2013-12-31

Available





Sorry ya, yang request size M, aku main hembus je M semua dah habis.
Tapi tadi check ada lagi.

M : available dark green and dark red (1 piece each)
L : available dark green and dark red (1 piece dark green and 3pcs dark red)
XL : available seaport blue and dark red (1 piece each)

8 helai je lagi yang tinggal.
Yang lain habis. Boleh klik kat link di bawah entry kalau nak.

Ok, yang di bawah ini adelah set-set shawl yang baru tapi dah terperam lama and also restock.


 Polka Brown


Polka Black

Shawl polka restock kali kedua.
Baru-baru ni aku upload kat FB Fleur Closet tapi pakai muka sendiri sebab masa tu tak sempat nak shooting. Ni dah shooting baru aku upload kat blog pulak. Brown dah tinggal 2 helai je.
Ni bukan aku jahit sendiri tapi shawl from China.
Dulu ada 2 lagi warna, pink/black and yellow/black tapi bila nak restock, ada 2 warna je tinggal.
Yang ni saiz dia 200 x 90cm.
Material polyester.


Patch Blue/Brown


 Patch Purple/Lilac

Ni shawl baru yang tak berapa nak baru sebab dah tersimpan dalam 3 minggu jugak la baru aku ada masa nak hantar pi shooting. Actually ada 3 lagi warna tapi tercicir pulak masa sediakan shawl utk shoot.


Ni 3 lagi warna aku main snap kat rumah je.
Material cotton.
Size : 180 x 45cm


Yang kat bawah ni dah penah produce dulu and now re-produce. Tapi tak dapat banyak sebab dah tak jumpa kain yang sama.
Material chiffon.
Yang ni aku buat 170 x 75cm.
Tak sebesar yang shawl atas, tapi big enough untuk cover dada.


01 Pink/Grey


02 Turquoise/Grey


03 Purple/Lavender


04 Yellow/Green


05 Moss Green/Red


06 Yellow/Black


07 Brown/Cocoa


08 Skyblue/White



Name:
Email Address:
I would to buy (free postage) Polka Brown, RM26.00
Polka Black, RM26.00
Patch Blue/Brown, RM44.00
Patch Purple/Lilac, RM44.00
Patch Pink/Grey, RM44.00
Patch Black/Grey, RM44.00
Patch Peach/Brown, RM44.00
01 Pink/Grey, RM44.00
02 Turquoise/Grey, RM44.00
03 Purple/Lavender, RM44.00
04 Yellow/Green, RM44.00
05 Moss Green/Red, RM44.00
06 Yellow/Black, RM44.00
07 Brown/Cocoa, RM44.00
08 Skyblue/White, RM44.00
Quantity
Delivery address
Contact number
Remarks


KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET


2013-12-30

Wan


2013 ni 3 orang cousin aku kawen. Belah Mak Aji ada 2. Belah Pak Aji 1.
Jadi yang extra penat konfemlah Mak Aji and Pak Aji sebab dua-dua pun dorang terlibat.
Tapi best sebab nak nunggukan si Ibal tu kawen entah bila la kan. Penat aku.

Cousin aku yang kawen kali ni lelaki. Nama dia also Wan. Tapi Ridhwan. Bukan Ridzuan ya.
Majlis bermula sehari sebelum nikah, kat rumah Mak Aji.
Kitorang buat tahlil untuk arwah nenek, kenduri doa selamat sikit pastu pesta perut.





Style anak aku.
Baca Yasin sambil meniarap.
Penat aku jegil-jegilkan mata, dia wat dekkkk je.


The cousins yang pakaikan pengantin inai.
Pengantin ni mula-mulanya taknak pakai inai. 
Berani kau cakap taknak pakai depan-depan kitorang??? No wayyyyyyy!
Dorang keluar gi carik inai tiub and tenyeh ramai-ramai.



Lepas makan, sessi siapkan hantaran diketuai oleh ehem..ehem...aku la. 
Tapi tolong gubah hantaran je.
Bakul dah ready.

Stay sampai pukul 11 malam.
Kalau boleh aku nak stay lama lagi tapi kebetulan malam tu aku nak gi ambik baju yang aku tempah kat tailor area Putra Heights ni. Aku ni gatallllllllll. Aku baru teringat aku ada 7 kain pasang yang entah kurun keberapa aku beli tak berjahit-jahit. So aku cakap aku nak try la hantar kat satu tailor kat Putra Heights ni. Tailor tu kedai dia macam banyak gilaaaaaaaaaaaaaaa baju. Semua dia kata dia jahit sendiri. Oh ok la. Aku nak outsource sebenarnya. Just in case la kan apa-apa hal esok, aku dah tau sape tailor yang aku leh harapkan.

