Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

2026-06-19

Orang yang betul-betul ok takkan ugut orang lain.


Semalam aku terjaga around 4.30 pagi. Sebab dah pagi, aku malas nak tido balik. Golek-golek jap capai henfon. Selalunya aku check whatsapp. Semalam ntah kenapa aku bukak Thread dulu. Benda pertama aku nampak post ni:

Terus terbangun aku. Tak pastilah ragebait or not. Tapi aku berasa nak "sekolahkan" jugak budak ni.

This lady dapat bf gila. From komen orang lain katanya bf dia selalu perabiskan duit gaji. Kalau tak bagi, diugut nak sebarkan gambar nude perempuan ni. So semalam this lady buat post kata dah tak tahan hidup macam tu.

Aku boleh faham situasi this lady. Macam ni la aku lalui dulu. Everyday bangun just nak menghabiskan hari itu saja. Sibukkan diri. Buat-buat sibuk. Supaya aku takde masa nak pikir masalah dan dia pun takde ruang nak ganggu aku. Tapi kepala dada jadi sesak sebab aku simpan semuanya sorang-sorang. Kawan-kawan tak tahu apa yang aku tanggung masa tu.

Tapi, bunuh diri tak pernah terlintas dalam kepala. Maybe aku dah semak dengan perkataan "bunuh diri" tu sendiri. 

Si anu kejap-kejap ugut aku nak bunuh diri la, nak terjun jambatanlah, jadi aku dah muak. Bagi aku, tak berbaloi aku bagi dia menang tapi aku yang suffer. Tu pasal aku cakap kat that lady, BIARKAN DIA NAK SEBAR YOUR NUDE PHOTOS. Pergi mampos.

Aku tahu tak senang nak buat keputusan ni, tapi berbaloi ke tamatkan riwayat sendiri hanya kerana takut gambar nude tersebar?

Kalau gambar tu tersebar, apa jadi?

Orang bercakap?
Ya, maybe.

Kena kecam?
Maybe.

Kena buang kerja.
Pun maybe.

Mak bapak malu? Keluarga kutuk?
Ya, boleh jadi juga.

These are consequences yang perlu ditanggung atas kesalahan yang kita pernah buat. Tapi kalau pilih untuk bunuh diri, it's a permanent ending. Sedangkan jantan tu hidup macam biasa.

Jangan bagi dia menang! Orang macam tu dia bergantung pada rasa takut dan malu kau. If you give in to that fear, dia akan teruskan dengan tektik tu sampai bila-bila.

Malu tu sementara. Trauma boleh heal. Your reputation can be rebuilt. Tapi nyawa tak boleh diganti.

Kalau ada orang yang menghina atau judge kau dengan gambar-gambar tu, atau viralkan gambar-gambar tu, kau boleh report atas kes lain pula. Tak pun, kau viralkan balik muka dia. 

Kau ingat dia takkan malu hanya kerana kau takde gambar nude dia? Dia malu, dik. Dia boleh malu. Orang yang ugut nak sebarkan gambar nude ni sebenarnya bukan strong pun. Dia cuma berani sebab dia ingat orang lain takut.

Yang benaunya, dia sendiri yang paling takut. Dia lagi takut kalau kebenaran terbongkar. Dia jauh lebih takut orang nampak siapa dia sebenarnya. 

Orang yang betul-betul ok takkan ugut orang lain. Dia tak perlu gain power dengan sebarkan gambar nude orang lain. Jenis ni dia rasa boleh malukan kau, padahal perbuatan dia tu lagi memalukan. Kau cuma victim, tapi dia adalah PELAKU.

Aku pernah dah diugut dan dimalukan macam tu. Bukan gambar nude. Zaman aku belajar dulu belum ada henfon berkamera. Payah nak dapat gambar nude orang. Walaupun macam tu, dia masih boleh sebarkan cerita pasal aku. Dia masih boleh mereka-reka cerita. Masalahnya, ada orang percaya pulak tu! Cara-cara takde bukti fizikal pun orang percaya. Power tak powernya zaman tu.

Aku bukan tak tahu dia bercerita, cuma malas nak ambil port. Pernah satu budak lelaki tanya aku macam ni "Diana, cuba kau pusing belakang and depangkan tangan"

Aku tanya nak buat apa?

"Petua orang zaman dulu nak tengok perempuan ada dara lagi ke tak"

Kau rasa??

Apesal tiba-tiba kawan aku tu tanya soalan tu? Why?
Mesti ada yang mereka cerita, kan?

Dengan senang hatinya aku pusing badan and depangkan tangan. Pastu aku tanya balik "Amacam? Dara lagi ke tak aku ni?"

Pastu dia senyum "Ok. Ok. Cun"

Eleh. Ni semua tektiklah. Konon petua zaman dululah. Padahal dia nak test aku je.

Kau ingat aku tak berani? Kau sebenarnya nak test aku samada cerita-cerita yang kau dengar tu betul ke tak, kan? Nak tengok samada aku menggelabah. Aku ikutkan je. Kisah pulakkkkk aku.

Dah masak sangat dengan perangai jantan yang suka mengugut. Dah habis modal nak suruh aku stay, dia main ugut-ugutlah pulak. Sebab jantan macam ni dia tahu dia tak layak dapat kita. Takde apa yang dia can offer tu deserve us. Pandai pun tak. Kaya pun tak. Perangai hauk. Gaya je menang. 

Pulak tu bila tengok rival lebih dari dia in so many ways. Hensem pun lebih. Kaya pun lebih. Pandai pun lebih. Gaya pun lebih. Jadi, apa cara nak menang? Ugutlah. Buat cerita. Canang kat orang kau begini begitu.

Orang rilek selalunya dia akan fight dengan cara yang lebih berkelas. Disebabkan dia pakai cara yang takde kelas, jadi aku biarkan je dia nak cakap apa pun. Itu je yang boleh buat dia rasa menang. Mengugut. Menfitnah. Memburukkan. 

Tak cukup bercerita kat semua kawan-kawan, dia gigih mencari geng-geng student Jepun and bercerita pulak dengan geng-geng tu yang aku ni "bekas" dia. Konon aku ni dah barai. Sampai kawan En Wan call aku bila dia dapat tahu aku masih awek orang. Betapa kerja kerasnya beliau nak memburukkan aku.

Kan ke bagus kerja keras dan kegigihan tu kau channel-kan kat academik biar result tak hauk? At least kalau tak kaya dan tak hensem pun, biarlah result tu menang sikit. Ada gak nampak future-nya. Ini tak. Semua pun hauk pastu expect aku terima kau? 

Aku dah lalu benda-benda ni 30 tahun lepas. Aku berharap ada sorang lelaki baik yang willing selamatkan budak perempuan tu. Just like how En Wan selamatkan aku. 

Percayalah cakap aku, pengugut ni takut kalau kau dah ada boyfriend baru. Dia takkan berani proceed. Sebab tujuan dia ugut tu nak malukan kau supaya kau takde future dan kembali berharap pada dia. Bila ada someone yang pilih kau walaupun kau ada sejarah silam, itu maknanya kau masih ada future, That's game over for them. Silap-silap dia gila sendiri.


2026-05-06

Pattern membunuh atau cubaan membunuh hanya kerana cemburu, atau cinta ditolak, masih wujud eh?


Ngeri aku tengok berita budak perempuan umur 19 tahun kena tikam 61 kali tu. Katanya mostly kesan tikaman belah kanan badan. Maknanya mangsa kena tikam semasa dalam kereta. Si pelaku tikam mangsa bertubi-tubi semasa tengah drive (maybe?), sebab tu kesan tikaman banyak belah kanan badan.

Kat Thread macam-macam spekulasi. Ada yang kata perempuan tu curang sebab ada bukti siang keluar makan dengan orang lain, malam keluar dengan orang lain pulak (pelaku).

WAIT!

Katakanlah mangsa curang, ada skandal. Adakah itu reason untuk kau tikam berkali-kali? 

Berkali-kali masalahnya. Maksudnya niat memang nak membunuh.

Dari zaman aku single sampailah nak masuk 50 tahun ni, pattern membunuh atau cubaan membunuh hanya kerana cemburu, atau cinta ditolak, masih wujud eh?

NAUZUBILLAH. 
BIARLAH PENGALAMAN AKU HABIS KAT AKU JE. 
JANGAN KETURUNAN AKU LALUINYA.

Sumpah pengalaman tu sangat buatkan aku traumatized sampai sekarang tak lupa. Masa aku baca berita tu, aku terfikir, what if mangsa tu macam aku dulu?

Aku pun dulu senyap-senyap ada lelaki lain (En Wan). Tapi aku buat bersebab. Sebabnya, si anu tak nak terima kitorang dah break. Padahal mula-mula break he was ok. Bila dapat tahu aku kenal dengan budak chat Jepun (En Wan), terus merentan. Terus dia kata kitorang tak pernah break, cuma bergaduh je. 

Sejak dari tu, ke mana-mana aku pergi dia always follow. Dia tanya budak-budak batch aku betul ke jadual kelas aku esok sekian sekian waktu. Di mana kelas tu, kat tutorial room ke, lecture hall ke, atau lab. Tak puas lagi, dia akan tanya samada aku ada kat kelas pagi tadi ke tak.

Kalau kau, tak rimas dan takut ke ada orang gila macam yang ke mana-mana pergi dia nak mengekor?

Dia punya saiko tak saikonya, main chat guna nickname aku sebab nak kenal mana satu mamat yang selalu chatting dengan aku. Pastu menyamar jadi student Malaysia kat Jepun nak korek pasal En Wan. Dia punya tahap insecure tu, aku balik bercuti pun dia mengekor. Stay kat rumah Mak Aji semata-mata nak pastikan aku sentiasa ada depan mata dia. Sampai mak bapak adik-adik aku rimas and menyampah.

So aku tertanya, what if that mangsa bunuh sebenarnya sedang lalui pengalaman sama macam aku dulu?

Bukan apa, dulu pun dari pandangan orang luar nampak aku yang curang, tapi the realiti orang tak tahu. Waktu tu aku takde pilihan lain. Aku terpaksa "simpan" En Wan sebab dia je reason yang aku ada untuk keluar dari relationship tu. 

Yes, memang aku pergunakan En Wan pada awalnya sebab aku tahu dia suka aku masa tu. So aku maintain dia supaya when the time comes, dia dah ada.

At the same time aku kena yakinkan si anu yang dia masih ada aku (macam yang dia nak). Jadi, aku terpaksa ikut rentak dia. Dia ajak outing, aku outing. Dia ajak makan sama, aku makan sama. Dia ajak lepak, aku lepak. Aku tak boleh say no sebab dia akan menggila. Aku penat nak layan karenah gila. Jadi mana risiko yang aku boleh minimize, aku minimizekan.

Jenis lelaki saiko macam ni kau takleh lawan depan-depan. Kau kena buat senyap-senyap. Kau kena ikut game dia, at the same time kau set new game kat belakang. 

Orang saiko ni tahap insecure dorang sangat melampau. Tak cukup dengan stalk ke mana aku pergi dan menyamar jadi aku dalam chatroom, dia sanggup tunggu tepi pigeon hall supaya surat-surat yang sampai, dia dapat dulu. Dia filter semua surat yang ada nama aku. 

Mula-mula dulu aku kantoi sebab pakai nama sebenar. Pastu dah bijak sikit, aku mintak En Wan hantar pakai nama orang lain. Tak lama lepas tu aku tukar plan lain sebelum terkantoi. Aku mintak En Wan stop hantar surat. Hantar email pulak. Tapi emailkan ke kawan aku. 

Kawan tu pulak adalah bukan ahli DPT. Someone yang people tak expect akan jadi posmen aku. So En Wan hantar email ke budak tu, budak tu print and pass kat aku. Kiranya budak tulah yang baca dulu segala ayat-ayat cinta En Wan sebelum sampai ke aku. See? Aku punya plan pun dah macam saiko jugak.

Penat hidup macam tu. Kena berpurak-purak depan si anu as if we were still a couple, at the same time aku setup Plan B dengan En Wan. Tu yang senyap-senyap aku atur perjalanan balik bertunang tanpa si anu suspect sikit pun. Dia yang ajak aku main game ni, kan? Ok let's play.

Mula-mula aku layankan je permintaan dia untuk bercouple semula (sebab dia acu pisau kat wrist aku, kau mampu nak tolak?). Aku layankan dia nak berbangga dengan semorang kononnya dia "menang" aku balik. Muka memang macam sial punya banggalah. 

Aku layankan semua. Biar dia leka dengan perasaan dia. Kat KL, En Wan dah mintak mok merisik, pastu Mak Aji prepare hantaran bertunang, tiket flight semua dah siap. Zaman tu tiket collect kat kaunter airport.

Aku kat Kuching plan dengan dak-dak DPT everyday sorang kena datang bilik (aku sorang je stay dalam kolej, yang lain sewa luar) untuk ambil barang-barang aku. Yang penting jangan nampak macam membawa beban berat. Sehari bawak balik 2 helai baju, 2 helai baju, 2 helai baju. Bawak balik rumah dorang. On the day aku balik KL, kawan aku fetch dengan moto. Aku naik moto berlenggang tak bawak barang.

Masa tu si anu nampak and tahan moto kitorang. Aku cakap nak lepak rumah dak-dak tetek jap sementara ada kelas malam karang. Nanti petang balik kolej semula. Memandangkan aku berlenggang tak bawak beg apa-apa, dia percaya. Tapi hati aku berdebar macam nak gila!

