2010-09-21

Siakap Kangkang Masak Stim

Kangkang dan stim.
Baru 'in' tajuk resepi ni.

Dah lama aku tak letak panduan memasak kat blog. Atas permintaan seseorang yang bertanyakan camne aku buat siakap stim, ok di sini aku bagitau cara-caranya.

Tak susah okkk.
Aku memang tak suka menyusahkan diri dengan memasak benda-benda yang mengecahkan dapur aku. Nak makan seploh minit tapi memasak sampai dua jam setengah nak buat apa dowh?????

Jadi, resepi siakap kangkang stim ni ditujukan khas buat :

1. Wanita-wanita bekerjaya yang bizi bekerja sampai dah abis ofis hour pun tak reti-reti nak balik. Sekali sampai rumah laki memekak 'Dapur nak buat besar-besar, masaknya tak jugak!'

2. Wanita yang mementingkan pemakanan yang seimbang dan sihat kerana satu lauk ini saje memuatkan segala protein, CHO dan fiber (read : PEMALAS!!)

3. Wanita yang menitikberatkan kebersihan dapur sebab stim tak melibatkan percikan minyak.

4. Dalam esbok memang tinggal ikan sekor ni je. Selebihnya ikan bilis.

**point-point di atas adelah berdasarkan pengalaman sendiri**


Caranya :

1. Ikan siakap dibelah tengah dan dikangkangkan luas-luas. 5i lumur dengan garam.

2. Bawang putih, halia dan cili api dihiris dan ditumis.

3. Potong carrot, tomato dan cauliflower. Asingkan.

4. Bahan tumis di tabur di atas ikan dan dituangkan kicap masin sikit (nak kasi ikan tak nampak pucat).

5. Then, tabur pulak sayur-sayur tadi. Taburkan jugak daun bawang atas ikan biar nampak berseri. Padahal time makan aku buang segala daun-daun ni. Menyemak je.

6. Nak lagi best, time nak makan tabur bawang goreng.


Senang kan?
Aku memang tak suka buat keje yang menyusahkan.

Selepas selesai makan, diminta para suami tolong basuh pinggan mangkuk dan pengukus ok?? Jangan nak basuh tangan pastu melenggang ke depan mengangkang depan TV baca sokabar. Aku lempang kang!

p/s : Lupa pulak nak bgtau. Ikan tu dikukus setelah semua bahan ditabur. Dah nak makan baru tabur bawang goreng.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone