Showing posts with label religious. Show all posts
Showing posts with label religious. Show all posts

2022-03-16

Kes Tangmo.


Kecoh betul kes pembunuhan artis Thailand, Tangmo Nida.
Aku sebenarnya tak tau pun terjadinya kes ni.
Rupanya dia kena bunuh masa aku tengah berhoya-hoya kat Alor Setar hari tu.
Balik dari Alor Setar aku buat blog post pasal orang hantar aku 'benda'.
Kat ruangan komen [di FB] ada komen cakap "Remind me of Nida Tangmo baru2 ni. Kisah dia tu rasanya berkait dengan kenalan rapat jugak tu".
Ingatkan orang Malaysia sebab nama NIDA, rupanya artis top Thailand.

Aku follow juga kisah pembunuhan Tangmo ni. Menarik.
Tambah menarik bila kes hampir-hampir ditutup atas alasan kemalangan.
Tu pasal meroyan netizen Malaysia, Indo, and Thai.
Maunya tak meroyan dah kalau banyak bukti CCTV nampak perempuan tu kena bantai atas bot.
Tetiba teringat kes Altantuya, kan?
Tu pun takde kesudahan. Ke dah settle?

Kes Altantuya tu bukti macam tak banyak yang boleh kita debatkan.
Yang Tangmo ni bukti CCTV bersepah dari pelbagai angle, lagiii mau kata kemalangan.
Dah macam tengok movie crime sebab setiap hari akan ada bukti-bukti baru. 

Tak, yang aku pelik tu kan, punyalah banyak filem-filem hantu Thai yang menyeramkan.
Yang mati kena bunuh, rohnya menuntut bela.
Aku yang kat Malaysia tengok filem kau pun dah seram.
Yang kau di sana, tak takut ke nak bunuh orang?
Kau terpikir ke roh orang tu cari kau balik macam dalam filem-filem kau selalu tunjuk tu?
Ni 2 hari lepas aku tengok ada video dorang panggil sami ke sungai Chao Phraya buat upacara panggil roh balik [ikut kepercayaan dorang].
Katanya ramai yang nampak kelibat mendiang Tangmo di sana sini.
Ye la, mati kena bunuh kot.
Nasib baik aku duduk kat Malaysia.

Tapi bukan ini yang aku nak tuliskan.
Bila aku tengok klip video terakhir Tangmo atas bos tengah menyanyi, tiba-tiba rasa takut.
Ternyata maut ni datang bila-bila masa, ya.
Lepas menyanyi pun boleh mati.
Tak kiralah kemalangan atau pembunuhan, yang jelas telah tertulis pada hari itu dalam keadaan sedang bersantai-santai dalam bot, tak sakit, tak apa, maut menyapa.
Kita orang awam busy cari alasan dan punca untuk mencari rasional di sebalik kejadian yang tak sesuai dengan keinginan kita.
Tapi bagi mereka yang mahu berfikir, kematian adalah nasihat.

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang melenyapkan semua kenikmatan, iaitu kematian!" (Tirmidzi)

Kes Tangmo ni, aku sangat bersimpati.
Nak kata dunia tak adil, pun tak boleh.
Nak kata kenapa dia dipilih untuk mati kena bunuh, pun tak boleh.
Nak kata kenapa dia tak berpeluang menikmati hidup dengan lebih lama, pun tak boleh juga.
Bukan apa, kalaulah aku yang berpeluang bersantai atas bot, mesti dalam kepala dah plan nak ambik gambar banyak-banyak nanti esok boleh post kat IG and buat blog post.
Dan kebiasaannya followers aku akan pesan "Jangan lupa update kat blog Kak Di".
Dah terbayang and excited nak tunggu hari esok nak update blog.
Rupanya, hari esok tu takde untuk aku.
Seram, kan?

Ternyata, ajal itu datang dalam pelbagai cara.
Tak perlu sakit, tak perlu tua, tak perlu menderita.
Mati yang mendadak ni selalunya mengejutkan ramai orang.
Kalau sakit tu lain cerita, sebab kita at least dah prepare for the worst.
Tapi kematian yang tak dijangka lebih menakutkan.

Tahap kesihatan seseorang boleh dijadikan piawai untuk melihat punca hidup dan mati seseorang.
Tetapi hakikatnya, hidup kita hanya kerana satu perkara iaitu ketika nyawa masih melekat pada jasad.
Apabila nyawa hilang, orang yang sihat pun tak ada kuasa untuk menolak maut.

MASA adalah sesuatu yang kita tak boleh jangka.
Tak dapat jangka bila usia dan rezeki seseorang di dunia habis.
Nampak macam belum achieve apa yang aku mahu.
Tapi kalau aku mati malam ni, bermakna apa yang aku dah achieve, dah cukup. Setakat itulah saja.

Beberapa tahun lepas seorang budak mati dalam perjalanan nak ambil result SPM.
Budak tu dapat straight As kalau tak salah.
Masa tu aku terkilan sebab budak tu tak sempat nak celebrate result dia.
Tapi nak buat macamana, setakat itu saja yang Allah bagi.

Kematian boleh datang pada waktu pagi ketika semua orang tengah sibuk memulakan hari baru.
Boleh juga datang tengahari ketika produktiviti tinggi.
Atau datang sebelah petang ketika sedang berehat.
Boleh juga datang pada waktu malam bila mata sedang tertutup.
Rupanya dah tak berpeluang membuka mata esok hari.
Allah, takutnya 😔.

Setiap berita kematian adalah peringatan buat diri.
Apetah lagi kalau kita rasa sangat-sangat terkesan dengan berita kematian tu, itu petunjuk bahawa Allah mahu kita mengingati mati.
Kematian mengingatkan kita bahawa kita bukanlah siapa-siapa.
Macam orang seni selalu kata "Dunia hanyalah pentas. Kita adalah pelakonnya. Sampai satu ketika, direktor cakap "Cut!". Maka scene kita pun habis dan semua kembali kepada role yang sebenar".

Apa pun watak kita atas pentas, semuanya ada pengakhiran.
Tak selamanya kita boleh pegang sesuatu watak.
Silakan enjoy dapat pegang watak orang kaya.
Silakan meratap dapat pegang watak orang miskin.
Silakan tak jejak tanah dapat pegang watak orang sombong.
Hakikatnya, semua karakter tu tak kekal.
Sampai masanya, kena stop.

Role sebenar adalah ketika di alam kubur, ketika tak mampu beralasan, tak mampu nak beremosi, tak mampu untuk jadi ignorance.
That's our actual role.
Sangat naif kalau ada manusia percaya yang dia akan jadi kaya dan berkuasa selama-lamanya.
Sangat naif juga kalau merasakan akan terus menderita selama-lamanya kerana kesusahan yang ditanggung sekarang.
Everything that starts will end.
And the end of it is death.

Berita kematian mengingatkan kita bahawa hidup ini sementara.
Kejayaan yang menghanyutkan kita dengan sebuah imaginasi dan angan-angan seolah-olah kita akan hidup selamanya.
Bak kata pepatah "Bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah kita hidup selamanya, beribadatlah seolah kita akan mati esok".
Ramai fokus kat first sentence.
Maka berhempas-pulaslah manusia berusaha, bekerja, bersengkang mata mengejar dunia.
Yang sebetulnya, ibadat yang kena pulun dulu sebab "kita akan mati esok hari".
Kerja masih boleh tangguh kerana "kita hidup selamanya".

Panjang umur manusia sudah ditentukan.
Tetapi Allah ada hak mutlak untuk menghapus dan menetapkan kematian manusia.
Berita kematian yang tak disangka-sangka adalah satu renungan bagi kita yang masih hidup bahawa betapa lemahnya dan tidak berkuasanya kita menahan nyawa untuk terlepas dari badan.
Kita memang perlu persiapkan banyak perkara untuk menjaga apa yang kita ada termasuk jaga kesihatan.
Tetapi yang lebih penting dari itu, kita juga harus siapkan bekal supaya mampu "mencukupkan" kita di kehidupan yang akan datang.

p/s : self reminder untuk diri sendiri.


2022-03-09

Nasihat

“Kak, saya terjumpa gambar lama akak tak bertudung. Masa tu tengah mengandung”.

Ini gambar aku yang dia jumpa ☝🏻.
Bukan main segar-bugar aku masa ni, tapi aku mosaickan sebab ada bahagian yang terdedah.
Tengah mengandung pun cleavage tetapppppp.
Gitulah seorang Diana dulu.

Gambar ni bukan dari blog aku. Maybe dari blog blogger lain.
Ini tahun 2010, masa mengandungkan Rayyan.
Waktu ni attend kitorang konvo skolah tadika Redza [sekarang Redza dah nak habis sekolah dah 😭].
Time flies...

Semua gambar yang ada di blog aku, aku dah mosaickan.
Insyallah dah takde gambar dari blog and FB aku yang terkuak. Kalau jumpa di mana-mana maybe bukan dari blog aku.

Itulah risikonya bila dulu free hair. Banyak gambar lama boleh tersebar.
Itu di luar kawalan aku.
Apa yang aku boleh kawal, aku kawal.
Mana yang dalam simpanan aku seperti di blog, semua aku retrieve balik satu-satu dan mosaickan.
Yang hazab sangat, aku dah delete dari blog.
Yang ada pada orang lain, kalau tersebar, itu diluar kawalan aku.
Boleh jadi juga dorang tak teringat dorang pernah share gambar aku di mana-mana.

Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk kekal dengan penampilan sekarang.
Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki.
Semoga hati ni tak dibalikkan untuk kembali ke penampilan dulu yang hazabedah.

“Teruk sangat ke Kak Di dulu?”

Kalau tanya aku, dah tentulah jawapannya TAK. Hahahah.
Cuma apa yang aku boleh kata, orang yang jahil ni berpikir ikut lojik, bukan ikut hukum.

Blog aku dulu memang tak ambik tahu hal orang.
Let alone nak cerita pasal isu-isu semasa atau kondem blogger tu, blogger ni, orang tu, orang ni. Tak.
Semua yang aku cerita pasal aktiviti sendiri saja.
Tu pasal dulu blog aku banyak gambar-gambar aktiviti aku.
Pergi pasar malam pun ada gambar.
Apetah lagi kalau ada special function, lagilah melambak gambar.

Tahun 2007 ☝🏻, masa team-building.
Aku sorang je Malay dalam tu tapi dressing aku ke ofis lagi jahanam dari non-Muslim.
Zaman ini adalah zaman di mana aku tak rasa bersalah keluar in public pakai baju with no seluar [of course la pakai spender]. Orang kata ini daring level neraka.

Masa team building ni ada aktiviti atas private yatch.
Ada aktiviti tengah laut, kena terjun ke laut.
Of courselah kena pakai swim wear.
Lalu dengan tak bersalahnya aku post gambar aku pakai swimming suit (one-piece) tu di blog.
Actually bukan rasa tak bersalah, tapi aku tak nampak kat mana salahnya.
Gambar-gambar tu ramai orang kecam.
Still, masa tu aku tak faham apesal aku kena kecam.
Like bukannya aku pakai baju mandi ke kenduri arwah.
Aku pakai di tempat yang betul, iaitu di beach dan pool.
Tak faham apesal korang kecam aku.

Begitulah cara aku berfikir dulu. Cara orang jahil berfikir.
Cara aku berpikir dulu berdasarkan hukum lojik akal, bukan hukum Allah.

Gambar ni telah banyak mengundang new “blog readers” ke blog aku.
Gambar meniarap pakai swimming suit.
Boleh agaklah apa benda yang nampak, kan.
Pose ni bukan dibuat-dibuat khas untuk ditunjuk ke sesiapa. Tak.
Ini memang pose yang spontan.
Tak terpikir nak upload di mana-mana pun sewaktu gambar ni diambil.

Bila aku update blog barulah, aku masukkan gambar-gambar ni.
Masa upload pun takde terpikir pasal nak tunjuk seksi atau apa.
Aku cuma nak cerita yang aku tulis ada supporting photo. Itu saja.

Dulu blog aku ada ruangan komen tapi tak auto-publish.
Beratus-ratus komen maki masuk disebabkan post team building ni, sampaikan aku konfius.
Apa benda yang dorang sakit ati sangat ni?
Aku sedang bekerja kot.
Ada team building tengah laut.
Ada program terjun laut.
Dah tentu-tentulah aku memakai pakaian yang betul.
Begitulah cara aku berfikir dulu.

Apa yang aku nak kata, setiap manusia ada cerita masing-masing.
Setiap manusia ada pengalaman hidup yang berbeza.
Setiap orang yang baik ada masa silam yang buruk.
Dan setiap orang yang buruk ada masa depan yang lebih baik.
Maka, jangan lihat seseorang dari masa lampaunya.
Tapi lihatlah seseorang dari masa sekarangnya dan macamana dia berjuang untuk berubah menjadi lebih baik lagi.

Boleh jadi disebabkan pernah menjadi kelompok yang jahil, menjadikan aku lebih 'tolerate' dalam berpesan-pesan.
Bukan ambil mudah hukum Allah, tapi berdasarkan pengalaman sendiri, nak mengajak orang berubah tak perlu bersuara lantang.
It really sad bila ada saudara-saudara kita yang "hijrahnya gagal".
Gagal istiqomah dalam agama, kembali ke zaman silam dan ulang balik zaman jahiliah.

Istiqomah ni SUSAH!
Ada waktu-waktunya semangat hijrah tu pudar.
Aku tahu sangat rasa susahnya melawan nafsu dan meluruskan niat yang tak pernah lurus.
Dan aku faham betul rasanya perit struggle untuk tetap istiqomah dalam keadaan banyak godaan kiri kanan.
Dulu, aku pernah rasa nak balik ke zaman aku yang dulu.
Zaman di mana aku tak ambil peduli lansung batas aurat dan pergaulan.
Kerana semasa aku jahil, expectation orang sekeliling sangat rendah pada orang macam aku, menjadikan segala-galanya lebih mudah.
Yelah, apa je yang kau nak harapkan kat perempuan berambut merah, berskirt pendek dan berbaju see thru nampak warna bra, kan?
Bukan boleh dijadikan role model pun.
Maka, bila expectation manusia rendah, hidup terasa lebih bebas. Less stress.

Bila aku mula berubah penampilan, hidup terasa terkongkong. Serba-serbi tak boleh.
Tak pakai stokin, tak boleh.
Tak pakai hand sock, tak boleh.
Tudung tak tutup dada, tak boleh.
Baju ketat walaupun menutup (membalut) aurat, tak boleh.
Semua benda tak boleh.
Dah pakai tudung pun, kena kecam lagi.
Segalanya tak pernah perfect di mata orang.
Inilah waktunya istiqomah jadi sangat susah, dan hijrah terasa sangat berat.
Mulalah terasa nak kembali ke zaman "jahiliah".

Sedih bila ada kawan yang gagal istiqomah.
Tapi jauh lebih sedih bila ada yang menggalakkan dia untuk terus gagal.

"Lebih baik tak payah pakai tudung kalau kalau perangai macam ni"

"Tak payah hipokritlah bertudung bagai kalau perangai tak selari dengan penampilan!"

"Solat tapi masih buat dosa".


Ni bukan nasihat, ya. Ini statement yang menyesatkan.
Tak ubah macam ajakan setan.
Kita rasa macam sedang ingat-meningatkan padahal kita sedang membuatkan Hamba Allah tu jadi menyampah dan semakin menjauh dari kebenaran.

Salah satu punca orang takut nak berubah sebab expectation manusia di sekelilingnya.
Nak orang tu berubah, GUIDE, bukan PUSH.
Bila push, payah nak kekal sebab stress.
Tapi kalau guide, ia datang bersekali dengan ilmu.

Dia macam ni ya.
Apa pun teguran atau nasihat kita pada seseorang, walaupun dengan cara paling halus, tetap terasa sakit.
Nak pulak teguran tu datang dari entah siapa-siapa tiba-tiba nak bagi nasihat.
Kau rasa orang tu akan berubah sekelip mata bila kau nasihat?
TAK AKAN.
Read that again.
TAK AKAN.

Itulah yang aku rasa dulu.
Entah sape-sape, kenal aku pun hanya dari blog, tapi nak rule hidup aku. Meluat aku baca “nasihat”.

Yang ramai-ramai kononnya “berpesan-pesan”, sebenarnya nak melempiaskan sakit hati je.
Hari-hari kondem apa aku buat, sampaikan si Redza tu pun orang predict takkan jadi orang sebab maknya jahil.
Gitu kau dia punya hebat meramal future orang.
Bila aku buat dek dengan "nasihat" semua tu, eh sakit hati pulak dia.
Melolong-lolong menerakakan aku.
Nampak sangat tak ikut dengan ilmu.
Memanglah wajib berpesan-pesan, tetapi dalam kebenaran dan kesabaran.
Kau pun jenis tak sabar dalam menasihat, ada hati nak expect yang dinasihati terus berubah jam-jam tu jugak. Halah halahhhh.

Yang betulnya, kebanyakan kita ni bukannya ikhlas nak menasihat, lebih kepada nak mengecam tapi tak nak nampak jahat maka disulamkan dengan baur-baur agama. 
Tu pasal, ujung-ujung mengutuk juga akhirnya sebab niat awal pun dah lari.
Look, orang tak akan terima nasihat dari sesiapa yang tak dikenali, melainkan dia yang meminta nasihat.

Abi Hurairah R.A. berkata, Rasulullah saw bersabda, hak muslim atas muslim lainnya adalah:

Apabila engkau berjumpa dengannya, maka ucapkanlah salam atasnya. 
Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka nasihatilah kepadanya.
Apabila dia bersin dan mengucapkan tahmid maka doakanlah.
Apabila dia sakit maka jenguklah dia.
Dan apabila dia meninggal maka hantarkanlah jenazahnya.

Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka nasihatilah kepadanya.
Di sini dapat difahami bahawa nasihat itu tidak wajib kecuali jika ada orang yang memintanya. 
Atau dalam bahasa mudahnya, kalau orang tu tak minta nasihat, kau diam saja.
Lebih-lebih lagi kalau kita ni bukan siapa-siapa, kenal secara personally pun tak.
Kenal dari apa yang kita nampak di media sosial tak menjadikan kita benar-benar kenal orang tu.
Ada banyak lagi yang kita tak tahu tentang dia, maka jangan merasa diri entitled untuk menasihatkan dia.
Walau bagaimanapun, hukum nasihat yang tidak diminta terlebih dahulu adalah sunah, kerana dikategorikan memberitahu orang lain kepada kebaikan. 

Yang lebih baik adalah, kalau ikhlas nak seseorang berubah, DOA-lah. DOA.
Doa agar dia lembut hati dan berubah.
Kalau satu hari dia berubah, insyallah ada saham kita dapat atas kebaikan dia.


p/s: karang ada pulak tanya “Mak Aji tak marah ke akak pakai macam tu?” Dia bukan tak marah, tapi dia tahu aku dah ada suami. Jadi dia biarkan suami aku settlekan hal ni.


2022-03-07

Selamat datang ke usia 40 tahun.


Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran yang kaw-kaw.
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncak ujian.
Tak kira lelaki atau perempuan.
Tak caya, tengok member yang dalam lingkungan umur 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun tengok diri sendiri.
Range umur-umur inilah penentu bagaimana sikap kita nanti apabila mencecah 40 tahun.

Masa umur 36, 37, 38 dan 39 tahun, ujian datang bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Kawan.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Harta benda.
Wang ringgit.
Sampai nanti terasa mengah nak melaluinya, but you have to face it.

Masa ni lah ada rumahtangga bergoyang.
Masa ni lah ada rumahtangga gagal.
Masa ni lah ada yang hilang kerja.
Masa ni lah ada yang mula sakit-sakit.
Masa ni lah ada yang di-backstabbed kawan sendiri.
Masa ni lah ada yang berada dalam dilema nak buat keputusan besar dalam hidup.
Masa ni lah diuji dengan masalah kewangan.
Masa ni lah anak-anak dan membesar jadi remaja dengan banyak karenahnya.
Masa ni berat badan susah nak turun.
Masa ni mata dah mula rabun.

Umur 36 sampai 39 tahun adalah umur kemuncak ujian Allah.
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri untuk reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa ketika umur begini baru ujian datang?

Kerana dalam Quran sudah disebut:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun (40), berdoalah dia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu”
- Surah Al-Ahqaf ayat 15.

Ayat ini menyatakan umur 40 adalah umur matang.
Orang putih kata “life begins at 40”.
Ini kemuncak umur keislaman bagi orang Islam.
Kebanyakan ulamak bersungguh-sungguh beribadah dan mengurangkan tidur (bangkit solat malam) ketika mencecah usia ini.

Orang-orang tua ada berkata, kalau seseorang tu tak berubah perangai bila cecah 40 tahun, maka susahlah dia nak berubah selepas tu.
Ada betulnya, sebab dalam sebuah riwayat Ibn Abbas r.a. mengatakan bahawa sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka! Nauzublillah.

Masa aku join kelas dulu, ustaz ada cakap manusia yang paling sempurna akal dan fikirannya adalah bila mencecah umur 40 tahun.
Kerana pada usia itulah juga Allah mengutus Rasulullah saw.
Bermakna usia 40 tahun adalah usia matang.
Segala tindakan seseorang pada usia ini seharusnya matang.
Maka, di usia mencecah 40 tahun, dah tak sesuai nak terkinja-kinja buat tik tok atau buat video semata-mata nak tinggikan rating atau demi melariskan produk.
Bukan semua trend perlu kita ikut.
Walaupun orang kata kalau nak maju kena buat macam ni, kena follow trend gitu - TAK PAYAHLAH.

Dah 40 tahun, balance umur dah tak banyak mana lagi.
Bak kata ustaz yang mengajar aku dulu, “40 tahun hidup pangkat bertambah, gaji bertambah, rumah bertambah, sijil bertambah. Hafazan bertambah tak? Solat bertambah tak? Ke sama je macam solat budak umur 10 tahun?”

Pedih gila. Panasss je muka aku.
Konon duduk depan sekali nak mudah dapat ilmu.
Sekali harung dapat pedih sekali 😆.

Ustaz kata, “Tak malu ke jumpa Allah nanti dengan bekal solat yang sama banyak dengan budak umur 10 tahun? Budak tu solat 5 waktu sehari. Takkan kita dah 40 solat masih 5 waktu saja. Mana sunat-sunatnya?”.

Maka sebab itulah di usia 36-39 kita diberikan ujian demi ujian.
Untuk apa?
Kerana DIA jemput kita perlahan-lahan sebelum masuk umur 40.
Dalam tempoh ujian itu nanti tergantung bagaimana kita menyingkapi hikmah ujian.
Ada orang semakin diuji semakin lama sujudnya (maksudnya semakin banyak solat).
Ada orang semakin diuji semakin menjauh dari Allah.
Mungkin inilah bak kata orang-orang tua “Kalau umur 40 tak berubah, sampai bila-bila payah nak berubah”.

Masuk sahaja usia 40 tahun, segalanya BARU.
Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran.
Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita dah tenang.
Dah tak fikir berat-berat hal-hal dunia.
Dah tak kelam kabut lagi dengan urusan dunia.
Apa yang ada, pakai.
Apa yang ada, makan.
Apa yang ada, guna.
Dah tak lagi sibuk kejar itu ini bermati-matian sampai urusan akhirat dibuat sekadar buat.

Usia 40 tahun, semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki penampilan.

Itu pun, jika kita selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tak akan ada yang berubah. Habis macam tu je.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah.
Baginda mula berdakwah secara terang.
Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah tenang.
Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud.
Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata nasihat.
Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas.
Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri.
Yang perlu ada dalam hati hanya Allah.

Usia mencecah 40 tahun dah patut mendampingi kawan atau kelompok yang membawa kita kepada menjadi yang lebih baik.
Bukan tak boleh huhahuha, tapi patut padanlah.
Memang seronok dapat lingkungan yang gila-gila, sporting, huhahuha, asalkan jangan jadikan tabiat.

Apa juga yang kita miliki setelah 39 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal.
Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Segala ujian akan berulang lagi dan lagi.
Bezanya ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang.
Kerana kita sudah ada pengalaman Allah dah didik macamana nak hadapinya.
Allah dah beri pengajaran pada pengalaman yang lalu.
Segalanya tidak lain tidak bukan, untuk perbaharui iman yang kian pudar.


2021-09-15

Bila mata dah biasa memandang maksiat.


Selama ni aku dok lenjan baju longgar and besar.
Sesekali pakai baju berpinggang ada je orang cakap “Kurusnya Kak Diiii".
Padahal dari dulu gitu la jugak badan aku.
Dulu masa zaman free hair, hari-hari aku lenjan pakai baju ketat.
Takde pulak yang kata aku kurus, padahal zaman tu berat aku 47kg.
Tiba-tiba berat 52kg ni ramai pulak nampak aku kurus. Chait!


Yang belah kiri tu tahun 2007, zaman kurus, 47-48kg.
Ini aku snap dalam bilik (ofis) masa kerja dulu.
Yang kanan hari Isnin, lepas meeting.
Sebelum basuh mekap selfie dulu barang 7-8 keping.
Rugi mekap untuk 2 jam saja. Maka, kena manfaatkan.
Berat aku sekarang memang takkan dapatlah angka 40an.
Kalau muka memang jelas nampak 40-an.
Berat now 52.6kg.

Tahun 2007 aku masih makan gaji.
Tu pasal sempat bersiap macam nak rak sebab masa ni kepala kurang serabut.
Tak banyak benda nak pikir.
Bila dah start run own business mekap ke mana, aku ke mana.
Dalam gamba tu siap dengan earrings bagai.
Siap maskara segala.
Baju of course pakai tube. Trademark.
Kulit aku dulu sememangnya lebih gelap dari sekarang sebab dulu selalu ke sana sini, terdedah dengan panas.
Tapi kau tengoklah betapa beraninya aku.
Kulit gelap pun berani pakai baju pink.
Lipstik pun pink u olsss!
Sekarang mati hidup balik tak gamak aku nak pakai lipstik pink.
Maybe sebab dah 40an, tak suai nau rasanya lipstik pink kat muka aku ni.

Bulu mata sikit punya lentik dulu.
Tapi itu ori bukan pelesu.
Bulu mata aku memang panjang tapi tak lentik.
Bila mekap macam ni barulah nampak lentik.
Manalah aku jumpa masa nak melentik bulu mata dulu?
Pukul berapalah agaknya aku bangun bersiap dulu.
Sekarang, dapat pakai eyeliner je pun dah lega.

Rambut tu rambut.
Rambut aku dulu ke ofis macam-macam style.
Ya ampunnn seriously, pukul berapa kau bangun bersiap ni, Diana?
Aku tak boleh brain kenapa aku cukup rajin bersiap ke kerja.
Tapi boleh jadi sebab dunia aku dulu kerap berjumpa orang.
Secara tak lansung diri pun terdorong nak bersiap lengkap everyday.

Dulu berlumba-lumba nak kuruskan badan.
Alasan aku - senang nak cari baju kalau kurus.
Which is true juga sebenarnya, especially baju office.
Kadang-kadang diskriminasi juga aku tengok bidang fashion ni.
Kalau baju untuk orang kurus bukan main lagi macam-macam pesen.
Tapi baju untuk orang berbadan besar, ntah hape-hape pesennya.
Asal jadi baju je konsepnya.

Mungkin sebab itulah ramai orang berlumba nak kuruskan badan.
Baju untuk orang berbadan besar tak banyak pilihan yang ada.
Cutting pun straight.
Tapi kalau berbadan besar, pakai pakaian yang melekap kat badan dah nampak macam hape je pulak.
Maybe sebab itulah producer pakaian tak menitikberatkan pilihan fashion untuk yang berbadan besar.
Tapi kalau nak yang cantik sikit, boleh try Ms Read. Kain dia cantik.
Tapi potongan tetap besar gitu jugak.

Bila aku decide nak bertudung and tukar cara berpakaian, kurus or gemuk dah takde beza bagi aku.
Gemuk dah tentu pakai baju longgar. Kurus pun tetap kena pakai baju longgar.
Bila dah bertudung aku realized mencari baju yang patuh syariah - longgar dan labuh - memang banyak, tapi tak secantik baju-baju semasa aku free hair.

Actually nak teruskan pakai baju-baju macam dulu pun boleh. Bukan tak boleh.
Tapi bak kata ustaz - boleh, tetapi kurang tepat.
Mencari yang TEPAT tu yang payah kerana selalunya yang TEPAT itu kurang cantik di mata.

Tapi pelik juga ya bila ke Mekah, sesekali ternampak jemaah wanita pakai blouse labuh dan jeans, terasa pelik dan termalu sendiri.
Padahal menutup aurat juga tu.
Muungkin kerana di sana berjubah dan berbaju longgar, labuh dan besar adalah kebiasaan. Sesekali ternampak wanita berseluar dan berblouse (tunic), tetap terasa pelik, padahal masih menutup aurat.
Mungkin inilah yang dikatakan “bila mata dah biasa memandang maksiat, sesekali terpandang yang syari’i terasa pelik”.

Boleh jadi itulah kita di sini (akulah tu bukan orang lain).
Dah terbiasa pakai baju ketat singkat melekap, bila kena bertukar ke pakaian longgar dan labuh, terasa segalanya nampak pelik dan jelik.
Padahal ok je.
Perkara seremeh itu pun menjadi dugaan yang berat ketika berhijrah atau ketika mahu berhijrah.
Hanya masalah pemilihan pakaian membuatkan kita berkira-kira untuk berubah.
Dah akhirnya kita mencipta satu piawai - “jangan pandang luaran, yang penting hati”, untuk menyedapkan hati sendiri.
Aku macam ni lah juga 😢.

Betul kata ustaz, apabila seseorang itu berhijrah, yang pertama sekali kena buat adalah belajar.
Pegi enroll diri ke kelas agama.
Masuk kelas agama bukan kerana kita tak pernah belajar agama tetapi percayalah, hijrah itu susah nak dipertahankan tanpa ilmu.

Aku mula bertudung pertengahan 2011.
Awal 2013 aku ke umrah buat kali pertama.
Dalam tempoh lebih kurang setahun lebih tu aku masih tak mengisi apa-apa dalam hijrah aku.
Yang berubah cuma tudung.
Selepas balik umrah aku start join kelas agama. Kelas feqah dan Quran.

Berada dalam kelompok orang-orang ni, the AURA tu yang ‘mahal’.
Bukan apa, untuk aku yang semasa zaman free hairnya dah biasa pakai skirt pendek, skirt belah sampai pangkal paha, dengan tube, dengan baju see thru nampak warna bra, pakai 2-piece kat pool selamba tepek kat blog - bukanlah sesuatu yang senang untuk aku pertahankan penampilan bertudung. 
Kerana aku dah terbiasa dengan penampilan yang berani orang kata.
Even customer-customer aku terperanjat aku bertudung.
Maybe tak pernah terlintas dalam kepala dorang seorang Diana Ishak boleh terfikir nak bertudung.
Siap ada yang tanya “What happened?” 😆.

Aku sengaja mencari satu port baru untuk bantu aku mencari keselesaan dengan imej baru.
Caranya, masuk kelas agama.
Aku nak mencari kelompok yang auranya boleh membantu hijrah aku.
Bila join kelas agama, melihat orang kiri-kanan saling menjaga aurat, lama-lama jadi selesa dengan penampilan baru diri.
Pulak tu everyday di-branwashed dengan ceramah ustaz, terjaga jugaklah sedikit hati ni.
Manusia kan mudah berubah dengan persekitaran.
Sebab itu dengan siapa kita berkawan, apa yang kita baca, apa yang kita tonton boleh mempengaruhi sikap dan cara kita berfikir.

Aku join kelas agama ni bukan satu tempat. Banyak kelas.
Habis kelas ni, aku join kelas tu.
Habis kelas tu, aku join kelas lain pulak.
Apa je kelas yang aku rasa boleh join, aku join sebab saja nak cari jalan biar berada dalam aura yang boleh membiasakan aku dengan imej yang baru.
Kelas hafazan, kelas feqah, kelas tajwid - apa-apa je lah.
Asalkan aku duduk di persekitaran tu.
Bukan apa, di awal-awal hijrah itulah hati ini mudah nak berbolak-balik.
Apetah lagi selak almari masih banyak baju-baju daring yang belum puas pakai.

Dalam tempoh ke kelas agama tu, dah mula rasa selesa dengan imej baru.
Dah mula berasa tak kisah nampak baju- baju yang cantik melekap, takde rasa cemburu lagi bila kawan bergaya dengan penampilan ranggi, tak ada rasa terkilan lagi tak dapat tayang rambut yang cantik.
Bukan tak mahu, tapi dah mula merasa selesa dengan imej baru.
Payah sebenarnya mempertahankan hijrah kalau persekitaran kita tak menyokong hijrah kita.
Sebab itu bukan sikit-sikit orang yang bila bertudung, kemudian melepaskan tudung kembali.
Kerana persekitaran sangat memainkan peranan.
Maka kalau persekitaran kita tak membantu hijrah, kitalah yang kena cari persekitaran yang boleh membantu.
Tak perlu buang persekitaran lama, hanya perlu tambah persekitaran baru saja.

Proses mempertahankan hijrah ni non-stop, hinggalah mati nanti.
Takde jaminan aku boleh pertahankan apa yang aku sedang usahakan ni.
Tapi bak kata ustaz aku dulu, iman turun naik itu WAJAR, tetapi jangan sampai berhenti terus.
Usahakan ubah sikit-sikit, usahakan tambah ilmu sikit demi sikit, usahakan amal apa yang kita sudah tahu sikit demi sikit.
Yang penting jangan patah balik.


2021-09-10

Normalizekan dosa?


Tadi aku nampak kat explore IG artikel pasal Janna Nick pakai baju kurung tapi nampak belahan dada kat lubang kancing baju kurung.
Pastu ada satu komen tu tulis "When people already normalize dosa, ia jadi perbuatan yang biasa" -- lebih kurang macam ni lah ayat dia.
Maksudnya bila seseorang dah biasa mendedahkan aurat, apalah sangat setakat tunjuk belahan dada.

Bila tengok gambar tu, aku ada 2 pandangan.
Yang pertama, pandangan aku sebagai seorang Diana Ishak 15 tahun dulu.
Yang kedua, pandangan dari kaca mata Diana Ishak, sekarang.

Kalau gamba dak Janna tu ditunjukkan pada aku 15 tahun lepas, aku punya pandangan tertumpu pada muka dia dan baju kurung yang dia pakai.
Aku tak tengok pada belahan kancing baju kurung dia.
15 tahun lepas, aku sendiri pakai tak cukup kain.
At least si Janna tak pernah lagi aku nampak dia up baju dia pakai 2-piece.
Aku bukan main konfiden lagi beberapa keping gamba tengah try swimming suit dalam fitting room, up kat blog untuk minta vote mana yang patut aku beli.
That was year 2007. Redza dah umur 3 tahun masa tu.
Aku nak beli new swimming suit untuk company trip ke Langkawi.

Dari pandangan mata aku dahulu, seseorang yang pakai baju nampak belahan dada, aku anggap takde apa.
Pemahaman aku dulu, orang tu berbaju lengkap.
Tapi kenapa belahan dada yang secotet tu yang kau fokuskan.
Haaa..itu cara aku berfikir dulu. Cara berfikir orang jahil.
Aku tak kata Janna ni jahil, tapi aku berfikir cara itu jadi mungkin cara pandang Janna terhadap pakaian dia juga begitu. Agaknya lah.

Dulu aku pelik kenapa orang kecam cara berpakaian aku sedangkan aku pakai pakaian yang ok (aku rasa ok dah tu).
Contoh, aku up gamba team building company di Langkawi.
Team building tu dibuat atas boat.
The girls semua pakai swimming suit siap-siap sebab ada adegan terjun laut.
Aku up kat blog gamba aku dengan the girls atas boat - semua pakai swimming suit termasuk aku.
Teruk gila aku kena kecam.
Masa tu aku confuse, dah kenapa aku kena kecam?
Aku bukannya pakai baju mandi kat dalam mall.
Aku pakai di tengah laut.
Bukan ke baju mandi memang untuk dipakai mandi kat laut?

Ada satu lagi gamba aku bercuti dengan family kat Penang.
Gamba aku naik kuda pantai dengan En Wan.
Aku pakai baju mandi waktu tu. Up kat blog.
Again, kena kecam.
Lagi sekali aku tak paham.
Kenapa aku dikecam? Bukannya aku pakai baju mandi pi kenduri arwah.

So, boleh faham tak cara pandang aku waktu tu?
Aku merasakan baju yang aku pakai tak salah kerana aku pakai di lokasi yang betul.
Bila aku dikecam kerana pakaian yang aku pakai, aku tak tau kat mana silapnya.

Dulu kat blog, banyakkkkk gila gamba aku post.
Boleh dikatakan everyday ada je gambar aku. Selalunya selfie.
Tapi dulu kitorang tak panggil selfie, kita panggil Camwhore. Hahahaha.
Rajin aku up gambar aku OOTD, dan selalunya gambar aku kalau tak tayang cleavage tak sah orang kata.
Padahal aku bukan sengaja tayang.

Memang pilihan baju-baju aku waktu tu kebanyakkannya adalah V-neck.
Breast aku ni bukan bentuk nasi lemak segitiga. Dia bentuk epal.
Orang yang breast berbentuk epal ni, cleavage dia jelas.
Pakai low cut neck sikit je dah nampak lurah.
The thing is, untuk orang yang breast bentuk epal, kalau pakai round neck boleh nampak gemuk.
Because beban terletak pada breast, bukan pinggang atau perut.
Untuk nampakkan ilusi dada kecil, sesuai pakai V-neck.
Tapi bila pakai V-neck akan nampak lurah.

Pada ketika tu, aku prefer nampak kurus dari nampak gemuk, jadi aku belasah pakai V and low-cut neck.
Sebab itulah gambar-gambar aku dulu mostly nampak lurah dendam.
Sedangkan aku bukan sengaja nak tayang, tapi cutting baju aku serta dada aku menyebabkan lurah sentiasa nampak.
Sekarang pun kalau aku berbaju kurung tanpa tudung, aku kena pakai brooch tambahan untuk kancing tengah belahan baju kurung sebab cleavage boleh nampak walaupun berbaju kurung.
Aku syak Janna punya breast macam tu sebab tu dia pakai baju kurung masih nampak lurah.
Aku dapat rasakan cara Janna berfikir adalah seperti aku dulu.

Yes, salah memang salah.
Kita sama-sama doa supaya dia dan kita sama-sama diberikan kefahaman agama.

Dulu macam tu lah aku.
Aku tak rasa itu salah sebab aku pakai baju yang betul di tempat yang betul.
Kalau pi kenduri aku berbaju kurung, berselendang.
Kalau pi kerja memang aku pakai skirt pendek, kadang-kadang seluar tetapi hari Jumaat aku pakai baju kurung (walaupun some baju kurung aku pakai tu see thru).
Di swimming pool aku pakai baju mandi.

Maybe silapnya aku dulu sebab aku kurang sensitiviti.
Aku up semua gamba aku di blog.
Dulu blog aku umpama online diary.
Apa benda aku buat seharian, aku tulis situ.
That's why dulu blog aku banyak gambar.
Now, aku banyak menulis saja.
Tak kuasa nak tepek banyak gambar.

Berbalik pada ayat ni -- "When people already normalize dosa, ia jadi perbuatan yang biasa" -- maaf, bukan normalize dosa tetapi belum faham yang mana boleh mana tak boleh.

Begitulah aku dulu.
Aku tahu dedah aurat itu salah, tapi belum cukup faham.
Tahu dan Faham adalah dua benda berbeza.
  
Aku tahu tak pakai tudung itu salah, tapi belum cukup faham.
Aku tahu bersentuhan dengan lelaki ajnabi itu salah, tapi belum cukup faham.

Samalah juga kita tahu mengumpat itu dosa, tapi kita buat juga.
Sebab kita belum cukup faham.

Kita tahu memakai tudung perlu dilabuhkan menutup dada, tapi kita lilit juga kat tengkuk.
Kerana kita belum cukup faham.

Kita tahu kaki juga aurat, tapi kita belum mahu pakai socks kerana belum cukup faham.

Tapi ketika kita sudah benar-benar faham, tengoklah nanti.
Apa juga trend yang datang, tudung tetap maintain labuh cover dada.
Stoking tetap kita pakai.
Baju ketat kita takkan pakai lagi.

Tahniah jika kita adalah orang-orang yang dah faham dan sudah tidak "normalize dosa" lagi.
Tetapi, berubah itu mudah.
Yang susah adalah menambahbaikkan perubahan. Selalunya bila dah berubah (bertudung), perubahan tu habis kat situ saja.
Tiada pertambahan ilmu.
Mempertahankan perubahan dan menambahbaik perubahahanlah yang paling susah.
Semoga kita semua semakin membaik.


2021-08-26

Janganlah kita persoalkan keikhlasan seseorang.


Ikhlas adalah sebuah perkataan yang senang disebut dan senang disuruh buat, tetapi nak melaksanakan tu tak senang.
Nak-nak lagi dalam urusan kerja.
Bila orang kata “jangan berkira urusan kerja, kena ikhlas” - itupun dah buat kita merasa menyampah dengar, kan?
Memanglah menyampah sebab kena kat kita.
Cuba kalau kena kat orang, nak-nak lagi kat ustazah and ustaz yang bagi ceramah, atau yang mengajar mengaji, bukan main lagi kita persoalkan keikhlasan dorang mengajar agama.
Siap pulak kita cakap “Orang yang menjual agama dilaknat Allah”.
Hmmm..memang sedap melaknat orang dengan guna nama Allah.

Hari tu aku nampak ada sponsored post kat FB tentang kelas mengaji.
Caption dia “Upah terpulang kepada anda”.
Mak aiii, bukan main ramai yang komen memuji.

“Macam ni la orang ikhlas mengajar agama”.

“Inilah contoh terbaik, menyebarkan syiar tanpa mengharap balasan. Ikhlas”.


Ha’ah, memang ya.
Tang kederat orang, kau suruh ikhlas.
Tang kederat kau, berkira.

Ketika orang kata “terpulang saudara nak bayar upah berapa” seharusnya kita bayar SETIMPAL, bukan selagi boleh diskaun kau nak diskaun.
Agak-agak la bila nak bagi upah tu, pikir sama masa orang tu, ilmu orang tu, kepakaran orang tu.
Bukan bila kata “upah terpulang ikhlas saudara” maka kau bayar semurah yang boleh.
Letakkan diri kita di tempat dia.
Tanya diri sendiri, kalau kita agak-agak nak tak kita berkerja upah sebarang-sebarang?

Hakikatnya, tak mudah nak ikhlas.
Berat, tetapi boleh dibuat.

Seorang ustaz pernah bagi perumpamaan ikhlas ada seperti kopi dan gula.

Bila gula dicampur kopi dan air, namanya jadi “Kopi Manis”, bukan Kopi Gula.
Takde disebut perkataan gula pun kat situ.

Bila gula dicampur teh dan air, namanya jadi “Teh Manis”, bukan Teh Gula.
Masih takde nama gula disitu.

Tetapi apa jadi bila air kopi tu pahit?
Gulalah yang disalahkan sebab dek kerana kurang gula maka air kopi jadi pahit.
Kalau air kopi tu terlalu manis pulak, si gula juga yang disalahkan sebab terlebih gula.

What if rasa kopi and gula seimbang?
Semua cakap “Power gila kopi ni!”
Still, kopi juga dapat nama.
Gula tak dipuji lansung.

Macam tu lah senario dalam kehidupan.
Kadang-kadang kebaikan tak disebut, tapi bila bab kesalahan, confirm dibesar-besarkan.
Nak tunggu orang sebut-sebut kebaikan, tunggu kau dah mati esok.
Berebut nak ambik share bercerita kebaikan.
Masa orang tu hidup selagi boleh dikorek yang buruk, korek.

Ikhlas adalah seperti kopi dan gula.
Gula tetap terus bagi rasa manis walaupun namanya tak disebut.
Tapi walaupun namanya tak pernah disebut dalam kopi manis atau teh manis but semua orang tahu peranan gula sangatlah signifikan.

Macam tu lah ikhlas.
Buat sesuatu tanpa expectation apa-apa.
Kerana kebaikan bukanlah untuk disebut, tapi untuk dirasakan.

Salah satu contoh ikhlas adalah ibu dan anak.
Ikhlas menanggung sakit demi melahirkan.
Ikhlas bangun malam berkali-kali untuk menyusukan.
Ikhlas menjaga dan membesarkan anak.
Seorang ibu tak mengharapkan apa-apa balasan pun, hanya mahu memberi yang the best she could. Itu saja.

Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu - apa cara untuk mendapat redha Allah.
Jadi ketika kita memasukan duit ke dalam kotak infaq masjid (atau online transfer), maka fokus mestilah bagaimana supaya duit yang diinfaqkan itu diterima di sisi Allah, bukan samada sikit atau banyak nilai sedekah.

Sebab itulah IKHLAS adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya, yang malaikat pun tak tahu.
Malaikat hanya mencatit perbuatan sahaja, tetapi ikhlas hanya diri dan Allah saja yang tahu.
Sebab itulah syaitan selalu hasut manusia untuk jangan berbuat baik kerana dia tak tahu keikhlasan kita sejauh mana.
Setan takut kalau kita berbuat baik berserta ikhlas.
Kerana dia tahu ikhlas itulah yang akan dinilai Allah.
Nafsu pun tak dapat detect keikhlasan seseorang.
Sebab itulah nafsu selalu mencondongkan niat kerana dia tak mahu kita ikhlas dengan Allah.

