2011-10-24

Cuti gamble namanya


Jumaat baru-baru ni aku, En Wan and Redza bangun pagi macam hari-hari biasa, siap-siap nak pergi keje. Tapi aku memang dah plan taknak gi opis, nak work from home je, sebab aku bangun kul 6am, so tak sempat nak masak for lunch orang-orang kat rumah. Jadi aku plan buat keje dari rumah je so that aku leh masak around 11am macam tu (gigih nak explain biar semoorang tau aku isteri mithali).

Kebetulan Redza dah habis exam, pulak tu pagi tu dia dedar-dedar sikit badan, so aku cakap takyah gi skolah la. Tetiba En Wan ajak gi bfast sama-sama. Aku on je. Lagi aku suka.

Eh, tetiba lepas bfast dia cakap 'Nak cuti la. Stress'.

Stress apa ntah.
Stress tengok aku melepak kat rumah kot.
Dengki.
Haha.

Dah dia nak cuti tu aku pun cucuk la 'Jom jalan-jalan nak?'

Aku ni nak ajak window shopping je, sekali dia 'Cameron nak?'

Amboiiii.
Lajaknya kau pikir.
Aku tak terpikir lansung nak keluar dari Subang.
Ingatkan nak ajak gi Subang Parade je.

Terus suruh mak ngan bibik siap-siap, zas zas zas...jalan.

Dah half of the way, baru la En Wan cakap kenapa dia ke Cameron.
Rupanya nak celebrate 10 tahun wedding anniversary.
Sebenarnya bulan 5 hari tu, tapi masa tu masing-masing busy.
Aku memang tak terfikir lansung nak ke Cameron lagi apetah lagi nak celebrate anniversarry kat sini sebab aku dok bayangkan nak feeling-feeling Jun Sang kat Korea. But since tahun ni ada Rayyan, tak sanggup aku nak berangkut baby ke oversea. Cukup la pengalaman bawak Redza gi Bali masa dia umur 3 tahun dulu. Pun dah bersilat aku kat plane.

10 tahun lepas maklom la, gatal nak kawen cepat.
Cuma kumpul duit nak lepaskan kawen je.
Tak terfikir lansung nak pi honeymoon ke apa.
En Wan lagi la.
Kawen ngan aku bulan pertama dia start keje. Mana nak ada saving segala.
Jadi honeymoon pun kat Cameron je la.


 10 tahun dulu .... 
Rambut asal pagi je basah. Hahahah.
(tapi aku padamkan gamba rambut)


Dulu kitorang honeymoon kat Equatorial Hotel.
En Wan kata nak bawak aku duduk kat hotel paling tinggi kat Malaysia.
Tak tau la betul ke tak. Aku percayakan aje la..


 Tinggal kenangan je la WJD757 ni... Ntah mana pegi kereta ni.

Punca aku taknak ke Cameron adelah sebab tak sanggup nak menanggung azab jalan zigzag.
First time pegi dulu aku dah muntah-muntah.
Second time ni dah mabuk-mabuk tapi berjaya kontrol.
Bibik aku muntah 2 kali.
Seb baik Redza ngan Rayyan tak apa-apa.

Rasa apesalla percutian yang menyeksakan macam ni yang kau pilih En Wan???
Dah la jalan dia kecik gila. Yang si lori ngan bus makan jalan banyak pastu nak hon-hon kita suruh ke tepi. Lancau.
Terpekik-pekik aku kat dalam keta.
Pastu banyak gila kawasan bukit terhakis. Cuak je aku.
Tak pasal kena timbus.


Stop pekena teh sembelit kat Bharat Tea. 
En Wan ajak aku turun ke bawah ambik gamba kat kebun teh.
Malas.
Dah la aku mabuk-mabuk ni.

Tapi nasib baik aku tak ikut dia tuurn bawah.
Dia kata elok je dia nak snap gamba aku dari bawah, bateri kamera habis.
Seb baik kauuuuu.
Kalau tak, amukan aku kat bawah tu.
Kau pikul aku naik atas balik.


Alhamdulillah budak ni tak buat masalah sepanjang kat sana.
Dalam kereta pun ok je.
Sedap je terlepek kat dada aku.


Rayyan ni aku rasa terkenan perangai camwhore aku la.
Sepanjang aku mengandung aku cukup suka bergamba.
So dia mesra kamera.
Pantang aku halakan kamera or henfon mesti dia senyum.
Sometimes kalau dia duduk depan aku, and kebetulan aku tengan BBM depan dia ke apa, tau-tau dia tegak depan henfon aku sambil senyum. Dia ingat aku tengah snap gamba dia. Kesian anak aku, terpedaya.


