Jimatttt duit belanja kat Giant bulan ni..muehehhe. Boleh beli lagi sepasang baju raya untuk aku.

Tapi ye sangatttt la panglima aku ni nak 'kuasa' esok.
Pagi-pagi bangun je dah mintak sosej.
Aku pun pagi tadi bangun mencari-carik sosej gak kat sebelah aku dah bangun ke belum sosej ni, tapi kena sergah ngan En Wan 'Heiii..puasa la!'

Ohhh..lupa.
Sorryyyyy.
Terus bangun dengan lemahnya ke bilik air.

Oh yes, Khamis lepas aku dah beli baju raya okkkk.
Semangat shopping.
Sebenarnya tak plan pun, memula gi merayap ngan En Wan kat mamak lepak pekena teh tarik. Sekali dia tanya taknak beli baju ke sebab aku je yang tak ready lagi.
So saje jalan2 kat Anggerik Mall, terussss belasah 3 pasang. Selesai.

Aku senang je pilih baju. Tak pegi banyak kedai pun, dalam satu kedai je aku rembat sekali 3. Dah la kedai tu nak tutup dah masa tu. Kalau tengah mood nak membeli, memang senang la. Cuba kalau mood membeli takde tapi dipaksa-paksa jugak beli, jawabnya cuba, letak, cuba, letak, sampai ke sudah tak beli-beli. Dan salesgirl tu pun konfem maki aku dalam hati.

Disebabkan hari ni adelah cuti, jadik En Wan dengan baik hatinya 'Takyah masak hari ni, kita beli je kat stadium'.

Oraitttt.

Biasa la kan, selera jin.

1. Nasik lemak ayam rempah.

2. Ketupat ngan rendang daging minang. Pose baru sehari dah ngengada nak makan ketupat. Ni mesti aku nak mati dah ni tetiba je teringin nak makan ketupat pehal??

3. Roti Jala untuk si 'kuasa'.

4. Samosa daging, yang akhirnya En Wan belasah sorang. Aku ni terpisat-pisat tengok.

4. Air tebu yang memang aku tak layan, layan Teh O lagi best.

5. Gulai kawah yang jugak untuk En Wan.


Apesal dia lagi banyak makan dari aku?
Bukan ke aku yang makan roti je sahur tadi, dia yang tambah nasik 2 kali kemain over eh?

Esok pagi sahur lagi sekali gua goreng ikan masin ngan telor mata. Menangis mak mertua aku kalau dia tau aku layan anak dia camni.

Tapi makkk, bukankah kita sebagai isteri kena mencari redha suami??
Suami saya redhoooooo makan ikan masin.

Entry pertama aku sempena Ramadhan - sangat bosan seiring dengan mood yang belum up dan perut yang pagi-pagi dah marhaban



Lepas habis sahur aku dok mengadap laptop sampai la skang.
Mata memang dah berair, ngantuk gila sebab dok menyiapkan keje.
Jap lagi tido..ewahh.

Setelah seharian bercuti (semalam) sempena nak memikir apa nak masak pagi ni, akhirnya aku berjaya goreng telur mata ngan ikan masin untuk En Wan. Hasilnya....En Wan tambah 2 kali. Kira berjaya la kan? Lagipun beb, mana ada orang bangun sahur pukul 4 pagi tumbuk cili buat ayam masak lemak cili api segala?? Tapi since aku tak makan ikan masin, so aku makan roti ngan air soya je. Konon nak diet. Tapi tengok la camana aku belasah time buka kang.

Semalam, En Wan ajak terawikh sama-sama kat masjid, tapi last-last dia suruh aku terawikh kat rumah je, kang tak adil pulak kat bibik. Bibik pun nak solat gak. Panglima aku ni mana leh tengok tv sensorang, penakut. Dah nama terawikh kat rumah kan, laju je la aku buat. Lom 9.30pm abis dah. Sementara nak tunggu En Wan balik masjid, abis 3 kotak soya ngan keropok aku morehkan depan TV sorang-sorang.

Dan semalam aku melayan cerita Hantu Raya kat Astro. Pastu kul 1 pagi rilekkk je turun dapur ambik air dengan tak payah kejut En Wan. Bulan pose la katakan. Cuba dah habis raya sok, ada aku berani nak turun bawah be it kul 10 sekali pun??? Nehiiiiiiiiiii.
Time-time pose ni kalau keta tersadai tepi hiway Gua Tempurung kul 3 pagi pun boleh lepak-lepak main bungapi kejap baru call tow truck.


Lepas mandi, kuar je bathroom nampak En Wan tengah magrib dengan pakai baju melayu sepasang siap ngan seluar - satu fenomena yang jarangggggg berlaku. Selalunya dia pakai kain aje. Tetiba aku jadi semangat nak raya.


Okeh, jam sudah menunjukkan pukul 7.54pagi.
Masa untuk tido.




p/s : entry yang macam TUTT TUTT TUTTTTTTTTTT PRET.

2009-08-20

Hot sangat



Kenapa ada orang yang tak paham dengan phrase 'Cinta Tak Boleh Dipaksa'?

Kenapa mesti nak paksa orang suka kat kau walaupun kau sendiri tau yang kalau dia layan kau pun, dia hanya pretending and kau yang akhirnya syok sendiri.

Why??

Bila dia beria-ia nak kat kau dulu, kau ye ye je reject.
Konon nak buat jual mahal padahal kau pun nak jugak tapi biarlah dia kejar-kejar kau kan, baru thrill sket.
Kau cakap, 'Let's be fren je laaa...'

Bila orang tu dah nak anggap kau friend, ko pulak gedik pi kejar dia balik.
Kau tunggu dia online siang malam. Bila dia tak online ko merajuk (eh apehalll????), kau tinggalkan offline messages konon kau care padahal kau bengang dia dah tak kejar kau lagi. And kau wonder siapa pulak yang dia kejar skarang. Maka kuarlah ayat-ayat cibai seperti

'Hi, lama tak online? Kenapa? Ye laaa, orang tu dah jumpa awek lain skaranggggg'.

So apesal kalau dia dah jumpa awek lain?
Bukan kau ke yang taknak kat dia (lah sangattttt).

Pastu hari-hari kau tunggu dia call. Bila dia dia tak call, ko sms bertubi-tubi.
Bila dia wat dek ngan sms kau, kau tulis pulak entry kat FB, kat blog, yang si dia tu kaki flirt, kaki meraba, kaki mengayat. Padahal masa dia mengayat kau kemain lagi ko menggeletis suka. Bila dia stop stalk kau, masa tu la kau nak kata dia mempermainkan perasaan kau la, habis madu sepah dibuang la, eh pundekkkk.

Come on la, lain kali kalau nak, cakap la nakkk.
Jangan la main-mainkan perasaan orang, apa kau ingat orang tu takde keje lain ke nak kejar kau macamkan kau tu hot sangat.

Andddddd....kalau dah tau orang tu taknak kat kau dah, tolong la faham.
Cinta tu bukan boleh dipaksa-paksa.
Kau boleh try, tapi kau tak boleh force.
Bila tak boleh, jangan la salahkan orang tu ambik kesempatan kat kau, buat entry

'manusia ni kat blog/FB cam baik, padahal kat luar macam setan'.

Orang tu punya setan kau cerita kat blog, yang kau punya setan kau taknak cerita pulak. Please la eh, tolong jangan buat orang macam tu. Kalau dia taknak kat kau, move on je la. Memang la benda tu sangat menyakitkan hati, aku pun penah rasa bukan tak penah. Jangan disebabkan kau rasa tak penah orang buat dek ngan kau (hot sangat la katakan), so when this guy buat tak layan, kau bengang lantas buat entry yang kurang cerdik. Kau kena ingat, bukan kau je yang hot, orang lain pun hot jugak. Bukan kau je ada taste, orang lain pun ada taste jugak.

So, please eh?
Aku malas nak maki kaw-kaw hari ni, prektis nak puasa lusa.

2009-08-18

Tak sempat!!!!!



Sahhh!!!!

Aku tak sempat masuk rumah before puasa.
Sebabbbbbbbbbbbbb...orang tua yang bernama Wan Mohd Ridzuan sangat la pandaiiii buat keputusan sendiri. Bila aku tanya apesal buat decision tak discuss ngan aku, dia kata saje nak bagi surprise.

Ohhhhh surpise rupanyaaaaaaaaaaa.
Apa tak kau suruh je kontraktor tu letupkan rumah tu kasik roboh terus biar semorang surprise sekali???

Rumah aku tu dah nak siap okkk, tetiba je dia sesuka hati gi cakap kat kontraktor pecah sana sikit, jap lagi kang pecah sini sikit lagi, pastu tak pasal-pasal dia pi tempah benda yang bukan-bukan, eh tensi okkk aku dengan dia ni. Blom cecah 40 tahun, dah gugur bulu-bulu aku melayan orang tua ni.

Jadi, aku taknak cakap banyak.
Sebab kalau aku cakap nanti lagi banyak aku maki dari bercakap.
Ni puasa nak dekat ni, kasik aku warm up benti memaki and mencarut dulu ye.

Ambik nafassssss...


Nak sangat tengok Redza kan?? Ambik ni.


Ni was taken on last Sunday, sessi mencuci rumah. Padahal rumah lom siap tapi asal Sabtu Ahad je dia kerah satu rumah pi kemas rumah baru. Apa motif pun aku tak tau. Masa ni mak mertua aku ada sekali, so aku takleh nak bising sangat-sangat la kan, takat hentak-hentak kaki time naik tangga and hempas-hempas baldi kat bilik air je la. Tu punnnnn En Wan tak paham-paham bini inginkan perhatian.



Eh, pandai okk anak aku ni bergamba skang. Like mother la..


Rumput pun blom ada lagi okkk, sedihh aku tengok rumah aku ni. Berbuih aku tanya 'Bang, bila nak tanam rumput, bila nak beli rumput'...dia suruh tunggu kolam la...tunggu wakaf laa..stok rumput lom sampai, nak kena study rumput apa best pijak tak pakai selipar, ehhh belasah aje la rumput apa pun. Kang aku tarah rumput kat depan jalan ni kang abis dah susah sangatttt.

Porch depan pun berkerak lagi dengan simen. Sedih okkkkk, sedih aku. Jiran sebelah and belakang dah siap pasang khemah buat house warming, semua nak puasa kat rumah baru. Aku?? Benti je la berangan nak masuk rumah before puasa. Dah nama tak masuk before puasa, maknanya lepas raya sok la baru aku pindah. Dah habis tu saper nak pikul barang-barang ni masuk lori bulan-bulan puasa? Kangggg..ada yang buka puasa pukul 2.


Father and son main cuit-cuit

Kiut sangat la buat muka camtu dah tau bini tengah hot rumah tak siap.
Kau bersihkan lah rumah ni sensorang. Aku tukang ambik gamba bersantai-santai saje. Biar mak kau tau bini kau pemalas. Hahahaha.




Tapi kan bila malam dia ajak aku temankan dia pi check electrical man pasang lampu, dalam pada hot-hot tu aku teman jugak. Mithali rupanya aku ni, baru aku tau. Muahahahahah.

Tapi dia suruh aku duduk je kat tepi, biar dia yang kemas.
Eh, saper pulak yang nak tolong kemassss.
Kemas la kau sensorang, aku nak baca buku cerita ni.

Tapi tengok la laki aku ni.
Orang tu belum siap lagi buat keje, wayar bersepah-sepah lagi tapi dia nak menyapu time-time tu jugak. Orang tu pun stress cepat-cepat dia siapkan semua. Sampai kul 10.30 malam aku kat situ, punyala dorang taknak datang esok sambung. Ngeri kot tengok tuan rumah.



Ni la dia..adik kesayangan aku. Di harijadiku, aku di jubokannya.

2009-08-16

Seploh ciri-ciri lelaki idaman



chipsmore tag aku SEPLOH LELAKI IDAMAN.
Aku tukar sket tajuk dia.

Aku nak buat tag TUJUH LAKI YANG AKU TAK BERAPA NAK HADAP TAPI KALAU DAH TERPAKSA REDHO KAN AJE (berani lawan tajuk tag aku..??).


1. Taknak mengaku salah.

Aku paling pantangggggggggggg laki yang dah buat salah, tapi diam taknak say sorry. Pastu dia pulak yang merajuk taknak makan, taknak bercakap, asik bantai membuta padahal kau yang buat salah apa nak suruh aku pulak sujud kat ko mengongoi-ngongoi mintak ampun?? Eh, macam laki aku je ni..hahaha.

Memang sangat the En Wan okkkk. Memang!!!

En Wan kalau buat salah kan nanti dia diam. Pastu dia lari-larikan diri dari ko like dia makan dulu, tak ajak ko sekali. Bila ko masuk dapur je kan, time tu la dia tetiba kenyang, terus basuh tangan, dok depan baca paper. Kang bila aku pi depan lepak sesama kat hall dia naik atas masuk bilik. Pastu bila aku tido kat sebelah tetiba je kang dia letak bolster kat tengah-tengah konon macam border la, aku takleh masuk kawasan dia apetah lagi nak pegang dia. Eh, aku tendang jugak dia ni kang.

Cuba kalau aku yang buat salah, wahhhhhhhhhhh selagi ada kelibat aku kat dalam rumah tu sehabis hati dia perli aku. Pastu dah marah-marah aku pandai pulak sorokkan kunci keta takut aku lari dari rumah. Purse aku pun dia sorokkan. Hek elehhhhhhhhhhh, kalau sayang cakap la sayanggggggg. Nak main sorok-sorok barang lak. Kang aku telanjang depan kau kangggg, baru dia menggigil kote kau tahan stim.

Selalunya ni je tektik yang aku gunakan.
Dan hasilnya..marvelles!!!!
Dan-dan tu jugak dia say sorry.


2. Tak reti nak tunjuk caring kat awek.

Semua orang expect partner ada this kriteria.
SEMUA ORANG okkk.
So plis beringat sket yang takde saper pun suka kalau kau dah ambik dia jadik awek, pastu kau buat dek dengan harapan awek kau setia menchentai kau sebab ciri-ciri isteri idaman saya adelah YANG MEMAHAMI, YANG MEMPUNYAI KESABARAN YANG TINGGI dan YANG TIDAK CURANG.

Chantekkkkkkkkkkk muka kau???
Dah kau tak care ada hati nak suruh dia tunggu kau lagi? Boleh jalannnnnnnnn.

Kalau dapat pompuan yang memang setia tunggu kau regardless kau buat apa pun kat dia, itu adelah bonus, sila hantar pisang kat masjid. Tapiiiii, kalau awek kau tu adelah Diana Ishak, mintak mahapppppp. Aku takde masa nak tunggu laki yang dah tau kau dok jauh setahun tak sekali jumpa tapi tak reti nak jaga hati awek. Eh, tolong jaga hati aku sket boleh tak??

Kalau rasa bil tepon tu mahal, setidak-tidaknya kau hantar la email ke, surat ke. Sejuk hati aku yang dok jauh ni, at least takde la aku meroyan dalam bilik everytime balak-balak member press-press motor kat depan tunggu awek bersiap nak pi tengok wayang malam-malam Sabtu, yang aku ni malam minggu dok hadap Cerekarama sambil makan meruku. Loser gila.
Eh, macam cerita aku je ni. Gagaga.

Yang dah kawen tu pulak, kalaupun kau tak balik rumah seminggu, outstation la katakan...tolong la call tanya khabar. Kalau dah malas sangat nak call, hantar la sms tanya apa citer bini hari ni. Kot ye pun malas sangat nak type panjang-panjang kau type je la yang simple-simple.

'How r u?'
'M bz..ltr'
'M mtg, ltr'

Walaupun aku tak paham apekejadaharam kau tulis, tapi at least aku tau kau care and yang penting aku tau kau hidup lagi. Walaupun sebenarnya kalau mesej rupa ini dapat kat aku, aku memang berdoa kau mati lagi baik. Dah la tak balik seminggu, hantar mesej pun macam kan keypad ko tu ada 6-7 huruf je.

Tapi takpe...maybe that's the best yang dia boleh buat. Terima je la.


3. Loving macam tak loving.

Ni pun penting.
Aku suka lelaki yang loving. Once in a while hantar bunga kat ofis. Or buat sudden surprise like kau bukak je pintu rumah nampak Mat Belon melompat tepuk-tepuk tangan nyanyi Happy Birthday kat kau.

Tapi nak tunjuk loving tu biar la natural and paling penting masuk akal.

Jangan la kejap-kejap kau sms 'I love you sayang' macam dah takde ayat lain kau nak bagi.

Kang kejap lagi 'I miss you so much!! Muahhhhh (24X)'

Kang masukkkk lagi 'I can't live without you'

I can't live without you tengkorak kauuuuuu!!
Kau yang tinggalkan aku setahun pegi outstation pastu mengada-ngada can't live without you, aku terajang kanggg.

Memang la siapa tak suka kalau laki hantar mesej macam tu kan. Tapi kalau hari-hari kau mesej benda yang sama je, muakkkkkkkkkkkkk!! Takde idea lain kau nak type banggg? Ke text kau tu semuanya autoreply?

Tapi ada gak yang terlampau loving sampai aku geli nak baca text kau. Ni selalunya kes-kes baru nak ngorat. Baru chatting 3-4 hari dah nak stim-stim kat sms 'I wish I can hold you close to me right now, caress you, and cuddle with you the whole day. Oh baby, I want you now.'

Eh pundek lah. Check dulu kote kau tu cukup panjang ke tak baru boleh nak stim-stim ngan aku. Geli sialllll.


4. Berlagak

Oh series aku takleh tolerate lansung dengan laki macam ni. Biar kau tak kaya (tak kaya takpe tapi jangan sampai manjang takde duit), biar kau tak hensem (eh menipunya), biar kau tak glemer, tapi tolong jangan berlagak.

Aku dah penah jumpa laki macam ni, siap boleh berkapel lagi so aku tau camne rasanya berdepan ngan laki yang berlagak. Semua orang kalau tak banyak, sikit mesti ada rasa proud dengan kelebihan diri tapi jangan la berlagak macamkan kau tu bagus sangat.

Cerita yang best-best je. Skolah asrama la katakannn.
Kalau cerita pasal ex-gf ni memang kalah la semorang. Awek dia je la yang paling jelita, paling ramai orang usha tapi dia jugak yang jadik pilihan. Kalau kau tu lelaki terpilih sangat apehal ex kau sampai tigablas orang????? Oh ye la...suddenly kau realized yang diorang semua tu tak sesuai dengan jiwa kau kannnnn.

Masa mula-mula nak tekel tu, memang cerita yang gempak-gempak je, abang long saya engineer, abang ngah saya businessman, kakak saya lecturer, adik saya dapat masuk kelas Tingkatan Tiga terbaik seluruh Sekolah Menengah Pundek Alam. Saya budak boarding school.

Memandangkan kau rasa kau antara yang hensem kat kolej, maka kau layak merendah-rendahkan muka orang lain. Padahal kau tu ada rupa je. Orang lain takde rupa tapi ada harta. Orang lain takde rupa tapi ada budi bahasa. Orang lain takde rupa tapi ada awek cun kat kampung. Kau ada apa?? Ada telor je tu pun belum tentu boleh guna. Sendiri guna boleh la kot.

Kuiz Fizik dapat 94/100 dah rasa macam kau tu engineer Toyota. Balik-balik nak study Fizik, asal masuk library je nak pinjam buku Fizik. Dah tau Biology kau BIOL, study la benda yang kau BIOL. Yang kau nak study benda yang kau dah pandai buat apa. Pastu kondem-kondem 'Biology ni ntah hapa-hapa, benda yang kita tak nampak. Macam Fizik tu lain la, benda yang kita nampak, momentum, kinetik, kita boleh calculate .... bla bla bla'. Mentang-mentang la aku bodoh mengira, saje je nak highlitekan perkataan 'calculate'. Dah la hutang aku bayar tak habis. Ada hati nak cerita pasal calculation. Memang la Biology tu tak melibatkan benda-benda yang kita nampak dengan mata kasar. Tapi melibatkan imaginasi. Lihat dengan mata hati, tapi sebab kau tu buta hati, patut la kau bodoh. Kalau melancap tu laju je kau berimaginasi!

Eh, macamana aku boleh tau?
TETTTTTTTTTTTT.




5. Kedekut

Aku takde la nak mintak kau belanja aku everytime kuar makan. Aku pun ada gak duit, bukannya sengkek. Tapi kau pun takkan takde common sense. Kalau aku dah bayar makan tu, kau bayar la duit bowling. Kalau aku bayar tambang bas pegi town, ko tolong la bayar tiket wayang. Lain la kalau ko tu gigolo aku, memang aku tak kisah nak berabis kat kau.

Kalau aku kata nak belanja makan je, laju je kau bagi suggestion, tempat yang kaw-kaw lak tu. Cuba kalau turn ko belanja aku makan kalau boleh ko nak cari Burger Ramly, tu pun egg benjo je.

Dulu ex aku macam ni. Asal pegi Pakson je kan dia saje je merayap-rayap kat BUM Equipment belek-belek baju tapi tak try pun. Bila aku suruh try dia pun kuarla ayat macam lancau 'Takpelah, I takde duit nak beli baju ni'.

Kalau dah tau takde duit yang ko terconggok kat sini tak gerak-gerak sejam apekejadah???
Tu saje la nak bagi hint suruh aku belikan. Walaupun aku bodoh dah tau dia nak mengikis tapi aku layankan jugak, but at least aku bijak untuk menilai diri sendiri mampu ke tak mampu nak beli satu-satu barang tu. Kalau aku tau aku takde duit, the first thing aku buat is dok rumah jangan kuar. Sebab tu kalau aku takde duit, aku hanya pegi ke tempat yang aku nak tuju, aku beli, then balik. Takde de aku nak masuk kedai sana, masuk kedai sini. Dah tau kau takde duit, balik je la. Dan disebabkan aku rasa aku ada duit sket, so aku suruh la dia try, so that aku boleh belikan. Takpela, biar dia bergaya, kalau dia look good aku senang hati, nak beromen pun selera. Tapiiiiiiiiiiiiii bila dah look good, dia pasang 3-4 awek kat belakang aku. Afundek tak?



6. Selebet

Kalau kau rasa kau tak sehensem Azizan Nin, tolonggg la jangan selekeh.
Tak kisah la kalau baju kau tak berjenama, kalau ko pakai Pagoda sekalipun, tapi kalau ko kemas, insyallah aku stim.

Aku mengaku aku suka tengok laki yang hensem macam laki aku (hahahha, sila bagi penampar).
Tapi, aku lagi suka kalau laki tu PRESENTABLE dan WANGI.
Hensem tu bonus.
Tak hensem takpe beb, tapi tolong la pakai deodorant.
Kalau ketiak ko tak shave pun aku tetap maafkan sebab aku bukan nak hadap ketiak kau pun.
Tapi kalau badan kau macam bau stokin, well....dipersilakan brambos.

Tetapiiiiii...kalau kau hensem, badan kau best, kau pakai perfume Dunhill, tapi kalau kau makan cokelat pastu ada hati nak french kiss aku, kau siapppppppp!!!! Aku muntah dalam mulut kau.
Benda lain about diri aku kau lupa takpe.
Tapi kalau kau lupa yang aku tak boleh bau cokelat, ko french kiss la kepala lutut aku.



7. Tak boleh terima dugaan

Asal ada problem je emo. Ada keje banyak kat ofis pun nak stress sampai kat rumah.
Ko boleh tak tinggalkan stress kau kat ofis.

Ada certain orang yang memang pandai bagi nasihat apetah lagi mengkondem orang. Kalau kita down tu, wahhh, bertan-tan nasihat dia bagi which nasihat dia tu semua boleh pakai. Tapi cuba kalau dia kena timpa masalah, kau bagi la nasihat apa pun, dia mesti nak sangkal. Seboleh-boleh dia nak tunjuk apa yang dia buat tu betul.

Macam laki aku tu la kan, kalau aku stress dengan keje, dia pun nasihatkan aku which nasihat-nasihat dia tu sometimes aku tak rasa macam nasihat tapi macam perli aku je, macam saja nak bagi darah aku naik. Bila aku dah bengang dengar nasihat dia, aku akan jadi lagi semangat nak settlekan keje-keje aku so stress aku sikit sebanyak hilang. Ada la jugak baiknya nasihat orang tua ni kan.

Tapiiiiiiiiiiiiii kalau dia yang stress like baru-baru ni dia ada problem ngan boss dia, wahhh, aku ni ye ye je la bagi nasihat kat tepi sambil usap-usap kepala dia, tangan aku naik turun punya la semangat bagi motivasi, last-last 'Di tengok la tv sorang ye, abang takde mood, nak tido'.

Keringgggggggg air liur aku bercakap.
Kalau aku tau aku ptuih putih kan je.

Kang esok pagi pegi keje menonong je dia kuar, selalunya kalau aku terlupa, dia akan panggil 'Di, abang nak gi keje ni'. So aku berlari-lari cium tangan and kiss dia.

Cuba kalau dia tengah stress, aku berlari-lari 'Jap bang, nak salam!!'

'Takyah la..balik kang'.

Oh, boleh pulak salam balik karangggg.
Selalu kalau aku tak salam pagi-pagi kau sentap.

Pastu kang kejap-kejap call aku kat opis 'Di, abang takde mood la...abang rasa nak nangis'
'Di, abang nak benti keje la..'
'Di, balik Di, teman abang kat rumah. Abang ponteng'.

Tu lah dia.
Sape kata laki ni strong sangat.
Takde deeeeeeeeeeee.

Laki aku ni dulu aku ingatkan strong sangat la.
Sebab bila aku dok bayangkan dia dok overseas lama, pastu kebolehan dia juggle time blaja dengan keje sebab masa dah suntuk dah gatal sangat nak kawen so dia kena kumpul duit cepat, pastu masa aku sambung blaja dia keje rajin buat OT sebab nak tanggung aku, so aku rasa dia sangat strong. Tapi rupanya, laki ni strong kat luaran je. Kalau suruh keje berat like angkat guni beras, cangkul lubang kubur memang boleh. Tapi bila melibatkan hati dan perasaan (wahhh so, familiar la ayat ni....) dia pun lebih kurang kita je.

Maybe macam En Wan bila dia stress keadaan dia lagi teruk sebab dia tak merokok. Kalau merokok tu mungkin boleh legakan tekanan kot. Nak mabuk-mabuk kasik hilang stress pun kedai mamak depan rumah aku ni takde jual todi. Nak pi clubbing pun takut kena halau ngan bodyguard je, dia ni toksah kata nak dance, berlari setempat pun fail. And maybe lelaki ni payah nak nangis so kalau dia stress tu agak sengsara jugak la nak handle. Or mungkin kes laki aku ni dia susah nak terima dugaan sebab dia ni MANJA. Anak bongsu katakan. Dari kecik apa nak semua dapat, so bila terkehel sket mula la stress. Lain la macam aku kan, dari kecik dah stress asik makan penampar mak aji. Tu yang skang asik nak menampar orang je keje.



8. Menggelupur

Ni lagi satu.
Menggelupur tak kira tempat.

Selalunya terjadi pada lelaki yang rasa dia cool, dia hensem, dia bergaya dan hot.
Asal masuk kelompok study group pompuan je kontrol gila babi barua punya kontrol. Nak pulak kalau girl yang dia selalu usha adasekali dalam grup tu. Wahh..muka maintain serius sebab kalau ko tak serius masa kat study group ko nampak tak bijak dan tak behave okkkkkk.

Tapi kau silap.

Pompuan adelah manusia bijak (adehh.. sexist pulak) wanita ada sixth sense, dia boleh tau laki tu hipokrit ke tak. So tolong jangan menampakkan kegelupuran kau nak kontrol diri konon macam kau concentrate sangat baca buku padahal dalam kepala kau tengah bayangkan apekah rasanya meramas tetek aku. Pliss la...

Pastu macam ex aku yang minat kat satu budak ni (bukan aku la, dia kan hottttttt).
Asal terserempak ngan budak pompuan ni mula la menggelupur tadi ko ye ye berdekah-dekah gelak ngan member tetiba je ko buat muka terpelajar.

Elok tengah bersembang ngan aku (masa ni belum kapel), bila budak pompuan tu join kitorang tetiba je ko jadik pendiam konon kau memang tak boleh masuk la ngan geng huhahuha macam aku ni.

Woi, boleh tak jangan gabra??
Jadik la diri sendiri.

Oh, lupa pulak. Diri kau tak best sebab tu la kau selalu pretend kan?

2009-08-14

Siapa kata 32 tak best?


Happy Birthday to me...:)

Aku takde rasa apa pun bila dah cecah 32 cuma rasa apesal aku tetap tak sedar-sedar diri aku dah semakin tua?

Oh mungkin sebab En Wan lagi tua dari aku. Sebab dia pun macam tak berapa nak sedar, aku lagi la kan.