HARAMMMMMMMMM.
Mula-mula aku datang kul 5pm, selamba je dia kata pearls aku (atas baju) tak berjahit lagi. Aku cam pelik la sebab aku tau la tailor aku ambik masa berapa lama nak jahit pearls. Takde de siap sejam dua. Aku dah cakap dah masa hantar kain dulu, aku nak ambik Jumaat petang pukul 5pm sebab aku nak ke Bangi for tahlil Maghrib tu. 

Actually kan, masa hari aku hantar kain tu, aku cam tak caya je bila dia kata baju-baju dalam kedai tu semua dia buat sendiri. Baju blouse budak-budak. Series aku tak percaya. Aku takde alasan untuk tak percaya tapi instict aku cakap dia kencing aku. OK tu satu hal.
Pastu masa aku cakap aku nak buat baju kurung pesak je, dia macam teragak-agak. 
Oh yes, kedai ni tailor anak-beranak. Mak dia tailor utama pastu 4 orang anak lelaki dia also tailor kat situ. Reason aku buat baju kurung pesak tu memang sebenarnya nak test la how good dia punya jahitan kan. Baju kurung pesak je kot. Basic. Tapi aku cakap la aku nak tambah pearls kat satu baju. Another baju nak jahit manik pulak. Nak tengok how dia jahit manik.

Masa dia ambik ukuran baju aku pun tunggang langgang.
Aku macam tak yakin.
Macam first time ambik ukuran.
Aku diam lagi ni.
Aku tanya berkali-kali, sempat siap tak ni? Sempat siap tak? Sebab aku bagi dia 10 hari je.
Dia beria-ia cakap siap. Aku cakap tang pearls and manik tu aku serah je kat dia. Ikut dia la nak design cara apa pun. Memang kiranya aku gamble-kan kain aku untuk tengok cara dia jahit.

Masa aku datang Jumaat petang, ada 3 anak dia dalam tu.
Sorang tu macam terpisat-pisat telan airliur.
Yang lagi sorang tu cakap "Baju dah siap, manik je belum"
Aku cam....huh??????
Manik sebijik pun belum jahit?
Aku tempah 2 baju. Dua-dua baju kena jahit manik okeh.
Aku nak balik Bangi dah kul 5pm ni.
Dia kata dorang ramai, 5 orang.
Boleh jahit ramai-ramai, sejam dah siap.

Aku cakap mana baju aku?
Dia tunjuk yang selai je, lagi selai dia kata mak bawak pi kedai nak beli manik.

Manik pun belum beli!!!!!!

Ok takpe...sabar...sabar.
Aku cakap ok, aku datang balik kul 5pm kang.
Nak dekat kul 5pm, dia call cakap "Baju satu tu dah siap manik..."
Belum sempat dia sambung aku cakap "Takpelah, saya datang ambik malam. Takyah rush. Buat cantik-cantik".
Dia cakap dia tunggu. Aku datang kul 11 malam pun dia kata dia tunggu je kat kedai.

Malam, lepas balik dari rumah Mak Aji, aku gi sana, kain baju lagi satu tak siap jahit lagiiiiiiiiiiiiii.
Dia kata kejap je ni, tinggal nak jahit getah je. 10 minit.
Dia ingat aku tak penah tengok agaknya jahit pinggang berapa lama. Takpe...takpe...aku tunggu.
Dia punya 10 minit tu kan, kalau kat jam aku dah setengah jam.
Pastu aku cakap aku balik dulu. Kejap lagi aku datang balik. Sebab kereta aku ramai rakyat. Aku nak hantar dorang balik rumah dulu. Pastu aku tak patah balik. Aku mintak En Wan je collect sebab aku takut aku hilang sabar. 

Bila En Wan balik bawak baju aku, macam yang aku dah agak la.
Entah sape punya ukuran dia pakai.
Bayangkan aku hantar 2 pasang kain, tapi satu baju jadi kecik, satu baju jadik besar.
Dua-dua baju kat bahagian ketiak bapak besar sampai menggelembung je bila pakai. Nampak cam pelipat ketiak aku penuh ngan babat tersentil-sentil. Pastu tak boleh blah pinggang.
Pinggang baju kurung aku 38 inci dia buat. Bolehhh?????
Belum lagi bab manik ngan pearls.
Malas aku nak explain. Conclusionnya baju takleh pakai.
Maka, menambahkan keyakinan aku baju-baju yang dia gantung kat kedai yang dia claim dia buat tu adelah pengencingan semata-mata.



Maka, recycle lah baju lama je esok pagi.


Pengantin bergerak dari rumah Mak Aji.
Pagi tu semua kumpul and keje last minit adelah siapkan goodies untuk pihak pengantin perempuan.
Goodies ni kitorang bagi di rumah pengantin perempuan.


 

Gambar dicilok dari FB budak-budak ni.


