2022-08-31

'Urus anak sendiri' atau 'Bibik jaga' bukanlah isunya. Isu sebenarnya adalah DENGKI.


Ingatkan mak-mak yang menjaga anak sendiri ni saling sokong-menyokong antara satu sama lain.
Rupanya bitter juga, ya.
Tadi nampak orang share post pasal seorang public figure (aku tak sure instafamous ke, tiktokers ke, atau artis) yang ceritakan urusan hariannya sejak ada anak.
Sedangkan dia bekerja.
Bila mak-mak yang bekerja turut menguruskan anak dan rumahtangga tanpa helper, kita boleh imaginelah jalan ceritanya, dah tentulah hectic.

Aku ni bukan ibu-ibu yang biasa.
Aku ibu 'luar biasa' sebab aku tak menguruskan anak seperti ibu-ibu 'normal' lain 😆.
Jadi aku baca post tadi dengan tenang-tenang saja sebab dia tak sekapal dengan aku.
I mean aku dalam kapa "bad mom" kerana tak menguruskan anak dengan tangan sendiri.
Manakala dia dalam kapal berbeza.
Yang aku rasa pelik tu, ibu-ibu yang sekapal dengan that public figure bitter dengan 'achievement' that lady.

"Dah jadi mak orang, memanglah kena uruskan anak. Apa yang nak kagum sangat?"

"Saya pun bekerja. 4 orang anak semua saya urus sendiri. Takde pun orang nak interview saya?"

"Sebab dia selebriti. Orang kenal. Padahal uruskan anak tu perkara biasa. Masing-masing dah jadi emak, kan".


Aku baca komen senyum sendiri.
Tak sangka yang sekapal pun bitter juga, ya?
Ingatkan selama ni, ibu-ibu yang menyerahkan anak ke bibik je kena kecam dengan golongan ni.
Rupanya yang uruskan anak pun kena kecam.
Maka jelaslah kat sini, 'urus anak sendiri' atau 'bibik jaga' bukanlah isunya.
Isu sebenarnya adalah DENGKI.

Pelik eh bila kau sekapal, tapi kau tak support each other.
Patutnya bila sekapal bagilah kind words like "Takpe, ada pahala penat jaga anak", atau "Bila ibu sendiri yang jaga, anak lebih terurus".
Words of encouragement orang kata.
Kau sekapal kot.
Kau dan dia memperjuangkan konsep penjagaan anak yang sama.
Lainlah aku kalau kena kecam sebab aku duduk kapal lain.

Sebagai seorang "bad mom", aku tak offended baca post-post macam tu.
Because aku yang pilih untuk letakkan anak aku pada bibik.
Sebelum mengandung lagi dah pasang cita-cita tu.
Jadi, bila aku sendiri pilih cara itu maka apa pun persepsi orang terhadap "bad mom", aku buat dek je.
Buat apa nak rasa offended kalau kita sendiri yang buat pilihan tu, betul tak?
Kalau kau bagi aku peluang uruskan anak-anak sendiri pun aku tak nak.
Aku tak pandai.
Aku pilih untuk jalankan role sebagai emak dengan cara yang berbeza.
Takpelah kalau masuk kategori "bad mom", asal ada word mom tu. Hahahahah.

Jadi heran aku bila mak boleh bitter dengan achievement mak yang lain.
Look. Orang highlite si anu tu sebab dia public figure, bukan kerana dia power sangat menguruskan anak-anak.
Membandingkan achievement kita lagi power sebab berpengalaman urus 4 orang anak - tak dinafikan itu sangat mengagumkan, tapi orang tak nak dengar kisah kau.
Kau bukan siapa-siapa. Kau bukan public figure.
Takde siapa nak dengar cerita kau. Itu bezanya.

Zaman Pak Malau Dagang Merempat dulu, mak tiri je yang orang labelkan as bad mom.
Zaman sekarang, mak kandung yang pakai maid pun dapat title tu.
Walaupun mak tu tetap sediakan kehidupan yang selesa, bagi pendidikan terbaik, anak cukup makan pakai, anak membesar di persekitaran yang baik, tapi kalau kau tak melalui pengalaman bersengkang mata bangun malam menetekkan anak dan bersilat pagi-pagi Subuh siapkan bekal anak - you are still a bad mom. Funny, kan?

Tu takpe lagi.
Zaman sekarang punya mak-mak, kalau rumah kau sentiasa bersih takde kesan conteng kat dinding, lantai berkilat dan anak-anak kau main di bilik khas dengan penuh tertib - itu juga petanda you are a bad mom.
Sebab anak kau tak membesar sebagai kanak-kanak normal yang makan bersepah-sepah lap tangan bercoklat kat karpet dan riang ria meloncat dari satu sofa ke satu sofa terpekik-pekik.

Aku tak nampak kenapa mesti ada competition dalam parenting.
Kenapa kau tak boleh berlapang dada melihat achievement mak-mak yang mengurus dan membesarkan anak dengan cara mereka.
Aku kan kalau baca post-post mak-mak yang siapkan bento anak cantik-cantik, kata hati aku "Rajin betul dia ni".
Nampak mak-mak post gambar baju-baju sekolah anak dah siap bergosok untuk satu minggu, aku baca sekali lalu je.
Takde de aku nak bitter bila dia umpama super woman.
Biarlah kalau dia jadi super woman pun. Aku lagi super.
Jangankan kata baju sekolah anak, baju kaftan tido pun bergosok tau.
Bukan aku buatlah tapi 😆.
Eh yang penting anak-anak pi sekolah baju kemas.
Samada mak gosok atau bibik yang gosokkan, I don't care.
I did not become a parent to compete.

Calling yourself or someone else a "bad parent" is not something to jump to based on a difference in parenting style.
Apa pun cara parenting yang dipilih tak penting.
Yang penting adalah, kemenjadian anak itu.

Gagal memenuhi keperluan anak beyond keperluan asas - ini bad parenting.

Over involved atau uninvolved parents - ini bad parenting.

Anak-anak takde disiplin atau tak faham boundaries - ini bad parenting.

Tak bagi cukup attention and affection pada anak - ini bad parenting.

Kalau anak-anak diuruskan oleh bibik, itu bukan bad parenting, dik.
Si ibu kerja keras untuk dapat duit buat bayar someone menjaga anak dia supaya anaknya terurus.
Macamana ini boleh dikatakan bad mom? Pelik aku.

Being a mom is so much harder than we thought it would be.
Especially when it seems like so many other moms on social media update gambar-gambar menguruskan anak masing-masing dengan cara yang "normal".
Mudah untuk kita membandingkan dengan diri sendiri.
Hanya kerana kita hantar baju sekolah anak ke dobi untuk gosok, we feel that we are doing wrong bila mak lain gosok baju anak masing-masing sampai sakit-sakit pinggang.

Look. We each have our own idea of what being a good mom looks like.
Set sendiri punya guideline, dan follow that guideline.

Baju sekolah anak mesti bergosok. Checked ✅.
Tak kiralah siapa yang gosok, janji bergosok.

Anak makan nasi. Checked ✅.
Tak kiralah nasi tapau ke, nasi masak sendiri. Janji makan.

Rumah bersih. Checked ✅.
Tak kiralah aku kemas atau bibik kemas. Janji berkemas.

Baju berlipat. Checked ✅.
Tak kiralah siapa lipat. Janji tak berlonggok berhari-hari dalam bakul.

👆🏻 adalah guideline Bad Mom Diana Ishak.
Aku tak promote guidelines ni kepada sesiapa.
Cuma nak tunjuk, tak kisahlah bagaimana proses itu berlaku, at the end of the day, hasilnya adalah lebih penting.
You happy dengan cara you, I happy dengan cara I.
Jangan pulak nanti you kata "Alah, pakai bibik bolehlah hari-hari baju berlipat".
Eh? Bukan you ke yang nak sangat jadi mak mithali?
Be happy je lah dengan pilihan you. I lainlah. I bad mom.


2022-08-30

Bila lelaki berjaya dan senang, mula mencari orang baru.



Itu pendapat dari seorang lelaki.
Lojik juga apa yang dia kata tu.
Sebab dah banyak sangat situasi bila lelaki berjaya dan senang, mula mencari orang baru.
Dari sudut pandang kita orang perempuan, lelaki seperti ni tak kenang budi.
Tapi boleh jadi juga dari sudut pandang seorang lelaki, "Bagilah peluang aku penuhi impian aku pula" - something like this. Agaknyalah.

Bila amat-amati balik pandangan lelaki ni, betullah orang pernah kata bila pilih pasangan jangan buat keputusan kerana simpati, atau kerana termakan budi.
Kerana in the long run kita bukan menikmati perkahwinan tetapi hanya mempertahankan sahaja.
Dek kerana nak menjaga hati orang lain, hati sendiri kosong.
One day bila orang yang kita nak benar-benar muncul dalam hidup, there you go!

Seram juga sebenarnya aku dengar pandangan this guy.
Tak pernah terfikir pula jalan cerita tu begitu.
Tapi nak marah pun ada ni.
Yelah, dah tahu kau nak perempuan yang macam ni macam tu, kenapa pilih perempuan yang tak meet expectation sebagai isteri?
Tunggulah sampai betul-betul jumpa macam kau nak, baru kawen. Why?

Maybe lepas ni bila lelaki muka macam getah spender rabak cakap "Aku nak kawen perempuan muka macam Maya Karin" - kita jangan perlekehkan dia.
Sebab itu adalah impian dia.
Who knows one day dia jadi kaya dan berjaya, lebih dari muka Maya Karin dia boleh dapat.
Bak kata Wan Chai, "Semua lelaki hensem. Cuma takde modal je".
Jadi, biarkanlah lelaki itu membujang sampai berjaya dapat muka Maya Karin.
Itu lebih baik daripada dia sauk je mana-mana yang dapat, tiba-tiba dah kaya, cari lain.

Selalunya bila lelaki jadi kaya, dia juga ada 'kuasa'.
Kuasa untuk menarik perhatian, kuasa untuk mendapat pengaruh dan kuasa untuk memilih.
Dengan kekayaan dan kuasa yang dia ada, women pinning for them.
Contoh senang, Amber dengan Elon.
Nampak macam tak match lansung couple ni, especially bila semua dah tahu tahap kebodohan si Amber.

Look. Elon tu ada rupa. Kaya dah memang pasti.
And he is on of the brightest mind in this era.
Memeranjatkan bila dia boleh pilih Amber as partner.
Tapi rupanya taste Elon Musk ni adalah orang macam Amber - ada killer body dan cantik.
Tengok je la ex Elon yang dulu-dulu, semua jenis yang spesis Amber - cantik and body cun.

Aku always ada assumption lelaki yang bijak macam Elon akan pilih pasangan yang bijak juga to keep him intelectually challenge.
Tapi tak surelah kot-kot Amber is keeping him intelectually challenge (kahkahkah).
But itu bukan pointnya.
My point is, kau nampak tak, walau lelaki itu sebijak mana pun, taste dia tetap pada perempuan cantik dan sexy (bonus).
Aku tak pernah nampak a man refuse a pretty face.
Kalau tak dapat memanglah kata "Aku tak suka perempuan cantik". Cuba kalau dapat?

Itulah yang lelaki dalam video tu maksudkan.
Masa belum boleh dapat, lelaki akan pilih orang yang boleh terima dia seadanya.
Tapi bila dah mampu untuk memilih, dia akan pilih ikut taste sebenar dia.
Masa inilah lelaki itu catch up with his unachieved goals.

Aku pernah baca satu komen pasal Amber and Elon masa trial Johnny viral hari tu.
Satu komen ni cakap orang macam Elon ni dah habiskan masa muda dia dengan bersusah-susah dulu, membina hidup sampai berjaya hingga melupakan zaman mudanya.
Jadi, bila dah senang, dia nak rileks-rileks.
The world is already mentally challenging him.
Balik rumah dia taknak mentally challenging woman sebagai teman hidup.
At home dia mahukan a place to relax and let go.
Sebab tu lelaki kaya dan berjaya tend to go for gorgeous bimbo.
Lojik juga apa dia kata.

Yang tak berduit tapi sibuk nak kawen lagi, jangan gunakan post aku ni untuk justify keinginan kau untuk kawen lagi, ya.
Yang aku cerita pasal lelaki BERDUIT yang dulunya susah sekarang dah berjaya.
Kau dari dulu sampai sekarang maintain sengkek, duduk tepi dulu.
Esok aku buat post lain untuk kau pakai. 

Hari tu aku nampak post "Tunang minta putus bila bakal suami bergaji hanya RM1100".
Tajuk memang nampak keji.
Tapi, to be fair, sama seperti lelaki yang ada impian nak perempuan tertentu, perempuan pun ada impiannya.
Lebih baiklah perempuan tu nampak keji sekarang daripada keji setelah berkahwin.
Lebih baiklah awal-awal undur diri.
Bukan apa, esok dah kawen tiba-tiba muncul lelaki seperti yang dia nak, yang gaji besar, payah.
Lepas kawen minta cerai karang orang tuduh macam-macam pulak.
Derhakalah, nusyuzlah.
Hanya kerana nak menjaga hati dan mengelak dari dikecam netizen, bertahanlah si isteri walau hidup macam tak hidup.

Bukan kata gaji rendah ni tak boleh kawen. Boleh je.
Ada je perempuan yang mahu bersuamikan lelaki bergaji below RM1500.
Mungkin expectation perempuan tu bukan pada gaji, tetapi perkara lain.

Contohnya ni.
Ada perempuan tak kisah pun lelaki tu kerja apa, muka macam apa.
Dia sukakan lelaki yang beri perhatian padanya.
Selalunya perempuan macam ni jenis yang berduit.
Yang boleh cari duit sendiri, maka dia prefer perhatian berbanding duit lelaki.
Maka untuk lelaki-lelaki dalam kelompok ni, jangan buat endah tak endah je.
Jangan fokus buat duit manjang.
Sebab perempuan macam ni tak hadap duit lelaki.
Once dia jumpa lelaki yang boleh bagi perhatian pada dia, bye bye.

Tapiiii, kena hati-hati, ya perempuan.
Some men are master anglers.
Dia sweet, caring, loving, well-mannered, smart, attractive and successful.
Kalau semua point ni ada, bagus.
Tapi kena buat check juga.
Jarang lelaki macam tu bertahan sampai umur 35.
Selalunya awal-awal dah kena kebas.
Some perfect 10 guy yang tak kawen macam ni kau tanya dulu sejarah percintaan dia.
If no one has been right, you probably won’t be either 😉.


2022-08-29

Dapat je gaji, benda pertama kena settlekan adalah hutang.

Status FB aku pagi-pagi ni. Sementara nak tunggu Subuh check FB nampak post ni dulu.
Tentang member pinjam duit lepas tu meruyup.
Aku rasa tiap-tiap tahun aku blog about this issue.
Sebab setiap tahun akan ada cerita-cerita member pinjam duit lepas tu bertukar jadi halimunan.
Memang trend ni takkan pernah habis kot.
Dari zaman bapak aku kena kelepet dengan "member sekolah", sampai ke aku, sampai lah ke generasi seterusnya agaknya isu ni takkan habis.

One thing yang aku always perasan, yang buat kerja hutang kemudian senyap ni bukannya kawan baik.
10 tahun sekali baru nampak muka, 20 tahun sekali tiba-tiba muncul buat-buat mesra.
Tak lama lepas tu meminjam. Lepas tu hilang.
Yang baca blog aku selama bertahun-tahun pun buat-buat macam kenap rapat padahal aku tak cam pun muka dia kalau berselisih.
Macam dalam post aku share tu, "kawan" tu menagih nak meminjam macamkan si penulis ni berhutang pulak dengan dia.
Padahal tak janji nak bagi pinjam pun tapi dia punya mendesak tu macamkan kita pulak yang berhutang dengan dia.

Aku kan kalau orang tu nak pinjam setakat RM30-RM50, aku boleh anggap dia memang dalam keadaan emergency dan insyallah akan bayar balik.
Tapi yang sedap anak tekak mintak sampai RM500, RM1000, RM2000 ni.
Dulu aku baik jugaklah hulur.
Tapi lepas aku jadi bijak, sorry lah.
Memang payah nak jumpa jenis yang meminjam banyak ni nak pulangkan balik.
Tahu-tahu je kan, up gambar buat birthday party anak, pegi holiday.
Yang paling tak boleh blah, soap up video bagi duit raya kat anak-anak sedara.
Nak buktikan apa tak tahulah.
Nak buktikan banyak duit? Pemurah? Content semata.

Bila kita tak nak bagi pinjam eh kata kita jahat pulak.
Kita tak nak tolonglah, kita berlagaklah, siap kata "kau walau kaya tapi tak berkat sebab Allah tak gerakkan hati kau tolong orang susah".
Lah?? Dia ingat kalau tak tolong dia bermakna kita tak tolong siapa-siapa lah?
Halah halahhhh. Yang kau pulak manjang meminjam ni tak pikir ke kot ada yang tak berkat kerja kau tu?

Tapi tu lah, yang rajin dan berani meminjam ni, selalunya bukan dari kalangan yang rapat.
Walaupun ada ikatan keluarga, dia adalah orang yang jauh.
Yang setahun sekali je berjumpa itupun masa raya.
Itupun sebab masih ada kampung.
Bila kampung dah takde, dah tak berjumpa, lagilahhhh jauh.
Tapi bila nak meminjam dan-dan mengaku kita sedara.
Tahu pulak nak cari sedara.
Selama ni sedara tertonggok ada kau bertanya khabar pun tak.
Bila nak minjam baru nampak aku ni sedara?

Yang kenalan-kawan pun sama. Bukannya rapat pun.
10 tahun sekali baru berhai-hoi. Itupun kat FB.
Yang 5 tahun sekali baru nampak dia komen kat FB kita.
Yang ni lagi bahaya.
Selama ni dia ada je dalam list tapi tak pernah munculkan diri.
Tup tup rajin pulak komen, rajin PM.
Yang ni kau jaga-jaga.
Tak lama lepas tu mesti nak meminjam.
Dia dah plan baik dah.
Mula-mula biar ada kemesraan gitu.
Dah mesra susah kita nak tolak permintaan dia.
Perasan dah jadi kawan rapat sangatlah dengan setakat 10 kali komen tu.

Aku tak pernah mintak duit yang dah pinjamkan balik, kecuali aku menyampah dengan tindak-tanduk si peminjam.
Contoh, up beli itu ini.
Tak, bukan tak boleh bercerita kita beli itu ini di media sosial.
Aku pun masih berhutang dengan bank loan rumah.
Bezanya, aku bayar hutang.
Jadi, kalau aku nak up apa yang aku spent pun bank tak marah.
Sebab walaupun hutang aku masih berbaki, tapi aku tetap bayar ikut jadual.
Yang kau ni, bayar pun tak!
Tapi bukan main dia punya bercerita.
Lepas tu kejap-kejap up status "Biarlah orang dengki kat kita, asalkan kita tak buat orang".
Tahikkk. Takde siapa nak dengki kau. Menyampah lagi ada.
Yang paling sardin, buat status acah-acah berjaya - "Kenapa ya, bila kita maju sikit, orang tak suka?".
Halah halahhh feelingnya.
Orang bukan tak suka kau berjaya.
Orang bengang bila kau asal ada duit je lupa diri.
Hutang tak bayar tapi bajet berjaya.

Selalunya yang meminjam ni aku peratikan je perangainya.
Aku takkan mintak.
Bukan sebab aku tak perlukan balik the money.
Kalau dia bayar, alhamdulillah.
Kalau dia tak bayar, aku anggap harsh lesson untuk aku.
Sebab aku tahu kalau orang tu nak bayar, dia akan bayar.
Kalau dia ada plan untuk bayar, dia sendiri akan cari kita untuk bagitau jadual pembayaran.
Tapi, payah nak jumpa orang macam ni.
Jenis yang tahu-tahu je muncul dalam hidup kita untuk meminjam, dia TAK ADA plan untuk bayar balik.
Dia memang dari awal plan untuk mengkelepet duit kita.
Lagi 1-2 tahun dia datang balik nak minjam.
Nanti dia buatlah ayat "Aku tahu duit kau aku belum bayar lagi, tapi aku dah takde siapa nak tolong".
Oh, rupanya ingat ada hutang lama.
Selama 1-2 tahun ni takkan takde ketepikan sikit duit untuk bayar hutang kita.
Kalau sebulan bayar RM50 pun setahun dah RM600 settle.

Bayar hutang ni kalau nak bayar selepuk nilai yang kita pinjam, memang sakit.
Sebab tu ada konsep installment.
Beli kereta selepuk bayar RM300K, sakit.
Tapi kalau bayar tiap-tiap bulan RM3K, lega.
Tahu-tahu je nanti dah habis.

Same goes tu menabung. Nak menabung sebulan RM600, sakit.
Tapi kalau setiap hari ketepikan RM20, kurang bebannya.
Malah tak berasa lansung.

Dah tahu kita ni jenis pantang nampak duit banyak, transfer je terus RM50 sebulan kat pemiutang.
Dapat gaji, terus transfer RM50.
Duit kalau masih di tangan, memang terasa banyak benda nak dibuat dengan duit tu.
Tapi kalau dah takde kat tangan, tahulah kita manage apa nak dibuat dengan balance yang tinggal.
Sebab tu, dapat je gaji, benda pertama kena settlekan adalah hutang.
Loan rumah, kereta, PTPTN, bills.
Kalau ada hutang dengan kawan, masukkan sekali.
Bukannya hutang kawan tu kau letak paling last.
Tapi ye lah, orang-orang bijak je yang faham ni.
Yang bengap memang takkan pernah faham.
Silap-silap kita dikatanya "TAK MEMAHAMI".
Gasak kau situ.


2022-08-25

"Sama je belajar mana-mana"?


Competitive betul parents zaman sekarang.
Ingatkan zaman anak bersekolah je boleh nampak perangai parents suka bersaing.
Dah sampai ke habis sekolah masih lagi nak bersaing.
Masalahnya, anak-anak rileks je enjoy belajar TIDAK KIRA DI MANA institusi tersebut, tapi mak bapak yang tak rileks.

Ada sorang Hamba Allah ni bitter betul.
Dia kata "Kalau setakat nak ambil engineering kat luar negara tak payahlah. Kat Politek pun ada course engineering. Esok grad sama-sama jadi engineer juga".

2 tahun lepas, masa aku and team Mega Jati Academy nak buat program diploma dengan universiti, benda pertama yang kitorang siapkan adalah kurikulum dan syllabus.
Kenapa nak kena prepare new syllabus?
Kan ke "sama je belajar kat mana-mana"?
Belajar kat mana-mana pun esok grad benda yang sama jugak kau dapat. Katanyaaaa.
Why not cedok je syllabus yang sedia ada dari mana-mana kolej atau universiti. Betul tak?
Kenapa aku nak bersengkang mata susun syllabus dan create new module?

Itulah yang orang tak tahu.
Walaupun satu dunia ada course yang sama, tetapi modulnya berbeza.
Setiap universiti set up their own curriculum and syllabus.
Terpulang kepada department and program untuk susun module pembelajaran sebab setiap jurusan perlu memenuhi keperluannya sendiri.
Sometimes common syllabus is used, tetapi selalunya they designs their own class.
Kalaulah "belajar mechanical engineering kat mana-mana pun sama", what is the point of having same course di universiti berbeza?
Perbezaan syllabus inilah yang membezakan satu uni dengan uni yang lain.

Of course certain course must meet certain professional organization requirements contohnya engineering, medicine, and nutrition (hanya sebut beberapa course).
Ada professional standard yang dia kena follow, tetapi module pembelajaran berbeza.
Yang kata "sama" tu cleary tak faham yang apabila universiti prepare module, dorang susun the courses for two main reasons.
Yang pertama, ke industri mana student-student ni akan pergi lepas grad.
Melalui pembangunan kurikulum ini universiti dah target ke industri mana student-studentnya boleh pergi.  
Yang kedua, course tu mestilah boleh dijual (student berminat untuk apply).
Sebab itulah setiap universiti tak sama module walau course-nya sama kerana module pembelajaran disusun berbeza-beza mengikut keperluan student dan kehendak industri.

Program diploma yang aku buat dengan UPSI tu pun modul de-design from scratch.
Walaupun uni lain ada buat course Food Biotech, tapi module yang MJA-UPSI buat menjurus kepada industry-ready.
Dalam module tu tak ajar dah apa itu DNA, apa itu cell, apa itu microb.
Kita terus tembak ke keperluan industri.
Dan sebab itulah juga this course tak dibuka kepada lepasan SPM.
Hanya dibuka kepada lepasan SPM yang dah ada 2 tahun pengalaman berkerja dan ke atas.
Maksudnya, untuk orang yang nak upgrade skill.

Contohnya lain, Havard Uni.
Tahun lepas Business School dorang celebrate anniversary ke-100 Case Study Method.
Dorang punya module pembelajaran adalah menganalisis beratus-ratus case study.
Sorang student analisis beratus case.
Maka, bolehkah kita kata "Belajar kat mana-mana sama je, ujung-ujung grad MBA juga"? 
Kelulusan tu sama, betul. Tapi approch berbeza.
Cara mereka mengendalikan sesuatu task dan problem apabila bekerja nanti pasti berbeza dengan student dari uni lain kerana ilmu dan pendekatan pembelajaran yang mereka dapat semasa belajar dulu adalah berbeza.

Ini gambar tahun lepas.
Masa ni aku tengah menyiapkan questionnaires untuk di-submit ke Senat universiti untuk program diploma yang team aku produced.
At the same time waktu aku tengah siapkan Professional Certificate aku dengan Wageningen Uni.
 
Kenapa aku pilih Wageningen, padahal boleh je ambil course kat universiti dalam Malaysia?
Kerana, Wageningen fokus pada case study dalam module pembelajarannya.
Ada beberapa tempat lain offer course yang sama tetapi lebih menjurus pada teori.
At this stage, aku tak mahu layan too much teori dah.
Bila dah berkerja, biarlah module course itu yang relevan dengan field of work.
Teori-teori ni insyallah masih lekat kat kepala.
Maka, bertimpa-timpalah case study yang aku (and the rest of the students) analyse.
Berat juga rupanya. Dah half way tu macam menyesal apesal gatal sangat nak ambik course ni?
Tapi dah masuk sebelah kaki, kasi habiskan teruslah.
2 tahun, tamat jugak akhirnya.

Kalau nak kata juga "belajar engineering kat A pun sama je, tak payah masuk B, esok-esok jadi engineer juga" - yes, secara technical, betullah tu.
Walaupun module berbeza, end up semua pun grad engineering. Betul.
Tapi aku tengok sendiri macamana bezanya peluang dan pakej yang En Wan dapat berbanding kawan-kawan yang grad engineering dari local uni.
Kerja senang dapat. Gaji terus tinggi.
Dua benda ni local grads tak mudah dapat.
Walau kita kata "sama je kat mana-mana pun", hakikatnya tidak sama.
Module setiap universiti tak sama.
Sebab itulah kilang Jepun lebih prefer graduan engineering dari Jepun.
Yang pertama sebab bahasa.
Yang kedua, keperluan industri itu ada pada graduan dari sana.

Jangan salah faham, ya.
Aku tak kata grad dari institusi A tak sebagus grad dari institusi B.  
Point kat sini adalah untuk menjelaskan bahawa course yang sama dari 2 institusi berbeza tidak menggunakan modul yang sama. 
Selain module, skill dan pengalaman tenaga pengajar serta kemudahan pembelajaran juga boleh berbeza. 

Another contoh situasi adalah course yang Redza ambil now.
Minggu pertama lagi students dah diminta untuk pilih universiti mana yang dorang nak pergi.
Rupanya dari sekarang lagi MARA dah groupkan student-student ni ikut negara yang dorang nak sambung study.
Walaupun ambil course yang sama (contohnya Sains Komputer), di negara berbeza keperluan subjeknya berbeza.
Those yang pilih UK, di sini lagi dorang start belajar subjek ABCD.
Those yang pilih non-UK countries, ambil subjek EFGH.
Budak-budak ni dah start belajar ikut module tertentu yang relevan dengan universiti di negara yang bakal dorang pergi. 
Kat sini pun dah nampak bahawa different institution produce different sets of module yang membawa kepada learning outcome yang berbeza.
Jadi, "belajar kat mana-mana esok dah grad sama je bendanya" is actually not quite right.

Aku tak sure la sampai ke tak point aku ni, tapi aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri terlibat dalam membangunkan kurikulum program dengan universiti.
Course memang sama, kak. Tapi module tak sama.

Diploma yang aku buat dengan UPSI tu pun disusun ikut keperluan industri.
Industri makanan sekarang kebanyakkannya hantar staff dorang untuk ambil food safety certificate and halal executive certificate. Why?
Sebab some of staff tak belajar topic tu semasa di universiti dulu sedangkan industri perlukan that skill.
That's why program diploma aku tu ada food safety and halal certified by Jakim terus.
Student bakal grad complete dengan skill yang industry perlukan.

Toksah lah dicari, takde de gambar Redza kat dalam tu.
Ini mommies share gambar anak-anak dari kelas lain.
Aku cuma nak share tu kat dalam tu ada gambar budak yang viral SPM 11A+.
Tak salah aku yang baju merah depan huruf K.
Ingat tak hari tu pernah viral budak yang katanya dulu bergambar dengan placard 11A, sekali betul-betul dapat 11A. Dapat semua A+ pulak tu.
Budak KISAS kalau tak salah.
Rupanya budak tu kat KMB juga.
Aku tanya Redza, kenal ke ni? Dia kata kenal, tapi kelas lain. Tiktokers katanya.
Susah betul nak dapat gambar Redza.
Aku minta gambar bilik pun tak dapat-dapat.
Terpaksa aku buat akaun Tik Tok demi nak follow budak ni 😆.
Manalah tau kot dia update aktiviti kat KMB terselit muka anak aku. 

2022-08-24

Sokongan kawan.


Hari tu masa aku outing dengan Dusty Pink Tits, ada la 1-2 orang tanya memang sejak belajar sampai sekarang tak pernah terputus contact dengan kawan-kawan ke.
Ya, belum terputus lagi.
Berjumpa tu tak selalu, tapi kami tak hilang.
Berkawan tak wajib jumpa hari-hari.
Kalau dulu ye lah, tak jumpa sebulan, ada potensi persahabatan renggang.
Sekarang segalanya di hujung jari.
Facebook kan connecting people.
Tak dapat jumpa bersemuka, sembang kat FB pun jadikkk.
Lagilah pulak sekarang zaman whatsapp.
Takde sebab terputus kawan melainkan kau memang taknak berkawan lagi.

Bila dah berkeluarga, ada anak, ada pasangan, some of our friends menjaga orang tua - tak mudah nak berjumpa selalu.
Maka, whatsapp adalah medium paling mudah untuk keep in touch.
Jangankan kata kawan, pasangan yang PJJ pun kalau communication dijaga, insyallah hubungan tu kekal.
Keep the conversation warm.
Kalau takde communication, jangankan yang duduk jauh, yang serumah pun boleh bercerai-berai.
Takde alasan untuk tak keep in touch.
Tak boleh call, whatsapp ada.
Kalau itupun masih lagi takde communication, nampak sangatlah memang alasan.

Busy?

BULLSHIT.

No such thing as busy.
Yang ada hanyalah "you are not his/her priority".
Mana ada orang 24 jam busy.
Apa dia tak stop makan, mandi and solat?
Paling tak pun sebelum tido, atau sambil-sambil tengok TV tangan tu tak capai henfon lansung ke?
Takkanla whatsapp kejap pun takde masa.
Yang benarnya, kau tu bukan priority, bukannya dia busy.
Elehh. Taik sangat alasan pun.

Berbalik pada hal kawan-kawan, alhamdulillah, walaupun jarang berjumpa tapi whatsapp aku meriah dengan sembang kawan-kawan.
Kawan sekolah, kawan uni, kawan se-projek, kawan se-group belajar.
Alhamdulillah, ramai.
Cuma aku yang kadang-kadang tak baca whatsapp. Dah tu banyak nau.
Kalau kalau media sosial ni tidak ada yang benar-benar menjadi kawan, hanya kenalan.
Meriah juga IG and FB aku dengan mesej-mesej.
Ada yang rajin bersembang-sembang kat mesej, tapi aku tak kenal nama dia.
Tapi we all bersembang macam kenal lama. Itu pun best juga.

Selalunya lepas kawen, dah kurang masa nak melepak dengan kawan-kawan - baik lelaki atau perempuan.
Bukan apa, nak menguruskan masa dalam perhubungan sosial tu payah sikit.
Secara semulajadi masa dengan kawan-kawan berkurang dengan sendirinya sebab terpaksa bagi priority pada rumah tangga.
Ini yang aku cakap tadi tentang priority.
Kita bukan busy, tetapi keutamaan tu dah berubah.
Tapi macamana pun, penting untuk maintain social relationships, especially dengan kawan-kawan.

Ini dari pengalaman sendiri.
Seorang kawan lepas kawen terus jadi halimunan.
Sorang tak tahu mana dia hilang. Takde khabar lansung.
Padahal masa dia kawen kita semua pergi.
Lepas kawen vanish.
Dahlah dulu belum wujud FB. Henfon cokia. Kalau lost contact memang habis jat situ je.
Lama juga, lebih dari 10 tahun barulah lepas sorang, sorang bercerita nampak si polan di sana, di sini. Dengan anak.
Rupanya dah bercerai.
Bila ditanya kenapa menghilang.
Rupanya suami tak benarkan berkawan.
Belajar tinggi-tinggi, suami suruh berhenti duduk rumah.
Yang tu takpelah, dia mampu tanggung. Tak kisahlah.
Yang pelik tu sampai tak bagi bini tu berkawan, dah kenapa.
Nak suruh mengadap muka kau je?

Dalam tempoh tu, segala stress semua kawan aku tanggung sorang.
Takde tempat nak bercakap, tempat nak mengadu, tempat nak share stories.
Eh nasib tak gila lah.
Tapi tak gila tak gila pun, dah macam apa aku tengok member aku tu.
Dah macam makcik-makcik sangat mukanya.
Ye lah, tak berkawan, tak berjumpa orang. Tua je muka.
Bila aku tanya kenapa tak cuba cari kitorang ni. Ramai kot.
Dia kata segan sebab dia yang menghilangkan diri.
Tiba bila ada masalah baru nak cari kawan, terasa segan juga katanya.

Ladies, kalau ye pun nak jadi isteri mithali, otak jangan lupa guna, ya.
Tengah seronok memadu kasih memanglah tak perlukan kawan.
Suami dah cukup katanya.
Esok bila suami tu makin busy, tanggungjawab makin besar, dah tak larat dia nak melayan kau je 24 jam.
Lama-lama kau bercakap dengan dinding. Lepas tu jadi stress.
Orang perempuan ni cara menangani tekanan emosi adalah dengan berkawan.
Especially bila setiap hari urus rumah dan keluarga. Penat.
Sesekali dapat jumpa kawan will maintain keseimbangan social relations.
At the same time dapat release stress.
Sebab itulah "me time" penting.
Kalau takde kawan sekalipun, ambil 2 jam pi lepak alone without anak and suami.
Pergilah kopi-kopi ke, window shopping ke.
Tapi, kalau buat dengan kawan lagi best sebab kawan boleh bagi emotional support.

Tapi cari kawan yang betullah.
Kalau kau berkahwin, carilah kelompok kawan yang majoriti sudah berkahwin.
Nak bersembang hal family dan anak-anak pun sedap sikit sebab mereka ada pengalaman yang sama.
Boleh share experience masing-masing.
Kalau kau sorang je yang kawen tapi berkawan dengan majoriti masih bujang, besar harapan kau yang bakal jadi single.
Ini aku dah nampak terjadi kat beberapa orang terdekat, termasuk kawan dan kenalan.
Si anu dah kawen, berkawan dengan kelompok yang majoriti tak berkahwin.
Yang bebas ke sana sini tanpa sekatan.
Bersembang pun cara orang yang takde tanggungjawab di rumah.
I mean bila takde pasangan, tak payah fikir nak balik masak.
Kopi-kopi sampai ke malam. Hujung minggu bershopping pun dengan kawan-kawan.
Lama-lama terikut-ikut.

Yang kawan pun bangsa tak betul.
Bukannya dia consider si anu ni ada laki and anak kat rumah.
Pegi hasut pulak "Kau pun bekerja apa, sama-sama penat. Kalau lapar, dia masaklah sendiri. Takkan nak tunggu kau masakkan". Elok sangatlah.

Yang benarnya, losing touch with old friends after marriage need not be your story.
Just set boundaries, cukup.
Bimbing pasangan kita untuk kenal siapa kawan-kawan kita dan let him/her know kepentingan kawan-kawan ni dalam hidup kita.
Kita pun patut padanlah bahagikan priorities.
Janganlah pulak sampai kawan-kawan dapat perhatian lebih.
Tak jumpa kawan selalu-selalu sangat pun takpe.
Regular phone calls and video calls pun dah ok.
Yang penting stay connected.

Friendships evolve with time.
Kita semua tahu kita takkan dapat ulang moment-moment friendship seperti zaman sekolah, zaman uni, dan zaman sebelum kawen.
Takkan sama seperti dulu.
Tapi kalaupun kita dah tak bersembang dan berjumpa sekerap dulu, at least kita tahu keberadaan kawan-kawan sekarang.
Sometimes, just checking in with a simple text can mean a lot to a friend who might be hesitating to reach out to you because they might believe you are too busy.
Yang penting, bila dengan kawan-kawan, kalau ada masalah, cerita.
Jangan potray diri ok 24/7 takde masalah.
Kalau ada problem, share.
Itulah tujuannya ada kawan. Mereka tu sebahagian dari support system.

Kita semua tahu ada perkara yang kita tak boleh berbincang dengan pasangan because it's too complicated we need other person untuk bercerita.
Kadang-kadang kita perlu sokongan family, ada ketikanya perlu sokongan kawan.
Walaupun it is a blessing bila pasangan menjadi kawan baik, you must understand pasangan kita memerlukan ruang mereka juga.
Pasangan kita tak boleh ketepikan hidupnya to cater to your needs all the time.
Mempunyai kawan gives you a break from married responsibilities.
Jangan salah faham pula.
Karang ada pulak yang kata aku mengajak bini-bini orang berhuha-huha dengan kawan-kawan tinggalkan laki and anak kat rumah.
Eh bukan boleh caya netizen zaman sekarang.
Dia spin baekkk punya tulisan aku ni nanti.

ALL RELATIONSHIPS memainkan peranan penting dalam mengekalkan kewarasan emosi.
Therefore, penting untuk cari keseimbangan yang buatkan kita dapat contribute adequately kepada semua relationships - marriage and friendship.

2022-08-23

Setiap perubahan mengambil masa.


Semua orang yang nak berhijrah (tutup aurat) akan alami perasaan “Apa orang cakap nanti kalau tiba-tiba pakai tudung?”

Kalau semasa zaman free hair-nya tak daring, dia takkan ada masalah besar bila decide untuk berhijrah.
Tetapi, untuk somone yang terlalu 'berani' di zaman free hair-nya, rasa insecure ini akan timbul sebab perubahan golongan ini selalunya dilihat seakan-akan drastik.
Just imagine, someone yang kat ofis pakai tube nampak cleavage with skirt pendek paras peha tiba-tiba bertudung.
Padahal bertudung je, bukan berniqab.
Tapi masih kelihatan sangat drastik dan 'menakutkan'.
Walaupun hanya pakai tudung, tetap kelihatan seperti "What's wrong with you???"
Kalau tak betul-betul kuat, mesti rasa nak buka tudung balik.

Tu belum lagi dengan majikan yang tak berapa nak terima penampilan baru.
Sebab tu jangan menyindir sangat orang bertudung kalau dia masih tak boleh tinggalkan seluar ketat.
Kita tak tau struggle dia.
Mungkin dia sedang struggle untuk menjadi muslimah yang baik, at the same time belum cukup kuat untuk hilang kepercayaan majikan dan kawan-kawan.
Tak semua manusia memiliki kekuatan dan keyakinan yang sama.
Jadi, bagilah orang-orang ni ruang untuk perbaiki diri.
Setiap perubahan mengambil masa. Jangan terlalu cepat menghukum.

Tapi tu lah, orang-orang kita ada yang sangat 'perihatin'.
Bila Hamba Allah tu tak bertudung, macam-macam dia kata.
Tapi bila Hamba Allah tu dah bertudung, masih lagi ada yang tak kena.
Ada je benda yang dia nak korek nak bagi nampak salah.
Tudung singkatlah, baju ketat lah, jeans nampak bontot besarlah, tak pakai stokinlah.
Hoi makcik! Orang tu baru nak bertatih.
Bagi dia biasakan dulu.
Dia nak menyarung selendang tu pun dah besar kekuatan dia cari.
Ini kau nak dia terus jadi ninja tutup habis atas sampai bawah.
Macamanalah Hamba Allah tu nak istiqomah?
Kalau aku pun terasa macam bawak beban.
Ye lah, kita baru nak mencuba, sekali kena kondem.
Sebab tu la orang-orang yang nak berhijrah ni bertangguh-tangguh nak berhijrah.
Kerana nak menunggu boleh jadi perfect.

Aku suka masa Dato CT muka belajar bertudung.
Dia biasakan diri dengan selendang. Walau terkeluar jambul.
Takpe, dia bertatiih ikut keselesaan dia.
Masa tu ramai juga yang kondem.
Kata dia icon. Kalau dia pakai tudung cara tu nanti ramai yang mengikut.
Nasib baik Dato CT tu jenis tak melayan cakap-cakap negatif ni.
Elok sampai waktunya, dia bertudung sempurna.

Ya, aku tahu memanglah kalau boleh perkara baik jangan ditangguh-tangguh.
Kalau boleh push sampai sehabis baik, push.
Tapi percayalah cakap aku, istiqomah tu BERAT.
Jadi, kalau kita boleh membantu orang jadi istiqomah, bantulah.
Tak payah paksa dia menjadi perfect, cukuplah bagi sokongan supaya dia bertahan dengan tudung lilit kat tengkuk tak cover dada tu.
To me yang jahil ni, itu jauh lebih baik dari dia tanggal terus dek kerana stress dengan orang tekan sana sini.
Kita tidak menyokong dia pakai tudung nampak jambul, tetapi kita menyokong dia mahu mula bertudung.
Semoga Allah nilaikan sokongan kita sebagai ibadah. Tak susah, kan?

Bila environment terlalu menjudge, sudahnya Hamba Allah tu jadi takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi especially persepsi manusia, akhirnya terus kensel nak bertudung.
Some people memang ada disease of criticising all the time.
Yang dia nampak hanyalah kesilapan orang lain dan tak mahu nampak lansung kebaikkan orang tu.
Kalau ye pun orang tu masih lagi berpakaian sendat-mendat selepas bertudung, jadilah private advisor, bukan public jury.

Aku kagum dengan artis-artis yang mahu bertudung.
Tak kisahlah dia pakai tudung lilit ke, masih dengan dress sendat ke.
Entahlah, kalau aku, aku tak kisah.
Field of work mereka dan kita berbeza.
Field of work kita tak memerlukan kita jadi public figure.
Nak pi ofis dengan tudung sarung, kain senteng and tudung sarung pun takde siapa nak tengok kau.
Tapi bagi public-public figure ni, orang memerhati. Penampilan kena dijaga.
At the same time kerjanya memaksa dia berpakaian itu dan ini yang mungkin dia tak dapat menolak especially bila jadi endorser.
Maybe dalam hati dorang pun rasa bersalah kena pakai baju sendat.
Tapi takpelah, janji tudung masih pakai.
Bagilah dorang ni pelan-pelan belajar.
Jangan sesuka hati “Carilah kerja lain”.
Kalau kita sendiri tak boleh buat macam tu, jangan suruh orang.

Kita takkan dapat mengubah seseorang dengan teguran yang mengaibkan apetah lagi menghina dan mengutuk.
Insulting others is never a way of correcting them.
Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata, "Ubahlah orang lain dengan akhlak kita".
Kalau kita sendiri tak boleh menjaga mulut di badan sendiri, jangan berangan nak ubah sesuatu di badan orang lain.
Nak ubah seseorang tak semestinya dengan teguran tetapi boleh dengan teladan.

Blog reader yang aku jumpa dulu. Dia kat USM.
Bila terbaca kat FB status aku on the way ke USM, dia bagitau nak jumpa.
Masa aku fetch dia dari ofis, aku bersandar depan kereta aku.
Dari balkoni dia jerit “Di!!”
Beria-ia dia lambai aku sambil berlari-lari.
Aku cuak. First time jumpa. Sebab dia pakai tudung labuh bulat!
Yang aku pakai skirt pendek, blouse yang low cut.
Kelam-kabut aku adjust baju aku.
Padahal takde apa yang boleh diadjust pun. Dah memang pendek, kan.
Tapi dia ok je. Salam-salam, laga-laga pipi, peluk-peluk.
Avid reader sangat katanya.
Aku muka dah kelat-kelat sebab segan dengan penampilan dia. Tapi dia ok je.
Seolah-olah kepala aku je dia nampak, badan aku halimunan 😆.

Itulah yang aku kata - teladan.
Dia tak pernah pun nasihat aku secara direct. Tak pernah.
Tapi akhlak dia buatkan aku yang terpanggil nak tanya dia macam-macam.
Jangan tanya siapa ya, aku nak menjaga nama dia.
Dah Prof Madya dah dia sekarang.

Sebelum kita jatuhkan hukum sesuka hati, harus belajar untuk lihat dari pelbagai sisi dulu.
Cuba fikir, ingat senang ke orang-orang nak berhijrah?
Nak lagi yang dah biasa daring?
Someone yang dah begitu lama dan terbiasa pakai baju sendat, singkat, terdedah lurah sana sini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk dorang mengubah penampilan.
Dorang decide nak bertudung pun dah satu pencapaian yang besar sebab kita tak tau berapa banyak kekuatan yang dorang dah bina untuk dapatkan keberanian berhijrah.

Aku kagum dengan wanita-wanita (public figure) yang selama ni dipuji-puji bentuk badan paling cantik, rambut paling menawan, kaki paling panjang, pinggang paling ramping - tiba-tiba berhijab.
Jangan ingat keputusan dorang untuk berubah tu adalah satu keputusan yang senang nak dibuat.
Someone yang dipuji-puji rambutnya, bukan mudah untuk dia ambil keputusan berhijab.
Someone yang dipuji-puji ramping pinggangnya, bukan mudah untuk dia menyarung pakaian longgar.
Someone yang dipuji-puji suaranya merdu, bukan mudah untuk dia ambil keputusan untuk berhenti menyanyi.

Manusia suka pada pengiktirafan.
Apabila pengiktirafan dah jadi kebiasaan, adalah menjadi beban apabila nak berhijrah. Berbelah-bagi hatinya.
Jadi, bila dia tergerak hati untuk memperbaiki penampilan, jangan torture dia melampau-lampau.
Biarlah dia ubah perlahan-lahan.
Mereka ni kuat sebenarnya.
Kuat untuk buat keputusan berhijab walaupun mereka tahu periuk nasi mungkin terjejas.

Orang yang baru nak start berbisnes pun bermula dengan modal kecik.
Start dari rumah, kerja sendiri.
Lepas tu baru berani sewa kedai, ambil 2-3 orang pekerja.
Dah maju sikit, beli kedai 3 tingkat, hire lagi 15 pekerja.
Dah maju lagi, bukak cawangan.
In business, itu proses yang normal.
Begitu juga dengan proses mengubah penampilan diri.
Perlahan-lahanlah. Beri wanita-wanita ini ruang dan peluang untuk belajar.
Kita tak boleh nak expect dia buang semua baju-baju lama and start pakai baju longgar on the spot.
Alangkan kita yang konon bajet menutup aurat sejak sekolah pun harap kat aurat je tutup tapi mulut macam puaka juga tak berubah.
Be fair to them.
Masing-masing ada kekurangan.
Insyallah ada ruang untuk memperbaiki.

Jangan pandang orang lain teruk macamkan kita ni baik sangat.
Hentikanlah perangai suka kira dosa orang pastu bandingkan dengan pahala diri sendiri.
Syok sendiri namanya ni.

Dalam surah Al-Mulk ada kata "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya..."

Yang LEBIH BAIK amalnya.
Allah tak kata 'yang LEBIH BANYAK amalnya'.
Malangnya, ramai di kalangan kita yang suka menghitung dosa pahala.
Jangan ingat cara Tuhan menghisab sama macam manusia punya konsep menghisab, ada merit bagai.
Tuhan Maha Halus dalam menilai.
Kerana DIA mengetahui kebaikkan seseorang itu tidak hanya secara lahiriah.
Sebab tu DIA kata SEBAIK-BAIK AMAL, supaya kita sentiasa berbuat baik kerana kita tak tau amalan baik mana satu yang Allah paling suka.

Mana tau, in spite of banyak halangan, tetapi dengan kekuatan dan kesungguhan untuk berubah itulah yang menjadi asbab Allah redha.
Dan jangan buat jahat lansung kerana kita tak tau perbuatan jahat yang mana satu yang Allah paling benci.
Silap-silap perangai kita yang dok suka cari kesilapan orang ni la yang bawak kita ke neraka.
Sia-sia je solat puasa.

Allah dah ciptakan manusia sebaik-baik bentuk.
Kalaupun ada yang lahir tak sempurna anggota, ini dah sebaik-baik bentuk menurut ilmu Allah.
Tak ada yang buruk dari DIA kalau dilihat dari sisi manapun.
Kalaupun kita merasa ada yang buruk, maka keburukan itu sebenarnya datang dari kita.
Boleh jadi kerana kita bersangka buruk, buruk hati, atau buruk fikiran.
Jadi kalau ada perkara yang menjadikan hidup kita tak tenang melihat orang senang, itu adalah kerana diri kita sendiri yang buruk.

Dia macam ni tau.
Perasan tak masa kita suka someone, segala yang ada pada dia nampak helokkk je.
Muka dia nampak good looking, perangai dia nampak elok, dia berdehem pun kau rasa dia tengah buat kelakar.
Beria kau gelak dek kerana kelakar sangat 🙄.
Lama-kelamaan dia tidak lagi special di mata kita.
Dia berubah jadi biasa-biasa je.
Muka dia biasa-biasa, gaya dia biasa-biasa.
Kau tak nampak dah yang special pada dia. Semuanya biasa.
Yang sebenarnya, dia special di mata kita kerana KITA yang special.
Dan ketika seseorang nampak buruk di mata kita, apa yang dia buat kita tak suka - boleh jadi yang buruk tu adalah kita, bukan dia.
Fikir-fikirkanlah, ya.
Jadi, kalau tak boleh bantu mengubah orang jadi lebih baik, memadai bantu perbaiki diri sendiri.


2022-08-19

Supercube


Product: Supercube
Client: Azrina Suhani Jailani



First time aku try Supercube.
Rasanya di kalangan pembaca blog dan follower IG ada yang carry this brand.
Tak salah aku pernah ada orang promote kat aku suplemen ni dulu.
Baru-baru ni berpeluang mencuba.

Apa yang aku boleh katakan Supercube ni adalah konsep.
Dia sebenarnya mengetengahkan dan menjual satu konsep baru iaitu suplemen dalam bentuk kiub.
Kiub tu mengandungi bahan-bahan seperti esktrak bunga, buah dan herba.
Caranya kau masukkan kiub tu dalam air, kacau dan minum.
Basically, bahan yang digunakan tu adalah bahan-bahan biasa.

Aku tahu mesti ada orang yang seperti aku yang tertanya-tanya atau takut nak cuba sebab konsep yang dia buat adalah KIUB.
Dalam kepala tu terfikir - apa rasanya, macamana nak guna, apa jadi bila dah makan nanti, etc. Betul tak?
Sebab fikiran kita terarah pada bentuk kiub tu.

Setelah mencuba beberapa kiub, sebenarnya Supercube ni suplemen sahaja.
Bergantung pada jenis kiub, ada yang kiub halia dan lavender, ada kiub kurma merah dan goji berry, dan ada kiub Osmanthus (sejenis bunga) dan ros.
Suplemen yang menggunakan saintifik word like Osmanthus, membuatkan some people takut-takut nak cuba.
Jangan takut. Osmanthus tu nama genus untuk bunga je.
Kalau siapa pernah guna produk L'Occitane mesti dah biasa dengan nama Osmanthus sebab L'Occitane ada produk range body lotion, shower gel, and perfume berasaskan bau Osmanthus.

Dari segi penggunaan Supercube, takde apa yang too teknikal.
Sama macam korang makan suplement berserbuk - koyak, tuang dalam air, kacau dan minum.
Bezanya suplemen Supercube ni dalam bentuk kiub.
Herba dan bahan-bahan yang terpilih dimampatkan dalam bentuk kiub.

Just like suplemen lain yang mengkhususkan treatment kepada masalah-masalah tertentu, Supercube juga ada beberapa jenis kiub untuk heal certain issues.
Antaranya kiub Osmanthus & Roses untuk Relax & Heal.
Osmathus ni boleh dikatakan sejenis flower tea.
Kalau korang buat teh kemudian masukkan kiub Osmanthus ni just nice lah.
Osmanthus ni effectnya macam Chamomile.
Chamomile pun orang letak dalam teh juga sebab ada healing effect.
That's why dalam Gloei aku letak Chamomile sebab Chamomile ada healing effect.
Tapi dalam Supercube, they chose Osmanthus untuk healing effect.

Healing yang macamana tu?
Dia ada antioxidant yang buang toksin dari badan.
Bila toksin keluar, maka badan rasa fresh.
Dalam website Supercube dia suggest minum waktu malam sebab dapat effect mengantuk.
Tapi hari tu aku minum waktu siang, alhamdulillah, tak mengantuk.
Maybe hari tu aku dah terlebih tido.
Cuma, aku nak tambah sikit kat sini, sebaik-baiknya Osmanthus cube ni ambil 30-60 minit SELEPAS makan.
Sebab herba yang ada sangkut-paut dengan teh selalunya easily react dengan makanan.
Kalau minum right after makan, MUNGKIN bertindak balas dengan makanan.

Satu kiub lagi adalah Red Date & Goji Berry untuk Nourish & Boost.
Kenapa dia kata Nourish & Boost?
Sebab, kandungan vitamin A and C dalam buah-buah ni.

Kita semua tahu vitamin C helps improve immunity.
Vitamin A pula untuk skin.
That's why dia kata Nourish.
Maknanya, in the long run, kiub ni bantu skin lebih sihat dan segar.
BUt bear in mind, this is a supplemen.
Bermakna, jangan pula expect makan 2-3 kiub kulit dah glow. Tak.
Kalau kau berjemur tengah panas, tak apply sunscreen, tak amalkan basuh muka cuci mekap bersih-bersih, kau berendam dengan air kiub ni pun kulit kau tak apa-apa.
Jangan ingat makan A, terus jadi.
Makan B, terus jadi. Tak.
Kena ada kerjasama dari semua yang terlibat.

Another kiub yang Supercube offer adalah Ginger & Lavender untuk Calm & Soothe.
Yang ni rasanya orang yang guna essential oil pun tahu Lavender memang untuk calm and soothe.
Banyak sabun mandi pun pakai ekstrak Lavender, kan?
Memang Lavender terer bab memberikan rasa tenang and fresh ni.
Kalau bab Ginger, aku sangat familiar sebab produk aku banyak guna ginger.
Ginger untuk bagi keluarkan angin, elakkan perut kembung dan bantu perbaiki sistem penghadaman.

Tak pasti kenapa dalam website Supercube hilang satu kiub iaitu Blue Pea & Chrysanthemum.
Maybe tengah out of stock kot. 
Yang ni pun aku dah try.
Basically rasanya lebih kurang sama - ada rasa-rasa herba sikit.
Aku minum dengan air oren sebab aku takut rasanya pelik kalau bancuh dengan air putih saja.
Aku payah sikit nak telan benda herba, sebab tu produk aku yang berasaskan herba aku letak dalam kapsul.
Karang, sendiri produce sendiri takleh telan.

Blue Pea & Chrysanthemum can help you induce calmness dan bagi sejuk badan.
Banyak bunga-bunga yang boleh bagi calm - Chamomile, Osmanthus dan Chrysanthemum.
Aku ada cerita pasal Chrysanthemum.
Masa sekolah dulu, aku beli air kotak teh Chrysanthemum kat kantin.
Aku cakap dengan akak tu "Kak, nak teh Kekwa satu".
Chrysanthemum tu translation dia in malay adalah Kekwa.
Akak tu gelakkan aku.
Dia kata "Dik, ini teh bunga lah, bukan teh kekwa".
Ewahhh. Ni siapa yang kelakar. Aku ke, dia? 

Oh by the way, selain dari infuse dalam air, atau bancuh dengan minuman lain, korang boleh bereksperimen masukkan Supercube dalam masakan.
Aku tak pernah try lagi tapi berdasarkan apa yang aku dah minum, insyallah dia takkan mengubah rasa makanan sangat sebab kiubnya kecik je.
Lebih kurang kiub ikan bilis Adabi tu je.

Cuma ada satu yang aku terfikir tentang Supercube ni, sebab dia berasaskan molasses.
Molasses adalah sejenis gula.
Jenis tumbuhan dan kaedah extraction of the plant bagi impak pada amount of sugar dalam molasses.
Takde pulak ditulis dalam website apa kaedah dan tumbuhan yang dorang guna untuk buat molasses.
Because setahu aku, molasses tak sesuai untuk orang yang ada diabetis atau people yang concern dengan blood sugar.
Kalau orang-orang ni nak ambil this molasses drink, dia kena cut carbohydrate intake so that dia punya total carbohydrate remains in check.
Aku tak sure how much molasses dalam kiub ni.
Maybe tak banyak macam molasses syrup.
Molasses memang lebih baik dari gula putih, tetapi molasses bukan stevia.
Ada possibility ia boleh bagi impact sikit pada blood sugar. Hat ni kena check.
Tapi berdasarkan sedikit ilmu yang aku tahu, madu lebih rendah glycemic index berbanding molasses.
Jadi berdasarkan fakta itu, aku berpendapat Supercube tak sesuai untuk diabetic patient.

Ada 2 lagi produk Supercube yang aku berpeluang untuk mencuba, iaitu - Soothe Mist and Superbytes.
Soothe Mist ni lebih kurang macam minyak angin dalam bentuk spray bottle.
Kombinasi minyak kayu putih, minyak zaiton, minyak kelapa dara, minyak bidara, minyak habatussauda dan beberapa jenis lagi.
Berangin. Sebab tu aku kata macam minyak angin.
Bolehlah buat sapu-sapu kat bahagian yang sakit/lenguh.
Nak buat sapu kat kepala kalau sakit kepala.
Nak buat mengurut badan pun boleh ni.

Yang ni Superbytes. Apa bendanya ni?
Ok, ini konsepnya macam energy bars atau cereal bars.
Dalam tu basically contains cereals, micronutrients, dan bahan-bahan lain yang bertujuan untuk supply quick food energy.
Dalam Superbytes ada kombinasi cereals, kurma and coklat.
Tetapi Superbytes BUKAN meal replacement, sebab ini bukan protein bar.
Superbytes ni boleh buat sebagai snek.
Kotlah anak-anak jenis yang payah nak makan tapi suka makan snek, bolehlah try bagi Superbytes.

Ni nak touch sikit pasal cereal bar.
Korang kalau makan snek-snek macam ni, jangan ingat semua cereal bar tu sama tau.
Protein bars lain, endurance bars lain, energy bars lain. Semua ada functionnya.
Protein bar tu khusus untuk orang-orang yang selalu buat high-intensity activities macam atlet and bodybuilders sebab ingredients dalam bar tu provide support for exercise and recovery of muscles.
Sebab tu dia sesuai sebagai meal replacement.
Energy bar macam Superbytes bagi tenaga for a short time only.
Contohnya, in between waktu lunch and dinner, bolehlah kunyah-kunyah Superbytes.
Nak kunyah karipap pun boleh, tapi kotlah kau nak makanan berkhasiat as minum petang kan.
Jangan pulak sebelum pi gym kau makan Superbytes ni. Lembik kau karang.
Superbytes ni membantu korang kekal actif dan kurang lapar sementara menunggu meal yang seterusnya. Itu konsepnya.
Jangan pulak kau bantai seharian makan ni. Tak cukup zat badan nanti.

Ada promo merdeka dari seller ni. Boleh refer gambar atas dan contact dia, ok?

Ini whatsapp link: Whatsapp seller

Ini link e-shop: e-shop

And ni link instagram: Instagram seller


2022-08-18

Silap menyingkapi nikmat, boleh buat hanyut tanpa sedar.


Bersembang dengan kawan, dia cerita tentang environmentnya yang sangat toksik.
Kalau tengok dari luar nampak environment pekerjaannya dikelilingi dengan orang-orang berilmu dan beramal.
Dari sudut penampilan, gelaran dan jawatan - dari pandangan depan, dia berada dalam persekitaran yang.
Orang bijak pandai agama kiri kanan.
In other words, kalau banding dengan orang awam macam kita-kita ni, memang nampak benau jahilnya kita banding dorang.

Tapi tu lah, ujian manusia tu tak sama, kan.
Ujian orang yang berilmu ni sebenarnya jauh lebih kuat.
Yelah, sesuailah pulak dengan tahap pengetahuan agamanya.
Bila orang yang bijak pandai agama diuji dengan duit, maka segala preach-nya dulu tentang "mengejar dunia" akan menjadi ujian baginya.
Ternyata berada dalam kedaan yang penuh dengan nikmat belum tentu suatu rahmat.
Nikmat yang banyak, rezeki yang banyak, belum tentu datang dengan kasih sayang Allah.
Sungguh, bila dengar cerita kawan tentang apa yang sedang berlaku dalam environmentnya, aku jadi takut dengan ujian jenis ni.
Mintak jauhlah kalau nikmat yang banyak sebenarnya satu ujian yang buatkan aku makin hanyut.

Rezeki orang berbeza bentuk.
Ada yang sihat tubuh badan walaupun ekonomi tak kencang.
Ada pasangan yang ideal, tapi anak takde.
Ada yang berharta, tapi banyak musuh.
Ada yang terkenal, tapi tiada kawan.
Ada yang mudah tercapai impian, tapi hidupnya sunyi.
Ada anak yang comel dan sihat, tapi rumah tangga bermasalah.

Macam tu lah juga dengan ujian, setiap orang berbeza-beza mengikut kemampuan seseorang.
Ada yang diuji dengan badan yang kerap sakit tetapi tak mati-mati hingga membebankan orang yang menjaganya.
Ada yang diuji dengan badan sihat walau makan tak jaga.
The thing is, kalau ujian tu berbentuk musibah yang jelas musibahnya, lain cerita.
Sebab kita nampak bentuknya musibah.
Yang paling takut ketika ujian itu datang dalam bentuk nikmat sedangkan itu adalah musibah tapi kita tak sedar itu musibah.
Yang diuji dengan kehidupan yang sentiasa lancar.
Yang diuji dengan harta.
Yang diuji dengan pengaruh.
Yang diuji dengan mudahnya berbuat maksiat.
Hat ni yang sangat takut.

Pergi Mekah yang si lelaki sibuk bertudung litup bertelekung.
Elok tak kena bala.

Yang perempuan pula gatal nak pakai kain ihram.
Elok je lancar urusan ibadah.

Yang kata pergi Mekah banyak kali walau tak tutup aurat.
Kau tutup aurat pun tak sampai-sampai lagi ke sana.

Yang duit banyak bisnes sentiasa menjadi walaupun perangai tak senonoh.
Maknanya aku buat benda betul. I am blessed!

Hat ni yang kita takut kalau kita diuji sebegini.
Sebab musibahnya tak jelas.
Akal kita kata "Wow bagus dia, walau dia macam tu tapi hati dia baik sebab tu rezeki dia banyak".
"Patutlah dia jutawan, sebab dia baik dengan keluarganya. Dia seksi tu biarlah dia dengan Allah".


That's true. Urusan ibadah bukan urusan kita untuk menilai.
Itu memang bukan kerja kita.
Tapi ketika rezeki datang dengan lebat sedangkan bermaksiat dengan Allah - yang ini sangat takut.
Aku tak cakap hal orang.
Aku takut kalau aku diuji atau sebenarnya sedang diuji dengan ujian berbentuk macam ni.
Lojik akal kita kata kita tak buat jahat kat orang. Betul.
Tapi macamana pula antara kita dengan Allah?
Jangankan kata duit dan harta saja.
Sihat badan ni pun tak sure lagi nikmat atau ujian.
Orang lain makan sikit dah gemuk.
Kita mentekedarah beria tapi kekal slim.
Bila dah slim mulalah gaya pun lain.
Memang tak buat jahat dengan orang pun, kan.
Tapi tu lah, silap menyingkapi nikmat, boleh buat hanyut tanpa sedar. Nauzubillah.

Dulu bila takde duit, masalah sungguh nak bersedekah.
Bila dah berduit, jadi takut pula nak bersedekah.
Takut bersedekah kat orang yang salah katanya.
Takut mengkayakan puak-puak yang menunggang agama katanya.
Maka dia kata lebih baik kita sedekah kat keluarga sajalah. Itu betul.
Sebaik-baik sedekah pada ahli keluarga.
Tapi terfikir tak kita, kalau semua nak sedekah pada keluarga, siapa pula nak sedekah pada masjid, pada pusat tahfiz, pada anak yatim?

Aku tak terkecuali, kadang-kadang perasaan macam ni muncul juga.
Terasa macam "Hari-hari buat transfer online kat tahfiz, entah ye ntah tak untuk student".
Masa takde duit beria berjanji nak rajin sedekah.
Time duit ada, perasaan macam ni mulalah muncul.

Bak kata En Wan, kalau nak sedekah, sedekah saja.
Kita dinilai dengan apa yang kita buat.
Apa yang penerima buat dengan sedekah, bukan urusan kita.
Setan ni licik.
Kalau dia tak boleh buatkan kita jadi jahat, dia akan buatkan kita berbelah-bagi nak buat baik.

Bila pikir-pikir balik kan, betullah dunia ini tempat berpenat-penat.
Diri tu sentiasa penat berperang antara lojik akal dengan hukum Allah.
Nak-nak pulak kalau peluang ada depan mata.
Kalau lepaskan peluang, bodoh pula rasanya.
Maka akal kita pun cuba mencari selojik-lojik alasan untuk membenarkan perbuatan.

"Takpelah bergelek pun, bukan aku buat jahat"

"Biarlah sexy, itu lebih baik dari busuk hati macam kau"

"Tender tu saya bagi pada company adik saya, bukannya saya owner company tu"

"Ini bukan rasuah, itu hanya hadiah peribadi"


*sigh*


2022-08-17

Connection between music and memories ni sangat powerful.



Dah seminggu Olivia Newton John passed away.
Lagu-lagu dia ada 2-3 buah dalam playlist aku.
Around year 2006 aku start simpan lagu-lagu dalam bentuk mp3.
Lagu Olivia ada dalam list aku sejak itu, sampai sekarang.
Rasanya blog readers tahu aku jarang dengar radio.
Memang telinga aku melayan lagu-lagu lama.
Bila hari-hari kau dengar lagu-lagu ni bertahun-tahun dari zaman mudah hingga ke tua, semacam satu lost bila Olivia mati.
Macam ada memori yang hilang.
Padahal aku bukanlah follow sangat Olivia ni, sekadar minat beberapa lagu.
So, boleh imagine betapa lostnya aku bila Leslie and Wong Ka Kui mati.
Sebab dua-dua ni aku bukan saja dengar lagu-lagunya, tapi minat sejak remaja.

Bila umur dah 45 tahun ni, lepas sorang, sorang penyanyi yang jadi sebahagian dari memori zaman remaja, meninggal dunia.
Terasa satu satu kenangan lama ditarik.
Agaknya inilah perasaan orang-orang tua yang umur 70-80 tahun bila satu satu ahli keluarga dan kawan-kawan meninggal.
Terasa kembali asing sebab orang-orang yang familiar semua dah takde. Yang tinggal adalah orang-orang yang bukan sezaman.
Aku ni pun kalau sesekali terdengar lagu-lagu terkini yang Rayyan and Redza pasang, aku jadi lost.
Tak familiar lansung aku dengan dunia tu.
Lagu-lagu dalam kereta aku and En Wan adalah dari playlist aku.
Maknanya anak-anak aku dah biasa dengar lagu Francisca Peter, Jamal, Broery, Fauziah Latiff, JayJay, dan tak lupa lagu-lagu cina aku.
One day bila aku dah mati, sesekali dorang terdengar lagu-lagu tu sure teringat zaman kecik terpaksa hadap sepanjang perjalanan dengan lagu-lagu oldskool ni.

Yang buatkan aku melayan Olivia Newton John, Engelbert Humperdinck, Carpenters, Tom Jones, Broery, Sharifah Aini, Noor Kumalasari, Tetty Kadi - semuanya sebab masa kecik dulu bapak aku layan lagu-lagu ni.
Padahal zaman tu dah ada penyanyi-penyanyi baru.
Tapi disebabkan dah biasa dengar, sampai sekarang lagu-lagu ni ada dalam simpanan.
Kadang tu it's not because lagu tu sedap sangat, tapi kerana memori yang dibawa bersama.

Connection between music and memories ni sangat powerful.
Nak-nak lagi lagu zaman dulu yang lirik dan melodinya strong.
Aku dengar "Lagu Dari Kamar" by Noorkumalasari sambil driving pun boleh nangis.
Padahal lagu tu takde kena-mengena lansung dengan hidup aku tapi kenangan aku mencari note lagu tu guna rekorder sambil duduk tepi tembok rumah arwah nenek kat Tampin.
That kenangan yang buatkan aku nangis.

Contohnya, lagu raya Anuar Zain and Ellina.
Yang ni setiap kali raya memang mengundang memori kena buat show depan akak-akak senior.
1-2 tahun selepas quit, lagu ni mengundang troma juga.
Lama-kelamaan dah jadi punca aku senyum sorang-sorang.
Rasa sampai ke mati aku akan ingat memori kena ragging setiap kali dengar lagu ni.

Lagi satu, lagu Belinda Carlisle.
Pertama kali aku dengar lagu dia adalah masa kat TKC.
Budak-budak dorm aku boleh tahan ramai yang have-have.
Umur 13 dah ada mini compo and walkman. Dengar lagu omputih.
Aku masa tu masih stuck dengan lagu Tika dan Saat Ini Medicine 😆.
Tiap kali balik kelas, dia akan pasang lagu Belinda Carlisle.
Maka now setiap kali aku dengar lagu tu, teringatlah memori di TKC.

Aku takde masalah nak layan lagu-lagu terkini tapi kecenderungan aku masih lagi kat lagu-lagu lama.
Lagu-lagu terkini kalau dengar pun sekali lalu.
Maybe itulah punca aku dah tak berapa melayan program muzik kat TV termasuklah AJL.
Kalau dulu AJL ni takleh miss. Semua lagu yang bertanding aku tahu.
Now, tengok pun malas sebab usia sekarang dah tak berapa boleh get along dengan rentak terkini.
Rasanya ini jugalah yang mak bapak aku rasa masa KRU and 4U2C masuk industri dulu.
Mak Aji dengar lagu KRU "Lagu apa ni? Terkinja-kinja tak tahu hujung pangkal". Hahahaha.
Tapi aku dari dulu lagi takleh masuk lagu-lagu 4U2C.
Kalau KRU and Feminin tu tahan lagilah.

Lagu zaman dulu melodinya menenangkan jiwa dan lirik pun jelas.
Tak caya kau dengar lagu ni.


Lagu sedap, lirik pun jelas. Sekali dengar dah faham.
Kalau nak tau lagu tu tenang ke tak, cuba kau layan tengah-tengah malam.
Kalau rasa tenang, maknanya lagu tu memang kategori mendamaikan jiwa.
Tak banyak lagu-lagu macam tu sekarang.
Zaman dulu melodi macam ni sangat banyak sampai tak tau nak dengar mana satu.
Lagu sedap tu terlampau banyak.
Kau boleh tengok sekarang kalau pi karoke orang nyanyi lagu apa.
Ada orang nyanyi lagu rap? Takde.
Orang tetap cari lagu-lagu lama.
Itu maknanya melodi dulu lebih bertahan lama.

Ada orang pernah kata, orang yang suka dengar lagu-lama lama ni ada kenangan yang dia tak boleh lupa.
Betul juga. Itu lojiklah sebab semakin banyak umur, semakin banyak kenangan yang dah dicipta.
Dah tentu banyak lagu-lagu yang mengingatkan aku dengan kenangan-kenangan tu.
Tapi dalam kes aku yang sejak dari zaman muda stuck dengan lagu oldies, maybe kehidupan aku zaman kecil sebenarnya menyeronokkan.
Walaupun dalam keadaan serba kurang, aku happy.
Walaupun mak aji kadangkala bertukar menjadi singa jadian, tapi tak ada kenangan yang memeritkan yang buatkan aku troma. Takde.
Kalau diberi peluang memilih, aku pilih zaman aku kecil dulu.
Zaman hidup betul-betul hanya dengan keperluan, bukan kehendak.
Make full use and be creative dengan yang ada.
Bukti bahawa bahagia itu bukan pada duit, bukan pada harta, bukan pada populariti.
Duit, harta, nama, gelaran cuma habuan dunia digunakan untuk tujuan mudahkan hidup. Bukan tujuan cari bahagia.

Zaman kecil, kehidupan serba seadanya.
Expectation tak tinggi. Dan harapan orang pada aku pun tak tinggi.
Kewujudan aku tak penting.
Sometimes, diambil kesempatan sebab aku bukan siapa-siapa.
Dulu aku sedih dengan keadaan tu.
Diam-diam aku simpan angan-angan one day aku nak keluar dari keadaan 'seadanya' ni.
Aku nak ada lebih. Sebab itu saja jalan nak bagi orang respect aku.
Now, aku happy dah keluar dari keadaan tu.
Dapat provide anak-anak dengan kehidupan yang aku tak pernah ada semasa umur dorang sekarang.
Tapi, aku realized sebenarnya keadaan 'seadanya' itulah yang ajar aku untuk jadi sabar, redha, belajar hidup sederhana, belajar rendah diri, dan belajar sedar diri.

2022-08-15

Anak-anak seperti aku dulu tak faham apa yang ada dalam fikiran ibubapa.

Viral dah kes budak MRSM Kuantan tu pagi ni - report polis mengatakan tak ada unsur gangsterism.
Tak pula dinyatakan apa puncanya, tapi ramai yang mengagak KEMUNGKINAN dicetus oleh pelajar itu sendiri.
Yang tak best tu bila jadi gini, mulalah orang mengecam parentsnya (mak).
Konon mak bapak yang paksa budak tu masuk MRSM.
Konon mak bapak nak kerja senang tak nak monitor anak-anak belajar.
Halah halahhhh, yang nak kerja senang tu kau kot.
Sebab tu anak kau tak dapat, sebab kau yang ada ciri-ciri tu 🙄.

Ok, aku tak surelah apa yang sebenarnya terjadi dari kes budak tu.
Tapi aku dapat rasakan kekecewaan parentsnya.
Sebab aku pun ada pengalaman buat perangai gini masa nak keluar dari TKC dulu.
Tapi belum sampai ke tahap buat kes besar-besaranlah, setakat percubaan men-fly di waktu orang lain sedang bersahur. Tu pun tak berjaya.

As remaja (ketika itu), aku tahu keupayaan aku kat mana.
Aku tahu aku boleh belajar sendiri dengan bahan bantuan yang terhad.
Aku lebih suka belajar sendiri.
Reason terbesar aku mati-mati nak quit dari TKC dulu adalah kerana aku tak boleh ikuti pembelajaran style macam tu.
Aku tak suka belajar berjadual.
I mean bangun sekian-sekian waktu, belajar sekian-sekian waktu, petang prep, malam prep - jadual ini bagus tapi bukan untuk aku.

Tapi aku faham kenapa mak bapak aku nak sangat aku stay.
Yang pertama, peluang.
Tahun 80an, kemasukan pelajar ke SBP selepas UPSR bukan dari permohonan.
KPM yang select berdasarkan result UPSR.
Bermakna, yang terpilih memang benar-benar layak dari sudut akademik.
Bila aku dapat ke sekolah SBP premier, dah tentulah mak bapak aku taknak aku lepaskan peluang tu sebab bukan semua orang boleh dapat peluang.
Nak-nak lagi orang macam kitorang yang tahap B40.
Siapa nak layan kalau aku mohon? Takde.
Bila dah terpilih, patutnya pergilah.
Mungkin itulah hasrat mak bapak aku.

Yang kedua, perbelanjaan.
Belanja sekolah makin lama makin besar.
Bebanan belajar juga meningkat.
Nak hantar tusyen mak bapak aku kurang berkemampuan.
Nak mengajar and guide di rumah lagilah tak pandai mana.
Pada pandangan dorang, kalau aku stay di asrama, lebih terurus bab pembelajaran sebab berada di environment yang fokus pada pelajaran. Ada guru dan kawan-kawan yang sama-sama boleh membantu.

Sekolah-sekolah terbaik be it SBP, MRSM atau sekolah harian mesti nak jaga KPI.
Oleh sebab itu dorang pulun habis-habisan drill budak-budaknya untuk excell.
Yang ni kita tak boleh nafikan.
Maka, tak semua mak bapak yang insist anak-anak stay di boarding school adalah mak bapak yang pentingkan diri sendiri.
Kerana pentingkan masa depan anak-anaklah maka mereka mahu anak-anak faham kenapa lebih baik stay di sana.

Cuma tu lah, anak-anak seperti aku dulu tak faham apa yang ada dalam fikiran mak bapak.
Tapi ada hikmahnya aku balik ke rumah.
Sebab 2 tahun selepas tu, Ima pula ke SBP.
Mak Aji hanya ada aku untuk bantu-bantu kerja kat rumah.
Rupanya banyak juga kerja aku.
Hampir tak sempat study dek kerana menguruskan hal-hal rumah.
Nasib aku quit. Kalau tak, stress mak aku buat kerja rumah sorang.
Padahal rumah tu kalau takde aku and Ima ok je. Tak bersepah pun.
Tapi mak aku ni jenis yang rumah sepah ke tak sepah mesti sapu hari-hari, mesti lap hari-hari, atas bawah kena sapu, dapur kena mop hari-hari.
Dia balik kerja dah 4.30pm.
Kalau balik kerja terus mengemas everyday, sure lembik.
Mesti masa tu mak aku dah realized kebaikannya aku quit.
Dalam hati berkata "Nasib baik Diana lari dari asrama".
Itulah pengorbanan seorang Diana, hero yang tak didendang. Gitu.

Memandangkan aku adalah salah sorang pelajar yang pernah cetuskan masalah demi nak keluar dari SBP, aku juga berpendapat parents perlu ambil kira kemampuan anak-anak.
Aku dulu masa kat TKC, hal basuh baju, basuh kasut, menguruskan diri - ini bukan masalah.
Sebab aku dah dibiasakan menggosok baju mak bapak sejak umur 9 tahun.
Dah dibiasakan dengan mengemas rumah.
Basuh kasut tu perkara wajib. Ibal punya kasut pun aku kena basuhkan sekali.
Jangankan kata menyapu, basuh longkang dan mengecat dinding pun biasa buat.
Sebab tu bila akak kat sana ragging aku basuhkan kasut sekolah dan sidaikan baju dia - aku ok.
Aku tak anggap macam kena ragging pun.

Yang aku ada masalah ada pembelajaran.
Aku jenis takde disiplin punya worang.
Jadual belajar pun aku tak pernah salin.
Main call kawan je "Esok belajar apa?".
Cukup 2 minggu aku hafal lah jadual tu.
Jadi, orang seperti ini, apalah yang kau harapkan bila letakkan dia dalam satu jadual pembelajaran yang ketat?
Orang lain jadi makin pandai, aku jadi benak nanti.
Yang patut masuk asrama - En Wan.
Sebab dia duduk rumah pun ada jadual belajar sendiri.
Orang macam ni elok dicampakkan dalam asrama.
Tapi dia pulak waktu tu tak terdedah dengan keperluan masuk boarding school. 
Anak orang have-have katakan.

Redza dulu yang jadi masalah pada dia adalah bab membasuh baju, basuh kasut, gosok baju dan seangkatan dengannya.
Dia memang tak pernah buat lansung kerja-kerja ni.
Dia hanya tahu kemaskan katil je.
Bila dia ke MRSM, satu kejutan untuk dia nak membahagikan masa antara menguruskan diri dengan belajar.
Itu punca dia nak quit.
Tapi Redza buat hal nak quit tu masa tempoh orientasi je.
Lepas tu dia tak merengek lagi.
Rindu-rindu tu biasalah.
Masa orientasi agak tough sebab jadual padat.
Budak-budak ni belum reti nak manage time.
Rest pun kurang sebab aktiviti sampai ke malam.
Tempoh orientasi selalunya budak senang nak quit. Macam aku juga.

Masa aku masuk Maahad Hamidiah (sebelum dapat TKC), aku bertahan seminggu je.
Orientasi habis, aku pun habis. Hahahah.
Pulak tu environment Maahad agak berbeza dari kebiasaan aku.
Pakai tudung bulat, pakai kain dalam, mandi kolah - benda-benda ni buatkan aku stress.
Masa Jannah masuk SHAH hari tu, aku dah pesan kat Ima minggu orientasi selalunya waktu-waktu kritikal.
Mak bapak kena kuat semangat.
Memang anak-anak mudah nak mintak quit waktu ni.
Alhamdulillah, Jannah ok dah kat sana.

Tapi kalaulah betul kes MRSM Kuantan tu anaknya sendiri yang buat perangai, kesian maknya. 
Kesian aku tengok maknya pulak yang kena hencap.
Wahh netizen kalau dapat peluang melampiaskan perasaan bitter, memang cukup suka.
Hari tu awal-awal kes ni viral bukan main lagi kutuk MRSM lah, kutuk cikgu lah, kutuk anak-anak bijak perangai saiko lah, anak-anak bijak takde adab lah apa lah.
Tup-tup bila ada plot twist, dengan dia-dia sekali buat u-turn hencap maknya pulak.

Apa salah maknya? Dia buat apa sampai kena hencap gitu?
Setahu aku dia cuma mencari punca kepada masalah anaknya ketika tu.
Dalam keadaan anak mengadu hari-hari kena macam-macam di sekolah, dia pula jauh, mengharapkan guru dan warden buat sesuatu tapi tak jumpa jalan penyelesaian sedangkan keadaan makin memburuk, ditambah lagi dengan kepala kusut mikirkan keselamatan anak, entahkah tidur entahkan tak - jangan cakap orang. Entah-entah kita pun pilih option viral kalau kena kat anak.
Mana dia nak tahu anak sendiri boleh pergi sejauh tu akalnya?
Anak-anak tu sendiri pun tak sangka kes sampai masuk Buletin Utama agaknya.
Mesti rasa bersalah juga tu. 

Apa-apa pun, kes anak-anak buat perangai kat asrama ni sebenarnya kena pandang dari perspektif yang pelbagai.
Dari sudut pandang si anak, dan dari sudut pandang makbapak.
Jangan cakaplah kalau kita dapat peluang macam tu kita takkan paksa anak stay.
Seboleh mungkin pasti kita pujuk anak untuk stay.
Bukan untuk berbangga tapi kerana kita nak anak grab peluang baik ni yang bukan dapat selalu.
Jangan cakaplah kita takkan buat benda yang sama.
Sebab kita tak berpeluang maka kita kata mak bapak tu nak lepas tangan letak anak kat boarding school.
Esok kalau anak kau dapat peluang, aku nak tengok kau lepaskan tak peluang tu.

Bukan apa, aku dah nampak dah orang pesen gini.
Masa anak-anak orang lain dapat masuk boarding school, bukan main lagi dia kata tak leh berenggang dengan anaklah, nak anak membesar depan mata lah, kesian anak kena uruskan diri lah, bla bla bla.
Bila anak seterusnya dapat boarding school, eh hantar juga. Ingatkan tak nak hantar.
Yang benaunya dulu anak tak dapat. 
Bila anak yang lain dapat, tak pulak dia reject. Eleh, perangai.




2022-08-12

Hidup berumahtangga dengan hanya gaji RM1100.

Memang tough hidup berumahtangga dengan hanya gaji RM1100.
Melainkan isteri mahu berkongsi gaji.
Gaji pertama aku masa kerja kat MOSTI RM1400.
Cara-cara menumpang rumah Mak Aji, sewa tak payah bayar, bil api air ditanggung, makan tanggung - pun sesak rasanya hujung bulan.
Mana duit komuter, duit LRT, duit makan, duit nak beli keperluan bulanan, duit sewa kereta prebet sapu ke komuter hari-hari.
Itu belum lagi cerita sesekali nak beli bra baru, tudung baru.
Kadang tak tahu mana pegi duit tahu-tahu dah habis.
Nak simpan RM50 kat Tabung Haji pun seksa nau rasanya.
Nasiblah duduk rumah Mak Aji, kalau tak, memang tak dapat menyimpan lansung agaknya.

Kalau single boleh gagah-gagahkan lagi.
Tapi kalau dah berkahwin dengan gaji hanya RM1100, hmmm.
Kalau sekadar hidup, memang hidup. Tak mati punya.
Cuma mungkin tak menikmati hidup.
Mana dengan sewa rumah, transport, perbelanjaan bulanan.
Tu belum cerita ada anak.
Kalau isteri tak bekerja lagilah parah nak menanggung semua.
Semoga lelaki yang bergaji kecil ni diberikan kemudahan melaksanakan tanggungjawab.
Semoga diberikan isteri yang tak demanding.
Yang kalau boleh berkongsi lebih baik.

Tapi kan, sebut pasal demanding, setiap orang ada perspektif berbeza.
Pernah dulu ada cerita viral tentang pasangan suami isteri yang 17 tahun berkahwin akhirnya bercerai sebab suaminya asyik suruh isterinya bersabar.
Katanya si suami banyak buat kerja luar tapi duit tambahan tu bukan untuk keluarga tetapi menanggung adik yang masih belajar dan memenuhi kehendak ibubapa nak besarkan dapur, nak tambah depan, etc.
Maksudnya, duit tu ada tapi tak sampai ke keluarga sendiri.
Banyak disalurkan ke keluarga suami.
Sedangkan si isteri terpaksa contribute macam-macam demi nak mencukupkan perbelanjaan.

Dalam post tu si isteri cakap "Suami asyik suruh saya bersabar. 17 tahun kahwin, tak cukup sabar lagikah saya?"

Betul juga cakap dia.
Kalau 7 bulan kawen dah bercerai bolehlah dikatakan isteri kurang sabar.
Tapi kalau dah 17 tahun kawen, itu dah bukan kurang sabar dah.
Itu dah hilang sabar namanya.
Kalau aku pun agaknya tak sepanjang tu aku bersabar.
Lainlah kalau duit berlebih.
Ini kalau dah sampai terpaksa buat kerja lain demi nak menanggung adik dan memenuhi kehendak parents tak sudah-sudah sampai 17 tahun lamanya, entahlah.
Kadang aku konfius situasi macam ni.
Memanglah tanggungjawab anak lelaki tu besar, sampai ke mati taatnya mesti pada ibubapa tapi rasanya kita yang salah faham tentang konsep taat ni kot.
Kalau dah sampai membebankan diri, sampai buatkan isteri terpaksa tanggung kekurangan, macam dah tak betul kat situ.
Ke aku yang salah faham?

Seorang kawan pernah bagitahu aku "Berbelas tahun aku hidup dengan dia, takkan banyak ini je nafkah dia boleh bagi?"

Hari tu kan aku ada cakap pasal nafkah ikut kemampuan suami, kan?
Tapi perspektif kawan aku ni pun betul juga.
Kalau dah berbelas tahun kawen takkan nafkahnya banyak itu juga.
I mean kalau awal kawen dapat RM200, takkan dah berbelas tahun kawen nafkahnya RM200 juga.
Which is, dia betul juga.

Orang kata dalam rumah tangga ni takleh "ikut buku" sangat.
Kena adjust ikut keselesaan sendiri.
Kalau semua benda nak ikut buku, memang payah nak aman.
Sebab secara lojiknya, semakin bertambah usia perkahwinan, dengan harga barang naik, dah tentulah nafkah pun kena naik.
Gaji pun naik, takkan nafkah tak naik-baik, ye tak?
Itu kalau ikut bukulah.
Kalau semua orang nak ikut buku, rasanya tak ramai yang berkekalan hingga ke tua kot. Nauzubillah.

Samalah macam parenting tips. Macam-macam tips.
Bila input banyak, it can be difficult to determine what parenting techniques yang terbaik.
Kita jadi keliru.
Tak boleh marah anak katanya, nanti anak low self-esteem.
Jangan bagi anak makan junk food, nanti susah nak masuk ilmu.
Jangan bagi anak mengadap gajet nanti jadi bengap.
Tapi kadang-kadang bila anak payah sangat nak makan, aku bagi je dia makan maggi.
Kalau aku nak makan tenteram kat kenduri dan taknak dia meloncat sana-sini kat rumah orang, aku bagi iPad.

Maka aku rasa seperti parenting yang kita boleh pilih yang mana lebih sesuai dan terpakai untuk kita, begitu juga halnya dengan rumahtangga.
Ada setengah orang tak kisah berkongsi gaji.
Ada yang tak kisah suami tak bagi nafkah berbentuk cash asalkan hal lain suami uruskan.
Ada yang tak kisah lansung nafkah dari awal kawen sampai anak dah tujuh tetap RM50.
Dari sudut pandang kita, apa la bodohnya kau sanggup terima nafkah RM50 sebulan?
Tapi dah dia selesa, dan tak menyusahkan orang lain, biarkan.
Asal jangan ujung bulan datang minjam duit aku pulak, dah.

Ada yang tak boleh terima dah masuk tahun ke 20 kawen suami hanya beli kek dan coklat saja untuk sambut anniversary.
Dari sudut pandang kita nampak macam isterinya demand.
Tapi dari perspektif si isteri dan 20 tahun kawen kotttt, takkan itu itu jugak celebrationnya. Betul juga.

Dia sebenarnya macam ni.
Dari awal lagi kena buat keputusan ikut kata hati.
Bukan kerana kesian, bukan kerana simpati, bukan kerana balas budi, bukan kerana nak menjaga hati. Jangan.
Kalau rasa tak sanggup bersuamikan lelaki yang gaji RM1100, jangan kawen dulu.
Tak bermakna putuskan hubungan. Cuba tangguhkan dulu.
Kalau ada jodoh, ada. Kalau tak, takde.
Awal-awal tu memang sakitlah telinga kau nak hadap cakap-cakap orang.
Dah tentu yang buruk nampak kat kau punya.
Tapi kalau kau tahu sebab kenapa buat macam tu, pedulikanlah dengan cakap orang.

Aku dulu pun gitu juga.
Bila set-set gunting dalam lipatan ni tahu En Wan tu orang berduit, pakai sport car, dan-dan aku kena tuduh tinggalkan pakwe sebab nak lelaki kaya.
Aku diamkan aje.
Orang kalau dapat peluang hencap kita memang cukup suka.
Kau bagi je dia hencap kau puas-puas. Penat nanti dia diamlah.
Lepas tu sekarang nak jadi kawan aku? 
Aku bagi kau tengok aku dari jauh je.
Masa nilah nak mengaku kat kawan-kawan sepejabat "Blogger yang kau follow tu kawan aku".
Eh, boleh jalannnnnn.


2022-08-11

Bila kau jadi agen dia, kenalah membawa keuntungan untuk dia.


Ni hape cerita dari minggu lepas orang dok minta aku ulas pasal isu agen-founder.
Ni pagi ni lagi orang hantar link untuk aku baca and ulas.
Ok, aku baca dah. Tengah hot rupanya isu tu.
Sorry, aku bukan tak ambik tahu.
Ada la jugak sekali dua lalu-lalang kat FB, tapi buat bahan bacaan je.
Malas nak ambik port.
Nak aku ulas, boleh.
Tapi macam biasalah, aku takkan ulas tentang that produk, or that founder.
Sebab aku pun tak pakai produk dia.
Kalau nak sembang secara general, insyallah boleh.

Isu agen-founder ni dah lama dah.
Menjak aku jual Ephyra lagi dah ada isu ni.
Entahlah, aku tak tahu nak salahkan siapa.
Salahkan founder ke, salahkan distributor ke.
Dulu pun ada isu ni, cuma founder bukan seorang celebriti.
Jadi, masalah dalaman tak sampai ke pengetahuan netizen.

Ok, aku kupas satu-satu supaya tak berserabut.
Mula-mula kita sembang dari sudut distributor (agen).

Aku pun pernah jadi distributor.
Zaman aku buat biotech supplies, aku jadi distributor.
Pernah jadi co-distrubutor dan sole dustributor.
Co-dustributor bermaksud bukan aku sorang jual that brand. Ramai.
Maybe dalam Malaysia ada 3 distributor.
Tak ramai, kan? Tapi kena ingat, biotech industry kat Malaysia ni pun tak besar mana.
Kalau brand A ada 3 distributor, brand B ada 4 distributor, brand C ada 3 distributor....itu je dah berapa.
Semua ni pulak tuju kat satu customer yang sama.
Berbanding dengan produk seperti GreenAard, customernya adalah orang awam.
Ada 100 agen pun insyallah boleh hidup lagi sebab crowd besar.

Aku juga pernah jadi sole-distributor.
Dalam Malaysia, hanya company aku sahaja carry that brand.
Memang seronok jadi sole distributor sebab tak perlu fight price dengan distributor lain sebab barang kita berbeza.
Tetapi, jadi sole-distributor sales targetnya tinggi.
Sebab HQ dah bagi kau sorang je jadi agen, dah tentulah dia expect kau jual lebih banyak sebab kau takde competitor yang jual brand yang sama.
Berbeza dengan menjadi co-distributor, disebabkan ada beberapa agen jual brand yang sama, HQ bagi sales target yang lebih reasonable to achieve.

Adakah HQ bagi aku lead untuk jual produk mereka?

TAK.

HQ sebagai "founder" hanya bagi aku marketing material and support sekiranya aku perlu bantuan.
Tapi dia TAK AKAN bagi lubang-lubang customer.
Itu adalah kerja aku, which is betullah tu.
Kalau HQ boleh cari customer, apa perlunya lantik aku sebagai agen, kan?

Tujuan HQ melantik aku sebagai distributor supaya aku boleh luaskan capaian produk mereka.
Maka kerja akulah ke sana sini, ketuk makmal sana, ketuk makmal sini, buat demo, buat presentation dari hujung ke hujung untuk mempromosikan brand mereka.
HQ bagi aku harga agen. Di situlah aku buat untung.
Sama macam korang agen-agen ni juga.
Korang beli dengan harga agen, kemudian jual dengan harga selling price.
Buat untung dari situ.

Takde beza pun jadi agen produk RM12 dengan agen produk RM65K.
Sama je konsepnya. Buat untung dari harga agen.
Yang bezanya, agen kat Malaysia ni KEBANYAKANNYA terlalu bergantung pada founder untuk dapat customer.
Beli stok banyak-banyak lepas tu berharap HQ bagi lead pada mereka.

"Saya agen Shah Alam. Siapa dari Shah Alam beli dengan saya tau!"

Hari-hari kerja kau spam kat komen orang "Saya agen Shah Alam".

Tak, dik. Itu bukan kerja agen.
Sebagai agen, KITA yang kena cari customer.
Lead yang datang dari HQ adalah BONUS.
Bila mengharapkan HQ serah customer pada you, senanglah buat duit gitu.
Tak payah buat apa-apa, duduk je pegang henfon tunggu order masuk.
Lepas tu canang "Saya berjaya hit sales RM10K!".
Padahal customer bukan kau cari.
Semua customer yang datang dari page HQ.

Tahu tak kenapa HQ akhirnya kena jual kat Shopee dan Lazada?
Kerana, agen tidak capai target jualan.
Sebab kebanyakan agen tunggu lead dari HQ.
Sedangkan HQ bagi you peluang jadi agen supaya you cari customer di luar capaian HQ.
Barulah sales HQ bertambah.
Ini tak. Dah lah HQ kurangkan margin untung sebab bagi you harga agen, lepas tu customer HQ pun kena pass kat you.
Bodohlah HQ macam tu.
Baik dia buat untung solid jual direct pada customer.
Dah lah HQ buat marketing, HQ buar marketing material, HQ buat paid advert - tapi untung sikit semata-mata nak "tolong" agen.

Yang founder pun satu.
Suka sangat menjaja janji "Nak tambah pendapatan? Nak dapat gaji 4 angka walau duduk dari rumah? Join kami!"

Haa. Hambik!
Bila kau tabur sangat janji boleh jadi kaya macam tu, memang orang tuntutlah.
Lain kali cakap "Nak dapat gaji 4 angka walau duduk dari rumah? Join kami sebagai agen. Dengan syarat, kena rajin cari customer".
Aku jamin, perkataan "Dengan syarat, kena rajin cari customer" tu tak ramai yang nak jadi agen.
Sebab manusia memang suka kerja senang tapi nak kaya cepat.

Masa aku jadi distributor biotech, HQ letakkan sales target around RM60-100K sebulan.
Kalau 3 bulan tak hit target, distrbutorship ditarik balik.
Lagi susah nak buat sales nanti.
Jadi, nak tak nak kena push diri buat sales supaya hit target.
Masa tu aku taknak fikir nak kejar target, tapi nak buat untung.
Kalau fokus kat target aku jadi stress.
Bila fokus kat untung barulah enjoy sikit.

Kalau hit at least RM60K, untung aku sekitar RM27K. Itu baru satu brand.
Aku carry around 10-13 brand masa tu.
Setiap satu brand HQ yang berlainan.
Masing-masing ada sales target sendiri, dan perangainya.
Dan setiap brand aku kena study produk in and out supaya senang nak buat kerja mempromote.
That's why dulu aku takde life.
Kerja aku balik-balik membaca - masuk lab - jumpa customer. Tapi berbaloi.

2012, bila aku dioffer untuk jadi agen Ephyra (asal-asalnya aku endorser), aku dapat jual dengan baik berkat pengalaman jual barang biotech.
Pergilah tanya founder Ephyra pernah tak dorang bagi lead customer kat aku.
Tak. Aku tak mintak dorang bagi customer kat aku pun.
Takpe, aku cari sendiri customer sebab aku faham as a distributor memang kena cari customer sendiri.
Cuma kalau aku ada plan, aku akan sit with them and discuss.
Contohnya, aku pernah buat pakej RM500 untuk 3 kotak.
Siapa pernah beli pakej ni?
Aku sit with them, aku cakap kalau aku boleh jual sampai 40 carton, can I get special cost price? Haaa gitu dia.
Of course HQ bagi aku good price tapi dengan syarat.
Syaratnya, aku kena jual 40 carton one shot (480 kotak), and I did.
Waktu tu lori dari kilang stop kat rumah aku dulu turunkan stok baru ke HQ 😁.

Ok, itu dari perspektif seorang distributor.
Kalau dari perspektif seorang founder pula, aku berpendapat founder janganlah terlalu fokus mencari agen.
Kadang aku tak faham founder-founder ni keluarkan produk kerana passion atau nak buat untung semata-mata?
Sebab melambak-lambak founder yang buat produk tapi tak fokus pada penceritaan tentang produk.
Asyiklah promote pencarian agen. Kemudian jual lifestyle.
Balik-balik ayatnya "Nak jana pendapatan?", "Sampai bila nak harap duit suami", "3 bulan dah boleh jadi jutawan".

Yang aku ni tertanya-tanya, kau jual apa sebenarnya?
Apa yang kau nak utamakan? Produk atau duit?
Tu pasal founder-founder ni kejap-kejap keluar produk baru.
Produk A belum setahun dah keluar produk B. Produk B belum 6 bulan dah keluar produk C.
Ntah bila masa buat idea screening, ntah bila masa buat concept development and testing, ntah bila masa buat RnD, ntah bila masa buat market strategy - tau-tau berlambak-lambak produk release dalam masa 2 tahun.

Sebab apa kejap-kejap keluar new produk?
Sebab their aim is to jual kepada AGEN, bukan end-user.
Bila dah jual pada agen, lantak kaulah pandai-pandai.

Aku tak berapa suka sistem agen.
Memang sistem agen ni mengkayakan founder sebab agen wajib beli dengan stok yang banyak.
Memandangkan passion aku pada sains, especially food science, aku lebih suka menjual sambil bercerita tentang kaitannya dengan sains.
Afterall itulah pun tujuan aku produce produk-produk aku.
Be it GreenAard, Halal Kit mahupun Diploma program.

Ada je beberapa orang beli GreenAard dengan harga agen dan mereka jual kepada crowd mereka.
Kitorang tak bagi lead pun.
Those are people yang tahu konsep menjadi distributor.

Nak jadi distributor GreenAard takde masalah.
Marketing material setiap hari kot aku share kat IGS.
Staff aku pun share banyak info kat page GreenAard.
Yang follow telegram GreenAard mesti tahu everyday ada marketing material berbentuk poster yang staff aku share.
Ambil semua tu, baca dan tepek kat FB masing-masing.
Tak faham, boleh whatsapp staff aku.
Semua info dah ada, price agen kita boleh adjust.
Tapi tu lah, tang kena cari customer sendiri yang orang taknak buat.

Aku cakap kau, ya.
Founder ni buat produk kerana bisnes.
Bila bisnes, dah tentulah dalam fikiran adalah untung.
Mana ada orang buat bisnes nak rugi.
Jadi, bila kau jadi agen dia, kenalah membawa keuntungan untuk dia.
Kena selalu replenish stok.
Kalau 1000 agen setiap bulan replenish stok, dah tentu dia tak pergi kat Shopee.
Tapi bila agen beli sekali je, pastu tak beli dah, nak tak nak dia kena buka option di tempat lain.
Tak boleh nak salahkan dia juga.
Jadi, sebelum jadi agen, kena pastikan kita ada crowd ke tak, kita boleh cari customer ke tak, kita kenal produk ke tak.
Yang penting - bersedia untuk rugi atau tak.
Sebab, berbisnes ni bukan selalu untung.
Kalau tak bersedia, kau jadi customer dia je lah.