Showing posts with label casual writing. Show all posts
Showing posts with label casual writing. Show all posts

2026-08-21

Happy 70th Birthday Leslie!



12 September birthday Leslie yang ke-70. Setiap tahun aku celebrate tarikh ni, sejak umur 13 tahun, sampailah sekarang age 49.

Hari ni aku masih lagi dalam mood celebrating. Dari 10 September lagi aku dah melepak kat Weibo melayan macam-macam video dari fans Leslie. Mengimbau kenangan. Tengok video sampai menangis! Ramai sungguh fans Leslie, dari generasi aku sampailah ke new generations. Ada yang share koleksi mak-mak zaman muda. Mak-maknya seusia aku agaknya. Sampai anaknya dah 20s, dengan anak-anaknya sekali jadi fans Leslie.

Bila tengok celebration tahun ni rasa sebak sangat. Lebih dari 1900 drones diguna untuk buat macam-macam image Leslie kat langit. And the crowd penuh like crazy!! 

At the same time virtual konsert Leslie dibuat kat Korea and Canada. Imagine virtual konsert dia sepenuh-penuh umat? Artis sekarang yang masih hidup belum tentu boleh gather crowd macam dia, sedangkan dia dah mati 23 tahun konsert masih full house.

GCS cinema (termasuk Malaysia) ulang tayang SEMUA filem Leslie in 4K format. Takde lagi artis yang dikenang sebegini selepas 23 tahun mati. And I am PROUD sebab aku fans Leslie since dia masih hidup. 

Fans Leslie kebanyakannya umur-umur aku dan maybe saki-baki umur sebaya Leslie. Tak ramai mana dah benaunya yang tinggal. But surprisingly, crowd kat Kowloon penuh and ramai generasi baru. Even dak-dak Weibo yang tak pernah hidup di zaman Leslie pun celebrate his birthday.

Aku takde explanation yang ilmiah kenapa aku masih support Leslie until now. Maybe aku pure fangirl.

Fangirl dengan obsessive fan tak sama.

Fangirl admire someone without rasa nak memiliki. Aku suka lagu dia, filem dia, appreciate talent dia, celebrate achievement dia, repeat lagu dia sampai orang kat rumah naik menyampah (eh kesah pulak aku). But at the same time, aku tahu dia manusia yang ada kekurangan, ada sisi dia yang maybe aku tak tahu, ada life dia yang tak selari dengan cara aku. But fangirl tak kisah semua tu. Fangirl tumpu pada achievement saja.

Obsessive fan yang bahaya. Dorang punya minat tu lama-lama jadi possesive and entitlement. Dorang rasa berhak tahu semua benda pasal fav artist dia, artis tu lepak mana, rumah kat mana, dengan siapa berkawan, siapa dia sayang, apa yang patut buat fav artis buat, apa yang tak patut buat, siapa dia patut kawen, siapa dia patut break. Bila reality tak match dengan imagination, dorang merentan. Contohnya? Contohnya fans Dilreba.

Aku kategori fangirl yang happy dengan nostalgia.

Leslie dah lama takde, tapi banyak projek dia masih ada sampai sekarang. Lagu dia orang masih dengar. Filem dia masih tayang. Cara dia perform, cara dia interpret lagu atau watak, cara dia perform on stage, cara dia compose lagu — orang masih bercakap pasal ni. Semua ni bring back memories. And maybe that’s enough. Lagipun aku minat Leslie sebab achievement, bukan muka dia yang hensem. Hensem tu bonus. Achievement dia yang buat aku rasa berbaloi jadi fans.

Dari umur 12 tahun aku minat Leslie. Lama nak mampus. Masa tu tahun 1989. Zaman belum ada duit nak beli apa-apa merchandize and kaset. Yang aku boleh harapkan was gambar dia keluar kat suratkhabar. But it's ok. Apa yang ada kita appreciate dulu.

Surat khabar dulu, bahagian intisari rancangan kadang-kadang ada gambar artis. Especially hari Ahad pukul 2 pm ada movie cina. Kalau keluar cerita Leslie, MESTI ada gambar dia kat paper. Aku gunting gambar, simpan.

Leslie tak banyak buat drama. Sebab dia bermula dengan singing. Standardlah bila dah popular as singer, baru ada tawaran berlakon. Dan dah tentu-tentulah tawaran filem. TVB mana berani ambik artis yang dah famous internationally berlakon drama. Artis-artis gred B selalunya yang berlaku drama waktu tu. Jadi, harapan aku nak tengok Leslie hanyalah kat filem. Tapi, berapa kerap sangatlah TV Malaysia nak tayang filem Leslie, takkan tiap-tiap minggu?

Kebetulan pulak 1989 Leslie bersara dari nyanyian, sampailah 1995. Dalam tempoh tu takde lagu baru dari dia. Tapi nasib baik kaset-kaset dia masih lagi ada permintaan. Jadi dapatlah aku kumpul duit sikit-sikit untuk lengkapkan collection kaset Leslie. Kalau ada peluang lalu depan kedai kaset, aku bersidailah kat dalam tu untuk check kaset Leslie.

Dulu, beli barang dapur kat Billion Kajang. Kalau dapat ikut Mak Aji beli groceries, aku terus naik tingkat atas. Tak kuasa nak tolong Mak Aji beli groceries, bukan boleh dapat jajan pun. Hahaha. Aku naik tingkat atas, terussssss ke ruangan kaset. Lepak situ belek-belek kaset Leslie atau Beyond. Gitu pun dah happy.

Tahun 1993 was the best year. Tahun tu final Jade Solid Gold ditayang kat TV on Hari Raya Cina. Aku sanggup tak ikut Mak Aji balik kampung sebab nak stay kat rumah. Payah nak tengok rancangan cina kat kampung sebab orang lain mesti nak tengok cerita melayu. Jadi, aku stay at home. Entah macamana boleh pulak tahun tu Mak Aji kasi aku tinggal rumah.

Aku tak expect akan ada Leslie kat Jade Solid Gold sebab Leslie dah duduk Canada masa tu. Aku tunggu Jade Solid Gold sebab tahun tu Ka Kui mati. Dalam iklan, dah tunjuk sedutan ada Beyond menyanyi. Jadi aku nak tengok slot tribute tu. Nak tengok tribute to Ka Kui je benaunya. Rupanya kejutan Leslie balik untuk sampaikan award Best Male singer. Tahun tu Leon Lai pulak yang menang. Leon Lai anak didik Leslie, tu yang dorang panggil Leslie balik.

Aku terpekik depan TV bila Leslie keluar. Macamkan aku tengok depan mata la. Dengan pakej menangis sekali. Nasib Mak Aji takde. Kalau dia nampak aku mengongoi depan TV konfem dia hempaskan TV tu. Terus jadi tribute to Diana.

Zaman sekolah, my everyday listening adalah kaset Leslie and Beyond. Like, EVERYDAY mesti pasang lagu cina. Kalau kaset tu boleh bercakap, dorang dah mintak nyawa kat aku. Sebab non-stop aku dengar lagu cina.

Dalam tempoh Leslie bersara, dia hanya stop menyanyi tapi tak stop berlakon. Banyak Leslie main filem sepanjang bersara nyanyi. Masa tu takde sumber nak follow story Leslie, melainkan kat Galaxy (magazine) atau Speedy. Jadi, setiap kali lalu depan Speedy, aku masuk tanya ada tak movie Leslie. Kalau ada, beli. Beli dulu, tak dapat tengok pun takpe. Janji beli dulu. Sebab rumah takde video player pun masa tu.

Kegilaan ni tak stop walaupun aku dah kat uni. Tahun 1995 Leslie return to HK and start menyanyi semula. Album pertama dia keluarkan was compilation lagu-lagu OST dalam filem-filem dia. Leslie was a composer too. Dia ada bagi lagu kat Leon Lai, Edison Chen, Faye Wong, Vivian Chow and a few more top-top singer waktu tu. Dan kebanyakan filem yang dia berlakon, dia compose the OST. 

Bila start zaman CD, aku beli CD-lah pulak. Dah ada kaset, beli lagi CD. Punyalah sayang nak tinggal, semua kaset and CD Leslie and Beyond aku angkut ke uni. Tak nak tinggal kat rumah. Aku tak percaya dengan Mak Aji, karang dia humbannya koleksi aku.

Maybe yang seusia aku, kalau follow Cantopop tahu betapa besarnya nama Leslie kat Asia. That's why masa Sudirman menang Best Asia singer kat Royal Albert Hall, the news sangat-sangat besar because Leslie ada sekali. Semua orang dah bajet Leslie akan menang because dia dah pegang Asia masa tu. Dah buat konsert kat US, UK, Canada juga. Tup-tup Sudirman memang, mau tak bergegar? Aku pun terkejut sekali. Hahaha.

Tapi Malaysia tak gunakan kemenangan Sudirman untuk bawa dia keluar, kenalkan lagu-lagu dia kat Asia. Habis kat situ je. While Leslie terus mendonia. Sampai sekarang Asia kenal Leslie, kita je yang kenal Sudirman. Kalaulah masa tu dorang buatkan record Sudirman in Cantonese, konfem mendonia. Leslie, setiap album dia ada dua kali recording - Cantonese and Mandarin. Some album dia rekod 4 kali tambah bahasa Jepun and Korea. Tu pasal sampai sekarang dia masih ada fans kat 2 negara ni.

Tahun 2003 berita Leslie mati keluar kat muka depan surat khabar. Aku tak ingat samada Utusan atau The Star. Tapi berita Leslie mati sangattttt mengejutkan. Zaman tu pulak dah ada internet. Lagilah mudah aku nak cari info. Waktu ni aku dah kawen. En Wan sangat sangat supportive dengan minat aku. Dari zaman berkawan dia kenal dah nama Leslie Cheung. Dia tahu aku sangat minat Leslie and Beyond, jadi bila aku nak kumpul semua merchandize, magazines and album compilations Leslie, dia sama-sama carikan.

Tahun 2006 aku start kumpul VCD/DVD filem-filem Leslie. Beli direct from Hong Kong. Best Asia nama website tu. Padahal semua movie dah tengok tapi saja beli sebab nak collect. Begitulah gilanya aku dengan Leslie. Beyond takyah ceritalah, sama je kegilaannya.

This year celebration birthday Leslie yang ke-70 sangat menggila. Hong Kong really kehilangan Leslie. Dia je satu-satunya artis Hong Kong yang masih lagi disambut birthday and anniversary kematian EVERY YEAR. Aku tak rasa Hong Kong jumpa pelapis Leslie, until now. Walaupun nama-nama 4 Heavenly Kings — Andy Lau, Leon Lai, Aaron Kwon and Jacky Cheung — strong, tak cukup kuat sebenarnya nak gantikan achievement Leslie. Leslie di tempat yang tersendiri. That's why dari zaman dia hidup sampai dah mati, orang panggil Gor Gor (Big Brother), sebab takkan ada orang di tempat lebih atas dari dia. At least, for now, masih belum ada.

One thing yang buat dia sangat disegani sebab dia excell in both singing and acting. Dia berlakon filem dari 1986 hingga 2003 pun dah ada 3 wins and 8 nominations (total 11 kali), tak termasuk Best Actor recognition kat Cannes Film for Farewell to My Concubine. Achievement menyanyi lagilah banyak tak terkira. Dalam and luar negara.

Year 2000 dia menang award Asia’s Biggest Star.

Tahun 2010 (selepas 7 tahun mati), CNN senaraikan nama dia di tempat ketiga Most Iconic Musician of All Time selepas The Bettles and Michael Jackson.

Aku sendiri tak nampak ada pengganti Leslie Cheung. Maybe sebab tu sampai sekarang orang masih celebrate dia. Puas rasanya dapat jadi fans ketika masih hidup. Cuma ralat sebab masa tu aku tak berduit. Banyak merchandize tak dapat beli. Konsert pun tak dapat pergi. Tapi video tape konsert dia semua ada collect sekarang.

Mak Aji tak berjaya mematikan minat aku kat Leslie. Terbayang-bayang dia koyakkan poster pertama Leslie. Aku beli poster tu dari kawan. Kawan dapat that poster sebab beli Bee Dees (bra). Tak taulah apa kaitan Leslie dengan Bee Dees. Kawan jual that poster RM10. Masa tu RM10 mahal oiii. Tak tahu mana aku dapat duit beli poster tu. Susah payah aku kumpul duit, dapat kat dia, dikoyakkan. Punyalah takut aku tukar agama sebab minat Leslie. Dia ingat aku berangan nak kawen dengan Leslie ke hape?

Yang sebenarnya dalam cerita ni aku beruntung dapat En Wan. Sebab payah jumpa orang yang tak kisah isterinya jadi fangirl. Kena tadah telinga dengar playlist cina aku. Dia punya membagi sokongan tu kalau aku bersembang bukak cerita pasal Leslie, dia dengarkan je. Lantaklah dia fokus ke tak, janji dia melayan 😆.

I don’t need to justify kenapa after so many years aku still minat Leslie. Takde sebab yang intellectual pun untuk explain why. Sometimes you just to connect with an artist. That’s it. Maybe that’s what being a fangirl is. Once an artist has left a certain kind of imprint on your heart, dia stay there.





2026-08-15

Semua benda yang aku tak suka atau tak selesa semasa kecil, aku takkan repeat dalam keluarga aku sendiri.


Rumah aku ada 6 bilik tido dan 5 bilik air. Setiap bilik tido di atas ada bilik air sendiri kecuali 2 bilik di bawah share 1 bilik air. Kalau guest datang, insyallah selesa sebab tak perlu queue nak guna bilik air. Kalau Redza takde kat rumah, boleh guna bilik Redza untuk tumpang tido.

TETAPI...

Ada tetapinya. Kalau anak-anak aku ada di rumah, aku takkan suruh anak-anak pindah bilik lain semata-mata nak kasi guest tumpang tido dalam bilik. NEVER.

Dua bilik kat bawah tu asalnya bilik untuk guest. Tapi now dah ada bibik and mok, maka dorang duduk bilik-bilik tu. Jadi, kalau ada guest datang, takde bilik untuk aku bagi, melainkan guest willing tido di hall.

Orang lain maybe akan pindahkan anak-anak berkumpul dalam satu bilik untuk bagi satu bilik pada guest. Aku tak. Malah, TAK AKAN. Sebab aku tak nak ulang apa yang aku tak selesa.

