2014-10-29

Boria


Masa kecik dulu, segala-galanya harus sama between aku and Ima.
Mak Aji and Pak Aji seboleh-bolehnya nak bagi kesamarataan kat kitorang.
Dari kecik sampaila ke skolah menengah kot aku terpaksa memboria dengan Ima, at least time raya. Baju mesti nak kena sama. Takde chan lansung nak pakai baju sendiri-sendiri. Asal nak kat raya je soklan default aku "Baju sama ke, Ma?"

"Sama je. Jangan nak mengada-ngada! Kau ingat mak kau cop duit?"

Laa...aku tanya je. Tu pun hangin.

Rasanya start aku matrik baru hilang team boria ni.
Lega.
Bukan malu, tapi rimas.
Dari kecik membawak ke tua kau kena pakai baju sama bentuk ngan adik kau, mau tak rimas?
Seb baik ada kelonggaran sikit time pilih kasut raya. Sebab tu time beli kasut aku suka. Time ni la baru boleh pilih ikut citarasa. Tapi takat ada citarasa je tak jalan ya. Duit mesti mau ada gak. Selalunya berakhir dengan pilihan mak bapak jugak sebab duit dorang kan. Terjeling-jeling je aku tengok kasut harga RM40 tak dapat beli. Tapi takpela, tak dapat beli tapi dapat test. Seb baik dulu aku takde henfon, Kalau tak boleh test sambil ambik gambo. Test sampai 10 pasang pastu blah, tak beli.

Dulu RM40 ni dah macam RM100 jugak la nilai dia. Sekarang kasut pengawas Bata aku tu je dah nak RM60. Kasut pengawas je pun!


Boria 1

Tahun bila dah lupa.
Tapi kalau berdasarkan spek mata aku tu, rasanya dalam Form 2. 
Ni time raya haji. Yang baju hijau tu Mamot aku from Singapore (adik Mak Aji). Ni gamba kat Tampin. Baju ni kain cotton, corak bunga lily kaler pink.


Boria 2

Ni kat Kampung Sarang Buaya.
Kampung kau ada nama macam ni? Takde kan? Hahaha.
Ni kat kampung Pak Aji. Time raya. Pasti. Ni pun time sekolah menengah berdasarkan keadaan spek. Rasanya yang ni Form 3.
Ni sebenarnya baju kurung moden kitorang yang pertama.
Dah naik Form 3 baru merasa pakai baju kurung moden on hari raya kauuuu.
Kalau tak, wajib baju kurung asli. Mak Aji tak suka kalau pagi raya pertama pakai baju kurung moden. Dia cakap macam tak raya je gayanya. Sebenarnya mak aku tu tak suka anak-anak dia bergaya macam orang tua dengan baju kurung moden. Tu je sebenarnya pun.

Aku ingat lagi design baju kurung moden ni aku yang buat.
Leher bentuk V. Dan sepatutnya kat dua-dua belah bahu tu ada kain kaler orange ke merah-merahan seakan-akan warna bunga pada kain baju tu jugak. Kiranya aku nak bagi naik kaler baju sebab kaler baju tu kusam nau. Dah la kulit pun tak berapa nak terang. Apesal la mak aku pi pilih warna malap. The kain orange tu nanti aku boleh ikat buat bentuk riben. Jadi, akan ada riben kat tengah-tengah dada tu. Patutnya macam tu la. Tapi, akak tailor tu agaknya pening banyak nau tempahan nak dibuat, boleh la pulak dia terlupa. Mak Aji tak kuasa nak tunggu dah, dia ambik je. Maka terhasillah baju kurung moden hidup segan mati tak mahu nama dia.


Boria 3

Ni obviously time sekolah rendah sebab Ibal kecik lagi time ni (Ibal baju hijau).
Time ni celebrate besday 3 orang serentak sebab tu ada 3 kek. Tapi bukan besday aku ngan Ima. Besday Ibal, Anuar (yang kiri sekali tengah standby nak cucuk cake) and Nabila (yang belah kanan sekali baju bunga-bunga). Ni kat Tampin jugak.
Baju yang aku and Ima pakai tu blouse putih with skirt kaler mint green bunga-bunga putih. Sweet sangat combination dia, macam pastel-pastel. Tapi fail bila kitorang pakai sebab masing-masing kulit lebam.

Yang si Ima tu apehal tunjuk middle finger tu?
Oh ye la, time ni kecik lagi. Toksah kata middle finger, finger pun tak tau apadia. Mbahahaha.


Boria 4

Yang ni pasti tahun 1988, masa aku Darjah 5.
Sebab tahun 1988 la buat pertama kalinya aku jejak bahagian utara Malaysia sebab ikut Pak Aji outstation cover dari Perak sampai ke Langkawi.
Ni kat Bukit Bendera. Rilek je melancong ke Bukit Bendera pakai selipar pasar malam. Gila sakai oih. Mak Aji lagi best. Seluar track. Jadiklahh. Janji sampai Bukit Bendera ye tak?

Baju yang kitorang pakai tu adelah baju raya tahun tu.
Jangan kata baju kurung raya wajib sedondon, baju moden raya pun wajib sepesen. Beza kaler takpe, janji pesen kena sama. Pesen rambut pun sama, tak tahan.


Boria 5

Ni tahun 1988 jugak.
Sebab ikut Pak Aji outstation. Ni kat Tambun Inn, Perak.
Walaupun pakai selipar jamban, gaya mesti mau ada pakai spek ala-ala aviator. Bongok gila Ima.
Ima ni memang dari kecik suka bergaya. Aku pulak jenis tak kisah bergamba, tapi jangan suruh aku senyum atau bergaya. Aku bergaya ke, tak bergaya ke, hasilnya tetap macam batu. Seriesly, tak pandai. Kebanyakkan gamba-gamba aku masa kecik, Ima la yang ajar aku pose. Tu pun cam nakharom je jadiknya.

Baju ni kitorang panggil baju mekanik.
Kalau sekarang jumpsuit la orang panggil.
Sampai skarang pun aku masih lagi panggil pesen baju cenggini - Baju mekanik.

Now korang tau kenapa sampai skarang aku tak kisah walaupun ke sana sini pakai kasut pengawas. Itu adelah suatu peningkatan sebenarnya. Sebab time kecik aku ke sana sini walaupun melancong, sarung selipar jamban je. Peningkatan tak? Suatu peningkatan kan?


Boria 6

Ni kat Singapore. Konfem! Tak sure la ada majlis apa ni. Tapi memang time kecik kitorang selalu keluar masuk Sinagpore. Adik-beradik Mak Aji ramai kat sana lagipun arwah nenek aku memang orang Singapore jadi kira macam balik kampung ikut nenek.

Pesen rambut sama.
Pesen baju sama.
Cara duduk, lain.

Ima memang suka terkangkang tersiat macam tu. Sampai skarang pun kalau kitorang tetiba naik syok bersembang, secara otomatik kaki-kaki semua naik ke atas. Terkangkang, terlibas, terkibai, semua ada. Termasuklah aku sebenarnya pun tapi dalam gamba ni aku sopan sikit. Mungkin sebab aku tak pakai spender.


Boria 7

Ni kat Changi Airport. Rasanya ni time hantar arwah nenek (baju kurung hitam) gi umrah. Tahun berapa tak pasti tapi berdasarkan cekak rambut aku tu, nampak gayanya macam Form 2. Aku meriba sepupu aku. Baju kurung yang ni antara yang cantik la zaman kitorang kecik dulu sebab kalerful. 

Sebab apa kain baju ni cantik sikit?

Sebab yang ni nenek aku belikan kain. Hahahahaha.
Kalau Mak Aji jangan harap la nak belikan kitorang kain berkilat-kilat macam ni. Dia tak suka kitorang bergaya macam orang tua katanya. Bagi Mak Aji, budak-budak kena bergaya macam budak. Pakai baju cotton, kasut jangan menggatal nak pakai ada heels, bedak pun kalau boleh jangan pakai. Biar berkerak. Lambang seorang budak-budak gitu. Rambut pendek. Jangan mengada nak berambut panjang segala. Nanti rambut cepat masam. Kejap-kejap kena shampoo rambut. Shampoo mahal oi. Shampoo pun takat shampoo je, jangan nak sentuh conditioner mama. Conditioner ni rambut orang tua je boleh pakai. Gitu tazkirah mak aku dulu.
Arwah nenek good taste. Lagipun nenek banyak duit. Jadi cucu-cucu yang tak berapa mewah macam kitorang ni selalu la dapat hadiah dari nenek. Nenek pulak suka beli kain. Kalau kebetulan kitorang ada sekali, dia suruh je kitorang pilih kain apa nak. Silk pun boleh. Time tu dapat pakai silk, berjalan pun kejung semacam. Punyalah bangga dapat pakai silk.


Boria 8

Ni tahun 1987. Darjah Ompek. Memang konfem.
Sebab tahun 1987 buat pertama kali kitorang ke East Coast, ikut Pak Aji outstesen.
Seb baik masa ni Pak Aji dah jadi Pegawai Pendidikan kat Jabatan Pendidikan Selangor. Dapatlah kitorang merasa berjalan jauh sikit. Kalau tak balik-balik muzium, tugu negara, muzium, tugu negara, dayabumi, dayabumi, dayabumi. Naik mabuk asik keluar masuk situ je.

Tapi dah nama pun ikut bapak gi keje kan.
So takat ikut je la. Walaupun merasa duduk hotel, takde la nak mewah-mewah breakfast kat coffee house segala. Bapak aku je btreakfast kat hotel, kitorang pandai-pandai la ikut Mak Aji tapau makanan kat warung. Jangan banyak cengkadak eh, dapat berjalan dah cukup baik. Jangan mintak macam-macam, aku tak bagi penampar dah cukup bagus. Haaa, gitu pesanan Mak Aji. Berani kau nak mintak?

Kau tengok la si Ima punya pose. Kemain menyenget.
Pose aku tu pun Ima la suruh buat tapi macam siapalis je aku pose. Kayu!

Aku suka baju yang ni.
Depan tu macam vest. Boleh bukak kalau nak.


Boria 9

Kat Tampin.
Ni samada Darjah 6 atau Tingkatan 1 sebab aku pakai spek jenis ni cuma 2 tahun je. Sebab masa kat Maahad (Form 1), spek ni barai.

Bukan takat baju berjalan je sama. Baju tido pun sama okeh! Mana aku tak sakit jiwa.
Semua benda nak kena boria.
Aku rasa Mak Aji ni teringin nau nak dapat anak kembar kot. Habis aku ngan Ima jadi bahan ujikaji.

Lama dah aku ngan Ima tak boria bersama menjak size badan dah macam dipam-pam ni kan. Payah nau nak carik pesen baju sedondon.
Tapi insyallah, kitorang akan kembali memboria time wedding Ibal nanti.
Dengan Mak Aji Mak Aji sekali aku boriakan. Biar dia rasa kena pakai baju sepesen. Mbhahahahaha.