With uncle and cousins lelaki.
Cousins and uncle-uncle dari Singapore tak turun kali ni. 


Lengkap 6 orang adik-beradik Mak Aji seibu sebapa.



Wan ni kawen dengan adik kepada kawan dia sendiri.
Yang menikahkan dia tu adelah kawan Wan le jugak, abang kepada pengantin perempuan.



Mentang-mentang la yang nikahkan tu member dia sendiri, sikit tak gabra.


Ni pun tak sanding.
Dorang just nak santai-santai bergambar je.


Nabilah (cousin) and Jua.





Pengantin with adik-adik iparnya.


Yang lelaki belah kanan, ayah kepada Wan.


Hmm...mungkin sedang membincangkan bila tahun Ibal nak kawen.
Mungkin buat sekali harung dengan kawen Redza sok.


Lepas nikah kat rumah Jua and makan-makan, terus aku balik PH.
Disebabkan aku tensen baju semalam tu jadi teruk, so aku nak menghilangkan nestapa dengan membeli baju kurung baru.
Saje, dah tak keje sangat nak buat namanya.

Dari Bangi, balik rumah jap, then terus pi Butik Jedan kat PKNS Shah Alam.
Aku suka gak Butik Jedan ni. Especially baju-baju batik dia. Untuk yang nak carik baju batik, boleh la try Jedan.
Tapi hari tu aku beli baju kurung moden plain kaler je.
Jangankan tidak kan. Saje gatal nak memenuhkan lemari.

Lepas Maghrib, gerak balik ke Bangi sebab kenduri belah kitorang buat malam.
Kiranya satu hari tu settle la majlis pihak perempuan and lelaki. Senang, sekali jalan. Penat pun biar satu kali penat.
Ok ni nak bagitau la, aku tau blog aku ni ada sedara-mara lain yang baca.
Mohon tak kecik ati kalau tak dijemput.
Majlis ni memang intention nak buat kecil-kecilan je.
Asalnya nak buat nikah je sebab cadangnya, nak disandingkan sekali dengan adiknya esok tahun depan.
Jadi, majlis malam tu hanya untuk menwar-warkan pernikahan kat jiran-jiran.
Sedara-mara yang lain, insyallah tahun depan kita get together ya.



Pengantin pun tak sanding, just makan-makan and jumpa tetamu.



Sebenarnya kan, best jugak buat majlis malam tau.
Selama ni kalau orang buat majlis kawen malam mesti majlisnnya kat dewan.
Jarang nak nampak orang buat majlis dalam khemah waktu malam.
Alhamdulillah, malam tu tak hujan.
Just nice berlansung dalam keadaan yang selesa.
Majlis waktu malam ni yang aku perasan lagi cepat start and lagi cepat habis.
Sebab selalunya orang akan start sampai lepas isyak.
Pastu kul 10pm orang dah balik dah sebab fitrah manusia kul 10 malam tu dah waktu tido.
So macam kejap je. Cuma sesape nak buat majlis malam, aku rasa perlukan extra khemah.
Sebab orang memang akan sampai cun-cun lepas isyak, time makan.
Dorang takkan datang kul 9.30 punya.
Jadi, khemah bior banyak sebab tentera akan sampai menderu.



Tumpang potong kek pengantin sabit untuk bergamba sebab 21 Disember tu jugak adelah wedding ann Mak Aji and Pak Aji yang ke...tak tau.


Kendarat


Pastu esoknya pulak semua serang rumah aku untuk durian party.
Makcik-makcik aku siap tanya aku dulu boleh ke tak dorang nak makan durian kat rumah aku. Hahahhaha.
Orang yang paling riang konfem la En Wan kan.
Selama ni tempat dia makan durian nunnnn kat belakang, tepi rumah. Jangan mimpi kau nak bawak masuk durian dalam rumah. Kang dengan kau-kau sekali aku sembur Febreeze.
Tapi, untuk malam tu, aku tabahkan hati.
Biarlah dorang nak party durian.
Mak mertua aku masak mihun sup kuah tulang lembu, pastu order pizza and buat bubur kacang hijau letak durian.
Memang betul-betul kenyang durian la dorang malam tu.







Bayangkan malam tu dorang kedarah durian sampai 11 bijik!!
Siap boleh pause kejap, En Wan keluar gi tambah lagi durian, pastu sambung makan second round.
Series gila tak paham kegilaan apekah ini.
Nasib baik aku boleh tolerate jugak malam tu dengan bau durian.
Pastu 2 malam selepasnya, aku tido asing ngan En Wan sebab mulut dia still ada hawa durian lagi even dah dua hari. Gila ahhh.
Seb baik malam pi honeymoon tu bau dia dah hilang.
Bagus la durian ni, pandai dia hilang just on time.


KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET