2026-05-31

Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki

Hari tu nampak orang buat statement “Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki”

Tak. 

Salah.

Semua orang jangan miskin. Tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira latar belakang, rupa, pendidikan. Kalau ada pilihan, janganlah pilih untuk hidup miskin.

Kasar bunyinya? Memang pun.

Miskin ni bukan sekadar takde duit. Dia datang sekali dengan limitations banyak benda. Bila miskin, kau tak boleh memilih, freedom kau limited, suara pun tak didengari. Banyak benda yang orang lain boleh ambil mudah tapi kau kena fikir berkali-kali. Nak makan apa, nak pergi mana, nak sakit pun kena fikir dulu mampu ke tak.

Masa kecil dulu, dapat pergi Langkawi. Jalan-jalan kat kedai, arwah nenek cakap "Pilihlah satu T Shirt". 

T Shirt Langkawi yang jual-jual tepi jalan tu. Yang warna putih with printed gambar kat depan. Basically T Shirt bodo la orang kata. 

Itu punnnnn aku ambik masa nak pilih. Sebab benda jarang dapat. Takde duit nak beli selalu. Jadi bila ada peluang, kena fikir boleh pakai ke mana aje kalau beli ni, boleh tahan lama ke tak, berapa kali boleh pakai in a week. Kalau boleh biar dapat maksimumkan pemakaian, janganlah setakat boleh pakai 3-4 kali je. Selalunya baju-baju aku warna putih je lah, sebab boleh pakai ke aktiviti sekolah dan boleh match dengan seluar apa-apa warna.

Dulu kalau beli baju kurung raya pun macam tu. Biar baju tu boleh dipakai berkali-kali, boleh pakai sesuai ke mana-mana majlis. Walaupun minat juga baju kurung moden, aku always ended up pilih baju kurung pesak biasa. Senang boleh masuk ke mana-mana majlis.

Itulah impak dari miskin. Benda simple pun jadi complicated.

En Wan ada satu sweater warna green neon. Masa dia beli tu aku cakap "Neon green? Berapa kali je boleh pakai ni?"

Bagi aku, baju jangan pilih yang terang-terang sangat sebab tak sesuai nak bawak ke semua tempat. Better beli warna-warna selamat.

Pastu En Wan jawab "Kenapa nak kena pakai banyak kali?"

Menung kejap aku digest statement dia. 

Lain betul mindset orang yang dari kecil dah berduit. Dorang tak perlu pikir nak memaksimumkan usage of baju. Pakai sekali dua jadiklah, gitu. Sedangkan baju-baju aku ada yang dibeli 10 tahun lepas, 15 tahun lepas. Masih aku pakai sampai sekarang. Begitu selamatnya warna-warna yang aku pilih. Merentasi zaman!

Tapi ada betulnya juga dengan statement "Lelaki jangan miskin". Sebab lelaki dari dulu dah diexpect untuk jadi provider, kena kuat, kena cekal, kena handal. Kalau tak, kau dilabel "lelaki tak guna”, “tak mampu jaga family”, "tak provider". That pressure is real.

Tapi, perempuan pun tak kurang struggle-nya. Perempuan maybe tak dibebankan dengan expectation yang sama, but they face a different set of challenges. Kena fight untuk dapat same treatment, kena buktikan kemampuan dua kali ganda, kena balance antara kerja + keluarga + expectation sosial yang tak masuk akal. 

And what happen kalau perempuan miskin? Double struggle. Orang tak pandang kau. Apetah lagi lelaki. Dorang pandang sebelah mata je kat kau.

Toksah beria la kata lelaki tak pandang rupa, yang penting hati. Pantek kaulah. Kalau takde rupa, mana mau kau datang dekat nak kenal-kenal hati dia? Takde pun. Jadi, perempuan tak perlu cantik semulajadi. Kau ada duit, otomatik boleh jadi cantik bergaya.

Sebab tu aku kata, jangan miskin. Bukan sebab materialistik, tapi sebab duit is a tool to survive. A tool to make choices. A tool to get out of stressful situations. And a tool to say NO when you need to.

Orang selalu kata "hidup sederhana itu lebih baik”

Ya, betul. Tapi jangan salah faham. Yang sederhana tu GAYA HIDUP saja, bukannya takpe kalau miskin. Salah dah pemahaman tu.

Cuba tanya orang yang tak cukup makan, yang kena kira setiap sen sebelum beli barang dapur, yang kena simpan rasa sakit sebab tak mampu jumpa doktor. Tanya dorang indah ke hidup dorang?

Aku bukan cakap semua orang yang miskin tu malas. Ramai je yang kerja keras gila-gila tapi masih struggle. Because systems, opportunities, and background all play a role. Tapi dalam apa pun keadaan, kalau ada peluang untuk keluar dari kemiskinan, kau kena fight. Jangan pasrah berserah, especially kalau kau lelaki. Sebab tanggungjawab kau tak kecik, ya. Hidup kau bukan takat survive hari ke hari, but also about improving your life and those who are counting on you. Kalau kau stop trying, kau dah musnahkan masa depan orang lain yang bergantung kat kau.

Kebanyakan lelaki kalau cakap pasal "Lelaki tak boleh miskin, dunia jahat pada lelaki miskin", benaunya dia nak tuju ke perempuan yang tinggalkan dia.

Hello? Takde maknanya perempuan yang dah hidup bersama dengan kau boleh tinggalkan kau bila kau miskin. Perempuan tu tinggalkan kau bukan sebab kau jatuh miskin, tapi sebab kau PEMALAS!

Perempuan tu penat bila tak nampak effort kau. Perempuan tak bodoh, ya. Dia takkan tinggalkan kau bodo-bodo gitu kalau takde sebab. Some lelaki bila dia tengok pasangan boleh cari duit, willing to share, dia rasa macam that perempuan selesa dengan cara tu selama-lamanya. Jadi si lelaki pun relax, kerja santai-santai, takde rasa nak pikul tanggungjawab. Until, perempuan tu bersuara dan tinggalkan dia, mulalah dia kata "Perempuan bila dah ada duit, berlagak".

Aku rasa ramai lelaki tak faham situasi ni. 

Perempuan kalau dah sayang, semuanya dia bagi. Sangat tak logik kalau kata perempuan berubah bila ada duit. Sebab perempuan bila takde duit pun dia akan bagi segalanya. 

Perempuan bukan berubah bila dah ada duit. Dia berubah bila dia sedar bukan dia yang patutnya pikul beban yang sepatutnya dipikul bersama. Dia 50-50 dengan kau pun dia ok. Yang jadi tak ok tu, bila dahlah dia contribute expenses 50-50 dengan kau, masak pun dia, urus anak pun dia, urus rumah pun dia. Time ni lah perempuan start naik hantu. Bila naik hantu memang semualah dia ungkit.

Ramai lelaki ingat perempuan kalau sudi berkongsi, sudi terima lelaki tu seadanya, bermakna sampai bila-bila perempuan tu akan bertahan walau apa pun berlaku.

Tak.

Many women stick around because they are holding on to hope. Hope that the husband will finally step up, pull their weight, and take responsibility. Tapi bila kau rileks santai goyang telur, jangan salahkan dialah kalau dia nak lari. 

Bila dia lari, jangan salahkan duit. She didn't leave because kau takde duit. She left because she got tired of waiting for someone who was comfortable letting her carry everything on her own!

Sebab itu jangan miskin. Bila kau ada duit, banyak benda berubah. Kau ada pilihan. Kau boleh pilih kerja yang kau nak, bukan sekadar kerja yang kau terpaksa ambik. Kau boleh pilih untuk keluar dari environment yang toksik. Kau boleh pilih untuk jaga diri kau. Kau boleh pilih untuk bagi kehidupan yang lebih baik pada orang yang kau sayang. 

Kalau takde duit, banyak pilihan tu hilang, termasuklah hilang bini.


2026-05-30

YES, BERTUDUNG MEMANG TAK SECANTIK TAK BERTUDUNG. FULLSTOP.


Aku rasa betullah, ramai yang baca blog post aku di IGS ni readers dari kalangan selepas aku bertudung. Dorang tak sempat melalui zaman-zaman camwhore aku. Tapi eloklah tak sempat, kalau tak korang jadi haters agaknya. Hahaha.

Again hari ni menjawab soalan.

YES, BERTUDUNG MEMANG TAK SECANTIK TAK BERTUDUNG. FULLSTOP.

Bukan kata yang bertudung tu tak cantik. Of cos cantik. Tapi, sebenarnya dia lebih cantik bila tak bertudung. That's why bertudung tu bukan untuk bercantik-cantik, tapi cover kecantikan.

Ini gambar contoh, aku selfie baju yang sama. Bila free hair rasa macam bergaya gila aku, sebab boleh tuck in baju dalam seluar, boleh gayakan rambut. Baju pun nampak cantik sikit sebab ada detailing kat dada. Tapi bila baju yang sama dipakai dengan tudung, kureng menyerlah. Sebab takleh tuck in, nanti nampak bontot. Detailing kat leher and baju pun tak nampak sebab kena cover dada dengan tudung. 

Dan sebab itu jugalah, ujian orang bertudung tu sebenarnya sama hebat dengan yang tak bertudung. Nak-nak lagi zaman sekarang fashion tudung pelbagai, gaya tudung pelbagai. Yang berniqab pun masih lagi nak mekap mata, kerana itu bahagian cantik yang boleh ditunjuk. Sebab memang itu hakikatnya, bertudung sorokkan kecantikan. Tu pasal susah nak buat. Nak istiqomah lagi susah.

That's why aku cakap semalam, kalau boleh buat sikit, start dengan yang sikit. Kalau kau rasa hanya mampu start dengan berselendang, start je lah. Ada sorang ni kata dia nak start dengan pakai masa keluar weekend dengan suami je boleh tak?

Alah, dik. Janganlah mintak kebenaran kat akak. Karang akak kata boleh, laki kau cari aku pulekkkk. Tanyalah suami. Tapi kalau nak pandangan aku, aku ON je kalau kau nak pakai on weekend dulu. Kasi warm up orang kata. Biasakan diri dulu. Lama-lama mana tahu selesa dan bersedia, betul tak?

"Nanti apa orang kata.."

Pegi mamposla apa orang nak kata. Manusia ni selagi ada mulut selagi tu dia akan berkata. Kau ada pilihan untuk layan dengan tak layan. Pilihlah tak melayan. Yang nak melayan buat apa.

Dia sebenarnya, kalau kau betul nekad nak berpakaian syari'i, kau kena tukar circle kau. Tu je caranya. Aku pernah try.

Awal-awal bertudung dulu, dalam 3 tahun juga aku berpakaian syari'i. Berjubah all black. Masa tu aku join kelas agama. Reason aku join sebab situasi aku dari someone yang agak daring, lalu bertudung. Circle aku masa tu semuanya dari kalangan sales person yang free hair. Industri aku tak ramai player melayu perempuan. Ramainya lelaki. Tapi yang paling ramai adalah non-malay. Girls. Semua penampilan cenggini haaa 👍🏻👍🏻👍🏻. Berada dalam circle tu selepas bertudung, dah dropkan peluang aku 50%.

I tell you, ini aku bercakap pasal realiti, ya. Dalam sales, penampilan comes first. Kau power buat sales macamana sekalipun, kalau penampilan kau tak grab attention, kau dah 50% kalah dengan orang lain. Sekarang ni aku bukan berjumpa kawan-kawan. Aku berjumpa strangers. Strangers takde masa nak melayan aku kalau first impression dah out. Sebab tu orang sales penampilannya outstanding.

Gambar aku yang berbaju putih see thru tube merah tu, someone cakap "Kak Di seksi tapi tak nampak murah macam Kak **"

Kau jangan macam-macam, ya. Karang aku kena serang.

Aku dulu kerja ofis. Kerja ofis ni, seksi dia ada limit.

Kedua, customers aku academician and resercher. Kalau pun aku menyeksi, masih kena ada gaya profesional. Jangan ingat aku jumpa customer dengan baju see thru tu. Tu dalam opis. Dalam opis aku bukak blazer. Jumpa customer aku pakai blazer. Takkanlah aku ke hulu-hilir dalam kawasan uni dengan tube merah aku tu. Teleng kepala student karang.

Bila bertudung, aku rasa down sebab aku nampak sangat selekeh antara dorang. Aku dapat rasakan customer nak jumpa aku pun malas nak berlama-lama dengan aku explain things. But at the same time, aku taknak cabut tudung ni. Jadi, aku rasa aku perlu ada foundation yang kuat. Maka, aku cari kelas agama.

3 tahun juga aku join that class. Crowd aku berubah dalam 3 tahun tu sebab aku banyak habiskan masa dengan crowd yang baru. Berada dalam crowd tu umpama kau pergi Mekah. Kat Mekah mana ada orang free hair? Nak jumpa orang perempuan berseluar and berblouse pun susah. Semuanya pakai jubah hitam. Aku join kelas hafazan, kelas fardu ain, join ceramah-ceramah umum. Aku join that kelas, aku blend diri aku with them supaya aku rasa selesa dengan penampilan bertudung. Sebab kalau aku takde crowd ni, aku rasa aku struggle sorang-sorang mempertahankan tudung aku.

Selepas 3 tahun, aku dah serasi dengan penampilan bertudung, dah rasa tak lengkap kalau keluar rumah tak bertudung, dah rasa biasa bertudung. Dah tak rasa apa dah duduk semeja dengan orang free hair. Dah pandai bergaya walau bertudung. Konfiden tu datang balik sikit demi sikit. Plus, hari-hari aku masih berselfie kat rumah sebelum gi kerja, so everyday lepas berselfie aku rasa "Yep, still got it!". Camwhoring is LIFE! 😆

2026-05-29

Someone yang biasa dengan gaya daring, tiba-tiba pakai tudung — BERAT.


Post hari ni menjawab DM lagi.

Dia kata dia blog reader dari sebelum ada Rayyan. Blog readers yang baca blog aku sebelum 2010 adalah blog readers yang familiar dengan penyakit camwhoring aku. Lepas ada Rayyan aku dah jarang upload gambar selfie sebab tak lama lepas dapat Rayyan aku dah bertudung. Dia cakap she’s one of those yang terkejut tiba-tiba one day aku tepek gambar bertudung kat blog post.

Yes, aku ingat post tu. Gambar selfie kat ofis, pakai tudung sarung beli kat Giant Putra Heights. Nak pakai shawl tak pandai lagi masa ni. Pakai je tudung awning sarung tu, settle.

Masa tu kan lain tau rasa dia. Firstly, rasa apesal cepat sangat aku bersiap? Sebab aku takyah membega rambut like dulu. Muka aku berubah sebab rambut. Bila dah pakai tudung, aku tak nampak wajah aku yang pelbagai. Jadi boring. Bila boring, aku mekap pun ala kadar. Sebab excitement tu dah takde. Terasa jugak selekehnya aku ni pi jumpa client. Tudung sarung, baju blouse loose, loose pants. Macam tak semenggah. Tak bersiap. Terus jadi demotivated nak buat sales because aku tak seronok dengan diri sendiri.

Shopping beli baju semua tak berkenan. Masa tu baju untuk muslimah semua buruk. Sumpah aku cakap BURUK! Dengan kain tebalnya, kain kejung, warna pun jenis warna murah. Pakai macamana pun tetap nampak tak cantik. Benci aku. Masa ni mulalah rasa menyesal tak pikir habis-habis sebelum bertudung. Aku bukan nak orang nampak aku cantik, tapi aku nak seronok tengok diri sendiri cantik. Kalau aku sendiri menyampah tengok muka aku, camana aku nak carry diri aku depan orang?

Aku pernah kata dulu, someone yang biasa dengan gaya daring, tiba-tiba pakai tudung — BERAT. Berat sangat nak meneruskan bertudung. Sebab banyak benda kena “start from scratch”. Bukan senang untuk someone yang dah biasa pakai baju tak cukup kain, tiba-tiba bertudung. Orang yang dari kecil dah bertudung takkan faham perasaan ni. Senang-senang je nak memaksa itu ini. Belum apa-apa dah ada yang komen suruh aku pakai tudung yang labuh (tudung sarung tu memang kecik). Kau boleh sabar tak?? Aku baru first day pakai, saitan.

Kau tak tahu beratnya someone yang bertahun-tahun free hair, bertahun-tahun pakai skirt pendek, bertahun-tahun pakai blouse see thru nampak bra kat dalam, nak mengubah penampilan. Jadi bila aku cuba untuk berubah, bagi aku masa.

Sengaja aku cover gambar ni dengan tulisan, kalau tak, pitam menengoknya.

Geram je aku baca dak Gen Z tulis kat Thread dia menyampah tengok Gen X and Millenials dah umur 40 an masih nak pakai jeans and sport shoes. Eh hello?? Seluar jeans and sport shoes tu dari zaman acik lagi dah ada. Tu baru acik pakai jeans, kau jangan sampai acik cari balik inner merah ni. Jangan nak macam-macam ya. Setakat kau punya OOTD tu acik bagi side eyes je *flip shawl RM39*

Bukan senang orang macam aku nak yakinkan diri sendiri untuk bertudung. Kau tak tahu berapa ramai aku hilang kawan sebab penampilan aku berubah. Customer pun ada yang dah tak mesra dengan aku sebab perubahan aku dorang nampak macam drastik sangat. Ye la, dorang pun pelik last week datang pakai skirt pendek, tau-tau hari ni bertudung. Masuk ajaran sesat ke apa Diana ni? Aaa gitu agaknya dorang pikir.

Jangan kata customer, kawan-kawan satu industri yang kenal aku pun terkejut “Eh Diana? What happened?”

What happened dia kata 😆.

Tapi aku fahamlah kenapa. Sebab aku dulu bukan sekadar free hair. Aku level atas sikit dari free hair tu. Jadi bila aku bertudung, orang takut.

Masa ni dah pandai pakai shawl. Nasib baik ada Ariani. Shawl and tudung dia semua kena dengan selera aku. Masa ni beli shawl Ariani macam beli ikan. Sauk sauk sauk sauk, bayar. Tak pikir harga dah. Pikir nak cantik je. Sebab aku dah “hilang” rambut aku. So I need replacement. That replacement mesti cantik. Ariani punya shawl cenggini 👍🏻👍🏻👍🏻. Tapi poket rabaklah.

Masa ni tudung masih singkat. Sebab sayang pulak baju ada details kat dada tapi tak tunjuk kat orang, kan? 😆 Maka aku “terpaksa” singkatkan tudung. Waktu tu aku dah givap mencari baju muslimah. Last-last aku pakai je blouse macam biasa. Blouse aku dalam gambar tu semuanya see thru. Tapi aku pakai inner penuh. At least takde la nampak selekeh sangat. Barulah datang balik konfiden aku.

Now dah banyak baju loose long sleeves yang cantik-cantik. Dulu aku selalu beli kat Dorothy Perkins, now brand tu dah takde. So aku shop kat ELLE and Eichitoo. Kalau seluar, Uniqlo. Tapi dah lama aku tak shopping. Malas.

Aku lalui semua proses ni, jadi aku sangat faham kalau ada orang yang pakai tudung lilit tengkuk, pakai selendang jambul terkeluar kat depan, pakai turban, pakai baju ketat — aku faham. Aku bukan orang terbaik nak cakap pasal hukum, tapi aku percaya Allah memandang usaha. Dia tahu hidayah yang dia bagi tu berat untuk kau carry. Dalam ramai-ramai orang, DIA pilih kau yang hari-hari pakai baju tak cukup kain, untuk bertudung. Maka, singkat ke, lilit ke, pakai je dulu.

Sebenarnya aku lagi surprised bila En Wan support aku bertudung. En Wan tak pernah encourage aku bertudung sebelum ni. Dia memang suka aku free hair. Baju-baju aku semua dapat approval dia. Kalau dia kata cantik, walau aku tak berkenan, tetap beli. Bila aku cakap nak bertudung, dia ok je. Cuma bersyarat. Syaratnya gaya bertudung tu kat luar je. Kat rumah kena stay macam sebelum bertudung. Still with shorts and sleeveless. Dia tak suka aku sopan sangat kat rumah.

Masa mok tinggal sekali, aku pakai kat dalam bilik je. Now mok dah tak duduk sekali, aku masak kat dapur pun pakai T Shirt je. Seluar pun tak pakai. Tapi T Shirt tu paras paha la, takkanlah paras spender pulak. Tak siap-siap pulak aku masak nanti. Kahkahkah.


2026-05-28

Wajah boleh berubah


Semalam aku tepek poster pasal “wajah bole berubah”. Ni aku bagi contoh. Sebab dia ni natural takde plastik surgery. Cameron Diaz.

Ramai jugalah yang konon terkejut apesal Cameron Diaz jadi macam ni. HABIS TU?? Nak yang macamana? Dia yang gojes meletop pun berubah wajah bila dah tua, apetah lagi kau yang zaman muda pun orang tak mandang. Dah diam!

Ni Mak Aji zaman muda. Dia lagilah macam hindustan cuma kulit tak gelap je. Lainlah yang sebelah tu, dari kecil jelas kemalapannya. Kahkahkah.

Muka kita memang boleh berubah bila bertambah umur. Takyah tunggu tua sangat. 10 tahun pun dah ada beza. Bukan kata berubah tang kulit je, tulang muka pun berubah. Sometimes ada orang muka dia makin tua muka makin masam walaupun bukan tengah marah.

Hidung pun sama. Makin tua, tulang rawan kat area hidung making soft. Nak pulak bila makin tua, kulit dah tak solid macam zaman muda. Jadi hujung hidung tend to jatuh sikit m. Bila jatuh, struktur hidung pun berubah sama. Hidung kau boleh nampak makin panjang atau makin besar. Tapi, jangan samakan dengan orang yang buat hidung. Hidung takkan jadi semakin mancung seiring dengan usia kalau asal-asal hidung kau memang tak mancung.

Tapi paling nampak jelas is kulitlah. Sebab kulit ada kolagen and elastin. Yang bagi kulit kuat is kolagen. Yang bagi kulit tegang is elastin. Bila umur bertambah, kulit kita jadi lebih nipis. Bila nipis, dia mudah dry. Bila dry, dia senang berkedut. Raut muka boleh berubah disebabkan ini.

Reason aku suka berselfie dari zaman muda sebab muka. Bukan perasan cantik, tapi aku memang dah realized muka boleh berubah dengan ekspressi, dengan gaya rambut, dengan mekap. Tu yang buat aku excited nak berselfie everyday. Mekap and gaya rambut boleh buat muka aku lain. Dulu rambut aku panjang. Jadi banyak benda aku boleh buat kat rambut aku ni supaya muka aku nampak lain everyday.

Sampai sekarang tebiat aku macam ni. Sekarang pun aku selfie everytime lepas mekap. Aku jarang selfie dengan tudung. Sebab gaya tudung aku sepesen dari dulu sampai sekarang. Aku tak pandai bertudung macam orang lain, kejap ikat pesen lain, kejap lilit pesen lain. Jadi no point aku selfie dengan tudung. Takde beza banyak. Tapi berselfie dengan free hair, muka kau boleh berubah banyak. Hari ni I can look macam budak baik, esok I can look bitchy, lusa I can look professional, tulat I can look muka berlagak. Kahkahkah. Seronok gila bereksperimentasi dengan muka sendiri.

Dulu bermain dengan mekap sangat best! Especially makeup mata. Dulu aku terer gila makeup mata. Dulu lah tapi. Sekarang tak kuasa dah. Dulu bersiap gi kerja siap duduk depan cermin. Punyalah lamanya mekap sampai kena duduk. Kadang bersila! Terer gila aku blend makeup mata. Bulu mata aku panjang tapi tak lentik. Gigih aku pakai clip yang lentikkan mata tu sebelum apply maskara. Maskara apply 2 jenis, ya. Nak bagi lentik cantik. Gigih betholll.

COO opis dulu nama Rozana. Dia selalu cakap “Muka you ni prominent. Kalau mata nampak mataaaa dulu. Kalau hidung nampak hidunggg dulu. Kalau mulut nampak muluttttt dulu” — dengan ekspresi kekaguman dia bercakap 😆.

Seronok everyday tengok muka sendiri berubah-ubah. Kejap muka aku macam bitch, kejap muka aku macam gadis innocent, kejap muka aku macam sombong. Tak caya trylah buat. Kau akan impress muka kau berubah hanya dengan styling rambut, mekap and ekspresi wajah. Lagi 5 tahun kau tengok balik gambar-gambar tu kau akan rasa lega kau simpan memori ni semua. Aku dah 20 tahun berblogging, everyday kerja aku itulah...SELFIE! 20 tahun aku selfie, kau rasa berapa banyak gambar aku hade?? Fikirkan.

Kau kena tahu, kita hidup dengan graviti setiap saat. Masa muda, kulit kita, otot, lemak ni semua ada kekuatan yang cukup untuk lawan graviti. Tapi after 10-20 tahun, struktur ni semua makin lemah. Masa tu graviti dapat kontrol muka kita sikit demi sikit. That's why compare gambar dulu dengan sekarang, ada yang kening nampak jatuh sikit, bulu kening pun dah berkurang, kelopak mata jatuh, pipi jatuh, jaw pun dah tak obvious macam dulu, etc.

Kenapa ada orang nampak awet muda?

Ok ni aku nak jawab soalan. Ada sorang ni kata aku awet muda.

Awet muda tu wujud, tapi dalam kes aku, aku belum tua sangat. Jadi belum terbukti lagi keawetannya. Cuma yes, kita semua akan lalui proses aging yang sama. The question is, kenapa ada yang nampak jauh lebih muda daripada umur sebenar?

First, kita takleh nafikan genetik influence. Hat ni mainkan peranan besar. Tu pasal orang dulu-dulu kata “nak anak perempuannya, tengok maknya macamana”. Oranglah kata. Bukan aku kata. Because some people badan dia produce kolagen semulajadi dengan lebih baik. Kalai dia makan suplemen, badan dia cepat stimulate kolagen untuk produce banyak. Jadi kulit, ligamen and soft tissue kat muka akan lambat kendur berbanding orang lain.

But that doesn’t mean tulang muka atau struktur hidung akan jadi lebih sharp atau lebih mancung. Kolagen yang banyak helps jaga kualiti kulit, bukan ubah bentuk asas jaw dan hidung. However bila kolagen bertambah, boleh melambatkan aging. Some people yang lain ada struktur tulang muka yang can give support untuk tempoh lebih lama. Contoh, tulang pipi and rahang yang dah sedia strong. Tulang-tulang ni boleh support soft tissue kekal pada kedudukan yang lebih baik bila umur bertambah. That’s why ada orang nampak lebih muda daripada usia sebenar walaupun tak cucuk apa-apa.

Lifestyle pun mainkan peranan. Weight management, routine skincare, tidur cukup, stress management — ni semua ada peranannya. Kalau kau jenis happy-happy, suka gelak-gelak, insyallah lambat nampak tua. Bukan makna kata lagi banyak kau gelak, lagi muda. Bukan. Cumanya, bila kita always happy-happy, less stress, badan akan produce banyak hormon kegembiraan macam endorfin and dopamin. Hormon kortisol (hormon stress) akan drop. Tu pasal orang yang happy-happy mukanya lambat tua. Tapi, kalau kau banyak gelak, but kau tak cukup tido, asik melayan Korea sampai 1-2 pagi, skincare tak rajin pakai, beli Gloei banyak-banyak tapi kejap makan kejap tak (contohhhhh) — tetaplah aging cepat.

Jangan salahkan umur kalau kita yang tak jaga diri. Skincare kena pakai everyday! Tak kiralah kau beli kat counter atau drug store, kena pakai dengan konsisten. Sebab moisturiser protect skin barrier. Bila kulit cukup lembap, otomatik nampak gebu, tegang, wrinkles pun kurang, tak kusam, tekstur kulit licin takde lopak-lopak and takde jeragat.

Aku masa sekolah tak terdedah dengan skincare. Tak pernah ada pun. Masa matrik baru start kenal krim muka. Dari Oil of Ulan, Ponds, Nivea, Oil of Olay, Clinique, Shu Uemura, SKII — semua aku bedal janji muka aku tepek moisturiser. Tapi yang paling konsisten adalah Clinique. Almost 20 years oready. Puas hati dengan Clinique, serasi dengan kulit.

Yang aku pakai 👆🏻. Dulu aku pakai white series je. Dah masuk 40-an pakai purple series sebab itu untuk aging.

Tak kisah apa brand pun janji skincare kena pakai. Tak complete set pun takpe. Tapi basic MOISTURISER and SUNCREEN mesti ada. Yang lain-lain takde ok lagi. Dua ni kena ada. Hari tu sunscreen Clinique habis, aku singgah Watson capai sunscreen Skintific warna biru. Ok juga, tak berminyak.

Eye cream sebenarnya takyah pun takpe. Aku beli tapi tak pakai sangat. Fungsi eyecream cuma nak hydrate bawah kulit supaya tak kering. Kulit sekitar mata paling nipis, senang nak kering and kedut. Tapi kalau kau hari-hari dah pakai krim muka, dah memadai. Sekali harung jadi eye cream.

Aku ni takleh jadi influencer jual eye cream. Konfem aku cakap “takyah pakai takyah beli, pakai krim muka je boleh” 😆

Actually UV rays penyebab utama aging. Maka, sunscreen jangan tinggal, walau duduk dalam bangunan. Especially kalau workstation kau dekat dengan tingkap, sila pakai. Aku duduk rumah pun pakai sebab meja kerja aku dalam bilik tido adalah tepi tingkap. Cahaya masih boleh masuk. Jadi, suncreen pakai.

Gambar-gambar aku yang aku share semalam semua masa umur 20-an and awal 30-an. Now umur aku dah nak masuk 49 tahun, memang nampak beza dari segi struktur muka. Berat aku 51 kg hari ni tak menghasilkan wajah yang sama semasa aku 51 kg at age 33. TAK SAMA. Another 10 years akan beza lebih banyak. Kita tak hilang muka asal. Muka kita sekarang bukanlah muka yang "defect". Ini cuma bukti kita dah lalui perjalanan hidup yang panjang. Every changes kat bentuk mata, hidung, mulut, rambut, rahang - semua kesan facial expression, experience, hormon and perubahan biologi bertahun-tahun.

Biasalah tu muka berubah. Tulang muka berubah. Lemak muka dah bergerak. Otot dah tak solid. Kulit dah hilang anjal. Tapi, OTAK KITA boleh kenal muka kita yang dulu. Maka aku akan teruskan berselfie sampai tua. Esok cicit aku nampak gambar moyang zaman muda takdelah berselipat nau. Tak dapeklah dia nak perlekeh Gen Fossil macam kita ni.


2026-05-27

Dulu kemain bangga lagi kurus kedengking gitu. Perasan cantik nau dah muka tirus.


Nah kauuuu. Berjujuk DM komen pasal post aku semalam. Korang yang bertanya ni memang start baca blog aku selepas aku bertudung eh? Sebab macam ramai jugak yang tanya soalan-soalan yang aku rasa readers zaman aku camwhoring, should know oready 😄.

Kurusnya Kak Diiii.
Gojesnya Kak Di.
Kak Di cantik sangat!
Boleh nampak akak sexy.


Ya ampunnnn. Murninya komen dan pujian korang. Padahal gambar ni dulu tepek kat blog, dapat makian je dik oiiii. Tak dapek dipuji-puji. Dipukikan aku lagi ada. Kahkahkahakahkah.

KAK DI KURUSNYAAAAAA.

Ya. Sekarang bila tengok balik gambar dulu aku macam… apa yang cengkung nau aku ni dulu? Eh tapi dulu takkkkkk. Dulu kemain bangga lagi kurus kedengking gitu. Perasan cantik nau dah muka tirus. Tulang kat bahu tu kalau boleh nak tayang kat semua sebab tulang yang timbul tu petanda aku slim! Gituuuu.

Tahun 2009 aku pi Hong Kong, beli jeans kat Giodano. Size 25. Kena pakai tali pinggang, ya! Size 25 masih kena jerut dengan tali pinggang. Sekarang size 25 sampai paha aku je. Naik atas sikit lagi, terus tercampak butang jeans tu.

Ni 2009 Disney HK. Kau tengok sekeping dan flatnya perut aku. Masa ni 45 kg. Baju pun XS. Tapi masa ni meratib dah gemuk dah gemuk dah gemuk.

Sebab apa?

Sebab masa aku menikah, berat aku 41 kg! Jadi, 45 kg dah gemuk bagi aku. Tapi umur 20an kurus takpe, sebab otot kita, kulit kita, kolagen kita masih solid. Kalau umur aku sekarang berat 45kg, mau terjojol bijik mata. Dah macam terkeluar soket mata. Jangan dibuat, ya! Jangan tua-tua baru sibuk nak 45 kg. Nanti lain yang kau dapat. Masa muda kau tak nak slim, dah tua baru nak slim, silap-silap menopos awal.

Umur aku 33, aku pernah cuba untuk jadi kurus semula. Selepas bersalin Rayyan aku diet gila-gila. Penyudahnya muka aku jadi sangat cengkung. Ohh tapi masa ni proud sebab dapat kembali ke berat asal. Now bila tengok balik gambar, dah macam jerangkung.

Masa ni Rayyan belum setahun. Aku diet extreme sebab nak masuk market semula. Nak meet ramai customer, terpaksa dapatkan balik berat badan sebelum bersalin. Kalau tak, skirt-skirt aku semua tak muat. Dahlah baju kerja aku semua jenis “muat-muat”. Nak tak nak, aku on extreme diet. Hasilnya ginilah, cengkung. Senyum pun tak nampak pipi, nampak tulang pipi je.

Ada satu follower ni kata tak sangka Kak Di gojes masa muda. Kahkahkahkah.

Muda, dik. Muda. Siapa je lah zaman muda tak gojes? Cuma yang lain-lain tu tak gila macam aku rajin berselfie everyday 😆. Aku punya selfie beribu! Everyday selfie kot kerja aku. Sampai sekarang everyday aku selfie. Lagi 20 tahun kalau umur panjang nanti boleh jadi modal tunjuk kat cucu-cucu aku nenek dulu penah gojes, cu. Mbhahahaha.

Tergelak bila tengok gambar lama. Aku punya OOTD ke opis dulu antara dua je — kalau tak singkat, mesti terkuak kat dada. Patutlah kena kecam.Tengok balik gambar, betullah. Baju kemeja aku tak pernah butang sampai atas. 2 butang pertama mesti aku bukak. Rasa tak bernafas tetek kalau butang sampai atas. Kena kuakkan sikit, that’s why aku always pakai tube kat dalam.

Satu benda je la yang aku masih tak dapat faham kenapa baju-baju aku dulu dapat kecaman haters tapi colleague and customers mostly ok je. Contohnya baju bawah ni. Itu baju gi ofis. Kemeja and skirt. Skirt paras lutut. Baju kemeja. Cuma butang tu terkuak BUT dalam ada tube. Kat mana yang sexy-nya? Takde. Tak sexy tapi I is kena kecam. I is tak faham.

Dulu konpiden je aku pakai baju warna putih, cream, yellow walaupun kulit gelap, kan? 
Macam “like I care??” 😆.

Dulu selfie tepi workstation dada terkuak. Now dada cover sampai perut, ya. OMG. People changed. Tengok gambar sendiri baru sedar. That’s why, maybe this is the MAIN reason kenapa aku tak suka jugde orang yang pakai terkuak, atau tudung singkat, atau baju ketat. Because I was like that before. Aku punya gaya dulu sampai orang tak sangka aku akan bertudung. Bila dah bertudung orang siap betting aku takkan lama bertudung.

Hari tu masa balik Tganu ada satu motor besar ni laju gila potong kitorang pastu cilok sana sini. Padahal moto besar tu. Kalaulah terjatuh, naya. Aku cakap “Ya Allah! Lajunya. Selamatkanlah dia”

Pastu En Wan cakap “Awak ni kalau moto kereta tengah berlumba mesti awak cakap camtu. Apesal?”

Sebab aku taknak dorang berlanggar depan mata aku, tercampak, mati. Jadi, lebih baik aku doakan.

Samalah everytime nampak kapal terbang melintas, otomatik aku cakap “Ya Allah selamatkan perjalanan dorang. Janganlah ada gegar-gegar kat atas tu”

Aku rasa mesti dalam ramai-ramai yang baca blog aku, ada orang yang benar-benar ikhlas doakan “Ya Allah, jentikkan hati Kak Di untuk tinggalkan gaya seksi ni”. Agaknya la.

Ok bye. Nak tido. Doakan aku tak kena lepuk lagi dengan En Wan malam ni. Kalau dia buat hal lagi, aku bangun lepuk kote dia.


2026-05-26

Matilanakkkkk murung Kajol baca karang. Elok-elok panjang umur dia, terus pendek napas.


Seronok aku membaca DMs dak-dak ni lepas tengok IG feed gambar aku 20s vs 40s. Banyak komen sama — “Macam Kajoll”

Matilanakkkkk murung Kajol baca karang. Elok-elok panjang umur dia, terus pendek napas.

Lama dah aku tak dengar orang kata muka aku macam Kajol. Rasanya menjak aku bertudung jarang dengar. Betullah teori aku hari tu — aku ni kalau tak bertudung memang nampak macam India. Dah bertudung kurang sikit keindiaan tu agaknya.

Tadi Rayyan tengok gambar-gambar zaman muda aku tu. Dia tanya mata mama dulu besar, now dah kecil.

Ya, nak. Itulah tanda TUA. Bijik mata tak beza banyak. Yang beza tu bentuk mata sebab kelopak mata dah jatuh sikit, that’s why makin berusia mata dah tak sebesar dulu. Lagi satu, lemak-lemak kat sekitar mata dah menyusut. Jadi kuranglah support pada bentuk mata tu.

Ingat tak Zahid Hamidi pernah operate kelopak mata? Itulah faktor aging. Kelopak mata kita akan jatuh. Kalau mata memang kecil dari muda, maybe bila makin berusia ada risiko mengganggu penglihatan.

Tengok mata acik zaman muda. Bukan main terbeliak lagi. Dah la mata memang besar, aku pi highlite lagi mata aku dengan eyeliner, maskara, eyeshadow. Kadang tu buat smokey eyes, punya nak highlightkan mata. Dari jauh orang dah nampak mata aku dulu 😆. Now mata aku tak sebesar ini dah rasanya. Tu yang kadang-kadang orang kata muka aku macam Korea la, Cina la. Tiberrrr. Yang pelik-pelik je. Maybe itulah impak AGING. Wajah kita akan berubah sikit.

Seronok si Rayyan mengkomen gambar-gambar lama aku. Dulu gambar-gambar ni ada kat blog. Pastu bila bertudung aku pixelkan. Lama-lama penat nak pixel, aku convert post kepada draft. Banyak post bergambar aku dalam bentuk draft. Sebab aku penat nak pixelkan gambar. Tapi semua gambar ni aku ada simpan ori copy dalam google drive. Adalah kenangan nak tengok balik.

Dulu kan aku rasa macam apa benda aku nak buat dengan gambar-gambar selfie aku ni?

Oiiii acik ni dulu ratu selfie, nak. Oh tak. Dulu kita tak panggil selfie. Kita panggil CAMWHORE! Acik dulu haters gelarkan RATU CAMWHORE. Kahkahkahkah.

Sebab?

Sebab everyday aku tepek gambar aku berselfie. Eh, bercamwhore 😆. Sukati akulah, aku tepek pun kat blog aku. Kau yang hari-hari masuk blog aku sape suruh? Mbahahahah.

Aku memang suka selfie atau ambil gambar depan cermin. Aku suka ambik gambar mekap aku, rambut aku, OOTD aku on that day. Sebab bila lagi aku nak bercantik-cantik? Hari kerja je la kita dapat bercantik-cantik. Maka, lepas bersiap, ambiklah gambar.

Dulu tak rasa gambar ni semua penting. Dah 20 tahun berlalu, bila selak balik satu-satu barulah rasa…wahhh begitu rupanya aku dulu ya. Mengingatkan bahawa aku pernah muda. Pernah bergaya macam dak-dak sekarang. Pernahlah color rambut, pakai mekap, conteng kuku — pernah.

Now dah tua, mudah-mudahan takde dah rasa nak kembali bergaya macam dulu sebab dah puas rasa. Bagilah budak-budak muda pulak take turn. Esok lagi 20 tahun dia pun akan jadi macam kita-kita ni juga.

Pehhhh! Pinggang secekak, dikkk. Acik pernah pinggang secekak! Betapa lonjongnya muka aku dulu.

Zaman ni berat aku 44-45 kg. Ni tahun 2008-2009. Belum ada Rayyan lagi. Sepadanlah dengan En Wan. Masa ni dia pun berat takat 50 kg je. Gen-gen Z jangan pandang lekeh sangat dengan gen X and Y, ya. Sebab korang at age 28-29 now belum tentu gojes macam kitorang at age tu dulu. Dah keluar anak sorang masih 45 kg. Wow! Unsangkarable betul tengok body aku dulu. Mana datang lemak-lemak aku ni sekarang? Kahkahkahkah.

But it’s ok. Again, kita pernah gojes. Sekarang tak gojes takpelah. Dapat sihat dah besar rahmat dah. Sungguh wei. Umur macam aku sekarang, tak makan ubat hospital pun dah syukur. Nak masuk 50 dah kot. Apa nak lagi, kan? Dapat sihat dah kurniaan paling besar.

Dulu zaman 20 an memanglah kita pikir nak kurus, nak cantik, nak sexy. Patut padanlah pun dengan usia. Masih mencari identiti orang kata. Now dah 40-an kalau masih lagi nak menyeksi, terseksa orang tengok. Bukan apa, kurus kita sekarang tak sama macam kurus zaman muda. Sumpah tak sama! Bila tengok balik gambar aku dulu, aku turunkan berat badan sampai 45 kg pun takkan jadi secantik dulu. Sebab bentuk badan kita dah lari. Allignment tak cantik macam zaman muda. Bontot dah jatuh. Tetek dah jatuh. Tulang muka dah lain. Makan toksahlah kurus-kurus sangat. Aim IDEAL WEIGHT cukup.

Baru aku perasan zaman muda dulu aku tak pakai lipstik merah menyala. Warna lipstik aku nude-nude je. Sebab apa entah. Lupa. Maybe sebab zaman tu pesen warna nude kot. Now kalau pakai nude, terus lebam jadinya muka aku 😆. Dah jadi acik-acik ni biorlah lipstik tu terang sikit. Barulah nampak sikit serinya.

Dahlah aku nak tido. Penat aku hari ni buat rendang paru, buat bubur lambuk. Dah macam hari raya!


2026-05-25

Patutnya kalau betul sayangkan kerja, pergi jumpa boss SEBELUM mintak kerja lain.


Benda yang sebenarnya very straightforward kot. Kau dah sampai tahap pergi interview tempat lain, dah negotiate salary yang kau nak, kau dah pun accept offer, pastu acah-acah jumpa boss lama dengan harapan dapat counter offer. Kau rasa?

That already tells everyone the relationship between YOU and the company memang transactional from the start. Tapi bila company tak counter offer, terus buat teruk as if company tak anggap kau penting. Lahhhh???

Be realistik. Patutnya kalau betul sayangkan kerja, pergi jumpa boss SEBELUM mintak kerja lain. Discuss possibility naik gaji. Ini tak. Dah cari kerja lain, senyap-senyap gi interview, pastu marah bila company sekarang tak counter offer. Memang kau nak blah dari awal, kan? So apa masalahnya now?

Look.

Company hire pekerja sebab nak dorang buatkan kerja.

Pekerja berkerja sebab nak duit.

Itu je basic dia. Dua-dua pihak “menggunakan” satu sama lain secara PROFESSIONAL. Tak payah purak-purak terkejut bila company react professionally, ok?

Yang aku pelik, bila employee secretly cari kerja lain, attend interview senyap-senyap, update LinkedIn tengah malam, apply 27 company sambil masih clock in dekat office lama, itu dipanggil career growth. Tapi bila boss tak pujuk kau stay, tak counter offer bila kau resign, terus boss jadi jahat, toksik, tak menghargai pekerja bla bla bla bla.

Macam tak kena.

Sebab kalau betul company tu teruk sangat, boss toksik, kenapa kau expect dorang counter offer? Kenapa nak tunggu validation dari boss? Kau dah dapat 60% increment dari company lain kot. Sepatutnya happy dan move on.

Tapi tu lah. Ramai sebenarnya bukan nak resign pun. Nak test market value je. Pastu nak tengok if company akan fight for them to stay.

Bila boss jawab “Tahniah. Bila last day?” haaaa baru datang akai.

Aku tak pernah counter offer pekerja yang nak resign. Sebab bagi aku people come and go. Dia berhak mencari apa yang dia nak. Sebab aku pun pernah makan gaji. Aku pernah bertukar tempat kerja. That’s normal.

Yang tak normal tu, kau acah-acah nak resign tapi bila tak dapat counter offer, kau merentan.

No. You must understand this. Boss tak counter offer kadang-kadang bukan sebab kau tak bagus.

Maybe company tak mampu nak match offer baru kau. Maybe struktur gaji company tak membenarkan. Maybe company dah ada perancangan lain untuk team yang masih ada. And maybe boss cuma hormat keputusan kau untuk move on.

To me, someone yang dah sampai ke tahap pergi cari kerja lain, pergi interview, negotiate gaji, dan akhirnya terima offer baru, itu bermakna dia dah fikir masak-masak tentang keputusan dia. Dan keputusan tu tak dibuat semalaman.

Aku tak percaya menahan orang dengan counter offer. Kalau punca dia nak leave the company bukan sebab gaji, counter offer hanya akan melambatkan perkara yang sama daripada berlaku beberapa bulan nanti. Dia akan REPEAT the same taktik lagi lepas ni. Takkan aku nak counter offer lagi? Memang taklah. Maka, silakan pergi. No hard feeling.

As majikan, tugas kita bukan memiliki pekerja. Tugas kita menyediakan tempat untuk pekerja grow. Kalau ada tempat lain yang boleh bagi better opportunity sesuai dengan apa yang dorang cari, why not? Pergi. Learn and gain more from the new company.

Janganlah ingat boss yang tak counter offer tu jahat, atau memang nak kau pergi. Tak. Dari sudut boss, benda tu normal.

Kalau sebelah kaki kau dah kat company lain, kau nak boss buat apa? Nak bergaduh berebut kau? Nak paksa stay? Nak offer lebih semata-mata sebab competitor offer lebih? Pastu 6 bulan nanti kau repeat benda sama?

Ramai tak suka dengar ni tapi counter offer culture ni sebenarnya toxic jugak kadang-kadang. Sebab dia create environment di mana orang loyal bertahun-tahun dapat increment ciput, tapi orang yang threaten nak keluar tiba-tiba dapat kenaikan gaji. So indirectly company train staff untuk resign dulu baru boleh dihargai.

Sebab tu ada boss yang terus accept resignation, tak banyak bunyi. Aku lah antaranya. Bukan sebab kau tak valuable. Tapi sebab kitorang faham kalau kau dah cari jalan keluar, mentally kau dah checkout pun sebenarnya. Kalau kau stay attitude kau takkan sama dah.

Semua orang dalam company replaceable. CEO replaceable. Manager replaceable. Staff replaceable. Itu reality operating system mana-mana business.

Kalau esok owner meninggal pun company tetap berjalan. Kalau accountant resign pun company kena cari accountant baru. Kalau graphic designer resign pun ada 500 orang lagi apply kat Jobstreet. Bukan kau worthless. Tapi ini nature business. Sorang resign, kita akan cari replacement. Sebab kita kena survive.

Alaaa, pekerja pun buat benda sama gak. Janganlah cakap pasal loyal. Esok kalau competitor offer kerja yang lagi ldekat dengan rumah, less stress, salary naik 80%, most people akan cabut juga without thinking twice.

Tak salah pun. Cuma jangan pretend macam employee je ada hak untuk protect diri sendiri, company tak boleh protect business continuity dorang.

Aku rasa social media suka sangat menekan-nekan pasal “know your worth”, “leave toxic workplace”.

Dik, tak semua tempat kerja yang kita tak suka tu toksik. Sometimes tu cuma tempat kerja yang ada stress, ada target, ada politik, ada cabaran. Sama je macam company lain. Kau pergi mana-mana company pun benda ni ada.

Dak-dak sekarang ni lain macam. Tak puas hati, terus kena label toksik. Kena tegur sikit, toksik. Kena ikut SOP, toksik. Kena capai KPI, toksik. Kena hit target, toksik. Kena stay back, toksik. Bos tak puji, toksik.

Dunia pekerjaan ni memang kau takkan jumpa yang boleh buatkan kau selesa sentiasa. Takde.

Aku bukan kata jangan berhenti. Kalau memang tempat tu buat kau mentally exhausted, resign je lah. Tapi jangan sampai every kepayahan kau jadikan reason untuk resign. Kadang-kadang growth datang daripada perkara yang tak selesa. Kadang-kadang karakter kita dibina melalui bos yang tegas. Ingat! Boss macam Miranda Priestly-lah yang melahirkan Andrea. Andrea tu tak tahu pun dia capable of handling big task kalau bossnya bukan Miranda.

Kadang boss dah tahu lama dah kau nak cabut. Cara kerja berubah. Energy berubah. Commitment kau pada kerja berubah. Kerap MC. Kerap EL. Banyak alasan. People can tell-lah.

Tak salah pun nak cari duit lebih. Aku support orang yang nak upgrade life. Komitmen makin banyak. Kalau ada peluang yang lagi baik, ambik je. Tapi tak payahlah create naratif as if company tak hargai kau sebab tu dorang tak counter offer. Halah halahhhhh.

Most companies biasanya tak panik bila ada pekerja resign. Dorang dah ada replacement planning. Kalau one resignation boleh buat company lumpuh, itu indicator management problem gak.

Aku rasa ramai triggered sebab deep down ramai sebenarnya nak rasa dikejar. Nak rasa diri terlalu valuable untuk dilepaskan. Gitu.


2026-05-24

GreenAard: Double Chin


Semalam ada orang tanya “promo 3 GC free 1 botol dah takde?”

Itu promo last month. Kita tak repeat. Every month akan ada new deal, jadi jangan tunggu-tunggu sebab selalunya kita rasa deal this month macam tak best. Lalu kita tunggu next month, sekali rupanya yang this month lagi best. Selalunya gitulah, kan? Dah terlepas baru nyesal 😄.

Last week aku janji nak reply sorang follower ni tak berkesempatan. Cari balik DM dia, tak jumpa dah mana. DM banyak sangat. Takpe, aku jawab kat sini je. Semua boleh baca sekali. Kot-kot ada yang teringin nak tanya soalan yang sama, boleh baca sini je.

Dia tanya pasal DOUBLE CHIN.

Topik double chin ni memang selalu orang tanya. Dah banyak kali aku blog about this.

Bila tengok cermin, perasan ada lipatan bawah dagu walaupun rasa badan taklah besar mana.

Jangan risau. Double chin tak semestinya petanda kau gemuk.

Tapi secara logiknya, bila berat badan bertambah, badan akan mula simpan lebihan kalori dalam bentuk lemak. Lemak kita tak pilih tempat. Dia akan park kat mana-mana termasuk perut, paha, lengan, muka dan bawah dagu.

Kenapa bawah dagu?

Sebab bawah dagu adalah kawasan low activity. Otot kat situ tak banyak diguna untuk bergerak atau bekerja. Bila ada kawasan badan yang kurang digunakan, lemak mudah berkumpul sebab badan tak bakar tenaga sangat kat situ. Tu pasal aku cakap lemak pandai pilih comfort zone dia.

Analogi mudahnya gini.

Bayangkan rumah ada banyak bilik. Bilik yang jarang guna biasanya kita jadikan tempat simpan barang tak pakai, kan? Macam tu lah dengan badan. Dagu antara 'bilik stor' paling berjaya.

So yes, kalau kau overweight, janganlah pelik kenapa dagu berlipat. Itu adalah hasil bila lemak makin banyak and starts looking for a place to hang out.

That's why UKUR LILITAN PINGGANG adalah indicator paling bagus. Ramai suka timbang berat nak tengok samada dia gemuk ke tak. Jangan! Timbangan tu tak tepat. Timbangan atas penimbang tak boleh bezakan antara lemak, otot, dan air. Sebab tu orang yang banyak otot (macam atlet) boleh nampak fit, tapi beratnya (BMI) tinggi. Kalau apply medical card silap-silap kena reject.

Yang lebih tepat adalah ukur lilit pinggang.
Untuk perempuan:

Kalau >34 inci = ini petanda GEMUK
Kalau >31.5 inci = ini peringkat amaran, pre-risk untuk penyakit. BORDERLINE.

Kenapa penting sangat lemak visceral (lemak perut) ni?

Because visceral fat covers important organs macam jantung, hati, dan pankreas. Bila lemak ni banyak, risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung meningkat.

Double chin adalah PETANDA AWAL simpanan lemak badan dah berlebihan.

Tapi macam mana pulak dengan orang yang slim tapi tetap ada double chin?

Here’s the thing.

Double chin tak selalunya datang dari lemak berlebihan. It can also occur due to struktur tulang dagu yang pendek, atau leher yang pendek dan lebar, atau genetik.

Yes, kecenderungan simpan lemak bawah dagu boleh diwarisi.

Dia macam ni.

Pernah tak tengok orang yang baby face walaupun dah umur 30 lebih, macam Jung Hae In? The same goes for the shape of your chin. It is greatly influenced by DNA.

Kalau keluarga memang ada bentuk muka macam tu, most likely you will also get a similar double chin shape. Tak kisah walau BMI normal atau pinggang kecik.

Kepada yang dah umur 40an, double chin ada kaitan dengan aging. Masuk umur 40an, kolagen dalam kulit makin berkurang. Kulit jadi kurang tegang dan lebih kendur. Elastin yang bantu kulit bounce back pun makin sikit. Ditambah lagi dengan hormon estrogen yang semalin low which disrupts fat distribution.

Gabungan semua tu boleh buatkan kulit bawah dagu mudah melendut walaupun tak banyak lemak. So kalau kau umur 40 lebih dan perasan ada double chin, itu bukan semata-mata sebab makan banyak, tapi kulit dah kendur dari dalam.

Kita kena normalizekan satu benda, iaitu bukan semua orang yang ada double chin tu gemuk. Dan bukan semua orang yang slim itu takkan dapat double chin.

Kalau kita dah ukur pinggang dan tahu kita dalam range sihat, tak perlulah overthinking pasal dagu tu. Tapi kalau pinggang dah over limit, mungkin itu signal untuk tukar lifestyle.

Pinggang aku 27 inch. Petanda BMI aku normal dan low visceral fat. So kalau muka aku melebar ke, double chin ke, aku tak ambil pusing dah. Because yang penting lemak perut aku low dan pinggang di bawah 31 inch.

Double chin bukan semata-mata pasal gemuk. Tapi kalau dah tahu diri tu overweight dan ada double chin, janganlah defensif sangat. Bawak-bawaklah berdiet. Faham?

Karang kalau orang cakap kau kata orang tu bodyshaming. Kadang orang bukan body shaming, orang cuma pelik apesal kau dah tahu cepat penat, semput, sleep quality teruk, leher makin hilang, perut berlipat-lipat, masih lagi nak claim “saya gemuk tapi saya tak busuk”.

Dik, busuk dan gemuk tu dua benda berbeza ya. Kalau orang tegur kau gemuk, tak payah spin semata nak lari dari fakta. Kalau dah memang overweight, accept je dulu. Orang tegur sebab nampak kau makin tak jaga diri. Tu je.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-05-23

Medical Card: Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.


Ramai still belum aware yang Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.

Agen-agen dah tahu since 7 May lagi. Semua proposal untuk pelan ni dorang kena submit sebelum 31 May. First payment pun kena buat SEBELUM 31 May to avoid sebarang gangguan dalam proses application. Tu pasal pak incik aku iPad berjahit kat tangan orang nak raya ni. Dia sibuk mengadap quotation.

This announcement maybe nampak biasa-biasa je to some people, but it actually carries significant implications, especially for those yang tengah pikir-pikir nak ambik ke tak, nak ambik ke tak.

Bila sesuatu pelan distopkan, bukan bermakna produk tu dah takde. Selalunya bermaksud benefit, harga, contribution ataupun konsep protection dalam pelan tu takkan ditawarkan lagi dalam bentuk yang sama in the future. Ada possibility pelan baru akan menggantikannya, tapi belum tentu benefitnya sama, contributionnya masih mampu milik, atau syarat applicationnya semudah sekarang.

Hari tu ada satu podcast cakap inflation kat Malaysia sekarang makin agresif. Kos private hospital naik berkali-kali ganda berbanding kenaikan gaji. Dulu masuk wad maybe beberapa ribu ringgit je. Now satu prosedur kecik pun dah cecah puluh ribu. Kalau melibatkan ICU, surgery, treatment by specialist, MRI, CT scan, atau treatment penyakit kritikal macam cancer and jantung, jumlahnya boleh pergi lagi tinggi.

That’s why sekarang medical card bukan optional luxury lagi dah. Dah jadi keperluan asas especially yang ada tanggungan. Tak salah ak, pernah terbaca Ustaz Kazem kata medical card ni dah boleh jadi sebahagian dari nafkah suami kepada tanggungannya sebab dah jadi keperluan di masa akan datang.

Tadi aku pergi Batik Exclusive kat Chendering. Tempat aku beli baju kurung batik memang kat sini. Dia ada kilang di Taman Perindustrian Cendering tapi showroom dia adalah di rumah sendiri. Sejak lebih 10 tahun lepas memang kat situlah aku shopping baju batik.

Tadi anak sulung dia yang layan kitorang. Dah ambil alih role mak dia. Sembang-sembang lebih kurang, dia tanya kitorang kerja kat mana apa semua. En Wan introducelah diri as agen takaful. Pastu anak dia cakap dia punya medical card pun PruBSN. Dia sebut nama agen sekali. Tapi En Wan tak kenal. Dia kata dari kecil lagi parent dah buatkan medical card untuk anak-anak semua.

En Wan kata orang kaya-kaya ni selalunya ada medical card, sebab dorang taknak guna duit sendiri for hospitalization padahal sah-sah banyak duit. Tokey kedai batik tadi siap ada kilang sendiri and doranglah tailor and supplier untuk batik staff Exxon Mobil.

Orang-orang macam ni lebih tahu bil hospital and treatment boleh ranapkan bisnes yang dah dibangunkan bertahun-tahun. Orang-orang macam ni lebih menjaga income. Selalunya dorang ada medical card, hibah and critical illness sekaligus supaya kalau jadi apa-apa, business masih selamat. Income masih diprotect.

Ramai orang yang berkira-kira nak ambil medical card actually bukan takde duit, tapi dorang rasa takde keperluan sebab masih sihat. Kebanyakannya merasa rugi kalau ambil tapi tak guna. Tapi orang yang faham apa yang sebenarnya perlu diprotect akan nampak kenapa medical card itu sebab yang diprotect bukan sekadar penyakit. Kita protect our savings, kewangan keluarga kita, masa depan anak-anak kita dan peace of mind bila emergency happens.

Takaful bukan diambil waktu dah sakit. Takde sape nak terima kita bila dah sakit. Takaful diambil waktu kita masih sihat dan masih layak untuk diprotect. Bila dah ada diabetes, darah tinggi, slip disc, masalah buah pinggang atau apa saja medical condition, application akan jadi sangat susah. That’s why timing is important.

Yang nak distopkan ni is Pelan Step-up Contribution. This plan actually sesuai diambil untuk orang yang baru mula kerja, nak ada medical card but may not yet be able to afford high contributions at the early stage. This plan allows caruman bermula dengan rendah dan slowly meningkat berperingkat ikut tempoh tertentu. For some people, this is really helpful sebab dorang boleh ada medical card tanpa terbeban nak bayar mahal awal-awal.

One of the biggest mistakes people make is being OVERLY CONFIDENT dengan duit savings. Kebanyakan ingat duit savings cukup nak bayar cash kalau berlaku emergency. Aku tahu ramai yang umur-umur macam aku ni at least dah ada RM200K dalam ASB. But just imagine kalau hospitalization kena bayar RM80K. Memanglah ada duit, tapi kau tak rasa terduduk ke after bertahun menyimpan, alih-alih sekejap gone RM80K? Tu belum campur treatment selepas sakit, kos ulang-alik hospital, unpaid leave, ubat after discharge, and komitmen bulanan yang masih berjalan.

Sebab tu takaful bukan sekadar claim hospital, tapi protection sewaktu hidup sedang diuji. It helps prevent your savings from hilang sekelip mata.

Announcement tentang Step-up Contribution yang nak distopkan ni dah nampak yang produk hari ini belum tentu still available esok. Sama macam Hibah Orang Sakit dulu. Dah takde dah sekarang. Aku cakap kau memang untung siapa yang ambil masa dorang offer dulu. Kau ingat siapa nak bagi kau ambil hibah dengan keadaan kau dah berpenyakit? Takde. Now produk tu dah takde dah. Ramai client En Wan tanya hibah orang sakit. Tapi memang dah takde. Tak dapat nak offer dah.

Step-Up contribution lepas ni dah takde dah. Maksudnya? Maksudnya kalau caruman Step-Up contribution ni RM150/bulan, maybe pelan baru yang menggantikannya akan start dengan RM200/bulan. Apa yang masih affordable sekarang maybe akan jadi lebih mahal akan datang.

So sesiapa yang memang dah lama considering nak ambil medical card, this is the right time untuk ambil. Dapatkan penerangan yang betul from agen. Jangan tunggu sampai pilihan tu dah takde.

Ni bukan nak takutkan sesiapa. Tapi sebab aku dah nampak ramai orang menyesal tak ambil Hibah Orang Sakit dulu. Janganlab repeat the same mistake. Sometimes kita terlampau selesa delaykan something sampailah peluang tu terlepas.

Ni sama je dengan everytime buat promo GreenAard. Dah tamat, barulah tanya “Offer ni valid lagi tak?”. Padahal panjang masa kita bagi offer tu.

Boleh terus wasap En Wan pasal pelan yang nak stop ni. 5 hari je lagi tinggal.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
(MDRT 2024, 2025, 2026)


2026-05-22

Aku tak tahu macamana cara pemilihan UPU sekarang tapi kalau ikut logik, kau takkan dapat tempat kalau kau TAK mintak.


Kat Thread tengah hot pasal result UPU. Dah 3 hari dah tak habis-habis topik ni. Rata-rata budak-budak tak puas hati dapat offer yang dorang tak minat. Aku tak tahu macamana cara pemilihan UPU sekarang tapi kalau ikut logik, kau takkan dapat tempat kalau kau TAK mintak. Walaupun offer yang kau dapat tu pilihan ke-10, chances kau akan dapat pilihan ke-10 sebab kau yang mintak.

Ramai yang kecewa, termasuk mak bapak kecewa sebab anak tak dapat asasi, tak dapat matrik, tak dapat uni yang diminta, dan macam-macam lagi.

Dia macam ni la, dik. Korang kena faham yang sekarang ni straight As saja dah 13,500. Makin tahun makin bertambah. Tapi IPTA tak bertambah. Tetap banyak tu je. Jadi saingannya sengit. Alangkan zaman Redza dulu pun dah sengit. Tahun Redza dulu straight As 9000. Punnnn macam nak kiamat meng-compete.

Aku tanya En Wan berapa merit Redza dulu?

96%.

Waktu tu UM punya requirement 92%. Redza dapat Asasi UM. Now dah berapa requirement UM, masih sama atau naik? Dengan level of ramainya budak pandai now, sedangkan kuota kemasukan UM tak bertambah, dah tentu tapisannya lebih strict. Maka, tak perlukan kecewa tak dapat uni yang diminta sebab dengan ramainya budak pandai now, dapat tawaran pun dah besar rahmat!

Pastu ramai pulak yang kecewa dapat UiTM.

Lahhjh, nak kecewa hapenya. Kau mintak UKM dapat UiTM? So what? Kau ingat dapat masuk UKM tu menjamin kau punya pointer bagus ke nanti, dik?

BELUM TENTU.

Meh sini acik nak riak sikit.

Tahun 2001 acik apply buat masters kat UKM dengan result graduation dari UNIMAS. Alahhh, UNIMAS yang orang kata stok budak-budak reject tu. Stok-stok yang katanya uni Semenanjung reject dulu.

Masa meeting perjumpaan student-student baru di fakulti, semua kena kenalkan diri one by one — nama, dari uni mana, berapa pointer, dan siapa supervisor projek masters.

Dalam ramai-ramai tu acik paling tinggi, dikkk. Padahal acik 3.54 je, tak first class pun. Second upper je. Tapi acik paling tinggi antara ramai-ramai. Padahal ada student masters yang asal dari UKM sendiri tapi resultnya 2.9 something. Aku sendiri terkejut.

Aku ingatkan nak buat masters kena 3.0 above? Takpelah, maybe dia memang student asal UKM, so ada kelebihan. My point is, tak kira di mana uni kau belajar, hasil akhir yang penting.

Before that, zaman matrik, aku pernah jadi tukang jaga exam student UKM. Semester break, saja cari duit lebih. Mak Aji kata uni nak pakai pembantu untuk jaga exam. Aku pun apply. Dapat.

Masa bersembang dengan salah sorang lecturer kat belakang dewan, dia tanya kitorang dari uni mana. Ada la 3-4 orang sebaya yang masing-masing belajar kat uni lain.

“Saya UNIMAS”

Lecturer tu tanya “UNIMAS cawangan Johor ke?”

“Tak. Saya di Kota Samarahan”

Dia reply “Saya pernah mengajar student-student UNIMAS. Student-studentnya slowlah”

Aku ada kat depan ni padahal. Tapi aku senyum je lah. Maybe dia biasa mengajar student UKM. Student UKM kan cream-cream katanya.

Takpelah, I is diam je. Takkan aku nak cakap “Saya pernah dapat offer USM tapi saya reject”. Biarlah. People make assumption based on their experience. Maybe experience dia mengajar kelompok student UNIMAS yang slow learner. Kalau dia mengajar aku, mesti persepsi dia berubah. Mesti dia kata POWER GILA STUDENT UNIMAS! Kahkahkahkahkahkahkahkah.

Adik-adik yang dapat Politek ke, UiTM ke, ambik je la tawaran tu. Belajar dulu baru tahu boleh carry ke tak. Ni tak. Ingat resukt cream time SPM ni bermakna kau boleh carry subjek Uni? Belum tentu, dik. Kawan-kawan Redza ada a few orang kat Birmingham yang kena repeat paper. Tu semua straight As time SPM dulu, dik. Maka, ambik je la offer Politek and UiTM tu. Buktikan you can graduate with flying colors. Melainkan mak bapak kau kaya boleh support ke IPTS, lain cerita. Bolehlah nak memilih. Ni kalau kau pun financially tak strong, belum masanya nak memilih, dik. Ambik je la offer tu dulu.

Sebut pasal uni, aku always teringat memori pahit masa berurusan dengan sorang lecturer kat salah sebuah uni di Semenanjung. Ni takde kena-mengena dengan study, ni urusan kerja.

Kejadian tahun 2008, masa aku kerja dengan Devil Wears Prada. Kisahnya, bos aku and one of my collegue ke Spore dengan dua orang customer dari that uni. On Monday meeting bos dah bagitau yang dia and kawan aku takde kat ofis for 2 days. Waktu tu dia tak mention yang 2 customer tu ikut tapi memandangkan aku yang call customer tu mintak full name as in passport so aku tau la dorang ikut sama.

Hari yang dorang ada kat Spore, aku gi that uni jumpa customer-customer lain. Ini aktiviti biasa. Biasalah, masuk lab sembang lebih kurang dengan customer.

Aku pun tanya, “Eh dengar-dengar cerita ada new lab bukak, apa jenis labnya? Siapa team member yang boleh saya jumpa?”

Science officer cakap “You can see this people (dia bagi a few names)”

Pastu dia cakap "Tapi Prof X takde hari ni, dia MC".

Prof ni leader of the group.

Aku selamba cakap "Eh, bukan Prof gi Spore dengan bos saya?"

Terpinga-pinga kejap science officer tu.

Aku reply, "Oh, maybe dia tak ikut kot".

Topic pun closed.
Kami sembang pasal lain pulak.

Tau-tau je petang yang sama Devil Wears Prada tanya apesal aku pi bagitau that science officer yang dorang pi Spore bawak Prof?

Aku pulak yang terpinga-pinga.

Now you tell me. How was I supposed to know it was meant to be a secret and not something I could tell other people? Ada kau bagitau benda ni rahsia? Tak, kan?

Bos aku cakap this Prof dah pissed off with statement aku and ntah hapa hapa dia bebel yang buatkan bos aku melenting.

Bos bagitahu that trip was cancelled sebab melanggar polisi universiti. Polisi apa aku tak nak ambik tau.

Aku pun oh oklah. Kalau gitu, takpe. Aku mintak maaf. Aku mintak phone number that Prof sebab nak say sorry. Aku simple je beb, kalau aku tahu aku salah aku boleh je say sorry. Tapi sebelum tu aku nak tahu apesal tak jadik pergi jadi aku boleh explain kat that science officer.

Bos explained the Prof tak pegi sebab trip tu boleh melanggar polisi uni. Kawan aku pulak tak jadi join the trip sebab dia kena gi Melaka. Bos cakap dia sorang je ke Spore.

Ok lah. Aku call Prof.

Si Prof ni pulak cakap yang this is a big deal. Kemungkinan tittle Prof dia boleh ditarik balik just because aku cakap dia join bos aku ke Singapore.

Lahhh. Apehal lak sampai kena tarik tittle?
Aku yang buat silap takkan tittle kau yang kena cabut? Aku tak paham.

Aku cakap, aku akan explain to the science officer and kalau kena bawak jumpa big bos pun aku sanggup. Aku tak kisah, aku boleh mengaku salah, aku akan cakap yang aku buat cerita dia pegi Spore when sebenarnya dia tak pergi.

Pastu Prof ni kata, "Try talking to the science officer first about something else, so it doesn’t look like you’re only approaching them to cover up your mistake. Then slowly explain what happened and admit your mistake properly”

Lagi aku pening. Dah memang aku salah, aku nak pi mengaku salah pun kau tak bagi?

Lepas tu dia kata, kalau aku explain kat his big bos pun things is unlikely to change, sebab big bos maybe akan mintak passport as a proof dia tak pegi Spore.

Lagilah aku jem. Like, kalau dorang mintak passport, bagi je la. Dah memang kau tak pergi, kan?

So besides the science officer, aku contact one of the researcher kat tanya kenapa Prof ni marah sangat aku bagitau science officer dia pi that trip? Kalau tak pergi dah la, nanti aku explain la aku yang mereka-reka cerita.

“Dia kata dia MC hari tu, tapi kenapa saya contact dia tak dapat? (Pastu dia gelak-gelak). Takkan Dr Y pun MC kottttt (Dr Y is the other customer yang pergi dengan Prof)”

Aku contact science officer, “Sorry ye, saya tak tau pun trip tu sebenarnya tak jadi. I thot diorang semua pegi. Sorry banyak-banyak sebab salah bagi info.

Science officer reply, “Isokay Diana. Kitorang semua tau dia cakap benda yang tak betul sebab dia gelabah”

Lepas settle kes, aku email colleague cerita pasal kes ni.

----- Original Message ----
From:
To: Diana Ishak
Sent: Wednesday, September 10, 2008 8:54:34 PM
Subject:

D,

Wah, ni marah betul ni… type right after berbuka ke?
Memang u tak salah pun….

Prof X memang dari dulu lagi kuat makan under table, most probably org atas dah tau lama dah and tgh cari evidence and peluang to frame him…

Kalau I, I sanggup to loose the deal kalau nak kena main this way…If customer jenis bersih, then kita pun selamat.

Tambah sekarang ni semua org dah “baik” ngan BPR. Anyway, just follow your heart, you tak buat apa apa salah, so, takde apa yang nak dicover kan ….
Sale sikit takpe asalkan hati senang….Sale banyak tapi hati risau aja payah juga.


Now baru aku jelas kenapa this Prof gabra. Disebabkan nak cover kesalahan dia, aku yang kena jadi kambing hitam.

Ceritanya, dorang memang ke Singapore. This Prof punya lab nak beli instrument, nilainya RM3 juta. Instrument tu ada kat Singapore. That instrument is brand kitorang. So boss aku nak bawak dia ke Spore tunjuk instrument tu and demo pada dia. Kiranya nak lock the specs jadi specs yang keluar tender nanti adalah specs brand kitorang.

Aku tak tau pun benda tu rahsia. Bos aku yang bijaksana sangat tu pulak, apesal kau tak sound kitorang “I am going to Spore with these customers, but please keep it to yourself".

Tu la kenangannya menjadi kambing hitam. Tak tahu apa jadi dengan Prof tu selepas kes tu. Selepas kejadian tu, aku switch area dengan colleague. Aku taknak jaga that uni. Tapi relationship aku dengan Devil Wears Prada ok. At least dia tahu ketidaan dia hari tu aku tetap keluar buat sales kat that uni dan ada bukti besarrr aku keluar buat sales 😆.

Kes ni buatkan aku realized, duit under table ni wujud di mana-mana, especially kalau nak menang deal besar-besar. Macam kes Prof ni maybe the deal was dia akan dapat komisyen from company aku kalau dia keluarkan spec brand kitorang dalam tender. Tu pasal dia gabra beruk bila terkantoi dia pi Spore tengok demo unit.

Agaknya selama ni dia buat kerja ni takde bukti, sekali terkantoi tanpa sengaja oleh sales person lurus bendul macam aku. Terus jem dia.

Bos aku pulak gabra kalau Prof tu pissed off nanti dia tak jadi masukkan spec instrument kitorang dalam tender. Modal banyak keluar dah tu. Yang Prof gabra takut “kerja” dia selama ni akhirnya ada bukti dan title kena tarik balik.

Aku? Aku lah jadi kambing itam. Tak cukup itam lagi agaknya aku ni sampai nak dikambing itamkan pulak. Mbhahahhaha.


2026-05-21

Aku jumpa balik gambar-gambar rumah lama aku masa awal-awal pindah dulu.


Aku jumpa balik gambar-gambar rumah lama aku masa awal-awal pindah dulu. Ingatkan satu-satunya gambar rumah was gambar yang aku ambik masa nak jual rumah. Rupanya awal-awal pindah ada ambil juga. Masa tu masih light-light je lagi keadaan rumah. Tak meriah mana.

Bila umur nak masuk 50 tahun ni, aku rasa lega umur 20-an dah beli rumah. Walaupun masa tu terpaksa korbankan banyak keseronokan. Maklumlah zaman muda. Kalau nak ikut hati, memang banyak kehendak. Nak holiday, nak vacation, nak shopping, nak beli branded stuff. Pulak tu kita berkerja, everyday hadap colleague yang gaya kemain outstanding lagi. Macam menekan-nekan hati ini nak bergaya macam dorang juga.

Dak-dak sales gaya mantap, ya. Maklumlah hari-hari keluar jumpa customer, takkan nak repeat baju yang sama. Haruslah shopping. Kasut lagi, henbeg lagi, mekap lagi. Kereta dak-dak sale zaman tu Altis, Vios, Camry. Aku je Kancil 😆. Dah lama sikit upgrade ke Aveo.

Mujurlah En Wan punya determination kuat. Pengaruh dia buatkan aku sama-sama bertahan tak holiday tak shopping demi nak kumpul duit beli rumah.

Akhirnya tahun 2005, at age 28 tahun dapat masuk rumah sendiri. Rumah yang penuh drama sebab kontraktor lari tak siapkan renovation.

Masa tu area tu rumah kitorang yang buat “major” renovation. Takdelah besar mana pun tapi sebab waktu tu rumah kitorang je yang buat renovation dulu sebelum pindah masuk, kebanyakan jiran kat situ ingatkan kitorang anak orang kaya.

Masa tu pak incik kau dengan sport carnya pulak. Anak-anak lain gi taman naik tricycle, Redza rem moto. Bapak dia belikan moto untuk anak dia gi taman. Ammaknya pulak gi kerja pakai skirt belah depan. Wah sesuatu sangat kerjaya perempuan ni. Patutlah hidup mewah. Gitulah agaknya orang berkata. Kahkahkah.

Masa tu kan, orang yang paling membangkang aku beli rumah landed adalah Mak Aji. Sebab rumah kat Putra Heights mahal dia kata. Dia kata jangan nak berlagak-lagak beli rumah mahal, menyewa ke dulu. Aku la haiiii dia ni.

Tahun 2005 area Subang Jaya, landed, nak expect harga berapa? Sampai bila nak menyewa? Nak tak nak kena pejam mata, beli. Makin bertangguh, makin duit kitorang akan berkecai ke tempat lain. En Wan kata sementara komitmen belum banyak, anak belum sekolah, kena beli rumah dulu. Kalau tak, kita sentiasa akan nampak duit tu berlebih. Biar lock satu komitmen yang besar dan berbaloi pastu duit ada lebih baru buat benda lain.

Mak Aji benaunya suruh beli kat Bangi. Dia kata murah. Aku cakap takkan nak suruh laki aku berulang Bangi-Shah Alam everyday? Dia kata “Bapak kau bertahun-tahun berulang ke Shah Alam, kau tak pikir?” Lahhhh, aku pulak nak kena pikirkan laki dia 😆.

Tu pasal hal kita laki bini takyah libatkan mak bapak. Dorang always ada buah pikiran untuk semua benda yang kadang tak terpakai dengan keadaan kita. Nasib baik kitorang berahsia. Beli rumah tak cakap pun. Tau-tau je pindah.

Boleh je benaunya cari yang jauh sikit macam Puchong je, Shah Alam ke, tapi En Wan nak yang betul-betul dekat dengan kilang. Kalau boleh depan pak guard house kilang tu dia nak duduk.

Sebab dia sejenis engineer yang on-call 🤣. Malam-malam buta, pagi-pagi buta, kena be ready. Kalau mesin rosak, dia kena berkejar ke kilang. Memang dia sorang je engineer yang berwibawa agaknya. Tu pasal cari rumah yang dekat dengan kilang. Masa tu aku kerja pun kat Subang Jaya. Jadi, just nice beli kat Putra Heights.

Set kerusi ni now ada kat ofis GreenAard. Lama dah kerusi ni dari 2005 lagi.

First time beli rumah, barulah sedar duit beli langsir je dah barai. Mahal rupanya buat langsir. Yang kau pulak pi beli end lot, lagilah banyak guna langsir. Zaman tu pulak zaman Eric Leong punya rancangan deko-deko rumah. Dia ngajor langsir kena buat sampai ceiling supaya rumah nampak luas. Dah satu hal aku kena pakai banyak kain langsir. Bermeter-meter sebab nak cecah sampai ceiling.

Zaman tu dah bermula zaman warna-warna nude-white untuk hiasan rumah. Tapi aku and En Wan tetapkan suka warna-warna bright. Sampailah sekarang rumah aku penuh warna. Ceria macam tuannya. Mbhahahaha.

Ketahuilah meja makan tu dibeli oleh blog reader masa aku nak pindah ke rumah kedua.

Rumah ni aku jual di blog. Masa nak jual tu pakai banyak agen. Agen macam biasalah, dia nak jual cepat, dia suruh kitorang jual less than 300K. Eh cantek muka? Aku bukan pindah bodo-bodo tau. Aku pindah dalam keadaan rumah dah renovate.

Last-last aku cuba-cuba tepek gambar rumah kat blog. Eh ramai rupanya yang respond. Tapi yang willing beli dengan harga yang kitorang nak, cuma sorang je. Jadi, dialah tuan rumah yang baru.

Nampak sangat baru pindah rumah sebab bawah belum ada TV. Masa ni TV hanya ada satu kat living hall atas. Bergaduh dengan Redza everyday bapaknya nak tengok berita, dia sibuk nak tengok Bob the Builder lah, Thomas & friends lah, Mr Bean lah. Lama-lama letakkan sebijik lagi kat bawah. Maka dia berdua dengan bibik tengok TV kat bawah. Ammak and appa bertenet layan DVD kat atas.

Zaman tu kemain rajin kitorang layan DVD. Boleh dikatakan every other nite tengok movie. Siap bentang toto depan TV. Kadang-kadang tetido terus atas toto. Punyalah bertenaga kita age 20-an, kan? Malam-malam boleh larat tengok movie. Padahal esok kerja tu. Now, pukul 10 malam aku dah menguap-nguap macam nak rabak mulut.

Sesungguhnya tua itu berlaku, ya. Sekarang nak melayan mata stay up tengok movie tu takdelah serancak zaman muda. Sesekali terlajak tengok iQIYI tu adalah jugak. I’m glad zaman muda dulu puas cuddle-cuddle layan movie dengan laki. Sebab kalau dah tua ni baru nak cuddle-cuddle depan TV jawabnya tinggal harapanlah sebab dia lagi banyak jumpa client malam-malam dari jumpa aku sekarang.

Kitchen kabinet ni aku buat dengan designer yang sama yang buat kitchen kabinet rumah sekarang.

Aku ingat lagi masa the new couple datang nak view rumah, dia bawak parents dia sekali. Her mom suka sangat dengan dapur ni. Cantiknya! Cantiknya! Aku rasa sebab mak dia suka, maka dia beli. Tima kasih aunty sebab suka dapur ni.

Oven kat dapur dalam gambar ni fungsinya memanaskan pizza dan macaroni bakor saja. Kek and biskut tak pernah buat lagi di rumah lama. Setahun 5 kali kot guna oven. So basically that oven is new.

Nampak tak atas table top tu ada RADIO? Tu hiburan aku memasak sambil dengar kaset Beyond and Leslie. Zaman tu Spotify belum ada nokkk. Kenalah beradio-radioan di dapur. Sekarang dapur aku pakai speaker. Nak masak je, connect dengan Spotify terus. Barulah mendonia.

Inilah area dinding aku yang lompong masa pindah masuk. Sepatutnya pindah masuk dengan kabinet dah siap pasang. Apakan daya, dinding pun takde! Binawe. This WHOLE area tak wujud masa kitorang pindah masuk. Kau rasa??

Terpandangkan tray sebelah sink tu. Itu tray susu and botol-botol susu Redza. Rindunya Redza masa kecik 😭. Baideway yang membongkok kat washing machine area tu bibik Yani. Bibik pertama kitorang.

Haaaaa kau nampak takkkk? Bersusun majalah Impiana, Anjung dan Cleo. Zaman tu 3 majalah ni wajib beli.

Inspirasi mendeko kononnya. Cleo tu beli sebab banyak sample free dalam tu. Tu je. Bukan aku baca habis pun.

That frame on the wall. Itu kesayangan En Wan. Itu collection keychain setiap bandar besar dia singgah seluruh Jepun. Dari hujung ke hujung dia dah jelajah dan itulah buktinya dalam frame.

Habit ni now diwarisi oleh Redza. Redza dah start ada board dalam bilik gantung keychain. Tapi Redza collect keychain stadium-stadium bola yang dia dah visit. Aku syak next year dia tour Europe nak cecah semua stadium bola kat sana sebelum grad. Betullah kan, anak-anak ni melihat dan mencontohi apa yang dia nampak dari mak bapak. Banyak pengaruh En Wan kat Redza. Takde ke yang nak mencontohi aku minat retis cina? Aku nak wasiatkan kaset-kaset cina aku ni kat sape agaknya?

Ni ruang kitorang anak-beranak makan. Meja yang kat depan tu hiasan je. Meja yang function kat belakang ni. Sekarang meja ni kat pantry ofis aku.

Tu Redza masa baby, melenggeng 24/7. Tu pun menurun bapak dia jugak. Suka tak berbaju. Tapi everytime aku melipat baju, baju dia jugak yang paling banyak. Pelik.

Wahh kemain Diana dalam bilik tido ada beskal exercise. Naiknya adalah 4 kali setahun.

Sofa hitam tu ada kat ofis aku sekarang.

Katil ni Mak Aji hadiahkan sempena kawen. Dia kata anak perempuan keluar rumah selepas kawen jangan sampai tak bawak perabot bilik tido. Itu kebiasaan yang dipraktikkan oleh atok and nenek untuk semua anak perempuannya.

Jadi, Mak Aji practice yang sama untuk aku and Ima. Aku takde anak perempuan, so takyahlah aku belikan perabot bilik, kan? Jimattttt.

Oh lagi satu, Mak Aji hadiahkan aku and Ima sama-sama dapat set pinggang mangkuk compelete dinner and tea set for 16. Dannnnnn…KUALI!

Mak Aji kata “Arwah atok kau pesan kat mama anak perempuan keluar rumah bekalkan kuali”. Aku tak tahu apa lambang di sebalik kuali ni. Maybe supaya dapur sentiasa ada makanan? Entah.

Aku cakap kat En Wan esok anak kita kena bagi jugak ni. En Wan kata takkan zaman anak kita nak bagi kuali. Bagilah TM7 dia kata. Wahhhhh cantek muka??

Kolam ikan kesayangan En Wan. Gigih dia mendeko rumah nak buat kolam ikan. Dulu deko konsep Bali famous. Dia pun nakkkkk. Every week beli ikan kap. Masa kitorang pindah ke rumah sekarang, ikan tu semua dah besar-besar and banyak! 30 ekor ada dalam tu. Tapi kat rumah baru kitorang tak plan nak buat kolam ikan. Nak konsep lain pulak. Maka berakhirlah hobi melayan kolam.

Kat tepi ni la aku and En Wan malam-malam lepak baca paper sambil ngeteh laki bini. Healinglah konon. Feeling sungguh perangai.

Kau tengok Redza. Cewahhh, tangan letak belakang sambil tengok ikan. Macam mandor. Inilah feveret spot dia. Everyday, like EVERYDAY bapak dia kutip barang dalam kolam tu. Kejap spanar, kejap senduk, kejap hanger. Aku kan budak ni, nak je dia yang aku campak dalam tu.

Hari-hari dia tunggu bapak dia balik kerja sebab nak bagi makan ikan. Everytime ikan makan dia cakap “Good boy, fish!” 🤣

Sebab everytime dia makan sampai habis, En Wan akan tunjuk thumbs up “Good boy”, jadi dia pun cakap benda yang sama kat fish. Good boy fish. Pun bolehhhh.

Kat sinilah Redza menikmati keindahan alam sambil ditemani bunyi air terjun dari kolam bapak dia. Hari-hari sibuk nak masuk dalam kolam ikan. Sebelum dia dan ikan-ikan bersatu, terpaksa belikan kolam comel ni. Dah hari-hari pulakkk dia nak mandi pagi kat dalam kolam. Everyday lepas kitorang pergi kerja, porch dah kosong takde kereta, bibik akan isikan air kolam untuk toyol berendam.

Insyallah dak goodboy fish ni akan balik minggu ni. Tak sabar ammak nak bersilat semula di dapur.