2014-10-27

Sleng


Aku boleh terima lagi kalau orang Tganu and Kelantan bercakap dengan dengan ada hawa-hawa bunyik Kelantan/Tganu.
Takpe, takde hal.
Sama la citer dia kalau orang utara cakap bunyik utara. Pun takde masalah.

Tapi aku sakit telinga kalau dengar laki aku mengontrol dialek Tganunya. Series, sakit telinga.
Dia tau aku tak suka tapi dia tak berdaya untuk buat apa-apa, katanya.
Mula-mula dulu masa aku sound "Nak cakap Tganu tu cakap je la, takyah la kontrol", dia tak terima. Dia cakap mana ada dia kontrol.
Tapi sebenarnya dia memang kontrol.
Aku tak paham apesal ngan aku bini kau sendiri pun kau nak kontrol.
Kalau dengan orang luar aku paham la kenapa kau nak kontrol. Sebab nak create impression.
Tapi aku ni dah 13 tahun hidup bersama kottttt. Nak kontrol pebendanya lagi. Let it go sudah la. Nak kena aku nyanyi Let It Go ke camne ni.

Contoh.

Jumaat lepas Redza tak sihat.
Muntah-muntah. Lembik satu badan.

Dia cakap kat aku "Di, tolong tengokkan Redza tu camne. Abang rasa macaN demaN"

Aku sound dia.
"Bang! Demam bang.. demam. Bukan deman. Macam, bukan macan."

Aku dah tahap stress dengar dia kontrol dialek dia.
Bukan apa, aku kesian tengok dia sebenarnya.
13 tahun lepas, masa mula-mula kawen, aku penah dengar member-member  se-Jepun selamba bahan and gelakkan sebab dia kontrol bercakap. Sehabis daya dia nak hilangkan bunyik Tganu tu.
Tak perlu ok. Tak perlu.
Sebab buruk nau jadiknya.

Aku tanya kenapa mesti kontrol?
Dia cakap dia tau ramai orang tak suka orang pantai timur.
Tak kira camna ok pun orang tu, tak banyak sikit, mesti ada anggapan yang tak seronok sikit tentang orang pantai timur. Dia cakap dia taknak disebabkan itu, orang tak selesa nak bergaul dengan dia.
Sebab tu dia berusaha untuk hilangkan sleng dia tu bila bercakap dengan orang bukan Tganu.
Dia rasa dia dah buat habis daya.
Yang pastinya dia tak pernah berjaya. Hahaha.
Makin dia kontrol, makin merapu bunyik yang keluar sampai aku tak paham.

Masa awal-awal kenal dulu, dia sangat pendiam.
Skarang pun takde la banyak cakap sangat pun tapi takde la membatu macam topekong Siam everytime ikut aku jumpa member. 
Dia tak banyak cakap bukan sebab dia tak reti bersembang.
Tapi dia taknak sleng dia terbabas.
Dia taknak orang tak selesa dengan bunyi-bunyian dia.

Kawan-kawan aku ada juga orang Tganu Kelantan, tapi some of them bila bercakap biasa dengan orang bukan pantai timur, sleng memang hilang terus. Sampai tak perasan pun dia orang Tganu/Kelantan. Tapi En Wan spesel kes. Sleng dia memang pekat. Aku tak tau la masa blaja kat Jepun dulu lecturer dia ada masalah nak memahamkan apa dia cakap ke tak.

Kalau dia ajar Redza english lagi la.
Dengan aku aku sekali konfius.
Terkebil-kebil anak aku nak memahamkan apa yang bapak dia cakap.

Ni pun kes last week jugak. Sebab nak nak exam week kan, jadi En Wan memang akan pulun tetiap pagi petang siang malam latih tubi Redza.

Malam buat revision English.

"SHIK."

Aku dengar je dari jauh.
Aku toleh tengok Redza terpisat-pisat pandang muka bapak dia. Muka blur.

Disebabkan aku dah lebih lama hidup ngan dia jadi dalam kepala aku ada beberapa kemungkinan.
Boleh jadi SHEEP, SHEET, SHIP atau SHIT.

Sekali betul pun.
SHEEP!

Kau halalkan aje la sebutan bapak kau tu Redza.

Sebab tu kalau En Wan tanya apa-apa word kat aku, aku akan suruh dia bagi ayat penuh supaya aku boleh agak apa yang orang tua ni nak sebenornya. Kalau tak, dengan aku-aku sekali stress mikir pebenda dia sebut.


Shik pun Shik la bang.
 *aku terpaksa edit gamba ni so that kulit En Wan tu dapat dikurangkan kecerahannya supaya sedondon dengan aku. (Raya Haji, Manir, 2014)*