Sampai je rumah dak-dak DPT, beg dah standby. Aku pakai beg baju dorang (beg Garfield siapa aku rembat ntah). Dorang terus hantar aku ke airport. Terus check in sambil berdoa janganlah delay flight. Nak menunggu boarding satu penyeksaan. Dengan aku takde fon masa tu. Dak-dak DPT nak tahu aku dah selamat ke tak pun tak tahu camana nak contact.

Flight berlepas je, aku menangis! At least 1 step dah lepas. 

Aku balik hari ni, lusa baru bertunang. Lama weiii, lama lusa tu! Esoknya, BFF aku Ina sampai. Dia burn tiket MARA yang setahun sekali dapat tu, semata-mata nak temankan aku bertunang. Dia takut kalau si anu tu tiba-tiba terpacul kat rumah Mak Aji. 

Padahal tinggal esok je nak bertunang, tapi dak-dak DPT kat Kuching dah tak senang duduk. Sebab si anu kejap-kejap tanya dorang kat mana aku. Kau bayangkan camana dak-dak DPT nak kona lipat story?

Settle je majlis, Ina call DPT "Ok, settle. Dah bertunang"

Dah macam misi James Bond oi!

Actually bertunang tak menjanjikan apa-apa, but at least aku nak tunjuk kat dia, you and I are not in a relationship anymore. Aku sekarang tunang orang yang sah, yang mak bapak aku restu. Kau bukan pilihan keluarga aku. Kalau kau kacau aku, maknanya kau kacau tunang orang. Aku mintak baik-baik nak end our relationship, kau tak terima. Kau buat cara kasar. Ok, aku main kasar jugak.

Aku tak tahu apa yang dilalui oleh mangsa yang kena tikam 61 kali tu. Tapi looking at the behaviour menikam sampai 61 kali, aku rasa pelaku dah biasa berkasar kat perempuan tu. Tak kisahlah samada perempuan tu curang atau tak, takde sesiapa ada hak nak berkasar apetah lagi membunuh. Apa pun reasonnya kau tetap salah!

Ya, aku perempuan yang selalu betul.


2026-05-03

Kita ni kalau tak pernah aniaya orang, kita takkan terfikir orang akan aniaya kita.


Aku tengah buat countdown to #silverweddinganniversary #25thanniversary kat IG. Everyday buat satu post mengimbau moment-moment sepanjang berkahwin. Saja je buat seronok-seronok.

Ada satu post tu aku cerita pasal purse 3 kali hilang semasa bercouple dengan si anu. Hilang 3 kali aku tak pernah terfikir if purse tu si anu yang ambik. So this one follower tanya kenapa aku tak pernah syak dia ambil.

Macam ni ya, dik.

Kita ni kalau tak pernah aniaya orang, kita takkan terfikir orang akan aniaya kita.
Kita kalau tak pernah tak bayar hutang orang, kita takkan terfikir orang tak bayar balik hutang kita.
Kita kalau tak pernah ambik hak orang, kita takkan terfikir orang akan ambik hak kita.

Macam tu la aku dulu. 

Sebab aku tak pernah curi barang orang, jadi tak pernah terlintas dalam kepala barang aku orang curi. Apetah lagi dicuri orang yang paling rapat. Kawan-kawan aku dari awal dah syak si anu ambik, tapi aku tak pernah terfikir. Boifren kot, takkanlah nak ambik barang kita. Gitu aku berpikir.

Bak kata kawan aku "Selama kau dengan si anu, 3 kali purse kau hilang. Sejak kau dengan Wan, purse kau pernah hilang tak?"

Aku dengan En Wan bercinta long distance, memanglah dia takde peluang nak ambil purse aku. Maksud kawan aku tu, lepas break dengan si anu, pernah tak barang-barang aku hilang?

Ya, betul. Memang takde barang aku hilang. Barulah aku fikir balik logiknya. Tapi tu la, masa pikir tu benda dah jadi, dah break dah pun.

Banyak benda yang aku tak puas hati dengan si anu. Aku punya benci dengan dia ni, aku tak nak jumpa dia dan taknak ada kaitan dengan keturunan dia lansung. Kelibat dia, bayang-bayang dia, semua aku tak nak tengok. Meluat sangat! Tak marah, tapi meluat.

Meluat sebab dia penuh dengan drama. Suka buat teruk. Buat-buat jadi gila. Buat-buat depression. Buat-buat kena aniaya. Buat-buat jadi victim. Buat-buat innocent bila kantoi. Buat-buat blur. 

Berlakon memang nombor satu! Sepanjang dia dengan aku hidup dia penuh dengan lakonan.

Satu masalah aku ni, cepat percaya orang. Aku tak pernah terfikir dia jadikan aku sumber ATM. Orang lain dah nampak benda ni sejak aku rajin belikan dia hadiah, belikan baju, seluar, belanja makan. Dia naik seronok aku tak berkira, tu pasal dia "simpan" aku lebih lama. Padahal belakang aku senyap-senyap bergayut call ex lama.

Pandai dia. Nak bergayut pegi kat booth telefon fakulti, jauh. Orang tak banyak lalu situ, takde siapa nampak dan syak apa-apa. Yang aku ni bodohlah amat, call En Wan pakai booth yang depan koperasi, tempat orang lalu-lalang. 

Tu pasal dia boleh tahu aku dah ada pengganti, lantas naik hantu dan menggila. Sebab aku call di tempat terang. Sebab kita tak buat salah, kan. Buat apa nak sorok-sorok. Aku call boifren selepas dah break dengan dia. Yang dia call ex masa masih dengan aku. Patutnya aku yang menggila kat dia. 

Sorang kawan lelaki kitorang yang happened to be his bestfriend pernah cakap "Diana untung dapat si anu sebab kebarangkalian nak kena tinggal tu tak mungkin"

Macam tulah orang luar nampak kitorang dulu. Hampir pasti takkan breaklah kiranya, sebab ke mana-mana mesti bersama. Makan sama. Outing sama. Asal balik Semenanjung dia lepak rumah Mak Aji dulu. Orang nampak kitorang macam couple yang konfem jadi kawenlah. 

Ceritanya, memanglah dia setia, sebab aku ada yang dia perlu. Iaitu DUIT aku.

Aku tak kaya. Duit aku bergantung pada duit MARA. Tetiap bulan Mak Aji masukkan RM200. Itu je sumber duit aku pun. Tapi walau sikit, duit aku sentiasa ada. Duit dia always takde. 

Entahlah aku malas nak cakap pasal ni, sebab aku takde bukti. Tapi bila dapat tahu dia contact his ex dan balik cuti keluar dengan ex, maybe dia spend duit kat ex la kot tu yang selalu takde duit bila dengan aku.

Tu pasal bila kitorang break, dia bengang. Bengang sebab sumber kesenangan dia hilang. 

Yang kedua, dia bengang sebab En Wan dapat aku. Aku tak rasa dia bengang aku dapat En Wan sebab dia tak kenal pun En Wan. Dia bengang sebab dia tahu aku akan spend duit aku kat En Wan macam aku spend kat dia. So dia berdengki dengan En Wan sebab bakal dapat apa yang dia enjoy dulu. 

Lagi satu yang buat dia bengang adalah, dia lost parents and family aku. Mak aku cukup baik, belikan tiket flight untuk dia bagai. 

Aku ni tak tahu cerita. Rupanya dia call mak aku senyap-senyap bagitau nak balik tapi takde duit. KAU RASA?? 

Aku masa dapat tahu pasal ni (selepas break), rasa geram gila. Aku geram sebab apa yang mental sangat kau ni sampai tergamak call mak aku buat cerita sedih untuk dapat tiket flight? Macam takde maruah. Mak bapak kau takde ke, setan?

Everytime balik bercuti kemain selesa melepak rumah Mak Aji berlama-lama, tak nak balik kampung. Sebab dia bukan orang senang. Jenis orang susah yang lupa diri. Dia berlagak macam dia sebahagian dari keluarga aku. Tu pasal bila balik bercuti dia melepak rumah Mak Aji lama sebab subconcious mind dia percaya itu rumah keluarga dia.

Padahal rumah abang dia kat Subang Jaya. Kakak dia ada kat UPM. Tapi tak pernah balik rumah abang kakak. Masa tu aku bertanya juga, dia cakap tak nak susahkan dorang. Yang aku pun bodohlah haiii, percaya. Yang benaunya abang and kakak dia pun menyampah dengan perangai dia.

Aku lebih kepada MENYAMPAH dengan si anu ni. Menyampah, meluat, geram dengan perangai dia yang suka berlakon tu. Ini yang aku kesalkan sangat. Dia pukul aku tu aku tak berapa kesal sangat, tapi perangai dia tu. Cukup pandai berlakon. Pastu takde common sense. Suka letakkan kesalahan kat orang lain. Dia je lah victim.

Yang paling aku menyampah was dia ikut aku balik Semenanjung semata-mata nak tengok aku balik sebab apa. Masa tu kitorang dah BREAK! Aku balik bercuti sorang (buat apa nak ajak dia sebab dah takde connection lagi). Dia tahu aku dah ada En Wan so dia risau aku balik sebab nak jumpa En Wan. 

Punyalah mental dan insecurenya, dia beli tiket flight (aku syak dia pinjam duit orang atau maybe curi duit orang) dan balik KL. Masa ni aku dah sampai rumah sehari lebih awal. Tau-tau esoknya kawan call (lelaki) mintak aku jemput si anu kat airport sebab si anu takde duit nak ambik taxi ke rumah aku. 

Aku cakap apehal nak balik rumah aku pulak? Kawan aku kata "Entahlah Diana, aku pun tak tahu nak cakap apa. Cuma aku mintak jasa baik kau jemputlah dia kat airport. Dia takleh ke mana-mana tu, takde duit".

Ya Allah sakitnya hati aku. Sampai sekarang aku bengang. Sebab dia sumpah menyusahkan semua orang. Dah lah balik KL takde duit. Pastu nak balik semula kat sana mak aku yang belikan tiket. Mak aku takde pilihan sebab kalau dia tak balik, dia takkan keluar dari rumah tu.

Aku takde nombor abang and kakak dia. Kalau ada, memang aku call dorang suruh kutip adik dia kat KLIA. Dua kali kawan aku call mintak aku ambik si gila tu kat airport. Dah malam baru aku bagitahu Mak Aji pasal ni. Yang Mak Aji and Pak Aji pulak risau jadi apa-apa kat si gila tu, dorang pi jemput.

Yang geram tu bila sampai je rumah, dia buatlah lakonan muka deppression and keletihan. Macam babi. Dia ingat aku tak kenal muka berlakon dia tu. Mak aku pulak menambahkan baran aku bila mintak panaskan lauk hidang kat dia. Eh memang taklah aku nak layan. 

Pastu letak dia kat bilik Ibal. Dahlah bilik air aku and Ibal berkongsi (connecting bathroom). Pintu bilik air takleh kunci dari luar. Seram gila aku tido malam. Takut tetiba dia masuk cekik aku.

Esoknya time aku guna komputer kat bilik Mak Aji, dia senyap-senyap masuk bilik tido aku (dari bilik Ibal), and punggah laci nak cari diari. Sekali dia terjumpa surat-surat En Wan bagi. Pastu mengamuk-ngamuk. Hentak aku, pukul aku. Macam cibai. 

Berani dia pukul aku padahal Ibal ada kat bawah. Imagine how far he can go kalau takde orang dalam rumah?

The thing is, surat tu dari pakwe aku kot. Yang kau cari sape suruh. Dalam bilik tu semua barang-barang aku. Takde barang kau. Kau punggah, kau jumpa surat cinta, pastu kau nak mengamuk? Siapa suruh kau geledah, cibai??

Itulah sebenarnya tujuan dia ikut aku balik. Takde duit pun sanggup balik menyusahkan semua orang semata-mata nak puaskan hati dia. Dia ingat dengan cara tu dia boleh dapat aku balik agaknya. Lagi aku menyampah ada. 

Aku bukan menyampah sebab dia pukul aku, tapi PERANGAI tu. Macam budak-budak yang marah apesal kau tak nak kawan aku? Kalau aku tak kawan dia kau pun jangan kawan dia. Budak-budak bergaduh macam tu, kan? Dia stuck kat umur tu lah. Umur budak-budak. Bagi dia, kalau dia tak dapat aku, En Wan pun takleh dapat. Lahhhh lu sapa???

Itulah balik bercuti yang paling horror dalam hidup aku. Kena mengadap kelibat dia dalam rumah tu sampai habis cuti. Masa ni mak bapak aku dah tau dah dia gila, tapi masing-masing tak berani nak nasihat. Takut dia lebih menggila. Jadi kitorang semua layankan je sambil menunggu tarikh aku balik. 

Vibe dalam rumah tu jadi tak best. Mak bapak aku balik kerja terus naik bilik. Turun untuk masak, dan makan, pastu naik bilik. Masing-masing menyampah benaunya. Yang dia masih tak faham-faham. Sebab tu aku cakap perangai dia tu yang aku meluat. Pastu balik kolej gebang kat semua orang dia dapat layanan baik dari family aku. PANTAT.

Disebabkan suffocated dengan perangai dialah, aku buat kerja nekad accept bila En Wan ajak bertunang. Padahal baru sekali je jumpa En Wan. Memang gamble betul. Takde oranglah yang buat kerja gila setuju bertunang dengan lelaki yang baru jumpa satu kali. 

Waktu tu aku dah penat pikir panjang. Bagi aku, selagi takde hubungan yang strong dengan sesiapa, dia akan terus kacau aku. En Wan terfikir ajak aku bertunang. Agaknya dia tengok keadaan aku huru-hara sangat sampai jadi macam-macam hal kat sini, dia nekad ajak bertunang terus. Kau kacau tunang aku, masak kau. Aaa gitulah agaknya pikiran dia. 

Maka aku dengan tak pikir panjang, terus setuju. Apa nak jadi, kendian pikir. Kita bertunang dulu. Nasib baiklah En Wan tu senonoh, dibuatnya dia pun setan? Tak ke lunyai hidup aku? Keluar kandang rimau, masuk kandang buaya. Cuma tu lah, annoying sikit orangnya. 


2026-04-29

Berpisah memang tak mudah but at least it’s a step forward.


Aku tak akan berhenti bercakap pasal ni, ya. Dari zaman aku start berblogging 20 tahun lepas, aku sentiasa bercakap pasal ni. Pasal masalah perempuan stuck dengan boifren yang hauk.

Honestly, everytime baca confession macam ni, letih! Sebab cerita like this bukannya baru sekali dua. BANYAK KALI! Pattern sama je berulang-ulang. Lelaki dah tunjuk perangai hauk dari awal, kena maki hari-hari, always bawak masalah, tapi kau masih bertolak-ansur. Dia cari salah, effort tarak, TAPI kau masih lagi bertahan sebab "Aku sayang dia”

Tak, dik. Tak. Kau sebenarnya dah tak sayang dia. Kau sebenarnya dah ATTACH, bukan sayang.

Kau dah terbiasa ada dia. Kau mikir yang kau dah labur banyak masa, emosi, energy, duit, sampai kau confuse antara sayang dengan kebiasaan. That's why walaupun dia buat hal berkali-kali, kau tetap stay. Sebab otak kau dah wired dengan kebiasaan tu. Kau dah blend dengan sikap dia yang baran yang suka membabikan kau. Kau rasa that's only his character. Hakikatnya "Dia baik". 

Tengkorak kau. 

Eh dengar sini aku cakap. Itu bukan karakter dia. Itu PILIHAN dia. Baran, maki, itu bukan personality trait yang kita kena terima seadanya, ya. Itu behaviour yang dia pilih. Tahu sebab apa dia pilih kekal dengan behavior tu?

Sebab selama ni kau allow.

Setiap kali korang berbaik semula, kau maafkan. Kau yang reinforce benda tu. Kau ajar dia untuk rasa “Tak kisah macamana pun aku buat, dia always ada. Dia takkan tinggal aku”. So buat apa dia nak berubah dia kata. Takde sebab nak berubah. Sebab kau takkan lari. Habis kuat pun kau menangis, pastu kau menempel balik kat dia.

Kau bukan tak nampak salah dia. Kau nampak. Cuma kau berharap dia akan berubah. Dan kau pun sebenarnya takut nak lepaskan. Takut nak start balik. Takut what if kalau tinggalkan dia akan jumpa yang lagi teruk dari ni?

Dulu aku dalam the exact situation. Malas nak break sebab nanti kena start again dengan orang lain. Kena go thru the same process - kenal, dating, tulis surat, tunggu call, dating lagi, gaduh, baik, gaduh, baik. Tapi aku pikir balik, if aku stay dengan toksik relationship ni, kepala emosi perut aku semua jadi serabut. Tak tenang.

Masa tu terlintas juga what if kalau lepas ni dapat yang lagi teruk? Tapi bila aku pikir balik, baru bercouple kot. Baru bercuple. Apa yang payah sangat nak buat keputusan?

Kalau belum kawen pun dah serabut, tak sanggup aku nak stay for another 5-10 years. Maka aku cakap dengan diri sendiri takpelah. Yang future jangan pikir dulu. Yang sekarang ni aku kena settlekan. Apa-apa hal kena keluar dari relationship ni dulu. 

Tu pasal bila En Wan serah diri, aku tak tunggu dah. Padahal jumpa baru satu kali. Selebihnya bersembang dalam surat and chatting. Takpelah, dah dia je yang ada buat masa ni. Sebat dulu yang ni.

Ada gak terpikir, yang depan mata pun macam cilaka perangai, apetah lagi yang jauh di mata. Boleh ke aku percaya En Wan? Tapi tulah, keadaan terlalu serabut masa tu, aku takde masa nak pikir panjang. Tak kisahlah kalau orang kata keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Janji aku keluar dari kandang rimau ni dulu. Kalau esok katakanlah En Wan tu hauk, aku putuskan saja tunang. Apa susah. Gitulah aku berpikir dulu.

Dengarlah cakap aku, jangan tunggu orang berubah. Sebab orang takkan berubah hanya kerana kita tunggu. Dia berubah bila dia sendiri nak. Dan setakat ni, jelas boifren kau tak nak berubah. So kau yang kena MOVE!

Takyahlah cakap "masih sayang". Perasaan sayang tu bukan alasan yang valid untuk stay dalam relationship yang toksik. Tu cuma untuk justify kenapa kau tak berani keluar dari relationship je. Kau dah tak sayang sebenarnya, cuma kau stuck dengan memori lama masa tengah lovey-dovey dulu. Memori tu yang buatkan kau rasa kau masih sayang, padahal tak pun. Kau cuma sayang kat kenangan tu je.

Dahlah, jangan jadi bangang sangat. Belum kawen pun dah dibabi-babikan. Esok dah kawen, kaki dia atas badan kau. Masa tu lagi serabut nak berpisah. Pisah je lah sekarang sementara belum ada ikatan sah. Biarlah orang nak kata apa, biarlah dia nak memburukkan kau, biar. Selamatkan diri dulu.

Aku dulu pun apa je yang orang tak kata, yang dia tak kata. Orang luar memang akan berkata-kata especially bila kita yang meninggalkan. Orang akan tuduh kitalah yang jahat dan curang sebab kita meninggalkan dia. Pulak tu lepas je break, aku terus couple dengan En Wan. 

Aku couple tak senyap-senyap, ya. Memang sengaja aku bagi orang nampak. Sengaja aku main chat kat library. Bila ada orang singgah meja atau lalu belakang, aku tak cover monitor. Aku biar dorang nak baca. Yang tiba-tiba rajin menempal sebelah aku tu pun budak yang rajin chat juga. Dia nak spy la tu. Macamlah aku tak tahu. Memang aku sengaja nak tunjuk. Biar news tu tersebar.

Dalam bilik, aku letak gambar En Wan terang-terang dalam frame, atas meja study. Yang tak pernah-pernah nak bersembang dengan aku tertiba ketuk pintu bilik nak bersembang. Kau rasa? 

Aku tak bodoh, ya. Aku mark siapa yang sebenarnya spy si hamlau tu. Konon datang nak pinjam notes la apa la. Kau benaunya nak tengok siapa pakwe baru aku, kan? Aku bagiiii. Tengoklah puas-puas gambar tu pastu sebarkan cerita. Silakan.

Bila orang mula mengata aku tak kenang budi, lupa daratan, kejar lelaki kaya, perasan hot. Hahaha. SO?? Kau rasa aku jenis kisah orang nak cakap apa? Lambertttt lagi.

Masa tu aku pikir diri aku je. Dah malas dah aku nak sentimental pikir jasa baik dia, budi baik dia. Apa ingat aku tak pernah berbudi ke kat dia? Kalaupun kau sorang je yang berbudi, once kau buat taik, bye.

Aku tahu ramai perempuan yang stuck dengan lelaki gila sebab taknak dipandang serong. Taknak dicop jahat. Apa-apa pun biarlah aku yang ditinggalkan bukan aku yang meninggalkan. Gitu. Punyalah nak jaga reputasi wanita mithali. 

Eh sudah-sudahlah jadi bangang. Reputasi tu untuk siapa? Untuk orang luar yang tak tanggung hidup kau? Pastu kau yang kena hadap benda ni hari-hari? Sanggup nampak baik kat mata orang, tapi hidup kau hancur?

Orang akan tetap bercakap. Kau stay, orang cakap. Kau tinggalkan, orang tetap cakap. Lebih baik tinggalkan. Kalau kena kutuk pun at least berbaloi. Buat macam aku dulu. Pegi mampos siapa nak pandang slack, siapa nak kutuk, siapa nak keji. Janji aku bebas. Itu misinya. 

Masa tu ramai yang kata aku hancurkan masa depan si anu. Ye lah, sebab dia tunjuk dia punya teruknya "merana". Ada orang, bila "merana", tunjuk kat serata alam betapa merananya dia. Energy dia habis kat pikir camana nak berlakon merana yang real. Ada orang, bila merana dia diam-diam cari jalan keluar. Tau-tau je victory. Itu beza orang bijak dengan orang bangang. Faham?

Lagi satu, kau belum kawen, kejadah apa yang nak tolong masakkan makanan bagai? Ni la yang aku tulis hari tu, some people suka OVERDO. Benda yang tak patut buat, dia buat. Pastu mintak balasan. Mintak dikenang. Belum kahwin, tapi dah behave macam isteri sepenuh masa. Masak untuk dia. Prepare bahan. Nak bagi bekal. 

Halo?? Kau sedang melatih dia jadi raja. Tu pasal dia rasa dia boleh membabi-babikan kau, sebab kau tadah diri macam hamba.

Nak malu apa kalau tak jadi kawen?
Tahu tak apa lagi memalukan?

Kahwin, lepas tu hidup miserable. 
Everyday kena maki tapi depan orang try hard nak tunjuk sweet-sweet.

Ni bukan apa. Banyak sangat tengok cerita cina and korea yang romantik-romantik. Sebab dalam drama, lelaki bossy akan berubah bila cintakan perempuan. Pastu perempuan yang sabar akan menang akhirnya. Haktuihhhhh!

Itu drama, dik. Ini real life kau. Lelaki yang maki sebelum kahwin biasanya akan lagi selesa memaki lepas kahwin. Sebab now dia dah tahu kau takkan pergi. Dan perempuan yang overdo sebelum kahwin biasanya akan burnout lepas kahwin. Tak caya kau tengoklah.

Aku tak kata berpisah tu senang. Memang tak mudah. Tapi tu semua sementara. Yang tak sementara tu bila kau stay dalam relationship yang sama, hadap sakit yang sama, dengan pattern yang sama everyday sampai mampus. Itu pain takde ending, ya. 

Jangan ingat stay tu pilihan yang selamat. Sometimes itu pilihan yang paling memakan diri. Berpisah memang tak mudah but at least it’s a step forward.


2026-03-20

Serasi tak serasi takleh diukur dengan lama mana kita kenal seseorang.


Terima kasihlah yang membagi respond kat post aku mengenang crush. Hahaha. Mesti ni mood bulan puasa, semua nak baca cerita yang light-light je, kan? Cerita memori dengan crush tu just nice la nak bagi ketenangan fikiran bulan-bulan tenang gini. Tu yang kemain ramai DM aku.

Ada sorang ni tanya "Antara crush dengan tungau, mana satu Kak D paling ingat?"

Apa jenis soklan ni. Kau rasa jawapannya??

Tak acilah nak compare dua orang tu. Yang crush tu bercouple pun tak pernah. Yang tungau tu sempat bercouple. Dua-dua ada cerita berbeza. Kalau boleh hat tungau aku tak nak ingat tapi tu lah, aku ni kuat ingatannya. Taknak ingat pun terpaksa gak teringat.

Ada yang tanya juga macamana nak tahu pada waktu tu aku buat keputusan yang tepat?

Kalau nak ikut logik, memilih crush pada waktu tu lebih tepat sebab secara teori aku lebih kenal dia berbanding En Wan. Dengan En Wan aku jarang jumpa, komunikasi hanya kat surat and phone. Takde apa yang boleh membuktikan En Wan honest takde awek lain kat Jepun. Kalau dia nak main-mainkan aku memang boleh sangat. Tapi tu lah, modal aku cuma TRUST. 

Kalau orang lain agaknya mesti dah pilih crush. Sebab si crush ada banyak point untuk menang. Dah kenal lama, mak bapak aku kenal dia, kawan-kawan pun kenal. Dengan En Wan, jangankan kawan-kawan, family dia pun aku tak kenal lagi masa tu. 

Ntah la eh? Now aku terpikir camana aku boleh pilih En Wan dari si crush tu. Berani sungguh aku. Jodohlah agaknya.

Aku ni bak kata En Wan mudah percaya orang. Maybe sebab itulah aku pilih En Wan. Sebab aku percaya. Aku punya prinsip, kalau aku tak buat, aku anggap orang tu pun tak buat. Disebabkan aku setia tunggu dia, aku beranggapan dia pun setia kat sana. Itu je pegangan aku. 

En Wan selalu pesan "Awak tak buat jahat, jangan ingat orang lain tak buat jahat kat awak". Maybe sebab tu la aku kena tipu hidup-hidup dengan si tungau tu dulu. Barang aku hilang, aku tak pernah tuduh dia. Duit aku hilang, aku tak pernah tuduh dia. Dia ada skandal pun aku tak pernah terpikir. 

Masa aku kenalkan si tungau dengan kawan-kawan sekolah (termasuk crush), the very next day, si crush bagitahu "I don't like him". Tapi masa tu aku ingatkan dia jealous aku ada kawan lelaki yang lebih rapat dari dia. Rupanya silap. Dia baru jumpa sekali pun tahu something wrong dengan si tungau. Aku je bangang bercouple berjumpa hari-hari masih tak nampak his true colors.