Aku celebrate birthday malam semalam, sebab tonite En Wan ada dinner.
Masa ni la kau nak ada dinner jugakkkk. Tapi aku takde hal, janji celebrate. Kalau tak, memang aku akan sentap sampai birthday yang ke 42 sok aku ungkit lagi.

So, semalam pi TGIF je, sebab tekak aku tersangatttttttttt la nak makan Ribeye steak.




Tekun mentelaah menu yang sesetengahnya aku pun tak reti camne nak sebut. Mana yang aku tak reti nak sebut tu aku main tunjuk je 'I want this'. Kurang sket la nampak jakunnya kan?


Masa ni aku lapar gila okkk, sengaja aku tak makan tengahari. Sebab aku tau kalau aku tak habiskan steak tu, En Wan ungkit sampai patblas hari. Sememangnya steak tu besar and aku tau aku tak penah habis everytime makan steak. Dah la steak ni mahal. Kira mahal la dari steak RM11.90 yang aku makan kat gerai depan rumah aku ni. Cara-cara steak murah pun kalau tak abis, dia punya mengungkit macamkan steak tu harga sebelas ratus sembilan posen. So aku ambik pendekatan bijak untuk berlapar di siang hari so that aku boleh telan semuanya tak kasik can lansung dia nak mengungkit kemudian hari. Fuhhh! Lega aku dapat mengumpat dia.


Starter.

Buffalo wings. Sangat masam, tapi best. Konfem la best kan, bukan aku yang bayar.




Cuba tengok muka orang yang kena bayar ni. Sengsara kan?

Pedulik apa aku.



My choice..:)

Memula nak pilih broccoli and fries tapi the word CHEDDAR CHEESE tu sangat tempting, so aku pilih mashed potato lantas mempersetankan the thoughts yang perut aku akan menjadi makin tebal dengan lemak tepu segala. Pegi mamposla kan kalau kau tepu ke tak, malam ni kasik aku tepukan tekak aku dengan makanan yang best.



 

Sementara tunggu main dish sampai, kita buat sessi camwhore dulu.
Takkan aku sorang je camwhore kannnnn..passing-passing la tittle tu kat orang lain sama.


Ada sesaper boleh tolong nasihatkan brader kat sebelah aku ni supaya blaja-blaja senyum kalau bergamba dengan bini tak? Boleh tak jangan biar aku nampak macam syok sendiri? Padahal terang-terang aku cakap 'readyyyyyy', dia tetappppp nak buat muka keling botol. Walaupun sebenarnya balik-balik aku jugak yang nampak macam keling regardless aku buat muka kontrol cun macamana pun. Ahh lantakkk. 




Time ni kalau kau ulang-ulang kat tepi aku 'sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna' empatplohpat kali pun aku buat dek je. Sesal tak sesal, boleh jalannnnn.

Nampak sedap kan?

Memang sedappppppp!!

Sedappp??
Anakanda kata sedappp???

Sila ambil bau saje.



En Wan punya...yang hanya dimakan 2-3 suap pastu dia tolak atas alasan tak reti nak makan benda-benda merepek macam ni.

Dia ni memang serasi ngan nasik goreng ikan masin cecah budu je.

Nyampah aku.
Dah taknak makan tu takpela, siap buat muka herot-berot cebik-cebik pastu kejap-kejap 'Eiii..takleh masuk' 'Eiiiii...nak muntah tengok daging merah-merah'.

Kau nampak tak tangan aku tengah pegang pisau ni. Pakkal ramai orang. Kalau tak, sirloin steak tu aku gantikan ngan daging perut kau.


Mujur jugak aku celebrate malam tadi, sebab pagi-pagi hari ni aku period pulak. Eh apa la besday boleh period pulak. Orang masa ni la nak "celebrate" sekali bijik buat hal pulak. Takpe, next week je la. Eh, next week dah pose. Haha..nasib kau la bang.
Sampai skang abdomen aku sakit lagi. Dia punya sakit satu macam sampai aku benti dua kali tepi hiway sebab sakit sangat.
Eh, gila babi okk dia punya sakit, tak penah aku tau period pain boleh sampai ke tahap sakit macam ni sampai berpeluh-peluh tapiiiii sempat aku singgah Secret Recipe beli kek untuk diri sendiri.

Aku beli 3 slices, satu American Brownies (walaupun tak makan coklat), satu Marble Cheese and another one Blueberry Cheese, yang akhirnya dua-dua cheese cake tu Redza belasah sorang-sorang siap nyanyi sendiri 'Pey Pey Pe Yu Yu Ijaaaaaaaaaaaa' (happy birthday to you, Ijaaa).

Memang aku tak makan cokelat tapi since **** ye ye je promote 'You shud try American Brownies, best nak mamposssss!!'.

So aku pun nak try la betul ke sedap nak mampos. Aku dah bajet, ni kalau tak sedap, memang mampos dia aku kejekan!!

Aku nak say thank you very much to semua yang bagi wish kat FB and to those yang hantar sms tengah-tengah malam semalam and this morning. Aku tak mampu nak reply sorang-sorang sebab aku ni pemalas orangnya. So aku reply kat sini je la ye. Tima kasih banyak-banyak. Terimalah gamba dariku untuk tatapan semua.



Ehhhhh, gamba dia lagi. Serius camwhore ok dia ni.
Ade aku kesah?

 

2009-08-12

Bibik



Saper dah baca Interview From The Grave by Mike Yap about dia menginterview MJ?
Jawapan MJ pasal pendant mak dia tu buat aku meremang bulu tengkuk. Series macam real.
Sok kalau aku mati, jangan ngengada nak suruh orang tua ni interview aku pulak okkk, sure aku takde cerita lain nak bagitau dia melainkan cerita seksa kubur.
Oh, nauzubillah.

Mak mertua aku ada kat rumah now..yihaaaaaaaaaa.
Aku ngan mak mertua aku very the gang.
Nak pulak dia suka memenuhkan fridge aku dengan kepok lekor, kepok keping, sambal belacan, budu, sotong, kadang-kadang cili hidup pun dia bawakkan dari kampung.
Bertuah tak aku dapat mak mertua macam ni?
Kalau aku cerita kat mak aji pasal kebaikan mak mertua aku kan, mesti dia sambung 'Ko memang bertuah punya menantu, kalau aku memang tak kuasa nak layan muka kau ni'.
Memang malang la bakal bini Ibal dapat mak mertua camni sok.

Bila mak mertua aku ada kat rumah selalunya aku bolayan ngan En Wan.
Sebab aku suka ngendeng kat mak mertua aku, biasa la kan orang tua-tua ni selalu ada je benda dia nak cerita. So aku memang suka sesekali dengar cerita penglipurlara ni. So tadi mak aku bukak cerita pasal maid saper ntah kat kampung dia.

Teringat aku kat maid aku yang sengal dulu. Bibik Ida nama dia. Percaya tak kat passport dia nama dia Syida??? Pundek lah. Entah-entah nama ko Suparnah binti Kordi.

Ada satu hari tu rumah aku ada ramai gak la orang, kakak ipar and nephews En Wan datang lepak malam-malam. So aku ni jenis yang selagi ada orang dalam rumah selagi tu aku nak kuarkan apa yang ada kat dapur kasik dorang makan, so untuk budak-budak aku goreng drummets and nugget, pastu yang si tua-tua ni aku bagi makan kepok lekor pastu aku buat cekodok udang sekali.

