2014-10-17

Masa


Semua orang di dunia dianugerahkan masa yang sama.
Kalau kita di Stesen Angkasalepas akan dapat masa yang berbeza.
Kita ada 24 jam sehari, masa yang manusia sendiri uruskan sejak dulu.‎

Allah mencipta masa, dan memasukkan kita dalam sistem masa, sedangkan Dia tidak berada dalam sistem masa, Allah tidak bermasa dan tidak terikat dengan masa.
24 jam itupun diurus manusia dengan ilham Allah.
Dari segi pembahagian minit dan saat, jam dan hari, hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke tahun, semuanya ilham Allah.

Manusia "mengurus" sahaja, yang "menjalankan masa" ialah Allah.
Tapi hakikatnya masa tidak boleh diurus. Masa berlalu pergi. Yang boleh diurus ialah manusia.
Mengurus diri. Ya, mengurus diri untuk mendapatkan masa!

Allah "melatih" manusia setiap hari untuk mendapatkan masa.
Tetapi oleh kerana ia urusan seharian yang boleh dijumpa sehari-hari, kita tidak akan hargainya. Kalau manusia boleh menguruskan diri untuk mendapatkan masa maka manusia akan ada masa.
Tapi kalau manusia tidak dapat mendapatkan masa maka dia gagal uruskan diri.
Hal ini kerana kalau dia matipun masa tetap berjalan.
Maknanya, masa tidak "hairan" dengan dia. Masa dengan gah terus berjalan, sehingga Allah suruh berhenti.
Walaupun kita hidup di dalam alam masa sehari-hari, sayangnya kita gagal hargai masa.
Walaupun Allah "melatih-tubi" kita setiap hari.

Bagaimana Allah "melatih" kita?

Perhatikan waktu solat kita, bagaimana bentuknya?
Adakah waktu solat berbentuk "quarterly" macam yang kita amalkan dalam urusan seharian?
Sepuluh suku...Sebelas setengah...Dua Empat puluh lima...Duabelas tepat..?

Masa-masa solat kita bukan begitu.

1:32 - Zohor.
4:36 - Asar.
7:27  -Maghrib.
8:16 - Isyak.
5:52 - Subuh.

Pernah kita terfikir kenapa agaknya waktu Zuhur 1:32.
Kenapa tak dibundarkan sahaja ke 1:30. 

Kalau waktu Maghrib di bulan puasa masuknya jam 7:31 malam, bolehkah kita mula makan jam 7.30 malam?

Makanlah.
Pastu qado puasa.
Batal puasa.‎ Seminit sahaja beza. Tetap batal.

Begitu hebatnya Allah "melatih" kita tentang masa.
"Appointment" kita denganNYA untuk Zuhur mesti 1:32pm.
Bukan 1:45pm. Bukan 2.00pm. 

Bayangkan, kalau kita ada temujani dengan client pukul 3.30pm.
Apetah lagi jika client itu client yang sangat penting, pasti paling kurang 5 minit sebelum 3.30pm kita sudah menunggu beliau. Betapa pentingnya client tersebut bagi kita.

Tapi, berapa ramai yang menunggu waktu solat?
Berapa ramai yang menunggu waktu Subuh?
Berapa ramai yang menunggu waktu Zohor?
1:32pm Zohor, 1:25pm kita sudah bersedia atas sejadah. Menunggu azan Zohor. Menunggu "appointment".

Allah. Allah.

Dengan waktu solat sebenarnya Allah mengajar kita betapa besarnya masa.
Nampaknya "latihan" menetapi masa ini gagal kita hayati walaupun kita buat sehari-hari.

Dalam urusan harian walaupun untuk kemudahan kita, kita "quarterly" masa kita, ia tidak salah.
Tapi walaupun dengan tindakan memudahkan masa begitupun, ada sesetengah manusia yang masih lagi buat-buat mudah dengan masa. Kita masih gagal uruskan diri untuk menepati masa.

Tepati masa bukan ciri-ciri kaum tertentu.
Ia sebenarnya salah satu dari tanda mukmin yang baik.
Kalau gagal kita dalam urusan tepati masa ‎untuk urusan seharian, ia tanda kita ada masalah dalam menguruskan diri.

Perhatikan diri kita. Berubahlah.
Hormati masa untuk urusan dunia kita, nescaya kita akan dihormati.

(bakal bersambung, ins sha Allah)

Wallahu'alam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana