walk on wings, tread in air: Ada sesetengah manusia memang layak dipanggil MUSIBATUN <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Ada sesetengah manusia memang layak dipanggil MUSIBATUN
2010-09-27



Bulan-bulan raya ni sepatutnya jadi bulan bermaaf-maafan.
Ni ustazah aku la yang cakap.
Tapi aku rasa kali ni aku tak kuasa nak maafkan orang. Nak pulak kalau orang tu jenis takde adab.

Aku tak sure pulak kalau penyakit ni adelah penyakit orang Melayu, atau penyakit orang busuk ati ataupun penyakit orang mental. Mak aku dulu pesan, kalau pegi rumah orang, buat cara pegi rumah orang. Kalau pun ada benda yang ko tak berkenan dalam rumah tu, tolonglah ada adab berziarah sikit. Agak-agak ko datang melenggang bawak bontot aje, tak bawak buah tangan, maka the least you can do is to jaga hati tuan rumah, paham??

Ni kes tetamu yang datang ke rumah aku.

Memang la aku yang jemput kau datang. Well, raya kan, mana yang aku rasa perlu dijemput, aku jemput la. Aku jemput nak kasik ko rasa masakan aku, bukan suruh kau nilaikan segala harta yang aku beli dalam rumah ni.

Dalam rumah aku ni tak banyak pinggan mangkuk yang mahal-mahal. Apa yang aku beli adelah untuk buat makan-makan sendiri. So bila dah ramai-ramai datang tu, aku kuarkan la mana yang ada. Ada arcopal, corelle, noritake and vantage. Takde la banyak sangat pun satu-satu set tu aku beli. So aku kuarkan la bagi cukup orang makan. Aku kuarkan pinggan polisterine kang, orang kata aku kedana sangat pulak. Susah okkkkk hidup bermasyarakat niiiiii. Semua mulut kau nak kena tutup.

Alih-alih bila time makan, si musibat ni boleh pulak pi buat statement 'Noritake ni tak cukup set eh? Tea set je u beli ni kan?'

Tang 'Tea set JE' tu yang aku tak tahan.

Memang laaaaa aku ni tak mampu beli berset-set, tapi at least aku berani okkkk kuarkan Noritake aku bagi tetamu guna, bukan macam sesetangah orang, takat tayang dalam lemari je kasik lipas berak.

Pelik bila ada tetamu yang boleh kuarkan such statement time makan. Aku ni dok la risau kot la ada orang komplen makanan aku tak sedap, rupanya tak. Ada yang lagi berminat nak kondem pinggan mangkuk aku. Series lancau.

Ok, tu satu hal.

Ruang tamu aku, ada 2 chandelier.
Si musibat ni boleh pulak berborak-borak dengan tetamu lain (dia ingat aku tak dengar la ni. Sorry ok, telinga blogger adelah telinga paling ajaib dalam dunia. Benda-benda macam ni kena cepat tangkap so that aku leh jadikan kau bahan mengumpat dalam blog), dia cakap 'Ni salah niiiii. Patutnya chandelier letak satu je. Baru la jadi bahan tarikan. Dah letak dua nampak semak'.

Eh, kau pulak yang susah???
Yang semak pun rumah aku kan?

Tapi apesal aku tak nampak semak pun??
Ohhhh, mungkin sebab hall rumah aku lagi BESAR dari rumah kau kottttt. Tu pasal tak nampak semak.

Tapi takpela, orang nak bagi pendapat la katakan. Sukatila, bagi je la pendapat.
Tak puas hati kondem hall, masuk pulak kat dapur.
Tang ni aku tunggu jugak apa dia nak kondem sebab dapur aku ni aku serah bulat-bulat kat designer, maka bersarlah harapan aku sekiranya kau sudi mengkondem designer punya keje.

Dah takde benda sangat gamaknya nak kondem, tau dia kondem apa????

'Kitchen island u ni too big la. Kalau u buat kecik sikit, at least kat sini you boleh buat bla bla bla bla...'.

Pelempanggggggggggggggggggg!!!!
Ringan je tangan aku ni okkk.

Pastu sambung lagi 'Laa, nape beli model yang ni? Ramai sangat I tengok beli fridge yang 2 door kaler hitam ni. Dah biasa sangat rasanya, mana-mana rumah pun ada skarang'.

Penyudahnya aku cakap je 'Nak buat macamana, yang tu je tengah sale. Nak beli new arrival bajet takde'.

Sebenarnya orang macam ni, memang itu yang dia nak dengar dari mulut kita. Dia akan jadi lebih bahagia kalau kau cakap barang-barang dalam rumah kau ni kau menang cabutan bertuah. Kira barang-barang free je ni. Kalau nak harap duit sendiri memang sangat-sangat tak mampu gitu.

Tapi kan, kalau aku la, kalau betul rumah orang tu banyak sangat defect di mata aku, aku takkan explore habis sampai ke dapur segala. Sebab sakit mata banyak sangat defect, betul tak? Tapi yang ni takkkkk. Siap lak tu 'Boleh i tengok atas?'.

Nak tengok??
Sila..sila...

Yang naik atas 3 orang, aku malas nak ikut sekali sebab ada ramai lagi tetamu aku nak layan kat bawah, so aku cakap pandai-pandai carik jalan kat atas. Tapi dalam pada tu aku pasang telinga jugak la. Seronok okkk dengar orang busuk ati bagi pendapat. Mana la tau kot pendapat dia boleh diterima pakai kan. Kena bersangka baik okkk.

Kat living hall atas ni, aku letak potret kawen aku.
Kalau dah cilaka tu memang cilaka jugak la.
Dia komen gamba aku dulu apa-apa hal 'La, Diana ke ni?? Ya Allahhhhh, banyaknya editttt gamba ni. Tak nampak lansung parut kat kepala dia. Banyaknya edittttttttt'

Kimakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Apekah orang ini seorang bahalol???
Dah nama ko ambik kat studio konfem la gambar tu tak banyak sikit pun akan diedit.
Gamba aku kena edit pun dia susah, tu belum lagi aku oter muka aku betul-betul.

Terencat plan aku nak pakai susuk.

Ape masalahnya kalau gamba tu diedit pun?
Adekah kau sakit hati aku nampak sangatttttttttttttt gorges??????
Don't worry la, kalau aku gorjes tahap Miss World pun aku takkan tekel laki kau. Laki kau tu sesuai untuk pompuan macam kau je. Kesian.

Pastu aku tak dengar apa dah yang dia kondem kat atas.

Tapi masa diorang turun tangga, aku dengar dia cakap ngan dua orang lagi tu 'Patutnya letak la gamba ke apa ke kat dinding tu kan, ni nampak plainnnnn je'.

Patutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... aku tak jemput kau datang.
Itu yang sepatutnya!!

Bila nak balik tu, dia terperasankan lampu pagar aku.

Rumah aku ni end lot yang attached dengan rumah sebelah. Takde jalan kat tengah-tengah.
So aku tak letak lampu atas pagar, aku just letak kat belah dalam kawasan aku (kat every tiang pagar tu). Jadi, cuma orang yang masuk rumah aku je nampak lampu-lampu ni. Kecuali pagar depan aku tempah lampu khas dari kayu yang ada cermin kaler-kaler ala-ala tingkap rumah Melaka yang ada kaler blue, merah, green, oren tu.

Dia komen :

Musibatun : Laaa, apsal lampu kat garden lain, lampu kat pagar depan ni lain? Patutnya buat la sama.

Aku : Lampu garden ni cuma kitorang je yang nampak, so tak cantik pun takpe. Yang atas pagar ni kasik la yang cantik sikit.

Musibatun : Mesti lari bajet kan kalau nak buat semua?

Aku : Boleh tahan la...

Musibatun : Eh, berapa eh u tempah lampu depan ni?

Aku : Lebih kurang RM400 sebijik.

Musibatun : Eh, ye ke??? Kecik je. Bang, bang....(panggil laki dia). Lampu garden kita yang jenis macam ni tu berapa kita beli? Lagi besar dari ni kan?

Laki dia : Ha'ah. Tapi yang dorang beli ni jenis kayu mahal. Abang tau sangat la kalau Wan ni yang beli barang.

Musibatun : Eh, kita punya pun kayu mahal jugak lah!

Dah kau pulak nak bergaduh laki bini kat depan rumah aku semata-mata sebab lampu pagar?????

Pegi berambos balik boleh????

Series dowhhh, aku tak marah kalau ko nak bandingkan harta benda ko dengan harta benda orang lain. Sifat tu memang ada dalam setiap orang, samada jelas atau tak jelas je kejelikkan perangai tu. Banding boleh, tapi kalau nak kondem, tolong la balik rumah masing-masing dulu. Pastu kau nak mengutuk taste aku sampai raya tahun depan pun boleh.

Yang aku herannnnnnnnnn, tukang kondem ni takpenah sekali pun pelawa aku datang rumah dia. Apesal???

Kalau betul rumah kau lagi best dari rumah orang lain, tidakkah rasa berkobar-kobar ingin menayangkan kehebatan anda itu??


Hak ptuihhhhhhhhh.


posted by aveo757 @ 9:54 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER