2010-09-23

BU451R



Ada orang bagi pandangan kat FB inbox yang blog aku kurang bahan berbentuk ilmiah.
Dia suggest memandangkan blog aku agak boleh tahan ramai yang membaca, jadi dia sarankan apakata sesekali aku bagi informasi berbentuk kesihatan, kecantikkan (ye sangatttt lah aku nak bg tips kechantekkan. Aku sendiri bertungkus lumus nak carik formula memutihkan kulit) or dakwah (whatttttttttttttttttt??????!!! Akukah manusia terpilih itu?)

Aku ni bukan taknak bercakap pasal info-info berbentuk ilmiah tapi aku tak kuasa sebab aku sendiri malas nak pi dengar ceramah-ceramah or seminar-seminar pasal kesihatan kecantikkan ni segala. Kalau aku pegi pun sebab dia buat kat hotel, makan dah tentu best!

Tapi takpela, aku try eh?

Hmmmmm...baiklah pembaca-pembaca yang dirahmati Allah.
Apakata kita bincangkan topik yang paling dekat dengan rutin harian kita dan mungkin rutin harian itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Topik kita adelah berkenaan....


BUASIR.


Dalam bahasa paling tak saintifik dan senang difahami oleh segenap lapisan masyarakat dan peringkat umur, BUASIR adelah pembengkakkan saluran darah dalam dubur akibat proses meneran kuat semasa buang air besar. Jadi, kalau takde rasa nak berak, jangan paksa. Dah dia taknak keluar kan, buat apa ko paksa jugak? Buat la keje lain dulu. Agak-agak taik tu dah betul-betul sampai kat hujung bontot baru la kita bergegas mencari toilet.


Selingan :

En Wan refer dubur as JUBO TAIK. Aku geli okkkkk everytime dia cakap 'Abang dah 7 kali buang air hari ni. Sakit jubo taik'.

Blaja tinggi, muka boleh tahan, vocab hazab!!!! Tak boleh ke ko sebut baikkkk sikit like - lubang bontot?


Buasir and sembelit adelah dua proses penyahtinjaan yang berbeza namun melibatkan kaedah yang sama (perghhhh ayat aku). Walaubagaimanapun, end product tetap sama. Tanda-tanda anda mengalami simptom ke arah buasir adelah :


1. Taik keras
Keras yang tak agak-agak. Kau boleh pilih samada nak tunggu taik tu jatuh secara normal tapi mengambil masa yang lama, maybe 2 jam dalam jamban. Atau, kau boleh korek dengan jari. Ape adehallll, pastu basuh la balik sehingga hilang bau dan rasa.


2. Pendarahan semasa membuang air besar.
Time kecik-kecik dulu asal buang air besar je mesti bontot aku berdarah. Time nak basuh tu memang hazab! Mak Aji kata ni la jadiknya kalau taknak makan sayur. Dulu, memang aku liat nak makan sayur, kalau makan pun cuma timun. Tapi disebabkan aku degil jenis tak dengar cakap orang apetah lagi orang tu adelah Mak Aji yang suka menyampaikan fatwa-fatwa berunsur sabotaj kat aku, sorry la aku nak makan sayur. Aku makan pisang and betik pulak. Ha kauuuuuuuuuuuu. Memancut-memancut perginya pastu. Legaaaa!

Tapi bila dah tua-tua macam ni, aku dah payah nak kena penyakit susah nak buang air besar. Takde de kau nak jumpa aku lepak jamban sampai 15 minit. Kecuali flush ada problem.


3. Kegatalan pada lubang dubur.
Ok yang ni dulu ntah binawe mana ntah pi cakap kalau lubang bontot gatal, maknanya cacing tengah bertelur kat bontot kau. Sometimes, lepas sabun berkali-kali sampai naik melecet pun kau tetap rasa gatal kat situ. Mungkin dulu aku hampir-hampir nak kena buasir sebab selalu jugak kena gatal-gatal ni. Tapi time kecik-kecik la. Tapi masa tu perkataan buasir aku blom jumpa lagi, so aku beranggapan yang lubang bontot aku gatal sebab masa main polis sentri kengkadang aku menyorok dalam pokok serai so mungkin kemuncup termasuk lam bontot.

Eh, tapi kan aku pakai spender?

Ohhhh, baru teringat. Dulu spender aku rajin jugak berlubang-lubang. Aku pun tak sure kenapa spender aku dulu rajin benar berlubang.

4. Rasa sakit yang berdenyut-denyutan.
Memandangkan aku tak penah kena buasir jadi aku pun tak berapa pasti camana rasa sakit and denyut dia tu.

Kalau sakit time sembelit memang aku tau.
Gila kauuuuuu. Sakit dia gila babi yang tak agak-agak okkkk.
Bayangkan lubang bontot kau sebesar bijik buah getah tapi yang kau nak keluarkan tu besar penumbuk The Rock. Azab tak????

Tapi lagi azab kalau kau kena cirit okkkk.
At least sembelit ni ko boleh tahan-tahan sebab dia memang payah nak keluar.
Kalau kena cirit, memang takde tolak-ansur lansung punya.
Terkemut-kemut la sampai naik biru kulit kau, dia kata dia nak keluar, dia tetap keluar jugak. And selalunya kalau siapa perasan, cirit ni time kita tengah dok mencari jamban tu la dia berlumba-lumba nak keluar. Cuba kau dah ada dalam jamban tu, dia macam cool down sket. Betul tak?

5. Gumpalan keras yang terkeluar dari dubur.
Pak Aji ada bagitau aku, buasir tu adelah apabila bontot terkeluar.
Aku macam...huh???? Ada orang yang bontot dia tersumbat kat dalam ke?

So tadi aku telah gagahkan diri google dah hasilnya......pi tengok sendiri camne rupa dia. Tak sampai hati aku nak letak kat sini.


Walau apa pun kondisinya, aku takkan boleh bertolak ansur dengan 2 perkara :

1. Taik yang turun separuh jalan, tengah-tengah sedap berak tetiba dia benti. Masuk balik pun tak, jatuh pun tak. Ni memang cilaka banat!

2. Flush sampai 3 kali tapi taik taknak jalan-jalan jugak.






p/s : amacam? Berinformasi tak?