2010-10-08

Dah tua tapi....

Bengang betul aku dengan satu MAKCIK yang lagi tua dari Mak Aji. Makcik ni betul-betul buatkan aku percaya yang tak semua orang tua lebih makan garam dari orang muda. Mungkin terlebih makan garam sampai jadi bengap.

Ko imagine eh, kat tahlil orang meninggal, dia leh sok sek sok sek pasal si mati. Ok tu satu hal la. Benda ni sumtimes biasa kita tengok. Dah dipesan kalau pi funeral tu takyah la cerita yang bukan-bukan pasal si mati, jaga la sikit hati sedara-mara yang masih hidup. Kalau mulut dah rabak sangat, kau balik je rumah. Ha pastu nak bercerita pun cerita lah.

Tapiiii this makcik lagi pelik okkk. Si mati ni mati bersalin.

Tengah-tengah tahlil tu dia leh cakap ngan member sebelah-menyebelah 'Orang cakap kalau mati beranak sok sok jadi pontianak'.

Pukimak tak?????

Yang patut jadik pontianak tu kau! Dah tua kedarah nak mampos pun percaya sangat ngan hantu-hantu. Kalau pun betul, tak boleh ke kau beradap sket?????

Kalau dah kampung tu memang kampung jugak la!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-07

Nak buat apa tu?



Caller : Helo, ni Diana ke?

Aku : Ye, saya. Siapa ni?

Caller : Nizam.

Aku : Nizam mana ye?

Caller : Nizam UPM.

Aku : Err...UPM? Faculty apa ye?

Caller : ********* (rahsia)

Aku : Aaaaa...(sebab faculty ni takde kena-mengena dengan bisnes aku so aku pelik apesal dia ni call, tapi aku layan jugak). Okkkkk....saya tak boleh recall apa-apa setakat ni. Boleh saya bantu apa-apa?

Caller : Amboi...formalnya cakap.

Aku : Sorry la kalau formal sangat sebab saya tengah dok mengingat ni Nizam yang mana satu.

Caller : Yang kita cakap tu hari jadik tak? Sebab saya nak book bilik ni.

Aku : (Oh! Shit!! Ni yang aku bengang kalau dok rumah lama-lama. Aku jadi bengap sampai takleh ingat appointment aku dengan customer). Ya Allah! Sorry. Saya betul-betul tak ingat ni. Projek apa ye ni? Booth utk BioMalaysia ke?

Caller : Ha?? BioMalaysia apa pulak niiiii. Awak ada dengan siapa ni??? Cakap pun takut-takut!

Aku : Huh?? Actually saya kat rumah ni. Laptop saya pulak takleh guna buat masa sekarang so semua app saya save dalam tu.

Caller : Berapa banyak appointment awak ada ni sampai benda yang kita bincang kelmarin pun awak tak boleh ingat?

Aku : Sorry sangat-sangat. Boleh tak saya tau pasal apa sebenarnya ni?

Caller : Kan kita dah set esok nak pergi. Saya nak book bilik. Hari tu dia yang beria-ia kata ok. Hari ni lupa. Ni mesti ada sesaper kat sana. Apesal ada kat rumah pulak hari ni? Takde class?


Ok, masa ni aku dah boleh rasa dia salah nombor.
Tapi nama sama?? Mustahil!


Aku : Ok, kejap-kejap. Boleh tak saya tau awak nak cakap dengan siapa sebenarnya ni? Saya rasa macam salah nombor je ni.

Caller : Tut..tut..tut...tut...(terus letak)


Lepas tu kan dah tak masuk-masuk dah nombor dia.
Nombor ada lagi aku pegang ni. Kangggg..kangggg...wakakakaka.

Aku rasa maybe aku yang silap dengar kot, sebab aku memang ada penyakit pekak.

Maybe dia nak cakap dengan Liyana? Ziana? Yana?

Ada sesape di UPM dengan nama seperti di atas?
Apa ko nak buat esok ngan Nizam ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Wakakakkaka.

Opss...bersangka lah baik.

2010-10-06

Dirogol suami?



Aku terbaca satu artikel pasal kes rogol. (uishhh, kalau bab rogol memang takde istilah TERBACA okkk, KONFEM baca!)

Tetiba aku teringat satu cerita kat Majalah Mingguan Wanita satu masa dulu, masa aku still kat UNIMAS lagi. Time tu aku rajin beli Mingguan Wanita ni. Konon nak mencegah dari terjebak dengan lelaki/balak saiko, tapi aku dapattttt jugak yang saiko. Tu la dia kan, lagi kau avoid, lagi kau dapat.

Ada satu kes tu dia cerita pasal DIROGOL SUAMI SENDIRI.

Wahhh, biasa la tengah bujang kan. Bab-bab cerita rogol ni memang laju je baca.

Tolong bagitau aku sikit memang ada ke istilah dirogol suami sendiri ni?
Aku ni memang bab-bab agama takde la bijak mana. Dari segi sivil pun aku tak pandai (read : tak kuasa ambik tau).

Tapi setahu aku, bukankah isteri hak suami? Kalau suami mintak dilayan tu, kau kena layan kan. Maka ada kah istilah dirogol suami? Aduiyaiiii, suami saperla yang rajin merogol bini ni. Laki aku ni toksah kata nak rogol, aku telanjang bulat sebelah dia pun dia boleh pandang je. Mentang-mentang la perut aku besar skang ni, buat nak tak nak je memandang.

Cuma yang si tuan punya kote ni pun agak-agak la sama. Kalau keadaan isteri kau tak mengizinkan, kau hold la dulu kote kau tu. Jangan la gelojoh macam tak penah dapat. Perempuan pun ada mood swing jugak. Ada time dia malas layan tu, kau jangan la berkeras hati nak jugak. Sabo-sabo le. Ntah dia period ke, baru kena lempang ngan bos ke...

But, seingat aku, artikel yang aku baca tu, takde pulak sebut pasal bini dia period ke apa ke. Masih lagi status suami isteri yang sah tapi saya dirogol suami saya. Apekah???

Atau adekah term DIROGOL SUAMI SENDIRI yang dipakai oleh pompuan ni adelah bermaksud SAYA DIJIMAK DENGAN SECARA RAKUS SEHINGGA COLI BERTERBANGAN KE RUMAH SEBELAH?

Eh, apa ni???

Aku tak paham okkkk.

Berjimat itu lebih baik - statement orang takde duit.


Last Saturday nak pi carik kasut Redza for graduation. Kena pakai kasut putih. Terus kitorang pi beli siap-siap kasut skolah untuk masuk Darjah Satu tahun depan, siap ngan kapur kasut sekali. Ntah sape yang nak mengapur pun aku tak tau la. Sorry la aku nak buat keje-keje ni. Zaman aku kapur kasut dah berlalu. Dulu time skolah aku la manusia paling liattttttt nak kapur kasut. Sebab tu aku berusaha untuk dipilih menjadi pemawas, sebab pemawas pakai kasut hitam.

Kasut hitam adelah best sebab aku tak payah risau nak basuh kasut. Sebab tak nampak kotor. Tak basuh dua bulan pun takpe. Tetiba naik bau je....
Tapi tu la, kau kena rajin spray kan perfume kat dalam kasut tu. Aku tak main la guna spray kasut untuk hilangkan bau okkk. Aku kan orang ada-ada. Jadi, aku guna perfume. Bukan calang-calang perfume okkk. Tu ha jenama POISON Christian Dior tu aku belasah spray kat kasut. Mak Aji punya. Tapi disebabkan perfume POISON tu bau memang kuat, so Mak Aji boleh detect aku sebat perfume dia bubuh kat kasut. Malam Ahad tu dia bagi aku dia punya version of POISON - 3 das!! Esok Isnin pi skolah berbirat lengan aku.
.........Dan bermula sejak hari itulah aku berjinak-jinak pakai baju kurung pi skolah. Dah taknak pakai pinnafore dah, sebab satu skolah dapat tengok pangkat Sarjan aku dapat.

Selain dari tu, kau tak payah risau ada orang pijak kasut skolah.
Baru hari Selasa, dah ada orang terpijak kasut kau. Hangin tak??? Dah la nak membasuh satu hal. Nak tunggu kering lagi. Mak mengapur lagi. Tu belum kalau weekend lepas hujan. Aku kena letak kasut aku bawak esbok nak keringkan. Tau-tau esok pi skolah, ada budak pijak kasut aku. Kau ada rasa nak siku muka budak tu tak?

Jadi, beruasahalah menjadi pemawas.
Boleh pakai kasut hitam.


Perut dah besar, jadi duduk pun dah terkangkang tersiat. Ni pun dah kira habis rapat aku susun peha aku, kalau kat rumah lagi lebar aku mengangkang. Sebab tu la wanita mengandung dinasihatkan supaya tak pakai skirt, kang ilangkan nak nampak vogue, masyarakat sekeliling boleh nampak bulatttttt je kat celah tu.



Walaupun tumit dah merekah, aku tetap tak sadar diri. Nak pakai sandal yang bertumit tinggi jugak. Pastu malam-malam menyusahkan laki kena urut.
Kali ni aku macam takde mood nak bershopping barang baby. Kalau time Redza dulu sampai kena sound dek Mak Aji. Awal-awal aku dah readykan barang.
Kali ni tak. Aku cam rasa jap lagi aku masuk OT, kau kuar la kejap pi beli baju baby, tak boleh ke?

Lagi satu kan, dulu masa time Redza aku poyo gila. Semua benda nak beli yang branded je. Baju basahan pun nak yang stylo-milo.
Stroller selamba je aku ambik yang harga RM1K++. Tapi pakainya tak.
Maklom le, tunggu anak sampai 3 tahun baru keluar. Bila dah keluar, masing-masing gelupur asik nak dokong and meriba anak, mana ada masa nak letak dalam stroller kan. So stroller tu ada la kot dalam sembilan kali aku guna, last-last parking dalam stor.

Same goes to baby car seat and baycot, bukannya guna. Penyudahnya, baby car seat tu jadi tempat letak teddy bear Redza.

Pakkal la baju-baju Redza semua aku dah bagi kat orang, kalau ada lagi lam simpanan, memang aku recycle balik. Konfem.



Last-last ni je aku beli.

Ada Baby Fair kat IOI Mall Sabtu lepas. So En Wan paksa beli barang jugak.
Kira mencipta sejarah tersendiri jugak la. Selalunya shopping mesti sorong troli, kali ni aku pakai bakul je. Punyala takde selera nak shopping. Tu pun tak penuh. Aku main sambar je apa dapat. Eiiii, series punya takde mood. Risau pulak aku ni apehal ntah.
Mungkin sebab takde duit kot. Haha.
Kali ni aku pilih baju kat bakul longgok-longgok tu je, sebab kat situ tak ramai orang. Apesal ntah. Padahal ok je baju-baju kat situ aku tengok. Aku kiraikan lebih kurang, agak-agak baju tu takde tetas, takde koyak, terus masukkan dalam bakul. Settle!
Kalau dulu gila cerewet okkk. Nak beli baju pun boleh jadi bergaduh ngan En Wan. Dia nak yang ini, aku nak yang tu. Siap berpecah pastu bila jumpa balik, susunkan baju sebelah-menyebelah tengok saper punya taste lagi ok. Cam lahanat je bila ingat-ingatkan balik.
Kali ni takde deeee. Aku ikut je mana En Wan pegi, dia kata 'Ni ok?'.
'Okkkkkk'.
Settle.


Ni bapaknya yang excited sampai je rumah terus lipat and susun baju baby. Walaupun cara dia melipat baju tu adelah serupa macam spender yang baru lepas diguna - bergulungggg je, tapi aku diamkan je. Sukati kau la bang, janji kau ada effort nak tolong.


Mengapakah En Wan tidak pernah serik untuk bergamba sebelah adik aku????




Anyone nak carik keje?



Kami (kami ni bukan aku, aku tolong iklankan je) mencari seorang staf untuk bekerja di Butik DeZahra, Shah Alam, Selangor

Alamat Premis
1-10-1 PRECINT ALAMI
WORLDWIDE BUSINESS CENTRE 2
PERSIARAN AKUATIK
SEKSYEN 13
40100 SHAH ALAM
SELANGOR

(dekat dengan tesco Shah Alam, jalan kaki pun sampai)


Gaji = RM800


Waktu Bekerja = Isnin hingga Jumaat , 10 pagi - 6 petang sahaja


untuk pertanyaan sila hubungi

Pn. Zilla
019-2271752


boleh review kat sini

2010-10-05

Concert


Ahad lepas Redza ada graduation concert kat Dewan Seri Endon, Putrajaya.
Rasa macam pi wedding anak load-load okkkk.
Jakun kejap aku masuk dewan gempak-gempak ni.

Oh yes, citer pasal wedding.
Ramai gak eh yang tak puas hati pasal bab hantaran tu.
Actually benda yang aku post tu ada kena-mengena dengan apa yang jadik kat diri aku la. Tapi bukan adik aku, err..ada laaaaaaaa.

Benda-benda macam ni nak argue lebih-lebih pun payah. Semua ada pendapat masing-masing.
Cuma yang aku takleh tahan tu bila alasan mak pompuan yang mintak sampai 15K tu adelah kerana 'Memang anak saya tak blaja tinggi, tapi anak saya bukan duduk je kat rumah. Dia mengemas, tau menjahit, menyulam, memasak, bla bla bla..'

Makcikkkkkkkkkk....abis anak dara orang lain tak tau masak keeeeeeeeeeeeeeeee??
Masakan apa yang spesel sangat anak makcik pandai buat tu sampai macam tu sekali letak harga? Nak gak aku tumpang rasa. Aku bab-bab food testing ni memang sukaaaaaaaaaaaaa.

Ok la makcik, bab menyulam tu memang la saya tak tau.
Tapi of cos la anak makcik kena ambik tau menyulam segala sebab dia dok rumah je, tak keje. Saya ni bekeja, jadi saya blaja kompite. Tak sempat nak blaja menyulam. Jadi, bolehkan mak saya meletak harga 15K jugak dengan alasan saya tau kompite??

Wakakakaka.
Ok, tak kelakar.

Time klorga En Wan meminang aku dulu, bila bab pihak sana tanya hantaran, Mak Aji boleh pesan kat tukang cakap tu yang 'Anak pompuan saya tak ramai. Dua orang je. Jadi saya taknak hantaran, saya cuma mintak pihak klorga laki and bakal suami tolong jaga anak pompuan saya baik-baik. Tu je saya mintak'.

Tapi Mak Aji bagi statement kat salah worang okkkk.
Dapat kat En Wan lak tu.

Ohhhhhh, dan-dan dia letak harga sendiri.
Lagi 2 minggu nak kawen aku tanya En Wan :

Aku : Eh, berapa hantaran abang bagi Di ha?

En Wan : Abang bagi sempena tarik kita bersanding, RM5,520.01. (siap ada sen kauuuu).

Aku : Oh ye ke?

En Wan : Takpe ke? Mama kesah tak?

Aku : Kan mama tak mintak pun.

En Wan : Ke Di nak abang bagi ikut tarikh kita nikah - 4/5/2001?


Ewahhhhhhhhhhhhhhh.
Cantek mukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Kalau bab nak mengurangkan bajet tu memang kasik je la kat dia ni okkkk.

Yang lagi aku tak tahan, bila malam bersanding tu aku bagi album yang ada duit hantaran tu Kat Mak Aji, tapi Mak Aji pulangkan balik. Dia kata ambik je la buat belanja nak mula hidup baru.

Dengan pantasnya En Wan bagi cadangan 'Apa kata, kita gunakan duit ni bawak keluar kereta Prelude abang kat kastam?'

Memang beruntung okkkkkkkkkkkkk dia ni kawen ngan aku.
Dah la free, siap dia pulak yang mengaturkan duit hantaran tu nak kuarkan keta dia.
Hampagas!!

Tapi takpelah.
Janji aku kawen.
(desperate gila bunyiknya)



Ok, citer konsert Redza..

Tahun ni Redza menari tarian Tamil. Baju dia ok. Cantek. Kulit pun dah sepadan dah...tang selendang tu yang aku tak tahan. Aku siap ajar lagi anak aku buat cam Rajni - zas zas zasssssssssss!!! Tinggal spek itam je yang takde.


Mak buyung yang tombam siap tapau roti sampai 7 jenis dari Baker's Cottage.



Gabungan concert 2 cawangan



Ni baru graduation tadika. Agaknya REAL School swasta tu punya graduation bapak grand macamana lagi dewan dia letak.


Another shot of Mak Buyung. 2 jam aku terlepak dalam ni semata-mata nak cop front seat.



Siapa yang paling pendek??


See anak aku...sikit punya hentak okeh.






Semua mother kena iring anak-anak yang graduate.





Cantik kan budak pompuan sebelah anak aku ni? Kejelitaannya menyerlahkan lagi betapa belengasnya anak aku.


Siapa lagi kembang?

2010-10-01

Kawen


Ada satu masaelah. (Baca style ahlil nujum dalam cerita Nujum Pak Belalang).

Situasi adelah di mana satu couple ni nak kawen. Yang lakinya baru start keje. Yang pompuan tak bekeja. Kira lepas SPM dok umah tolong mak jaga adik.
Maka dorang ni dijadikan cerita bercouple. Sekali, klorga pompuan kata kau asik bawak anak dara aku kehulu hilir, aku nak kau kawen ngan anak aku ASAP, kalau takkkk, jangan harap kau nak bawak anak aku kuar dating.
So laki ni pi pinang.
Klorga pompuan mintak RM15K sebagai hantaran.
Mak lelaki gila terperanjat la kan apekejadah kau mintak sampai 15K. Anak dara kau blaja pun sangkut. Hantaran mengalahkan orang yang ada masters.

Mak lelaki mintak kurang atas alasan anak laki dia baru start keje, kalau nak 15K boleh, tapiiiii kawen lagi 5 tahun, not now.
Soalan aku :
Adekah harga hantaran skang ikut berapa banyak sijil kau ada?

Mak pompuan pun hanginnnn. Dia kata tak boleh tawar-tawar. Tinggi ke rendah ke blaja itu satu cerita lain. Yang penting dia dah jaga anak dara dia elok-elok, bagi makan sedap-sedap dari kecik sampai besar maka dia nak biar calon suami boleh jaga sebaik dia jaga. Kalau 15K pun takde, wadehellllll nak anak aku!

Mak laki pun bidas. Dia kata jangan la mata duitan sangat. Duit bukan segala-galanya. Kalau nak jugak 15K ni boleh, tapi laki ni terpaksa berhutang. Sanggup ke anak dara dia telan air liur tak boleh beli itu ini sebab suami nak perabiskan hutang dulu?

Mak pompuan balas, memangla duit bukan segalanya, tapiiii segala-galanya perlukan duit sekarang cik kiah oiiiiiiii!

Ok, skarang aku dah pening pikir.
Seb baik aku dah kawen.

Yang laki pun satu halllll, dah tau kote gatal nak bercinta, apesal tak kumpul duit nak kawen? 
Tapi 15K tu agak berat sket la kan nak-nak lagi kalau baru 6 bulan start keje..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-09-30

Hidung mengalami pembusukan


Actually sejak hampir 2 minggu lepas aku ada masalah hidung tersumbat. Tapi aku dengan konfidennya aku tetap pi sana-sini jumpa customer dan tetap angkat call walaupun suara aku sengau-sengau sendut.

Memang kali ni pregnant, aku punya alahan is selsema. So ko bayangkan lah kan, sepanjang mengandung kalau ko kena selsema tak ke hazab namanya?? Lagi sengsara kalau time nak sembayang tu, aku tawakal ajelah, kejap-kejap srot srett srot srettt. Kalau ikut hati aku, memang time sembayang tu aku hembus je terus. Sebab tu la jugak terawikh hari tu, macamana aku start lambat sekalipun, aku jugak yang tetap habis dulu. Hahahaha.. Gila speed aku baca sebab selsema punya pasal.

Awal-awal dulu aku belasah ubat selsema tetiap hari sampai satu keje takleh buat bantai membuta je keje. Last-last gynae aku cakap, ni memang pembawakan so takleh buat apa, redho je la sampai bulan 12 nanti.

Tapi disebabkan terlampau lama selsema, 2 minggu lepas aku kena infection dalam hidung. Mula-mula aku tak perasan sebab tak demam semua, tapi aku macam terbau-bau bacteria. Aku memang kenal sangat la ngan bau bacteria ni sebab masa 1st degree dulu aku sampai dah tak boleh nak muntah dah kalau masuk lab, bau bakteria ni memang dah sebati. Apa taknya, hari-hari kena streak 50 plate bacteria, mana tak serasi bau aku ngan bau bakteria kannnn.

So, aku ni sibuk la spray rumah ngan Febreeze la apa la nak kasik hilang bau tu. Tetiba aku terperasan selsema aku dah kaler lain. Mucus dia dah ada yellowish kaler. (oh, korang tengah makan eh?? Ada aku kesah???)

Bila aku hembus, aku terbau bau busuk tu.
Oh! Demmmmmmmm!!!!

Sampai ke tekak okkk terasa pahit dia. Last-last, tekak aku ada rasa macam darah. Ah, sudahhh.

So semalam 2 hari lepas dia dah trigger migrain. Gila babi punya migrain sampai aku rasa nak sembayang guna mata sebab kepala pun tak larat angkat. So, kebetulan En Wan off siang, so dia hayak aku pi Sunway Medical Centre pi jumpa ENT specialist.


Muka girang sebab tak payah pegi keje pagi. Tapi bini pulak buat hal, so takleh bangun lambat. Kena bawak bini tersayang ke spital.


ENT Specialist. Dokter yang sama yang bedah hidung En Wan 3 tahun lepas.


Senyum dalam paksaaan padahal kepala dah sakit and hidung bau busuk!! Tapi En Wan tak kata apa pun time kiss aku?? So aku rasa takde la busuk sangat kotttttttt. Haha.


Masa ni dia dah semburkan nasal spray yang adisssssssssssss, pedihhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


Masuk je dalam bilik dokter, dia masukkan microscope dalam hidung and cakap memang VERY BAD infection oready. Tapi dia kata takleh buat apa la, sebab itu adelah disebabkan pertukaran hormon masa mengandung so that dia boleh bagi medication je dulu. Takkan nak kuarkan baby terus kot kan. Dia ada gak la korek-korek hidung aku ni nak kuarkan mucus. Dia punya scoop punyala panjang sampai satu tahap tu aku tersedak sebab dah dalam sangat dia masukkan untuk sedut. Disebabkan sedut tak abis, so dia terpaksa bagi very strong punya antibiotic.

Aku kena makan seminggu je, habis tak habis, cukup seminggu aku kena stop. Next week, dia nak check balik, kalau takde perubahan dia kata maybe kena operate. Dia takut ada bengkak sampai ke rongga pipi. Dah satu hal lak pagi ni aku bangun tanya Mak Aji dulu

'Ma, pipi Diana comel ke dari semalam?'

'Kau ni kenapa???'

'Comel tak?'

'Jangan mengada la. Aku nak masak!'.


Cis, takleh berkerjasama lansung!!!
Aku ni takut okkkk.
Nanti kalau pipi aku comel dari biasa maknanya ada nanah ke apa ke dalam pipi.
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!


Balik dari spital, aku terus takleh angkat kepala, belasah tido sampai kul 6pm. Masa maghrib, Pak Aji masuk bilik nak tengok aku. Aku mintak dia tolong picit-picitkan. Tau je la kan, tangan orang tua, Macam nak rabak tengkorak aku dia picit. Tu pejam mata bukan sebab sedap okkk, tapi tahan sakit. Kang aku cakap sakit kang, dia lepuk muka aku lak. So, diam je.

Muka setelah dipicit. Makin teruk.

Alhamdulillah bangun pagi ni dah lega. Eventho lubang hidung belah kanan ni ada tersumbat sikit, tapi bau-bau tu dah hilang banyak. Sometimes je terbau-bau. Tak tau la kot memang ada lagi bacteria tu or aku je yang saiko asik terbau-bau. Tapi killer okkk antibiotic ni, aku tak tau la ni antibiotic or ubat tido. Asal aku makan je terus mati.

Sorry...



First of all aku nak say sorry to Nora Abdullah sebab aku terlupa masukkan order lasagna dia for today. Padahal ye ye je aku konfemkan order dia malam tadi, last-last aku terlupa jugak. Aku just bagi kat Mak Aji order untuk those yang sms aku pagi semalam je. Bodo gila okkk.

Sorry ye Nora.

Next week akak hantar. Those yang nak order baked cheese macaroni or lasagna boleh buat order now, so that aku leh arrange for delivery/pick up next week. Hari Jumaat takleh deliver/pick up sebab Mak Aji ada huge order untuk spagetti.

Ni adelah contoh gamba yang aku baru snap jap tadi.

Pandangan jauh...

Pandangan dekat...yang takde beza pun kot.


Contoh lasagna yang dibeli dari Secret Recipe. Secret Recipe letak 3 lapis, Mak Aji punya version letak 4 lapis.


Baked cheese macaroni pada pandangan jauh...

Dari pandangan dekat


Ni lebih buat cheese macaroni tadi, aku telah men-request macaroni goreng. Aku makan 2 pinggan. Baru 2 pinggan....

2010-09-28

Dia bukan kawan saya.



Pasal kes pompuan tak sayang mulut tu, itu bukannya kawan aku. Kawan-kawan aku takde yang jakun tahap gampang sampai macam tu sekali nak kelebet segala harta benda orang. And this woman pun bukannya kawan En Wan pun cuma laki dia je kawan En Wan. So takkan aku nak jemput lakinya aje, kang orang kata aku berminat ngan laki orang pulak. Lain la kalau laki dia Farid Kamil.

Kalau ikut hati and mulut aku yang celupar ni memang aku tabur je depan-depan dia tapi disebabkan pompuan tu aku bukan kenal sangat pun, lagipun itu bukan tetamu aku (hahaha), but tetamu En Wan. Kena la jugak jaga airmuka laki sendiri kan. Walaupun pada mulanya aku tengok macam En Wan tak kisah apa pompuan tu nak cakap sebab laki pompuan ni pun macam bagi green lite je apa bini dia nak kondem. Tapi bila dorang dah brambos, En Wan hug bahu aku 'Di ok ke?'.

Ohhh, perasan jugak ko eh bini kau sentap???

Seb baik dia perasan aku tak berapa ok. Kalau tak, aku taknak masak-masak dah untuk kawan dia. Sejuk jap hati. Terus aku tak jadi nak mengumpat depan dia maka aku mengumpat lam blog. Ngahahaha.

Actually pompuan tu ingat aku pun surirumah sepenuh masa macam dia, so dia dok membayangkan yang En Wan and laki dia satu level (same position) and aku and dia pun sama-sama tak bekerja sooooo takkan la aku leh beli barang-barang yang lebih dari dia kotttttttt. Maybe tu pasal dia ada tebiat macam tu.

Yang laki aku ni pun satu.
Tak penah la konsistennya kalau orang tanya 'Bini kau keje, Wan?'

'Keje. Jual-jual barang je'.

Kadang-kadang kalau orang tanya 'Orang rumah kau keje?'

'Eh, nama pun orang rumah, keje kat rumah je la'.

Dua hari lepas gi open house kawan dia, orang tanya 'Bini kau keje apa?'

'Logistik. Hantar barang'.

Sedap anak tekak dia je.
Janji soklan orang berjawab.

Aku pun tak penah kisah apa En Wan nak explain kat orang pasal bini dia, tapi tu la kan, perception orang skarang ni lain. Some people bertanya sebab dia ikhlas bertanya, ada jugak sesetengah orang yang bertanya sebab sekadar nak bertanya, nak mengisi ruang. But, ada jugak yang bertanya sebab dia nak pastikan diri dia tak tergugat so dia rasa sangat lega dan boleh move on. Apa jenis orang pun aku tak tau.

Yang pelik tu, apa ko dapat pun kalau ko kondem harta benda orang?
Seb baik la aku ni takde duit nak beli barang lain. Kalau aku ganti semua barang yang dia kondem tu ngan barang lagi vogey the vass kanggggggg, terus ko kejung jadi statue of liberty depan pagar rumah aku.


Ok, topik lain.

Hari tu antara masakan yang aku buat adelah samosa daging. Tapi En Wan kata tak sedap sebab dia kata samosa aku samosa orang tak cukup bajet. Padahal bajet tu datang dari mana bangggggg??? Bukan dari poket kau kahhhhh????

Tapi jangan percaya cakap dia. Sila buat untuk anda rasai kenikmatannya.


Cincang bawang besar, bawang putih and tumbuk lada hitam. Goreng sekali dengan daging cincang....


....Sampai jadik macam ni.


Standby telur untuk dijadikan 'gam'.


Beli kulit popiah and gulung or lipat sukati. Janji daging tak terburai. Pastu gamkan kulit popiah tu guna telur tadi.


Dan goreng lah ia sampai lebam.



Sebarang feedback berunsur kondem tak dibenarkan sama sekali setelah anda memakan samosa ini.

2010-09-27

Ada sesetengah manusia memang layak dipanggil MUSIBATUN



Bulan-bulan raya ni sepatutnya jadi bulan bermaaf-maafan.
Ni ustazah aku la yang cakap.
Tapi aku rasa kali ni aku tak kuasa nak maafkan orang. Nak pulak kalau orang tu jenis takde adab.

Aku tak sure pulak kalau penyakit ni adelah penyakit orang Melayu, atau penyakit orang busuk ati ataupun penyakit orang mental. Mak aku dulu pesan, kalau pegi rumah orang, buat cara pegi rumah orang. Kalau pun ada benda yang ko tak berkenan dalam rumah tu, tolonglah ada adab berziarah sikit. Agak-agak ko datang melenggang bawak bontot aje, tak bawak buah tangan, maka the least you can do is to jaga hati tuan rumah, paham??

Ni kes tetamu yang datang ke rumah aku.

Memang la aku yang jemput kau datang. Well, raya kan, mana yang aku rasa perlu dijemput, aku jemput la. Aku jemput nak kasik ko rasa masakan aku, bukan suruh kau nilaikan segala harta yang aku beli dalam rumah ni.

Dalam rumah aku ni tak banyak pinggan mangkuk yang mahal-mahal. Apa yang aku beli adelah untuk buat makan-makan sendiri. So bila dah ramai-ramai datang tu, aku kuarkan la mana yang ada. Ada arcopal, corelle, noritake and vantage. Takde la banyak sangat pun satu-satu set tu aku beli. So aku kuarkan la bagi cukup orang makan. Aku kuarkan pinggan polisterine kang, orang kata aku kedana sangat pulak. Susah okkkkk hidup bermasyarakat niiiiii. Semua mulut kau nak kena tutup.

Alih-alih bila time makan, si musibat ni boleh pulak pi buat statement 'Noritake ni tak cukup set eh? Tea set je u beli ni kan?'

Tang 'Tea set JE' tu yang aku tak tahan.

Memang laaaaa aku ni tak mampu beli berset-set, tapi at least aku berani okkkk kuarkan Noritake aku bagi tetamu guna, bukan macam sesetangah orang, takat tayang dalam lemari je kasik lipas berak.

Pelik bila ada tetamu yang boleh kuarkan such statement time makan. Aku ni dok la risau kot la ada orang komplen makanan aku tak sedap, rupanya tak. Ada yang lagi berminat nak kondem pinggan mangkuk aku. Series lancau.

Ok, tu satu hal.

Ruang tamu aku, ada 2 chandelier.
Si musibat ni boleh pulak berborak-borak dengan tetamu lain (dia ingat aku tak dengar la ni. Sorry ok, telinga blogger adelah telinga paling ajaib dalam dunia. Benda-benda macam ni kena cepat tangkap so that aku leh jadikan kau bahan mengumpat dalam blog), dia cakap 'Ni salah niiiii. Patutnya chandelier letak satu je. Baru la jadi bahan tarikan. Dah letak dua nampak semak'.

Eh, kau pulak yang susah???
Yang semak pun rumah aku kan?

Tapi apesal aku tak nampak semak pun??
Ohhhh, mungkin sebab hall rumah aku lagi BESAR dari rumah kau kottttt. Tu pasal tak nampak semak.

Tapi takpela, orang nak bagi pendapat la katakan. Sukatila, bagi je la pendapat.
Tak puas hati kondem hall, masuk pulak kat dapur.
Tang ni aku tunggu jugak apa dia nak kondem sebab dapur aku ni aku serah bulat-bulat kat designer, maka bersarlah harapan aku sekiranya kau sudi mengkondem designer punya keje.

Dah takde benda sangat gamaknya nak kondem, tau dia kondem apa????

'Kitchen island u ni too big la. Kalau u buat kecik sikit, at least kat sini you boleh buat bla bla bla bla...'.

Pelempanggggggggggggggggggg!!!!
Ringan je tangan aku ni okkk.

Pastu sambung lagi 'Laa, nape beli model yang ni? Ramai sangat I tengok beli fridge yang 2 door kaler hitam ni. Dah biasa sangat rasanya, mana-mana rumah pun ada skarang'.

Penyudahnya aku cakap je 'Nak buat macamana, yang tu je tengah sale. Nak beli new arrival bajet takde'.

Sebenarnya orang macam ni, memang itu yang dia nak dengar dari mulut kita. Dia akan jadi lebih bahagia kalau kau cakap barang-barang dalam rumah kau ni kau menang cabutan bertuah. Kira barang-barang free je ni. Kalau nak harap duit sendiri memang sangat-sangat tak mampu gitu.

Tapi kan, kalau aku la, kalau betul rumah orang tu banyak sangat defect di mata aku, aku takkan explore habis sampai ke dapur segala. Sebab sakit mata banyak sangat defect, betul tak? Tapi yang ni takkkkk. Siap lak tu 'Boleh i tengok atas?'.

Nak tengok??
Sila..sila...

Yang naik atas 3 orang, aku malas nak ikut sekali sebab ada ramai lagi tetamu aku nak layan kat bawah, so aku cakap pandai-pandai carik jalan kat atas. Tapi dalam pada tu aku pasang telinga jugak la. Seronok okkk dengar orang busuk ati bagi pendapat. Mana la tau kot pendapat dia boleh diterima pakai kan. Kena bersangka baik okkk.

Kat living hall atas ni, aku letak potret kawen aku.
Kalau dah cilaka tu memang cilaka jugak la.
Dia komen gamba aku dulu apa-apa hal 'La, Diana ke ni?? Ya Allahhhhh, banyaknya editttt gamba ni. Tak nampak lansung parut kat kepala dia. Banyaknya edittttttttt'

Kimakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Apekah orang ini seorang bahalol???
Dah nama ko ambik kat studio konfem la gambar tu tak banyak sikit pun akan diedit.
Gamba aku kena edit pun dia susah, tu belum lagi aku oter muka aku betul-betul.

Terencat plan aku nak pakai susuk.

Ape masalahnya kalau gamba tu diedit pun?
Adekah kau sakit hati aku nampak sangatttttttttttttt gorges??????
Don't worry la, kalau aku gorjes tahap Miss World pun aku takkan tekel laki kau. Laki kau tu sesuai untuk pompuan macam kau je. Kesian.

Pastu aku tak dengar apa dah yang dia kondem kat atas.

Tapi masa diorang turun tangga, aku dengar dia cakap ngan dua orang lagi tu 'Patutnya letak la gamba ke apa ke kat dinding tu kan, ni nampak plainnnnn je'.

Patutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... aku tak jemput kau datang.
Itu yang sepatutnya!!

Bila nak balik tu, dia terperasankan lampu pagar aku.

Rumah aku ni end lot yang attached dengan rumah sebelah. Takde jalan kat tengah-tengah.
So aku tak letak lampu atas pagar, aku just letak kat belah dalam kawasan aku (kat every tiang pagar tu). Jadi, cuma orang yang masuk rumah aku je nampak lampu-lampu ni. Kecuali pagar depan aku tempah lampu khas dari kayu yang ada cermin kaler-kaler ala-ala tingkap rumah Melaka yang ada kaler blue, merah, green, oren tu.

Dia komen :

Musibatun : Laaa, apsal lampu kat garden lain, lampu kat pagar depan ni lain? Patutnya buat la sama.

Aku : Lampu garden ni cuma kitorang je yang nampak, so tak cantik pun takpe. Yang atas pagar ni kasik la yang cantik sikit.

Musibatun : Mesti lari bajet kan kalau nak buat semua?

Aku : Boleh tahan la...

Musibatun : Eh, berapa eh u tempah lampu depan ni?

Aku : Lebih kurang RM400 sebijik.

Musibatun : Eh, ye ke??? Kecik je. Bang, bang....(panggil laki dia). Lampu garden kita yang jenis macam ni tu berapa kita beli? Lagi besar dari ni kan?

Laki dia : Ha'ah. Tapi yang dorang beli ni jenis kayu mahal. Abang tau sangat la kalau Wan ni yang beli barang.

Musibatun : Eh, kita punya pun kayu mahal jugak lah!

Dah kau pulak nak bergaduh laki bini kat depan rumah aku semata-mata sebab lampu pagar?????

Pegi berambos balik boleh????

Series dowhhh, aku tak marah kalau ko nak bandingkan harta benda ko dengan harta benda orang lain. Sifat tu memang ada dalam setiap orang, samada jelas atau tak jelas je kejelikkan perangai tu. Banding boleh, tapi kalau nak kondem, tolong la balik rumah masing-masing dulu. Pastu kau nak mengutuk taste aku sampai raya tahun depan pun boleh.

Yang aku herannnnnnnnnn, tukang kondem ni takpenah sekali pun pelawa aku datang rumah dia. Apesal???

Kalau betul rumah kau lagi best dari rumah orang lain, tidakkah rasa berkobar-kobar ingin menayangkan kehebatan anda itu??


Hak ptuihhhhhhhhh.


2010-09-24

Luqman Hakim

Kan aku dah cakap, aku tak boleh tulis bahan bacaan berbentuk ilmiah. Kau suruh jugakkkk. Kan dah dapattt.

Ilmiah ke, tak ilmiah ke, tu semua subjektif. Kadang-kadang dalam pada kita borak-borak kosong pun ada gak terselit dua tiga pedoman, kira ilmiah jugak la tu. Aku sendiri geli la baca balik artikel 'ilmiah' aku. Benda last berbentuk ilmiah yang aku buat adelah tesis. Yang lain semua plagiat. Wakakakaka.

Pernah dengar tak cerita Luqman Hakim?

Tak penah dengar, meh aku cerita. Kalau dah penah dengar pun dengar jugak!

Luqman Hakim and anak dia berjalan kat padang pasir dengan keldai. Anak dia naik keldai, bapak dia jalan sambil bawak barang-barang. So ada org tegur apesal anak dia yang duduk atas keldai tu. Sangat kurang hajar bagi bapak jalan kaki sedangkan bapak lagi tua.

So diorang exchange place. Bapak naik keldai, anak jalan bawak barang. Sampai satu tempat ada org tegur apsal bapak sanggup biar anak kecik jalan kaki sambil bawak barang. Patutnya bapak yang jalan kaki sebab bapak lagi banyak tenaga. So diorang tukar balikkkk.

Kali ni dua-dua jalan, keldai bawak barang pulak. Tengah-tengah jalan, ada lagi musibat kepoci tegur apsal tergamak diorang biar keldai bawak barang banyak sampai nak bengkok kaki keldai tu berjalan. So dorang dua-dua sama-sama pikul keldai tu.

Sampai kat satu kota, semua orang gelakkan dorang sebab apekejadah la pikul keldai???

So Luqman Hakim cakap kat anak dia 'Tengok, kita takleh puaskan hati semua orang. Semua ada pendapat masing-masing. Kalau kita nak ikut cakap semua orang, kita boleh jadi gila!'.

Jadi kesimpulannya, mana kau nak. Nak aku jadi gila ke, korang yg gila?

Kalau nak buat aku jadi gila tu payah sikit la, sebab aku dah memang tak berapa betul sangat sejak azali. Tapi kalau korang nak gila, silakan. Aku takde halangan.

So, tolonglah jangan bagi cadangan or pandangan yang pelik-pelik kat aku. Rasa-rasa nak baca bahan berilmiah, belila sokabar. Blog aku ni memang takde ilmiahnya sebab ini adelah my life jurnal. Sebab tu takde sebarang penapisan tatabahasa kat sini.

Eh tapi not bad jugak la kan artikel aku pasal buasir tu? At least korang semua tau tanda-tanda buasir kan? Hahahaha.

Ok, yang ni bukan ilmiah. Tapi berdasarkan pengalaman.

Minggu lepas aku aktif mengemas rumah siap alih katil, kabinet segala. Sampai krem-krem perut aku. Tiap kali aku alih kabinet kan, mesti pastu aku rasa nak buang a ir besar. Adekah ini pemangkin?

Selamat mencuba!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-09-23

Tak puas hati!!!

Aku tak puas hati dengan Pos Laju.

Salah seorang budak yang beli jeans GAP/LEVI'S from En Wan hari tu, jeans dia hilang. Hilang kat Pos Laju Kuantan. Memang sahih pakej tu dah sampai Pos Laju Kuantan tapi takde rekod keluar ke customer.

So aku pun buat la report. Kena buat report lak kat Pos Laju Shah Alam sebab aku sender. Ok fine.

Aku cakap aku nak mintak gantirugi. Jeans tu dah sah-sah la takkan jumpa balik. Memang lancau tahap musibat siapa yang curik tu. Konfem staf Pos Laju Kuantan gak la punya tebiat ni. Pulak tu time nak raya, sekali pegang pakej macam kain baju rasa dia, apa lagi, sebat je la kan. Memang berkurap la pantat kau pakai suar tu baghalllll.

Yang aku hangin, dah la gantirugi ambik masa sebulan nak bayar balik. Oh, ni memang standard. Tang bagi invoice cukup laju, bila time aku mintak balik duit aku kemain berderet protokol aku kena follow. Ok, takpe. Aku layan.

Sekaliiiiiii..pegawai Pos Laju Shah Alam cakap dorang ada syarat-syarat tuntutan. Barang yang berat less than 2kg, the most they can give is RM100.

Pukimak haram jadahhhhhhhhh.

What if pakej yang hilang tu adelah barang makmal yang berat cuma 30g tapi harga cost adelah USD420??? Tu belum campur kos penghantaran yang dah konfem ko masukkan dalam akaun aku siap-siap.

Boleh tak jangan buat syarat yang menyebelahkan pihak kau je?? Pikirla sikit hak pelanggan.

Aku rasa aku kena hantar komplen ni kat Berita Harian or Utusan or panggil Karam Singh Walia.

Tak pun payah sangat aku upah si Patmanaban tu. Ko buat la apa-apa yang patut. Kali ni buang abu kat Sungai Gangges terus.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BU451R



Ada orang bagi pandangan kat FB inbox yang blog aku kurang bahan berbentuk ilmiah.
Dia suggest memandangkan blog aku agak boleh tahan ramai yang membaca, jadi dia sarankan apakata sesekali aku bagi informasi berbentuk kesihatan, kecantikkan (ye sangatttt lah aku nak bg tips kechantekkan. Aku sendiri bertungkus lumus nak carik formula memutihkan kulit) or dakwah (whatttttttttttttttttt??????!!! Akukah manusia terpilih itu?)

Aku ni bukan taknak bercakap pasal info-info berbentuk ilmiah tapi aku tak kuasa sebab aku sendiri malas nak pi dengar ceramah-ceramah or seminar-seminar pasal kesihatan kecantikkan ni segala. Kalau aku pegi pun sebab dia buat kat hotel, makan dah tentu best!

Tapi takpela, aku try eh?

Hmmmmm...baiklah pembaca-pembaca yang dirahmati Allah.
Apakata kita bincangkan topik yang paling dekat dengan rutin harian kita dan mungkin rutin harian itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Topik kita adelah berkenaan....


BUASIR.


Dalam bahasa paling tak saintifik dan senang difahami oleh segenap lapisan masyarakat dan peringkat umur, BUASIR adelah pembengkakkan saluran darah dalam dubur akibat proses meneran kuat semasa buang air besar. Jadi, kalau takde rasa nak berak, jangan paksa. Dah dia taknak keluar kan, buat apa ko paksa jugak? Buat la keje lain dulu. Agak-agak taik tu dah betul-betul sampai kat hujung bontot baru la kita bergegas mencari toilet.


Selingan :

En Wan refer dubur as JUBO TAIK. Aku geli okkkkk everytime dia cakap 'Abang dah 7 kali buang air hari ni. Sakit jubo taik'.

Blaja tinggi, muka boleh tahan, vocab hazab!!!! Tak boleh ke ko sebut baikkkk sikit like - lubang bontot?


Buasir and sembelit adelah dua proses penyahtinjaan yang berbeza namun melibatkan kaedah yang sama (perghhhh ayat aku). Walaubagaimanapun, end product tetap sama. Tanda-tanda anda mengalami simptom ke arah buasir adelah :


1. Taik keras
Keras yang tak agak-agak. Kau boleh pilih samada nak tunggu taik tu jatuh secara normal tapi mengambil masa yang lama, maybe 2 jam dalam jamban. Atau, kau boleh korek dengan jari. Ape adehallll, pastu basuh la balik sehingga hilang bau dan rasa.


2. Pendarahan semasa membuang air besar.
Time kecik-kecik dulu asal buang air besar je mesti bontot aku berdarah. Time nak basuh tu memang hazab! Mak Aji kata ni la jadiknya kalau taknak makan sayur. Dulu, memang aku liat nak makan sayur, kalau makan pun cuma timun. Tapi disebabkan aku degil jenis tak dengar cakap orang apetah lagi orang tu adelah Mak Aji yang suka menyampaikan fatwa-fatwa berunsur sabotaj kat aku, sorry la aku nak makan sayur. Aku makan pisang and betik pulak. Ha kauuuuuuuuuuuu. Memancut-memancut perginya pastu. Legaaaa!

Tapi bila dah tua-tua macam ni, aku dah payah nak kena penyakit susah nak buang air besar. Takde de kau nak jumpa aku lepak jamban sampai 15 minit. Kecuali flush ada problem.


3. Kegatalan pada lubang dubur.
Ok yang ni dulu ntah binawe mana ntah pi cakap kalau lubang bontot gatal, maknanya cacing tengah bertelur kat bontot kau. Sometimes, lepas sabun berkali-kali sampai naik melecet pun kau tetap rasa gatal kat situ. Mungkin dulu aku hampir-hampir nak kena buasir sebab selalu jugak kena gatal-gatal ni. Tapi time kecik-kecik la. Tapi masa tu perkataan buasir aku blom jumpa lagi, so aku beranggapan yang lubang bontot aku gatal sebab masa main polis sentri kengkadang aku menyorok dalam pokok serai so mungkin kemuncup termasuk lam bontot.

Eh, tapi kan aku pakai spender?

Ohhhh, baru teringat. Dulu spender aku rajin jugak berlubang-lubang. Aku pun tak sure kenapa spender aku dulu rajin benar berlubang.

4. Rasa sakit yang berdenyut-denyutan.
Memandangkan aku tak penah kena buasir jadi aku pun tak berapa pasti camana rasa sakit and denyut dia tu.

Kalau sakit time sembelit memang aku tau.
Gila kauuuuuu. Sakit dia gila babi yang tak agak-agak okkkk.
Bayangkan lubang bontot kau sebesar bijik buah getah tapi yang kau nak keluarkan tu besar penumbuk The Rock. Azab tak????

Tapi lagi azab kalau kau kena cirit okkkk.
At least sembelit ni ko boleh tahan-tahan sebab dia memang payah nak keluar.
Kalau kena cirit, memang takde tolak-ansur lansung punya.
Terkemut-kemut la sampai naik biru kulit kau, dia kata dia nak keluar, dia tetap keluar jugak. And selalunya kalau siapa perasan, cirit ni time kita tengah dok mencari jamban tu la dia berlumba-lumba nak keluar. Cuba kau dah ada dalam jamban tu, dia macam cool down sket. Betul tak?

5. Gumpalan keras yang terkeluar dari dubur.
Pak Aji ada bagitau aku, buasir tu adelah apabila bontot terkeluar.
Aku macam...huh???? Ada orang yang bontot dia tersumbat kat dalam ke?

So tadi aku telah gagahkan diri google dah hasilnya......pi tengok sendiri camne rupa dia. Tak sampai hati aku nak letak kat sini.


Walau apa pun kondisinya, aku takkan boleh bertolak ansur dengan 2 perkara :

1. Taik yang turun separuh jalan, tengah-tengah sedap berak tetiba dia benti. Masuk balik pun tak, jatuh pun tak. Ni memang cilaka banat!

2. Flush sampai 3 kali tapi taik taknak jalan-jalan jugak.






p/s : amacam? Berinformasi tak?

2010-09-21

Siakap Kangkang Masak Stim

Kangkang dan stim.
Baru 'in' tajuk resepi ni.

Dah lama aku tak letak panduan memasak kat blog. Atas permintaan seseorang yang bertanyakan camne aku buat siakap stim, ok di sini aku bagitau cara-caranya.

Tak susah okkk.
Aku memang tak suka menyusahkan diri dengan memasak benda-benda yang mengecahkan dapur aku. Nak makan seploh minit tapi memasak sampai dua jam setengah nak buat apa dowh?????

Jadi, resepi siakap kangkang stim ni ditujukan khas buat :

1. Wanita-wanita bekerjaya yang bizi bekerja sampai dah abis ofis hour pun tak reti-reti nak balik. Sekali sampai rumah laki memekak 'Dapur nak buat besar-besar, masaknya tak jugak!'

2. Wanita yang mementingkan pemakanan yang seimbang dan sihat kerana satu lauk ini saje memuatkan segala protein, CHO dan fiber (read : PEMALAS!!)

3. Wanita yang menitikberatkan kebersihan dapur sebab stim tak melibatkan percikan minyak.

4. Dalam esbok memang tinggal ikan sekor ni je. Selebihnya ikan bilis.

**point-point di atas adelah berdasarkan pengalaman sendiri**


Caranya :

1. Ikan siakap dibelah tengah dan dikangkangkan luas-luas. 5i lumur dengan garam.

2. Bawang putih, halia dan cili api dihiris dan ditumis.

3. Potong carrot, tomato dan cauliflower. Asingkan.

4. Bahan tumis di tabur di atas ikan dan dituangkan kicap masin sikit (nak kasi ikan tak nampak pucat).

5. Then, tabur pulak sayur-sayur tadi. Taburkan jugak daun bawang atas ikan biar nampak berseri. Padahal time makan aku buang segala daun-daun ni. Menyemak je.

6. Nak lagi best, time nak makan tabur bawang goreng.


Senang kan?
Aku memang tak suka buat keje yang menyusahkan.

Selepas selesai makan, diminta para suami tolong basuh pinggan mangkuk dan pengukus ok?? Jangan nak basuh tangan pastu melenggang ke depan mengangkang depan TV baca sokabar. Aku lempang kang!

p/s : Lupa pulak nak bgtau. Ikan tu dikukus setelah semua bahan ditabur. Dah nak makan baru tabur bawang goreng.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Berdiam je laa....

Aku ni ada rasa nak sound orang.
Tapi tak boleh sebab orang tu jauh lagi tua dari aku, pangkat makcik-makcik lagi.

Bila aku nak sound, rasa macam tak patut sebab dia orang tua.

Bila cakap baik-baik dia kata aku memandai nak nasihat orang yang lebih lama kan garam.

Bila aku bengang marah tak dapat, nasihat tak dapat, memang payah sikitla kau nak tengok aku bermanis muka. Sebab tu aku lebih rela jadi outspoken dari memendam rasa. Yang sakit pun hati aku jugak. Pastu muka aku kalau masam ni memang sumpah muka paling kuang ajar sekali jadiknya.

So sekarang aku tak tau nak buat macamana.

Yang si tua ni pulak nak mintak pendapat tu semua biar yang menyokong dia. Baik kau takyah mintak pendapat orang.

Jadi sekarang bila aku berdepan dengan suku-sakat orang tua ni, aku jadi sangatlahhhhh biadap. Aku senyum pun tak.
Bercakap pun tak.
Dia buat kelakar pun aku takde rasa nak gelak.

Last-last aku kena cop kuang ajar.

Mana lagi kuang ajar?
Berdiam diri atau outspoken?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lain kali jangan simply campak-campak ye?




Terubat sikit mood swing aku jap tadi bila ternampak kertas ni kat side table. Ni mesti Redza letak before pi skool sebab pagi tadi aku bangun tengok semua dah takde. Ni penangan ubat demam and selsema malam tadi la ni.

Terharunya bila dapat simple note macam ni from anak.
Kalau dulu, bapaknya yang rajin letak note-note macam ni.
Dulu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....




Ija : Ma, naper spender boy keras?

Aku : Keras????

Ija : Ni cuba mama pegang spender Ija. Dia keras. Mama punya spender lembik.

Aku : Ohhhh, spender boy mestilah keras. Sebab bird kan berat. Jadi, mestilah kain spender ni tebal sikit. Nanti kalau pakai kain lembik kang, bird Ija terjatuh, camana? (belasah je la, janji lojik)

Ija : Ohhh. Ija kena pakai spender everyday ye, Ma?

Aku : Mestilah! Kalau tak, nanti bila bird dah besar, dia jatuh. Sebab Ija tak pakai spender. Kalau pakai spender dia tolong pegangkan bird Ija. Jadi, bird Ija tak jatuh.

Ija : Ija rasa bird Papa dah nak jatuh, Ma.

Aku : Ha??

Ija : Sebab Papa tak pakai spender malam-malam.

Aku : Eh, Papa pakai laaaa. Kan Ija mandi dengan Papa kan, lepas tu Ija pakai baju dengan Papa kan? Papa pakai spender sama-sama ngan Ija, betul tak?

Ija : Ye laaaaa. Tapiiiiiiiiiiii, every morning kan, Ija bangun kan, Ija nampak spender papa on the floor.


Adehh.
Bapak dia ni pun satu laaaaaaaaaaa.
Cover la sikitttt.



p/s : Tapi, aku rasa ada kesilapan di situ. Not every morning okk.

Malas tapi boleh update blog



Mood aku betul-betul lari today.
Rasa nak duduk tegak sepanjang hari taknak buat apa-apa.
Aku perasan dalam setahun, ada la kot dalam 2 kali aku dapat penyakit macam ni.


Simptom-simptom sebelum penyakit mengganas :

1. Demam dan selsema pada malam hari. Ni jenis yang selsema macam air, meleleh tak berenti.

2. Solat sambil berkhayal
(macam la selama ni kau khuyuk sangat pun. Tapi takde la berkhayal sampai tahiyat akhir pun aku belasah baca Al-Fatihah kan)

3. Sakit-sakit sendi. En Wan tersentuh kulit aku pun aku nak mengamuk. Tido pun siap letak bantal buat border.

4. Semua makanan jadi tak best. Semalam makan KFC tu pun rasa tawar.

5. Penat sangat sampai susah nak tido.



Simptom-simptom penyakit sudah mengganas :

1. Nak buat banyak keje tapi tak buat-buat sebab tak tau nak buat mana satu. Semua penting.

2. Malas nak bergerak walaupun ke bilik air. Ni ada rasa nak terkencing tapi malas nak bangun, rasa macam nak kencing atas kerusi ni je.

3. Malas makan walaupun lapar sebab malas nak mengunyah.

4. Nak marah orang tapi malas nak keluarkan suara, so jeling-jeling je.

5. Malas nak bercakap dengan sesape tapi time ni jugak la ramai orang sibuk nak call tanya khabar segala.



Ni la yang terjadi kalau kau dah tak larat tapi ko push jugak untuk buat keje sampai ke satu level ko jadi terlampau penat sampai penat tu bertukar jadi malas.

Semalam aku terlampau ligat ke sana-sini, dari pagi sampai kul 3pm aku dok mengejar appointment. Dah la kat satu tempat ni, elok je aku sampai kat ground floor, empat-empat lif tengah repair. Memang musibatun.
Aku can't afford untuk kenselkan this appointment lalu telah memanjat tangga sampai ke tingkat 10! Gila slow aku panjat tangga tu, aku perasan lepas sorang, sorang, potong aku. Dah tu satu hal pulakkkk nak kena turun balik ke ground floor lepas discussion. Memang hazab.
Turun pulak bukan dengan tangan kosong, siap angkut barang lagi.

Dah penat-penat segala, on the way back home, tetiba otak aku terpikir nak buat satu keje lain pulak. Tetiba je aku rasa macam nak set up new company. Lalu aku pun terus carik bahan and call sana sini untuk dapatkan prosedur and buah fikiran. Tak ke satu keje dah tu?? Elok-elok dah ada keje skang yang belum tentu aku boleh pikul, tetiba sibuk nak plan buat benda lain.

So bila semua benda aku nak pikir and nak buat dalam masa yang singkat, terus badan aku jadi camni.

Aku rasa aku perlu keluar jauh dari rumah like outstation ke Ipoh or Penang or Kota Bharu, drive sensorang. Sangat tak profesional and sangat tak best bila kau nak discuss dengan customer sampai 3 jam tapi terfikir yang bapak kau tercongok tunggu dalam kereta. Sudahnya, aku discuss pun macam orang tengah sakit perut. Nak cepat balik sebab kesiankan Pak Aji dok lama dalam kereta. Padahal aku boleh je drive. Ni Mak Aji la ni, suka buatkan aku nampak cam disable.

Stress!!!!

2010-09-20

Hanya warna kulit yang membezakan kami....

Pic was taken semalam, pukul 12 lebih.

Sah, anak En Wan.
Position tangan masa tido pun sama...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-09-16

Cannot sleep



Ini adelah contoh lasagna yang dihasilkan oleh Syarikat Diana Bersaudara.
Kepada yang hari tu nak order macaroni/lasagna, boleh email/msg aku kat FB.

Sekian.




Betul pun semalam aku tak boleh tido.
Cuma sleep-sleep chicken start pukul 3.30am sampai kul 6am.
Pukul 6am tetiba aku dengar pintu bilik aku diketuk.
Gila gabraaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Aku dah nak tekan alarm kereta dah. Memang semalam aku bawak kunci keta siap-siap masuk bilik. Apa-apa hal aku tekan je. Sikitttttttttttt lagi nak picit, tapi aku gagahkan pergi dekat ngan pintu and tanya 'Siapa?????'. Suara buat-buat garang padahal sebelah tangan pegang Ridsect. Apa-apahal aku spray. Tapi, macam la sempat nak spray kan?

'Abang ni..'

Kuang hasam betul la En Wan ni tau.
Kata tido kilang sampai 12 tghri, alih-alih balik rumah kul 6 pagi.

Terus aku bukak.
Oh! Lega En Wan dah balik. Boleh lah aku tido dengan tenang.

Teringat masa aku blaja dulu, satu malam tu aku tido sorang.
Roommate aku dua-dua merayap pi mana ntah. Study group kot, pastu dorang terus tido bilik member. Aku je yang tak penah ada study group sebab aku memang tak suka study ramai-ramai. Aku suka study dengan boifren je. Padahal boifren course lain. Motif??
Dalam kul 2-3 pagi macam tu, member aku balik.
Dia ketuk pintu satu macam punya kuat. Gelabah la aku kan, dah la aku ni dilahirkan dengan gen-gen penakut. Bila malam-malam buta orang ketuk pintu macam nak rabak tombol lagi la kepala aku pikir bukan-bukan. Adrenalin aku jangan cakap la, dia punya rush tu memang maksima tapi tindakbalas receptor ngan neuron tu telah membuatkan tindakan refleks aku terus jadi krem dan bengap tak tau nak buat apa.
Dah la blok yang aku duduk tu macam-macam orang dah ternampak kelibat pompuan dalam toilet with kepala terbalik la apa la. Aku je yang mujur belum pernah nampak.

So, bila kawan aku ketuk pintu, aku tanya :


Aku : Siapa?

Dia : Aku la, Ina.

Aku : Siapa?

Dia : Ina la. Bukak la.

Aku : Ina mana?

Dia : Hoihhh! Aku la, roommate kau. Ina. Apeng!

Aku : Password??

Dia : Pukimak kau.


Ok, password yang betul. Boleh masuk.