2024-02-28

Ni bukan perangai mertua, tapi perangai mak-mak



Seriously mak mertua macam ni sebenarnya adalah mak-mak kita.
Maksud aku, kalaulah dia bukan di situasi mak mertua, tetapi mak kandung, penerimaan kita mesti berbeza, kan?
Tapi sebab dia berda di situasi mak mertua, otomatik terasa beliau mak mertua dari neraka.

Honestly, mak-mak kita macam ni sebenarnya.
Mak Aji tu kalau datang rumah aku, ada je benda dia nak komplen.

"Mana pegi hanger kau ni, apesal tak cukup?"

"Apesal towel lap pinggan mangkuk kau ni kecik sangat?"

"Kenapa sudip kau semua pendek-pendek?"

"Melempai-lempai je aku tengok penyapu rumah kau ni"

Ya ampun! Mujurlah mak kandung.
Kalau mak mertua, aku viralkan dia terus.

Dulu masa Ibal and CT baru-baru kawen, selamba je dia masuk bilik Hamba Allah tu "Baju tak bawak turun basuh. Tingkap tak berbukak!"

Kebetulan aku datang rumah.
Masa tu Ibal and CT gi kerja.
Terperanjat aku dia masuk gitu je bilik Ibal.
Aku cakap "Ma, orang tu dah kawen. Yang pi masuk bilik dia nak cari apa"

"Mama nak ambik baju kotor"

Tak payahhhhhhh.
Panjang harakat aku bagi.

Bukan apa, ini memang antara ciri-ciri mak-mak generasi boomers.
Dia lupa yang anak dia dah kawen dan ada life lain.
Dia masih nak telek semua benda pasal anak dia.

Baju kotor tak bawak turun, marah.
Katil tak berkemas, marah.
Langsir tak tarik, marah.

Aku cakap yang nak jenguk dalam bilik orang tu dah kenapa?
Kalau jenguk, memang jumpalah segala yang tak berkenan di mata.
Cuba jangan jenguk. Tak payah nak diuruskan.
Dah kawen, kan. Dorang tahulah nak urus semua.
Balik kerja nanti pandai-pandailah dorang basuh baju.

"Hah eloklah tu, dah malam baru nak basuh baju. Lepas tu sidai malam-malam. Baju kalau tak kena matahari, tak sedap!"

Aku cakap "Yang tak sedap pakai pun dorang, bukan kita. Toksah kisahlah"

Aku rasa aku and Ima akak ipar terbaik.
Lansung tak menangkan mak sendiri. Hahaha.

Toksah kata bilik Ibal and CT, bilik aku tu pun sesekali Mak Aji datang, dia komplen.

"Apa yang penuh sangat almari kau ni? Baju banyak macam nak roboh"

"Apesal air paip kau ni slow sangat?"

"Apesal korang ni suka pakai lampu malap-malap?"


Pening wei. Nasib En Wan dah faham Mak Aji. Dia diam je.
Aku lah yang serabut nak menepis kritikan Mak Aji.

Dia pegi rumah Ima pun samaaaaaaa.
Laman rumah Ima besar sangat pun dia komplen.

"Penat aku tengok daun-daun kering kat laman rumah dia"

Aku cakap, yang susah-susah nak menyapu tu kenapa.
Bukannya Ima suruh mama sapu.
Dia tahulah bila nak sapu.

Kalau sesekali kitorang semua berkumpul kat Bangi, aku and Ima masak-masak kat dapur nanti Mak Aji cakap "Mana CT tak turun-turun ni?"

Aku cakap "Biarlah dia kat atas. Penuh-penuh semua kat dapur nak buat apa. Dia nak menetek anak dia agaknya"

Dia sebenarnya bukan apa tau.
Mak-mak generasi boomers ni dulu zaman muda dibiasakan oleh mak mertua dorang.
Kalau mak mertua kat dapur, semua pun kena duduk dapur.
Kalau menantu tu 10 orang, sepuluh-sepuluh kena ada kat dapur walau sekadar memenuhkan pantat masing-masing kat dapur tu. Eh rimas aku.

Bangun kena awal pagi, lebih awal dari mak mertua.

Balik rumah mak mertua jadi babu dari celik mata sampai ke malam.

Kalau raya, sehari suntuk menantu duduk kat dapur memasak mengemas membasuh.
Lepas masak, masak lagi. Lepas mengemas, mengemas lagi.

Tu pesen mak-mak mertua dorang dulu. 
Tu pasal bila dorang dah jadi mak mertua, dia repeat balik perangai mak-mak mertua dorang.

Aku dengan Ima punya style, kalau kerja dapur tu boleh dibuat sorang, sorang je buat.
Kalau perlu buat dua orang, dua orang je buat.
Nak menyemak ramai-ramai buat apa.
Kalau aku mampu boleh masak untuk 10 orang makan, aku masak untuk 10 orang.
Nak masak lebih, sorang kena tolong.
Tak payah nak bising-bising mengharukkan semua memenuhkan dapur.
This is Gen X punya style 😁

Kadang bila baca post-post mengadu pasal balik raya rumah mertua, katanya kakak ipar perli-perli bila tak tolong ke dapur.
Entah ye ntah tak.
Dah kalau kau tak menolong tapi rakyat-rakyat kau mentekedarah macam bela jin, of cos lah ipar-duai marah.

Aku punya style, kalau aku tak boleh membantu tenaga, aku keluarkan duit.
Orang memasak, kalau aku tak tolong, aku akan beli makanan tambahan like pizza atau ayam golek 2-3 ekor.
Tapi kalau kau dahlah balik sesekali, memerap pulak dalam bilik, sedangkan anak-anak kau berderet nak makan kejap lagi, cubalah gagahkan sikit diri tu tolong apa yang patut.
Paling tak, basuhkan pinggan-mangkuk.
Karang time makan kalau anak-anak kau yang berdedai makan lebih dari orang, takdelah rasa segan sangat.

Berbalik pada post FB tadi, kesian pulak aku tengok makcik yang mengadu hal menantu tu.
Makcik len kali jangan berani-berani mengadu kat FB, ya.
Kat media sosial ni ramai menantu tersakiti, memang kena bash kaw-kaw jawabnya.

Mak yang kalau ada anak laki, dia punya expectation tu memang tinggi.
Dia expect anak lelakinya dijaga dengan baik sebab dia menjaga anaknya dengan sangat balik.
Yang dia tak tahu, anak lelaki tu tak kisah pun bini tak masak, atau tak gosokkan baju, atau tak basuh baju.
Serious! Lelaki tak kisah.

En Wan, kalau aku tak sempat masak, order saja.
Tapi kalau nak masak, biar betul-betul dia kata.
Lauk kena ada at least 3.

Tak sempat basuh baju, hantar dobi.
Tapi aku jarang membasuh baju.
Memang En Wan yang handle bab membasuh, menyidai, menangangkat.
Aku melipat je.

Tak larat kemas rumah, takyah kemas!
Tunggu ada mood baru berkemas.
Tapi rumah aku tak sepah pun sebab takde anak kecil.
Kalau bersepah, dalam bilik masing-masing.

Yang sebenarnya, mak-mak boomers ni kena ada sorang yang mengingatkan dia (selalunya anak-anak yang lain), bahawasanya yang dia komplen tu rumahtangga orang, rumah orang, life orang.
Cakap kat dia, jangan masuk campur.
Ipar-duai kena main peranan bab ni.
Jangan asal itu mak kau, kau sokonggggg je 100% apa mak kau komplen pasal menantu-menantunya.
Suntikkan common sense kat mak korang tu supaya dia faham.

Lainlah kalau anak menantu tinggal di rumah kita.
Bolehlah nak komplen sebab itu rumah kita.
Tapi kalau anak menantu tinggal di rumah mereka, dan kita mak bapak sesekali datang visit, pejamkan je lah mata tu.
Dah kalau dorang selesa hidup dengan lantai berselipat, bilik air berlendir, biorkan.
Asal kat rumah kita dia tak buat macam tu.

Kadang tu, bersih kita, tak sama macam bersih menantu.
Sedap kita, tak sama dengan sedap menantu.
Selesa kita, tak sama dengan selesa menantu.
Kalau tak selesa di rumah menantu, baliklah awal.
Takyah stay lama-lama.
Aku kalau sampai time lemau, balik je kerja, tanggal tudung terus tido.
Gasak. Tunggu aku bangun nanti baru aku masak.
Agak-agak lapar, orderlah makanan.

Mak Aji tu dengan aku pun dia perati sampai sekarang.
Kalau nampak aku update whatsapp status gambar makan kat mamak, serta-merta masuk whatsapp dia.

"Asyik makan kat mamak je kerja kau ni. Cubalah buat sarapan sesekali".

Padahal hari-hari lain aku buat sarapan dia tak tahu.
So, aku rasa this not because makcik tu adalah mak mertua, tetapi perangai mak-mak. 
Especially boomers.
Kita tengok nanti Gen X jadi mertua camana ðŸĪĢ


2024-02-27

Dinner nite En Wan


Hari ni banyak soalan yang aku dapat.
Yang tanya pasal Gloei.
Yang tanya Makeup Remover (yang ni sejak aku naikkan video nasuh mekap dinner hari tu. Sorry baru nak reply now).
Yang tanya kenapa tak jual botol Makeup Remover kecil.
Kenapa PAY DAY tak boleh redeem points.
Yang tanya pasal award En Wan. Tanya pasal hibah.
Yang minta aku cerita detail pasal crush aku pun ada.
Matilanak tak settle-settle lagi orang bertanya pasal crush.

Ok, satu-satu.

Aku cerita pasal dinner nite En Wan dulu.
Sebab dari hari tu lagi orang bertanya bila nak update blog sebab nak tengok gambar.
Gambar banyak, tapi malas nak share kat sini.
Apa yang aku dah upload kat FB/IG tu, itulah saja aku nak share, ok?
Malas nak kelebet gambar dalam galeri.

Dinner nite tu adalah Annual Award.
Tahun lepas pun aku pergi.
Last year, En Wan baru 4 bulan join Prudential.
Tahun lepas 2 kali dia naik stage. Baru 2 award dapat.
Buat kat EQ Hotel, KL.
Kitorang put a nite kat Concorde.
Saja lepak hotel sebab nak bersiap.

Tahun lepas first time join award nite, don't know what to expect.
Nak pilih dress yang macamana pun tak tahu, last-last aku pilih jubah.
Berdedai aku and En Wan ke 5-6 kedai nak sewa baju, last-last beli jubah je sudah.
Sebab baju dinner ketat metat takde yang loose. Rimas pulak aku melekap.
Badan kalau persis JLo takpelah jugak.
This year lebih relaks, sebab dah tahu tak payah beria.
Takde siapa nak tengok kau, Diana.
Pakai baju kurung moden je. Settle.

Tahun ni buat kat Le Meridien Putrajaya.
Memang herlok sangatlah. Senang aku nak merayap ke mall sebelah.

Kitorang stay 1 malam supaya senang nak bersiap.
Alhamdulillah tahun ni En Wan dapat 6 anugerah utama.
Paling unexpected President's Club Award.
Yang ni the highest award.
En Wan 1st rank takaful agen nationwide.

Banyak kali dia kena standby untuk naik stage.
Kalau ikutkan dia, dia nak seret aku naik stage enam-enam kali.
Ya Allah, tak payahlah aku kata.
Ingat ini dinner MLM ke, laki bini naik atas stage bergandingan?

Ada satu award tu dia paksa aku naik juga - Record Breaker Award.
Kat atas stage dia cakap kat CEO "Isteri saya yang break the record sebenarnya" ðŸĪĢ.

Menangis En Wan bila ditayangkan video khas untuk dia.
Dalam satu tahun dia achieved Premier Wealth Planner, Top Agent, Top Cases, Record Breaker, MDRT and President's Club.
Ada sorang tu berseloroh "Bang, nama abang kena panggil naik kejap lagi, lepas tu abang takyah turun dah. Duduk je kat tepi tu" 😆😆.

En Wan kata dia menangis bukan sebab the video, tapi sebab loud and clear nama ayah, WAN DAGANG disebut enam kali.
Aku pun terasa goose bump sebenarnya everytime nama arwah ayah disebut malam tu.
Betullah orang kata, nama ayah sampai bila-bila kita akan carry.

Orang luar, especially blog readers, maybe nampak kalau bukan sebab aku, En Wan takkan achieve apa yang dia dapat sekarang.
Aku sebagai wife, yang duduk serumah dengan dia, cakap sebaliknya.
Aku maybe jadi medium untuk bagi pencerahan tentang medical card and hibah.
Tapi kalau bukan En Wan yang kerja keras, dia takkan dapat tukar prospek jadi client.

Awal-awal dulu dia join, masa tu Prudential tengah launch Hibah Untuk Orang Sakit.
Minimum orang sakit boleh buar hibah RM50K.
Masa tu tak ramai agen yang push for this plan.
Ramai lebih berminat nak promote medical card sebab nilai caruman lebih besar.
Jual hibah RM50K, berapa sangat caruman bulanan.
Tapi En Wan tak hirau lansung bab tu.
Dia aim nak ramai orang ada hibah.

Orang sakit bila dapat buat hibah RM50K pun dah lega.
Selama ni orang sakit takleh buat medical card mahupun hibah. Tahun lepas Prudential start offer hibah untuk orang sakit.
Seronoknya client-client En Wan dapat buat hibah.
At least ada benda yang dia tinggalkan kat waris.
Rupanya dalam pada sikit tu, ramai sign up hibah dengan dia.
Nilai hibah dia closed last year kalau tak silap aku, RM48 juta, from En Wan alone.
Itu hanya hibah, belum medical card.

CEO Prudential kagum bila En Wan closed 322 kes setahun.
Setahun ada 365 hari. Bermakna En Wan hanya bercuti 43 hari.
322 hari dia bekerja.

Aku as wife sahkan ini benar, sebab aku nampak dia bekerja macam takde stop.
iPad tu macam berjahit kat tangan.
Sentiasa ada quotation nak dibuat.
Kalau prospek call time drive, sanggup ni stop kat tepi jalan nak bakas whatsapp atau menjawab call.
Tak reti dia nak balas bila dah sampai rumah. Tak. Kat situ juga dia reply.
Everytime Prudential hantar polisi kat En Wan, hah kau, secekak sekali harung sampai.
Puas hati betul tengok secekak-secekak gitu.

Dia sangat appreciate clients dia.
Beribu dia spent untuk beli merchandize.
Planner, mug, tabung untuk budak-budak, pen, payung, desk calendar - ni semua bukan free.
Inisiatif agen untuk sediakan merchandize for client masing-masing.
Berkotak-kotak barang sampai ke ofis aku.
Tu belum bulan puasa dengan berkotak-kotak kurma untuk client.
Ni tak lama lagi penuhlah ofis aku dengan stok kurma client dia.
Client 400 orang pulak tu, and increasing.

Hari tu masa dia bagi talk, kat slide dia tepek screenshot client dia tulis kat IGS - "Saya ada 4 orang agen, tapi En Wan sorang yang bagi saya gift".
Padahal dapat payung je, bukannya benda mahal sangat.
But client kalau satisfied, dorang pasti share kegembiraan di media sosial.

Ada satu ayat En Wan yang to me it is so inspiring.

Dia kata "Kita semua mendaki bukit yang sama, cuma kecerunan kita berbeza. Saya bermula pada usia 46 tahun. Kecerunan saya curam. Anda bermula pada usia 20-an, kecerunan anda masih landai. Disebabkan landailah maka anda santai berjalan-jalan. Saya tak boleh berjalan-jalan sebab bukit saya curam. Jadi saya kena memanjat, langkah saya kena panjang dan berlari. Tolong jangan berjalan-jalan. Berlari bersama-sama saya!"

Pehhh standing ovation speech dia yang ni.
Aku kat belakang pun goose bump.
Crew-crew yang duduk belakang beramai-ramai approach aku "Puan isteri En Wan ke? Tahniah Puan. Tahniah".
Dah aku pulekkk yang dapat tahniah.



Ini DM yang aku dapat baru-baru ni.
Aku yang tido sebantal pun tak tahu-menahu rupanya dia nak keluarkan duit sendiri untuk bagi cashback pada client.

Kisahnya, last year Prudential ada buat promo cash back RM100 (kalau tak silap aku) untuk sesiapa yang sign up polisi tempoh-tempoh tertentu.
Ramai yang apply offer ni.
Tapi cash back tu dapat lambat.
Ramai yang signup offer ni agaknya, tu yang Prudential release cash back batch by batch.

Ini lagi satu cash back yang client En Wan dapat.
Hat ni Vaganza Raya Campaign. Dapat balik RM1,409.00.
Tengah-tengah nak puasa dapat balik seribu lebih, memang happy ni.

Kat sini aku tepek some of usaha En Wan untuk help client-client dia yang ada masalah dengan polisi atau apa saja regarding polisi.
Walaupun appeal letter aku buatkan, tapi aku write based on masalah client dia.
Maknanya dia faham apa masalah client dan dia pikirkam solution.
Aku terjemahkan dalam bentuk appeal letter saja, and tambah sikit-sikit knowledge yang aku tahu.
Mungkin boleh membantu.

Client En Wan aku boleh kata interesting.
Memang masaklah medical underwriter yang dapat kes client-client dia.
Yang pernah masuk hospital 7-8 kali, yang pernah ada asthma attack, yang overweight lebih 100 kg, yang anak tak cukup bulan, yang underweight.
Yang tiba-tiba ada medical check up sekali ada diabetis pun ada!

Selalunya aku tulis, kemudian send him whatsapp.
Nanti dia akan publish dalam bentuk letter.

Yang ni appeal kes client yang pembayarannya Prudential terima sehari selepas birthday.
Kalau payment masuk lambat, harga caruman dah ikut umur baru.
So En Wan appealkan supaya client dia kekal dapat harga lama.
Ini masa dia belum MDRT. Terpaksa tulis official letter untuk appeal.
Now, dah MDRT. Ada line khas. Terus call special department.

Yang ni appealkan kes client underweight. New born.
Masa aku kat Prudential dulu, aku scree kes weight - underweight and overweight.
Kalau proposal tak lepas benteng pertama, dia takkan naik ke benteng kedua dan ketiga.
Sebab weight adalah punca kepada banyak masalah kesihatan lain.
Banyak proposal kena reject sebab berat badan.
Tapi kes ni alhamdulillah lulus.

Yang ini dia harukkan doktor pakar ðŸĪĢ.
Dengan doktor pun kau nak harukkan.
Aku menulis surat pun sarat dengan emosi. Kahkahkah.

Kisahnya, mana-mana medical check up yang Prudential minta buat, akan disertakan dengan questionnaire.
Tapi doktor ni taknak isi questionnaire kalau tak buat test-test tertentu.
Padahal tak perlu pun.
Aku pernah jadi Medical Underwriter aku tahulah.
Questionnaire tu simple je, based on previous medical history tempat client pernah admitted.
Yang nak kena buat fresh test tu dah kenapa. Tak perlu pun.
Bila doktor refuse to fill up questionnaire, client tak dapatlah claim.
Mengamuklah agen beliau. Terpaksaaaa aku menulis dengan penuh emosi juga.
Lebih baik aku tulislah daripada dia create scene kat hospital tu.

Ini kes overweight pulak.
Aku ni sinonim betul dengan masalah weight.
Masa kat Prudential dulu aku handle kes weight.
Pastu jual produk losing weight.
Pastu jadi personal medical assistant appeal kes-kes weight.

Ini request untuk underwriter semak balik result dan keluarkan arahan untuk buat balik test.
So gais, kalau En Wan ajak korang gi buat check up 2-3 kali, kau layankan je, ya.
He wants the best for his clients supaya client dapat caruman serendah yang boleh.

Ada hikmah aku jadi Medical Underwriter dulu.
Rupanya aku jadi assistant En Wan sekarang.
Now aku tengah appeal case client dia yang tiba-tiba di-diagnose dengan diabetis.
Harap-harap polisi itu lulus.

Tinggal 2 hari saja lagi untuk grab offer cash back ni.
Silakan whatsapp En Wan kalau nak tahu lebih lanjut, ya - 012-4407757.

2024-02-26

Dah kau menjual kat crowd yang tak nak mendengar memanglah dorang tak mahu dengar


Video atas ni, sangatlah apa yang aku always wanted to say.
Tapi, tak terluah.
Bukan apa, kalau luah kat salah crowd, dikatanya kita berlagak macam bagus.
Nak pulak sifu-sifu marketing sibuk mengajar anak-anak muridnya "Tak payah explain fakta sangat. Suntik emosi pelanggan!".
Tu pasal ramai yang buat marketing merepek.

"Tak takut ke kalau bawah tu longgar, nanti suami cari lain!"

"Badan macam mengandung 8 bulan!"

"Tak bangga ke orang kata kita dan anak nampak sebaya?"

Dah kenapa nak bangga orang puji kita nampak sebaya dengan anak.
Konon nampak muda remajalah?
Tak pikir anak tu kemurungan bila disebayakan dengan mak sendiri?
Kalau aku jadi anak, pedih kot.
Ada ke kita umur 20-an disamakan dengan mak kita yang 50-an? Eh pelissss.

Bak kata video tadi, kalau nak beli barang, dia akan tengok samada penjualnya tahu ke tak apa yang dia jual.
Yang pertama sekali WAJIB boleh explain dengan jelas dan detail tentang produk yang dijual.
Termasuklah features, spesifikasi, dan manfaatnya.
Lagi bagus kalau tahu macamana produk tersebut dibuat, bahan-bahan yang digunakan, dan cara penggunaannya.
Tapi kalau tak tahu sangat pun takpelah sebab selalunya founder yang lebih tahu sebab dia formulate the produk (melainkan OEM kat kilang).
But sekurang-kurangnya seller kenalah boleh explain dengan jelas apa yang dia jual.
Idoklah balik-balik menjual dengan emosi.
Asyik nak menakutkan orang je.
Tak takut ke kalau begitu. Tak takut ke kalau begini.
Last-last dia yang menakut-nakutkan orang, tapi dia yang kena tinggal dek laki. Kahh!

Aku pun tak faham mana datang sifu-sifu marketing mengajar orang menjual menggunakan emosi ni?
Menjual dengan emosi selalunya berjaya pada crowd yang always nak murah.
Crowd yang cari harga paling murah selalunya takkan tanya lebih-lebih.
Dorang tak kisah malah tak ambil peduli pun the science behind the produk, tetapi lebih pentingkan harganya.
Dan those yang pentingkan kemenjadian produk dan kualiti, akan tanya harga paling last sekali bila dia dah puas tanya pasal produk.

Zaman aku buat biotech supplies, bila aku hulur flyers, if the customer tanya "Berapa harga ni?", itu signal awal dia takkan beli.
98% macam tu.
Yang end up membeli selalunya bertanya what this produk can do, how the produk can help expedite their work dan macam-macam technical questions.
Seronok assists customer macam ni sebab secara tak lansung dia bagi kita peluang untuk explain in detail.

Beli tak beli belakang cerita.
Yang penting dah ada engagement.
Tapi selalunya customer macam ni memang close deal.
Banyak pengalaman aku deal dengan customer pesen-pesen gini.
Mula-mula jumpa explain produk.
Lepas tu nanti dia invite untuk buat demo.
Then dia minta buat presentation pada group yang lebih besar (selalunya ada pegawai sains, purchaser dan beberapa orang lain reseacher yang akan guna the same produk), dan selepas itu Purchase Order pun keluar.

Paling enjoy bab presentation.
Sebab kat situlah nanti aku dapat expose skill and technical knowledge.
Sekali harung kenal dengan new customer.
Dapatlah tanya-tanya apa lagi barang dorang guna.
Selalunya every 3-4 days mesti ada presentation kena buat.
Masuk sesi Q&A terasa macam tengah viva.
Viva 3 hari sekali gitu.

Masa tu kan baru terfikir, ohhhh patutlah dulu masa kat U, banyak kena buat presentation.
Prektis untuk real world rupanya.
Adik-adik yang kat U tu, jangan mengeluh ya kalau sebulan 2 kali kena buat presentation.
Time kerja esok, takleh mengelak dah.
Kena macam akak ni ha, 3 hari sekali buat persention.
Kalau tak kental, kemurungan nanti.

Tu belum lagi tiba-tiba bos kau buat kejutan "I kena balik emergency, tolong gantikan I buat presentation petang ni, ya?"
Memang jem.

Berbalik pada seller tadi, a good seller mesti boleh jawab Q&A dengan kompeten.
Bukan buat-buat tahu!
Asal customer tanya je semua kau bantai boleh.
Kalau sekalipun jawapannya "Boleh", mesti ada explanation kenapa boleh.
Seorang penjual yang berpengetahuan tidak hanya tahu jawapan yang betul, but must be able to explain it in a way that is easily understood by customers.
Tak payah guna scientific jargons.
Guna bahasa pasar pun boleh, janji customer faham.

Hari tu lalu kat TikTok sorang seller ni, perempuan.
Jual produk membesarkan breast.
Dia punya explanation tu dah macam lucah pulak sekali lalu.

"Suami saya sekarang, pantang tersentuh sikit, terus nak!"

Ya ampun, dah macam iklan lorong Haji Taib.

Tak, fungsi membesarkan tetek tu memang untuk tala ke suami je ke?
Aku tak faham macamana disebabkan tetek, laki boleh turn on.

Ye lah, aku faham, breast perempuan memang satu tarikan, but seriously itu je modalnya?
Maksudnya produk tu hanya sesuai untuk yang bersuami je lah?
Yang janda? Yang anak dara?
Nak tala ke siapa tetek besar-besar tu agaknya?

Cakaplah pasal improve support, bagi comfort nak buat physical activities, enhance skin health, etc.
Sebab pembesaran breast ada kaitan dengan organ yang paling besar pada manusia, iaitu KULIT.
Go buat reading pasal kulit.
Bukan semata-mata nak puaskan laki je.

Tapi ye lah kan, marketing style kat Malaysia ni lebih cenderung pada emosi.
Menakut-nakutkan customer. Bukannya nak educate.
Nak buat camana, sifu marketing ajar tak payah nak sell with facts.
Lepas tu budak-budak muda taknak sambung belajar, kau jugak yang memekak.
Dah kalau balik-balik diajar cara menjual gitu dan gitu je, tanpa menghiraukan fakta-fakta sains, jangan questionla apesal lagi 10 tahun negara kekurangan tenaga pakar dalam bidang sains.

Kita berniaga ni bukan semata-mata nak cari untung. 
Dan kadang-kadang untung tu tak semestinya dalam bentuk duit.   
Social impact. 
Cara kita marketkan produk can contribute to society secara lansung dan tak lansung. 
Secara lansung tu maknanya, produk tu boleh menyelesaikan masalah. 
Yang tak secara lansung, adalah membangunkan kesedaran dan pendidikan. 
 Contoh, educate the public about specific social or environmental issues. 
 For example, organic products can raise awareness kepentingan sustainable agriculture.

Semua tu adalah contribution yang kita kena buat. 
Tak payah tunggu jadi cikgu nak mengajar.
People dalam industri like us, lagi kena help educate the society.

"Takde orang nak dengar"

Dah kau menjual kat crowd yang tak nak mendengar memanglah dorang tak mahu dengar.


2024-02-20

Seorang perempuan hanya mahukan someone yang mengangkat bebannya


Ya ampunnnn. Meleret-leretlah pulak pertanyaan pasal si crush.
Nasib baik zaman aku ada crush ni tahun 90an.
Kalau aku remaja di tahun 2024, mahu sampai ke lubang cacing korang mencari siapa crush aku tu.
Seram pulak I.

Ada yang tanya "Kak Di, ini ke orang yang sama tukarkan rantai beskal dulu?"

Hoih! Beria aku gelak.
Peminat sinetron seorang Diana rupanya.
Sampai abang Marikh pun kau ingatkan crush.

Tak, abang Marikh tu senior.
Scene aku dengan abang tu satu je. Takde dah scene lain.
Yang crush ni sebaya.
Tapi idok le aku akan men-reveal wajahnya.
Alangkan si anu yang pernah jadi ex-bf pun aku tak penah tunjuk gambar, apetah lagi yang sekadar crush.
Tak pernah jadi bf aku pun.
Maka tak payahlah reveal gambar, walaupun gambar bersama kami banyak.
Ah gitew clue yang pertama dah keluar. Hahaha.

Perkara yang melibatkan kisah-kisah cinta lama ni, aku tak berapa suka tunjuk gambar.
Dalam kelompok kawan-kawan, kalau dorang tahu, tahulah.
Yang tak tahu, imagine je la muka Remy Ishak. Zul Aripin pun boleh.

Bukan apa, crush tu dah kawen.
Entah dia kelentong bini dia "Awaklah cinta pertama saya", siapa tahu, kan?
Dah elok-elok orang tu bahagia sekali tersebar muka laki dia pernah confess kat aku. Tak ke kiamat dunia?

Aku rasa fitrah seorang wanita memang suka kat kisah-kisah cinta, kan?
Bukan main yang bertanya aku macam-macam soalan.
Ada yang tanya "Akak tak rasa rugi ke tolak crush. Dia dah confess kat akak kot!"

Kau jangan nak saiko aku, ya.
Tak jauh mana pun orangnya.
Nak jumpa hari-hari pun boleh ni.

Ok ni aku cerita last, ya.
Lepas habis cerita ni, habis dah.

Lama aku tak contact dia.
Last jumpa pagi tu selepas dia confess.
Pastu tak jumpa-jumpa dah.

Yang pertamanya, sebab aku takde henfon.
Aku ada henfon umur 27. Aku kawen umur 23.
Dalam tempoh tu, jangankan kata crush, kawan sekelas pun aku lost contact.
Cuma sesekali balik Bangi kalau terserempak kawan-kawan tu, ada lah. Kalau tak, takdelah.
Masa tu kitorang semua masih 20-an.
Kejap ada yang kawen sana. Ada yang kawen sini.
Selalunya masa jemputan kawen dapatlah gathering.
Tapi aku tak pernah terserempak dengan crush.

Ada satu time tu kitorang bertembung.
Kawan lelaki buat open house.
Kebetulan minggu tu aku balik Bangi.
Singgah kejap open house rumah kawan. Tuan rumah greet.
Aku tanya “Sape lagi datang?”.
Maklumlah excited nak jumpa member lama.
Kawan aku bisik “X ada kat dalam”.
Serta-merta berderau darah aku.
Gila betul penangan chenta crush.
Dah 4 tahun kawen masih bergetar tulang rusuk bila dengar nama. Bladihel punya Diana.

Tapi aku menten cool. Sis cuba.
Nampak dia kat dalam rumah.
Aku angkat kening je. Percubaan nak nampak cool.
First time jumpa balik selepas 5 tahun. Mau tak gabra?
Dia tak datang ke wedding aku, jadi dia belum pernah jumpa En Wan.
Aku pun kenalkan En Wan.
Masa dia kenalkan diri pada En Wan, En Wan “Ohhh!”.
Sebab En Wan tahu cerita ni.
Guwa mengamalkan konsep tiada rahsia antara kita ðŸĪŠ.
Mesti crush tu dalam hati "Oh, laki Diana tahu aku". Hahahaha.

Aku ambil makanan, dia pun bangun ambil makanan sekali.
Sambil senduk makanan, dia cakap “Establish ya Diana sekarang. Pakai kereta sport”.

En Wan bawa kereta sport masa tu.
Kawan-kawan lelaki kat luar berlonggok sembang pasal kereta En Wan.
Sedih betul aku masa tu.
Aku terasa dia syak aku reject dia sebab En Wan kaya.
Ku kira engkau sudah melupakan. Kerna itulah engkau nampak tenang. Lainlah aku....tiberrrr Aris Ariwatan.

Itu last aku jumpa dia sampailahhhhh 10 tahun selepas tu barulah kitorang jumpa balik di rumah aku.
Aku buat makan-makan. Invite member-member Bangi.
Tak sangka dia datang sekali.
Kenalkan wife and anak dia.
Lega semua dah move on.
Masa kat open house kawan aku dulu, dia belum kawen.
Bila dia dah ada famili, aku start lega.
Barulah tak akward nak bersembang.

En Wan kan everytime kitorang buat open house mesti dia cakap “Tak ajak pakwe lama Bangi datang ke?” 😆

Kau jangan acah-acah, ya bang.
Kalau aku ajak karang, berair mata.

Menjawab pertanyaan "Kak Di tak terasa rugi ke reject dia?"

Kalau tak rasa terkilan takdelah sampai akak kau ni bengkak-bengkak mata menangis.
Tapi maybe kena berada di tempat aku dulu baru boleh faham kenapa aku buat decision tu.

Perasaan tu macam letih + kecewa + terkilan.

Masa tu aku baru je accept En Wan.
Masih dalam troma dengan si anu.
Letih melayan perangai saiko dia tak hilang lagi waktu tu.
Baru nak rasa lega.

Bila crush confess, of cos happy.
Tapi malas nak repeat the whole process.
Sebab aku kalau sayang orang, memang all out.
Tau je la kan bila start bercinta the cycle goes like -- selalu nak call, selalu tunggu call, selalu nak , selalu plan itu ini, nak bagi hadiah itu ini.
Tu belum lagi masing-masing balik Uni.
Nak start menulis surat, email, mengecheck balasan.
What if dia busy tak sempat nak reply?
Nanti aku bengang, aku sakit hati, aku takde mood, etc.

Tak laratlah nak nak start all over again.
The process tu meletihkan.
Masa tu umur dah masuk 20-an.
Bercinta bagai nak rak ni sedap time umur belasan tahun je, 18-20 just nice because energy tu masih ada.
Now (at that point), aku nak orang pulak beria.
Aku nak relationship yang tak drain-kan aku dan tak bagi distraction.
So that I can do what I want dan I have the energy to pursue my dreams, dan aku tak payah nak put so much effort mengukuhkan relationship tu.
Pendek kata aku nak team mate.
Dia kenalah seorang ada plan dalam hidup, kejar dreams, rasional dan dia pembuka jalan.
Bukan aku je yang kena plan segala benda.

Dengan si anu tu aku drain.
Dia ni lembik dalam merancang hala tuju.
Kuat berangan.
Kejap berangan nak jadi tentera.
Kejap berangan nak jadi astronot.
Berangan jadi kaya.
Nak gi outing next week pun tak plan simpan duit share duit makan.
Asik harap aku. Apo?
Tapi itu bukan perkara besar. Yang besarnya, dia saiko.

Si crush ni ok.
Dia bijak. Dia baik. Dia kelako.
Cuma tu lah, aku dah penat.

En Wan mengangkat beban yang aku nak dalam relationship.
Dia rajin tulis surat, hantar email, hantar gambar berkeping-keping.
En Wan rajin ambil gambar tau.
Kalau dia tulis surat seminggu sekali, dalam tu at least ada 7-8 keping gambar aktiviti dia sepanjang minggu tu. Beria.
Bila effort dia lebih, terhiburlah juga.
Kalau tak, selama ni asyik akulah yang beria.
Akulah yang kena start dulu. Akulah yang kena plan apa-apa.
Macam syok sendiri je.

Bila En Wan ajak bertunang sebab nak elakkan si anu buat hal, that was really unexpected.
Takde siapa boleh jangka baru jumpa sekali, terus bertunang.
Aku tak tahu macamana dia boleh come out with that plan.
Entah apa dia bagitau mak bapak kat kampung dia nak bertunang.
Bawak balik awek ke kampung kenalkan kat family pun tak pernah, tau-tau nak bertunang.
Dahlah tengah belajar.
It was a significant decision he made.
And for that, I thanked him because beban aku memang hilang.
Walaupun aku sendiri tak yakin apa nak jadi in future waktu tu, takpelah.
At least step pertama dah dibuat.

Masa balik bertunang, En Wan bawa balik banyakkkkk sample tanah dari kebun-kebun kat Nagaoka untuk thesis aku. Happy sangat.
Bila banyak sampel, kebarangkalian nak jumpa positive result tu lebih tinggi.
Aku memang nak team mate yang macam ni.
At the same time dia tolong test toxicology tanah untuk matchkan dengan result aku di sini.



Betul video tu cakap, seorang perempuan hanya mahukan someone yang mengangkat bebannya.
Dia gunakan contoh perempuan yang dalam bisnes.
Ada satu lagi contoh, iaitu anak sulung yang dari kecil kena uruskan adik, tolong mak bapak, kena jadi contoh pada adik-adik, kena itu, kena ini.
Perempuan macam ni, kau tak payah question kemampuannya menguruskan task.
This woman only needs someone tempat dia bermanja-manja.


2024-02-19

Kalau kau suka kat someone, berpada-pada saja


Ohhh kemain lagi kalau cerita pasal crush, berjujuk-jujuk DM masuk.
Kak Di ceritalah lagi.
Kak Di, apa jadi dengan crush tu?
Kak Di kawen dia datang tak?
Dia dah kawen ke belum?
Kemahennnn masing-masing.
Mesti banyak tengok cerita Korea ni 😆.

Setakat itu saja kenangan seorang Diana dan crush-nya. 
 Yang aku boleh ceritalah. Yang aku tak boleh cerita, biarlah rahsia. Gagagaga.

Aku setia orangnya (gituuu), crush tak banyak.
Itu je la sorang dari umur 14 tahun sampai ke Uni.
Dah namanya crush, maka tak kesampaianlah cinta itu.
Kekallah kisah tu sebagai crush saja.
Tapi bagus juga ada crush time skolah.
Itulah BIG WHY aku pi skolah hari-hari.

Ada yang tanya "Kak Di tak berani nak confess ke?"

Bukan tak berani, tapi tak mahu confess.
Buat apa confess kalau jadi crush pun dah membahagiakan? Gitu.
Kahkahkah.

Dia macam ni, ya.
Kalau kau yakin kau ada segala faktor yang boleh buatkan crush tu notice kau, maka dia takkan jadi crush.
Dia yang akan confess.
Mana-mana lelaki gitu.
Kalau dia sangat suka kat sorang perempuan, macamana dia shy pun, dia akan berubah jadi berbeza, jadi berani, dan tak segan nak confess.

En Wan tu, dia punya segan, ya ampunnn!
Pendiam pulak tu.
Kawan-kawan dia semua kata dia pendiam dan segan nak bercakap dengan perempuan.
Tapi masa mengorat aku kemain siap tuju lagu bagai.
Pemalu tang mananya?

That's why aku tak confess kat crush.
Sebab aku tahu dia tak berminat.
Dia cuma anggap aku kawan.
So, kenapa aku nak semakkan kepala dengan masalah.
Elok-elok selesa berkawan, nanti kalau aku confess, terus dia jauhkan diri. Akward nanti.
Aku lama lagi nak habis sekolah.
Bertahun lagi nak sekolah situ.
Camana nak datang sekolah dengan happy kalau crush mengelak bersembang dengan aku?
Impak jangka masa panjang tu kena pikir ya anak-anak.
Jadi, biarlah jadi crush saja. Aku tetap bahagia. Mbahahahaha.

Yang tanya, dia dah kawen ke?
Dah

Dia kawan dengan akak tak lepas akak reject?
Pernah lost contact kejap. Tapi now ok dah. Dah tua, kan.

Kak Di contact dia lagi ke?
Hari-hari ada je bersembang kat whatsapp ni.

Kak Di jemput tak masa kawen?
Jemput, tapi tak datang.

Macamana Kak Di cakap masa reject?
Eh, kepoh betul kau kan? 😆

Sedih tak masa reject?
Sedih.

Sedihlah, tapi keringkan hati.
Aku penat sayang orang lebih.
Aku ni kalau sayang orang, memang teruk punya sayang.
Sanggup berhabis dan sanggup membodohkan diri sampai tak perasan diri tu dipergunakan.

Sendiri tak beli baju pun takpe, janji dapat belikan baju untuk bf.
Sendiri tak pakai perfume, tapi belikan bf perfume.
Berhabis belanja makan, gi outing, etc.
Tak terasa diri tu bodoh lansung, padahal bodoh.
Rupanya bf kontek and outing dengan ex-gf balik cuti sem.

Dengan crush gitu jugalah.
Sanggup jadi pendengar yang setia dan posmen tak bergaji.
Padahal orang tu tak notice pun kau. Sekadar jadi kawan je.
Kadang-kadang kita rasa kita sedang berbuat baik, padahal sedang membodohkan diri.
Sesiapa pun, tak kira lelaki atau perempuan, bila kita terlalu available for them, dia tak appreciate (this is from my experience).
Sebab dia tahu kita always available for them.

Kalau dengan lelaki (crush), makin kau available, makin kau akan diletakkan dalam mode KIV.
Dia nak try orang lain dulu.
Kalau dengan orang lain tak menjadi, at least I still have this pompuan bodoh yang always available for me. Haa gitu.

Dengan lelaki yang kita suka, semakin kita suka dia, semakin kena have boundaries.
Stop being clingy and needy.
Bila kita always available to them, dia takkan rindu kita.
Dia takkan realize dia sebenarnya perlu kita.
He will take you for granted and he will think that you will always be there for him.

In my case, itulah yang berlaku.
Kelebihan aku rupanya adalah kekurangan.
Bila sayang or suka kat someone, aku all out.
Dah mengantuk pun ku gagahi juga bergayut kat telefon demi menjadi pendengar setia.
Takde duit pun aku belanja makan sebab konon susah senang bersama.
Masalahnya, kau je yang sanggup bersusah, bongok!

Kalau kau suka kat someone, berpada-pada saja.
Belum masanya kau nak beria-ia, ya. Jangan.
Create boundaries.
Kalau dia betul-betul nak, dia yang akan berusaha lebih sebab fitrah seorang lelaki adalah PROVIDER.
Dialah pelindung kita.
Dialah yang curahkan kita dengan perhatian dan kasih sayang.
So, kau jangan nak lebih-lebih sangat.
Biar dia buktikan dulu. Kawen sok, kau all out pulak.

Memang sedih sebenarnya bila aku reject crush.
Menangis bengkak-bengkak mata.
Dari umur 14 tahun sampai umur 22 kot.
Setianya aku crush kat orang yang sama walau tak dipandang.
Kesetiaan ke kebengapan, tak tahulah.

Aku reject on the spot.
Masa yang sama dia confess, aku slow talk, and slowly reject.
Hati sedih Tuhan je lah yang tahu.
Tapi aku penat. Penat sayang orang.
Maka aku pilih orang yang sayang aku lebih.
Walaupun orang yang sayang aku tu, baru SATU KALI berjumpa, takpelah, guwa gamble.
Sekurang-kurangnya aku tak payah insecure.
Kalau aku accept si crush ni, aku akan jadi insecure.
Sebab aku tahu kisah silam dia dengan his ex-es.
Susah nak hidup tenang nanti.
Karang mulalah aku imagine "Entah-entah dia kontek balik ex lama".
"Entah-entah dia jumpa orang lain dia syok".
Ahh, tak payahh. Biarlah aku let go.


2024-02-17

Anjali dan Aman Mehra akhirnya bersatu


Klip video ni SANGAT RELATABLE.

Yang pernah lalui situasi ni je faham perasaannya. 


Dulu, aku adalah Kajol. 

Bukan aku Kajol. Situasi aku dulu ditempat Kajol.


Aku ada sorang kawan lelaki di sekolah yang baik dengan aku. 

Pernah orang konfius aku dengan dia couple ke?

Macam ya. Macam tak. 

Sebab aku ni memang ok je berkawan dengan lelaki. 

Tapi dengan this kawan, aku rapat sikit dari yang lain. 


Dia ni dah lama jadi crush aku sejak Form 2. 

Tapi kita sedar, wak. 

Kita tahu muka kita berselipat, jadi jangan berani-berani nak confess. Dendiam sudeyyy. Kahkahkah. 


Sejak Form 2, gaisss. 

Pandai gila aku simpan perasaan. 

Aku curi-curi pandang dia pun takde siapa perasan. 

Pernah dia datang bersembang sekali ramai-ramai duduk berdepan dengan aku pun, aku wat lek wat pis. 

Tak gelabah beruk. Tapi jantung macam nak tercampaklah jugak.


Tak tahu bila masa, kitorang jadi rapat. 

Kadang aku balik sekolah dia kejar dari belakang nak jalan sekali. 

Dia anggap aku member. 

Aku je anggop dia crush ðŸĪĢ

Even kat kantin pun kadang-kadang dia makan sebelah aku. 

Like really sebelah, ya. Sampai berlaga siku. 


Kau tak reti anjak sikit ke sana ke? 

Dia jawab “Ada orang ni kat sebelah”. 

Aku jawab “Abis aku bukan orang ke? Beruk?”


Aku rasa maybe itu sebab dia suka kawan dengan aku. 

Sebab aku tak mudah jatuh feeling katanya. 

Dia tak tahu jantung aku berdetak lebih kencang seperti genderang mahu pulang! 

Tapi Diana muka maintain cool ðŸ˜Ž.


Lepak kat padang masa masing-masing ada latihan sukan pun gitu juga. 

Padahal dia rumah lain, aku rumah lain.

Everytime dia nak run, dia pass beg dia kat aku. 

Budak-budak sekolah dulu kan observe small-small things like that. 

Kalau kau pegang atau pakai beg sekolah budak lelaki lain, mesti ada sesuatu berlaku antara korang. 

Ada la yang dah start sok sek sok sek “Diana couple dengan X ke?”. 

Punyalah I kenot belif it agaknya sampai ada question mark.


Kitorang pernah men-senyap-kan kelas seketika. 

Waktu tu musim orang mencantikkan kelas. 

Dia pasangkan langsir. 

Sebelum pasang mestilah kena kebas-kenas habuk kat tingkap. 

Aku kemas bahagian lain. 

Then ada orang bawa kek. Aku try. Dia nampak. 

Dia mintak sikit. 

Aku hulur tupperware kat dia. 

Then dia dia signal suruh suap sebab tangan dia berabuk. 

Aku suapkanlah. Alah kek je. Tak kena pun jari aku kat mulut dia. 

Tiba-tiba kelas senyap. 

Kitorang toleh tengok the whole kelas tengah pandang kitorang ðŸĪĢ.


Biasalah budak-budak sekolah, kan. 

Benda macam tu pun nak jadikan gossip. 

Aku cuak sebenarnya. 

Aku taknak benda gitu dijadikan gosip. 

Aku takut akan memalukan dia. 

Kot ye nak gossip pun biorlah dengan cun sikit. 

Nanti kalau dia malu dia tanak kawan dengan aku lagi. 


Orang macam aku yang sedor diri muka tak berapa nak pergi, lebih prefer jadi kawan. 

Biorlah aku crush dendiam sampai 24 tahun pun. Asalkan berkawan.


Tapi agaknya sangat tak lojik kitorang bercouple maka gosip tu tak berapa nak menjadi. 

Dapatlah kitorang terus berkawan. 


Dia ada minat sorang budak perempuan. 

Dari awal dia share dengan aku pasal dia syok dengan budak perempuan tu. 

Kadang-kadang dia suruh aku sampaikan salam. Sampaikan surat. 


Kau imagine keringnya hati seorang Diana jadi posmen untuk crushnya? 

Sebijik macam Anjali. 

Tempat Rahul meluahkan perasaan cinta. 

Bezanya, aku tak mudah perasan. 

Aku tahu mustahil dia nak kat aku. 

Mestilah dia nak orang lain, kan. Of cos dia ada taste.


Dari dia nak mula nak mengorat, sampai couple, sampai bergaduh, sampai clash — semua aku tempat dia bercerita. 

Aku tak jadi batu api tau. 

Aku tahu dia suka budak tu jadi everytime dorang bergaduh aku rapatkan balik. 

I just want him to be happy.

Sebab kalau dia happy, dia selalu ada mood nak bergurau. 

Kalau tak, mendung je hari-hari ku. Kahkahkah.


Habis sekolah, kitorang part ways. 

Aku Uni lain, dia Uni lain. 

Tapi surat dia sentiasa sampai. 

Aku pun rajin membalas surat dia. 

Masih lagi sembang-sembang biasa. 

Share kisah kat Uni masing-masing. 

Surat kitorang tak singkat-singkat tau. 

Jenis yang 2-3 pages tulis depan belakang. 

Housemate aku ingatkan aku dah ada boifren. Padahalllll. 

Apa taknya, every week aku excited gi ko-op tengok ada surat untuk aku ke tak.


Dalam satu surat dia mention berkenan dengan sorang junior. 

DAMNNN. Dua kali I kecewa, gaisss. 

Dua kali aku jadi tempat dia meluahkan rasa cinta kat perempuan lain. 

Tabah betul seorang Diana. 

Anjali pun tak setabah ni tau ðŸ˜†.


Masa ni aku dah slowly move on. 

Couple pulak dengan si anu tu. 

Jadi masing-masing dah stop hantar surat. 

Tapi everytime balik bercuti, kitorang lepak sama. 

Lepak ramai-ramailah dengan member lain. 

Sembang macam biasa like dulu-dulu. 

Takde yang strange but dia always layan aku lebih baik from the rest. 

Maybe aku kawan baik dia kot.


Aku break dengan si anu. 

Lepas tu aku jumpa En Wan. 

Masa dah couple dengan En Wan, dia di ambang break dengan gf dia. 

Tapi aku tak bagitahu kawan-kawan yang aku dah couple dengan orang lain.

Sebab masa dengan si anu tu aku dah kenalkan kat dorang. Alih-alih tak jadi. 

Jadi aku taknak kenalkan En Wan pulak. Biarlah rahsia gitu.


Kebetulan semester break. 

Dia ajak aku keluar. 

Kitorang gi Mines (tempat dating pertama aku and En Wan).Seharian kitorang berjalan, tapi bertiga dengan sorang lagi kawan. 

Time balik tu, Pak Aji jemput. 

Dia pula naik kereta berdua dengan kawan lagi sorang. 

Kawan aku yang sorang lagi tu cakap “Dalam kereta dia senyap je. Termenung je. Aku tanya dia, kau kenapa. Kalau suka bagitau je”.


😆😆😆😆


Esoknya crush I datang rumah. 

Pagi-pagi dah datang. 

Dengan gentlemannya dia bagitau dia nak aku jadi gf dia. KAU RASA?????


Dari Form 2 aku crush kat kau. 

Siap jadi posmen kau lagi. 

2 kali jadi tempat kau prektis meluahkan rasa cinta. 

Now aku dah ada En Wan baru kau nak ajak jadi gf?? 

Jangan bagi aku serba-salah, boleh?


😭😭😭😭😭


I criedddd. 

Tapi aku tetap pilih En Wan. 

Sebab pengalaman dengan si anu ajar aku untuk pilih orang yang sayang kita lebih. 

Dengan si anu tu aku sayang dia lebih sampai sanggup berhabis duit. 

Dengan si crush ni pun obviously aku yang sayang dia lebih. Dari umur 14 tahun kot. 

Kalau aku pilih dia maybe aku akan jadi insecure sebab aku yang sayang dia lebih-lebih. 

Penat tau bila sayang orang lebih ni. 

Jadi, aku pilih En Wan. 


Kau imagine. 

Dahlah aku pilih En Wan sebab nak larikan diri dari si anu. 

Pastu si crush ni tadah diri pulak. Betapa sukarnya situasi aku masa tu. Hahahahhaha. 

Kemain Diana bajet hot. 


Tapi seriouslah. Sedih sebenarnya. 

Kenapalah sekarang baru kau nak confess? 

Kalau aku starlite dahi kau karang satu sen tak guna. 


Tak sampai hati nak jadikan En Wan Aman Mehra. 

Alhamdulillah Wan Aman Mehra dah jadi roommate aku 24 tahun. 

Walaupun annoying, takpelah. Dia je yang sayang aku.