Sebab itulah menilai keikhlasan seseorang tu bukan kerja kita.
Nampak orang tu sedekah terang-terangan. Biar.
Kita tak tahu ikhlas dia, maka jangan memandai-mandai cakap dia show off sedekah.

Dalam hal bersedekah, kita boleh buat secara sorok atau terang-terangan.
alam Quran dah bagi greenlite “Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) SEMBUNYI MAHUPUN TERANG-TERANGAN, mereka mendapat pahala di sisi Allah” (Baqarah, 274).

Jelas situ sebut dua-dua cara pun boleh.
Dua-dua pun dapat pahala.
Jadi apa tujuan kita pula nak judge?
Ikhlas orang kita tak nampak, yang kita nampak cuma perbuatan saja.

Menilai keikhlasan seseorang dalam beramal bukanlah kerja kita.
Itu kerja dia.
Dia saja boleh menilai samada dia buat ikhlas atau nak dapat puji manusia.

Maybe kita boleh ukur keikhlasan kita dengan 3 point ni:

Yang pertama, buat kerana Allah, tetapi dalam hati masih ada sikit keinginan pada dunia. 
Contoh, bangun solat malam (tahajud) atau bersedekah sebab nak lulus ujian sekolah atau nak dapat tender.
Ciri-ciri yang nacam ni boleh dilihat dari cara beribadah.
Selalunya orang yang hanya beribadat ketika nakkan sesuatu, biasanya payah nak istiqamah.
Kerana dia bangun solat malam bila mahukan sesuatu.
Once dapat apa yang dia nak, solat malamnya pun akan stop.

Yang kedua, buat kerana Allah dan hatinya pun bersih dari riak dan keinginan dunia.
Dia buat sebab nak kejar syurga Allah.
Orang yang macam ni ibadahnya memang berterusan tapi dia tak tahu mana yang kena didahulukan, mana yang patut dikemudiankan.
Contoh, dek kerana nak bersedekah setiap hari, sampaikan keperluan isteri dan anak-anak terabai (atau tak cukup).

Yang ketiga ni paling power.
Bilamana ikhlas beribadah hanya nak dapatkan redha dan cinta Allah, bukan nak dapatkan syurga atau takut api neraka.
Semuanya dibuat kerana cinta pada Allah.

Bagi aku, nak lepaskan hat yang pertama tu pun susah.
Inikan pulak yang kedua dan ketiga.
Sungguh, nak benar-benar ikhlas tak mudah, kerana kebanyakan manusia masih belum dapat melepaskan diri secara total dengan perkara-perkara duniawi.
That’s why janganlah kita persoalkan keikhlasan seseorang dalam beramal.
Kita sendiri pun belum tentu boleh buat point yang pertama tu.
Entah-entah kita lansung tak ikhlas, hanya nak dapat “likes” saja.

Tapi janganlah dek kerana takut tak boleh ikhlas maka kita lansung tak beramal.
Buatlah sampai ikhlas.
Jangan menunggu ikhlas untuk beramal.
Perbuatan yang baik, walaupun mengandung riak, tapi bila dilakukan terus-menurus, one day akan jadi kebiasaan.
Bila dah terbiasa, ikhlas akan datang. Insyallah.


2021-08-21

Lucah


Semalam aku baca satu post tentang lelaki-lelaki komen lucah pada gambar yang takde kena-mengena dengan kelucahan.
Kisahnya, this Malay lady up gambar dia bersama suami.
Suaminya orang dari negara berkulit gelap.
Tak sure negara mana.
Gamba tu cuma gambar husband and wife yang biasa.
Tak ada aksi lucah pun.
Cuma isteri dan suami side by side. Itu saja.
But rata-rata komen-komen dari lelaki berbaur lucah.

"Nak yang besar la tu"

"Rabak la.."


Something like that.

Itu belum lagi mengutuk and merendahkan maruah si isteri pula.
Mentang-mentang perempuan tu tak bertudung.

Ingat lagi masa sekolah, bila sebut "Empangan Batang Ai", budak-budak kelas tersengih-sengih.
Dah habis lucah lah tu konon.
To me, lelaki bercakap lucah atau double meaning - itu perkara biasa bila dorang berjumpa sesama dorang.
Tengah-tengah bersembang, ujung-ujung terselit joke double meaning.
Bagi aku, itu biasa-biasa saja.
Tapi kalau berlebih-lebihan sampai kat tempat-tempat yang tak sepatutnya kau nak berlawak lucah, that is weird.
Lawak lucah atau double meaning ni kau tak boleh bawak ke semua tempat.
Sesama kau bersembang, ok.
Tapi kalau bawak ke public, especially kat media sosial, dah tak jadi lawak dah ya.
Dah macam gila seks je nampaknya.

Especially bila berkomen lucah/double meaning kat gambar yang tak sepatutnya.
Pelik, asal perempuan melayu kawen orang luar, mesti nak libatkan seks.
Asal perempuan melayu kawan orang luar mesti nak kaitkan dengan penampilan perempuan tu.

Menilai orang yang soleh atau orang yang baik dan sebaliknya, bukan hanya dengan melihat penampilan seseorang.
Iman tidak ditentukan oleh jubah, kopiah tinggi, atau tudung labuh, tetapi ditentukan oleh akhlak.
Tetapi tidaklah bermakna tak pakai tudung (menutup aurat) tu tak mengapa.
Memang Allah tak tengok rupa tetapi hati.
Hadis Rasulullah pun ada sebut “Allah sesungguhnya tidak melihat tubuh dan penampilan/pakaianmu, tetapi hatimu” [sumber hadis aku lupa].

Konteks hadis tu bukan bermaksud kita boleh sukati nak berpenampilan macamana pun walaupun melanggar syari'.
Bukan makna kata asal hati baik, takpelah pakai ketat sendat.
No, bukan macam tu.
Hadis tu refer 'penampilan' sebagai gaya dalam berpakaian asal tak keluar dari batas-batas syari', atau samada pakaian kita mahal atau murah.

Tetapi, itu orang.
Orang tu penampilannya mungkin tak sebaik kita, tapi akhlaknya mungkin jauh lebih baik!
Kita ni suka sangat membandingkan keimanan berdasarkan penampilan.
Sedangkan ada beberapa aspek lain yang menentukan keimanan seseorang, antaranya - perkataan dan perbuatan.
Kalau hati saja yang beriman tapi tak ditunjukkan dengan kata-kata dan tingkah laku, maka iman kita belum lagi sempurna.

Sebab itulah, kalau kita tak boleh nak mendoakan yang baik-baik, maka diam adalah serendah-rendah iman.
At least berdiam tu lebih berpahala dari mengutuk orang sana sini.
Begitu jugalah orang yang kata "walau tak pakai tudung, hatinya baik".
Orang yang menganggap pakai tudung bukan sesuatu yang penting, maka imannya juga belumlah sempurna, sebab belum memenuhi pengertian iman yang sebenar.
Maksudnya kat sini, segalanya mesti balance.

Tapi itulah, bak kata seotang ustaz, bila penampilan lebih penting untuk diambil kira, maka ramai perempuan merasa dah mencapai tahap hijrah yang tinggi ketika bertudung.
That's why setelah berhijrah, ramai lupa nak menambah ilmu agama sebab merasa diri dah pun menjadi baik.
Akhirnya bertudung dah 20 tahun tapi puasa masih tunggu bulan Ramadhan, solat hanya yang wajib, hafalan masih 3 Qul tak tambah-tambah.
Tapi hari-hari judge penampilan orang lain, hanya kerana orang belum bertudung seperti dia.

Zaman sekarang, orang mudah confuse.
Pakaian, penampilan, gaya bahasa Arab yang fasih - dianggap sebagai simbol Islam alim.
Tapi akhlaknya ya ampunnn hazab.
Pada sisi lain, ada orang yang pakaiannya biasa biasa saja, sekadar pakai shawl lilit, tak nampak seperti orang soleh, tapi diam-diam menjalankan akhlak Rasulullah, ibadahnya mantap, ambil berat sesama orang lain dan tanpa diketahui orang selalu melakukan amal sosial yang tak terbatas.

Cukup-cukuplah menganggap yang belum menutup aurat tu ahli neraka.
Janganlah perasan kita ni baik sangat.
Boleh jadi, dalam banyak-banyak orang, Allah pilih kita untuk 'kenal' that person adalah untuk menyedarkan kita ada sisi lain pada diri dia yang dapat kita belajar.
Kalau pun bukan dari segi kesolehannya, boleh jadi dari segi hubungan mereka suami isteri yang harmoni, kesediaan dia untuk susah senang bersama suami, keterbukaan dia untuk menerima culture lain dalam hidupnya, etc.
Banyak. Banyak yang boleh kita dapat, kenapa yang buruk juga kita nak cari?

Aku tak kenal pasangan suami isteri tu.
Maybe budak-budak muda kenal. Aku ni dah tua.
Tapi bila aku tengok gambar tu, itulah yang aku fikir.
Tentang kesediaan dia menerima lelaki bukan melayu (Malaysia) sebagai suami.
Berbeza budaya, berbeza bahasa, berbeza cara latar belakang keluarga.
Nampak berani dan bagus budaknya.
Aku ni kawen dengan orang pantai Timur pun awal-awal dulu banyak benda yang aku susah nak accept.
Orang kampung ajak En Wan ajak aku bersembang pun aku dah rasa nak nangis sebab tak faham apa dorang cakap.
Jadi, aku kagum dengan orang-orang yang memilih orang luar sebagai pasangan hidup.
Takde masa aku nak mikir dia rabak ke tak, anu besar ke tak....dah kenapa kau?


2021-08-12

Run your own race.

Seperti yang aku jangka 😆.
Dari hari pertama arwah meninggal dah boleh expect this kind of perbandingan akan berlaku.
Sebab ini bukan first time perbandingan tanggungjawan suami isteri diperdebatkan. Banyak kali dah.
Sikit hari dulu pernah viral kisah suami memasak, isteri tak pernah masak lansung.
Hah lepas tu bersepah-sepah perempuan buat status "Memang sepatutnya suami yang buat semua kerja rumah bla bla bla bla.."
Gasak kau lah situ.

Tapi bila ditanya pilih hati atau pilih kaya?
Jawabnya, "pilih hati sebab kaya tak penting, asalkan rajin pun dah bersyukur".
Hujung-hujung kau bandingkan dengan suami orang lain.
Eh, lawak apekah ini?

Rezeki manusia Allah bagi tak sama.
Apa yang kita dapat sesuai untuk jalan takdir kita.
Apa yang dia dapat sesuai dengan jalan takdir dia.
Kalau laki kau tak dapat jadi Shuib, apa salahnya kau jadi isteri yang macam Saiditina Khadijah yang berkorban hartanya untuk dakwah suami?
Banyak contoh-contoh baik kita boleh dapat dari kisah-kisah lain, kenapa yang itu itu jugak yang nak diikut macam dah takde contoh lain nak dijadikan ikutan?
Orang tu hidup aman-aman buat hal sendiri sampailah berpisah mati.
Yang kau nanti kerana sibuk nak follow laki orang tu buat macam ni, isteri orang tu pakaikan stokin, last-last bercerai.

Yang Allah tengok, bukan hasil, tetapi usaha.
Apa yang kita ada ni, jaga baik-baik, make full use of it, sementara berusaha untuk dapatkan yang lebih baik.
Kalau rezeki kita sampai tahap tu je tak berubah-ubah, anggap saja memang takat tu yang terbaik kita boleh dapat.
Allah tak nilai hasil tapi nilai usaha kita.
Tak dapat sedekah RM100 sehari, sedekahlah RM1 sehari.
Sama-sama bernilai sedekah di sisi Allah.
Kalau Allah menilai pahala dan kebaikan tu dari segi hasil, di mana keadilan Allah menjadikan seseorang tu kaya dan miskin?
Dah tentulah yang kaya je masuk syurga sebab dapat sedekah lebih banyak, betul tak?

Masa Allah jadikan kita, dia dah pikir dah what we would need, what it would take to get us there, kemudian Dia match-kan apa yang kita ada tu dengan jalan takdir kita.
Dia bagi kelebihan yang kita perlu untuk takdir kita, Dia bagi kita talent yang sesuai dengan jalan hidup kita, Dia bagi kita kekuatan untuk berdepan dengan ujian yang Dia dah sediakan untuk kita, etc.
Apa yang kita ada ni semua umpama bekal yang sesuai dengan takdir kita.
You are the right size, you have the right looks, the right personality, and the right family.
Takde yang kurang pun.
Dia dah equipped kita sesuai dengan the race that has been designed for us.

Belajarlah untuk melihat dari perspektif yang berbeza.
Kalau kau perlu jadi tinggi, Allah dah tentu bagi kau jadi tinggi.
Kalau kau perlu ada personaliti seperti si anu, dah tentu Allah jadikan personaliti kau macam si Anu dari awal lagi.
Allah takkan buat silap.

Manusia ni sebaik-baik kejadian.
We are wonderfully made.
Kalau kita tak dapat apa yang orang lain dapat, that means you don't need it.

Run your own race.
Kita semua ada something to offer that nobody else.
Walaupun apa yang kita ada tu orang nampak biasa-biasa je. Biarlah.
Esok yang ditanya bukan berapa ramai orang notice apa yang kita ada tapi sejauh mana kita manfaatkan apa yang kita ada.
Contohnya, menulis.
Semua orang boleh menulis.
Apa sangatlah dengan menulis yang nak dikagumkan.
Tetapi, esok yang ditanya bukan berapa ramai orang baca tulisan kita atau berapa banyak likes kita dapat.
Yang ditanya adalah apa yang kita tulis.
Samada tulisan kita memberi manfaat kepada diri dan orang lain.
Samada apa tulisan kita bernilai pahala disisiNya.

Bila kita nakkan kehidupan orang lain, it wouldn't be a blessing.
It would be a burden!
Sebab apa? Sebab, it wasn't designed for you.
The reason it works for them is because it fits them.
Selagi kita memaksa diri untuk copy life orang lain, lebih banyaklah stress dan kekecewaan yang kita bakal berdepan.
Lebih mudah apa yang kita ada sekarang, kita jadikan stepping stones untuk meraih apa yang kita mahu.

Nak kenderaan yang selamat?

Adakah kenderaan yang selamat tu Vellfire, BMW, Porche saja?

Nak wang lebihan untuk bersedekah?

Ada reason kenapa Allah bagi sikit.
Allah nak test kita.
Allah tak tengok pada banyak atau sikit sedekah tetapi pada keikhlasan bersedekah.
Kalau ada sikit, bagilah sikit.
RM1 pun sedekah.
Takde de Allah kategorikan sedekah RM100 dapat mati dengan tenang, sedekah RM50 dapat sakaratul maut half, kalau sedekah RM1 sakarulmaut lebih sikit. Takdenya.

Nak cari redha suami pun banyak cara.
Bukan hanya dengan pakaikan stokin, banyak lagi boleh dapat redha suami.
Sebut pasal ni, aku share post aku tahun 2015 tentang redha suami.
Conversation santai-santai je, tapi membuka mata aku.


Intipatinya, life kita, cara kita.
Ini tak, apa orang lain buat yang kelihatan macam ramai approve, kita pun nak ikut sama.
Lepas tu mengeluh penat, mengeluh takde pembantu.
Masalahnya kau yang nak ikut sangat life orang siapa suruh?
Buat je lah apa yang boleh kita buat setakat kemampuan.
Orang masak pagi petang siang malam, kau pun nak buat.
Orang masak lauk beria-ia 3-4 jenis setiap hari, kau pun nak buat.
Bila penat, salahkan orang lain.
Goreng telur mata, ikan bilis and bening sayur pun 3 jenis lauk jugak namanya, sis.

Hidup lebih mudah bila menjadi diri sendiri. Tak perlu nak pretend.
That will take all the pressure off.
Kau boleh relax aman-aman, buat hal sendiri tak perlukan approval sesiapa.
Just run your own race.
Bila kita comfortable dengan siapa diri kita, bila kita tak mencuba untuk impress orang lain, bila kita tak mencuba untuk menjadi someone yang bukan kita, then your own uniqueness will come out.
Talent kau akan menyerlah.
Kreativiti kau menyerlah.
And the right people will show up.
Tak ada siapa boleh beat kita bila kita menjadi diri sendiri.

Dulu, aku ingat bila run business, bila kita produce own product, kita kena buat video macam founder-founder lain.
Maksud aku, kena kerap tonjolkan diri, tunjuk muka, buat video itu ini dengan kerap.
Yes, because that's who they are.
Tapi aku realized, I can still carry my business dengan menjadi diri sendiri, tak perlu ikut orang, tak perlu follow trend.
You can be small and be powerful.
You can be behind the scenes and still be powerful.
Because the whole key is YOU.
Kerana bila kita menjadi diri sendiri, kita meng-activate-kan jalan takdir hidup dengan lebih baik.

Terlampau nak ikut-ikut orang lain, atau bila kita start competing with people, kita akan lost fokus, get distracted.
Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Orang yang berjaya adalah orang yang fokus pada impian dia, takde masa nak kelebet and membandingkan dirinya dengan orang lain.
Itu formula paling senang.
Just run your own race.
Kalau orang sebelah berjaya lebih awal, just be inspired.
Tanamkan dalam hati "Kalau Allah boleh bagi dia berjaya, maknanya Allah boleh bagi aku berjaya juga".
Tapi kalau kita tak boleh celebrate kejayaan orang lain, tak boleh celebrate kelebihan orang lain, kau tak akan dapat merasa di mana dorang berada.

Itu sebenarnya satu test untuk kita.
Sebab selalunya bila kita tak suka ada orang lain lebih dari kita, we have the tendency to be jealous.
Mulalah lepas tu mencari-cari kekurangan orang tu kat mana, cari salah dia kat mana, cari buruk dia kat mana, etc.

"Dia tak layak pun dapat semua tu. Bukannya talented pun. Kau nak tau tak satu benda pasal dia?.." Gitewww.

Selalunya macam tu lah.
Bila life orang lebih best dari kita, kita anggap dia dapat cara mudah.
Padahal sebelum orang tu capai apa dia dapat sekarang, segala jenis kepayahan dah dilalui.

Every promotion comes with struggles, with pressure, with sweat and tears.
You don't know what it took for them to get where they are.
Kalau kita perlu lalui apa yang dia lalui terlebih dahulu sebelum berada di tempat sekarang, sure kita tak sanggup.
Kita suka life someone sebab kita melhat ending-nya.
Umpama tengok movie, tau-tau tengok hujung, memanglah happy ending.
Memanglah semuanya macam terletak cantik je - happy, blessed, successful.
Tapi apa yang kita tak nampak was the middle - the tears, the lonely nights, the struggles.

Most of the time, hidup kita suami isteri ok-ok je.
Semua tenang-tenang je.
Sehinggalah kita start compare dengan life orang lain, betul tak?

Tak apa kalau kehidupan otang lain jadi sumber inspirasi.
Tapi kena ingat juga bahawa maksud "Adil" bagi Allah itu berbeza dari pemahaman kita.
Nampak macam tak adil orang tu lifenya best, kita life biasa-biasa.
But Allah's ways are not our ways.
Allah beri setiap manusia rezeki berbeza, bakat berbeza, personality berbeza, bergantung pada kemampuan kita untuk carry.
Semua orang takkan dapat yang sama, tetapi apa yang Allah beri semuanya sesuai dengan jalan takdir masing-masing.
Allah takkan tanya kenapa kau tak berusaha sampai jadi kaya macam dia?
Yang Allah tanya apa yang dah kau usahakan dengan segala resouces Dia bagi.

Seseorang perlu jadi matang untuk kenal apa yang bukan dirinya.
Menyedari sesuatu yang bukan diri kita akan membuatkan kita lebih fokus untuk menjadi apa yang kita mahu jadi, menggunakan apa yang kita sudah ada.


2021-08-10

Supaya tak terkilan.


Tadi aku scroll-scroll IG explore, nampak banyak post orang menceritakan kebaikan yang dibuat oleh Siti Sarah (arwah).
Aku tak banyak tahu pasal dia sebab aku memang tak berapa nak follow akaun dan cerita artis.
Kalau lalu kat newsfeed, itulah yang aku baca.
Kalau tak, memang sampai bila-bilalah aku tak tahu.
Lagu dia pun yang ada dalam playlist aku satu je, Ke Hujung Dunia.
Aku tak berapa nak notice lagu-lagu yang lain.
Jadi boleh dikatakan, apa yang aku baca dari post-post tentang kematian dia, kebanyakkannya new info for me.

Dari apa yang aku perhatikan kan, bukan saja cerita tentang arwah, tetapi juga orang-orang terkenal yang lain, apabila orang-orang ni meninggal, rupanya banyak cerita-cerita bagus dan baik tentang mereka.
Tak kiralah, artis ke, ulamak ke, orang biasa-biasa ke, ada je yang mengenali mereka menceritakan hal-hal kebaikan yang kita tak tahu.

Bermakna, selama ni boleh je kita nak cari kebaikan someone, boleh je kita nak sebarkan kebaikan tentang seseorang, tetapi selalunya semasa orang tu hidup kita banyak mengumpat pasal seseorang.
Yang buruk dia jugak yang kita seronok bercerita.
Malah, dicari-cari pulak kesilapan Hamba Allah tu.
Kalau orang tu buat baik sekalipun, kita deny.
Kita kata dia fake, kita kata dia tunjuk bagus.
Buruk dia juga yang kita cari.
Buruk dia juga kita gali sampai jumpa.
Kadang tu, benda yang buruk tu tak besar mana, tapi hat tu lah dia perbesar-besarkan macamkan mengganggu hidup dia.

Bila seseorang tu dah takde, barulah kita "Ohh, rupanya dia ni banyak buat benda baik".

"Oh, rupanya dia ni suka tolong orang".

"Rupanya dia ni ada dirikan rumah tahfiz".

"Rupanya dia ni tiap-tiap tahun sponsor baju raya kat anak yatim".


Pengajaran terbesar buat kita yang suka membawang, itu adalah bukti bahawa apa yang seseorang tunjuk di media sosial adalah 10% saja daripada apa yang dia buat sehari-hari, yang dia tak tunjuk.
Jangan kita ingat bila follow seseorang di media sosial, kita dah serba tahu tentang diri dia.
Yes, mungkin kau kenal muka-muka ahli keluarga dia, mungkin kau biasa nampak ruang tamu dia, mungkin kau tahu rumah dia ada pool dan sebagainya.
Itu semua kerana kau nampak di media sosial.
Yang dia tak tunjuk dan dia simpan rapi sebenarnya BANYAK lagi!

Jadi, sebelum membawang, tanya dulu, kita kenal dia ke?
Kalau setakat kenal-kenal gitu melalui apa yang dibaca dan dilihat di media sosial, rentikanlah hajat membawang tu sebab sebanyak-banya gambar dan video Hamba Allah tu post, ada banyak lagi yang tak ditunjukkan.
Selagi kita tak mengenali dia in person atau tak pernah berurusan sendiri dengan dia, bermakna kita belum kenal lagi jadi, maka janganlah berlebih-lebihan mengata.

Bila orang-orang terdekat mati, hikmahnya adalah pada orang-orang yang hampir.
Tetapi bila orang terkenal mati, hikmahnya boleh tersebar dengan lebih jauh kerana ramai yang buat liputan dan ramai yang berkongsi berita.
Maka pengajaran dari kematian tersebut lebih memberi impak yang besar kerana ramai yang kenal.
Inilah yang dikatakan kematian yang memberikan manfaat.
Hidup beri manfaat, mati pun tetap memberi manfaat.

Contohnya, masa Ustaz Arifin Ilham (Indonesia) meninggal, impaknya sangat besar bagi followers dia.
Mungkin kat Malaysia tak ramai yang kenal, tapi kat Indonesia dia antara ulamak yang hebat.
Dia popular dengan zikir-zikir dia yang sederhana tapi menyentuh hati.
Boleh dikatakan dia ni tokoh zikir.
Aku follow Ustaz ni sejak 2017.
Dia meninggal di Penang (buat treatment di sini).
Berita kematian dia berjaya men-down-kan aku berhari-hari.
Menangis macam hape je, padahal tak pernah jumpa pun.
Bukak IG penuh berita and video-video ceramah lama dia.

Begitulah impaknya bila orang terkenal meninggal.
Yang mengenali, dah tentu-tentu rasa kehilangan.
Yang tak kenal, bila nampak bersepah-sepah news tentang dia, lama-lama jadi kenal.
Itu beruntungnya jadi orang yang terkenal.
Bak kata someone, orang yang terkenal mudah buat pahala kalau kena caranya.
Sebab crowd orang terkenal ni besar.
Nak pulak sekarang semuanya online.
Selama mana orang share post/video dia dah diamalkan, selama itulah kebajikan mengalir buatnya.
Toksahlah persoalkan orang tu buat baik sebab nak show off ke apa ke, itu bukan urusan kita nak judge.
Niat dia, urusan dia. Kita jaga niat kita sudah.
Kalau dia share benda baik, yang bermanfaat untuk diikut, manfaat tu akan dapat kat kita juga.
Jadi, apa nak disibuk niat orang?

One thing yang aku belajar dari kematian Siti Sarah hari ni, betapa tenangnya suami dia.
Dia kata bila isterinya meninggal, dia lega.
Lega sebab segalanya selesai.
Jarang nak tengok orang yang kehilangan tenang macam ni tau.
Aku rasa sebab dia PUAS.
Selama hayat isterinya, dia dah puas kerana menyantuni isteri dengan baik, puas memenuhi keperluan isteri, puas dapat menjalankan tanggungjawab pada isteri sehabis baik, dan banyak memories bersama isteri.
Tidak ada rasa terkilan dalam diri.

Maka, pengajaran terbesar di sini, hargai apa yang kita ada sekarang.
Hargai kesempatan yang masih ada.
Tunaikan kewajipan masing-masing sehabis baik.
Pada parents, pasangan, anak-anak, etc.   
Supaya jika sampai masanya salah seorang pergi dahulu, kita tak dihambat rasa bersalah dan terkilan. Insyallah.


2021-08-09

Berbekallah.

Kebiasaannya, kita lebih takut kehilangan orang yang kita sayang berbanding takut kematian kita sendiri.
Kita lebih bimbang tentang proses kematian itu - kesakitan dan kesepian setelah kehilangan - daripada kenyataan bahawa apabila mati, hidup akan berakhir.

Setiap orang yang ditinggalkan oleh ahli keluarga terdekat berhak bersedih.
Rasanya hampir semua orang pernah melalui moment kematian orang terdekat atau orang yang dikenali (rapat).
Faham benar apa rasanya.

Semua yang bernyawa pasti mati, termasuklah kita.
Bak kata seorang ustaz, kelahiran manusia di dunia hanyalah untuk mempersiapkan kematian.
Maka jika difahami, kematian seharusnya menambahkan ketakwaan bagi yang masih hidup.

Sejak sebulan kebelakangan ni, berita kematian selalu muncul di newsfeed aku. Everyday.
Yang kematian parents, kematian adik, kematian abang.
Semuanya due to Covid-19.
Awal-awal tahun dulu tak berapa ada sangat news-news macam ni.
Kalau ada pun, someone post tentang kematian kawan sekolah, rakan sekerja, jiran.
Tapi sejak akhir-akhir ni dah ramai yang post kematian ahli keluarga.

Malah, kematian due to Covid dah makin meningkat.
Dah bukan lagi puluh-puluh.
Semalam saja lebih 350 orang yang mati disebabkan Covid-19.
Memanglah samada ada wabak atau tak, kematian itu akan selalu ada.
Tapi sejak Covid-19, seolah-olah kematian mengejar kita dengan lebih laju.

Besar betul hikmah Covid-19 ni.
Wabak ni buatkan kita takut, stress, panik, paraoid, hilang kerja, hilang punca pendapatan, hilang kehidupan yang normal dan hilang nyawa orang-orang tersayang.
Antara hikmah yang boleh nampak, walaupun surau dan masjid (serta rumah ibadat yang lain) ditutup atau dibataskan jemaah, kita dengan lebih bersungguh-sungguh berdoa meminta keselamatan dari wabak ini.
Tengok sajalah setiap kali sebelum Buletin Utama bermula, mesti ada doa dijauhkan wabak.
Majlis-majlis bacaan Yasin, Quran, tahlil, walaupun dilakukan secara online, masih ramai yang join sama.

Paling obvious adalah gaya hidup.
Kita yang dulu dengan gaya hidup bersosial, makan di hotel atau restoran mewah - sekarang semua orang sedang belajar hidup dengan lebih sederhana.
Lebih banyak di rumah bersama keluarga, mencuba resipi baru, berkebun, etc.
Yang pastinya gaya hidup kita semua dah berubah.
Dari segi ekonomi pula, interest bank yang tinggi pun beransur turun, sebab tak ramai orang nak berhutang pada bank.

Di sebalik banyaknya kebimbangan Covid-19, ternyata terlalu banyak hikmah yang kita susah nak faham apetah lagi nak terima.
Apetah lagi kematian yang disebabkab wabak ni.
Macam sekelip mata orang yang kita kenal pergi macam tu saja.
Sungguh, Covid-19 benar-benar mengingatkan kita yang kematian itu sangat dekat.
Tak ada tawar menawar, dan masing-masing ada due date.
Kematian datang bersifat memaksa walaupun kita berusaha menghindarinya.
Tak dapat ditunda dan dipercepatkan.

Ketika Rasulullah saw ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling cerdas dan mulia?”

Baginda menjawab, “Orang yang paling banyak mengingat mati dan bersedia menghadapinya. Merekalah orang paling cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.” [Tirmidzi].

Berita-berita tentang kematian sememangnya nasihat untuk yang masih hidup.
Dan selalunya kematian orang yang dikenali memberi kesan yang lebih besar.
Begitulah betapa besarnya hikmah sebuah kematian.
Ia peringatan Allah buat kita (aku) yang masih tinggal bahawa baki nyawa dah tak lama mana.
Yang dah meninggal, urusan dunia dah habis.
Tak ada lagi kepentingan dunia untuk diraih.
Segala rezeki yang Allah janjikan untuknya dah diberikan semua.
Tetapi kita masih ada rezeki.
Masih ada rezeki untuk banyakkan sedekah, banyakkan amal soleh, banyakkan usaha.
Usaha inilah yang menjadi ladang pahala.
Maka dengan tempoh yang berbaki ini, buatlah kerja dengan sungguh-sungguh, beramal sebanyak yang mungkin, jauhkan diri dari fitnah dunia dan elakkan seboleh mungkin perbuatan yang mengundang kontroversi.

Tidaklah terlalu penting bila kita akan mati, tetapi bekal menghadapi kematian.
Bekal adalah suatu persiapan.
Tanpa persiapan tentu susah dan sulit kita nak mengharungi perjalanan barzakh yang panjang.
Oleh itu, berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.

Semoga semua saudara-saudara se-Islam kita yang meninggal dunia, baik sebab Covid-19 atau tak, diampunkan dosanya, dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kesabaran dan ketabahan.

p/s: Tulisan untuk mengingatkan diri sendiri-Nasihat untuk diri sendiri.


2021-07-28

Kali ketiga mimpi orang yang sama.

Ini conversation aku and kawan aku pada 11 July baru-baru ni.
Kalau sesiapa pernah baca kisah hijrah aku, aku ada cerita mimpi-mimpi yang sama dalam conversation atas ni.
Actually inilah kawan aku, orang pertama yang aku cerita tentang mimpi-mimpi aku tadi.

Lama dah aku tak mimpi 'orang' tu, tapi sesekali aku teringat dia.
Rasa macam nak sangat jumpa lagi.
Aku berazam kalau orang ni muncul lagi dalam mimpi, aku nak tanya dia siapa.
Sekali hari tu aku mimpi dia lagi.

Just like aku tulis dalam whatsapp tu, aku berada di tempat yang greeny, cantik and fresh.
Sama macam 2 mimpi sebelum ni.
Bezanya, 2 mimpi yang lepas aku jumpa dia dia tempat yang sama, di spot yang sama (bawah pokok tepi sungai).
But this time aku berada di kawasan yang luas, menghijau, ada air terjun and sungai yang cantik.
Keadaan kat situ sangat fresh.

Mula-mula aku berada di tempat yang luas and hijau. Sorang.
Then baru nampak ada sorang, dua orang, tiga orang...tapi semua aku tak kenal.
Until sampai kat satu rumah yang besarrrrrrrrr sangat.
Ramai orang dalam tu. Tak sesak tapi ramai.
Masing-masing bersantai-santai, semuanya tenang-tenang je.
Aku pun buat hal sendiri sambil pandang-pandang keliling.
Dalam mimpi tu aku realize aku ada di tempat yang lebih kurang sama macam mimpi aku sebelum ni.
Even dalam mimpi tu aku macam tahu this guy mesti ada kat sini.
Sekali aku nampak dia. The thing is, dia sedang pandang aku.

Lepas dia perasan aku dah ternampak dia, dia datang kat aku.
Kan tadi aku cakap kalau aku jumpa dia lagi dalam mimpi aku nak tanya dia siapa, kan? Tak jadi weh.
Kau tau tak situasi bilamana orang tu ada depan mata tapi kau pulak rasa macam tak sopan nak bertanya dia siapa, boleh faham tak situasi tu?
Tak tahu apesal.
Maybe figura dia yang special di mata aku, dengan polite-nya, maybe juga aku segan sebab dia macam 'alim'.

Mimpi kali pertama aku jumpa dia, dia ajar aku baca Al-Fatihah.
Kali kedua mimpi, dia tak cakap apa-apa tapi mendengar bacaan Al-Fatihah aku.
Kali ketiga dia datang and senyum tapi tak cakap apa-apa, but somehow dalam senyuman tu aku faham apa dia nak sampaikan.
Macam ada benda yang dia sampaikan tapi dia tak bercakap pun.

Aku tersedar dari mimpi dalam keadaan frust.
Frust sebab tak tahu dia ni siapa.
Tu yang aku cari kawan aku tu.
So kawan aku explain panjang lebar.
Dia kata dia tak berapa pandai mentakwil mimpi.
Tapi dia pernah bertanya soalan yang sama pada ustaz-ustaz.

Yang pertamanya, kalau mimpi dengan orang yang alim, atau orang soleh, atau orang yang dekat dengan Allah seperti wali DAN dalam mimpi dia mengajarkan atau menyampaikan sesuatu yang baik, maka mimpi itu mimpi yang baik, yang membawa petanda akan datang keberkahan dan ketenangan dalam jiwa.
Hikmahnya pelbagai, maybe Allah nak aku berada dalam majlis ilmu bersama orang alim tu, atau nak aku ambil ilmunya, atau nak aku belajar sesuatu darinya.

Kawan aku tanya aku kenal tak lelaki tu. Aku cakap tak.
Dia kata itu mungkin moyang-moyang aku yang terdahulu dari keturunan aku, yang aku tak pernah jumpa.
This moyang mungkin adalah orang-orang alim, yang mana orang-orang alim ni memang ada keistimewaan Allah berikan untuk muncul dalam mimpi.
Boleh jadi this moyang favor pada aku.
Agaknya aku yang paling setan sekali kot, so dia nak memperbetulkan aku. Agaknya la.

Tapi aku bagitau kawan aku, sebenarnya aku selalu doa minta Allah hantarkan someone yang alim-alim untuk bagi aku pentunjuk apa-apa, samada bagi nasihat, bagi ilmu, bagi apa-apa je lah asalkan boleh bagi aku kesedaran.
Aku rasa aku yakin yang aku mimpi ni mungkin salah sorang moyang aku.
Tak tahu lah dari keturunan yang keberapa.

Dan lagi, boleh jadi juga mimpi itu petanda aku akan bebas dari perkara yang mengelisahkan aku.
Contohnya maybe selama ni aku takutkan sesuatu, sedihkan sesuatu, kecewa kerana sesuatu, gelisahkan sesuatu - maka mimpi itu akan membawa keluar semua perasaan itu.
Kerana orang-orang yang soleh tak ada rasa takut selain dari Allah.

Yang ni pun boleh jadi. Sebab aku takut mati.
Looking back those years, days of being wild - lojiklah kalau aku takut mati.
Banyak nau dosa. Amalan tak banyak mana.
Aku always kira berapa balance hidup atas dunia.
Aku letakkan benchmark umur aku 62-63 (Umur Rasulullah wafat).
En Wan always cakap aku merepek sebab selalu mention "Umur saya ni kalau mati macam umur Rasulullah, tinggal berapa belas tahun je lagi".

Itu tadi kemungkinan yang pertama.
Kemungkinan yang kedua, petanda masa untuk pulang dah dekat.
Tapi ini ada kaitan dengan siapa kita jumpa.
That's why kawan aku tanya aku kenal ke tak orang yang aku mimpi tu?
Ada tak sesiapa dalam ramai-ramai tu aku kenal?
Dia kata kalaulah dalam mimpi tu terdiri dari orang-orang yang kita kenal dan orang tu pula mengajak kita ikut dia, mungkin itu petandanya.
Tak, sorang pun aku tak kenal dalam ramai-ramai tu.
Tapi mana lah tau kan, kot aku mati bersama-sama dengan orang yang aku tak kenal, siapa tahu, kan?

Apa-apa pun, aku happy sebab sekian lama menunggu, akhirnya aku jumpa balik dengan orang yang sama, dalam mimpi.
Biarlah, aku dah taknak tahu siapa nama dia, siapa dia.
Sebab dah 3 kali aku mimpi, semuanya yang baik-baik tentang dia.
Boleh jadi itu moyang aku dari keturunan yang dulu.


2021-07-24

Jangan start kalau susah nak minta maaf.

Perasaan tak sukakan seseorang are common.
Setiap orang ada standard tertentu to determine whether dia suka atau benci sesuatu (seseorang).
Alasan seseorang tak sukakan orang lain, ada pelbagai.
Adakalanya, takde alasan yang kukuh.
Hat yang tak kukuh ni selalunya disebabkan dengki atau iri hati.

Iri hati adalah perasaan tak senang tengok orang lain ada atau dapat kelebihan berbanding diri sendiri.
Antaranya, dengki bila tengok orang lain bahagia, dengki bila orang lain dapat sesuatu, sementara kita tak dapat, dengki bila kita nak dapat sesuatu harus lalui kerja keras dan susah-payah sedangkan orang lain dapat dalam sekelip mata.

Peringkat yang lebih teruk adalah bila kita berharap orang yang dapat kelebihan tu akhirnya hilang kelebihan tersebut, orang yang ada apa yang kita tak ada akhirnya hilang apa yang dia miliki, dan orang yang dapat apa yang kita tak dapat akhirnya hilang hak ke atas perkara yang dia dapat.
Dari perasaan tak senang, akhirnya bertukar menjadi benci, walaupun orang yang dibenci tak buat apa-apa salah yang jelas.

Dari sudut ilmiah (saintifik), sebahagian besar punca kebencian tanpa sebab yang jelas ni adalah kerana survival.
Perasaan tak suka tu wujud sebagai langkah menyelamatkan diri dari ancaman.
Bila someone rasa tergugat dengan kehadiran seseorang/sesuatu yang lain, secara otomatik dia seek refugee dalam kelompoknya.
In other words, dia akan cari kelompok yang boleh menyokongnya.
Kerana dia takde alasan yang jelas untuk membenci, maka dia perlu cari sokongan dan kekuatan dengan membina kelompok atau alliance yang boleh bagi dia nampak strong sikit.
Effort inilah yang wujud disebabkan mekanisme survival tadi.

Selalunya kelompok ni akan mencari sekecil-kecil point untuk dikutuk.
Why sekecil-kecil point?
Sebab, dia takde point yang jelas kenapa dia benci.
Jadi, untuk mem-validkan mereka terus mengutuk, jalan paling senang adalah mencari sekecil-kecil kesalahan untuk diperbesarkan supaya momentum mengutuk tu dapat dikekalkan.

Aku pernah rasa keadaan ni.
Bila mana out of no where kau kena kutuk berjemaah.
Ok ni lagi satu point yang best tentang isu followers yang aku tulis pagi tadi (kat IGS).
Kau akan sedar rupanya ramai yang ambik tahu and follow kau, hanya apabila kau dikutuk.
Sumpah, tak tipu.
Kau tengok je la hat-hat famous yang kena hencap berjemaah selama ni.
Berderet komen, ramai-ramainya mengutuk.
Padahal selama ni yang komen nama-nama yang familiar.
Kau tunggu lah bila kau kena hentam, baru kau tahu sebenarnya 'followers' kau lebih ramai dari yang kau biasa nampak.

Itulah maksud aku dalam post IGS pagi tadi, bilangan followers tak bermakna ramai suka.
Boleh jadi half dari bilangan followers adalah haters.
Dan boleh jadi yang tak suka kau lebih ramai kat luar tu.
Dorang tunggu masa je orang petik nama kau, siaplah.
Berduyun masuk tambah nasi.
Ramau yang perati ni. Tunggu masa je. 
Ada peluang je siaplah, macam tentera Bahuubali dia datang serbu berjemaah dari mana datang tak taulah. Tau-tau je ramai.

Aku pernah kena dah benda ni.
Tetiba je nama aku kena petik.
Entah dari mana hujung pangkal cerita, entah kisah siapa yang dia babitkan aku.
Yang memetik tu aku tak kenal pun, let alone jumpa.
Kalau selisih sebelah pun aku tak tahu.
Kecoh benau la time tu.
Yang aku ni terpinga-pinga, dah kenapa aku kena petik.

Itu satu hal, satu hal lagi berduyun rupanya yang mengutuk aku.
Mana datang tak tahu.
Yang peliknya, bila ada peluang mengutuk habis post aku 2-3 tahun lepas pun dia jadikan topik mengutuk.
Yang takde sangkut-paut dengan topik asal pun terkeluar sekali.
Hujung-hujung aku tak tau apa benda yang dorang tak puas hati sebab macam bercampur-aduk sangat.
Last-last kan alasan pertama aku dikutuk tu ilang macam tu je, tapi yang tak de kaitan dengan topik pulak yang masing-masing bahaskan.

Tapi satu benda yang aku nampak is sebenarnya ramai yang baca blog ni.
Cuma dalam pada dia tak suka tu, semua post aku dia baca sampai habis.
Bagus juga, at least dia suka membaca.
Hat ni dia ada satu kelebihan yang aku takde, iaitu mampu memfollow orang yang dia tak suka.
Sebab aku jenis yang kalau dah tak suka, aku tak ambik tahu dah, let alone nak stalk hari-hari.

Ya, aku dah maafkan. Dia pun tahu aku dah maafkan.
Tapi yang sama-sama join mengutuk menyepiiiii.
Time join kutuk ramai. Time minta maaf sorang je. Hahaha.

Aku tak tanya why you did that to me, rasanya tak perlulah.
Dia nak mengaku silap tu pun agaknya dah satu beban yang berat.
Jadi, tak perlulah aku korek why this why that.
Lagipun aku tak kenal orangnya.

Cuma satu bendalah yang aku terfikir bila hal-hal macam ni jadi.
Bila kita sama-sama join mengutuk sedangkan kita hanya kenal di online, ujung-ujung malu sendiri.
Antara si A dan B dah settle atas dunia.
Yang menambah nasi kat belakang-belakang tu apa cerita?

That's why aku cakap, membenci orang tanpa sebab yang kukuh ni membuka banyak ruang fitnah.
Bila kita dah tak sukakan seseorang, kita terdorong mencari-cari perkara untuk diperbesarkan.
Tak mustahil benda yang tak ada pun di ada-adakan.
Lebih baik, kalau dah tak suka, jangan ambil tahu.
Jangan follow, jangan stalk, jangan peduli.

Sebenarnya, tak perlu nak mencari-cari salah sebab manusia fitrahnya memang tak lari dari kesalahan.
Seorang nabi pun, selama hidupnya tanpa sengaja pernah buat salah.
Boleh refer Al-Kahfi, kisah Nabi Musa dengan Nabi Khaidir.
Atau baca kisah Nabi Yunus.
Mereka pun pernah buat salah tanpa sengaja.
Itu Nabi tu, lagikan kita manusia biasa.
Bila kau sengaja cari kekurangan dan kesilapan orang, memang kau akan jumpa punya.
Sama juga bila kau mencari-cari kebaikan orang, dah tentu jumpa.
Jadi kenapa tak cari kebaikan saja?
Bukan minta dipuji, tapi kalau boleh cari yang baik, kenapa nak cari yang buruk?
Umpama, kalau boleh makan nasi, kenapa nak makan bangkai?

Manusia kalau dah tak suka dengan someone, apa orang tu buat semua nampak salah di mata.
Walhal orang lain rasa biasa je.
Bila ditanya apa alasan membenci, tak dapat bagi jawapan yang konkrit pun.
Dan selalunya orang macam ni hatinya jadi tak tenang, gelisah dan akhirnya hilang fokus.
Hujung-hujung yang sakit pun diri sendiri juga.
Lebih baik sebelum kita benci someone, tanya balik diri, kita benci dia sebab apa.
Adakah dia memang jahat?
Kalau jahat, apa kejahatan yang dia buat?
Atau kita ke yang iri hati?
Bukan apa, kerana manusia susah nak mengaku salah.
Jangan nanti bila kita tersedar kita dah salah, berat pulak mulut nak minta maaf.
Maka kalau rasa diri jenis payah nak minta maaf, better don't start.