Dulu masa kecik, aku and Ima share sebilik. Ibal satu bilik lain. Mak Aji and Pak Aji satu bilik lain. Atas ada 3 bilik. Bilik bawah adalah bilik kerja Pak Aji + laundry room. Aku menggosok baju-baju semua orang dalam bilik bawah.

Everytime ada orang datang tido rumah, mesti Ibal kena tido bilik kitorang. Bilik Ibal jadi guest room. Rumah zaman dulu, hanya master bedroom ada wayar untuk kipas siling. Bilik lain takde, melainkan kau renovate rumah. Kitorang dulu manalah ada budget nak renovate-renovate. Pindah rumah, duduk terus. Takde renovate apa-apa melainkan pasang grill. Jadi, dari kecil sampailah aku kawen, bilik aku takde kipas siling. Pakai kipas stand.

Dahlah everytime guest datang, kitorang kena bagi satu bilik kat dorang. Kitorang 3 beradik berhimpit-himpit satu bilik. Pastu kipas stand bilik kitorang pun kena bagi kat guest sebab guest panas. Kau rasa???

Yang kitorang 3 beradik ni berpanas tido malam. Aku as kakak sulung lagilah hazab. Tak dapat tido selagi adik-adik aku tak tido. Sebab kena kipaskan dorang. Kipas tangan, ya! Lenguh-lenguh tangan aku. Dahlah si Ibal tu nak tido kena gentel jari kelingking aku lagi. Dah satu hal dua-dua tangan aku kena bekerja.

Aku tak paham apesal kitorang kena tanggung ketidakselesaan ni hanya untuk buat orang lain selesa? Kau guest kot. Patutnya kau yang kena beralah. Kau yang kena sedar diri sebab tumpang rumah orang. Nak selesa tidolah hotel!

Aku kesian tengok adik-adik aku. Tido berimpit dalam kepanasan. Tu kalau tumpang satu malam. Kalau 2-3 malam? Dahlah TV satu je kat rumah. Guest pulak nak tengok cerita dia. Geram gila!!

Masa tu aku bengang dengan Mak Aji. Terlampau nak bagi guest selesa, sampaikan kitorang anak-anak yang hazab. Dia tak rasa sebab bukan bilik dia yang kena kacau. Tido pun ada kipas. Mak Aji cakap biar tetamu selesa. Tapi bagi aku, bila terlalu selesa, makin seronoklah dorang datang menumpang tido lagi.

Ini bukan masalah tak suka guest datang, tapi kenapa kitorang kena korbankan keselesaan? Dah la keadaan kita pun tak se-senang mana dulu, kalau mewah lain cerita. Pastu nak kena bagi pulak keselesaan yang sikit tu pada orang lain. Memang baranlah aku. Aku memang protective sikit untuk adik-adik. Aku berpanas takpe, tapi bila adik-adik sampai takleh tido sebab panas, ini yang buat aku naik hantu.

Masalahnya bila kitorang datang rumah orang, takde pun dapat tido dalam bilik. Kena tido hall. Tu yang aku cakap kat Mak Aji, "Kita ni orang miskin, Ma. Takyah beria sangat buat baik, orang tak mandang"

PANGGGGG kena pelempang. Kahkahkah.

Aku memang rajin kena pelempang Mak Aji time kecil dulu sebab mulut aku ni la. Tapi bak kata adik-adik aku, apa aku semua cakap betul, cuma bisa sikitlah. Abis tu, cakap elok-elok tak sampai mesejnya, meh aku tembak terus. Adik-adik aku tak berani bersuara. Sampai sekarang kalau dorang nak suarakan pandangan kat Mak Aji, akulah yang dicucuknya.

Lagi satu bab makan. Aduiiiii stress aku.

Kalau ada orang datang, Mak Aji masak selalunya lebih sikit, tapi lauknya biasa-biasa je. Yang guest pun agak-agak la makan. Taulah kau tetamu, takkanlah apa yang dihidang tu kau nak habiskan semua. Pikirlah sikit entah ada belen lauk ke tak ket dapur nun. Jenis yang kaut lauk sebanyak-banyak ada masuk dalam pinggan sebab segan nak tambah lauk kendian. Jadi, dia kaut sebanyak-banyak ada.

Ikan goreng tu kita dah potong dua, patutnya ambiklah satu (memang itu tujuannya aku potong dua). Dia selamba ambik terus 2 keping. Dalam hati aku, eh bahalol, kau memang kebulur ke? Tak pernah jumpa ikan goreng kat rumah?

Pastu mak aku sejenis hormat nau kat guest, "Takpe, takpe, tambah lagi. Ada lagi kat dapur"

Aku lah kannn. Hanginnnn je. Bukan apa, masalahnya lauk tu tak banyak mana. Mak bapak aku dua-dua sejenis yang payah nau nak cakap NO. Pastu bila lauk dah habis, nanti aku kena goreng telurlah. Bila aku bengang, Mak Aji marah aku balik "Halah kau ni macam tak pernah makan!"

Dia sebenarnya bukan nak marah aku. Dia kesal juga guest makan beria sampai anak sendiri kehabisan lauk. Tapi sebab dia tak nak mengaku salah tak berani say NO kat guest, jadi dia marahlah aku.

Lagi satu kuih raya. Bab ni sampai sekarang aku membahan Mak Aji.

Dulu, yang buat kuih raya aku sorang. Dari umur 13 tahun sampai ke kawen, SETIAP TAHUN aku sorang buat biskut raya 6 jenis. Wajib 6, ya. Kerepek-kerepek tu lain cerita. Itu beli. Tapi biskut raya wajib 6.

Biskut raya aku semua sedap. Ini tak tipu. Diakui zaman berzaman. Antara yang paling hot adalah kukis Mak Aji. Kukis Mak Aji tu nama sebenarnya adalah Kukis Diana Aniston Asareje! 

Sepanjang aku hidup, tak pernah sekali Mak Aji buat kukis tu sampailah aku serahkan resepi untuk dia jual. Eh tau-tau famous pulak siap pakai agen bagai. Cis!

Kisahnya, kukis tu sangat sedap di tekak semua orang, termasuk kawan-kawan dia. Penat aku buat benda ni sorang. Mak Aji everytime kawan-kawan atau anak kepada kawan datang makan kuih raya, asal habis kuih dalam bekas tu dia akan tambah lagi. Aku cakap takyahlah tambah. Yang datang beraya bukan dorang je, ramai lagi yang nak beraya. Dahlah raya sebulan. Awak tu kalau jenis rajin menggoreng mihun untuk guest takpelah jugak. Memang biskut raya je buta-buta hidang. JImat-jimatlah sikit.

Mak Aji macam biasalah, dia buat dekkkkk bila aku tegur. One day tu kawan dia datang beraya. Duduk jauh. Time balik, boleh dia bekalkan sebalang kukis tu. SATU BALANG! Aku nak penuhkan satu balang tu jenuh menggentel dari lepas sahur sampai ke tengahari buat gila banyak adunan. Dia senang-senang je bagi sebalang gitu. Baranlah aku.

Orang tu dah balik dia cakap, "Esok mama beli bahan, kau buat lagi"

Memang menjawablah seorang Diana.

"Siapa yang nak buat tu? Mama ingat tak penat ke buat kuih, dengan dapur takde kipas lagi. Mama tak pernah buat senanglah order".

Mulut aku memang tak kira siapa, kalau aku tak puas hati aku shoot je terus.
Aku ni selagi aku sabar, memang aku diam. Tunggu aku hilang sabar. Memang semua aku tabur.

Penat tau tak buat kukis! Dahlah masa tu Ima kat asrama. Memang aku je kena buat sorang. Kau bayangkan lepas sahur terus bancuh kuih. Sambil-sambil tunggu kuih masak, tetaplah kena mengemas rumah, membasuh baju segala. Yang dia bagi kuih gitu-gitu je kat orang lain. Fedap aku.

Sekali pandang orang akan kata baiknya Dahlia ni. Pemurah. Datang rumah dilayan macam raja. Makan tak bercatu.

Kau tahu sebab apa?

Sebab miskin!

Ini adalah impak dari miskin. Orang yang takde harta, tak kaya, belajar tak tinggi, gaji tak besar, takde apa yang boleh dioffer selain berbuat baik. Sebab tu orang datang rumah, seboleh mungkin mak bapak aku bagi yang the best walaupun kena korbankan keselesaan sendiri. Orang suka makanan kat rumah dia? Hah bagi bagi bagi. Tambah tambah tambah. Tak cukup tambah, nah bawak balik sebalang.

Aku tak marah nak bagi, tapi patut padanlah dengan keadaan kita. Kita ni bukan orang senang mana. Benda kalau banyak, takpe berbagi. Ni benda pun tak banyak, sibuk nak membagi. Baik belikan aku baju baru lagi berpekdah.

Aku kan sampai sekarang kalau kitorang sembang-sembang terbukak topik ni, aku selalu cakap kat Mak Aji and Pak Aji "Penat jadi miskin, Ma. Kena jadi people pleaser. Buat baik tak kena gaya. Sebab itu je yang kita ada"

Aku tak kesal lahir dalam keluarga yang tak kaya. Aku cuma kesal cara mak bapak aku pleased people sampai menyusahkan diri. Bagi aku, orang datang rumah, kita hidang apa adanya. Benda memang tak cukup, hidang jelah apa yang mampu. Nak bagi bekal kat orang berjalan jauh? Bagi biskut Hup Seng tu.

Orang datang tido rumah? Oklah nak sangat bagi orang tu bilik. Bagi. Tapi bagi tempat tido je dah la. Yang nak angkut sekali kipas aku apehal?

Sebenarnya bukan nak suruh jadi kaya, tapi janganlah miskin. Sumpah bila kau miskin, kau jadi people pleaser. Benda ni lah aku paling menyampah. Dari kecil lagi walaupun aku tahu aku miskin, kepantangan aku jadi people pleaser. Aku akan buat sampai aku diterima kerana ada something aku can offer. Bukan aku terhegeh-hegeh kat orang.

Walaupun kena ejek hitam, kena ejek muka buruk, kena ejek baju buruk, aku takkan please people semata-mata takut kena ejek. Kau nak ejek aku, kau punya pasal. Aku akan buat cara aku sendiri.

Paling mudah caranya, terpaksa jadi pandailah. Bila kau pandai, ramai orang hebat-hebat nak kawan dengan kau. Bukanlah jadi terpaling pandai, tapi above average sikit jadilah. Dalam konteks budak sekolah, jadi pandailah. Kalau konteks orang dewasa, kena berjayalah, barulah orang seronok nak berkawan.  

Semua benda yang aku tak suka atau tak selesa semasa kecil, aku takkan repeat dalam keluarga aku sendiri. Ada some people, apa yang dia lalui masa kecil, dia wariskan ke anak-anak. Anak-anak kena rasa apa yang dia rasa. Aku tak. Apa yang aku tak suka, aku buang terus. Cukup benda tu sampai aku je. Jangan turunkan culture tu pada anak-anak. Termasuklah bagi bilik anak-anak aku kat guest. Guest, tido hall, tak kira pangkat kau apa. Nama aku nak suruh anak-anak aku keluar dan bagi bilik kat guest, NO.

Ini bukan memanjakan anak, ya. Guest datang, kita hormat. Tapi anak-anak aku ada hak untuk rasa selamat dan selesa dalam rumah sendiri. Bilik anak-anak aku bukan hotel room. Tak kisahlah guest tu sedara-mara, kawan or orang tua. Kalau rumah aku kebetulan ada bilik kosong, aku bagi tumpang. Kalau tak cukup bilik, guest tidur hall. Bukan anak aku yang kena keluar dari bilik dia.

Aku bukan nak besarkan anak dengan perasaan selfish atau tak tahu timbang rasa. Bertimbang rasa tak bermaksud kau kena always korbankan diri sendiri untuk puaskan hati orang lain. Ada beza antara being generous dengan being taught that your needs always come last.

Kuih raya pun sama. Lauk-pauk pun sama. Apa yang aku hidang, itu saja guest makan. Dah habis? Sorry aku tak tambah lagi. Kau jangan nak mentekedarah macam kat kedai, ya. Kalau habis, habis.

Pernah dulu, aku buat nasi lemak kat rumah (rumah sekarang). Masa tu mok dah ada sini. Tengah-tengah makan, ada orang sampai (keluarga En Wan). Oklah, setakat 2-3 orang kita pelawa makan sekali. Apa adanya sebab aku tak masak banyak. Lepas makan, dorang sambung bersembang, aku naik bilik. Tengah-tengah lepak, mok naik atas ketuk pintu bagitau ada orang lain sampai.

Mok cakap "Nasi lemak habis doh. Dorang nak makan nasi lemak"

Kat situ jugak aku mengeluarkan statement.

"Nak makan nasi lemak suruh dorang makan kat kedai, mok. Kita buat nasi lemak untuk kita-kita makan je. Apa yang ada tu je dapat. Kalau dah habis, habislah"

Pastu aku turun gorengkan keropok lekor and karipap frozen. Hidang. Settle.

Ini bukan tuan rumah tak meraikan tetamu. Ini namanya COMMON SENSE. Datang rumah orang bukan untuk makan! Makan tu ihsan tuan rumah. Ni siap nak order bagai. Cantek muka??


2026-08-08

"Kak Di, En Wan tak kisah ke akak minat artis cina?"


"Kak Di, En Wan tak kisah ke akak minat artis cina?"

Tak. Dia lansungggg tak kisah. Malah, memberi sokongan padu. Hahahaha.

Aku minat retis cina jauhhhhhh sebelum kenal dia. Masa dia kenal aku, dalam surat-surat aku pada dia, aku always cerita pasal kaset-kaset Beyond and Leslie yang aku beli. Aku cerita kenapa aku gila minat kat dorang. Jadi, dia tahu isterinya seorang FANGIRL. Dia kawen dengan FANGIRL. So, dia dah bersedia untuk bagi sokongan tak berbelah bagi pada minat isteri dia.

Tak semua lelaki bersedia nak kawen dengan seorang fangirl. Sebab jadi fangirl ni bukan setakat “Oh, dia handsome”. Tak. 

Kau kena bersedia dengar cerita pasal retis yang kau tak kenal. Kau kena bersedia tengok isteri kau excited bila drama favourite artis dia keluar TV. Kau kena bersedia untuk bini kau ulang lagu yang sama 27 kali. Kau kena bersedia untuk tengok cerita yang kau tak faham satu perkataan pun sebab semuanya dalam bahasa Cina. Dan paling penting, kau kena faham minat dia pada artis tu wujud sebelum kau masuk dalam hidup dia.

Hari tu masa aku nampak poster Ka Kui kat Aurium TRX, dari jauh aku berlari tinggalkan En Wan kat belakang. Sebegitu mudah aku lupakan suami. Kahkahkah. Tapi En Wan memang sporting. Dalam aku tak sedar, dia rekod aku terkinja-kinja berlari kejar poster Ka Kui. Tu baru poster, kalau orangnya real depan mata, mau dia pakaikan aku harness. Kahkahkah. 

Masa dia tengok balik video aku berlari tu, dia gelak je. 

"Macam ni eh Di minat Ka Kui? Di sedar tak masa tu Di berlari?"

Habis tu? Takkan aku nak melenggang-kangkung. Haruslah lari. 

Kebanyakan orang, lepas kawen baru berjinak-jinak dengan k-drama dengan c-drama, kan? Aku dari sekolah rendah minat lagu-lagu cina, filem cina, drama cina. 

Dan aku punya minat tu bukan setakat tengok drama cina, tapi membawak ke beli kaset, beli CD, follow Jade Solid Gold, bersidai kat kedai kaset semata-mata nak kelebet and tumpang dengar lagu-lagu cina, collect paper cuttings dari Galaxy (dulu ni je sumber berita entertainment from Hong Kong). Dari umur 12 tahun sampai 49 tahun, kekal follow chinese entertainment. Konsisten. 

Bila dah kawen, En Wan dah be prepared kegilaan bini dia kat retis cina. Masa Leslie mati, aku menangis-nangis kat dada En Wan, dia tak gelak pun. Dia tahu aku minat sangat. Dia layan je aku menangis. Pastu ajak pi Speedy cari compilation CD and video Leslie. Kat Speedy dia sama-sama carikan. Tak jumpa kedai sini, cari kedai sana pulak. 

Masa gi Hong Kong tahun 2008 dulu, dia faham assignment. The moment aku melompat peluk patung wax Leslie, tanpa disuruh, dia terus snap gambar bertalu-talu. Siap ajar aku nak posing macamana. Mak Aji menjelingggg je kat tepi. Cuma time tu tak dapat pi kubur Ka Kui. Padahal En Wan dah study map nak bawak aku gi visit kubur. Tapi tu lah, karang mak aku bertukau jadi singa jadian. Tak memasal karang aku terkubur kat Hong Kong.

Masa movie Ka Kui release baru-baru ni, En Wan lah yang surprisekan aku dengan beli fan screening tiket. Fan screening tu movie + performance. Aku cuma mintak dia bawa tengok movie je. Tetiba dia belikan tiket fan screening. Sanggup dia join sekali, melayan kegilaan aku. Nasib baik dia dah kenal Ka Kui and hari-hari dengar lagu Beyond. Takdelah terbangang-bangang sangat kat dalam tu.

Masa kedai emas Zhou Liufu bukak kat Pavillion Bukit Jalil, En Wan bawak aku "jumpa" Johnny. Johnny global ambassador Zhou Liufu. Sebesar-besar alam screen and gambar dia kat luar and dalam kedai. Aku pergi semata-mata nak ambil gambar depan screen tu je. Sanggup En Wan bawak, melayankan minat bininya. 

Mak Aji kalau masuk kereta aku, "Tak bosan-bosan ke kau dengan lagu cina?"

Laa, nak bosan apa. Aku minat bukan FOMO. Bukan ikut trend. Aku minat sebab memang aku minat. Kalau tak, takdelah sanggup berhabis beli kaset, VCD and CD cina. 

Magazine cina yang aku tak paham sebutir benda tu pun sanggup beli sebab nak tengok gambar. Nasib baik magazine tu semua aku simpan sampai sekarang. Sekarang dah faham semua yang dia tulis dalam tu sebab snap and google image translate. Settle.

Spotify pun aku beli yang premium sebab nak dengar lagu cina tanpa gangguan. Subscribe iQIYI + WeTV + Youku + Bilibili serentak. Apa lagi aku nak membuktikan minat ini?

Orang yang tak minat akan tertanya-tanya apehal aku "buang masa and buang duit"?

Tak. Lansung tak membuang masa. Because this is my hobby and passion. 

Ni sama macam En Wan dulu kondem aku berblogging.

"Apa benda blogging ni? Dapat apa?"

Memang tak dapat apa-apa. Tapi aku suka. Aku blogging takde expectation nak dapat apa-apa pun. Sebab tu aku boleh bertahan blogging sampai sekarang, 20 tahun lamanya. Because aku berblogging sebab memang aku suka menulis. Bukan aku blogging sebab orang lain pun blogging.

Macam orang lain yang hobinya mengait, mancing, hiking. Aku pun boleh kata benda yang kau buat tu buang masa, takde pekdah. Sebab benda yang kita tak suka, kita takkan nampak pekdahnya. Yang minat je tahu. 

Yang penting, benda yang aku minat ni tak kacau orang, tak habiskan duit orang, dan tak menjadikan urusan harian aku terganggu. Jadi fangirl ni satu benda penting is kena tahu boundaries. Selain dari jangan sampai urusan harian terganggu, jangan sampai hal peribadi artis tu pun kau nak kisahkan. 

Being a fan, focus on his career. Kita suka dia sebab lakonan dia, lagu dia, performance dia, personality yang dia tunjuk kepada public dan hasil kerja dia. Itu yang kita support. Jadi fan, kita jangan kepoh hal peribadi dia. Dia dating dengan siapa? Nak kahwin dengan siapa? Dia follow siapa? Dia unfollow siapa? Semua benda kau nak kelebet. Jenis nilah yang buatkan orang pandang rendah dengan fangirl. Itu bukan fan, tu namanya obses.

Sometimes tengok fandom gaduh sebab artis favourite dia dating. Girl, he doesn't know you exist. Buat rilek sudahlah. Gasaklah dia nak dating siapa pun. Janji dia kekal relevan dalam industri. Filem and drama bersusun keluar. Itu lagi penting.

Minat cerita cina, lagu cina, entertainment cina adalah benda yang keep me sane. Buat benda yang kita seronok, akan bagi kita rasa happy, tenang and sentiasa ada perkara untuk dibuat. Contohnya, aku join Fanclub Leslie and Whale Guardian Team (fans Johnny). Apa yang aku gain dari sini?

A sense of community.

Aku jumpa orang yang minat benda yang sama. Asalnya tak kenal, tiba-tiba boleh sembang pasal drama, character, lagu, variety show atau update terbaru artis yang kitorang minat. 

Benda ni nampak kecil kat orang lain, tapi bila kau dah masuk dalam satu community, kau akan faham yang dalam tu bukan semata-mata bercakap pasal artis. We share excitement. Tunggu drama baru sama-sama. Discuss jalan cerita. Buat strategi nak marketkan drama. Pastu post-mortem watak and plot. Gila serious topik sembang team Whale Guardian. Bukan cikai-cikai punya sembang. Bukan sembang pasal siapa paling handsome, siapa paling popular. *mata juling ke atas*

Kadang-kadang masuk group nak tengok update, last-last jumpa kawan baru yang ada minat yang sama, dan cara fikir dari perspektif berbeza. To me, having something to look forward to is important.

Hari-hari kita dah cukup busy dengan kerja. Kerja opis. Balik rumah buat kerja rumah. Kadang sambung kerja opis kat rumah. So, what's wrong with having something yang kita genuinely enjoy? Benda-benda kecik macam ni bagi kita a little escape from our daily routine. Bagi diri kita ruang untuk recharge.

Hari tu masa aku share celebration 70th Birthday Leslie, ada followers tanya. 

"Ada tak orang kata dah umur 50 pun minat artis lagi?"

Girl, at this age, aku dah tahap non-chalant. Dah malas nak justify apa yang buat aku happy. Sebab aku bukan tiba-tiba baru minat artis cina. Korang masih air kencing lagi aku dah busy dengan artis cina atas dunia ni. So, I don't careeeee. 

En Wan, Redza, Rayyan - semua tahu minat aku. Budak-budak ni dari kecil sampai besar dengar lagu-lagu Beyond. Dorang faham. Sebab tu penting kau duduk dalam environment yang menyokong passion kau. So that kau tak perlu risau dengan apa orang luar cakap. Kalau benda tu buat aku seronok, tenang, and tak kacau hidup orang lain, why not? Life is already hard enough. Cari benda yang buat kau happy. Then enjoy it.


2026-06-15

Aku TAK ENCOURAGE korang duduk sebumbung dengan parents sendiri atau mertua.


Aku ni bercerita pasal aku duduk dengan mertua BUKAN nak encourage sesiapa. 

Ramai pulak yang mintak tips macamana nak sabar duduk dengan mertua.

Dengar sini aku cakap.

Aku TAK ENCOURAGE korang duduk sebumbung dengan parents sendiri atau mertua. Kalau boleh elak, elak. Kalau boleh duduk asing, duduk asing. Kalau ada ruang untuk hire maid letak di kampung jaga mak, hirelah maid. Kalau perlu bawak mak tinggal sekali, usahakan hire maid yang boleh menjaga orang tua atau menjadi helper kau menguruskan hal-hal lain di rumah sementara kau uruskan mak.

Aku bercerita pasal duduk dengan mak mertua 15 tahun bukan nak share tips atau apa-apa. Aku cuma ceritakan pengalaman saja. Let alone nak encourage. 

Mok duduk dengan kitorang since Rayyan kecil. Masa tu kitorang ADA BIBIK. Aku tak letak anak aku kat mak buta-buta gitu. Aku hire bibik untuk jaga anak. Role mok cuma main and tido dengan cucu saja. Menguruskan baby — baik Rayyan mahupun Redza — adalah role bibik. Bibik yang mandikan, bagi makan, main, masakkan.

That's why aku less stress sebab aku ada helper. Dia tolong settlekan urusan di rumah. At the same time, aku tak perlu risau siapa jaga anak di rumah sebab mok ada sekali. Some people, dia burnout dan tertekan bila duduk dengan mertua bukan sebab mertua membebankan, tetapi dia yang rasa terbeban untuk buat semua benda. 

Aku faham, bila duduk dengan mertua, takkanlah kita balik kerja nak terlentang atas katil. Mesti nak kena masak-masak, mengemas apa semua. Karang mertua cakap apa pulak. Padahal suami kita tak kisah pun. Kalau penat, tapau. Tapi takkan nak tapau everyday, karang mertua cakap apa pulak. Tu yang rasa terbeban tu.

Aku ambil bibik sebab inilah. Walaupun ada mok, tetap pakai bibik. So that takde sebab untuk aku balik kerja nak menyapu, membasuh. Sebab semua bibik dah buat. Kalau aku nak terlentang ke, mengangkang ke, takde siapa boleh question. Because rumah dah terurus. Nak apa lagi?

Sejak Rayyan Darjah 1 barulah kitorang takde bibik. Kitorang tak ambil lagi bibik sebab mok yang tak kasi. Dia kata tak perlu sebab anak-anak dah besar. Masa Rayyan Darjah 1, Redza dah di Langkawi. Dah takde siapa kat rumah melainkan Rayyan saja. Memandangkan mok tak nak bibik, kitorang pun tak ambik dah.

Tapi, aku tetap hire weekly bibik untuk kemas-kemas rumah. Mok tak pernah mengelap-ngelap, mengemop, membasuh bilik air segala kat rumah aku. Memasak pun aku. Basically role mok memang nenek yang memanjakan cucu saja. Melainkan dia yang nak buat. Kadang-kadang dia sapu laman. Yang simple-simple. Rumah aku takde apa nak dikemaskan sangat. Tu pasal dulu masa mok tinggal sekali, habis semua baju tido aku digosoknya sebab takde kerja lain nak buat.

Last year bila mok dah start tak sihat barulah anak-anak pakat hire bibik. Actually sebelum mok pindah kampung lagi En Wan dah ada plan nak ambil bibik untuk jaga mok. En Wan tak nak aku terkejar-kejar balik kerja nak kena masak untuk mok. Lagipun tu mak dia. Dialah kena jaga patutnya. Ini dia yang kata eh, bukan aku kata.

Tapi, mok bila dengar kitorang nak carikan bibik, terus dia gagahkan diri. Berjalan laju-laju, buat kerja itu ini. Dia nak tunjuk yang dia sihat. Tak perlu bibik.

Mok pernah jatuh dari kerusi. Tulang kat pinggang patah. Masa follow up dengan doktor, doktor suruh dia berjalan saja nak tengok ok ke tak. En Wan kata mok bangun tegak and terus jalan laju-laju. Doktor terkejut sampai cakap “Makcik, pelan-pelan jangan laju”.

Punyalah nak buktikan dah sihat sebab tak nak kitorang ambil bibik. Ni kalau orang lain tengok mesti kata “Sampainya hati, mak dia patah pinggang masih suruh angkat baju kat ampaian”. Padahal orang tak tahu mok sendiri yang nak buat sebab nak buktikan dia sihat supaya anak tak letak bibik dalam rumah.

Tu yang aku kata, orang tua ni semua ada perangainya. Yang jaga orang tua je tahu. Tu pasal kalau Ibal mengadu pasal Mak Aji, aku percaya je. Sebab faham sangat perangai orang tua macamana. Kau kalau tak duduk serumah dengan orang tua, kau janganlah percaya dengan apa yang kau nampak sekali-sekala tu. Tu semua lakonan dia je.

Aku bersyukur En Wan walau kerja dia nak buat aku mendidih je everyday, tapi ada common sense. Dia tahu dia bawak mak duduk bersama, dia takkan bagi aku stress. Kalau ada sikit-sikit aku mengadu pasal mok, dia cepat-cepat settlekan.

Semalam, balik dari Melaka dah lewat petang. Aku pulak first day period. Aku cakap “Bang, tak laratlah nak masak. Kita beli satey nak tak?”

Ok beli.

Memang betul pun oi. Semalam pukul 9 malam aku dah ada atas katil. Rayyan habis tusyen pukul 10 malam masuk bilik aku nak letak buku, bilik aku dah gelap dia kata. 

Ya, mak kau penat and sakit perut, dik.

Aku tak tahu apa jadi kat bawah, anak makan ke tak, mok makan ke tak. Pandai-pandai korang cari sendiri makanan sebab satey aku dah beli.

Tadi aku turun bawah pukul 5.15am nak buat breakfast Rayyan, tengok dapur semua clear. Kemas. Licin. Dan wangi. Tong sampah clear. Ok bagus. Malam ni aku boleh tido awal lagi 🤣.

Kalau korang ada perasaan TERPAKSA menjaga mertua di rumah sendiri, bincanglah dengan suami. Korang tu suami isteri. Apa pun masalah, bincang antara korang. Jangan pendam-pendam sakit hati pastu mintak tips dari stranger. Pastu masalah tak settle-settle.

Please adress masalah pada orang yang betul. Kalau mertua sakit, mintak husband sediakan maid/nurse untuk uruskan parents dia. Kau as menantu takde keperluan menguruskan mertua, ya. Melainkan kau willing nak buat. Kalau tak willing, JANGAN BUAT.

Apa saja benda yang kita tak suka buat, JANGAN BUAT.

Kau tak suka kerja kau sekarang? Resign. Cari kerja lain.

Kau tak suka circle kau sekarang? Move! Cari circle lain.

Kau tak suka barang-barang dalam rumah kau? Buang!

Kau tak suka kawan kau? Buang! Block dia kat media sosial.

Apa je yang semakkan mental and emosi, BUANG! Jangan simpan.

Life is short. Jangan tolerate dengan benda yang kau tak boleh tolerate. Kalau boleh, takpe. Kalau buat-buat bertahan tapi sebenarnya tak happy, buat apa?

Kalau tak nak mertua duduk sekali, bagitau husband. Kalau keadaan memang tak boleh elak, macamana pun mertua kena duduk bersama juga, then carilah helper untuk ringankan tugas korang. At least kalau ada helper, kau tak perlu mengadap mertua 24/7. Biar helper buat kerja dia and helper boleh layan mertua bersembang. Kurang sikit kau punya stress.

Aku faham some just tak suka ada “orang luar” dalam rumah. Takde privacy. Nak pulak mertua jenis cerewet semua benda dia nak komplen. Hat ni pleaselah bincang dengan husband.

Aku pesan kat Redza and Rayyan, korang lepas kawen keluar dari rumah ni. Aku tak nak anak menantu aku tinggal sekali. Sebab mertua perempuan kalau duduk serumah dengan menantu, hujung-hujung jadi tak sebulu. Kalau menantu lelaki lain. Mertua perempuan tak kisah menantu lelaki duduk sekali. Tapi kalau menantu perempuan, lambat-laun akan ada kes. Jadi sebelum jadi kes, kau bawak bini kau keluar.

Anak lelaki, bagi aku kena keluar duduk asing. Tak kisahlah duduk rumah sendiri atau duduk rumah mertua. Tapi jangan rumah mak kau sendiri. Menantu lelaki duduk rumah mertua selalunya takde hal. Mertua lagi suka sebab anak perempuannya duduk bersekali. Tapi anak lelaki JANGAN DUDUK RUMAH MAK BAPAKNYA. Jadi hal nanti.

Aku pesan dah kat anak-anak aku. Korang dah kawen sok, OUT! Sesekali balik, boleh. Nama nak duduk sekali, NO. Aku nak relationship dengan menantu-menantu baik dan harmoni. Aku tak nak nampak apa yang aku tak suka nampak. Biar mental aku tenang. Aku nak esok aku boleh me time dengan menantu-menantu.

“Jom esok breakfast dengan mama kat Kenny Hills. Pastu kita tengok movie”

Aaaa gitu. This is the kind of relationship aku nak dengan menantu. But this kind of relationship takkan jadi kalau kau duduk sebumbung. Sebab bila hari-hari jumpa, akan bau taik. Bukan bau bunga.

Kalau terpaksa tinggal di rumah mertua, hire-lah bibik. At least bibik tu boleh basuhkan kain baju kau, jaga anak kau, masak untuk kau. Kalau hujung minggu nak bangun lewat pun takde masalah sebab bibik dah buatkan semua. Takdelah menyirap orang tua tu. Bila dia dah menyirap, mulalah nak naik darah. Mintak laki hire bibik. Dah dia yang nak stay kat rumah parents dia, at least keluarlah duit hire bibik.

Kita ni janganlah bendul sangat kata “Tapi mertua saya tak kisah, dia suka jaga cucu”

Hello? Dia bukan suka jaga. Dia takde pilihan sebab mengenangkan itu anak-anak kepada anak lelaki dia. Esok laki kau mati, takde makna dia nak jaga anak kau for free. Percayalah cakap aku. Melainkan kau bagi duit kat jagakan anak. 

Jangan anggap “Alahhh jaga cucu pun nak upah ke?”

Jaga anak kecil ni PENAT, ya! Walaupun orang tua kita boleh jagakan tapi sebenarnya kerja tu PENAT. Hulurlah duit biar ada budi bahasa.

Tu pasal walau mok duduk sekali, aku tetap pakai bibik (weekly bibik). Mok takyah buat apa-apa. Dia just melayan cucu saja. Masak, aku buat. Kalau berjalan, kitorang bawak sekali.

Semalam balik dari Melaka mok and bibik tengah bersantai kat laman, bibik kat kerusi, mok kat buai. Sembang-sembang sambil makan keropok. Bibik kata mok kat kampung, depan laman pun tak nak keluar. Kat sini mok boleh duduk lepak-lepak kat laman sambil makan-makan.

Aku rasa mok happier walaupun bukan duduk rumah sendiri kat kampung. Sebab now dia duduk serumah dengan cucu-cucu yang dia jaga dari kecil and anak lelaki kesayangan dia. Bibik pun ada sekali melayan sembang. Jadi, dia tak sunyi.

Aku cakap kat En Wan, mok ni kalau ikut logik hukum manusia, dia patut jadi orang yang takutkan umur panjang. Sebab dia tak kerja. Takde income. Suami meninggal awal. Adik-beradik semua dah meninggal. Kalau ikut logik, dia patut risau dengan kehidupan di hari tua.

Tapi at age 90 lebih, dia ada anak yang willing duduk serumah. Anak tak jadikan dia orang gaji menjaga cucu dan kemas rumah. Anak hire bibik untuk uruskan dia. Cucu-cucu membesar depan mata. Takde kencing manis, takde sakit jantung, takde darah tinggi. Semoga hari tua aku beruntung macam mok.

2026-06-02

Salam 20th yenniversary Green Apple!


Salam 20th yenniversary Green Apple!

Hari ni genap 20 tahun aku berblogging. Belum terpikir nak stop.

Pernah ada orang tanya macamana aku konsisten berblogging. Mana aku cari masa nak menulis panjang-panjang.

Dia macam ni. Kalau kau memang buat benda tu sebab kau suka buat, kau tak rasa perlu find time. Just like kau makan, mandi, mekap. Kalau dah hari-hari buat benda yang sama, lama-lama dengan sendirinya terbuat tanpa sedar. Cuma maybe orang heran mana aku dapat idea nak menulis everyday. Post aku semua panjang-panjang dia kata. Hat ni pun aku rasa naturally berlaku. 

Tadi aku buat post kat IG and FB tanya since when korang baca blog aku. The replies semua buat aku rasa, woiii sumpah lama gila aku berblogging! Know-know, 20 tahun.

Percaya atau tak, awal-awal aku berblogging adalah in english? 

Konon masa tu berangan nak post-post aku menembusi peringkat antarabangsa. Manalah tahu kot Michael Jackson baca blog aku ke khennn. Tapi aku asyik nak merentan je, macam tak sedap pulak merentan in english. Sopan nau vocab-vocabnya. Tak puas. Last-last aku tulis in Malay. Barulah sampai maksud makian aku semua.`

Tadi ada orang cakap bahasa aku di blog sekarang 10 kali jauh lebih sopan dari dulu.

Ya, memang dulu gaya aku sangat kasar. Aku redah belasah je semua. Nak maki, maki. Nak carut, carut. Sekarang, dah tak kuasa nak merentan. Lebih suka observe saja dari jauh. Betul-betul ada benda nak komen je baru aku tulis panjang-panjang. Kalau tak, you are not worth my energy untuk diblogkan. 

Tapi sungguhlah bila dah berusia ni, emosi lebih relax. Nak yang tenang-tenang aja.

Dulu beli bra and panties baru pun aku share gambar. Try swimming suit pun aku tepek kat blog. Siap mintak orang vote suit mana lagi cantik. 

Zaman tu young and wild. Orang kata aku sexy dan daring, padahal aku tak rasa apa-apa pun. Contohnya swimming suit. Takde lansung terdetik di hati nak tunjuk body. TAK. Tujuan aku memang nak tunjuk baju-baju yang aku try. Buat apa tunjuk sebab nak tunjuk body? Baik aku tunjuk gambar pakai baju tu kat swimming pool je nanti.

Pernah aku tepek gambar pose depan kereta aveo, baju yang aku pakai tu kemeja biasa je. Cuma butang baju sengaja bukak, menampakkan tube kat dalam. Pastu ada orang komen "Butang tu boleh je tutup, yang nak bukak buat apa?"

Itulah namanya FESYEN, bodo. Aku bukak butang tu sebab aku pakai tube kat dalam. Lainlah kalau kemeja tu terbukak tapi nampak tetek kat dalam, tu baru namanya nak tunjuk tetek. Halah halahhhh. 

Aku berblogging semasa makan gaji. Jadi kebanyakan blog post aku berkait dengan hal kerja, orang-orang di tempat kerja dan selebihnya rutin harian di rumah - pasal aku, En Wan, Redza dan bibik. Tak banyak post pasal makan luar, atau shopping, atau holiday sebab jarang buat benda-benda ni. 

Dulu ada bibik yang masak, jadi tak perlulah kejap-kejap makan luar macam sekarang. Anak pun kecik lagi, banyak nak pakai duit. Jadi kitorang banyak simpan duit, tak berhoya-hoya sangat. Sebab itulah blog aku dulu banyak gamba camwhoring, sebab aku takde pergi tempat lain selain ke opis. Maka, gambar di workstation ofis lagi banyak dari gambar holiday. But I is very happy, walaupun hanya ke workstation. Mbhahaha.

Cuma ralat sebab tak banyak gambar-gambar aku semasa bekerja. Dulu ke mana-mana lone ranger, takde siapa boleh ambilkan gambar aku tengah bercakap dengan customer, atau buat demo kat lab, atau bagi talk. Takkan aku nak berselfie kat opis customer kot. Pelik nau nampaknya. Padahal zaman makan gajilah paling banyak aktiviti aku buat. Dengan exhibitionnya, dengan demonya, dengan talknya, dengan buat workshopnya. Ralat sungguh takde gambar-gambar ni semua.

Korang kalau ada kesempatan ambiklah gambar masa tengah bekerja. Biarlah orang kata "sikit-sikit nak bergambar". BIAR! Itu untuk kenangan kau lagi 20 tahun.

Ini pun nasib baik aku blogger. Ada la jugak kenangan gambar-gambar lama, gambar masa muda, gambar anak-anak kecil. Bayangkan aku bukan blogger, mesti takde satu pun kenangan untuk aku kenang. Takde bukti aku nak tunjuk yang aku begitu begini masa muda sebab kalau takde blog mesti aku makin rasa takde keperluan nak berselfie and bergambo.

Dulu En Wan selalu perli-perli everytime aku menulis. Dia tanya "Tulis panjang-panjang ada orang baca ke?"

Dia ingat aku menulis sebab nak orang baca ke? Aku ni takde orang kat depan pun aku boleh bercakap sorang-sorang tau. Setakat menulis takde orang baca apa adehallll.

Aku menulis sebab aku ada banyak benda nak cerita. Kalau aku jenis yang menulis sebab nak orang baca, dah lama aku bukak balik comment section kat blog. Aku tutup ruangan komen sebab too many to reply. Kalau tak reply karang orang kata menyombong. Tapi nak reply pun kadang-kadang takde idea nak reply apa. Maka aku tutup terus. Biarlah siapa nak baca, baca. Taknak baca, sudah.

Actually sejak 1-2 minggu lepas aku dah start simpan blog-blog post yang aku rasa tak sesuai lagi nak dipublickan. Kebanyakannya yang ada gambar lama dan post-post maki hamun level teratas. Masa baca balik post-post lama, ada yang aku dah lupa pun kejadian tu berlaku.

Contohnya kes kena serang dek wife kepada sorang lelaki dari ofis sebelah. Laki dia snap candid gambar aku tengah makan kat cafe, aku pulak yang dimakinya. Bukan aku yang simpan gambar laki kau.

Pastu sorang lecturer UMT and reseacher kat biotech company di Negeri Sembilan (dua-duanya chinese) mengorat aku.

Yang ni kelakar sebab colleague and bosses kat opis pun tahu. Sampaikan dorang semua bekerjasama sorokkan aku bila that researcher tiba-tiba drop by kat ofis. Setiap kali ada exhibition mesti berlama-lama kat booth kitorang. Boss aku cakap layan je dia sembang, senang nak close deal. Masalahnya dia menyembang bukan hal kerja. Rimas aku. Elok-elok hensem terus aku nampak tak hensem dah.

Yang lecturer UMT tu ala-ala Leon Lai mukanya. Hat ni aku bengang. UMT tu lubuk komisyen aku. Aku banyak jual produk kat situ. Sekali dia pi bagitau salah sorang colleague yang dia suka aku, terussssss boss aku tukarkan aku pegang akaun uni lain. Taknak ada masalah di masa depan kekdahnya. Padan muka dia. Terus tak dapat jumpa aku dah. Kahkahkah.

Then kes aku lost opportunity untuk close deal new institute kat UMT. Masa tu aku baik dengan salah seorang Pengarahnya. Dah present, dah demo. Sekali, CEO aku take over dengan discussion. Dia brag about things he shouldn't do. Pengarah tu naik meluat, terus aku hilang opportunity. Menangis-nangis aku bagitau boss (immediate supervisor). Penat aku bersengkang mata buat proposal, ice-breaking, ujung-ujung dia take over hanya untuk ruinkan semuanya. Bahabi.

Then kisah boss lempar sales report kat muka aku. Berdengung kejap.

Tu belum lagi dengan cerita-cerita hantu masa duduk hotel time outstation. Ohhh banyaknya cerita kenangan ni kat blog. Nasib baik aku blog semua ni, kalau tak, aku pun lupa agaknya.

Dalam banyak-banyak kisah pi outstation, aku takleh lupa aku outstation dengan sorang colleague lelaki, chinese. Kitorang ke USM ada exhibition. Company letak kitorang kat Sunway Hotel. Sebilik sorang. Of cos la kan, takkan tido sebilik kot. Masalahnya aku ni penakut. Aku takkan boleh lelap mata kalau tido sorang. Mampus nak kerja esok tak dapat ni. Lalu, aku mintak colleague aku ni buat kerja dalam bilik aku. Kebetulan memang kitorang ada kerja nak disiapkan.

Dia pun lepak bilik aku buat kerja. Pastu aku nak tido. Aku tak kasik dia balik ke bilik dia. Aku cakap kau kena stay sini sampai aku tetido. Pastu kau balik bilik dengan senyap. Kalau aku tersedar sebab kau bising, kau takleh balik. Kau tido kat bilik aku. 

Tak, bila aku pikir-pikir balik apa ke naif sangat aku dulu? Lansung tak terpikir kena tangkap khalwat ke, atau pun that guy akan rape aku ke. Lansung tak terlintas. Rilek je aku boleh membuta atas katil sedangkan dia ada dalam bilik. Kau dah kenapa, Diana???

Ada lagi, aku outstation ke Bangkok dengan collague lelaki, chinese juga. Kat Bangkok malam-malam kitorang dua pergi shopping macam night market area. Bangkok kan banyak baju tido lawa-lawa. Aku pun beli. Si Kelvin tu helok je melayan aku beli lingerie, beli bra. Siap tanya aku size apa, dia sama-sama tolong carikan. Aku syak aku memang clueless lah dulu.

Tapi cerita-cerita ni semua aku dah privatekan, beserta gambar lingeri dan bra yang dibeli. Matilanakkkk gambar bra pun letak kat blog dulu.

Oklah, terima kasih kepada semua blog readers yang sudi baca post aku selama ni. Blog post aku sekarang aku tepek di IGS dan FBS juga. Tak perlu masuk blog dah. Masuk sana bukan kau boleh komen pun.


2026-06-01

Aku pergi sebabkan memori itu saja


Konsert BTS bakal buat kat Malaysia. 

Aku tak kenal BTS, tapi Rayyan kenal. Cuma dia belum tahap menggila punya minat. Sekadar kenal saja.

Aku tak kenal BTS, tapi last month ada klip dorang perform kat award event di USA yang went viral, kan? Yang suara penyanyinya off tune belaka. BTS kan tu? Aku rasa betul dah cuma tak reti nak cari klip videonya kat mana. Teruk juga kena kecam video tu. Ramai kata BTS memang tak boleh menyanyi, menang kat muka and menari je.

Salah ke minat penyanyi yang tak boleh menyanyi?

Tak salah.

Actually, trend minat retis sebab muka ni dari zaman aku dulu ada. Kalau korang kenal Jimmy Lin and Nicky Wu, itu dua retis Hong Kong. Muka A class. Sekejapan mengumpul peminat, tapi habis kat situ je lah. 

Award based on populariti and voting by viewers memang menang kat dua orang ni. Tapi award based on quality, based on singing, based on performance jangan harap dapat. Alangkan Hacken Lee yang suara nak mampos punya sedap pun jarang menang award, lagikan Jimmy Lin and Nicky Wu. Lamberttttt lagi. Tapi ada satu lagu Nicky Wu aku save dalam playlist. Sedap.

Kalau perempuan pulak, Gigi Lai and Charlie Yeung. Muka cun A class. Dah elok-elok jadi pelakon, sibuk nak menyanyi. Padahal suara hauk. Tapi disebabkan dorang ni boleh berlakon, maka dapat maintain dalam industri.

Siapa nak minat artis disebabkan rupa dan personaliti silakan. Some people tak kisah suara jamban, janji personaliti bagus katanya. Tu pasal kebanyakan rancangan realiti nyanyian, akhirnya yang popular those yang suara tak sedap, tapi menang kat muka atau personaliti.

Aku memang TAK AKAN minat retis yang takde bakat, takde achievement, let alone suara karaoke jamban.

Tahun 90an, Beyond bukan retis yang sangat popular pun kat Hong Kong. Zaman tu, HK lagi minat single artis. Audience dorang suka lagu-lagu pop and slow number. Artis HK masa tu banyak nyanyi lagu-lagu dari dari negara lain yang dialih bahasa ke Cantonese. Antara lagu yang dorang convert - Hangatnya Cinta (Leon Lai nyanyi) and Cintamu Muzik Di Hatiku (Cally Kwong). Most of them banyak alih bahasa lagu from Jepun. Dulu Jepun lagu sedap-sedap.

Zaman tu, aku minat Leslie, Beyond and Hacken Lee.

Masa aku start minat Leslie, aku kenal dia thru lakonan. Tak tahu pun dia penyanyi. Bila aku study history and achievement dia, ohhh bukan calang-calang rupanya. Bila tahu yang dia banyak tulis lagu-lagu sendiri and lagu-lagunya banyak menang OST filem, semakinlah aku minat.

Beyond, aku minat sebab they play music. Dorang tak pernah nyanyi lagu orang lain selain lagu dorang cipta sendiri. And lagu-lagu dorang sedap, cuma HK tak terima musician. HK lebih minat artis solo. That's why Beyond lagi famous kat Jepun. Dorang akhirnya pindah sana. Ka Kui mati pun di sana.

Hacken Lee is sooooo underrated. Masa aku minat dia, aku tak tahu yang dia penyanyi. Masa tu dia berlakon dalam drama pukul 6 pm tajuknya Two of a Kind. Dia berlakon jadi abang tiri kepada Paul Wong (guitaris Beyond). Rupanya lagu tema drama tu lagu dia. 

Hacken ni suara sangatttt sedap, lagi sedap dari Leslie. Tapi dia takde rupa. Dia kategori cina kulit gelap. Tak ramai peminat, tapi disebabkan suara dia sedap, lagu-lagu dia semua jadi sedap.

Punyalah lama dia dalam industri orang tak recognize bakat dia, until Alan Tam jadikan dia protege. Terus meroket, sampai sekarang famous. Dia punya famous tu, masa kawen pengapit dia adalah Andy Lau! Mesti dia pun tak sangka one day Andy Lau jadi pengapit dia. Padahal masa Jade Solid Gold Award tahun 1993, dia duduk 2 row di belakang Andy Lau. Punyalah nobody. 

Sebenarnya, antara 4 Heavenly Kings di zaman Canto-Pop, hanya Jacky Cheung and Leon Lai je yang boleh menyanyi. Andy Lau and Aaron Kwok suara tak sedap. Aaron kekuatannya menari. Andy kekuatannya muka memang hensem nak mampus dan dia boleh berlakon. Tapi menyanyi tak. Suara Andy Lau tak sedap sebenarnya. Jacky Cheung and Leon Lai suara sedap, lagu-lagu pun sedap. Walaupun aku tak minat Leon Lai, kaset dia banyak juga aku beli.

Aku minat actor China pun hanya yang boleh berlakon. I dont mind muka macamana, janji boleh berlakon. After all kau ACTOR kot, buat apa kau menang muka tapi lakonan hauk? That's where Johnny Huang comes in. Puas tengok lakonan dia. Natural. Real. Walaupun tak hensem mana dan bukan traffic actor, takpe. Janji berlakon tak kayu.

Lusa aku akan ke fan screening dokumentari filem Because of You Ka Kui. Screening 3 jam. 2 jam movie, 1 jam live band. Movie ni official release on 11th. Sengaja aku join fan screening because I am a fan! 

Aku nak tengok live band. Walaupun live band tu bukan Beyond, takpelah. Aku yakin dorang akan perform lagu-lagu hits Beyond. Aku nak kan memori tu saja. Nak tengok Beyond perform tak mungkin terjadi dah. Ka Kui dah 33 tahun mati. Aku nak mengenang memori saja. Memori kumpul duit belanja sebab nak beli kaset. Memori lepak dalam kedai kaset berlama-lama belek kaset Beyond. Memori tunggu depan TV every Jumaat nak tengok music chart Jade Solid Gold.

Hari tu masa Fauziah Latif buat konsert, ramai kutuk kata suara dia dah tak sesedap dulu.

NOPE! Korang tak faham. Yang pergi tu semua tahu Fauziah Latif dah tak boleh menyanyi sebaik dulu. Tapi dorang pergi bukan sebab nak tengok dia menyanyi perfect. Dorang pergi sebab MEMORI itu. 

Samalah macam GenKRU panggil Feminin dalam konsert. Kita semua tahu Feminin cannot sing live. Tapi kenapa kita tetap suka and bersorak and sing along? Because of the MEMORI. Just like fan screening Beyond Sabtu ni. Memori tu yang mahal. Jangan aku menangis masa live band tu perform dah.



Aku nampak post ni tadi kat Thread. Boifren ugut break kalau pergi konsert BTS. 

Dik, PUTUSKAN AJE! 
Angkat kaki, blah.

Belum apa-apa dah main ugut-ugut. Kalau aku, pegi mampos!

Tak payahlah couple dengan lelaki yang tak support minat kita. Ni bukan pasal concert BTS semata-mata. Bukan sebab artis mana yang kita suka. Tapi dari situ boleh nampak macam mana someone look at happiness dan kebebasan pasangan dia. 

Kalau minat kau tak memudaratkan sesiapa, tak mengganggu hubungan, tak menjejaskan kewangan, apehal yang sampai nak ugut-ugut putus? Benda macam ni pun nak ugut putus ke? Kau imagine esok dah kawen? Asal tak kena dengan kehendak dia, ugut cerai. Eh memang taklah aku.

That's why masa bercouple kita jangan sorok perangai sebenar kita. Biar pasangan kita nampak diri kita macamana. Kalau dia boleh get along dengan perangai kita, maknanya dia boleh bertolak-ansur dengan minat kita walau selepas kawen nanti.

Masa aku berkenal-kenalan dengan En Wan thru surat dulu, aku memang bercerita pasal kaset-kaset cina aku. Dia tahu aku gila cina dari awal. Dan dia tahu perangai gila-gila aku. Aku tak sorok diri aku yang sebenar. Dari awal lagi dia dah tahu Dusty Pink macamana perangainya, jadi sampai sekarang every time kitorang nak berjimba, suami masing-masing takde halangan. Nak melepak makan-makan, nak trip sama-sama, nak tengok konsert, nak staycation -- alhamdulillah suami kitorang sekufu nampaknya. Because dorang kenal perangai bini masing-masing sebelum kawen lagi. 

En Wan takde la kata membagi sokongan aku melayan cina-cina ni semua, tapi dia jenis tak kisah. Dia tahu that is my happiness. Benda yang aku dah minat sebelum dia wujud dalam hidup aku, buat apa nak halang-halang? Alangkan Mak Aji koyak poster Leslie pun aku masih sorok-sorok beli kaset, inikan kau yang ntah sape-sape nak ugut-ugut? Jangannnnn. Kakiku di dahimu nanti. 

En Wan memang melayan aku punya minat. Dia sama-sama carikan DVD Leslie and Beyond kat Speedy and kedai kaset. Bawak aku gi Hong Kong main reasonnya sebab nak fulfilled kan impian aku "jumpa" Leslie. Pakkal masa tu Mak Aji join sekali je, kalau tak memang dah sampai aku ke kubur Wong Ka Kui. 

Last year masa kedai pertama Zhou Liu Fu bukak kat Malaysia, kat Pavi Bukit Jalil, beria dia bawak aku semata-mata bininya minat Johnny Huang. Padahal Johnny-nya takde pun. Ada video besar terpampang depan kedai je. Pun jadikkkkk. 

Ni fan screening Because of You Ka Kui, aku tak mintak sebenarnya. Aku cuma minta dia bawak aku tengok movie on 11th. Tapi dia ni observant. Tau-tau je dia book-kan 2 tiket. Aku cakap apesal 2? 1 je dah lah, aku sorang. Takpe dia kata, dia masuk sekali. Dia pun nak tengok apa benda yang bini dia minat sangat dengan Beyond ni. Aku cakap beware, ya. Aku maybe lupa aku dah ada suami kat dalam tu nanti. 

Sebagaimana aku tak halang dia dengan minat dia ke stadium bola, dia pun tak pernah halang aku dengan cina-cina aku. Dia punya tahap supportive tu sampai playlist kereta dia pun ada lagu cina. 

Kat opis, aku pasang lagu cina. Kat rumah, dia tadah je telinga dengar aku tengok cerita cina. Exam HSK (mandarin) aku pun dia bayarkan. Tu yang Mak Aji givap tu. Dulu dia buang poster-poster cina aku sebab takut aku kawen dengan cina. Sekali dapat menantu yang menyokong minat anak dia. Jem. Kahkahkah.

Dik, relationship yang healthy is bila kita boleh jadi diri sendiri tanpa dijudge atau dikontrol. Dengar aku cakap, ya. Ni bukan nak menakut-nakutkan. Tapi bolehlah dipikir-pikirkan.

Hari ni dia suruh pilih antara dia atau concert. Esok maybe dia suruh pilih antara dia atau kawan-kawan. Lepas tu pilih antara dia atau kerjaya. Lama-lama yang sedap dia, kau menganga. Orang macam tu dia akan slowly kecilkan ruang kau untuk pastikan dia selesa.

Partner yang betul tak semestinya faham semua minat kita. Tapi dia akan happy bila tengok kita happy. Dia maybe tak ikut pergi concert, tapi dia akan tanya, “Best tak?” Dia mungkin tak hafal satu pun lagu BTS kau, tapi dia akan pastikan kau sampai dengan selamat dan balik dengan happy. 

So yes, aku vote break je lah dari lelaki macam tu. 

Bunga bukan sekuntum, kote pun bukan sebatang. Move on!

  


2025-12-29

Macamana aku handle emosi bila dapat tahu Rayyan disleksia.


Ini request yang dah delay berbulan-bulan (maybe tahun). Aku jarang dah now update pasal hal family kat blog, tak macam zaman dulu. Sekarang hal anak-anak and family, aku banyak update kat IG. Sebab ringkas takyah tulis panjang sangat. Cerita pi holiday pun dah malas nak update kat blog. Kalau dulu rajin kemain siap Part 1 Part 2. Tapi tu lah. Now bila tak tulis kat blog, nak cari balik gambar dah tak jumpa 😆.

Gini. Ada orang mintak aku ceritakan balik macamana aku handle emosi bila dapat tahu Rayyan disleksia. Ceritanya, this lady anaknya di-diagnosed dengan disleksia tapi now anak dah Darjah 3 baru tahun. Mula-mula dulu masa Darjah 1 dia ingatkan normal bila anak membaca slow sebab kawan-kawan sekelas lain ramai yang takleh membaca lagi. Mengaji pun sama. Slow. Tapi now dah Darjah 3, tahun depan nak Darjah 4 masih slow lagi.

Macam Rayyan, kitorang discover dia ada dyslexia masa Darjah 1, bila buat latihan maths, dia tak boleh jawab soalan "2+2". Soalan yang sangat-sangat simple. Padahal dia pernah buat calculation yang lebih susah dari ni. Maksudnya, dia tak konsisten. Kadang boleh buat, kadang tak boleh. Aku terus terfikirkan Dyslexia, lantas bawa Rayyan pi buat assessment. Result assessment kata betul, Rayyan ada dyslexia, tapi mild.

Untuk pengetahuan, dyslexia adalah learning problem. Most dyslexia dicirikan dengan masalah MEMBACA. That's why dulu ramai followers interested nak tahu macamana Rayyan boleh lancar membaca walaupun dah di-diagnosed disleksia. Kids with dyslexia memang ada masalah membaca, tapi bukan semua. Their reading challenges aren’t all the same. Some tak boleh padankan bunyi dengan ejaan/huruf. Eja lain, sebut lain. Rayyan dulu eja KETAM:

K E = ke
T A M = reb

KEREB! (crab) 😆😆
Kau tak hangin dengar??

Some anak-anak disleksia read very slowly. Some tak kenal atau tak dapat identify huruf. Nampak huruf bergerak/berpusing/terbalik. Ada juga yang dapat gabungan semua masalah ni. Masa buat assessment, the pakar identify Rayyan as visual dyslexia tetapi very mild. Rayyan memang ada delay in reading. Umur 6 tahun masih merangkak membaca. Tapi masuk Darjah 1 dia dah lancar membaca.

Jadi, semasa buat assessment dia tak ada masalah membaca.  Menulis pun ok tetapiiiiii, tulis kejap condong ke atas, ke bawah. Bila menulis atas blank page, ok. Kalau bagi dia menulis atas examination pad, kejap ke bawah, kejap ke atas. Pakar cakap, Rayyan punya disleksia is visual problem. Garisan tu pada mata dia bergerak-gerak.

Lagi satu, bila pakar buat test menyambungkan titik-titik (connecting dots), Rayyan always termissed dots. Because dia nampak dots bergerak-gerak. Masa tulah aku dapat jawapan kenapa dia payah kenal huruf Jawi. Masa Darjah 1 masih belum kenal huruf Jawi sepenuhnya. Rupanya dia nampak titik-titik pada hurud Ba, Ta, Ya, bergerak-gerak. Aku syak itulah juga punca dia tak boleh jawab soalan "2+2", maybe dia nampak "z+z", that's why dia ambil masa yang lama untuk jawab.

Lepas buat assessment, aku tanya pakar if aku patut letak Rayyan di sekolah khas. Pakar kata tak perlu, sebab Rayyan tak heavy dyslexia sampai require special class. Jadi, aku beranikan Rayyan teruskan belajar di sekolah aliran perdana. But, ada kerja keras yang mesti dibuat iaitu LATIH TUBI. Bukan dia yang latih tubi, dengan aku aku sekali bertubi-tubi kena buat kerja extra. Everyday kerja aku and En Wan melatih dia menulis, membaca and menyambungkan dots. Beli buku menulis and connecting dots banyak-banyak. Bagi dia buat. Membaca memang hari-hari. Macamana penat balik kerja pun, tetap kena settlekan learning intensive untuk Rayyan. Aku sangat percaya learning problem boleh dirawat. Maybe takkan jadi se-perfect budak-budak yang "normal", tapi mesti ada improvement, itu dah achievement hebat dah.

Alhamdulillah, Rayyan tak pernah dapat nombor lebih dari nombor 10 dalam kelasnya. Darjah 1 and 2 dia dapat naik stage hujung tahun. Dia kekal top 10 pun aku dah rasa big achievement untuk budak dyslexic, kalau dapat naik pentas tu bonus. Dia tamatkan sekolah rendah dengan jadi Anugerah Top 5 Akademik and Tokoh Ko-Kurikulum. Dan dia juga dapat tawaran ke STAR. Satu achievement yang orang takkan sangka kalau tengok permulaan dia bagaimana. Aku sendiri tak sangka dia boleh lancar membaca, siap wakil daerah untuk public speaking.

Parents yang ada anak-anak dyslexia, satu je aku pesan - jangan letakkan pressure pada anak dan diri sendiri. Jangan pressure dia untuk jadi the best, untuk dapat anugerah cemerlang, untuk jadi sangat hebat. NO NEED. Buat saja yang penting.

Anak speech delay?
Fokuskan pada speech. Biar ada improvement.

Anak tak boleh membaca?
Teman dia baca everyday. Belikan banyak buku bergambar supaya dia minat membaca.

Anak tak boleh mengira?
Bagi latihan biar dia cekap mengira sesuai dengan tahapnya.

Dia jadi top atau tak itu belakang cerita, janji dia kuasai apa yang sepatut dia kuasai sesuai dengan umur. Bukan tak nak bagi dia jadi the best, tapi biar patut padan sikit kita ni pun. Kita tak berada di tempat dia, tak tahu how hard dia try untuk catch up dengan kawan-kawan "normal" yang lain. Dia dah try cukup hard untuk belajar. Kita tak tahu maybe itu dah maximum effort dia dah.

En Wan dulu selalu terbabas bab ni. Kadang-kadang aku rasa macam dia ni yang dyslexia sebenarnya. Because, ciri-ciri dyslexia yang utama adalah susah memahami arahan dan tak boleh accept multiple directions. Apak dia gitulah. Berbuih aku cakap "Rayyan tu dyslexic, awak tak boleh ajar dia maths macam awak ajar Redza". Takkkk. Dia pulun ajar Rayyan maths sampai budak tu jadi blur. Rayyan punya tahap 'takut' bila bapak dia ajar Maths, sampaikan substraction dengan addition dah tak boleh beza. Kau rasa? Memang bertempik la aku kat rumah tu.

Aku selalu cakap kat En Wan, jangan treat Rayyan macam Redza. Redza lain. Redza macam kita. Rayyan bukan, dia special, thus perlukan special approach juga. Tapi biasala kan, En Wan sejenis budak cream jadi mengajar anak-anak cara budak cream. Semua nak cepat faham, semua nak laju. Eh kau ni. Nasib baiklah aku ni hidup lagi. Akulah yang memujuk and memotivasikan Rayyan.

Rayyan memang ada masalah memahami arahan. Now masih macam tu. Kalau aku nak mintak tolong buat apa-apa, arahan aku satu per satu.

“Adik nanti tolong angkat baju letak dalam bakul biru ok?”

Bila dah angkat nanti aku sambung “Bakul tu nanti bawak naik bilik mama”

“Nanti tolong susunkan semula hanger yang adik angkat dari ampaian letak dalam bakul merah”

Kasi dia settle buat arahan pertama baru aku bagi second instruction. Tapi lepas tu aku takyah arah banyak-banyak dah. Next round aku mintak angkat baju dia dah tahu flow — angkat, masuk dalam bakul biru, bawak naik bilik, turun susun hanger.

Ini memang ciri special budak dyslexia iaitu susah memahami arahan. Nak buat macamana, itu adalah dia. Jadi kita kena buat cara dia.

Dulu pernah lepas online tusyen maths, ada exam. Cikgu bagi arahan jawab kat examination pad then snap, then hantar thru whatsapp. Habis exam, kitorang masuk bilik nak tengok. Atas examination pad tu huru-hara. Situlah pengiraan, situlah jawapan. Dengan takde nombor soalan bagai. Arahan yang dia faham cuma "Jawab soalan". Yang lain dia tak faham sebab cikgu bagi arahan satu napas. En Wan masa tu terus amukan. Bengang dia Rayyan tak faham arahan. Lepas tu En Wan pulak aku amuk-kan. Ni karang silap-silap bapaknya aku hantar pi buat assessment. Sejenis tak paham apa orang cakap gak orang tua ni. Geram aku.

Bila dah bagitau cikgu masalah Rayyan barulah cikgu faham. Tapi cikgu surprised sebab dia kata Rayyan yang paling pandai maths dalam kelas. Kiraan dia laju cuma tunggang-langgang kertas tu dia buat. Situlah jalan kira, situ conteng, situ jawapan.

Anak-anak dyslexia ni special, begitu juga anak-anak yang ada kelainan upaya lain. Jangan kita as parents merasa kekurangan pada anak-anak macam ni. Jangan juga kita rasa tertekan bila anak-anak kita tak sepandai anak orang lain asbab dia dyslexia. Tengok diri kita dulu. Kita yang normal ni apa je achievement yang kita dah capai? Boleh dibanggakan ke tak? Asyik harap achievement anak-anak je, nampak sangat kita as a person takde apa yang boleh dibanggakan. Tu yang nak nompang anak je tu.

Anak-anak dyslexia ni dah berjanji dengan Allah semasa dalam rahim. Allah tanya "Aku akan jadikan kau dyslexia. Sanggup tak?"

Dia kata "Aku sanggup"

Demi nak keluar ke dunia, nak jumpa mak bapaknya, nak jumpa adik-beradik yang lain, anak ini sanggup ambil ujian Allah menjadi anak dyslexia. Dia tak mintak, tapi Allah bagi dan dia terima.

Aku ingat lagi masa first time aku melawat Rayyan kat NICU lepas bersalin, size dia sagat kecik. Doktor letakkan dia dalam bekas macam tupperware, dalam incubator. Dada dia turun naik kuat bernafas. Nurse lalu depan aku cakap "Budak ni semangat nak hidup dia kuat".

That's why aku sebak bila everytime Rayyan kena marah dengan En Wan time study. Sebab aku tak tahu apa kesanggupan dia masa berjanji dengan Allah dulu demi nak penuhi impian aku nak anak kedua. Berani dia berjanji sanggup dilahirkan tak cukup bulan, sanggup lalui hidup dengan bantuan pernafasan selepas lahir, sanggup speech delay, sanggup slow progress dari kawan-kawan lain, sanggup kena marah dengan mak bapak everytime tak faham belajar, sanggup dianggap lembab berbanding abang dia….😭 Dia sanggup semua demi nak jumpa mak bapak. Sebak bila aku kenang-kenangkan balik.

Kelebihan Rayyan yang aku nampak, dia kuat mengingat, tapi malas membaca. Budak dyslexic memang tak suka membaca. Itu perkara paling last dia akan buat. Tapi kalau terpaksa, dia akan mengingat dengan cepat. Masa Rayyan join story telling competition, aku surprised dia boleh hafal word by word 8 pages A4 punya story. Surah Mulk 30 ayat dia dapat hafal dalam seminggu. Dah besar-besar ni baru nampak dia minat membaca, tak tu lah buku english saja. Buku melayu tak minat. Tu pasal BM dia manjang ke laut. Tapi alhamdulillah exam baru ni BM dapat B. Rayyan mendapat B dalam BM adalah achievement, ya! Kalau dapat A, aku hantar pisang kat masjid.

Apa yang boleh aku cakap, anak yang normal, kalau kita ajar cara normal, dorang boleh excellent. Tapi anak-anak dyslexia, untuk dorang jadi "normal", kita kena double the effort so that dia boleh at least sama level dengan budak-budak lain. Jadi, caranya latih tubi. Buat reading everyday, menulis everyday. Bagi dia buat apa dia minat, sebab ciri dyslexic is creative. Tu pasal dulu aku biorkan je Rayyan berexperimentasi dengan tudung-tudung aku. Yang penting, parents kena bagi sokongan. Orang luar nak pandang serong ke, pandang lekeh ke, itu hal dorang. Tapi kalau parents sendiri perlekeh anak-anak ni, siapa lagi yang boleh develop self-esteem dorang?

Sebahagian besar kids with dyslexia tak yakin dengan kemampuan akademik mereka. Ini yang buatkan dorang low self-esteem. Ramai anak-anak disleksia sebenarnya ada IQ yang tinggi, tapi tak berpeluang memanfaatkan kelebihan yang ada. As parents, kita ada pengaruh yang besar dalam mengembangkan kekuatan dan minat anak kita. Bina hubungan dengan luangkan masa untuk kenalpasti minat dan kekuatan anak. From here kita dapat tahu not only his kekurangan tapi bidang mana yang dia cemerlang. Bila anak ni diletakkan pada sesuatu yang dia suka, kau akan tengok dia bloom.

Kita semua belajar dengan secara berbeza. Same goes to anak dyslexia, keupayaan dorang berbeza. Tapi itulah kekuatan sebenar dorang. Cuma dikebanyakkan sekolah, pengajaran disesuaikan untuk pelajar auditori/lisan. Sebilangan besar pembelajaran adalah melalui teks, jadi kurang sesuai untuk profil pembelajaran anak-anak dyslexia. Jadi terpulang pada parents, kalau rasa anak boleh follow aliran perdana, teruskan. Kalau rasa heavy, masukkan dalam aliran khas. Toksah nak malu-malulah dengan orang lain hanya kerana anak kita masuk "sekolah pendidikan khas". Pikir besok kalau kita mati, anak-anak ni boleh jaga diri sendiri. Jadi kita kena bagi dia pembelajaran yang sesuai dengan pace dia, because they are SPECIAL.


2025-12-14

Netizen jangan terlampau buat assumption sampai menyusahkan tuan punya badan.


Semalam aku bersembang 1 jam dengan Mun (Cik Epal) kat phone. Saja tanya khabar sebab aku nampak kat Thread orang bercakap pasal naik court. Algorithm Thread aku tak naik pasal influencer jadi aku tak nampak cerita-cerita ni. Jadi aku pun tanyalah kot-kot ada new kes sampai kena naik court lagi. Oh rupanya kes lama yang masih on-going.

Aku tanya ex-husband ada provoke dia ke? Mun kata takde. Tapi story-story si-ex tu netizen nampak macam mem-provoke. Bila jadi macam tu, netizen pun kecam si-ex. Bila kecam-mengecam ni berlaku, tak habislah jawabnya. Impaknya adalah pada Mun. Sebab dia jadi serba-salah samada nak respond atau tak. Kalau ikut dia, dia malasnak layan. Lagipun tak jadi kudis pada dia.

Aku tanya apa contoh story si-ex yang nampak macam memprovoke? Mun kata contohnya si-ex bawa kids pi jalan and tulis kat story "Buat pizza tu buat juga, anak-anak kena entertain" something like thatlah. 

Pastu Mun tanya "Akak rasa itu provoke tak?"

Aku cakap "Tak"

Aku tanya pandangan dia, dia pun cakap tak. Malah dia kata takde rasa apa-apa pun.

See?

Benda-benda ni sebenarnya, kalau boleh, kita as netizen jangan terlampau buat assumption sampai menyusahkan tuan punya badan. Bukan apa, bila kita assume kononnya si-ex provoke Mun, netizen cenderung bertindak lebih dari tuan badan sendiri. Netizen kecam-mengecam. Bila dikecam, dah tentu si dia akan balas balik. Jadi takde kesudahan. Bila saling kecam-mengecam, akan wujud naratif yang salah pula pada Mun. Orang akan anggap Mun lepas tangan, tak nak tenangkan netizen, suka netizen bertekak, etc. Padahal tuan punya badan interpret story si-ex berbeza.

Ok, ini pengalaman aku berboifren si anu dulu.

Orang macam si anu, segala yang dia buat adalah untuk meng-up diri sendiri. Karakternya macam tu. Dia buat apa pun nampak je macam he did everything for me. Maka orang lain pun kagum.

"Untungnya Diana, dia sayang macam tu sekali".

Padahal tak. Dia buat semuanya untuk menampakkan dia bagus.

Contoh, semua barang-barang dia ada initial "CD" (gabungan nama dia and aku). Orang tengok mesti cair. Sayangnya dia kat kau. Gitu. Sebab tu bila aku break dengan dia, aku kena kecam. Orang nampak aku jahat, dia baik. Nampak macam dia saja beria nak selamatkan relation ni, aku tak. Sedangkan aku lebih kenal dia. Aku tahu karakter dia memang macam tu. Apa yang dia buat hanya untuk up diri dia sendiri.

Dia berjalan kaki 20 km untuk pujuk aku kat rumah sewa Dusty Pink T pun orang kagum. Sebab nampak dia sanggup buat apa saja untuk aku. Padahal ikut logik akal orang normal kejadah apa kau nak jalan kaki? Naiklah public transport, tak pun tumpanglah kawan, tak pun pinjam moto member. Janganlah bangang sangat. Tapi tak, ya. Dia perlu buat macam tu sebab dia dah plan persepsi orang ramai.

Dia buat bukan untuk dapatkan aku balik. Dia tahu dah aku takkan balik pada dia, tapi dia buat macam tu sebab nak up diri sendiri. Dia ubah naratif orang sekeliling dengan membuat something yang akan naikkan balik air muka dia. Sebab air muka dia dah jatuh bila aku tinggalkan dia. So dia perlu berbuat sesuatuklah. At least kalau tak dapat aku pun, dia menang dah persepsi dari orang sekeliling. Sebab tu aku malas layan bila dia nak bunuh dirilah, nak terjun jambatanlah. Buatlah kalau kau nak. Kisah apa aku? Tak buat pun tapi. Elok je hidup panjang umur.

So I tell tu, kau janganlah terprovoke dengan apa spesis ni buat. Dorang cuma nak upkan diri sendiri je, bukan nak provoke sesiapa. Dia just nak melayan perasaan sendiri because people like this thrive on perception. Apa yang dibuat is a carefully staged performance. It’s about how other people see them. They want admiration, validation, a narrative where they look like hero.

Kalau orang macam ni texting or posting, jangan kita cepat assume dia provoking someone else. Belum tentu lagi provoke. Most of the time it is just their character yang suka boasting. Itu saja. Memang karakternya begitu. Kita buat dek saja.

Bagi pendapat akulah, kalau kita support someone, halakan support tu pada that someone. Jangan sentuh orang lain. Jangan kisahkan hal orang lain. Contohnya aku kat Weibo, post-post aku semua hanya berkisarkan Johnny. Segala projek dia, aktiviti dia, etc. Aku highlite anything about him. Tak kisahlah kalau actor lain lagi bagus pun, aku tak ambil tahu. Buat apa nak bercakap pasal orang lain, baik aku give my energy to highlite my favourite actor. Melainkan kau start kacau, kau siap. Statistik idol kau aku ada, ya. Jangan sampai aku bentang. Malu kau nanti.

So in Mun case, to her supporters, halakan sajalah support you pada dia. Kalau Mun share gi holiday, you respond solely pada holiday Mun. Janganlah pulak kau komen "Kesian orang belah sana dah tak dapat gi holiday overseas". Kau dah kenapa?? Kan ke nanti impaknya berbalik pada Mun? Cuba jadi supporters yang matang sikit. 

So, siapa sini supporters aku? 
Lahh tibeerrrr.


2025-12-07

Kalau semikin, kau dengan kau punya hensem pegi jalannnnn.


Ya, betul. Itulah namanya beauty and money privillege. Kau berdegar-degarlah cakap duit tak penting, hakikatnya kau sekarang atas dunia. Cantik, ada kelebihan. Banyak duit, laaaaagi banyak kelebihan. Yang perempuan nak lelaki kaya. Yang lelaki nak perempuan cantik. Nak lelaki kaya, kenalah bercantik-cantik. Nak perempuan cantik kenalah berduit. Itu formulanya.

Bunyinya macam kejam dan keji, tapi itulah hakikatnya. Tak boleh kata "Senangnya jadi perempuan. Bercantik-cantik sebab nak cari lelaki kaya"

Masalahnya kalau lelaki kaya tu tak nak, perempuan tu tak jadi apa. The thing is, lelaki kaya MOSTLY memang cari perempuan cantik. Perempuan-perempuan cantik ni semua hanya berusaha to get noticed je. Kalau dapat, dapat. Tak dapat, tak jadi benda pun.

Bagi aku, “Senanglah jadi perempuan cantik, semua benda pun dapat” - ini statement orang jealous.

Dunia kita sangat visual. Otak manusia automatik tertarik dengan apa yang sedap mata memandang. Sains kata manusia cenderung kaitkan rupa cantik dengan sifat-sifat positif, walaupun tanpa bukti. Contoh, tengok K-Drama atau C-Drama. Yang hensem tu kita rasa dia memang baik hati. Padahal kita kenal dia pun tak. Tapi itulah sains. Otak kita buat shortcut. Cantik = positif.

Itulah sebabnya perempuan cantik lebih dapat perhatian, trust, peluang and approachable. Manusia memang bias and our system memang suka pada rupa cantik, gaya menarik, penampilan kebabom. Looks can open doors that are harder for others to get through. Ini bukan salah perempuan cantik. Kita semua hidup dalam sistem yang menilai rupa sebelum isi dalaman.

Yang kita nampak, semua perempuan cantik yang bergaya dan gojes mesti akhirnya dapat lelaki kaya. Hari tu masa awal-awal berita Nora Danish dapat new boifren, ada orang kata "Kalau dia tak kaya, kau ingat Nora nak?" 

Well, kita nampak macam Nora kejar semua yang kaya-kaya but realitinya lelaki kaya tu yang approach dia dulu. Kalau laki tu tak berduit, ingat berani nak approach Nora? Lelaki-lelaki kaya tu yang choose her. Kenapa? Sebab lelaki kaya dah stabil financially. Orang yang berduit ni, dia mampu pilih apa yang dia suka and majoriti memang pilih yang sedap mata memandang. Simple.

Being attractive gives you an advantage early on. Dapat perhatian awal. Tapi advantage datang dengan expectation tinggi. Kalau muka nampak penat, orang tegur. Kalau berat naik sikit, orang judge. Nak maintain cantik tu sebenarnya penat. Kita takkan tahu kepenatan dorang me-maintain cantik sebab kita tak cantik. Kahkahkah. Kita tu aku lah. 

So "senang jadi perempuan cantik" tu sebenarnya tak senang pun. Effort mau lebih. Kalau macam aku ni yang lepas solat nak mekap balik pun dah malas, memang selayaknya aku dapat Wan Mohd Ridzuan saja. Mbahahahaha.

Lelaki lebih tertarik dengan visual. Rupa jadi first filter. Perempuan usually tengok kestabilan, karakter dan rasa selamat. Maknanya, bila lelaki kaya pilih perempuan cantik, si lelaki dah ada semua benda-benda material. Dia pilih pasangan berdasarkan energy dan yang match dengan vibe dia. Itu logik. Takkan dia kaya bergaya tapi pasangan sememeh keladak, ye tak? Perempuan cantik yang pilih lelaki kaya dapat apa yang dia nak. Si lelaki pun dapat apa yang dia nak. Win-win.

But to maintain a relationship, looks are not the main factor. Ramai perempuan cantik end up stuck in unhealthy relationships sebab lelaki sukakan rupa, bukan personality. Bila cantik mula hilang, privilege tu pun hilang. Dan lelaki pun, kalau kau jatuh miskin, chances are - kena tinggal. 

Kita orang luar ni nampak macam perempuan tu tak ikhlas, nakkan laki tu sebab kaya saja. Tapi kalau kita berada di tempat perempuan tu, maybe kita boleh faham. Dia dah dibiasakan dengan lavish lifestyle. Anak-anak dari kecik hidup mewah, sekolah pun private, jajan dia pun caviar agaknya. Boleh ke dorang survive hidup susah setelah sekian lama terbiasa hidup mewah? Jangan kata dia, kita yang marhaen ni pun tengok bank gaji tinggal RM100 dah gelabah tenuk. So kalau perempuan tinggalkan laki tu bila dah jatuh susah, aku rasa dorang pun tahu consequence tu. Dari awal dia pilih kau pun sebab kau kaya. 

"Kenapa perempuan tak suka lelaki biasa?"

Biasa tu biasa yang macamana? Yang biasa makan telur goreng kicap sebulan 5 kali? Yang kawen 5 tahun tak pernah bawak bini pi fine dining? Yang nafkah RM100 sebulan 10 tahun tak tambah-tambah?

Jangan question. Kau as lelaki pun kalau mampu dapat yang cantik mesti tak pandang perempuan biasa-biasa, kan? So ceritanya, kita akui saja apa kurang kita dan apa lebih dia. Memang zaman sekarang ni hensem saja tak cukup. Puppy love time skolah dulu kita pandang yang hensem je sebab takde komitmen. Kita hanya pikir nak yang hensem macho bergaya. Dah kerja esok, dah belajar hakikat hidup, hensem tak hensem. Kalau semikin, kau dengan kau punya hensem pegi jalannnnn.

Kalau tak hensem, kau kena kaya.
Kalau tak kaya, kau kena pandai.
Kalau tak pandai, kau kena rajin.
Tu je formulanya. Insyallah kau akan dapat pasangan yang serasi dengan apa yang kau ada. 

Cuma kau pun janganlah demand. Kau pun takde semua, so berlebih-kuranglah dengan perempuan yang seadaanya. Ni tak, kau pun takde apa, tapi kemain demand nak taraf Miss World.


2025-12-05

Katanya tanpa sekolah dan ijazah kamu tak akan berjaya, tapi aku belum pernah melihat guru memakai Lamborghini.


Lalu dia pun diri depan sport car dengan muka confident. Gitulah selalunya. Comel budaknya tapi tu lah...
 
Inilah contoh klasik mindset yang merasa success tu bila berduit. Asal berduit je dikira berjayalah. Ramai budak muda sekarang rasa benda ni cool. Belajar tak penting sebab ujung-ujung habis belajar kita kerja untuk dapat duit juga katanya. Better buat duit je terus, buat apa nak belajar. Gitulah mindset paras tumit kaki bila berfikir.

Duit memang penting. Tapi duit tanpa ilmu biasanya tak tahan lama. Ramai yang berduit tapi duit cepat habis sebab banyak spend untuk dapatkan validation orang. You know why? Because kau takde pelajaran tinggi. Takde sijil. Takde kepakaran. Kau sebenarnya tahu tanpa akademik kau kalah beratus langkah kat belakang. Sebab tu kau beria cari validation dengan menayang kereta, tayang duit, tayang lifestyle sebab nak orang percaya kau ada something walaupun tak belajar tinggi. Kan?

Tak nak belajar? Tamat sekolah nak terus kerja? Silakan. It's your call. Tapi jangan tunjuk bodoh tu kat orang. Tak perlu mention "aku belum pernah melihat guru memakai Lamborghini"? 

Nak cakap cikgu yang bijak tu pun tak berjaya sebab tak pakai Lambo? Statement tu sendiri dah menampakkan level of mindset you have. Boleh tahulah belajar takat mana je. Sebab hanya orang yang tak belajar habis je yang rasa duit = kejayaan.

Ilmu yang dapat dari sekolah, dari belajar, dan exposure itulah yang bagi kita kemampuan untuk manage duit dengan bijak dan buat keputusan yang betul. Yang kita nampak Lamborghini depan mata tu cuma SIMBOL CEPAT KAYA saja, bukan ukuran sebenar kejayaan. Kejayaan sebenar takde kena-mengena dengan material, tapi kemampuan untuk maintain hidup stabil jangka panjang dengan selesa walaupun tak kaya mana. Bak kata kawan aku, duit kalau banyak memanglah senang manage. The real success is bila kau boleh manage duit yang sikit.

Itu sebab aku selalu kata mindset “duit lambang kejayaan” ni bahaya sebab dia ajar kita appreciate hasil yang sementara, bukan the real process. 

Duit ni sifatnya datang dan pergi, tapi ilmu dan kemahiran akan kekal. Bila cuma kejar duit, kau mudah lupa proses sebenar. Apa prosesnya? 

Practice, experience, discipline, connections, and mindset. All of this helps people maintain long-term success. Duit boleh habis, orang boleh tipu, market boleh drop. Tapi skill, mindset and knowledge-lah keeps you afloat when everything else falls apart.

Orang yang takde ilmu, bila duit habis otomatik dia rasa gagal. Sebab sandaran dia pada duit, bukan ilmu. Jenis macam ni bila ada duit je dia konfiden. Takde duit, dia down teruk lost tak tahu nak buat apa. Sebab dia takde strong foundation untuk handle hidup tanpa duit. Tapi kalau mindset ada pada proses, ilmu and growth, even bila duit takde, tetap boleh create value dan tetap confident.

Orang yang ada ilmu, bila bisnes jatuh, dia boleh bangkit balik. Dia ada foundation, nak takut apa? Habis kuat pun gagal lagi. Tapi masih boleh bangkit lagi. Dia tahu strategi, cara fikir, problem solving. Orang yang hilang kerja, dia masih berpeluang untuk cari kerja lain sebab now dia ada ilmu + experience. 

Tapi kalau takde ilmu dan hanya ada duit? Habis duit, habislah semua. Takde apa yang boleh selamatkan kau. Takde foundation, takde skill, takde pengalaman. Kau mudah tergolek bila situasi berubah. Rasa dunia kiamat. Masa tu nanti baru terfikir, "kalaulah ada sijil, at least aku boleh..."

Aku tak tahu apa motif budak ni buat caption macam tu. Atau bitter dengan orang yang pandai? Adakah dia mencari downline? Adakah dia agen takaful? Kahkahkah.

Tak, bukan apa. Ada je agen takaful cikai-cikai yang buat caption macam tu juga. Jenis yang tayang kereta tak habis-habis. Dari observation aku, ada beza agen takaful yang educated dengan tak. Tak payah tengok kereta pun tau dah.

Dari perspektif aku, dari caption budak tadi, jelas dia cuba claim “Belajar tak penting, korang boleh berjaya tanpa ijazah” or “Ijazah tu overrated, kerja keras lagi penting”.

Maybe dia ingat yang pulun belajar tu tak perlu kerja keras kot. Dia tak nampak pulun buat 4 assigment seminggu tu kerja keras. Dia tak anggap final year project tu kerja keras. Dia tak rasa pulun study untuk kekalkan good pointer tu kerja keras.

Budak-budak muda zaman sekarang mudah terpesona dengan benda flashy. Especially material. Ramai dak-dak now beli kereta bukan sebab nak pakai tapi nak show off. Alah jangan cakaplah aku menudoh. Aku dah hidup 48 tahun. Dah sampai umur ni aku dah boleh baca perangai orang. Boleh tahulah orang tu beli kereta mahal sebab apa. Nak-nak lagi kalau umur tu muda.

Gaya takde pelajaran pakai kereta sport dengan berpelajaran pakai kereta sport ni orang boleh tahu tau. Orang just malas nak cakap je. Gaya kau, cara bercakap kau, mindset kau orang boleh nampak tak selari dengan kereta kau tu. Nampak murah walaupun kereta kau mahal. 

Perasan tak cikgu-cikgu kita dulu sekali imbas boleh tahu dia cikgu, padahal bawak kereta biasa je. Sebab gaya dia melambangkan mindset dan ilmu yang dia carry. Orang boleh tahu itu gaya cikgu. 

Sekolah dan ijazah/sijil adalah penting. Kalau ambil aliran kemahiran sekalipun tetap ada sijil kat hujungnya, betul tak? Itu bukti bahawa sijil penting sebab itu tanda kemahiran dan kepakaran kau diperakui. Kalau ada experience kerja 20 tahun tapi takde sijil, apa cara kau nak buktikan kat orang yang kau pakar dalam bidang tu? Tu pasal sekarang banyak adult learning course. Ini cara untuk dapatkan sijil.

Ramai budak-budak muda rasa belajar tu tak bawa dorang ke mana. Label orang tak berjaya sebab lifestyle tak flashy. Dorang confuse cause & effect. Masalahnya dorang jadi macam ni sebab mak bapak sendiri pun support. Jenis mak bapak yang takpelah, asalkan anak berduit. Anak tu buat apa pun, ok. Sebab berduit. Nak tengok mak bapak enabler ni tengoklah cara dorang bersembang. Kalau asyik tanya gaji anak orang, pasti anaknya jenis yang bergambar tepi Lambo ni.

Salah satu faktor kenapa dak-dak muda suka kaitkan kereta dengan sucess adalah media sosial yang amplifies lifestyle flashy. Everyday nampak orang update travel sana-sini, shopping sana-sini, makan best-best, otak muda mudah compare. Tapi dia compare material, bukan compare effort dan skill. Tu sebab ramai percaya “Kalau aku ada benda luxury, barulah success”.

Tak belajar dari pengalaman betul dorang ni. Dah banyak dah contoh-contoh kita nampak yang dulunya tayang itu ini ala-ala lifestyle kayangan, tup-tup kena cekup dadah, tup-tup scammer, tup-tup hutang berjuta tak bayar. Maksudnya, tak semua yang kita nampak tu hakikat sebenar. Ada struggle yang dorang tak ceritakan. Yang kau pulak percaya buta-buta sampai sanggup berhabis beli itu ini sebab nak "in". Pastu kau pun tergolek sama. Orang tu tergolek ada backup, yang kau tergolek bodo.

Anak-anak muda, please. Learning and hard work matters! Luxury cars, baju branded, holiday overseas, itu semua bonus, bukan syarat success. Kalau nak tunjuk “aku berjaya tanpa belajar,” itu hak kau. Tapi don't label orang berpendidikan tinggi sebagai gagal. As if belajar sampai ijazah tak menjadikan someone success. 

Some people belajar tinggi-tinggi bukan untuk jadi kaya-raya pun. Dorang nak ilmu, nak explore potensi diri, nak buat impak. Knowledge and skills give them freedom, choice, and power to navigate their life - something duit dan luxury items tak boleh beli.


2025-12-02

Perempuan sukakan duit


Kesian perempuan ni, ramai hentam dia. Semua kecam dia sebab materialistik. Aku tak bacalah semua komen tapi aku syak aku bagi komen yang berbeza sebab dia reply “Thank you for actually understanding the full context…”

Kat situ je aku dah nampak ramai orang sebenarnya salah faham konsep “perempuan sukakan duit”. Laju-laju nak kaitkan dengan gold digger, materialistik, etc. Padahal konteksnya jauh lebih matang daripada tu.

Dalam masyarakat kita, atau maybe culture orang Melayu, ada satu persepsi pelik. Lelaki kumpul duit atau kejar kekayaan, itu normal sebab lelaki ada tanggungjawab besar. Tapi bila perempuan ada impian yang sama, itu namanya mata duitan. Padahal dua-dua cuma nakkan security in life, but the way society judges sangat double-standard. Just like post perempuan tadi. Ramai bash kata tak ikhlas bersuami, nak kejar duit je. Teruk lelaki kena kerja nak meet kau punya demand.

Ada beza antara nak "hidup selesa" dengan "materialistik". 

Materialistik tu bila kau obses pada kemewahan sampai hilang hormat, empati, usaha, akhlak semua tolak tepi, janji lifestyle. Itu memang red flag-lah. Tapi nak stability, security, dan kualiti hidup yang lebih baik, itu normal, logik, dan matang for both men and women. Masalahnya, bila lelaki work hard siang malam sampai takde masa kat rumah, kita panggil “bertanggungjawab.” Bila perempuan letakkan satu standard dalam hidup, kita panggil “demanding.” Tak ke obvious sangat double standard tu?

Perempuan yang ada taste, ada goal, dan ada expectation sebenarnya tak menyusahkan lelaki. Selalunya dialah yang push lelaki untuk grow yang menjadi reason kenapa lelaki nak upgrade diri. Perempuan jenis ni dia tak spend duit laki dia sebarang-sebarang. Dia lebih kepada nak grow sama-sama. Dia bagi support supaya laki dia berusaha jadi lebih baik. Dia tak settle for bare minimum tak bermakna dia materialistik. Dia ambition with purpose.

Dalam healthy relationship, dua-dua sepatutnya saling menaikkan, bukan sorang struggle, sorang lagi selesa hidup seadanya. Konon tak nak menyusahkan suami. Itu kurang tepat. Truth is, perempuan yang ada standard tak perah laki. Dia cuma tak nak hidup susah dengan mindset “cukuplah apa yang ada” sampai 30 tahun pun masih duduk tang tu.

Perempuan macam ni sebenarnya jadi catalyst untuk growth dalam relationship. Dia bukan demanding, tapi dia tahu apa yang dia nak, and she believes both of them should grow together. Kalau lelaki rasa pressure dengan perempuan yang ada standard, that’s not because the woman is materialistic or insincere. Itu cuma reflect mindset lelaki tu sendiri samada dia nak struggle terus atau nak upgrade diri so that hidup dorang sama-sama lebih baik.

A woman with taste and standards won’t make demands without a reason. Dia akan invest dalam relationship tu, not only money, tapi dari segi masa, tenaga, dan emosi. Dia akan jadi supporter kuat suami. Percayalah, lelaki yang matang akan appreciate perempuan macam ni. Sebab bila ada partner yang push dia untuk grow, dia tak anggap diri dia sekadar jadi provider, tapi his best version. Relationship tu sendiri sebenarnya adalah teamwork, partnership, dan growth together.

Wanting financial security is not greed. It’s planning for a better future. Aku tak tahu pandangan orang lain macamana, tapi aku sendiri mencari "team mate" dalam marriage. Aku suka pasangan tu jenis yang boleh duduk berdua deep talk, bertukar-tukar fikiran and pandangan and learn together. Bukan jenis yang mentang-mentang aku isteri jadi aku takleh bagi pendapat and semua idea aku dianggap bodoh. 

Aku benci lelaki yang anggap isteri tak boleh lebih pandai dari suami. Walaupun isteri cakap benda yang betul, tapi sebab yang bercakap tu bini dia, dia tak nak terima. Tapi kalau member lelaki dia cakap benda yang sama, nak pulak dia ikut. Macam sial.

Bagi aku as perempuan, my partner is someone yang made me hustle harder. Walaupun dia push aku dengan cara mengkondem, takpe. Sebab aku adalah someone yang makin kau kondem, makin aku push my limit. Jadi walaupun beliau adalah annoying, he doesn’t drain me. Lelaki juga perlu ada partner gini. Yang grow you. Kalau lelaki pilih perempuan yang “tak kisah duit”, tak kisah hidup seadaanya sampai bila-bila, you will never grow sebab kau tak jumpa reason untuk grow. Kau akan kekal low maintenance.

Suami kita mesti ada peningkatan. Ni bukan cerita banyak atau sikit, tapi growth. Tak kisah banyak atau sikit yang penting ada growth. Sebab bila ada isu dengan financial, yang paling menderita nanti adalah orang perempuan. 

Sebab yang kena urus anak, orang perempuan. Yang nak urus rumah, orang perempuan. Yang nak adjust lifestyle family, orang perempuan. Yang paling terkesan bila pendapatan tak cukup, orang perempuan. Dan orang perempuanlah yang paling dihentam bila rumah tak cukup duit. So bila perempuan kata "Aku tak nak hidup susah”, itu bukan materialistik.

Perempuan materialistik hanya nak duit lelaki, dia takkan mahu spend duit dia. Semua benda dia nilai ikut harga. Nak barang branded tapi tak contribute apa-apa. Bila suami jatuh miskin, dia cabut. Tapi perempuan yang "suka duit" with purpose, dia ada vision. Dia tahu kehidupan yang selesa perlukan sumber yang banyak. Perempuan macam ni tak suka lelaki pemalas. Dia nak partner yang sama-sama nak naik. Bila lelaki tu down atau jatuh, dia support because dia tak nak lelaki tu kekal jatuh. Perempuan nombor 2 ni lah yang post tadi maksudkan. Jenis ni bukan gold digger tapi push lelaki untuk jadi better.

Lelaki-lelaki yang bash kat post tu sebenarnya takut dengan perempuan yang letakkan standard. Sebab lelaki yang tak ada standard untuk diri sendiri akan rasa terancam. Padahal bukannya mintak kau jadi jutawan, cuma minta ada usaha, ada fokus, ada vision, konsistensi and disiplin. Tu je. Lelaki yang takde semua ciri ni selalunya memang suka hidup “asal cukup”, “janji ada kerja”, “tak kaya pun tak apa”, "bersyukurlah apa yang ada". Macamlah orang yang kaya-raya tu tak reti bersyukur.

Tak kiralah lelaki or perempuan, kalau kau adalah someone yang letakkan high standard untuk diri sendiri, secara natural kau memang akan cari partner yang ada drive. Sebab orang yang ada standard tahu relationship without growth is a trap. Kalau kau sendiri push diri jadi lebih baik setiap tahun, upgrade knowledge, upgrade mindset, upgrade income, upgrade lifestyle konfem kau nak partner yang bergerak seiring, kan? Takkan kau nak partner yang buat kau slow down sampai semua cita-cita kena pause sebab nak jaga ego dia.

Bila dua orang ada drive, relationship tu jadi powerhouse. So that bila ujian datang, dua-dua tak goyang sebab dua-dua tahu apa mission masing-masing. In short, high standard attracts high effort. Kalau kau nak fly, tak boleh couple dengan orang yang selesa merangkak.

Perempuan yang "suka duit" usually ada kerjaya, ada income, ada savings and ada future plan. Dia bukan tak perlukan lelaki. Dia cuma menunggu lelaki yang boleh match her energy saja. Jadi kalau lelaki jumpa perempuan macam ni and you don't like her, tak payahlah kecam kata dia demanding atau berlagak atau besar kepala. Dia cuma tak se-frekuensi dengan kau je.

Perempuan macam owner post tadi jangan rasa bersalah bila ada standard. And lelaki pun jangan salah faham dan tak patut risau dengan perempuan high standard. If a woman wants a better life, that’s actually the perfect opportunity for a man to level up himself. Jangan anggap perempuan yang wants you to be better tu menekan hidup kau. Ada beza perempuan yang menekan and memaksa dengan perempuan yang push you to grow. Dia push you sebab dia nampak your potential. Lelaki yang matang je akan faham benda ni.

Perempuan yang cakap “saya tak berapa kisah duit”, bunyinya macam sweet, tapi realiti hidup tak sweet. Cinta tanpa duit hidup dalam drama bolehlah. Jangan dibawak ke dunia nyata. Jadi sumber derita yang tak berkesudahan nanti.