walk on wings, tread in air: Malas tapi boleh update blog <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Malas tapi boleh update blog
2010-09-21



Mood aku betul-betul lari today.
Rasa nak duduk tegak sepanjang hari taknak buat apa-apa.
Aku perasan dalam setahun, ada la kot dalam 2 kali aku dapat penyakit macam ni.


Simptom-simptom sebelum penyakit mengganas :

1. Demam dan selsema pada malam hari. Ni jenis yang selsema macam air, meleleh tak berenti.

2. Solat sambil berkhayal
(macam la selama ni kau khuyuk sangat pun. Tapi takde la berkhayal sampai tahiyat akhir pun aku belasah baca Al-Fatihah kan)

3. Sakit-sakit sendi. En Wan tersentuh kulit aku pun aku nak mengamuk. Tido pun siap letak bantal buat border.

4. Semua makanan jadi tak best. Semalam makan KFC tu pun rasa tawar.

5. Penat sangat sampai susah nak tido.



Simptom-simptom penyakit sudah mengganas :

1. Nak buat banyak keje tapi tak buat-buat sebab tak tau nak buat mana satu. Semua penting.

2. Malas nak bergerak walaupun ke bilik air. Ni ada rasa nak terkencing tapi malas nak bangun, rasa macam nak kencing atas kerusi ni je.

3. Malas makan walaupun lapar sebab malas nak mengunyah.

4. Nak marah orang tapi malas nak keluarkan suara, so jeling-jeling je.

5. Malas nak bercakap dengan sesape tapi time ni jugak la ramai orang sibuk nak call tanya khabar segala.



Ni la yang terjadi kalau kau dah tak larat tapi ko push jugak untuk buat keje sampai ke satu level ko jadi terlampau penat sampai penat tu bertukar jadi malas.

Semalam aku terlampau ligat ke sana-sini, dari pagi sampai kul 3pm aku dok mengejar appointment. Dah la kat satu tempat ni, elok je aku sampai kat ground floor, empat-empat lif tengah repair. Memang musibatun.
Aku can't afford untuk kenselkan this appointment lalu telah memanjat tangga sampai ke tingkat 10! Gila slow aku panjat tangga tu, aku perasan lepas sorang, sorang, potong aku. Dah tu satu hal pulakkkk nak kena turun balik ke ground floor lepas discussion. Memang hazab.
Turun pulak bukan dengan tangan kosong, siap angkut barang lagi.

Dah penat-penat segala, on the way back home, tetiba otak aku terpikir nak buat satu keje lain pulak. Tetiba je aku rasa macam nak set up new company. Lalu aku pun terus carik bahan and call sana sini untuk dapatkan prosedur and buah fikiran. Tak ke satu keje dah tu?? Elok-elok dah ada keje skang yang belum tentu aku boleh pikul, tetiba sibuk nak plan buat benda lain.

So bila semua benda aku nak pikir and nak buat dalam masa yang singkat, terus badan aku jadi camni.

Aku rasa aku perlu keluar jauh dari rumah like outstation ke Ipoh or Penang or Kota Bharu, drive sensorang. Sangat tak profesional and sangat tak best bila kau nak discuss dengan customer sampai 3 jam tapi terfikir yang bapak kau tercongok tunggu dalam kereta. Sudahnya, aku discuss pun macam orang tengah sakit perut. Nak cepat balik sebab kesiankan Pak Aji dok lama dalam kereta. Padahal aku boleh je drive. Ni Mak Aji la ni, suka buatkan aku nampak cam disable.

Stress!!!!

posted by aveo757 @ 11:05 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER