2023-08-31

Bukan semua relationship bagus untuk mental health.


31 Ogos 2023.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66, guys!
Salam dari Kuala Trengganu, menaip dalam apartment yang mengadap laut.

"Ada tak kawan-kawan Kak Di yang suka bila Rayyan keluar dari STAR?"

Wow!! Just wow!!
Tak pernah terfikir lansung hal ni, let alone nak terpikir aku bakal dapat soalan macam ni.
Ni mesti tak lain tak bukan, yang bertanya soalan ni ada pengalaman begitu, kan?

Yang pertama, aku takde kawan-kawan secokia tu.

Yang kedua, kalau ada, konfem itu bukan kawan, tapi sekadar kenalan yang bajet macam rapat nau, tapi sebenarnya haters. Kahkahkah.

Perkara-perkara macam ni memang berlaku.
Ada sorang mak, anaknya sama-sama dapat STAR.
Maknya pun blog reader aku.
Dia pernah cerita ada kawan tak puas hati anak dia dapat boarding school, lepas tu kondem macam-macam.
Sebab tu aku banyak kali cakap, yang selalu bawa masalah hal anak-anak adalah mak bapak, bukan anak.
Mak bapak yang always berdengki dan berlumba sesama sendiri. Anak-anak cool je.

Dulu masa ada UPSR.
Yang menggelabah bila sekolah raikan pelajar cemerlang naik stage pegang placard, siapa? Mak bapak.
Anak-anak elok je congratulate each other.
Yang bitter sekolah buat anugerah hari kecemerlangan, siapa? Mak bapakkkk.
Anak-anak ok je bertepuk tangan sorak kawan naik pentas ambik hadiah.
Esok, dalam kelas, main sama-sama balik.

Ingatkan dah takde UPSR, masing-masing rileks dari bitter-membitter.
Rupanya tak settle lagi.
Hal anak-anak dapat boarding school pulak yang digaduhkan.
Patutnya mak bapak spesis gini yang kena masuk sekolah balik.
Perangai macam budak tak cukup umur. Bulu je lebat.

Aku pakkal takde lingkungan yang macam ni.
Kalau ada, memang aku sound tegak je.
Meh aku ajar.
Korang, kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang happy bila anak kau quit asrama, seolah-olah macam kau dengan dia sama level lepas anak kau quit, kau cakap kat dia:

"Hello? Kalau anak aku quit asrama 10 kali pun, anak kau tetap tak layak masuk ok?".

Tak pun, "Anak aku at least terpilih. Anak kau?"

Tak pun, "Kalau anak aku keluar, bukannya anak kau boleh masuk pun"

Haaa. Pilih mana nak.
Gitu je makan dia.
Biarlah bunyi macam berlagak pun.
Jenis busuk hati memang elok smash je.

Hari tu masa aku lepak dengan Dusty Pink Tits, aku sembang pasal topik Rayyan ni juga.
Kawan-kawan aku bagi macam-macam cadangan so that Rayyan boleh terus stay.
Walaupun kawan-kawan aku jenis melahar, alhamdulillah setakat ni we support each other.
That's why aku tak pernah terfikir akan dapat soalan macam tu sebab perkara tu belum pernah berlaku.

BFF aku masa sekolah, Nurul.
Dia suggest aku hantar surat ke Jabatan Sekolah Berasrama mohon kalau boleh tukar dari STAR ke SAS so that senang aku nak monitor Rayyan. Siap nak teman aku gi jumpa menteri untuk mohon pertukaran.
Serious, aku takde kawan yang mendengki hal-hal anak-anak.

Salah satu punca kenapa wujudnya parents berdengki dengan rezeki anak orang lain antaranya kerana dorang tak content dengan apa yang dorang dah achieve.
Maybe achievement dorang semasa sekolah dulu tak membanggakan, so that they want their children accomplish their unfulfilled dream.
Maybe juga these parents can't compete with you, so that dia nak anak dia menang dari anak you, so that can become se-level dengan you.
Maybe juga mak bapak macam tu sejenis tak boleh kalah dengan sesiapa pun.
Mana-mana satu pun, dorang ni tetap toksik.
Toksahlah baik sangat.

Parents jenis gini meletakkan sukses tu pada something yang PALING BEST.
Dapat nombor 1 baru best. Nombor 2 tak.
Dapat gold medal baru best. Silver tak.
Dapat pembahas terbaik baru best. Setakat Johan saja belum best.
Letih la kalau balik-balik nak jadi yang terpaling.   

Trust your gut feelings.
Ada di antara lingkungan kita sebenarnya tak bagus untuk mental health.
Walaupun hubungan kekeluargaan tu penting, lebih penting lagi to recognize that not all relationships bagus untuk mental health.
Kadang-kadang, those yang ada pertalian darah dengan kita atau dah berkawan lama, their impact on your well-being can be negative.
Menjauhlah. Jangan kerana dorang tu sedara, atau kawan lama, maka kita bertolak-ansur dengan perangai yang toksik.
Bukan suruh putus silaturrahim. Menjauh saja. Cukup.

2023-08-30

Mak aku macam mak-mak zaman dulu yang bising je lebih. Bukannya mendera.


Video celebration birthday Mak Aji baru-baru ni.
Aku nampak mesra dengan Mak Aji katanya.
Tak nampak macam Mak Aji tu garang lansung.
Tak seperti yang aku selalu cerita kat blog.
Katanya lagi aku nampak macam close sangat dengan Mak Aji.
Macam anak kesayangan yang tak pernah kena marah. Kahkahkah.
Dik, itu kan kat restoran.
Takkanlah mak aku nak melahar tak tentu hala kat restoran tu.
Lagipun semua tengah dalam mood happy.

Tahun ni banyak kali aku ditanya soalan ni.
Everytime aku bercerita kisah zaman kecil, mesti ada yang tanya "Kak Di tak kecil hati ke dengan Mak Aji?".

TAK.

Mak aku ni macam mak-mak zaman dulu yang bising je lebih. Bukannya mendera.
Rasanya ramai yang ada mak sepesen Mak Aji, antara tahu dengan tak tahu je.
Mak-mak pesen dulu memang rupa gitulah.
Nak melahar 24 jam je kejenya. Kahkahkah.
Pantang tersigung sikit, dia punya hangin satu badan.
Tak dinafikan ada anak-anak yang terkesan kena marah dek mak masa kecil.
Aku syak yang trauma gini adalah anak-anak yang maknya mendera mental dam emosi.

Kena pukul dengan mak masa kecil disebabkan kesalahan kita sendiri, selalunya takkan jadi trauma.
Yang buatkan seseorang manusia tu benci mak bapak sendiri, pasti berlaku PENDERAAN emosi.
Aku tak. Kitorang kena bantai je (je??).
Dibantai pun sebab salah sendiri.
Contohnya, main sampai ke senja tak balik-balik.
Report card merah.
Botol air dalam fridge dah kosong tak isi balik.
Kain baju dan petang rembang tak berangkat lagi.
Memang mendapatlah jawabnya.
Bagi aku itu biasa.
Kalau tak salah, tak berubah, betul tak?
Bila dah kena bantai sekali, konfem tak lupa dah angkat kain.

Mak Aji adalah mak yang begitu.
Dia bukan membantai takde hujung pangkal.
Sebab tu aku, kalau semalam kena bantai, hari ni dah terlentang depan TV sebaris dengan Mak Aji tengok McGyver. Takde hal.
Emosi aku tak didera.
Mental aku juga tak didera.
Badan je lah berbirat sikit. Mbhahahahha.

Cuma aku rasa mak aku ni dia punya membebel tu lebih dari mak orang lain.
Sampai sekarang aku adik-beradik kadang konfius dengan mak sendiri.
Hari-hari mesti ada perkara yang buatkan dia bising.
Padahal kitorang tak nampak apa punca yang boleh buatkan dia stress.
Kadang Pak Aji masuk dapur nak buat air, dia sound "Tu laparlah tu. Kita ni dahlah tak masak".
Bapak aku tak cakap pun nak makan. Dia buat air je.
Punnnn kena. Kahkahkah.

Kadang orang terpacul depan gate bagi salam.
Dia mencari tudung tak jumpa pun dia membebel sorang-sorang.
Marahkan orang tu tetiba ada depan gate.
Pastu marahkan tudung cari tak jumpa.
Pastu tetiba marahkan bapak aku sebab tak balik-balik lagi dari surau.
Bapak aku ada kat surau ya, bukan dalam rumah.
Punnnnn kena marah 🤣.

Bak kata Pak Aji, "Mama kau dah memang macam tu".
Dulu En Wan bertanya-tanya juga kat aku, "Papa tak kisah ke mama asyik bising?".
Ni dah masuk 23 tahun kawen dengan aku, dia pun dah faham mak mertua dia punya perangai.
Bolehlah dianggap "memetir" adalah sejenis software yang di-installed by default dalam Mak Aji.
Dia memang macam tu.
Siapa nak jadi sebahagian dari hidup dia, kena terima tu.
So, dah boleh faham kan Mak Aji orangnya macamana?
Lepas ni toksah tanya lagi tau apesal aku boleh close dengan Mak Aji walaupun dia kuat memetir.

Hari tu birthday aku dia belikan buah loket Habib Jewel.
2 tahun lepas aku dapat rantai Habib juga.
Tapi tak pakai-pakai.
Aku kan tak berapa minat barang kemas.
Rantai lagilah tak minat sebab rimas ada benda kat leher.
Tapi sebab dia bagi, aku pakailah sesekali.

Hari tu dia belikan loket untuk aku pakai dengan rantai tu lah.
Tiap kali aku balik Bangi dia tanya "Apesal kau tak pakai rantai aku bagi?"
"Mana buah rantai yang mama beli tu? Mama nak tengok kau pakai".


Tak pakai rantai pun kena marah u olls.
Nasib baik dua-dua gelang yang dia bagi ni aku pakai sepanjang masa.
Kalau tak, dengan laki aku sekali kena marah agaknya.

Aku tahu ada readers yang tak baik dengan mak bapak.
Macam-macam cerita aku dah baca.
Mak pilih kasih.
Mak suka pukul.
Mak suka buat hutang and paksa anak-anak bayarkan.
Mak suka cakap buruk hal anak menantu.
Mak buat sepah.
Macam-macam.
Bila jadi macam tu, anak nak hormat pun payah, lagikan nak sayang.
Bab ni aku taknak ulas sebab pengalaman masing-masing membesar dengan mak bapak macam tu, hanya yang melaluinya saja merasa.
Tak sama dengan yang hanya mendengar cerita. Sakitnya tak sama.

Someone pernah tanya aku, kalau dapat mak bapak yang mendera mental and emosi ni nak buat macamana?
Entah, aku takde pengalaman.
Cuma, jangan compare mak sendiri dengan mak orang lain.
Sebab penerimaan kita semua tak sama.
Nampak je macam Mak Aji tu lebih better dari mak korang, tapi kalau ditakdirkan korang jadi anak Mak Aji, belum tentu korang boleh terima.



 


2023-08-29

Disleksia might develop certain preferences yang secara tak langsung mempengaruhi pilihan persekitaran dorang.


Terima kasih yang DM respond pada blog post semalam.
Yang bagi kata-kata semangat untuk Rayyan, thank you.
Tak sempat nak reply all.
Birthday wishes aku hari tu pun aku belum habis baca sebenarnya 😁.
Banyak pecahan soalan yang aku kena buat explanation kat blog rasanya ni.
Insyallah, ya. Later.

Aku tertarik dengan satu komen kat FB.
Dia cakap anaknya pun ada masalah yang sama because his son is also dyslexic.
Ini tajuk best.
Memang aku nak relatekan ini dengan apa yang berlaku pada Rayyan.
Sengaja aku asingkan topik ni.

Post semalam, kalau sekali baca tanpa tahu history Rayyan, orang konfem cakap "Dimanjakan sangat Rayyan ni". Betul tak?
Seseorang yang ada dyslexia memang hanya ada masalah dari segi pembelajaran.
Ada yang bermasalah dalam membaca, mengeja, atau menulis. Atau kesemuanya.
Dan disleksia takde kaitan secara lansung dengan kecenderungan to be selective dengan persekitaran.

TETAPI.
Haaaa, capital letter aku bagi tu.
Tetapi, those with disleksia boleh develop certain preferences yang secara tak langsung mempengaruhi pilihan persekitaran dorang.
Maksudnya, dorang ada kecenderungan pada environment tertentu.
Antara yang mempengaruhi dorang adalah, accommodations.
 
Kalau dorang pernah dapat support atau accommodations tertentu sebelum ni, they prefer environments with such accommodations too.
Yang ini point paling mudah untuk aku explain tentang Rayyan.
Actually perkara ni aku dah pernah explain pada PKHEM awal-awal Rayyan masuk sana.
Aku bagitau yang Rayyan ada mild disleksia (tunjuk surat pengesahan dari Pusat Disleksia).
Tujuan aku inform PKHEM satu je, supaya Rayyan dapat support yang sepatutnya dari pihak sekolah.
Bukan untuk dapatkan kelebihan, sekadar mahu Rayyan diberi ruang untuk blend dengan rules di STAR.
Sebab aku tahu kelemahan disleksia, dorang lambat beradaptasi dengan perubahan persekitaran.
Dari pemerhatian aku menjaga Rayyan dari kecil sampai besar, at least itulah yang aku nampak.

Di rumah, bertahun-tahun Rayyan telah dibiasakan dengan environment yang privacy.
He has his own space, own bedroom, own bathroom, own desk, own PC, own tablet, own handphone, own belongings. No sharing.
Dari segi rutin harian pula, dia dah biasa dengan bangun pagi at 6 am, mandi, bersiap, breakfast, ke sekolah.
Balik sekolah mandi, makan, berehat, ke KAFA.
Balik dari KAFA, mandi, bersiap, makan, study dengan apaknya atau buat homework bersama-sama.
Selalunya sejam sebelum tido we allow dia main internet.
Bertahun-tahun dengan rutin yang sama.
Kalau ada perubahan pun, tak jauh.

Tup-tup, dapat masuk SBP.
Dari bangun pukul 6 am, di sana dia bangun pukul 4 am.
Cikgu tak suruh bangun awal pun, tapi takut berebut shower.  

Selama ni Subuh di bilik, selalunya 6.30 am.
Di sana kena ke surau. 
Bermakna he has to be there sebelum azan.

Lepas tu semua ke dining hall.
Dia tak biasa makan pagi beramai-ramai gitu, jadi dia skip breakfast.

Balik dari sekolah tak dapat mandi macam selalu sebab murid tak dibenarkan masuk dalam dorm kecuali sekejap.
Students terus solat di surau dan kemudian makan di hall sebelum ke sekolah semula untuk prep.

4.30 pm kena beriadah.
Untuk dia, disebabkan tak boleh beriadah, dia kena sit somewhere, tak boleh masuk dorm.
Sometimes dia duduk kat bench kat anjung, atau masuk library.
A bit dry sikitlah rutin dia di sana sebab dia takleh bersukan.

Petang sebelum Maghrib, dinner.
Dia tak berapa telan nasi with lauk-pauk, jadi dia always makan roti/biskut.
Atau tak makan. Minum air je.
 
Lepas Maghrib semua mengaji sampai Isyak.
After Isyak ke prep. Belajar.
Balik, dia mandi. Tido.

Untuk kita yang normal ni, rutin tu macam biasa je. Tak susah pun.
Tapi untuk someone yang disleksia, perubahan accomodation adalah perubahan yang sangat besar.

Waktu malam, selama bertahun-tahun dia study dengan En Wan, atau tutor di rumah.
Di sana, waktu malam dia study sendiri.
Mula-mula dia lost. 
Dia tak tahu what to start, where to start.
Sebab itulah setiap petang, aku akan bagi dia buat latihan yang aku send via telegram.
Aku akan semak latihan dia before dia pulangkan iPad ke bilik penyimpanan iPad.
Jadi, waktu malam dia boleh buat latihan/homework yang cikgu bagi.
Sebab waktu malam takleh guna iPad.
Kalau siang dia pulun homework, nanti malam dia lost tak tau nak buat apa.
Itu antara cara yang aku usahakan untuk slowly ubah kebiasaan dia.

Awal-awal dulu dia dah start komplen, "Ma, government boarding school memang pakai bunk bed ke?"
Dia pernah tengok bilik Redza kat Langkawi dulu pakai single bed, bilik berempat, dan ada meja study.
Kat SBP duduk 30 orang, katil 2 tingkat, dan takde study space sendiri.
Perubahan accomodation tu agak huge untuk dia.
At least di MRSM walaupun berkongsi bilik, they have desk, single bed dan duduk dalam room (bukan dorm).
Takdelah besar nau jurang perbezaan accomodation tu, kan.

Walaupun macam tu, Rayyan berusaha untuk blend diri dia di sana.
Aku tahu untuk dia, sangat-sangat hard.
Sebab itu En Wan minta aku bertahan.
Kalau takde En Wan, aku rasa awal lagi aku dah bawa Rayyan balik.
Sampai ke satu peringkat tu, dia dah mula asyik sakit.
Muntah-muntah, cirit-birit, demam.
Selalu sangat MC.
Maybe dia sangat struggle untuk blend dengan space yang baru.

Aku pernah tanya dia, "Adik homesick ke?"

"Tak, adik cuma rasa uneasy feeling saja"

Memang betul pun.
Dia tak pernah menangis, atau merayu nak balik.
Setiap kali aku ke sana untuk bawa outing, dia listkan apa yang dia nak -- stationary, buku, makanan, round T Shirt untuk tido malam.
Kalau seseorang tu homesick, dia takkan mahu beli barang-barang baru dah.
Nak buang barang lagi ada.
Tapi Rayyan lain.
Aku tahu dia suka STAR, cuma dia belum boleh blend sepenuhnya dengan perubahan accomodation.

Lagi satu, instructions.
Seseorang with disleksia struggle dengan instructions.  
Aku pernah bagitau PKHEM dan guru kelas tentang ni.
Aku bagitau yang Rayyan hard to digest semua instruction dalam satu masa.
Contoh kalau dapat arahan "Semua murid turun ke lab now, bawa buku latihan Sains 3, latihan Sains 1 kena hantar pukul 11 pagi". 
Simple, kan?
To disleksia, kau kena pelan-pelan.
Bagi dia buat satu-satu dulu.

Hari tu PKHEM ada bagitau aku, tentang Japanese class.
Cikgu Japanese bagitau, Rayyan ni sometimes masuk kelas bawa iPad saja.
Tak bawa stationary, tak bawa buku teks.
Buku teks tu takpelah, sebab boleh pakai online textbook.
But stationary?? 
Gitulah dia. Kalau keadaan rush, memang dia tak boleh nak hadam semua benda dalam satu masa.
Konfem ada benda yang dia lupa, padahal basic kot stationary kenalah bawa, kan?
Dunia kita dah dunia mereka, lain.

Kat rumah pun, kalau dia minta aku sapukan mintak gamat kat luka.
Aku takleh cakap "Bukak almari mama, dalam laci tu ada botol mintak gamat. Bawa keluar, ambil sekali cotton bud".
Konfem dia tercegat depan laci dengan blur tak tahu nak ambil apa dulu.

Arahannya kena macam ni.
"Masuk bilik mama. Buka almari. Buka laci. Nanti cari minyak gamat dalam laci tu. Ambik keluar. Then, adik ambil cotton bud dalam almari tu juga. Dua-dua tu bawa turun bagi kat mama".

Arahan kena specific, satu-satu dan pelan-pelan.

Tapiiii, bila kau masuk sekolah berasrama, mana boleh pelan.
Mana boleh semua orang tunggu kau.
Mestilah kau yang kena ikut majoriti.
Lainlah kalau kat rumah.
Semua orang boleh tunggu kau.
Inilah antara factor yang buatkan Rayyan macam terkejar-kejar di sana.

Bapaknya selalu cakap "Apesal budak lain boleh laju, kenapa adik slow?"

Aku jelinggggggggggg je orang tua ni.
Pakkal laki tau.
Dia lupa tu anak dia tak macam anak orang lain.

Sebenarnya apa yang ada di STAR tu tak susah untuk difollow.
Rayyan boleh follow, cuma dia perlu masa.
Fitrah dia membuatkan dia tak boleh nak pilih apa benda yang aku kena buat dulu ni?
Haaa, something macam tu.
Disebabkan takut tertinggal dari majoriti, maka dia set untuk bangun pukul 4 pagi, sometimes 3.30 pagi untuk mandi dan bersiap.
Dahlah keadaan kaki dia gitu. Berjalan lambat.
Maka dia terpaksa bersiap awal dari orang lain.
Dia mahu berada satu par dengan orang lain.  
Semua tu lama-kelamaan buatkan dia stress dalam tak sedar.
Itulah agaknya punca kejap-kejap sakit.

Kesian pula bila pikir-pikirkan balik.
3 bulan Rayyan kat sana, dia cuba untuk blend dengan space yang baru.
To me, 3 bulan tu dia dah achieve yang terbaik untuk diri dia.
Dia boleh belajar, boleh berkawan, boleh siapkan tugasan yang cikgu bagi.

Betullah kata PKHEM dan Kaunselor, Rayyan perlu masa sebenarnya.
Tapi dalam keadaan dia yang kita tahu begitu, dia mungkin perlu masa yang lebih lama.
In order nak beri dia masa, aku tak sanggup nak tengok dia sentiasa sakit.
That's why aku plan nak duduk dalam STAR tu, sewa STAROBA Club, atau pindah Ipoh terus.
At least kalau duduk kat Ipoh, Rayyan tahu maknya ada di luar, tak jauh.

Aku pernah cakap kat En Wan.
"Di nak apply kerja cleaner lah kat STAR. Tak pun makcik dining hall ke".
Eh, ni serious tau.
En Wan dah gelabah bila aku serious bincang pasal ni.
Kau jangan main-main dengan emosi mak-mak, ya.
Bertukar kerjaya jadi cleaner pun aku sanggup!
Jadi Mak Guard pun boleh aku ni.

Walaupun kitorang terkilan Rayyan tak dapat habiskan sekolahnya kat STAR, tapi kitorang kena memilih.
Keadaan kesihatan dia yang memaksa kitorang bawa dia balik.
PKHEM and kaunselor always bagi kata-kata semangat kat kitorang untuk bertahan, tapi aku ni yang tak tenang.
Rasa kesian dia struggle di sana.
Rayyan dah lalui macam-macam.
Lahir pre-mature.
Speech delay.
Mild disleksia.
Belajar di aliran perdana, bukan aliran khas.
Follow rules yang sama, tiada kelonggaran rules khusus untuk dia.
Patah kaki due to fibrous displacia.
Kena buat biopsi.
Bertongkat, berwheelchair.

Dia berjaya lalui semua tu bertahun-tahun.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk dia.

Kalaulah aku diberi peluang untuk stay dalam STAR, maybe aku boleh guide Rayyan beradaptasi dengan space yang baru.
Dengan syarat aku kena ada sekalilah dalam tu kan so that dia ada motivasi sikit.
Tapi sekolah tu bukan bapak kau punya, Diana. Sedar diri please?

Apa-apa pun, alhamdulillah, kitorang lalui perjalanan ini dengan baik.
Sudah mencuba. Semuanya baik.
Pengalaman yang singkat, tapi berbaloi.


2023-08-28

Aku dah bawa Rayyan keluar dari STAR.


Ya Allahhhhh, selagi aku tak buat official blog post pasal Rayyan keluar STAR tu, berjujuk-jujuk mesej masuk, especially kat FB.
Inbox PM aku sampai dah tak ketahuan unread mesej berkepuk-kepuk.
Minta maaflah kalau ada urgent mesej.
Aku takut nak klik PM sebab snippet nampak semua bertanyakan Rayyan 😆.
Yang kat IG dah tahu kisah ni sebab aku update kat IG saja.

Ya, aku dah bawa Rayyan keluar dari STAR.
Sebenarnya plan tu dah lama.
Hasrat tu dah lama aku bawa ke kaunselor dan PKHEM, cuma kami diminta untuk bertahan.
Sebab Rayyan ni bukan homesick.
Even kaunselor pun akui.
Dia kata dah 18 tahun dia jadi kaunselor, dia boleh jamin Rayyan tidak homesick.
Rayyan ni lebih kepada masalah yang melibatkan kesihatan, akibat dari ketidakserasian dia hidup dalam sistem berasrama.
Punca terbesar adalah makan.

Rayyan sejak dari mula lagi memang picky eater.
Kat rumah pun jarang makan nasi.
Di rumah dia makan kepok lekor, kepok keping, nugget, fries, kuih kayu keramat (kamat), ciken chop (grill di rumah).
Bila masuk asrama, perkara inilah yang jadi kembimbangan aku.
Dari mula lagi aku dah cakap kat En Wan, "Rayyan ni kalau quit pun, antara 2 je - masalah kaki, atau masalah makan".

Di sana, dia mengelak dari makan di dining hall.
Selain dari tak makan nasi putih sangat, dia juga tak suka beratur lama untuk ambil makanan.
Ditambah lagi dengan makan dalam keadaan beramai-ramai, dengan lauk-pauk yang tak kena dengan tekak, lagilah buatkan dia tak lalu nak makan.
Dia TIDAK PERNAH makan di dining hall.
Aku bayar yuran makan tu saja-saja je, ya.
Bertuah punya anak.

Jadi dia makan apa je kat sana?

2 minggu terakhir dia kat sana dia berjinak-jinak beli nasi lemak waktu malam, yang dibeli dari cikgu.
Tapi tak hari-hari sebab tak sempat katanya.
Balik prep dah pukul berapa.
Dia ni jenis setiap kali balik prep malam, gi mandi dulu.
Dah segar-segar baru sedap nak makan.
By the time dia habis mandi, nasi lemak pun habis.
Kalau malam tu tak dapat nasi lemak, maknanya that day dia hanya makan roti and biskut sepanjang hari.
Lama-lama manalah badan tu tahan degan kalori defisit.
Bila badan tak tahan, slowly akan develop stress.

Tapi kaunselor kata, Rayyan ni walau dalam keadaan begitu, tetap belajar.
Punyalah kaunselor nak help dia supaya stay di sana, kauselor allow dia study (prep malam) dalam bilik kaunselor, ok?
Takyah masuk kelas untuk prep.
Punyalah baiknya kaunselor STAR.
Kaunselor juga bawa dia having fun mandi pool kat luar, untuk release stress.
Siap belikan seluar swimming.
Rayyan pi solat Jumaat pun dengan kaunselor, naik motor.
Sebab semua cikgu tahu history kaki dia, jadi mereka taknak Rayyan put pressure pada kaki dengan berjalan jauh.
Budak-budak STAR solat Jumaat berkawad jalan kaki ke masjid di luar, ya.
Anak aku sardin je membonceng cikgu.
Boleh tahan besau pangkat beliau.

Itu kaunselor, belum PKHEM lagi.
This is the best PKHEM aku pernah jumpa.
Jauh nau lah dengan PKHEM sekolah aku dulu.

PKHEM STAR adalah antara guru terawal yang greet kitorang masa sampai hall sebab Rayyan datang dengan bertongkat.
En Wan dah inform kat PKHEM keadaan Rayyan sebelum kami datang mendaftar lagi.
On hari pendaftaran, PKHEM dan maklum keadaan Rayyan.
Dialah yang bagi perlepasan pada Rayyan untuk mendaftar, dan boleh balik sambung berehat dah fisio di rumah.
Bukan tu saja, semasa pendaftaran, cikgu/warden dah maklum ada student yang bermasalah kaki.
Jadi, tempat untuk Rayyan di dorm dah sedia.
Rayyan dapat dorm tingkat bawah dan katil bawah juga.
Tak benti-benti mulut aku cakap alhamdulillah sebab segalanya mudah untuk Rayyan.

Ada banyakkkkkkkkkkk lagi kebaikan PKHEM STAR untuk Rayyan (dan kitorang) yang aku tak boleh cerita kat sini. P&C.
Tapi, sangat banyak!
Yang tak pernah kami terfikirkan.
Rayyan yang pada mulanya dapat kelas tingkat atas, bila sampai ke pengetahuan PKHEM, dia tukarkan Rayyan ke kelas bawah.
Supaya Rayyan tak perlu turun naik kelas atau bila nak ke lab dan balik ke dorm.
Mana nak dapat cikgu perihatin gini?
Padahal mak bapaknya takde kabel besor pun dalam STAR tu.  

Aku juga pernah cerita kerisauan aku pasal toilet, ingat tak?
Sebab waktu tu Rayyan tak boleh mencangkung.
Ya Allah risaunya aku macamanalah Rayyan ni nak ke toilet nanti.
PKHEM lah yang cari jalan macamana nak mudahkan urusan tu.
Alih-alih toilet dorm kena renovate.
Dah letak jamban duduk.
Menjak kewujudan bangunan dorm tu, semua toiletnya cangkung.
Alhamdulillah tahun ini, ada dah toilet duduk.
Senyum je Rayyan.

En Wan mesej PKHEM bagitau tentang toilet yang sedang di-renovate.
PKHEM jawab "Untuk dia (Rayyan) juga tu".
Sebak aku.
Macam tak percaya kebetulan di tahun Rayyan masuk, STAR dapat peruntukan untuk renovate toilet.
Rezeki namanya ni.

Kaunselor cakap kat kitorang, "Memang boarding school is not for everyone".
Just like apa yang aku pernah cakap dululah. 
Bukan semua orang boleh hidup dalam suasana boarding school.
Rayyan dan aku adalah contoh tak boleh masuk sistem berasrama.

Aku tanya Rayyan apa sebabnya?
Sebab tak selesa ke?

Dia kata, bukan sebab tak selesa.
Dia just rasa uneasy feeling.
Bak kata PKHEM kat kitorang on last day hari tu, "Di sini berkumpulnya pelajar dari pelbagai latar-belakang - B40, M40, T20. Ada yang membesar dengan persekitaran yang kasar, hidupnya keras. Ada yang dari kehidupan selesa, dan tak pandai nak bergurau kasar"

Rayyan tak pernah dengar perkataan "BATAK", "MACAM SIAL", until dia di sana.
Bukanlah kata student STAR suka cakap kasar, tapi mungkin persekitaran Rayyan tak biasa dengan words yang kasar.
Walaupun maknya melahar dalam blog, tapi kat rumah takde perkataan kasar keluar dari mulut aku.
Anak-anak aku tak pernah dengar vocab-vocab makl dia dalam blog.
That explains kenapa Rayyan tak pernah dengar perkataan-perkataan macam tu.
Bagi aku, word BATAK tu pun kadang-kadang kita ucap bukan sebab kita mean it, tapi sebab sedap bunyinya. Itu saja.

"Mama tahu tak, adik tak selesa ambil air kat Coway at school. Sebab some of the student minum air Coway terus dari paip ke mulut. Sebab tu duit adik habis. Adik terpaksa beli drinking water"

🤣🤣🤣

Alah, budak-budak lelaki. Biasalah.
Bak kata PKHEM, tak semua datang dari persekitaran yang sama.
Some maybe dah terbiasa togok air terus dari botol, tak pakai gelas.
Atau minum air terus dari paip, tak pakai cawan.

"Kawan-kawan kat sana suka pinjam bekas orang nak buat air. Kawan adik pinjam mug adik. Adik ingatkan dia nak buat air, rupanya dia makan maggi dalam tu. My mug smells weird walaupun dah basuh dengan Bath and Body Works".

BBW shower gel yang aku belikan dia buat basuh mug, gais.
Kau dah kenapaaaaaa, Rayyan?

"Lepas tu adik bagi je dia terus mug tu"

Patutlah 2 kali aku belikan mug, 2 kali hilang.
Rupanya dia bersedekah lepas mug tu kawan pinjam.

Kat situ aku dah boleh nampak yang dia merasakan lifenya downgrade setelah masuk boarding school.
Kat rumah, everything is clean, tidy and wangi.
Kaunselor kata, melalui pemerhatian dia, Rayyan ni culture shock.
Tak biasa makan dalam tray.
Tak biasa makan beramai-ramai dalam dewan.
Tak biasa makan nasi with lauk-pauk yang tak familiar di tekak.
Tak biasa berkongsi bilik tidur.
Tak biasa berkongsi bilik air.
Jadual yang ketat.
Mungkin juga sebab kaki dia masih belum ok sepenuhnya, dia tak dapat nak involve dalam banyak aktiviti membuatkan dia a bit down and boring di sana.

Kaunselor and PKHEM banyak kali bagitau kitorang "Rayyan perlukan masa"
Aku tahu tu. Tapi "masa" tu terlalu lama, sampai kesihatan dia terganggu.
Itu yang aku tak sanggup nak tunggu.
Apa-apa pun, aku happy sepanjang Rayyan di sana, masih boleh follow pelajaran.
Masih buat homework. Masih mahu study for exam.

Ada satu malam tu, dah nak pukul 11.30 malam, dia call aku minta aku mesej warden onkan wifi sebab dia nak buat latihan yang aku bagi untuk exam esoknya.
Kau ingat mak kau ada share kat STAR?

Tak salah aku esoknya ada exam ASK.
Aku memang everyday akan bagi dia worksheet untuk dia buat latihan semasa prep.
So that day dia habiskan masa prep untuk study and he planned malam nak buat latihan yang aku bagi.
Tapi malamnya tiba-tiba ada meeting.
Dia gelabah tak dapat buat latihan.
Boleh dia call aku mintak aku cakap kat warden onkan wifi?
Ya ampunnn.
Aku cakap "Dah 11.30 pm. Pegi tido. Esok buat je apa yang boleh"

Alhamdulillah, aku ingatkan fail, rupanya tak. Tapi 72/100 je lah.
PKHEM cakap his marks tu considered tinggi sebab ASK subjek susah.
Dari respond cikgu, I know they wish Rayyan could stay, but alas, I have no choice.
Hampir every week, warden call bagitau Rayyan tak sihat.
Kalau tak demam, batuk.
Kalau tak batuk, muntah.
Kalau tak muntah, cirit birit.
Asyiklah doktor bagi MC.
Daripada susahkan semua orang balik-balik kau je yang sakit, lebih baik aku bawa balik.

Aku tanya "Kat sana prep ada cikgu jaga tak?"

"Takde. Semua orang belajar sendiri"

Jadi, maknanya aku boleh terapkan the same sistem di rumah.
Rayyan akan belajar sendiri waktu prep di rumah sebab di sana pun dia prep tanpa ada guru.
Cuma yang bestnya, dia sana, waktu prep boleh berbincang dengan kawan-kawan.
Kawan-kawan boleh ajar mana yang tak faham.
Itulah yang best about boarding school - guidance from peers.
Kat rumah, kau tanya aku pun belum tentu aku boleh bagi jawapan.
But it's ok. We will arrange that.

Aku sebak bila Jumaat lepas dia berlari-lari turun tangga bagitau "Ma! Cikgu sains adik mesej. Dia kata marks sains 90/100. Highest in batch! Cikgu cakap I am sad you were not in the class on Monday" (sebab dia dah balik masa tu).

Aku masa tu tengah makan, terus makan nasi sambil merembes.
Happy, at the same time sedih sebab Rayyan tak dapat continue belajar di sana.
Aku tak frust Rayyan keluar STAR.
Rayyan bukan macam aku yang hari-hari call paksa mak bapak aku keluarkan aku dari TKC dulu.
Rayyan punya kes ni, kitorang terpaksa pilih untuk bawa dia keluar sebab tak mahu dia terus sakit-sakit di sana, menyusahkan semua guru.
What is the point duduk sana kalau setiap minggu MC, menganggu pembelajaran dan in the long run akan effect ranking sekolah.
Kitorang tak frust, tetapi terkilan.
Because Rayyan dah buktikan dia layak ke premier SBP.
Dan dia pun suka belajar di sana, cuma tu lah, sistem berasrama is not for him.
Facilities sana bagus. Elite school. Apple Distinguished School pulak tu.   

Aku teringat hari tu ada sorang student STAR, Form 3, komen kat TikTok aku.
Dia tulis ni:



Lega aku bila senior kata dia hormat orang.
Inilah happiness yang sebenar bagi mak bapak, kan?
Semoga akhlak ni Allah pelihara pada Rayyan.

Rayyan pernah tanya aku, "Ma, tak boleh ke kalau adik ulang-alik sekolah sana?"

Halah anak.
Kalau mak kau jadi pengetua STAR pun belum tentu dapat buat gitu, ya.
Tapi kan, aku pernah come out with plan yang Mak Aji kata tak masuk akal.
Kau tahu apa?

Aku pernah merancang untuk pindah Ipoh, dan PJJ dengan En Wan.
Dah try cari rumah sewa kat Ipoh.
En Wan pernah tanya nak sewa STAROBA Clubhouse dalam STAR (STAROBA stands for STAR Old Boys Alumni).
Mahal pun takpelah.  
Aku nak sewa untuk aku duduk, so that aku boleh masakkan untuk Rayyan everyday.
Up to that extend, ya!

Kitorang berdua memang dah sit together for days berbincang plan nak PJJ ni.
What if this, what if that. Semua dah plan and atur.
Aku plan bawa mok duduk dengan aku kat Ipoh so that aku boleh jaga makan mok sekali.
Karang duduk dengan anak laki dia hari-hari mok aku kena makan burger Ramli. Kahkahkah.

Tapi tu lah, bila plan ni sampai ke pengetahuan Mak Aji, terus beliau "Jangan merepek! Berani-berani nak tinggalkan laki kau".

Gitu je satu line dia bagi, terus buatkan aku berpikir-pikir.
Padahal hal tu lansung tak pernah aku terfikir.
Dia macam ni lah, ya.
Apa-apa plan kau laki bini, kau simpan berdua je tau.
Jangan kasi orang lain tahu.
Jangan nak buat content. *tiberrrrr*

Satu lagi kan, yang buat aku sebak that day.
Last day, Rayyan masuk kejap ke kelas minta kebenaran cikgu nak ambil gambar dengan kawan-kawan.
Cikgu sangatlah baik, dia suggest ambil gambar kat perkarangan sekolah.
Rayyan tunjuk kat aku group chat bid farewell dengan gambar telur.
Semua orang send farewell wish dengan gambar telur.
Aku tanya "Kenapa gambar telur?"

Rayyan singkap rambut, "Because this!"
Menayangkan jendulnya.

Gelak aku. Gelak sambil nangis.
This is the first time anak aku "diejek" tapi aku menangis sebab kelakar.
Macam-macam jenis gambar telur kat group chat keluar hari tu.

Rayyan kata, kawan kelas dia kalau panggil dia "Hey telur, come here".

Kalau dia masuk lab terlambat dari orang lain, nanti bila dia terpacul depan pintu, kawan-kawan berderet-deret post gambar telur kat group chat. 
Telur dah sampai. Hahahahaha.

Takpelah, maybe sampai situ saja rezeki Rayyan di STAR.
Insyallah mereka akan terus berkawan.
Sekarang pun Rayyan masih active bersembang dalam chat group kawan-kawan sekelas.
Thank you kat semua cikgu, warden, parents, prefects, senior dan kawan-kawan di STAR.
A short but memorable experience.
Bye STAR. Semoga STAR terus melahirkan individu yang sukses dunia akhirat.



Thank you note dari Rayyan kepada PKHEM. PKHEM share kat En Wan.
 

Parents yang aim anak ke premier SBP, bolehlah letak STAR as pilihan pertama. 
You won't regret. 
Jangan ingat elite school hanya tumpu pada pelajaran saja.
Dorang ni setiap selepas Subuh mengaji, setiap selepas Maghrib mengaji hingga Isyak.
Setiap waktu berjemaah.
Bak kata Pengetua, mereka catat rekod Subuh belum ada yang masbuk.
Maknanya semua turun Subuh serentak.
Berdoalah supaya PKHEM and Kaunselor yang sama kekal di situ untuk 20 tahun lagi.
They are so helpful.  

Seperti yang tertulis pada tagline STAR,
"Once a STARian, always a STARian"

2023-08-27

Sekadar nak pecahkan stereotaip


Post aku semalam, ada yang tanya "Akak kat rumah buat kerja sorang atau En Wan tolong?"

En Wan tolong.

Kalau mok ada di rumah, mok akan basuh baju, angkat baju, lipat baju dan gosok baju anak and cucu dia.
Baju menantu tak payah gosok, memang aku bawa naik siap-siap.
Everytime mok balik Tganu, En Wan akan take over semua kerja-kerja tu, tanpa aku minta tolong.
Dia sendiri willing untuk buat.
Dialah yang basuh, menyidai.
Kadang melipat pun dia.
Tapi selalunya aku lipat balik sebab sakit mata aku tengok hasilnya.

Menggosok memang akulah, sebab En Wan tak reti gosok baju.
Dia tak pernah gosok baju, baik di sekolah, di UTM Semarak mahupun di Jepun.
Semua hantar dobi.
Beruntunglah beliau berjodoh dengan Cinderella yang dikerah menggosok baju sedari 9 tahun. Gituuuu.

Memasak, kalau mok ada, aku akan masak.
Sebab mok hanya makan sayur.
At least sayur kena masak.
Dah alang-alang memasak tu takkan masak sayur semata, kan.
Sekali harung masak lauk lain.
Tapi sejak mok balik Tganu (dah 2 bulan), aku jarang masak.
Rayyan pun takde kat rumah (dulu).
Tak nampak point apa perlunya aku masak kalau setakat 2 mulut kat rumah.
Beli lagi berbaloi.

Kemas-kemas rumah aku serahkan pada weekly bibik.
Yang heavy-heavy bibik buat - basuh toilet, porch, kemas laman, mengemop satu rumah.
Hari-hari lain tinggal nak menyapu and mengelap sikit-sikit je.
Kalau bibik bercuti, En Wan memang tolong.
Contohnya, now bibik aku balik kampung 2 minggu.
Selama 2 minggu inilah En Wan menggantikan kerja-kerja bibik, kecuali mengemop and menvacuum tu aku buatlah.
Buang sampah memang kerja En Wan.
Sesekali kalau dia meeting sampai ke jauh malam, akulah tolong buang.
Takkan nak tunggu dia juga.

Tapi kalau kerja mengganti mentol, tukar wiring, mengecat, memaku dinding, mengganti kepala paip -- ini semua En Wan.
Dia pun tak konfiden nak bagi aku buat.
Aku pun tak pernah terpikir nak buat semua benda ni, let alone nak offer diri.
Tak kisahlah kalau perempuan lain pandai buat kerja lelaki, atau dorang mahu buat kerja lelaki.
Baguslah. Takde kena-mengena dengan aku pun 😁.

Perempuan yang pandai bertukang di rumah, takde beza dengan perempuan yang keluar bekerja 9-5.
Kerana mencari rezeki itu sebenarnya tugas orang lelaki, betul tak?
Jadi, kalau perempuan bekerja, menjawat jawatan penting, menjadi CEO - ini juga layak dikagumi.
Tapi tak ramai lelaki kagum, kan?
Because, traditional views and gender stereotypes dah terbentuk dalam masyarakat kita selama bertahun-tahun.

Lelaki, bila tengok perempuan buat kerja-kerja yang secara tradisinya dianggap sebagai pekerjaan lelaki, contohnya bertukang, atau pasang mentol, atau tukar kepala paip -- dianggap menarik, sebab it goes against expectations.
Orang anggap itu sebagai pencapaian luar biasa sebab breaking the norm.
Berbanding dengan perempuan yang keluar bekerja 9-5, pegang jawatan penting dan hebat di ofis -- tak dinafikan ini juga pencapaian luar biasa.
However, this may not always get the same attention in society.
Salah satu sebabnya mungkin kerana kecenderungan mindset yang mana perempuan dianggap lebih sesuai dengan kerja-kerja "halus" macam kerja pejabat, berbanding kerja-kerja "kasar" seperti bertukang atau kerja teknikal.

Eh hello?
Kalau orang lelaki nak tahu, perempuan pun teruja tengok lelaki pandai dan rajin memasak tau.
Kitorang kalau sesekali nampak video lelaki masak untuk isteri, atau menjaga isteri berpantang, atau mekapkan isteri -- terus terbenti scroll!
Kau rasa?

Perspektif, ya. Perspektif tu kena ubah.
Semua bentuk kerja, tak kira apa jenisnya, adalah pencapaian that deserve recognition.
There are no better or worse types of jobs based on gender.
Perempuan yang berjaya dalam pekerjaan di pejabat atau memegang jawatan penting harus diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sama seperti perempuan yang menjadi surirumah yang tahu bertukang dan betulkan wiring rumah.

Dulu kan, duluuuuuu lah.
Masa En Wan masih kerja kilang.
Waktu tu aku baru tahun 3-4 dengan company sendiri.
Masih hustle.
Kejap ke sana, kejap ke sini.
Entah apa puncanya, one day En Wan marah-marah.
Dia question "Wife kawan-kawan abang pun kerja juga, tapi ada je masa nak memasak".
Meletop aku dengar.

"Wife kawan awak tu kerja macamana? Wife awak kerja yang macamana? Wife kawan awak tak mampu bayar bibik sebab tu dia kena buat semua kerja kat rumah!"

Itulah last argument kitorang pasal ni.
Lepas tu tak bunyi-bunyi dah isu ni.  
En Wan dah tersedar, yang bini dia tak macam bini kawan-kawannya.
Bini dia bukan kerja 9-5. Boleh balik on time.
Bini dia run own company yang masa tu baru nak hidup.
Kalau customer nak jumpa at 6 pm, maka 6 pm tu lah kena tunggu customer.
Dah tentu balik pun malam. Waktu tu aku kena kerja keras sikit.
Aku tak salahkan En Wan sepenuhnya sebab dia dibesarkan oleh mak yang tak berkerja.
Jadi, dia expect bini dia pun macam tu -- boleh uruskan makan pakai.

Aku cuba fahamkan dia yang aku tak boleh jadi macam wife kawan-kawan dia yang boleh buat kerja-kerja rumah.
Sebab itulah aku hire bibik. Aku bayar gaji bibik.
Kerana aku perlu pembantu yang boleh uruskan rumah.
Lantaklah orang kata suami and anak-anak aku dijaga bibik.
Aku tak kisah kalau tak menang bab tu.
Banyak benda lain lagi aku nak pikir.

Kau nak giling cili kering sendiri ke, kau nak buat roti sendiri ke, kau nak masak bekal suami and anak-anak ke, kau nak basuh baju dengan tangan ke, kau nak mengecat rumah ke, kau nak tukar atap rumah ke -- tahniah. I am happy for you.
Aku tetap memilih apa yang aku rasa mudah untuk aku.
Kalau rasa malas nak blend cili, aku beli je pes ibu sambal.
Malas nak blend bawang, beli je bawang blend segera.
Kadang-kadang order frozen lauk, simpan sebagai stok.
Agak-agak tak sempat masak, reheat je.
Janji takde yang berlapar dalam rumah ni.

Ini bukan nak mengajak isteri-isteri jadi pemalas, ya.
Tapi sekadar nak pecahkan stereotaip.
Pilihan untuk hire maid atau beli frozen food, atau makan di luar, bukanlah gambaran langsung keupayaan seseorang, sebaliknya keputusan peribadi.

Samalah juga dengan pandangan stereotype lelaki tentang keupayaan perempuan buat kerja-kerja kasar.
Kalau boleh buat kerja kasar, berbaloi jadikan isteri.
Kalau buat kerja-kerja clean, hantaran tak payah tinggi-tinggi.
Kau ingat harga anak orang ni kena pandai serba-serbi baru berbaloi?
Kalau semuanya ada dalam satu pakej, abis function kau apa? Main kote 24 jam?
Sukati mak bapak dia lah nak letak hantaran berapa pun.
Take it or leave it, man.


2023-08-26

Belum ada keperluan


3-4 hari ni kat FB aku ramai yang share pasal influencer yang duduk PPRT tu.
Ada orang share video dia make over dalaman rumah.
Semua dia buat sendiri -- dari pasang floor board (yang jenis self-adhesive, bukan solid wood), kepada pasang lampu siling, kepada pasang suis, etc.
Bila ramai-ramai dok bercerita pasal dia, please expect macam-macam jenis komen.
Yang aku menyampah, dalam ramai-ramai komen, ada 1-2 komen dari lelaki, "Kalau macam ni, boleh buat semua sendiri, hantaran 30K pun berbaloi"

Kesian gila siapa dapat berlakikan kau.
Nampak nau cari bini untuk dijadikan orang gaji.
Semua benda kau nak lepaskan kat bini buat sendiri.
Yang kau? Bagi nafkah pun bare minimum, balik rumah macam tuan besar semua bini siapkan, lepas tu nak mengote hari-hari.
Kau rasa dengan mindset kau yang serabut macam bulu kote, ada perempuan nak?

Budak yang duduk PPRT tu buat kerja rumah sebab dia suka, ya.
Bukan sebab laki dia suruh.
Yang kau, ambik anak orang, konon bayar 30K dah banyak, nak jadikan orang gaji buat segala tok nenek kerja dalam rumah tu.
Eh, pegi mampos boleh?

Kadang bila viral cerita-cerita gini bagus juga.
Sebab boleh nampak perangai masing-masing.
Yang laki dengan perangai narcistic-nya.
Yang perempuan, dengan tak puas hatinya.

Ada satu video tunjuk budak tu pergi pasar and beli barang basah yang simple-simple saja.

"Dapur buat cantik, masak 1 lauk je"

Melopong kejap aku baca komen tu.
Ini kalau tengok dapur aku agaknya dia cakap "Dapur besar, tapi takde function".
Seram I.

Look. Masing-masing ada preference.
Ada yang nak begini, ada yang nak begitu.
Ada yang in order nak begini, dia kena lepaskan yang itu.
Ada yang terpaksa lepaskan itu, demi nak dapatkan yang ini.

Ada orang suka gym, maka satu bilik khas untuk bilik gym.
Ada orang suka menerima tetamu, jadi dia buatkan bilik khas untuk guest.
Ada orang suka ada ruang khas untuk solat dan mengaji, jadi dalam rumah dia ada satu bilik yang dibuatkan mini surau.

Ada juga orang yang rumah tu khas untuk keluarganya saja.
Dia tak plan lansung untuk menerima tetamu tidur di rumahnya, maka tidak ada preparation ke arah tu.
Ada juga orang yang tak plan untuk menjamu orang ramai, rumahnya hanyalah untuk keluarganya.
Jadi, dia tak plan beli pinggan mangkuk yang banyak dan perkakas masak yang besar.

Masa aku menyewa apartment awal-awal kawen dulu, hati tu teringin nak sofa 3+2+1.
Tapi rumah tak luas.
Maka belilah yang 2 seater saja.
Bukan sebab tak mahu beli lebih, tapi ruang tak mengizinkan.
Boleh je nak beli 3+2+1. Tapi rumah jadi padat.
Aku rimas rumah padat-padat.
Sesekali guest datang, beramai-ramailah bersila atas lantai.
Tak pun, duduk kat kerusi makan.
Meja makan pun aku beli kerusi 4 saja.
Kalau beli besar sikit, konfem berlaga-laga tetek orang-orang dalam rumah. Sempit!

Apartment aku dulu, ruang hall dan dapurnya kalau digabungkan, adalah sebesar bilik tidur aku sekarang.
Sumpah tak tipu.
Jadi aku faham sangat kenapa budak yang duduk flat tu cuba untuk kurangkan pembelian barang-barang yang bagi kita perlu, bagi dia belum ada keperluan lagi.

Contoh, dapur dia yang portable 1 stove tu.
Disebabkan ruang dapur yang sempit, mungkin dia lebih utamakan storage daripada membeli dapur with hood.
Dapur rumah sewa aku dulu agaknya sebesar dapur dia juga.
Bezanya, aku dulu menyewa, tak boleh nak pasang kitchen cabinet.
Just beli 1 almari kasut yang dijadikan tempat simpan periuk dan pinggan mangkuk.
Kabinet tu beli 1 saja sebab nak jimatkan ruang dapur.
Maka, pinggang mangkuk hanya keluarkan 4 set saja -- 4 pinggan, 4 piring, 4 cawan.
Kalau guest datang beramai-ramai baru keluarkan pinggang mangkuk dari kotak (dalam store).
Lepas pakai simpan balik dalam kotak.

Budak tu bukan tak mampu beli apa yang kita rasa dia patut beli, tetapi dia memilih untuk tidak beli sekarang.
Satu hari nanti, dia pindah rumah lain, masa tu dia beli segala benda, karang kau bitter pulak.
Follow tak Farah Merhi?
Aku syak budak tu dapat inspiration dari Farah Merhi sebab cekak pink yang dia selalu pakai tu pun Farah Merhi pakai.
Korang yang bitter-bitter tu, aku suggest pi follow Farah Merhi.
Sebab, Farah tu have-have.
Kalau dengan orang have-have ni manusia cenderung jadikan inspirasi.
Kalau follow dak-dak PPR karang, kau cenderung mendengki.
Jadi, kau followlah Farah.


2023-08-22

Welcome to dunia influencer!


Kat FB dah 2 hari orang share cerita influencer TikTok duduk rumah PPRT mampu beli perabot and peralatan elektrik level kayangan.
Adehhh. Gua mana la korang duduk selama ni.
Arwah nenek aku sah-sah tak bekerja, tapi ada anak-anak yang boleh belikan macam-macam.
Lagikan pulak seorang influencer.
Orang bayar dia untuk promote brand.
Harga servis, dia yang tetapkan.
Dah tentulah income takde limit.

Mula-mula dia jelaskan yang rumah tu maknya beli kerana gaji mak below RM3K.
Ok, lojik.
Itu rumah mak. Bukan rumah dia.
Bila mak dah meninggal, dia beli dan sambung bayar ketika income dia masih below RM3K.
So kira settle dah bab ni sebab dia layak.
Eh tak, ya!
Orang tak puas hati lagi sebab sekarang income dah besar maka dia tak layak untuk terus tinggal di situ katanya.
Ceritanya tak puas hati la ni budak ni dapat beli rumah murah sedangkan pendapatan dia besar.
Menambahkan lagi bengkek masyarakat bula deco rumah budak ni macam kondo, dengan barangan mewah.

Gitulah mentaliti manusia, kan?
Kalau kau duduk pertempatan yang tak kaya, rumah kau wajib kotor, barang kedai Siam, dan busuk.
Samalah kalau duduk pertempatan have-have.
Wajib ada BMW 2-3 bijik menjalar kat porch.
Beli Axia karang orang mengata.
Sebab tu founder-founder ketahian tak tak tentu hala pakat-pakat sewa heli, sewa banglo, sewa limo, sewa barang kemas.
Ni semua dek nak match piawai masyarakat.
Kalau kaya, mesti begini.
Kalau miskin, mesti begitu.
Bila kena scam, melolong.

Mudah sungguh kita lupa apa yang kita ada bila nampak apa orang lain ada.
Aku tengok budak tu punya stove pun jenis mudah alih yang satu tungku saja.
Dia punya oven pun jenis mudah alih juga boleh beli kat Shopee.
Rumah kau, siap ada kitchen hood, oven fitted ke kabinet, dapur induction 3 tunku bagai, punnnn kau nak jaki dengan rumah budak tu lagi.
Tak, bukan aku memperlekehkan, cuma nak bagi sedar apa yang kita ada.
Apa yang kau ada entah-entah lebih besar dari apa yang dia ada, tapi kau lebih suka tengok apa orang ada berbanding apa yang kau ada.
Sebab tu tak pernah rasa apa yang dah ada tu cukup.
Kita ni kalau yang kecil pun kita tak hargai, macamana nak dapat yang besar?
Kalau yang ada pun kita tak syukuri, ada hati nak dapat lebih.

Bila menilai status seseorang pada jenama dan harga material yang dimiliki, itulah jadinya.
Tak boleh ke kalau orang lain ada impian?
Beli Coach RM600 pun ada installment 3x bayar sekarang ni.
Beli gelang RM5000 pun boleh 6 kali bayar.
Kau kalau jaki sangat, nak beli esbok SMEG tu beli je la.
Benda boleh bayar installment. Apesal tak beli?

Ada orang minatnya pada brand-brand mahal.
Ada orang minatnya pada barang kemas.
Ada orang minatnya pada henbeg berjenama.
Silakan. Takkan lah duduk PPRT wajib selekeh.
Bagus juga budak tu deko rumah PPRT cantik-cantik.
Biar orang tahu bukan soal rumah kecil atau besar.
Soalnya RAJIN. Kalau rajin, rumah mesti cantik.

Of cos duit memainkan peranan.
Ada duit, buat.
Ada duit, beli barang-barang yang kau nak.
Ada duit, pi travel the world.
Ada orang, gi spend kat good food.
Buy experience.
Tapi ada juga yang sayang nak guna duit.
Suka menyimpan. Terpulanglah. Asalkan content dengan apa yang dipilih. Jangan esok terlebih nak menyimpan, lepas tu bitter tengok orang lain rumahnya ada itu ini.

Umur muda selalunya impiannya besar.
Banyak impian yang belum terpenuhi.
Selalunya umur 20-30 an inilah anak-anak muda berlumba nak kereta besar, nak travel the world, nak gaya hidup mewah, nak miliki itu ini.
Especially yang baru hidup bekeluarga, dah tentu banyak impian.
That girl tak terkecuali.
Cuma "silap" dia, dia duduk PPRT.
Orang kita mana boleh duduk PPRT tapi bergaya orang kaya.
Mindset orang kita, yang duduk PPRT adalah orang yang tak berkemampuan.
Jadi, rumah wajib selekeh.
Makan bentang tikar je.
Pengotor tu wajib.
Tapi mindset ini jugalah nanti yang cakap mentaliti PPRT macam sampah.
Kau kalau aku libas karang, berlumba-lumba gigi kau masuk perut.

Look. Semua orang pernah muda.
Aku pun pernah muda.
Kita sama-sama tahu apa yang kita buat semasa muda.
Dan aku banyak menyimpan cerita blog readers yang gaji dihabiskan dengan fulfill keinginan, tapi simpanan tak ada.
Medical card tak ada.
Nak bagi duit pada mak ayah pun tak cukup sebab komitmen dah terlampau tinggi setiap bulan membayar installment itu ini dek kerana mahukan gaya hidup yang diakui ramai.
Ini statement general saja, ya.
Tak pointing pada sesiapa.
Just nak bagi paham bahawa sometimes apa yang orang tunjuk, itu saja yang dia ada.
Sometimes apa yang tak ditunjuk tak bermakna dia tak ada.
Jadi, tak payahlah dengki. Kalau sakit hati nau, takyah tengok.
Kadang aku pelik dengan orang yang suka kelebet life orang lain, lepas tu tak puas hati.
Padahal rumah kau jauh lebih mahal dari rumah PPRT tu, tapi tetap tak puas hati dengan hidup orang lain.
Dapur kau lagi besar dari rumah dia, pun tak bersyukur lagi?

Aku cerita gak isu ni kat En Wan.

"Bang, tengok budak ni rumah dia PPRT je tapi cantik dia deko, kan? Dapur pun kemas je dia buat"

En Wan jawab, "Dapur awak besar lagi, Di. Patutnya awal lebih rajin memasak dari dia"

Kahkahkah.
Silap soalan rupanya aku bagi.
Setepek dia bagi aku balik.

Tapi apa En Wan cakap tu betul. 
Itu salah satu motivasi budak tu untuk memasak.
Jadi dia perlu dapurnya cantik dan bergaya.
Ada orang, dapur buat kemain besar, tapi masaknya tak.
Banyak order Grab dari memasak.
Tapi dapur extend perabis sampai belakang.
Tinggal tak buat drive-thru kat tepi dapur tu je lagi.
Eh, macam kenal pulak orangnya ni. 

Kepada sesiapa sahaja yang mula terkenal, acik nak cakap, itulah harga yang perlu dibayar bila dah dikenali.
Orang tak suka tengok kau lebih dari dia.
Kau hanya akan disukai kalau kau kekal makan atas lantai.
Beli barang-barang rumah kat kedai Siam.
Shopping baju bundle.
Bercuti yang murah-murah.
Memang orang suka hat ni.
Once kau ada improvement dari segi lifestyle, kau tunggulah.
Ramai yang memerhati kau tu.

Dulu aku pernah tulis pasal siapa budak India yang masak-masak kat YT time PKP dulu?
Bila aku cakap masakan dia biasa-biasa, ada yang tak puas hati.
Ramai nau yang katanya suka betul dengan masakan budak tu.
Tup-tup bila dia dah terkenal, income dah besar, dapat itu ini, dan boleh pindah rumah baru, mula dahhhhh bunyi-bunyi suara tak puas hati.
Senyap dah influencer tu sekarang.

Padahal Eina Azman tu masak pun sedap.
Soft je suara tunjuk cara memasak. "...is doneeeeeeee".
Kemain lembut dan manja.
Tapi sebab Eina Azman ada pakej lengkap - kaya, cantik, pandai masak, keluarga bahagia, dan loving husband, orang tak berapa minat nak kisah kerana dia ada segalanya.
Sheila Rusly masak pun sedap.
Takde pulak berjujuk puji dia melangit.

Yang benaunya, orang suka budak India tu bukan kerana masakannya, tapi kerana lifestylenya.
Kerana hidupnya serba sederhana.
Not really because dia pandai masak.
Manusia memang suka dan mudah simpati pada orang yang kurang bernasib baik.
Kalau kau orang kampung, orang susah - ramai yang suka.
Ramai tak rasa tergugat kerana kau bukanlah pesaing!
Kau disukai kerana kau lebih susah dari dia.
Kerana kau bukan rival mereka.

Standardlah manusia, masa kau di bawah, ramai suka.
Bila kau mula menaik, masa tu lah banyak benda yang tak kena kat mata orang.
Ini sebenarnya cycle yang sama untuk semua orang.
Ketika kau lebih bawah dari si anu, apa yang kau buat semua ok di mata.
Cuba nanti kau mula dikenali.
Konfem serba tak kena.
Apa yang kau buat mula diperhatikan semata-mata untuk cari kesilapan.
Ramai menanti nak jatuhkan kau.
Yang support tu memang ada.
Tapi yang tak support jauh lebih ramai.
But it's ok. Teruskan saja buat apa kau suka.
Biarkan je yang tak suka tu.
Hati kena kental. Hati mesti mau kering.
Welkam to dunia influencer!


2023-08-21

Segalanya Bermula Di Sini @Tropicana Golf Club


Rabu lepas, aku attend program En Wan and boss dia, di Tropicana Golf Resort.
It's a program anjuran Prudential.
En Wan and boss dia bagi talk.
Program ini adalah program berbayar.
Siapa nak dengar kena pakai tiket.
Surprisingly bosnya kata 400 tiket terjual habis 10 days befor program bermula.
Lagilah pak incik aku gelabah.
Aku cakap kat dia, beratus orang bercita-cita untuk berdiri atas pentas tu.
This is a recognition.
Peluang macam ni kita tak pasti akan ada lagi ke tak.
Some people menunggu 10 tahun untuk dapat pengiktirafan tu.

Itulah kisahnya kenapa aku ada sama malam tu.
En Wan nak aku ada sekali, untuk tengok dia bercakap di depan ratusan orang.
Siang tu aku ke ofis macam biasa.
Pukul 4.15 pm gerak ke Tropicana.
Masuk area gold club tu, aku ni terjenguk-jenguk carikan parking sebab kereta dah banyak.
Aku kejap-kejap "Ni ada parking, bang!". Dia diam.
Terus ke depan.
Jap lagi aku "Ni ni ada bang!". Dia diam.
Terus ke depan.
Sampai kat main entrance, dua turunkan tingkap kereta, "Saya speaker malam ni".
Orang tu check plat nombor, "Ok, park sini, encik".
Ohhh kisahnya. Ada reserve parking dah.
Kesian bininya. Macam peghak terjenguk-jenguk cari parking space.

Ini boss En Wan.
Dia juga adalah senior En Wan, dan agen insurans (dulu belum ada takaful) kitorang yang pertama (zaman polisi conventional dulu).
Tahun 2002 lagi dah ada polisi dengan Prudential.
Namanya tersenarai dalam buku "Gems of the East" sebagai salah seorang 50 successful person dari kalangan 10,000 Japanese graduate.
That's how hebatnya beliau.
Pak incik aku yang ramai puji hebat tu pun belum tersenarai lagi dalam buku ni. Hahaha.
En Wan kata boss dia dulu masa sama-sama belajar kat UTM Semarak (Program dasar Pandang ke Timur), antara yang sangat power cakap Jepun.
Boleh menang bertanding speech in bahasa Jepun.
Aku kagum sebab aku dengar En Wan cakap Jepun pun dah laju.
Rupanya boss dia jauh lebih lancar.

Walaupun secara zahirnya nampak macam aku yang bawa lead pada En Wan, hakikatnya dia yang convert lead kepada client, bukan aku.
Aku cuma membantu create awareness.
Create awareness is something yang aku dah buat sejak jadi blogger.
Kalau bukan buat untuk En Wan pun, it is something yang aku buat hari-hari dari zaman makan gaji jual biotech supplies lagi.
Now, untuk kerja-kerja XZIZ, GreenAard, dan MJA aku masih gunakan pendekatan sharing knowledge.
Tapi, kerja-kerja engaging with those potential clients, understand their needs, build relationships, and convert them into paying clients bukanlah kerja aku.
Ini adalah kerja En Wan.
Jadi bila En Wan dapat maca-macam awards and achievements, itu usaha dia, bukan aku.

Malam tu, dia share perjalanan hidup dia dari belajar kat Jepun, kemudian balik jadi engineer selama 15 tahun, kemudian run a company selama 7 tahun, sebelum jump into takaful business at age 46.
Memandangkan kitorang dah tido sebantal sejak 23 tahun lepas, aku dah hafal perjalanan hidup dia.
Malam tu aku tak dengar sangat buji butir yang dia cakap.
Aku lebih terpegun tengok dia makin berani dan lancar bercakap depan orang.

Dulu, setiap kali kena buat presentation kat kilang (tempat dia kerja dulu), boleh jadi stress aku dibuatnya.
Aku sama naik membaca presentation slide tu sebab kena prektis sama-sama.
Dia yang nak present, aku yang sama-sama menghafal. Boleh?
Setiap kali dia kena present, aku kena trained dia bercakap macamana, intonasi macamana, sebutan macamana, gestures macamana, etc.
Speech malam tu aku lansung tak ambil tahu.
Semua dia buat sendiri, prektis sendiri.
Ada kemajuan nampaknya, ya.

One thing yang aku suka tentang slide dia malam tu, dia memecahkan satu persepsi bahawa agen takaful bukanlah dari kalangan yang tak belajar tinggi.
Ramai orang ada persepsi yang jadi agen tu sebab tak dapat kerja atau tak belajar tinggi.
Selama 10 bulan En Wan involve in takaful, aku boleh nampak perbezaan agen berpelajaran tinggi dengan agen yang tak.
Walaupun sama-sama bejaya, dari sudut keprofesionalan, berbeza.
Bercakap, semua orang boleh bercakap.
Tapi keprofesionalan, kepekaan, sikap, mengintegrasikan pengetahuan dengan prinsip, dan kemampuan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, serta menulis dengan baik -- you have to possess something on a different level.

Terus jadi retis.
Lepas tamat majlis ramai yang bergambar dengan beliau.
Aku lepak kat kerusi baca buku.
Sila sila silakan. Dah settle nanti saya bawa balik beliau.

Program malam tu sebenarnya lebih kepada sharing session untuk bagi pencerahan tentang industri takaful.
Takaful ni produknya jelas.
Kalau polisi yang diambil betul, plan yang betul, agen yang betul, insyallah tak ada masalah.
Polisi Rayyan umpamanya.
Agen polisi Rayyan sebelum ditukar kepada En Wan, adalah orang lain.
Selepas tragedi patah kaki tu baru En Wan ambil alih sebab waktu tu dia dah join Prudential.

Claim-claim untuk hospitalization, surgery and fisio semua lulus.
Hospitalization charges paling mudah lulus claim sebab kita masuk Avisena, hospital yang di-recognized by Prudential.

Surgery pula ambil masa sebulan untuk dapat claim sebab kita buat di PPUM.
PPUM bukan hospital under Prudential. Kena pay and claim.
Sebab tu prosesnya lambat sikit.

Fisio ambil masa agak lama.
Baru last month lulus.
Sebab fisio ni pusat yang kita cari sendiri, jadi perlukan surat dari Avisena yang mengatakan Rayyan memang perlukan fisio.
Yang penting semua claim lulus.
Total semua sekali dalam RM40K+ jugalah.

Some people tak faham.
Dia ingat asal ada medical card je tak payah keluar duit sendiri.
Maybe agen pun tak explain dengan betul.
Tengok jenis plan yang kita ambil.
Ada certain plan, kita kena bayar RM300 sebelum boleh masuk ward.
Ada plan yang lain pula, kita kena bayar 10%.
Kalau masuk hospital yang bukan under Prudential pula, kena pay and claim.
Segalanya ada plan-plan pembayaran yang jelas.
Bertanyalah pada agen.
Sebelum masuk mana-mana hospital, tanya agen dulu, ok tak kalau saya nak masuk hospital sekian-sekian.
Ini tak, kau redah je mana-mana hospital, bila kena pay and claim, tuduh takaful scammer.
Padahal dia tak tak faham plan yang dia ambil.

Tengok video ni kasi perabis.
 



2023-08-16

Berada bersama-sama kelompok yang ada segalanya, perjuangan tu tak mudah.


Ini bukan kempen politik.
Kebetulan aku dapat video ni dari whatsapp group.
Aku tengok sampai habis.
Ada point yang bagus untuk kita as parents cakna dari apa yang dia sampaikan.
 


Apa yang dia cerita tentag bagaimana dia cuba blend kehidupan di sekolah berasrama dalam keadaan serba tak ada, sangat menyentuh hati aku.
Walaupun aku bukanlah dari keluarga miskin tegar, aku faham benar rasanya berada di persekitaran yang most of them lebih dari aku.
Dari banyak segi.
Nampak je kitorang ni duduk bandar, rumah batu.
Hakikatnya, kami tak kaya pun.
Rumah yang Mak Aji duduk sekarang adalah investment terbesar dia.
Duduk rumah batu 2 tingkat, tapi kereta tak mampu beli yang baru.

Dari umur aku sekolah rendah, sampailah umur 14 tahun, Pak Aji pakai kereta Subaru station wagon yang dapat FREE!
Pakcik aku kerja sales Marlboro.
One day, Marlboro buat cabutan bertuah. Dapat kereta.

Ginilah rupanya keretanya.
Kitorang punya warna biru.
Mak Aji kata kereta tu pun bukan kereta baru.
Asalnya kereta Marlboro. Kereta syarikat rokok.
Ada tampal sticker Marlboro pada seluruh kereta.
Nama Pak Aji naik sebagai pemenang.
Dapatlah merasa kereta.
Tukar cat jadikan warna biru.
Itulah kereta kitorang dari umur aku 7 tahun sampai 14 tahun.

Sekali pandang, wow! Subaru.
Duduk rumah double storey. Kaya. Padahallll.

Umur 14 tahun, kitorang eksiden teruk kat Tampin. Total lost.
Takde duit nak beli kereta baru.
Mak Aji pinjam duit adik dia kat Singapore RM5K.
Adik dia tanya "Kereta apa kau beli 5 ribu je, Yah?"
Sebak aku dengar masa tu.
Imagine, RM5K pun takde dalam simpanan.
Dapat beli kereta second hand Saga keluaran pertama.
Tahun 1991 orang tak pakai dah Saga 1st edition, tapi itu je lah yang family aku mampu.
Itupun second hand.
Dan kereta Saga tu Pak Aji pakai dari umur aku 14 tahun sampai aku dah kawen!
Tahun 2001, barulah Pak Aji merasa pakai kereta baru.
Itupun Waja je, bukan Honda pun. Alhamdulillah.

MB Kedah tu duduk di kampung.
Miskin orang kampung, walau miskin, dikelilingi oleh orang yang sama ramai miskin.
Sama-sama pekebun. Sama pesawah. Sama-sama duduk kampung.

Miskin orang bandar ni lain.
Dikelilingi oleh orang-orang yang berlainan taraf hidupnya.
Ada yang duduk flat, ada yang duduk rumah setingkat, 2 tingkat, banglo.
Semua duduk di satu kawasan yang sama.
Dah tentulah kawasan tu tak murah perbelanjaannya sebab kawasan tu orang yang mampu pun ramai.
Kitorang yang tak mampu ni, kena adapt sajalah.

Bila aku terpelanting masuk ke elite school, perbezaaan taraf tu terasa lebih besar.
Di sekolah harian, kita jumpa kawan di sekolah saja.
Perbezaan tu nampak kat stationary yang kawan guna, beg sekolah yang kawan pakai, bekal yang kawan bawa, duit belanja yang kawan dapat, kereta yang mak bapak dia pakai hantar anak ke sekolah.
Bila di sekolah berasrama, 24 jam kita tinggal bersama.
Apa yang kawan tu ada, kita nampak.
Apa yang kita takde, kawan nampak.
Walaupun berkawan masih sama-sama, bak kata MB Kedah, kita hanya cuba untuk play along.
Hakikatnya, berada bersama-sama kelompok yang ada segalanya, perjuangan tu tak mudah.

Bezanya, aku can sense hal ni dari awal.
Dari awal masuk aku dah tahu "This is not for me".
Aku tak nak tunggu lama sampai mental aku koyak, emosi aku rabak.
Gut feeling ni jangan dibuat main.
Kalau dari awal dah rasa "This is not for me", trust that.

Berjuang dalam keadaan serba tak ada tu tak senang.
Orang lain ada ni, kau takde.
Kena meminjam.
Selalu sangat pinjam pun orang tak suka.
Satu-satunya modal yang ada adalah otak.
Duduk di elite school, walau tak kaya, tapi otak kau selevel mereka yang kaya.
Itu je modal untuk bertahan.
Cuma aku pilih untuk tak mahu bertahan because my mental health is very expensive.

Redza kata kat Langkawi dulu banyak kes macam ni.
Even mak-mak pun ada yang komplen tentang ni dulu.
Baju tido budak perempuan yang jenis macam bunny zip kat depan tu.
Apa nama baju tido pesen ni?
Ada yang hilang kena curi.
Kasut sport Redza berapa kali hilang.
Henfon dia pun pernah hilang.
Bukan sebijik, tapi dua biji.
Ada setengah budak, bila dia tak mampu dapat, dia akan hilangkan orang lain punya.
Biar sama-sama tak ada.

Rayyan is facing the same too.
Kasut kulit dia 2 kali hilang selang 1 minggu.
Baldi dia orang sorokkan.
Kebetulan En Wan ada di sana, cari baldi dia takde.
Rayyan rilek je kata baldi dia ada je kat luar.
Bila suruh cari, tak jumpa.
Seminggu lepas tu, baldi dia elok je ada kat tempat letak baldi semula.
Kasut pun sama, selepas 2 minggu, elok je kasut tu 2 pasang sekaligus ada balik di rak kasut, siap stokin pun ada dalam tu.
Memang ada budak-budak pesen ni.
Jenis yang dia takde, dia nak orang lain pun takde.
Orang punya dia buat main-main.
Yang kitorang ni malas bising.
Hilang? Ok beli baru. Hilang lagi? Ok beli baru.
Tapi kalau asyik beli baru je fedap juga aku.

Kadang apa yang kita provide untuk anak hanyalah biasa-biasa.
Tapi orang lain anggap terlampau mewah kerana mereka tak memiliki.
Kesannya, anak kita jadi mangsa haters. Abis camno?

Macam Redza tu jenis tak kisah.
Bantal kena rembat pun, dia tido beralaskan lengan SATU semester.
Tapi kalau Rayyan tak boleh.
Segala benda kena lengkap.
Tepi katil dia pun ada karpet, ya.
Sebab dia nak feels like bilik dia kat rumah yang ada karpet 🙄.


2023-08-15

Diana 46th


Weekend yang full.
Bukan full dengan kerja, tapi aktiviti dengan family.
Mengundi punya pasal, kitorang 3 beradik dapat kumpul-kumpul dan ngumpat-ngumpat bersama-sama.
Kebetulan Ima punya alamat mengundi belum diproses, jadi dia kena balik Bangi untuk mengundi.
Kalau dah proses, dia tak dapatlah mengundi sebab alamat dah tukar Johor.
Aku balik Bangi Jumaat malam, lepas Maghrib.
Alamat mengundi aku masih di Bangi, sengaja tak nak tukar sebab En Wan pun tak tukar.
Dia nak mengundi Tganu juga.
Cuma kali ni dia tak balik.
Sebab kali ni, Redza pertama kali mengundi.
PRU lepas nama dia belum proses.
Rezeki dia dapat mengundi untuk PRN.
Jadi, appa berkorban tak balik Tganu sebab nak bagi sokongan kat anak pergi mengundi.

Jumaat malam, dah nak pukul 12 malam baru Ima sampai.
Ima kata selama ni, everytime balik beraya turn Bangi, tak pernah lagi hiway jem.
Sebab yang buat ramai selalunya orang dari KL balik selatan.
Dia dari selatan balik arah ke KL. Memang tak jem.
Tapi PRN kali ni, some tempat jem melekat.
Sepanjang perjalanan kereta memang banyak.
Macam balik raya lah PRN kali ni.
Ima sampai je Bangi, En Wan and Redza patah balik ke PH.

Malam tu tido bilik Mak Aji.
Aku takut nak tido bilik aku sorang-sorang. Hahahaha.
Tebiat sungguh perangai.
Padahal dulu masa anak dara kemain lagi feeling nak ada bilik sendiri. Tak nak share.
Now, dah tua, penakut.

Esok pagi lepas Subuh terus bersiap.
Kitorang 4 beradik -- aku, Ima, CT and Ibal -- dah janji 7.30 am mesti ada atas jalan.
Sekolah Jalan 3 dekat je dengan rumah. Jalan kaki je.
Tapi tu lah, jalan kaki pun kecoh.
Sepanjang jalan tu macamkan kitorang 4 orang je gi mengundi sebab suara kitorang je paling kuat.

Aku saluran 3. Ima and Ibal saluran 4. CT saluran 5.
Saluran 3 ground floor. Maklumlah, menghampiri 50-an.
Ima and Ibal tingkat 1.
CT kategori muda, tingkat 3 terus dia letak.
Disebabkan kitorang semua awal, jadi semua pun habis serentak.
Balik pun dapat sama-sama.
Again, kecoh sepanjang jalan.
Macam kau sorang je mengundi orang lain tak.
By 9 am dah ada kat rumah semula.
Pak Aji and Mak Aji pulak keluar mengundi.
Dorang kat Sekolah Jalan 2 (sekolah aku dulu).
Tak tahu apesal dorang terpelanting kat sekolah lain.

"Saluran kau berapa orang, Diana?" Pak Aji tanya.

"Diana 1400 orang. Saluran Ima 1500. Saluran Redza paling ramai, 3000! Saluran papa berapa orang?"

"Saluran 1 tiga ratus je. Ramai dah meninggal"

Aku gelak beria. Boleh pulak bapak aku melawak gitu.
Tapi betul juga, kan.
Saluran 1 and 2 kan warga tua. Memang tak ramai.
Sedih pulak bila pikir-pikir balik.
One day, aku akan menangis agaknya bila teringat lawak Pak Aji pasal mengundi ni.

Sementara Pak Aji and Mak Aji mengundi, kitorang adik-beradik plan untuk celebrate birthday Mak Aji.
Hadiah dah beli.
Ingatkan nak celebrate makan-makan je, malas nak ber-kek bagai.
Aku minta Ibal and CT belikan Starbucks.
Plannya nak kenduri Starbucks sebab hari tu kan 50% off for second drink.
Panjang rupanya queue, ya.
Sejam Ibal and CT menguruskan Starbucks.

20 minit lepas Mak Aji balik rumah, Ibal pun sampai.
Patutlah lama. Menyinggah beli kek Baskin n Robbin rupanya.
Maka kitorang celebratelah kecil-kecilan sebab tak cukup ahli.
En Wan and Redza takde.
Rayyan and Jannah takde.
Azrul menjaga Mirza tidur kat bilik atas.
Nasib baik ada 2 ketul cucu tolong meriuhkan keadaan.

Alhamdulillah, tak sangka dapat kumpul celebrate birthday Mak Aji in advance.
Kalau plan memang tak menjadi.
Unplanned macam ni, always jadi.
Walaupun seadanya saja. Kek and drinks. Cukup.
Nanti birthday Mak Aji dah sampai tarikhnya, baru kita makan-makan proper.

Siang tu takde apa sangat, lepas celebrate, kitorang sambung bersembang.
Tau-tau je senyap semua pun tido berjemaah.
Aku sedar-sedar dah nak Asar.
Itupun sebab whatsapp En Wan masuk masuk, "Abang otw (ke Bangi)".
Ima balik ke JB semula lepas Asar.
Aku and En Wan balik sebelum Maghrib.
Kejap je berkumpul. Eloklah.
Kalau lama-lama karang, fedap pulak jiran Mak Aji dengar kitorang memekak.

Isnin 14 Ogos. Birthday aku.
Awal-awal lagi tak plan nak celebrate macam selalu.
Selalunya sehari sebelum birth date, En Wan dah kidnap aku untuk staycation.
Tapi kali ni Redza ada di rumah.
Dan ikut plan asal, 13 Ogos petang nak kena hantar Redza balik.
Dah tentulah 13 tu tak boleh ke mana-mana.
Eh tau-tau cuti pulak esoknya.
Maknanya Redza boleh dihantar balik 14 Ogos petang.
En Wan pun diam-diam merancang celebration.

Aku tak tahu menahu rupanya En Wan dah berbincang dengan Redza hal ni.
Agaknya dia bagitau nak bawa aku lepak hotel, jadi Redza kena tido rumah sorang-sorang.
Bila En Wan cakap "Lepas Zohor kita keluar gi makan dengan Redza, lepas tu terus keluar. Abang dah book hotel".

Aku tanya "Redza ikut tak?"

"Eh, anak awak tu 19 tahun dah. Buat apa ikut?"

Sedihnya aku. Aku pujuk En Wan untuk bawa Redza.
Tapi Redza yakinkan aku "Ma, Redza ok je duduk rumah. Nanti Redza makan je apa-apa kat dapur tu"

Mak-mak memang gini, ya.
Anak tu dah berselirat bulu pun tetapppp mak nampak anak tu macam umur 3 tahun dulu.
Bapak-bapak je takde perasaan.

Tengahari tu makan kat IOI City Mall.
Asalnya nak ke Yakiniku, tapi ramai orang.
Queue more than 30 minits orang tu kata.
Dah, tak payah.
Try nak ke Rakuzen.
Elok je sampai, Rakuzen tutup.
Buka semula at 6 pm. Lambertttt.
Gi Chef Wan pulak.
Nasib Chef Wan ada seat.

Ini cawangan Chef Wan yang ketiga aku pergi.
Yang kat KL dah. Yang kat Bangi Resort dah.
And this is 3rd one, kat IOI City Mall.
Rupanya kat mall hidangannya lain.
Even some of the menu ada di cawangan lain, presentationnya tak sama.

Contoh, cucur udang.
Dalam setiap cawangan Chef Wan tak pernah missed coq udang.
Kat IOI Mall, coq udangnya lain.
Macam ada kerak khas untuk coq ni.
Yang bulat bertabur udang tu adalah kerak tepung.
Coq-nya di bawah.
Tak puas betul aku makan sebab coq sikit.
Nak kena repeat balik lepas ni.

Kat sini semuanya ala carte.
Maka, pilihan tak banyak.
Kau takkan jumpa sea bass fillet asam pedas, atau siakap lemak cili api kat sini.
Aku baruuuu plan nak makan asam pedas.
Hari tu aku pilih soto, En Wan makan seafood aglio, Redza makan beef sandwich.
Portion macam biasalah, besar gabak.
Aku punya soto macam besen basuh muka besarnya.
Sedap! Cuma ayam cariknya tak banyak.
Kuah je banyak. Berdegil pun dua je.
Aku taklah minta bergedil sampai 10, tapi sebab mangkuknya macam besen, kan best kalau bergedil lebih.
Lagi satu, kuah soto adalah sambal merah.
I is suka sambal kicap.

Redza punya meal sedap. En Wan pun sedap.
On top of that aku tambah Choc Role Pastry and Croissant.
Tau-tau dengar orang nyanyi lagu Happy Birthday.
Entah bila masa En Wan tempah kek, padahal masuk Chef Wan pun unplanned.
Seingat aku dia ada je depan mata. Bila masa dia booking kek?

Tengok kek pun tau dah, black forest.
Ingat pun favourite kek aku.
Just nice kek pun cinonet, sekali makan je done.
Lepas makan, hantar Redza balik dan zassss gerak ke KL.
Aku malas nak tanya dia hotel mana.
Sebab dia tau, kalau hotel tu hazab dan sangat misteri, bini dia akan call Grab dan balik.

Rupanya kali ni ke JW Marriott.
Berdepan dengan Pavillion.
Last year celebrate kat Ritz Carlton, sebelah JW.
Aku syak, mesti dia nak ajak aku makan malam kat Pavi je nanti.
Tu yang ajak duduk depan Pavi tu.

Kat kaunter, aku dapat bunga.
Rupanya dia dah plan siap-siap untuk bunga menyambut aku kat kaunter.
Tersipu-sipu I.
Maunya yak, kalau dah satu floor tengok staff kaunter tu bagi aku bunga.
Mesti dorang tertanya-tanya apakehey dia ni dapat bunga.
Princess ke perempuan ni? Ahgitu berangannya.

Birthday I 14 Ogos.
I dapat tingkat 14. Bilik I nombor 14.
Bouquet I rose 14 kuntum.
Tak terjangkau kepala aku pikir En Wan boleh plan macam ni.
Tak, masalahnya bila masa dia plan?

Aku ingatkan done dah kejutan.
Elok je santai-santai lepak sambil godek bilik ada apa, staff datang hantar kek.
Nasib belum tanggal tudung. Kalau tak, nescaya menggelupur.
Baru je lepas mencekik kek kat Chef Wan, kat sini dapat kek lagi.
Kek dia SEBIJIK SEBIJON kek yang aku dapat last year kat Ritz Carlton.
Aku syak Marriott and Ritz Carlton ni adik-beradik sebab presentationnya sama.
Hotel pun sebelah je.

Lepas Maghrib En Wan ajak dinner.
Kali ni dia tak ambil dinner kat hotel. Makan kat luar.
Oklah, aku ikut je.
Ingatkan makan kat Pavi, rupanya lain.
Dia ajak aku jalan kaki santai-santai, lalu depan Ritz Carlton, melintas jalan besar, dan sampai ke Emily's Steakhouse.

First time aku ke sini.
Ramai juga orang kat dalam restoran ni.
Padahal tersorok je.
Aku je yang tak tahu kot.
Orang lain tahu lama dah.
Aku ambil lamb rack. En Wan ambil stew daging.
Last-last tak kena dengan tekak dia, minta tukar dengan aku.
Nasib baik bini sejenis tolak batu dengan kayu.
Aku habiskan makanan dia.

Lepas makan, dengar lagi lagi Happy Birthday.
Another celebration untuk aku.
3 kali aku dengar orang nyanyi lagu birthday kat aku dalam sehari.
Dah 46 tahun dah kottt. Cukup-cukuplah. Hahaha.
Tapi kali ni no cake, hanya aiskrim.
Bedallll.

Alhamdulillah, moment-moment simple begini, celebrate berdua, itu lebih baik.
Walaupun tengah makan, tengah minum, tengah tengok TV -- topik sembangnya adalah hal anak-anak.
Aku cakap "Bang, katil ni king size. Ada 6 bantal dia letak. Ada couch panjang lagi. Patut boleh bawa Redza sekali ni".
En Wan pandang muka aku, lepas tu sambung tengok TV.
Malas nak argue malam-malam agaknya.

Sebak pula dapat whatsapp Redza.
Dia kat rumah sorang.
Kalau kat kolej tu takdelah aku terasa sedih sangat.
Ini kat rumah.
Dahlah tak makan apa-apa sebab kenyang sangat makan at Chef Wan petang tu.
Yang anak di Ipoh tu lagilah tak dengar berita. Dia tak call.
Nak telegram pun tak boleh sebab iPad hanya boleh pakai on weekdays saja.

Kejap lepas tu, warden call.
"Wan Rayyan cirit birit and muntah-muntah. Dah bawa ke klinik siang tadi"

La haiii. Patutlah senyap.
Rupanya anak aku tak sihat.
Esok paginya, dapat gambar dari cikgu.
Cadar pun dah berganti warna sebab cadar putih and selimut kena muntah.
Hmmmm..aku macam biasalah, "Bang, kita bawa Rayyan balik sekolah sini je lah".
Again, En Wan pandangggggg je aku.
Malas nak ruin mood birthday aku agaknya.

Tapi walau dapat berita anak tak sihat, esoknya time breakfast tetap 3 round aku belasah.
Problem is problem. Makan is makan. Itu konsepnya.

Breakfast Marriott ok-ok saja.
Pilihan ok, tapi tak sebanyak Ritz Carlton.
Tapi aku rasa Le Meridien Putrajaya sedap lagi.  

Alhamdulillah, sampai juga ke umur 46 tahun.
Dulu terpikir apalah agaknya rasa umur dah 40-an.
Dah duduk kat angka 4 series ni, takde apa yang berbeza pun.
Age is just a number. 
Tinggal nak tunggu beralih dunia je.
Terima kasih untuk semua wish dan doa aku dapat sehari sebelum birthday, on my birthday, dan hari ini pun ada orang send wish lagi.
Terima kasih.