Biasa la kan, kalau dah ramai-ramai tu memang laju je makan. And sebagai tuan rumah, ko mesti nak sediakan segalanya so that tetamu ko balik rumah pun happy, perut kenyang. Tak tau la orang lain tapi sebagai keturunan Jawa bapak aku pesan, kalau tetamu datang rumah jangan bagi lapar, apa yang ada bawak je kuar walaupun serdak kuih raya (ni aku tambah sendiri. Kalau pak aji baca ni konfem dia lari masuk batu belah batu bertangkup).

Eh tapi hari tu ko datang rumah aku, aku hidang air oren je kan Fuza?
Hahaha, nasib la...masa tu aku rush nak balik Bangi, sorry ah beb.

Berbalik kepada cerita tadi, so yang ramai-ramai ni sambil makan sambil sembang, so makanan tu kejap-kejap abis, kejap-kejap aku tambah. Memang la penat sikit, tapi takkan la ko nak bercekak pinggang ngan pegang sudip sebelah pi sound 'Eh korang ni tak reti benti dari mencekik dari tadi ke?'

Kang laju je En Wan angkat aku terus masukkan aku lam kuali pulak.
Dah la aku ngan kaler kuali tu sangat seiring.

Yang si bibik aku ni over gila.
Aku yang menggoreng sikit tak berbunyik, dia yang tukang hantar pinggan ke depan pulak mengomel tak sudah.
Memula tu aku dengar jugak dia buat bunyi 'hmmppphhh..tskkk..tskkk'.
Aku memang pantang orang buat keje mulut bising.
Konsep aku senang, kalau ko taknak buat, ko tinggalkan. Takyah nak tolong buat tapi menghempas-hempas. Kang aku hempaskan pinggan tu atas kepala kau satu sen tak guna.
Kalau nak buat, buat biar ikhlas.

Aku memang jarang tak sound orang kalau benda tu menyakitkan hati aku.
Dah la muka kau tu alone boleh buatkan aku nak kena stroke pagi-pagi, dengan rambut serabai tak reti nak ikat, mata terpisat-pisat boleh nak offer buatkan aku teh o, pastu mug depan mata pun tak nampak sebab mata pun kau takleh bukak. Bukan reti nak basuh muka dulu ke apa ke. Bangun-bangun je terus masak nasik. Eiii...geli aku.

So, bila dia mengomel tu aku diam lagi, sebab ada tetamu kan. Aku taknak la tetamu aku tersengkang kepok lekor kat tekak pulak dengar suara aku menjerit maki hamun dia. So aku diamkan and peratikan je dia ni tapi hati aku dah mendidih dah ni.

Sampai satu masa tu, kepok lekor dah habis goreng, so ni kira hidangan last la ni nak bawak ke depan. Dia bawak.

Tau dia cakap apa kat depan?

Dia letak pinggan tu pastu dia boleh sound 'Makannya ditinggalkan untuk orang di dapurrrr...'

Eh, cilakanya kau.

Aku yang tuan punya tanah pun tak kata apa-apa, kau pulak yang lebih.
Mak mertua aku ngan kakak ipar aku terpinga-pinga kat depan.
Mujurrrrrrrrrr En Wan masa tu kat bilik, kalau tak aku boleh bajet malam tu budak ni tido spital, and En Wan aku tido lokap.

Terus terbenti anak-anak buah aku mengunyah bila dia cakap macam tu.
Masa tu Tuhan je tau macamana perasaan aku.
Seb baik masa tu jin aprit aku takde kat rumah, kalau tidak, memang terbalik rumah tu aku keje kan.

Kejap lepas tu tetamu pun balik.
Aku tengok pinggan kepok lekor aku penuh lagi. Aku tarik tangan dia pegi dapur, aku letak pinggan tu atas meja 'Kau nak makan sangat kan? Ha sekarang kau habiskan aku tunggu!'

Memang aku rasa 2 hari dia berak bau kepok lekor kot.

Series ini la bibik paling barua yang aku penah jumpa.
Dah la keje lembab, mentekedarah laju.
Hari-hari tahan aiskrim mat kool elok je mencangkung depan porch makan aiskrim, yang anak aku ni dia boleh tinggalkan bodohhhh je dalam rumah.
Asal aku suruh listkan apa barang yang takde kat rumah aku nak pi beli kat Giant, out of 10 items, 6 daripadanya biskut, cokelat, aiskrim, roti krim, bla bla bla. Bila aku tanya ni siapa punya ni?

'Alah kak, beli la untuk kunyah-kunyah'

Ini bukan untuk kunyah-kunyah bodohhhhhhhhhhhhhh, ini nak bagi ko terberak-berak!!

Tapi takpe, En Wan kata jangan bising-bising, belikan aje.
Ok, fine, aku belikan.

Selang 3 hari aku tengok semua benda yang aku beli tu memang sudahnya dia sorang je yang kunyah.
Tiga hari je okkkkk, tiga hari!

Sehari dia makan roti seploh keping (aku tak exagerrate okkk, ini benar-benar kejadian. Aku rasa dia ni bela hantu).

Pastu aiskrim Moo Walls tu sehari habis sepaket terus. Aku rasa dia buat aiskrim ni macam makan nasik.

Padahal dia bangun pagi je terus masak nasik satu pot, mak dia pesan katanya kalau nak rezeki murah, pagi bangun mesti masak nasik dulu, jadik rumah sentiasa masuk rezeki. Masalahnya rezeki tu balik-balik masuk ke perut kau sorang sebab asal aku nak buat nasik goreng untuk breakfast je nasi yang ko masak tu mesti dah takde. Tapi bila aku buat breakfast kang ko sama naik makan jugak.

Badan halus je, kemetot, keje malas, makan macam bela jin.
Lepas tu siap mintakkan aku beli baju, sebab baju dia semua dah tak muat.
Cantek kan muka dia???
Tak kuasa okkkk, aku bagi dia pakai baju-baju T. Shirt aku je.
Boleh pulakkkk dia kata baju tu besar sangat untuk dia.
Memang mintak kena seterika je dia ni kan???

Oren Sunquick aku sebotol besar tu seminggu je dah habis. Apa taknya, makan nasik je buat air oren. Breakfast selera mat salleh okk, minum air oren. Kang asal haus je bancuh oren jugak. Aku yang tuan rumah ni pun makan nasik minum air putih je, ko pulak besar pangkat kejap-kejap mentekedarah oren. Yang aku hot tu bila aku tanya apa lagi barang rumah yang takde, dia leh suggest aku beli oren je takyah beli Ribena sebab dia tak minum Ribena.

Kepala lutut kauuuuuu.

Kau ingat aku beli Ribena tu untuk ko minum pagi petang???? Itu untuk tekak anak aku okkkk. Aku pedulik apa kau tak suka Ribena.

Aku tak heran sangat la kalau baca pasal maid yang kena belasah sampai bengkak-bengkak muka tu, kita tak tau hujung pangkal so tolong baca je, takyah nak bagi komen tambahan, biar dorang settle kat court. Sebab kalau yang bengkak muka tu bibik Ida, memang patut pun, ni jenis yang datang Malaysia sebab nak rasa apa itu selesa and senang. Bukan nak keje sangat pun.

Seb baik la dia lari dari rumah.
Kalau tak, mungkin aku yang lari.
Kalau aku tak lari, konfem aku mati kena stroke.

Tapi seingat aku, memang aku takde selera nak beromen ngan En Wan masa dia dok rumah ni. Dah la masuk bilik aku main terjah je takde la reti nak ketuk pintu.

Kitorang mana reti kunci-kunci pintu bilik ni, let alone nak kunci pintu bilik air. Satu time tu kitorang baru lepas mandi. En Wan tengah nak sarung spender, baru sampai lutut, si bibik ni main masuk je bilik aku. Seb baikkkk aku ada ada depan En Wan (eh, kenapa aku boleh ada depan En Wan masa dia sarung spender?? ohh..abaikan..) Cepat-cepat aku depangkan towel yang aku pakai untuk cover dari dia nampak laki aku yang tengah menonggeng tu.

Tak pasal je elok member tengah sarung spender dah terpaksa turunkan balik spender tu sebab aku buat tiger show depan dia pulak.....muahahhaha.

Eh, terbabas.
Dah..dah.

Eh bosannya blogging



Skang ni aku nak mengamalkan tebiat baru iaitu, kalau aku rasa malas nak update, aku privatekan blog je, boleh?

Ok, first thing first.

Penang.

Aku gerak to Penang last Thursday kul 7 pagi from Subang, sebab line pun clear so aku bawak 120 je dah la. Singgah Ipoh around 9am gi breakfast dulu ngan member.

Lepas tu straight to Penang.
The weather sangat la best untuk tido saje di hotel, hujan sepanjang hari dari Subang sampai ke Penang. Disebabkan aku telah mempuasakan diri before gi Penang sebab konon nak look good depan customer macamkan customer tu nak suruh aku bebogel depan dia, so kat Penang aku mentekedarah tak ingat kejap-kejap kang aku mencekik. Dah atas katil pun mengunyah snack lagi.

Sabtu, sampai rumah En Wan hayak aku ke hulu hilir settlekan pasal rumah sampai aku tetido dalam keta tapi bila dia benti kat drive thru McD elok je mata aku celik.

Jangan tak tau, baju raya dua ekor belalai kat rumah ni dah settle Ahad lepas okkk. Siap ngan kasut semua. Mentang-mentang la tahun ni raya kat kampung dia, sakan preparation, beria-ia nak beraya, puasa tahun lepas ada sehari lagi lom ganti bang oi.

Aku takde mood nak beraya tahun ni sebab membayangkan kalau pepek aku berjalan lancar, hari pertama Ramadhan tu jugak la dia nak period. So boleh bayangkan betapa aku marathon ganti pose sok. Letihhhhh. Tapi mungkin itu satu hikmah jugak untuk orang yang banyak buat dosa macam aku ni, kena banyak-banyak ganti pose so boleh dapat pahala puasa sunat sekali. Sebab kalau nak tunggu aku sesaje nak pose sunat memang haram la...huahuahuahuah.

Actually aku memang stress sebab lepas ni aku akan conduct the business alone, sebab partner aku teman husband dia buat masters kat UK lagi 2 minggu, so aku je la yang run the business. Selama ni, aku tak ambik tau lansung pasal payment, bills, delivery, order, bla bla bla sebab pertamanya aku tak suka buat paperwork yang melibatkan pengiraan sebab mata aku boleh buta hadap nombor-nombor ni semua. Lain la kalau nombor-nombor tu ditransformkan ke dalam bentuk kepingan-kepingan note seratus hengget, baru la aku tak berapa bodoh.

Sedih la pulak bila partner takde, padahal selama ni pun kadang-kadang je jumpa sebab masing-masing sibuk ngan role masing-masing. Like Isnin dia tak masuk opis, aku masuk. Semalam aku on the road, dia pulak kat opis. Ni aku kat opis, dia takde pulak. Memang kebanyakkan masa discuss kat email or phone. Sepatutnya takde la rasa apa sangat bila dia nak pi UK, but menyedari that dia jauh, buat aku rasa tak selesa.
Tu belum lagi En Wan yang bakal dihantar pi Japan 12 months lepas ni, arghhhhhhhhhhhh sengal pantat aku setahun.

Mungkin boleh start carik toy boy skarang.

2009-08-03

Tag by chics



1. What time did you get up this morning?
6.30am. Penangan ubat batuk and selsema, aku tido dari kul 8.30pm. And skang hidung aku tersumbat sebelah sumpah tak selesa sebab mulut aku melopong sejak tadi nafas kot mulut tapi takpe, ia tidak membataskan pergerakan aku untuk update blog. Sila kagum dengan kegigihan aku.


2. How do you like your steak?
Well done.
Nak gak try medium, tapi aku tengok satu macam punya merah je daging dia. Berair-air je bila potong. Euwwwwww. Jijikkkk.

(Hahahah..sorry chics..:)


3. What was the last movie you saw at the cinema?
Transformers kot.


4. What is your favorite TV show?
FRIENDS.

Dulu rumah geng-geng aku kat UNIMAS digelar rumah FRIENDS oleh certain grup of people yang cas sopan adat ketimuran. Al maklum la, rumah yang jadik port budak laki melepak tengok tv, main monopoli, main Uno, so whatt??? Bukannya aku main pelir diorang. Sampaikan rumah kitorang ni jadi perhatian warden siang malam macamkan aku bodoh nak beromen ngan jantan dalam kawasan U. Apa ko ingat aku punya level takat beromen kat hostel??? Plissss.


5. If you could live anywhere in the world where would it be?
A wonderful place to kick up my feet, a place called home.
Tapi pastikan rumah tu bersih dan bebas dari segala LEGO yang bersepah-sepah sebab kalau aku terpijak aku akan serta-merta menjadi naga tasik chini. Jadi, seblom aku jadik naga tolong simpan segala lego-lego kau ni kalau tak aku lontar keluar.


6. What did you have for breakfast?
Lom breakfast lagi.
Malas la nak makan lately.

Tapi kalau aku dah start nak makan ha kauuuu, nasik lemak sambal kerang letak telur goreng. Kang kul 11am kang nak makan nasik lagi sekali. Petang kol 4pm kang pisang goreng pulak.

Aku memang paham sangat perut aku ni, kalau aku breakfast, aku akan rasa cepat lapar. Lom kol 12 aku dah menggigil kebuluran. Bila tak breakfast, aku tak rasa lapar, tu yang sampai ke petang baru aku sedar aku lom makan lagi. Tu pun kalau aku sedar la. Kalau aku tak sedar, mau sambung tak makan sampai ke malam. Tau-tau je terlentang kat bilik air.


7. What is your favorite cuisine?
Nasi putih with apa-apa lauk janji boleh masuk kat tekak.
Nasik putih dengan sambal belacan alone pun takpe.
Janji NASIK.
Ohh, series tekak jawa.


8. What foods do you dislike?
Durian and apa-apa yang melibatkan cokelat and kopi.
Tapiiiii..kalau eskrim vanilla with choc chip takpe.
Eh, ngada-ngada.


9. Favorite Place to Eat?
Aku takde feveret place to eat.
Ikut selera tekak nak makan kat mana.
Kalau rasa nak makan nasik beriyani aku gi mamak.
Kalau rasa nak makan roti telur aku gi mamak.
Rasa nak makan nasik goreng cina aku gi mamak.
Kalau nak mee tomyam pun aku gi mamak.
Kira mamak ni macam one stop solution untuk perut aku.


10. Favorite dressing?
27 dresses.

Boleh tak?



11.What kind of vehicle do you drive?
BMX kaler biru with sport rim kaler green apple.


12. What are your favorite clothes?
Bra and panties.


13. Where would you visit if you had the chance?
Tolong la carikkan mana kubur Leslie.


14. Cup 1/2 empty or 1/2 full?
Aku tak pakai cup, aku pakai teko.


15. Where would you want to retire?
Kat mana-mana pun boleh asalkan ada duit supaya aku tak nampak macam dagang Pak Malau dagang bertempat dagang saya dagang merempat.

Tetiba je feeling-feeling Nordin Ahmad.



16. Favorite time of day?
Makan time.
Nak pulak kalau ada orang belanja, memang tak kisah la makanan tu berlemak ke berminyak ke, rezeki jangan ditolak mak aku pesan.


17. Where were you born?
HKL, Venice.


18. What is your favorite sport to watch?
Aku tak suka bersukan or tengok sukan apetah lagi berita sukan. Melainkan pembaca berita tu Farid Kamil, insyallah aku layan kejap.


19. Who do you think will not tag you?
Sesaper yang hate aku kot.


20. Person you expect to tag you back first?
Sesaper yang suka aku kot.


21. Who are you most curious about their responses to this?
Sesaper aje.


22. Bird watcher?
Oh yesssss. I love bird.
I have one.
Dark in color, great in performance.

Muahahahah.
Panggggggg sedas.


23. Are you a morning person or a night person?
Depends.

Kalau ada keje lom siap, aku suka la bangun pagi2 siapkan keje.

Kalau rasa nak beromen tu malam sedap sket kot..hahah.


24. Do you have any pets?
Yup.
I do have one.
A very extraordinary bird that flies without wings.

Pangggggg
sedas lagi.


25. Any new and exciting news you'd like to share?
Yes, aku tak sihat, ada kat spital ni. So plis jangan expect aku update hari2, ni pun aku gagahkan diri, harap2 takde apa-apa la. Boleh kuar pagi ni.

Aku pitam Sabtu lepas, malam, lepas Isyak. Seb baik tak mati.
Kalau tak, dah senang dah tu, badan dah siap berbungkus ngan telekung tinggal nak sembayangkan je lagi.

Series aku tak sihat lately, but dokter kata takde apa-apa, maybe penat sangat.
Or maybe banyak sangat buat dosa so Dia bagi reminder sket.

Jap lagi nak check lagi sekali, badan rasa panas balik. Doakan aku ye. Blog ni aku bagi someone pegang the password, apa-apa jadik kat aku sok, aku suruh dia delete je blog ni. So, kalau sok-sok tetiba blog ni dah takde, pandai-pandaila sedekahkan aku al-fatihah.



26. What did you want to be when you were little?
Well, mak bapak dulu-dulu takat sales exec ni semua mana pandang.
Nak yang gempak-gempak aje, tak dokter, engineer, tak engineer, arkitek.
Padahal anak ko bodoh.

Aku antara yang bercita-cita nak jadi dokter.
Tapi cita-cita je la.
Buat masters pun pengsan tujuh kali ada hati nak jadik dokter.
Blah la.


27. What is your best childhood memory?
Age 3-4 yrs.

Nampak lelaki pakai topeng mickey mouse kat hall rumah mak aji sambil buat funny faces kat aku. Memula tu aku gelak la jugak tapi bila aku realized yang pintu depan bertutup tang mana ko masuk ni??

Later baru aku tau yang belakang rumah sewa Mak Aji dulu memang ada kes laki mati kat situ. Bunuh diri. So pepaham je la apa yang aku nampak tu.


28. Are you a cat or dog person?
Dua-dua tak nak sebab berbulu.


29. Are you married?
Ehhh, I am single tau. Cuma bukan dara je lagi.


30. Always wear your seat belt?
Always, sebab selagi aku tak pakai seatbelt alarm keta aku tu memekak.


31. Been in a car accident?
Abis, mana datangnya parut kat dahi aku ni?
Apa ingat aku suka-suka toreh???


32. Any pet peeves?
Malas la nak pikir tengah-tengah sakit ni.


33. Favorite Pizza Toppings
Apa-apa pun boleh janji cheese dia tebal. Makan je dulu, nak menyesal kemudian-kemudian..


34. Favorite Flower?
Calla Lily.

The last time aku dapat was 2 years ago when En Wan buat special delivery kat ofis aku dan-dan esoknya kepoh seofis aku ada skandal.
Asal isteri orang dapat bunga je, dia ada skandal. Ntah mazhab mana ntah dorang ni pakai.


35. Favorite ice cream?
Choc chip.

Tapi kata tak makan cokelat (???)
Abaikan...


36. Favorite fast food restaurant?
KFC.


37. How many times did you fail your driver's test?
Never.

Wahahahah.

Terer tak aku?
Tererrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Apa tak terernya.
Berapa kali kepala aku kena tepuk ngan En Wan time prektis bawak keta malam-malam. So by the time JPJ test, aku dah otai.



38. From whom did you get your last email?
Entah jin aprit mana bagi email mintak tolong keluarkan duit USD500,000. Sedara Mandela kononnnn. Hak puii.


39. Which store would you choose to max out your credit card?
Giant.


40. Do anything spontaneous lately?
Mencarut.


41. Like your job?
Of cos.
I make the rules, I break the rules.


42. Broccoli?
Sangat-sangat suka walaupun penah terpikir gak apa benda yang ada kat celah-celah brokoli tu eh?


43. What was your favorite vacation?
Anywhere, as long as I am with him.


44. Last person you went out to dinner with?
En Wan


45. What are you listening to right now?
Si Harrison Ford bergaduh ngan bini dia kat depan aku ni. Entah citer apa la. And also bunyik mesen sebelah aku ni beep beep beep beep aku terajang kanggg.


46. What is your favorite color?
Pink.


47. How many tattoos do you have?
Nak mampos???


48. How many are you tagging for this quiz?
Tak penah tag sesaper, nak buat, buat je la.


49. What time did you finish this quiz?
Lama...sebab aku tak sihat.


50. Coffee Drinker?
Eh berapa kali nark cakap la. Aku tak suka kopi!!! Aku lempang jugak kangggg.

2009-08-01

No wonder he managed to perform 17 times



Aku baru je baca article about this husband yang managed to perform 17 rounds in a day. Aku memang malas baca berita-berita macam ni, dah nak basi baru aku layan.

Satu benda yang buat aku terfikir masa memula baca, ape jenis kote la laki ni ada tidakkah kau merasa sebu mahupun melecet sampai 17 kali sehari ko belasah???
17 kali sehari beb, bukan tujuh kali.
Aku ni kalau 7 hari sekali pun rasa apehal kejap-kejap ko nak ni??

But series la, aku rasa kalau tak kerana black magic laki ni tak terdaya nak belasah sampai 17 kali sehari. Paling tak pun, dia mesti ada rasa kesian kat bini dia melainkan bini dia adelah sex machine.

But when Ustaz Hassan Din kata laki tu ada possibility bela hantu raya, walahweiiiii lagi la celah kangkang aku kebas membayangkan ko bagi bini ko buat dengan hantu raya???

Tu hantu okkk.
Hantu!!!

Gila punya laki.

Tapi yang buat aku lagi bertambah terkesima dan kagum bila Ustaz kata 3 kali sehari adelah normal.

NORMAL okkkkkkkk.
3 kali sehari adelah normal!!

Fuhhhh! Kena sorokkan article ni dari En Wan.
Kalau dia baca article ni, mau jadik alasan dia nak tuduh aku menderhaka engkar permintaan suami.