Berbalik kepada soalan macamana nak tahu pada waktu tu aku buat keputusan yang tepat?

Aku cuma anggap phase crush-mengcrush tu dah berlalu. Takyah la nak patah balik sebab situasi dah tak sama macam dulu. Buat apa bertahan sabit hanya kerana memori? 

Biasalah kalau kita lebih rapat dengan kawan dan lebih kenal kawan sekolah lebih dari pasangan. Ini biasa. Tapi, tak semestinya kita kenal lama maka itu pilihan terbaik untuk masa depan.

Kadang kita confuse antara familiarity dengan compatibility. Familiar itu selesa. Kita dah tahu perangai dia. Dah tahu cara dia. Dah tahu cerita lama masing-masing. Tapi compatible tu lain. Compatible tu samada hala tuju hidup sama atau tak? Cara fikir sama tak? Standard hidup sama tak? Nilai dan prinsip selari tak?

Memori memang buat kita sentimental. But you have got to be rational about the future. Crush selalunya wujud dalam versi kita yang lama. Versi yang belum banyak komitmen. Belum banyak pengalaman. Belum banyak terluka. 

As time passes, we are not the same anymore. Dia pun dah berubah. Their priorities, perspectives, and even personalities pun maybe berubah. Jadi apa yang kita rindu sebenarnya? Kita rindu orang tu atau versi kita dan dia waktu sekolah dulu?

Time changes everyone. Sometimes orang yang dulu kita suka, bila kita perhatikan semula, dia dah tak lagi selari dengan versi diri kita sekarang. Ramai orang stuck sebab nostalgia. Sebab “dulu kita rapat”. Sebab “dia kenal aku sejak sekolah”. But just because you knew your past self doesn’t mean it fits the present you. 

Kalau dulu kita fikir seronok tu cukup, sekarang mungkin stability lebih penting. Kalau dulu kita fikir chemistry adalah segalanya, sekarang karakter dan tanggungjawab jauh lagi penting. Tak salah nak mengenang memori, tapi jangan jadikan memori reason kita stuck.

Memanglah nostalgia aku dengan si crush jauh lebih seronok. Ye lah, zaman sekolah. Zaman young and wild. Semua benda kita berani buat. 

Round-round nak motor berdua. Lepak makan ABC sama-sama. ABC kongsi berdua. Sudu pun kongsi berdua. Pernah kitorang ramai-ramai satu kelas gi Kajang nak cari barang-barang untuk hiaskan kelas. Nak balik tu bas penuh orang. Seat tak banyak. Dia kata bagi dia duduk and aku duduk atas riba dia. So, masing-masing dapat duduk takyah berdiri. Masa tu takde rasa apa pun. Rasa macam kami berpikir logik supaya sama-sama dapat duduk. Hahahaha. 

Kalau aku tak datang sekolah, nanti petang dia datang bawak semua nota yang perlu aku salin. Kadang tu aku tiru sekali homework dia. Senang kerja aku, malas pikir. 

Dulu rambut aku panjang. Ringkas je gi sekolah ikat biasa. Dalam kelas dia duduk belakang meja aku sambil buatkan tocang rambut. 

Masa kemas-kemas cantikkan kelas, tangan dia kotor sebab pasang langsir. Aku makan kek, dia nak sikit. Dia suruh suapkan je sebab malas nak basuh tangan. Kek yang aku suap tu kek yang aku dah makan. Bukan aku ambil kek baru. Terdiam kejap satu kelas tengok.

"Korang couple ke?"

Apa benda dowh couple-couple? Tangan dia kotor tu. Kau kalau nak cakap, aku suapkan jugak. Gitu je aku reply.

Maybe sebab aku macam jantan dan kasar, jadi semua orang anggap well, Diana memang selamba. Padahal aku memang crush dengan dia lama dah. Kahkahkah.

Aku takde memori macam ni dengan En Wan. Jangankan memori gini, memori berdating macam couple lain pun takde. Memori kitorang hanyalah surat-surat yang aku still simpan sampai sekarang.

Kalau fikirkan nostalgia, selayaknya si crushlah aku patut pilih. Sebab dah kenal lama and lebih rapat. But relation is not about who’s around the longest. It’s about who’s right for your future. 

Kadang, yang paling kita kenal zaman sekolah belum tentu yang paling faham siapa kita hari ni. Hati masih teringat crush lama, itu biasa. But you can’t make life choices just because you miss the past. Ada orang datang dalam hidup kita hanya untuk satu season, not for a lifetime. That season could be sweet, but when it’s done, terimalah. You can’t live in the same chapter when life has turned the page.

Itulah yang buat aku made that decision. Tapi lepas tu menangis macam nak rak. Nangis sampai bengkak mata. Kasi all out malam tu jugak. Esok bangun jangan pikir dah. 

Nangis tu bukan sebab kecewa tak dapat pilih dia tapi memori zaman sekolah tu yang buatkan sedih. Kitorang takde bitter memories. Dengan si tungau tu lainlah, banyak bitter memories. Kalau boleh tak nak ingat dah. Tapi dengan crush takde. All the nostalgia and happy moments from before hit me at the same time. Itu yang buat sedih.

Kadang kita bukan rindu orangnya, tapi memorinya. Kita rindu zaman tu dan versi kita waktu tu. Bukan orang tu yang sebenarnya kita nak, tapi the familiarity. But trying to be with them again is really just trying to go back to a past yang dah tak wujud. Kalau kita try nak create the same spark pun rasanya dah tak boleh. 

Umur 20-an kita dah tak senakal zaman remaja. Dah tak comel dah nak naik motor berdua huhahuha. Dah tak comel nak kongsi semangkuk ABC. Dah mengarut sangat nak naik bas beriba-riba. Orang dah pakai kereta dah masa tu. So yang kita rindukan tu hanya memori-nya, not really the person.  

Malam tu ingat dah habis dah. Sekali esoknya dia datang rumah. Pagi-pagi dah sampai depan rumah. Dia cuma nak make sure aku ok and tak terkesan dengan confession dia semalam. Dia tak nak sampai aku jauhkan diri sebab tak selesa. Aku cakap aku ok je cuma ye lah, terkejut. Dia bagitau dia faham maksud aku bila aku cakap rezeki kita cuma berkawan. No hard feelings. 

Serasi tak serasi takleh diukur dengan lama mana kita kenal seseorang. Yes, kitorang sekepala. Aku dengan En Wan karakter berbeza. Sekepala tu bagus. Tapi gabungan karakter yang berbeza pun tak semestinya tak ok. 

Kadang, karakter berbezalah yang saling melengkapi dan lebih strong daripada sekepala. Sekepala is nice, but without any new sparks, it gets boring. Segalanya predictable sebab sekepala. Yang tak sekepala comes with challenges. The challenges tu yang buat kita grow, belajar untuk adapt and appreciate new perspectives.

Kriteria kita zaman remaja dulu nak yang hensem, yang baik, yang tinggi. Standard macam tu memang normal masa muda, sebab kita nampak luaran dulu. Tapi seiring dengan bertambah umur, kita dah pandang benda lain. Kita mula appreciate karakter. Kita tak nak yang cuma cantik, tapi nak yang ada common sense, yang bijak, yang ada future, yang faham prinsip kita, yang boleh buat kita grow, yang always there bila life kita tengah complicated.


2026-02-21

Macamana Kak Di sanggup reject crush?


“Macamana Kak Di sanggup reject crush?”

Sebab BOLEH, dik 😆.

Tak. Bukan macam tu. 

Dia gini. Memanglah aku crush dengan dia bertahun-tahun. Sampai ke matrik masih lagi crush dengan dia. Padahal kat matrik aku dah couple dengan si anu. Maybe inilah yang dikatakan nostalgia hit hard. Everytime balik cuti, kitorang akan jumpa ramai-ramai kat port biasa. Bukan buat apa pun, sembang-sembang je.

Setiap kali balik cuti, sampai je rumah dia akan call rumah Mak Aji ajak lepak port. Ada satu kali tu aku dah ada kat port, dia call Mak Aji angkat.

“** dah start cuti ke?” Mak Aji tanya.

“Baru sampai ni, makcik. Stokin pun tak bukak lagi”

Kau rasa??? Mak aku lagilah pelik. Stokin tak bukak lagi dah cari aku. Mak Aji pernah tanya if si anon tu boifren aku? Aku cakap mana ada. Aku kan dah couple dengan si anu. Disebabkan semenjak sekolah lagi si anon always datang melepak sama-sama, Mak Aji takde lah syak lebih-lebih.

Tapi tu lah dia. Aku rasa bila kitorang dah left school baru dia realized he needs someone like me. Yang boleh jadi best friend at the same time lover. Dia kata letih hari-hari jadi protector, jadi hero (sebab awek dia junior). Setiap kali dating dia kena jadi protector. Kalau dengan aku dia boleh jadi diri sendiri.

Memanglahhhh. Sebab kita bermula dengan BERKAWAN. Kau dengan awek kau bermula terus jadi couple. Kita ni kena denda diri luar kelas pun sama-sama, menganjing pun sama-sama, aktiviti kat skolah buat sama-sama and aku jadi posmen kau hantar surat kat gf.

Kalau datang rumah Mak Aji,dia melepak kat dapur siap tolong gorengkan keropok and kopekkan ikan bilis. Kitorang punya close, sampai melepak dalam bilik baca buku sambil dengar kaset cina. That’s how close we were in those days. So janganlah bandinglah kita dengan awek kau tu, konfemlah takkan sama punya. Kita ni kenal dari zaman selekeh.

So macamana aku boleh tergamak reject?

Tidaklah reject buta-buta gitu. Masing-masing dah matang. Masa dia confess tu pun cara matang.

Kalau pikirkan memori, dia menang. 
Kalau pikirkan hati budi, dia menang. 
Kalau pikir persahabatan, dia jauh lagi menang dari En Wan.

Tapi aku pikir satu je  Aku and dia berkawan punyalah lama. Sepanjang bertahun-tahun tu dia tak nampak aku as someone yang dia boleh jadikan gf. En Wan on the other hand, accept dalam keadaan aku belum dapat offer apa-apa. Aku kenal En Wan jarak jauh. Bersembang pun dalam surat. Jumpa baru satu kali. Selebihnya surat and chatting. Belum sempat berdating macam couple lain, tapi dia ajak bertunang bila tahu aku dalam kesusahan. En Wan accepted me before we even had the chance to be truly close.

So En Wan menang kat situ. Itu je point yang buat aku kata kat si crush “Takpelah, rezeki kita cuma jadi kawan”.

Tapi dalam hati memang sedih gila kot! Menangis jugaklah aku masa tu. Tapi nangis sorang-sorang dalam bilik je lah. 

Bukan sedih sebab terpaksa memilih. Aku tak rasa berat nak pilih pun. Kepala aku otomatik pilih En Wan. Cuma sedih because of the memory, like we were close for years and totally missed it, only now we realize the connection was always there.

Kalau dengan si crush yang tak pernah sukakan aku pun aku boleh stay suka bertahun-tahun, apetah lagi dengan En Wan yang awal-awal dah sayangkan aku. Mesti aku boleh develop rasa sayang. Aku pikir tu je. And I did. Lama-lama rasa sayang tu muncul jugak.

Lagipun keadaan kita dah tak sama macam umur belasan tahun. Masa sekolah kita takde komitmen. Jadi kita pilih crush pun yang hensem, yang famous, yang sportsman, yang berjawatan. Umur 20-an kita start pilih teman hidup. Dan cara kita memandang bakal suami pun dah lain kriterianya. Datang pulak kriteria macam Ultrameng menyelamatkan mangsa. Memang aku terima je lah 😆. Janji Ultrameng sayang aku lebih. Penatlah syok kat orang bertahun-tahun tapi jadi posmen je. Kahkahkah.

Crush tu baik ke?

Yes, sangat baik. Sangat caring. Reliable. Tapi maybe all that sesuai untuk zaman tu saja.

Kawen aku dia tak datang. Kawan-kawan tanya dia tak dijemput ke? Takde sorang tau kisah kitorang. Aku tutup rapat. Aku je tahu kenapa dia tak datang. 

Kitorang berjumpa balik selepas kawen. Masa tu one of our friend buat open house raya. Aku tak tahu dia ada sekali. Dia pun tak tahu aku datang. Masa aku tengah ambil makanan, dia datang sebelah and ambil makanan juga. Dia cakap “Establish dah Diana sekarang, kan?”

Sedih aku. Maybe dia ingat aku reject dia sebab En Wan orang kaya. En Wan kebetulan datang bawa sport car masa tu. 

Kawan aku yang buat open house tu pernah bagitau yang si crush tu suka kat aku dari dulu tapi sebab we both terlampau rapat macam-macam benda mengarut buat sama-sama time skolah, dia macam segan nak confess. Rasa macam tak best bila from close fren tetiba nak romantik-romantik. Jadi dia tak confess sampailah kat Uni baru dia realized.

Tapi tu la, aku dah ada En Wan. Leaving En Wan is a big NO. Sebab effort En Wan aku sangat hargai. Bukan sebab terhutang budi, tapi nak jumpa lelaki yang sayang aku lebih tu, payah. Selama ni aku yang sayang orang lebih. Letih.
 
Orang yang close dengan kita zaman sekolah, yang nampak macam “match made in heaven” belum tentu itu yang kita perlukan untuk masa depan. Sebab terlampau sekepala. Maybe not good for growth. Untuk growth sesuai ambil yang annoying, yang kaki kondem dan yang menaikkan darah.


2026-01-02

Muka tak perlu hensem, sebab bila lelaki berduit, otomatik nampak green flag.


Betul kata kawan aku, lelaki hanya perlu jadi kaya/berduit. Muka tak perlu hensem, sebab bila lelaki berduit, otomatik nampak green flag.

Aku terpaksa bersetuju.

Tengok je la contoh-contoh yang kita nampak. Dari kalangan public figure, businessman, politician, tokoh korporat, artis, atau anyone yang dah established. Malas nak sebutlah, kan. Ramai dah contoh. Kadang tu tengok sekali imbas, macam tak sepadan je dorang ni. Isterinya cantik gila, suaminya biasa-biasa. Kadang-kadang tu tak faham celah mana yang hensemnya laki dia tu yang buatkan dia terpikat. Rupanya kaya. Berpengaruh. Ada network. Ada bisnes. Ada aset. Ada kedudukan. 

Nak tak nak, itulah hakikat. Kita dibesarkan dengan naratif romantik. Kononnya cinta itu buta, jodoh tu rahsia Tuhan, rupa bukan ukuran, yang penting hati baik. Fine, semua tu betul. Tapi dalam dunia realiti, dunia orang dewasa, money is important. Duit adalah simbol kestabilan, keselamatan, kebolehan, and power. Sebab tu bila lelaki berduit, automatik nampak dia green forest. Because money signals that he is capable. Mampu berdikari. Mampu urus hidup. Mampu tanggung orang lain. Mampu buat keputusan dan bertanggungjawab dengan keputusan tu.

Ini bukan tentang perempuan gold digger. Ini REALITI. Siapa je nak hidup susah? Zaman sekolah dulu ye lah, kita takde komitmen, jadi cara pandang kita dalam pilih boifren cuma nak yang hensem saja. Bila dah dewasa barulah sedar, hensem kalau tak berduit takkan ke mana. 

Sebenarnya perempuan tak kisah pun lelaki hensem ke tak. Selagi hidup dengan dia terasa selamat dan tak sengsara, itu lebih baik. Like it or not, it all comes back to money.

Lelaki yang berduit ni selalunya datang dengan pakej yang buatkan dia nampak lebih attractive walaupun muka biasa-biasa. Cara dia bercakap pun lebih tenang sebab dia tak terdesak. Sebab dia tahu dia boleh memilih. Body language dia pun lebih konfiden sebab dia tak perlu risau apa-apa. Cara dia buat decision pun lebih firm sebab dia ada ruang untuk buat silap dan bangkit again. All of this kind of gives off vibes yang orang selalu kata “karisma.” Padahal, bukan karisma semula jadi. That’s just what comes from having a stable life.

Itu bezanya lelaki tak hensem berduit dengan lelaki hensem tak berduit. Yang hensem tapi tak berduit selalunya cepat gelabah, cepat insecure, dan banyak keputusan dibuat sebab takut hilang peluang. His confidence is shaky sebab foundation hidup belum stabil. Jangan ceritalah lelaki tak hensem dan tak berduit. Kau rasa ada perempuan cantik nak pandang? Silap-silap kena cop lelaki gatal.

Lelaki yang sentiasa takde duit, the pressure yang dia sedang tanggung tu sometimes buatkan dia cepat marah, cepat defensif, cepat rasa terancam. Ini standardlah. Bila poket always kosong, emosi mudah terganggu. And this is not a stereotype. It’s just what you see in real life.

Lelaki berduit walaupun tak hensem, selalu dapat peluang dari perempuan. Perempuan bagi peluang untuk saling kenal-mengenal sebab perempuan nampak hidup lelaki tu settled. Lelaki macam ni bercakap pun tak rushing and tak try hard nak impress. Dia tak terlalu kejar perhatian sebab life dia dah penuh dengan benda-benda penting. Bila keluar dating pun tak stress.

All of that makes getting to know each other feel more natural. Akhirnya, yang buat perempuan stay bukan rupa semata-mata, tapi rasa selamat, tenang, dan yakin dengan arah tuju hidup lelaki tu. Sebab tu bila lelaki berduit, walaupun muka biasa, orang nampak dia as green flag. Bukan sebab duit tu yang menjadikan dia baik, tapi duit mengurangkan banyak faktor yang biasanya merosakkan hubungan.

Walaupun hakikatnya tak semua lelaki kaya tu baik, tapi persepsi tu wujud sebab untuk sampai ke tahap tu perlukan usaha. Lelaki yang tak berduit, walaupun baik, terpaksa effort lebih. Dia kena kerja dua kali ganda lebih untuk yakinkan yang dia boleh bagi masa depan. Dan tak semua perempuan sanggup tunggu. It sounds harsh, but that’s the reality.

Sebab itu jugalah lelaki kaya selalu menang dalam market jodoh, walaupun bukan paling hensem. Takyah peliklah kalau lelaki tua dapat perempuan muda dan cantik. Ini bukan teori konspirasi. Memang since dulu lagi, women tend to choose partners who can provide and protect. Bezanya sekarang, kita panggil “financially stable”, bukan “gold digger”.

Kalau perempuan pulak, cuma perlu cantik. Cakaplah macamana pun "Tapi kena beauty with brain" atau "Tapi yang penting hatinya.." Tu semua betul.  Tapi kalau dia tak cantik kau ada rasa nak kenal-kenal? Kalau tak kenal mana nak tahu hatinya, betul tak? Jadi tetaplah berbalik pada cantik dulu. 

Dunia kita masih visual. Otak manusia mudah tertarik dengan sesuatu yang sedap dipandang. Bila perempuan cantik, secara automatik, dia dapat perhatian. Perhatian tu bukan sekadar mata yang pandang, tapi peluang-peluang lain datang sekali. Orang nak kenal. Orang nak dekat. Orang nak offer job. Macam-macam peluang dia dapat, termasuklah peluang jodoh.

This doesn’t mean less attractive women don’t have a shot. Tapi realitinya, perempuan cantik lebih senang dapat akses ke lebih banyak peluang. She might not necessarily be the right fit for a life partner, tapi dia ada point yang menarik iaitu cantik. Bila cantik, ramai yang mendekat, bagi attention, or maybe sekadar nak sembang-sembang. Peluang untuk jumpa orang yang sesuai pun meningkat. 

Perempuan yang kurang menonjol dari segi rupa pula selalunya perlu effort lebih untuk dapat perhatian yang sama. This doesn’t mean being pretty is all that matters for a woman, tapi dari perspektif peluang, cantik memang memudahkan jalan untuk peluang-peluang datang. Bila peluang datang, barulah perempuan boleh pilih mana yang sesuai, yang baik, dan yang boleh dijadikan suami. 

Sebab tu lah perempuan masa anak dara sanggup berhabis untuk nampak cantik dan attractive. Dia ada misi. Misi untuk attract lelaki yang sesuai dengan dia. 

Post ni bukan mempertikaikan ketentuan Tuhan. Cuma when we talk about patterns, it’s hard to deny yang kekayaan seseorang lelaki boleh menukar cara manusia melihatnya. Termasuk cara perempuan melihatnya. Might be hard to swallow, but sometimes the truth is just honest.

2025-12-23

Takyah side mana-mana sebab nanti ujung-ujung tahu jugak siapa yang buat perangai.


Rakyat Malaysia takyahlah nak speculate macam-macam dengan kes Kamal-Uqasha tu. Sebab masih kat peringkat awal lagi ni. Kasi dia jalan dulu. Kasi dia keluarkan masing-masing punya version dan cerita, ujung-ujung nanti tau juga kisah sebenar.

Ramai ni mintak aku bagi POV pasal kes rumahtangga dorang berdua ni, tapi aku malas. Sebab aku dah masak sangat pattern macam ni - yang bila break je akan ada sorang saja beria nak cerita kebaikan dia dan keburukan lagi sorang. Lagipun. Aku sedang mereadykan mental untuk menghadapi tsunami hujung tahun yang berlaku setiap tahun, iaitu Johnny vs Amber Heard China (WYX) 🤣.

Ini adalah battle yang belum jumpa penghujungnya. Walaupun dah naik court, dan Johnny menang SEMUA pertuduhan, tapi si WYX dan coach-coach cerainya masih tak putus asa. Every year dorang akan keluarkan alasan-alasan baru tanpa bukti. Macam sama je kan dengan kes yang tengah berlaku kat Malaysia, ni? Hahaha.

Cuma bezanya yang kat Malaysia ni keluar macam-macam alasan sebab nak bercerai. Yang WYX tu dah break dengan Johnny, pastu kawen and bercerai dengan ex-husband, tapi masih nak attack Johnny lagi. Nak apalagi tak tahulah. Nak Johnny balik la kot. Menyesal lettew tinggalkan Johnny.

Banyak dah kisah-kisah macam ni kita tengok. At least dari apa yang aku observe, ada 3 kisah yang lebih kurang sama:

1. Johnny Depp and Amber Heard
2. Johnny Huang and WYX (Amber Heard China)
3. Diana Aniston and si anu

Kes Johnny Depp vs Amber Heard dulu. Sampai trauma si Johnny melayan perangai saiko Amber. Kena tuduh pukul sampai lebam-lebam. Katanya mangsa penderaan fizikal dan emosi sepanjang perkahwinan. Amber kata Johnny kuat mabuk. Setiap kali mabuk dia kena tampar, tumbuk, tendang. Pastu kena serang secara sexual.

Ujung-ujung rupanya dia yang saiko. Mujur kes tu naik mahkamah, habis keluar segala video and bukti-bukti jahat di Amber. Paling aku takleh brain yang dia berak kat katil. Kau dah kenapa berak atas katil masa Johnny tengah tido? Gila!

Memanglah Johnny Depp tu alcohol addict tapi sampai ke sudah TAKDE bukti dia pukul bini. Even ex gf and ex wife pun mengaku Johnny bukan kaki pukul. Punyalah selama ni Hamba Allah tu diam kena tuduh macam-macam, kena hencap dengan netizen sampai kena banned dengan Disney (Disney kan?), last-last baru kebenaran muncul. Dah lunyai member tu kau fitnah itu ini.

Kes Johnny Huang and WYX. Ini kes yang sangat sangat sangat UGLY. Sampai sekarang Johnny masih dihencap netizen. Walaupun dah menang dan takde bukti dia pernah lakukan keganasan, sampai sekarang haters masih gunakan modal tu untuk create naratif buruk pada Johnny.

Sama macam Johnny Depp, Johnny Huang pilih untuk senyap. Tak pernah lansung dia respond atau buat sebarang kenyataan balas bila dituduh macam-macam sebab dia tahu takde bukti. Yang si WYX pun bangang, macam-macam kau tuduh, bukti mana?? Siap kena saman fitnah lagi. Punnnnn tak serik-serik. Johnny makin famous, makin laku, makin fly high. Kau? Sedihhhhh.

Diana Aniston pun sama gak. Masa awal-awal break, si anu paling bingit bercerita pung pang pung pang konon aku ni jahat, curang, tak kenang budi, tinggalkan dia sebab pilih lelaki kaya. Aku? Diamkan aje.

Persamaan antara Johnny Depp, Johnny Huang dan Diana Aniston (nak jugekkkk nama ala-ala celebriti) adalah SENYAP bila dihencap oleh ex dan netizen. Diana Aniston pilih untuk senyap sebab malas nak argue. Misi aku bukan untuk menang. Misi aku adalah untuk KELUAR DARI RELATIONSHIP. Kau cakaplah aku apa pun, kau burukkanlah aku macamana pun. Orang keliling nak keji, I don’t care. Sukati. As long as aku berjaya loloskan diri dari kau, I’M OKAY! 💪🏻. Aku syak dua-dua Johnny tu senyap pun reason yang sama. Asalkan dah takde relation dengan korang, cakaplah apa pun. Gitu.

Tapi kesan mensenyapkan diri ni, nama kau jadi busuk. Puas la orang keliling kutuk keji kau. Johnny Depp rasai. Johnny Huang rasai. Aku pun dah rasai. Bertahun-tahun aku senyap and simpan. Elakkan diri dari jumpa kawan-kawan lama sebab aku tahu ramai yang tak suka aku masak tu. Aku kan jahatttt tinggalkan boifren untuk kejar lelaki lain. Lagipun aku tak nak En Wan jadi mangsa kutukan. Taknak nanti orang sok sek sok sek “Ohhh inilah jantan yang rampas Diana dari si anu”. Jadi, awal-awal dulu aku jarang join gathering.

Tahun 2007 post pertama aku di blog aku bercerita santai-santai pasal kisah cinta dengan si anu, that post went viral sampaikan kawan-kawan yang kenal aku mula tahu kisah tu. Then barulah dorang can connect all the dots.

“ohh patutlah masa tu…”

“ohh aku perasan ada satu time tu…”

“no wonder dia…”


Semua baru realized rupanya akulah mangsa. Tapi dah puaslah bertahun aku kena keji baru semua nak realised. Isokay, tak kesahhhhh. I am happier now.

Sebab tu masa kes Johnny Depp aku follow rapat. Siap pi celebrate makan-makan dimsum bila Johnny menang. Dan kes Johnny Huang pun aku follow and masih mendefend him setiap kali WYX buat gila. Because aku SANGAT FAHAM pattern ni. Pattern yang beria bercerita mengeluarkan alasan itu alasan ini tapi bukti tarak.

Kekal mendiamkan diri dan tak bercerita hal sebenar ketika orang keliling mengeji, is not easy sebenarnya. A part of you rasa nak mengamuk, nak belasah semorang and nak jerit kuat-kuat bagitahu hal sebenar. Tapi IQ 3 digit aku suruh pikir jangka panjang. Pikir misi sebenar. Berbalah statement takkan bawa aku ke mana-mana. Setakat menang mulut dan menang sokongan ramai nak buat apa? Misi aku adalah keluar dari relation tu. Itu the real victory.

Si WYX tu memanglah cantik. Model katakan. Tapi menjak break dengan Johnny sampailah sekarang macam meroyan. Padahal lepas break dia dah kawen lain, pastu bercerai. Tapi masih nak ungkit pasal Johnny. Nampau nau bitter Johnny makin success without her.

Tu yang macam-macam cerita dia keluarkan. Kejap kata kena pukul. Tunjuk gambar muka lebam-lebam. Pastu kejap kata Johnny curang. Kejap kata keguguran sebab stress. Kejap kata dua kandungan mati dalam perut kena pukul dek Johnny. Kejap nak bunuh diri, tapi tak mati-mati gak aku tengok. Eh letih kitorang melayan perempuan gila. Tunggu gak hujung tahun ni apa modal dia. Tak zabarrrrr. Tak sabar nak maki.

Dari kisah dua orang Johnny ni, aku nampak masalah utama bukan pasal penderaan, tapi tuduhan yang tak dapat dibuktikan, bercanggah dengan bukti, dan buatkan reputasi dua-dua Johnny hancur.

Johnny Depp menang kes. Johnny Huang menang kes. Tapi reputasi dorang drop walaupun dah menang, kan? Sebab haters gonna hate.

Menang kat mahkamah tapi tak menang di mata semua orang. Keputusan undang-undang adalah fakta dan bukti, tapi reputasi banyak bergantung pada persepsi. Dan persepsi ni, especially zaman media sosial, memang susah nak kawal sebab orang suka tengok majoriti.

Johnny Depp menang kes, tapi label dia, meme yang menganjing dia, naratif lama, semua tu masih orang buat main sampai sekarang. Sama macam Johnny Huang. Walaupun dah dibuktikan tak bersalah, tetap ada yang tak puas hati, yang masih menunggang isu lama, fandom wars bertahun-tahun.

So apa yang tengah berlaku dan pernah berlaku kisah-kisah rumah tangga retis, kau biarkan je dorang keluarkan statement sama sendiri. Takyah side mana-mana sebab nanti ujung-ujung tahu jugak siapa yang buat perangai. Tapi selalunya makan tahun la nak tahu real story.


2025-10-03

Cinta adalah emosi, dan emosi berubah-ubah.


Tetiba teringat drama She and Her Perfect Husband (pelakon Xukai & Yang Mi). Cerita pasal perempuan and lelaki ni desperate nak kawen. Yang laki nak kawen sebab nak elakkan mak dia asik setkan blind date. Yang perempuan nak kawen untuk dapatkan kepercayaan company. So they both buat perjanjian kawen sekian-sekian tempoh, tapi benar-benar fall in love selepas kawen.

Kalau ikutkan kebiasaan ramai orang, cinta tu penting. Sebab dari kecik sampai je besor, we grew up on love stories and drama, novel, filem, lagu. Semua bercerita pasal indahnya jatuh cinta. As if cinta tu penting kalau nak kekal bahagia. Tapi semakin matang, semakin kenal dunia, kita dah nampak yang hidup ni lebih banyak kaitannya dengan responsibility, kerja, family, anak, kewangan...barulah tersedar cinta saja tak cukup. Dan cinta tu tak berapa penting mana. 

Maybe untuk dak-dak muda yang teringin nak lalui fasa bercinta dorang akan rasa cinta is everything. Tapi untuk dak-dak tua macam aku ni, yang mana aku sendiri lalui bercouple tanpa cinta, aku terasa nak share perspektif aku pasal ni.

FYI, aku juga pernah bercinta. Macam nak bercinta! Sanggup berhabis duit, berhabis masa, berhabis tenaga. Orang lain pukul 10 pagi baru nak outing, aku pukul 6.30 pagi dah on the way ke town nak outing. 6.30 pm kat Kuching dah cerah, ya. Tak gelap. Tapi masih considered awal. Takde siapa gila nak outing pukul 6.30 pagi. Aku je.

Apesal nak keluar awal sangat? Sebab nak gunakan sehabis naik hujung minggu yang ada. Keluar 6.30 pagi balik 6.30 petang. Barulah berbaloi spend time katanya. Pergi breakfast. Habis breakfast pegi shopping. Habis shopping tengok movie. Habis movie main bowling. Habis bowling gi karaoke pulak. Semua duit aku. Tapi masa tu cinta punya pasal katakan, oh takpe berhabis. Cinta kan perlu pengorbanan. Asalkan bahagia. Pundek ah.

Rupanyanya jodoh aku dengan Mr Annoying. Dahlah annoying, jarang berjumpa pulak tu. Berdating pun dalam surat, dalam phone call. Tak tahu apa nak cerita bila orang tanya pengalaman bercinta. Sebab takde kenangan. Bayangkan gambar berdua-dua pun 4-5 keping je. Selebihnya gambar selepas kawen. Tak ke bosan perjalanan bercinta tu? Tapi rupanya ini yang menjadi.

Don't get me wrong. Bukan nak kata cinta tu langsung tak penting. Cinta ada fungsinya, kind of like a spark. Tapi kalau ditanya, bagi aku cinta sebelum kawen bukan penentu utama. Yang lebih penting, is our partner really ready for marriage?

Why do I say being ready really matters? Sebab kawen tu bukan tentang hati yang tengah berbunga-bunga. Kawen tu partnership. Kerjasama. A big project we will be carrying for life. Kalau dalam bisnes, partnership bermaksud kita sanggup bertahan, sanggup cari jalan penyelesaian bila ada masalah, sanggup tolak ansur demi kelangsungan. That’s what marriage is like.

Ramai orang yang bercinta bertahun-tahun, dari zaman sekolah, zaman uni, tapi akhirnya tak kawen. Ada yang putus sebab hal remeh-remeh, ada yang campur tangan keluarga, ada yang bila dah dewasa haluan hidup tak sama. Ada yang kawen sebab cinta, tapi akhirnya bercerai sebab tak boleh hidup bersama. Kalau cinta tu cukup, kenapa statistik perceraian makin naik every year? Kenapa orang yang dulu sanggup bersumpah sehidup semati akhirnya berpisah jugak? 

Jawapannya simple. Sebab cinta adalah emosi, dan emosi berubah-ubah. Hari ini kita cinta, esok kita marah. Hari ini kita rindu, esok kita menyampah. Sebijik macam WYX yang lansung tak konsisten. Kau yang mintak break pastu kau menggelepar bila ex kau ramai orang kejar.

Kalau aku takde kes dengan ex-bf dulu, mesti aku tak tahu yang aku rupanya boleh bercouple tanpa cinta. Rupanya aku salah sorang yang boleh start a romantic relationship tanpa bercinta terlebih dulu.

Turns out, readiness is what really matters. Orang yang benar-benar bersedia untuk kawen, dia akan fikir jauh. Dia tahu kawen bukan sekadar “aku sayang kau, kau sayang aku”. Dia tahu kawen bermaksud berkongsi hidup, berkongsi duit, berkongsi rumah, berkongsi masalah. Dia tahu tough times will come, and they are ready to face them.

Aku selalu guna analogi bisnes bila cerita pasal marriage. Sebab bisnes dan kawen ada persamaan, iaitu dua-duanya perlukan komitmen, modal, strategi dan inner strength (resilience). Dalam bisnes, tak semua keputusan partner kita setuju. Kadang-kadang ada projek yang kita rasa rugi, tapi partner yakin boleh menjadi. Kita akan bertekak, kita akan cuba buktikan hujah masing-masing. Tapi kalau bisnes tu masih ada potensi, kita takkan tutup kedai just because of one disagreement. Kita akan cari sekecil-kecil alasan untuk bertahan, untuk terus jalankan bisnes tu, selagi tak memudaratkan.

Marriage is the same. There will always be things we don’t like about our partner. Akan ada hari kita rasa nak give up. Akan ada waktu kita rasa pasangan tak faham kita. Tapi kalau kita sedar this is partnership, kita akan cuba pertahankan. Kita akan cari alasan sekecil-kecilnya untuk terus bersama.

Cinta semata-mata takkan buat kita bertahan. But being ready to share both the highs and lows, that’s what really keeps the relationship strong.

Satu lagi sebab kenapa aku kata cinta sebelum kawen tak selalunya penting, sebab lepas kawen, cinta tu akan berubah bentuk. Mula-mula kawen semua sweet, semua romantik. Semua yang ada pada pasangan kita suka. But after a few years, once kids come into the picture, bila ada hutang rumah, bila kerja makin sibuk, masa untuk bercinta dan romentik-romentik cuddle atas sofa tu jadi makin limited. So kalau harapkan rasa cinta berbunga-bunga sepanjang masa, kau memang akan kecewa.

Tu pasal ada orang yang cepat fedap bila keadaan dah tak sama macam dulu. Masa tu la ramai mula persoalkan, “Kenapa dia dah tak macam dulu?”, “Kenapa dah tak sweet?”. Padahal cinta tu tak hilang, tapi sebab hidup dah makin banyak tanggungjawab. Cinta still ada cuma dia evolve jadi lebih matang. Dia berubah daripada “I miss you, I love you” kepada “Jangan lupa bayar bil” or “Jaga anak kejap aku nak mandi.” 

Bunyi macam boring, tapi sebenarnya itulah real form of love. Love that’s not just about sweet feelings, but one that grows side by side with responsibility. Kalau masa bercinta dulu kau boleh call sejam dua jam cerita benda random, sekarang maybe love tu terzahir dalam bentuk laki tolong basuh pinggan bila kau penat, atau tolong ambik anak sekolah sebab kau ada meeting.

Kalau kita masih expect love tu mesti macam awal bercinta, we will always end up feeling empty. Tapi kalau kita boleh nampak love dalam bentuk-bentuk kecik macam ni, you will realize the love never really left, it just changed form. Yang tinggal adalah komitmen. Adakah dia orang yang balik rumah penat kerja tapi tetap tolong urus anak? Adakah dia orang yang berkorban kehendak sendiri demi bayar bil rumah? Adakah dia orang yang sanggup teman kita kat hospital bila sakit? At that point, it’s not just about love anymore. It’s about being ready and taking responsibility.

Bak kata Ustaz Kazem, cinta ni masa awal-awal je. Dah kawen, cinta ni dah takde. Yang ada cuma sakinah. Ramai orang boleh janji cinta. Boleh cakap "Saya akan sayang awak sampai mati”. But promises are easy to say, hard to keep. What really matters is being willing to put in the real work in marriage. 

Kalau dia betul-betul bersedia, dia akan tunjuk dengan tindakan. Dia akan belajar manage duit, simpan duit, fikir masa depan, bincang hal anak, usaha kenal keluarga kita, buat persiapan mental untuk hadapi susah senang. That’s worth way more than just berjanji-janji sayang sampai mati. Sebab janji cinta tak mampu bayar bil, tak mampu jaga anak, tak mampu penuhkan barang dapur.

I don’t wanna come off like I know everything. Ini bercerita dari perspektif sendiri saja. Aku lebih pentingkan orang yang ready dan mahu berkahwin. Maybe reason aku berani accept offer En Wan dulu sebab dia yang tiba-tiba bagi cadangan "Jom kita bertunang". For someone yang memang tengah desperate nak selamatkan diri, tiba-tiba ada orang offer ajak bertunang, walaupun antara berani tak berani, aku terus iyakan je. Sebab kalau dia tak ready, konfem dia takkan gamble diri nak bertunang. Dia boleh je bagi cadangan "Pergi report polis!". Tapi tak, dia offer untuk bertunang. Nampaklah kesediaan kat situ.

Yang aku pulak, disebabkan aku nak selamatkan diri, maka aku bertahan walaupun relationship aku dengan En Wan agak membosankan sebab ntahlah, takde apa pengisiannya. Couple, tapi makan sorang, outing sorang. Bertunang, tapi persiapan buat sorang, tempah kad sorang, tempah baju sorang. Boring sebenarnya. Tapi disebabkan misi aku nak selamatkan diri, aku bertahan. Bila dah kawen dah no turning backlah. Barulah tahu dia ni annoying rupanya. Tapi benda dah jadi, maka teruskan je la apa yang kita dah start ni. Hahaha.


2024-10-07

Kau and pasangan boleh berbeza latar-belakang. Kalau mindset sama, komunikasi bagus, insyallah boleh pergi jauh.


Topik Fazura-Fatah bersepah-sepah di mana-mana. Nak dijadikan cerita hari ni birthday En Wan, jadi aku tak ambil port sangat nak mengecheck FB and IG melainkan up pasal last day sales GreenAard. Ofis pun tak masuk hari ni. Dah pukul 4.30 pm baru tahu akhirnya dorang bercerai juga. 

Allah...sedihnya aku. Aku bukan fans Fatah mahupun Fazura. Tapi terkejut sebab unexpected boleh bercerai. Aku suka couple ni sebab sama-sama cantik. Dorang ni dari bertunang, ke menikah, ke becerai - it was all one big surprise. Buat kejutan sokmo, betul tak? Terpana kejap tadi baca berita.

Walaupun agak tegang sekarang bila Fazura kata punca PERTAMA adakah nafkah, aku syak ini bukan nafkah bulanan yang biasa-biasa seperti mana kita rakyat marhaen dapat dari suami. Tak mungkin Fatah tak bagi nafkah, dia orang beragama. Kalau nilai nafkah tak cukup seperti yang diharapkan, boleh jadi. Apa-apa pun it seems more like a communication issue, not really about financial support.

Siapa pernah tengok C-Drama Meteor Garden? Cerita tahun 2018. Drama anak-anak remaja zaman kolej. Dak-dak muda suka kisah cinta macam ni. Masa ni Dylan Wang (male lead) sangat ketara kekayuannya. Tapi sebab dia hensem, beliau dimaafkan. Drama ni 49 episod. Aku stop setakat episod 29 saja. Tak mampu nak meneruskan. Sebab apa? Sebab karakter female lead sangatlah bongok dan menyakitkan hati!

Ok sabajap. Aku tahu korang pelik apesal dari Fatah-Fazura tetiba jump ke Meteor Garden pulak. Tunggu. Aku tahu nak relatekan isu ni.

Meh nak cerita kenapa aku bengang dengan female lead. 

Nama karakter female lead ni Shancai. Bukan orang senang. Maknya berniaga makanan. Tapi Sanchai budak bijak. Dapat masuk universiti yang hebat. Kat Uni dia belajar tu ada 4 orang senior lelaki yang genius, digelar Group F4. Bukan saja genius, tapi anak orang have-have too.

Sanchai ada incident dengan leader group F4. Leader ni namanya Dao Ming Si, anak orang kaya, handsome, dan bijak. Membesar dalam keluarga yang busy dengan bisnes, Dao Ming Si menjadi anak yang rebel. Tak reti cakap lembut dan kasar. Dia dengan Shancai selalu bergaduh. But eventually dia suka kat Sanchai cuma tak pandai nak tunjuk love language. 

Shancai ni pula syok kat kawan kepada Dao Ming Si, iaitu Huaze Lei. Huaze Lei dah ada girlfren yang belajar di Paris. Sanchai tahu hakikat tu tapi dasar bangang, masih berharap juga. Masih terhegeh-hegeh nak berkawan. Bila girlfren Huaze Lei kembali ke Shanghai, Shancai masih lagi mengharap dan selalu cari peluang untuk merapat dengan Huaze Lei sedangkan Dao Ming Si dah terang-terangan tunjuk perhatian pada dia.

Bila Huaze Lei ikut girlfrennya ke Paris, Shancai heart broken. Dalam tempoh tu dia mula berbaik dengan Dao Ming Si. Walaupun Dao Ming Si ni jenis kasar dan tak segentleman Huaze Lei, Dao Ming Si adalah orang yang tak segan tunjuk perihatin dan always take inisiatif untuk pursue Shancai. Yang si Sanchai masih lagi pentingkan orang lain berbanding Dao Ming Si. Sikit-sikit dahulukan orang lain. Macam attention seeker pun ada perempuan ni.

Bila Huaze Lei balik dari Paris sebab break dengan girlfren, cewahhh Sanchai tiba-tiba merapat semula, kembali menyondol Huaze Lei. Broken gila Dao Ming Si bila dapat tahu awek dia masih nak pada Huaze Lei. Punyalah heart broken, dia pindah ke London. 

Bila Dao Ming Si pindah London, barulah Sanchai terasa kehilangan. Masa tu baru dia sedar Dao Ming Si sangat fun to be with. Huaze Lei adalah memboringkan. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dan Huaze Lei juga lembab, tak pernah ada inisiatif. Segalanya "terpulanglah pada awak" punya type. Bila keluar date dengan Sanchai tak pernah plan nak makan kat mana, nak pergi mana. Macam takde planning punya orang. Masa ni aku dah start maki "Padan muka kau!"

One day Huaze Lei confess dia tak minat pun pada Sanchai. Dia cuma perlukan distraction saja sebab baru lepas break dengan girlfren. Kahkahkah. Padan muka. Dah elok-elok dapat yang sayang kau lebih, kau gi kejar orang yang kau sayang. Padahal orang tu sayang orang lain. Sanchai is so unbelievably stupid and dense! Dia takde clue lansung Dao Ming Si ada perasaan pada dia. Like, come on lah. Kalau orang tu sanggup buat macam-macam untuk kau, takkan kau masih tak realize kot? Even selepas Dao Ming Si confess suka kat dia pun, dia macam blur-blur and unsure. Nak kata bodoh, dapat masuk uni yang hebat. Letih aku melayan perangai Sanchai. Dialah punca aku tak habis Meteor Garden.

Aku ingatkan En Wan tu dah cukup annoying, rupanya Sanchai lagi teruk (kahkahkah, tiberrr nak sabitkan dengan laki sendiri). Tapi sumpah, I cannot stand dengan character Sanchai. Dia punya lack of response even to normal questions pun aku dah nak explode. Belum lagi dengan dia punya constant flip flopping. Pastu dengan perangai insecure lagi. Memang menyakitkan hati. Kau ni terencat ke apa? 

Dah bercouple dengan Dao Ming Si masih lagi nak act macam stranger. Nak sorok-sorok dari orang nampak. Tak nak makan semeja kat kolej takut orang tahu dorang bercouple. Pastu bila Dao Ming Si nak kiss, mengelak. So what if Dao Ming Si nak kiss kau? Grow up and stop acting like you are 12, bongok! 

Bila Dao Ming Si post kat media sosial yang dorang berdua are now together, Sanchai boleh marah kat Dao Ming Si kenapa make it public? Eh bodoh! Kau tu dahlah miskin, bukannya cantik sangat pun. Untunglah pakwe kaya, famous dan genius bangga bagitau satu dunia dia bercouple dengan kau. Yang kau pulak lelebih malulah apalah. Patutnya boifren kau yang malu dapat girlfren terencat. Kau kalau aku lempang karang satu sen tak guna.

Memanglah Dao Ming Si was a jerk in the beginning but slowly dia belajar untuk berlembut. He risk his own life multiple times untuk selamatkan girfren bongok tu. Tapi apa Sanchai buat? Dia buat macam Dao Ming Si nothing. Aku macam...eh kau ni ada bipolar ke? Watak Sanchai ni sangat insecure to the core level. Takut hilang kawan. Takut bila ada boifren nanti kawan-kawan jauhkan diri. Takut digossip. Takut nanti reputasi as nice girl jatuh. Memang menyakitkan hati sangat watak dia ni. Tak matang dan incredibly annoying. Setiap kali dia bercakap aku macam nak suruh dia diam je.

SEKUFU. Meteor Garden highlights just how important sekufu is when choosing a life partner. Sekufu tak semestinya sama latar belakang sosial dan ekonomi, tetapi juga KOMUNIKASI dan MINDSET. You and your partner can come from different backgrounds, whether it’s in terms of upbringing, culture, or finances. Tapi kalau mindset sama, komunikasi bagus, insyallah boleh pergi jauh. 

Macam Shancai ni berasal dari working class family yang sederhana. Dao Ming Si pula born into extreme wealth and privilege. Perbezaan ni memainkan peranan dalam membentuk behaviors, beliefs, and responses to the world around them. Kelakuan Dao Ming Si mencerminkan didikanya. Dia membesar dalam dunia yang ada kuasa dan pengaruh. Shancai pula dibesarkan dalam persekitaran yang lebih simple, praktikal dan sederhana. Jadi masing-masing susah nak faham perangai masing-masing.

In real life, when two people come from vastly different environments, salah faham pasti akan berlaku. Contohnya, pasangan kita dari kecil dah biasa dengan birthday celebration. Dah biasa dapat duit raya RM1-2K dari family. Dah biasa parents bawa holiday overseas. Dah biasa girls day out. Tup-tup kahwin dengan kau, semua tu tak dipraktikkan, malah dihalang. For those of us who grew up without that kind of luxury, kita pasti kata, "Ah mengada-ngadanya nak demand macam-macam dari suami!" But for her, it feels like a downgrade. Dia akan question kenapa suaminya treat seperti tu?

Orang yang membesar dalam persekitaran sosio-ekonomi yang berbeza akan ada pandangan yang berbeza tentang duit, kewajipan keluarga, dan interaksi sosial. Perbezaan ni can cause friction, especially kalau pasangan tak memahami dan berkomunikasi dengan baik. Bukan nak kata memilih pasangan dengan upbringing dan environment yang sama gerenti bahagia, but at least ada ASAS yang boleh dikongsi. Bila sama-sama dari latar belakang yang serupa, they are more likely to understand each other’s values, priorities, and concerns without needing to explain. Ini boleh mengurangkan salah faham pada perkara yang remeh.

Aku dengan En Wan berbeza background macam langit dengan bumi. Dia pernah tanya "Kenapa TV rumah Di kecil?" Kau pernah terpikir nak tanya soalan tu bila datang rumah orang? Nasib baik common sense aku tinggi. Aku faham dia dibesarkan dalam keluarga kaya. Rumah dia takde TV kecil. Of cos dia pelik macamana aku ramai-ramai dalam rumah tengok TV kecik? Tapi bagi aku yang marhaen, size TV tak penting. Yang penting TV tu color. Tahun 1986 (Darjah 3), TV rumah aku masih black and white, ya. So bila upgrade ke TV color, bangga gila. Dah rasa kaya betul walaupun size TV paling kecil.

Masa kecil, shopping baju raya pun kat Singapore. Aku shopping baju raya kat Sungai Wang je. Itupun kat bakul longgok-longgok. Aku tak pernah duit raya dari Mak Aji and Pak Aji. Kitorang takde kemewahan seperti tu. En Wan pulak duit raya daripada ayah dia saja dah menyamai duit raya aku + Ima + Ibal. Masa kat Jepun, tahun pertama lagi dah mampu pakai kereta sport. Beli guna duit tabung sendiri. Aku nak beli BMX pun tak lepas. 

Redza punya duit raya pertama adalah dari En Wan, seawal umur 1 tahun. Masa tu aku pelik, apesal nak bagi anak duit raya? Sebab keluarga aku tak pernah praktikkan bagi duit raya kat anak sendiri. Tapi kerana En Wan dah biasa dengan cara itu, dia praktikkan pula pada anak dia.

Kalau nak ikut, aku dengan En Wan tak sekufu. Jauh sangat. Yang buatkan kitorang kawen pun sebab ada kes. Itu cara Tuhan takdirkan jodoh. Aku selalu cakap kat En Wan kalaulah jalan takdir kita macam orang lain ikut flow berkenalan-bercinta-berkahwin, nescaya aku tak pilih dia as husband. Aku takkan pilih keluarga kaya untuk jadi besan Pak Aji and Mak Aji.

Tapi berkahwin dengan En Wan, aku lalui banyak hal yang aku tak pernah experience masa kecil. Contoh, aku tak pernah ada birthday party. Birthday celebration kitorang adik-beradik hanya kek, makan sambil minum petang dengan family di rumah. Dengan En Wan, dia celebrate birthday aku macam budak kecil. Dengan belon, dengan bunga, dengan kek, dengan hadiah, dengan staycation. Every year. Sebab dia biasa dapat birthday party masa kecil dulu. Jadi, dia praktikkan until now. Tu belum lagi anniversary bertunang pun celebrate, anniversary pertama kali jumpa pun dia celebrate.

Tahun ni busy urusan Redza nak fly, for the first time takde staycation sempena birthday aku. Dia bawa makan je. Tapi itu pun dah ok. Masih lebih baik dari apa yang aku dapat masa kecil. Redza sampai pelik "Kenapa mama tak staycation kali ni?" Sebab dia biasa tengok mak bapaknya honeymoon setiap kali birthday aku. 



Bukti dapat wish dari anak bujang last year masa maknya pi staycation celebrate birthday. Tak, yang aku pelik sekarang apesal aku nak mention kat Redza "Papa tido awal malam ni?" Kahkahkahkah.

Sekufu mindset. Shancai dan Dao Ming Si ada cara berbeza approaching life. Dao Ming Si bersifat impulsif, agresif dan direct, Shancai lebih pendiam, berhati-hati dan selalu tak sure dengan apa dia nak buat. Perbezaan inilah punca banyak konflik between them two. 

Shancai kejap sure kejap tak sure nak in relationship dengan Dao Ming Si. Maybe berpunca daripada sifat rendah diri. Mindset dia dikuasai oleh perasaan rendah diri. Dia always takut nak buat keputusan sebab tak nak buat salah. Bagi dia, bila berbuat salah akan merendahkan lagi harga diri. Dao Ming Si pula dibesarkan dengan gaya hidup konfiden dan always dapat apa yang dia nak. Orang salah faham konfiden dia as arrogant. Bila dorang bercouple, Shancai selalu merasa Dao Ming Si berlagak. Manakala Dao Ming Si selalu merasa Shancai tak appreciate life. 

Part ni aku can relate. Masa single dulu, aku berazam takkan pilih pasangan hidup yang latar-belakangnya lebih hebat dari keluarga aku. Aku tak nak letakkan mak bapak aku dalam situasi tak selesa. Biar dapat besan yang sekufu, supaya dorang tak rasa segan atau rendah diri. Biarlah besan orang kampung menoreh getah pun, I don't mind. Besan orang kaya I don't want. Tapi tu la kan, yang aku mengelak tu yang aku dapat. 

But MAYBE what makes our relationship work, despite the differences in family background, is the fact that we both communicate a lot. Aku tak suka merajuk-merajuk atau memendam rasa berlama-lama. Apa yang aku tak puas hati, jam tu juga settle. I am very loud, En Wan tahu tu. Dia pun suka agaknya sebab lebih melegakan fikiran. Takyah nak drag masalah. Sekarang juga bergaduh sampai jumpa win-win solution. 

Good communication bridges the gap between different upbringings. Good communication and mindset yang sekufu is more important than social status. Because at the end of the day, what truly matters is how well you and your partner understand each other, not the background you come from.

In reality, having a partner with a shared mindset can make life challenges much smoother. Bila mindset sekufu, cara kita approach problems, ambitions, and emotions tak jauh beza. Bergaduh tu ada, tapi less likely to clash over how to handle situations. Kalau sama-sama ada kesepakatan dalam pengurusan expenses rumah tangga and parenting, we can work as a team tanpa salah seorang merasa unsupported atau misunderstood.

Dalam marriage, sebenarnya isu duit adalah nombor 2, atau maybe 3. Yang pertama is always communication. Kalau awal-awal kita transparent tentang soal gaji, nafkah, perbelanjaan rumah, pembahagian tugas atau apa-apa berkaitan, insyallah banyak masalah boleh settle. Bab duit, memang kena clear cut betul-betul. Kena ada black and white kalau boleh. Nafkah cash nak bagi berapa sebulan. Nafkah makan berapa. Nafkah tempat tinggal berapa. Nafkah perubatan berapa. Nafkah anak berapa. Ini kena clear cut. Kalau nak berkongsi duit, kena clear cut kau cover apa, aku cover apa. 

Sebelum kawen kena tahu apa kebiasaan pasangan. Kalau bakal isteri dah biasa dapat allowance RM500 sebulan dari parents, suami kena bagi at least sama nilainya. Tak salah aku UAI pernah cakap, kalau isteri dibesarkan dengan ada pengasuh, suami dah jatuh hukum WAJIB sediakan pengasuh untuk isteri. Kerana isteri dibesarkan dengan keistimewaan itu. Kalau sebelum kawen isteri punya skincare RM1000 sebulan, bakal suami get readylah dengan amount ni. Kalau tak sanggup, then berbincang. 

Kita yang marhaen ni toksahlah tuduh perempuan tu demanding, perempuan ni demanding. Gaya hidup dia dah memang begitu sejak sebelum kawen. Dia berhak untuk meneruskan gaya hidup kebiasaannya. Kalau dia taknak contribute duit untuk perbelanjaan rumah kerana nak spend untuk diri sendiri saja, dia tak salah. Sekurang-kurangnya kau tak payah beli skincare dia yang beribu tu. Kau tumpu pada nafkah wajib saja.

Lain kali sebelum kawen, tengok siapa kawan-kawan bakal isteri. Kalau kawan-kawannya have-have, chances are suami mereka pun have-have juga. Tengok apa suami-suami kepada kawan-kawannya provide, sebab bakal isteri konfem akan expect layanan yang sama. Kalau kau perasan stok-stok perempuan kaya yang hang out together, the husbands lebih kurang sepesen je dari segi gaya hidup dan mindset. 

Jadi, jangan salahkan pasangan kalau kelihatan seperti demanding kerana dia sudah berada dalam environment begitu SEBELUM jadi isteri kau. You cannot expect her to change. Kau sebenarnya yang kena level up. Some lelaki aku tengok time nak mengorat dulu bukan main effortnya. Propose atas cruiselah. Dengan taburan kelopak mawar dari ground floor sampai ke tingkat 12. Celebrate birthday kat awan biru segala. Bertunang atas hot ballon bagai. Pastu bila perempuan tu jadi isteri, kau ajak dia hidup bersederhana. Kau tackle dia cara kayangan, pastu nak hidup bersama cara marhaen. Mana boleh!

2024-02-20

Seorang perempuan hanya mahukan someone yang mengangkat bebannya


Ya ampunnnn. Meleret-leretlah pulak pertanyaan pasal si crush.
Nasib baik zaman aku ada crush ni tahun 90an.
Kalau aku remaja di tahun 2024, mahu sampai ke lubang cacing korang mencari siapa crush aku tu.
Seram pulak I.

Ada yang tanya "Kak Di, ini ke orang yang sama tukarkan rantai beskal dulu?"

Hoih! Beria aku gelak.
Peminat sinetron seorang Diana rupanya.
Sampai abang Marikh pun kau ingatkan crush.

Tak, abang Marikh tu senior.
Scene aku dengan abang tu satu je. Takde dah scene lain.
Yang crush ni sebaya.
Tapi idok le aku akan men-reveal wajahnya.
Alangkan si anu yang pernah jadi ex-bf pun aku tak penah tunjuk gambar, apetah lagi yang sekadar crush.
Tak pernah jadi bf aku pun.
Maka tak payahlah reveal gambar, walaupun gambar bersama kami banyak.
Ah gitew clue yang pertama dah keluar. Hahaha.

Perkara yang melibatkan kisah-kisah cinta lama ni, aku tak berapa suka tunjuk gambar.
Dalam kelompok kawan-kawan, kalau dorang tahu, tahulah.
Yang tak tahu, imagine je la muka Remy Ishak. Zul Aripin pun boleh.

Bukan apa, crush tu dah kawen.
Entah dia kelentong bini dia "Awaklah cinta pertama saya", siapa tahu, kan?
Dah elok-elok orang tu bahagia sekali tersebar muka laki dia pernah confess kat aku. Tak ke kiamat dunia?

Aku rasa fitrah seorang wanita memang suka kat kisah-kisah cinta, kan?
Bukan main yang bertanya aku macam-macam soalan.
Ada yang tanya "Akak tak rasa rugi ke tolak crush. Dia dah confess kat akak kot!"

Kau jangan nak saiko aku, ya.
Tak jauh mana pun orangnya.
Nak jumpa hari-hari pun boleh ni.

Ok ni aku cerita last, ya.
Lepas habis cerita ni, habis dah.

Lama aku tak contact dia.
Last jumpa pagi tu selepas dia confess.
Pastu tak jumpa-jumpa dah.

Yang pertamanya, sebab aku takde henfon.
Aku ada henfon umur 27. Aku kawen umur 23.
Dalam tempoh tu, jangankan kata crush, kawan sekelas pun aku lost contact.
Cuma sesekali balik Bangi kalau terserempak kawan-kawan tu, ada lah. Kalau tak, takdelah.
Masa tu kitorang semua masih 20-an.
Kejap ada yang kawen sana. Ada yang kawen sini.
Selalunya masa jemputan kawen dapatlah gathering.
Tapi aku tak pernah terserempak dengan crush.

Ada satu time tu kitorang bertembung.
Kawan lelaki buat open house.
Kebetulan minggu tu aku balik Bangi.
Singgah kejap open house rumah kawan. Tuan rumah greet.
Aku tanya “Sape lagi datang?”.
Maklumlah excited nak jumpa member lama.
Kawan aku bisik “X ada kat dalam”.
Serta-merta berderau darah aku.
Gila betul penangan chenta crush.
Dah 4 tahun kawen masih bergetar tulang rusuk bila dengar nama. Bladihel punya Diana.

Tapi aku menten cool. Sis cuba.
Nampak dia kat dalam rumah.
Aku angkat kening je. Percubaan nak nampak cool.
First time jumpa balik selepas 5 tahun. Mau tak gabra?
Dia tak datang ke wedding aku, jadi dia belum pernah jumpa En Wan.
Aku pun kenalkan En Wan.
Masa dia kenalkan diri pada En Wan, En Wan “Ohhh!”.
Sebab En Wan tahu cerita ni.
Guwa mengamalkan konsep tiada rahsia antara kita 🤪.
Mesti crush tu dalam hati "Oh, laki Diana tahu aku". Hahahaha.

Aku ambil makanan, dia pun bangun ambil makanan sekali.
Sambil senduk makanan, dia cakap “Establish ya Diana sekarang. Pakai kereta sport”.

En Wan bawa kereta sport masa tu.
Kawan-kawan lelaki kat luar berlonggok sembang pasal kereta En Wan.
Sedih betul aku masa tu.
Aku terasa dia syak aku reject dia sebab En Wan kaya.
Ku kira engkau sudah melupakan. Kerna itulah engkau nampak tenang. Lainlah aku....tiberrrr Aris Ariwatan.

Itu last aku jumpa dia sampailahhhhh 10 tahun selepas tu barulah kitorang jumpa balik di rumah aku.
Aku buat makan-makan. Invite member-member Bangi.
Tak sangka dia datang sekali.
Kenalkan wife and anak dia.
Lega semua dah move on.
Masa kat open house kawan aku dulu, dia belum kawen.
Bila dia dah ada famili, aku start lega.
Barulah tak akward nak bersembang.

En Wan kan everytime kitorang buat open house mesti dia cakap “Tak ajak pakwe lama Bangi datang ke?” 😆

Kau jangan acah-acah, ya bang.
Kalau aku ajak karang, berair mata.

Menjawab pertanyaan "Kak Di tak terasa rugi ke reject dia?"

Kalau tak rasa terkilan takdelah sampai akak kau ni bengkak-bengkak mata menangis.
Tapi maybe kena berada di tempat aku dulu baru boleh faham kenapa aku buat decision tu.

Perasaan tu macam letih + kecewa + terkilan.

Masa tu aku baru je accept En Wan.
Masih dalam troma dengan si anu.
Letih melayan perangai saiko dia tak hilang lagi waktu tu.
Baru nak rasa lega.

Bila crush confess, of cos happy.
Tapi malas nak repeat the whole process.
Sebab aku kalau sayang orang, memang all out.
Tau je la kan bila start bercinta the cycle goes like -- selalu nak call, selalu tunggu call, selalu nak , selalu plan itu ini, nak bagi hadiah itu ini.
Tu belum lagi masing-masing balik Uni.
Nak start menulis surat, email, mengecheck balasan.
What if dia busy tak sempat nak reply?
Nanti aku bengang, aku sakit hati, aku takde mood, etc.

Tak laratlah nak nak start all over again.
The process tu meletihkan.
Masa tu umur dah masuk 20-an.
Bercinta bagai nak rak ni sedap time umur belasan tahun je, 18-20 just nice because energy tu masih ada.
Now (at that point), aku nak orang pulak beria.
Aku nak relationship yang tak drain-kan aku dan tak bagi distraction.
So that I can do what I want dan I have the energy to pursue my dreams, dan aku tak payah nak put so much effort mengukuhkan relationship tu.
Pendek kata aku nak team mate.
Dia kenalah seorang ada plan dalam hidup, kejar dreams, rasional dan dia pembuka jalan.
Bukan aku je yang kena plan segala benda.

Dengan si anu tu aku drain.
Dia ni lembik dalam merancang hala tuju.
Kuat berangan.
Kejap berangan nak jadi tentera.
Kejap berangan nak jadi astronot.
Berangan jadi kaya.
Nak gi outing next week pun tak plan simpan duit share duit makan.
Asik harap aku. Apo?
Tapi itu bukan perkara besar. Yang besarnya, dia saiko.

Si crush ni ok.
Dia bijak. Dia baik. Dia kelako.
Cuma tu lah, aku dah penat.

En Wan mengangkat beban yang aku nak dalam relationship.
Dia rajin tulis surat, hantar email, hantar gambar berkeping-keping.
En Wan rajin ambil gambar tau.
Kalau dia tulis surat seminggu sekali, dalam tu at least ada 7-8 keping gambar aktiviti dia sepanjang minggu tu. Beria.
Bila effort dia lebih, terhiburlah juga.
Kalau tak, selama ni asyik akulah yang beria.
Akulah yang kena start dulu. Akulah yang kena plan apa-apa.
Macam syok sendiri je.

Bila En Wan ajak bertunang sebab nak elakkan si anu buat hal, that was really unexpected.
Takde siapa boleh jangka baru jumpa sekali, terus bertunang.
Aku tak tahu macamana dia boleh come out with that plan.
Entah apa dia bagitau mak bapak kat kampung dia nak bertunang.
Bawak balik awek ke kampung kenalkan kat family pun tak pernah, tau-tau nak bertunang.
Dahlah tengah belajar.
It was a significant decision he made.
And for that, I thanked him because beban aku memang hilang.
Walaupun aku sendiri tak yakin apa nak jadi in future waktu tu, takpelah.
At least step pertama dah dibuat.

Masa balik bertunang, En Wan bawa balik banyakkkkk sample tanah dari kebun-kebun kat Nagaoka untuk thesis aku. Happy sangat.
Bila banyak sampel, kebarangkalian nak jumpa positive result tu lebih tinggi.
Aku memang nak team mate yang macam ni.
At the same time dia tolong test toxicology tanah untuk matchkan dengan result aku di sini.



Betul video tu cakap, seorang perempuan hanya mahukan someone yang mengangkat bebannya.
Dia gunakan contoh perempuan yang dalam bisnes.
Ada satu lagi contoh, iaitu anak sulung yang dari kecil kena uruskan adik, tolong mak bapak, kena jadi contoh pada adik-adik, kena itu, kena ini.
Perempuan macam ni, kau tak payah question kemampuannya menguruskan task.
This woman only needs someone tempat dia bermanja-manja.