Jadik je aku kan?
Toilet pun belasahhhhhh.


Aku rasa Bharat Tea ni membunuh.
Aku pi Cameron hari Jumaat, baru pagi tadi (Ahad) aku berak ok.
Tu pun separuh nyawa aku meneran.
Bahabi betul.
Pantek punya pekat teh dia.



Kali ni kitorang stay kat Century Pine Resort, Duplex Suite.
Aku ngan En Wan dok atas, yang lain dok bawah.
Kata honeymoon kan, harus ambik duplex jadi orang lain tak dengar bunyik bising kat atas.
Wakakakkaa.
Ok tak kelakar.

Ok hotel dia.
Selesa la sebab ada kitchenette, 2 bilik air, 1 superking bed, 1 sofa bed and aku ambik extra bed sebijik lagi.



Duplex suite tingkat atas sekali, tapi the room kat loteng.
Jangan risau, tangga tu berpintu.
So ada privacy.

Katil dia sebenarnya boleh muat 4 dewasa.
Disebabkan hanya 2 dewasa je yang tido kat situ malam tu maka aksi boleh dipelbagaikan.


Kitorang sampai Jumaat, so parking lot kat depan lobby bersepah kosong.
Rasa best je sunyi.
Tapi esoknya dah penuh dah sampai kena park kat basement. 


Lepas Zohor, keluar. 
Kalau berjalan ngan En Wan jangan harap kau nak melepak dalam bilik.
Dia tak kasik chan punya.
Memang kena paksa keluar berjalan punya.


Ni aku snap kat cafe kat kedai souvenir.
Tak reti aku nak makan roti with buah-buah fresh seketul-seketul macam ni.


Beria-ria aku explain. Macamkan aku yang jual kaktus tu kan?


Aku memang takde la nak belek-belek pokok.
Tak panjang umur pokok-pokok ni kalau kat tangan aku.


Dia ni memang cukup rajin bawak balik 'sampah' masuk kawasan rumah.
Kalau beli pokok memang keje dia.
Tapi sampai situ je la.
Beli je lebih.
Pastu mati pokok tu dia kejekan tak berjaga.


Beli kaktus takpe.
Memang sesuai orang pemalas bela kaktus.


Lepas tu gi petik strawberry.
Dulu duduk sebelah Equatorial tak sempat nak petik strawberry padahal ladang tu kat sebelah je.
Maklom la, masa tu busy di ladang yang lain. Eh.


Satu lagi yang aku takkan buat.

Petik buah strawberry!!!
Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Sebabnya adelahhhhhhhhhhh......curam gila ladang dia.
Aku memang lemah la bab tinggi-tinggi ni.
Gayat.
Lagipun aku tak makan starwberry. Kau tak makan strawberry tapi glabah nak petik??


Masuk ladang ni kena bayar RM10 sorang.
Setiap dua orang akan dapat satu tray.
Tapi before keluar dia timbang strawberry kau.
Kalau strawberry kau harga dia lebih dari RM20, kau kena tambah amount yang lebih tu.
Macam hari tu kitorang 4 dewasa, so RM40.
Total 2 tray strawberry RM53, so tambah another RM13 (terer tak aku ajar korang matematik?)


Redza pendek, jadi dia gunakan kelebihan yang dia ada untuk petik strawberry belah bawah.
Jangan tak tau, yang terjuntai-juntai belah bawah ni lagi besar-besar and merah-merah strawberry dia.


Kau tak nampak gila steep tu??
Merangkak aku nak turun sampai En Wan snap gamba ni buat bahan nak gelak.


Hasil strawberry dari tray aku :)


Objek yang dofokuskan bukanlah bontot perempuan itu.


Macam En Wan landing kat ketiak bangla tu kan?



Nasib baik terpandangkan restoran seafood ni.
Padahal restoran ni belah-belah belakang, tapi rezeki kitorang agaknya terpandangkan restoran ni.
Kalau tak memang KFC je la jawabnya.
The food ok, sedap, cepat.
Aku ratah kerang sampai 2 piring.
Ikan memang garing gilaaaaaa!!!!


Akan tetapi......malam itu Redza and Rayyan telan menceroboh ke bilik kitorang.
Game over serta merta.


Pemandangan dari balcony bilik, before check out.
Kitorang check out pagi sebab nak pi beli sayur, pastu nak rush balik sebab Redza ada art class pukul 4pm.


Betul-betul macam mak nenek aku skarang dengan baju gedobos-gedobos ni kan?


Redza cukup marah kalau aku sikatkan rambut dia macam ni. Dia kata muka dia macam 'kesian'.
Ewahhhhhh, punai baru sejemput dah pandai nak bergaya.
Aku tak kira!
Aku sikatkan macam ni jugak.
Bila lagi nak tengok dia dengan rambut macam ni?
Esok dah besar sikit dah takde dah nak sikat leper-leper macam ni.
So biar la aku abadikan gamba dia berambut leper ni kat sini.


Adik baru nak tumbuh gigi.
Abang baru nak hilang gigi.


Pemandangan hotel waktu pagi. Cantik kan? Seb baik takde salji.
Kalau tak mesti aku leh menipu korang aku gi Switzerland.


Masa untuk memborong sayur.
Gila la okkk RM10 untuk sepuluh ikat sayur!
Mana nak dapat kat sini?
Aku beli sayur sampai RM34!
Kira berapa ikat sayur ada dalam fridge aku skarang.



Dulu masa honeymoon masing-masing mana ada duit.
Memang pegi untuk cukup-cukup bayar duit hotel, minyak and makan je. So nak beli bunga-bunga ni semua memang tak dapat la. 
Aku ingat lagi En Wan dulu suruh aku bila bunga tapi aku tau dia takde duit, so aku tak beli.
Bila lalu balik depan-depan bunga ni rasa sedih je tetiba.


Tau-tau, dia bungkus kan bunga feveret aku 10 batang sempena 10 years of marriage.


On the way turun, sampai 3 kali la benti kat gerai-gerai orang asli ni. Beli madu la, beli rebung la, beli petai la.

Bukan aku makan pun tapi bibik and mak nak makan.
Tadi dorang berlumba-lumba memasak semua ni, aku pun redha je la terpaksa makan. Kang tak makan mak aku kata apa pulak.
Series kembang la tekak aku m akan petai ngan rebung ni.
Kalau dalam keadaan yang betul-betul darurat saje aku akan sentuh dua benda ni.
Selagi boleh berpuasa aku akan berpuasa.
Over tak aku?

Aku kira ok la, tak suka- tak suka pun, habis gak 4 biji petai walaupun bijik yang pertama je aku kunyah, yang lain semua aku main telan je.
Gila hancing sialllllllllllllll.
Seb baik toilet aku ada air freshner.
Tak sanggup aku nak bau kencing sendiri.
Hancing pering!


Singgah jap kat Lata Iskandar saje nak hilangan mabuk jap.
Sempat la aku rembat tudung saji ngan apa benda ntah yang gantung kat balkoni kena angin berbunyi-bunyi tu. Yang dari buluh tu.

Nak sampaikan ke Tapah gila azab aku kat dalam kereta.
Dah la shopping tak hingat. Dengan pokok hutan, dengan pokok pudina, kaktus, sayur sampai lebih 20 macam, belum dengan mainan Redza, tudung saji segala. Macam peghak sangat gayanya semua benda nak angkut bawak balik KL.


Elok je masuk PLUS.....

Tayar pancit.

Biasa la kan, "racer" kalau bawak kereta memang macam ni.
Semua benda dia langgar.
Tapi sebab dia yang bersalah jadi telan airliur sendiri je la.
Cuba kalau aku yang pecahkan tayar tu?
Sampai raya haji tahun depan dok ungkit lagi.

Tapi Tuhan tu nak tolong.
Elok je kitorang pull over, brader PLUS ni lalu.
Dia tolong tukarkan.


 
Terima kasih la bang sebab tolong tukarkan.
Abang takyah la susah-susah bagi map kat laki saya ni workshop yang terdekat untuk tukar tayar. Dia memang tak makan saman punya orang.
Takde de dia nak benti tukar tayar kat mana-mana workshop.
Konfiden je bawak sampai rumah.
Kalau la terbocor lagi sekali, mana lagi tayar kau nak bawak keluar?
Tapi sebab dah rasa bersalah, sepanjang-panjang perjalanan balik bawak 100 je.
Tau lak berhemah.

2011-10-20

Boleh try kalau nak..

Ok yang ni bukan iklan, tapi something yang aku rasa nak share kat korang yang belum tau. Yang tau tu tau la. Yang belum tau maybe korang interested nak try.


Semalam aku benti solat kat Masjid Sepang.
Masa tengah cuci-cuci muka kat bilik wuduk tu ada sorang kakak ni tegur kenapa pipi aku tak berbelak. Selalunya kalau pakai tudung ni ada berbelak sikit kat pipi.
Tapi masa tu dah 3.30pm, gila kau nak bersembang?
Aku ni pulak kalau dah start bersembang, memang takde sekejap-sekejap punya.
Kau dah la benti kat masjid kan?
Takkan nak Zohor time orang berbondong masuk nak solat Asar.
So, aku malas nak layan dia bersembang aku just cakap 'Saya baru je minggu lepas start bertudung, Kak' (dah ada dalam masjid pun nak menipu lagi).

Akak tu angguk.

Settle.

Tapi ni aku nak bagitau rahsia kenapa tak berbelak (or mungkin dia berbelak tapi akak tu tak perasan sebab muka aku celah mana la yang putih, semua itam. Kahhh!)

Rahsianya adelah Turnaround Instant Facial (nombor 2 dari kiri).
Actually itu mask dia, sebenarnya kau kena pakai essence dia (gamba kat bawah ni), tapi serum aku tertinggal kat opis lak.


Yang pertama dari kiri tu concentrate dia. Aku just pakai yang concentrate and mask.
Kalau kau rasa nak bagi kulit body kau jadi satu ton je, pakai la yang tengah tu.
Aku tak kuasa.

Aku dah pakai Turnaround ni 4 tahun, mula-mula aku tak paham apa fungsi dia.
Or maybe sales tu ada explain tapi aku kan blur sikit, pulak tu aku first time try Clinique, so aku percaya kat sales tu. Kau suggest la apa yang ok untuk aku.
Mula-mula kelat je la muka time nak bayar, tapi after guna 4-5 bulan macam tu (concentrate ni tahan at least 8 bulan sebab dia sangat concentrate jadi kau pakai sikitttttt je) aku dapat rasa warna kulit muka aku sekata hitamnya. Eh.
Tak..tak. Muka kau jadi macam satu ton je kaler dia.

Mask dia lagiiiiiiiiii la aku suka.
And korang pun mesti suka.
Mask dia tak menjadikan muka korang keras.
Kau still boleh bercakap macam biasa.
Time nak basuh tu, kau apply air sikit kat tangan and gosok-gosokkan muka sebab mask tu ada granule. Kira dia macam mask cum scrub.
Dah save dah duit aku takyah beli scrub.

Tapi kalau korang yang belum try, and nak try Turnaroud range ni, start with Turnaround Concentrate dulu.

Lagi satu aku suka is Shu Eumura White Recovery Ex+ . Aku ni manjang je nak pakai yang white tapiiiiiiiiiiiiii??
Takpela, usaha tangga kejayaan.

Shu Eumura White Recovery Ex+ ni makeup remover sebenarnya (gamba atas paling kiri) tapi dia boleh jadi facial wash sekali.
Kekdahnya, masa nak remove makeup tu, muka and tapak tangan biar kering.
Kau pump 2 kali, and terus apply kat muka. Disebabkan dia oil-based, so makeup akan tanggal. Agak-agak dah puas hati mekap dah hilang, letak air sikit.
Masa ni la ke'heaven'nan berlaku.
The moment kau apply air je, terus ada buih.
Kira masa ni dia dah transform jadi cleanser.
Jimat kan duit aku?
Takyah beli dua benda asing. Satu je cukup.
Kekdah ni sesuai untuk orang macam aku yang kedekut tapi at the same time berangan nak pakai barang mahal.

Dia ada a few range, cuma aku kan obses dengan produk pemutihan.
Biasa la, orang tak pernah jadi putih memang gelabah sikit kalau jumpa perkataan 'brigtening'.


Ni la yang aku suka sangat masuk Shu Eumura sebab skin care dia semua berkaler-kaler. 

Dulu time kecik disebabkan banyak tengok kartun la maka aku rasa teruja nak jadi saintis (cita-cita tak pernah tak gempak) sebab kalau kat kartun tu selalu dia gambarkan lab tu adelah satu tempat yang best dan ceria sebab penuh dengan warna warni, like this :

Ada persamaan kan?

Dua produk yang terakhir tu (gamba atas sekali) adelah best selling product dari Shu Eumura. Rasanya aku pernah cerita pasal UV under base mousse ni dulu. Aku pun baru je try produck ni and ternyata best!
Selama ni aku tak pernah pakai foundation, tak pernah pakai UV block. Concealer apetah lagi.
Sebab aku rasa leceh la, muka aku jadi berat dengan macam-macam benda ditepek.
But this under base sangatttttt light.
Muka kau tak berat and tak tend to berlengas.
Dua botol terakhir tu sebenarnya benda yang sama, cuma yang botol ada bunga sakura tu limited edition.

Limited edition Under Base datang dengan 3 design.


Limited edition Cleansing Oil.

Disebabkan Cleansing Oil ni botol dia colourful, so aku berazam (cuba la carik azam yang tak perabiskan duit, Diana!) nak kumpul semua jenis Cleansing Oil semata-mata nak guna balik botol dia.

Aku memang suka men-trasnform-kan sesuatu menjadi bahan yang lebih praktikal dan yang penting cantik lagi menjimatkan. Maklomlah, kecik-kecik dulu berangan nak jadi MacGyver. Dulu aku takde bahan nak ubahsuai. Mak Aji marah simpan-simpan sampai dalam rumah. Ni dah ada rumah sendiri, memang sedap je la aku mengasah kreativiti.

Contohnya ini :


Ini adelah Air Freshner.
Tapi sebab ianya cantik (boleh la...) dan plastik (senang untuk aku baling time amukan dengan En Wan), maka skarang ianya telah menjadi "fabric spray" sewaktu menggosok baju.

N siram pokok-pokok kaktus dalam pasu pun boleh. Takde hal.

Tapi selalunya aku jadikan bendalah ni nak spray En Wan time nak bangun sahur.
Kejut tak jalan.
Alarm sekuat-kuat ada tak jalan.
Penyudahnya amik kau. Pssssssssssssssssssssssssssssssstttttt!

Terus bangun.
Senang kan keje aku?
Tak payah terjerit-jerit nak kejutkan dia.

Tapi aku sembur tang jauh la.
Gila kau nak sembur dekat-dekat, sekali dia bersilat, terus tertangkup aku bawah katil.

Tension lagi

Last Friday aku stress gila babi dengan satu keje aku.
Aku kan mana boleh terkehel sikit, konfem sawan aku sampai.
Jadinya last week, aku menyawan nak shopping perfume pulak.
Sebelum tu aku dah browse-browse page Coach, tapi bila pikir balik penderitaan yang bakal aku tempuhi bila beg tu sampai nanti, so aku switch sawan aku ke perfume pulak.

Aku pernah beli 3 perfumes kat PERFUME RACK (side bar aku) a few months back.
Tapi masa ni bukan sawan.
Masa tu gatal tangan. Takde benda nak buat pi klik sana, pi klik sini.

Yang Friday lepas ni memang penyakit aku sampai.
Aku beli 7 perfumes, tapi sebijik YSL Babydoll bagi kat adik aku, Ima.
Lagi 6 aku punya.
Mula-mula nak punyakan terus enam-enam bijik tu, tapi kalau aku beli enam untuk aku sorang memang mampus la jawabnya En Wan mandikan aku dengan perfume tu semua.

Atas dasar nak jek jek laki sendiri, jadi aku beli 3 je untuk aku, lagi 3 aku surprisekan (sangatttttttt lah) dia. Lagipun aku tengok perfume dia dah nak habis. Saje je dia tonggang-tonggangkan perfume depan muka aku, nak hint-hint la tu.


Aku beli kat Shah Fragrance.
Type je nama tu kat FB, korang akan jumpa.
Reader blog ni, ERINE NORDIN yang recommend.
Walaupun ada yang nasihatkan supaya jangan beli online sebab nanti kena tipu tapi maybe aku ni jenis percaya pada tagline "we sell aunthentic..", so aku beli jugak.
Pada aku senang je, kau jual, aku beli.
Kalau kau jujur, semua yang baik bukan dapat pada aku pun, tapi akan dapat balik pada kau.
Sama jugak kalau kau tak jujur. Yang buruk bukan dapat kat aku, tapi akan patah balik kat kau jugak.
Betul tak?

Alhamdulillah, aku beli beg and perfume secara online, semua lulus.
Puas hati.

Perfume-perfume ni semua ada ceritanya.

Acqua Di Gio tu sebenarnya lama dah aku nak beli sebab aku rasa perfume ni unisex (ke memang unisex?). Tapi botol dia tak cantik sebab tu aku pikir doplohpat kali nak beli ke tak. Aku ni pelik sikit kalau beli perfume. Aku akan tengok botol dulu, baru test bau. Sebab pada pendapat aku la kan, apa-apa barang yang kau beli, kalau depan mata kau dilambakkan dengan seratus pilihan, mesti rambang mata and end up kau beli yang salah. Balik rumah sesal, apesal la tak beli yang tadi. Tak tau la orang lain, tapi yang tu selalu jadi kat aku.

Perfume mesti wangi punya.
Tak kira la kurang wangi, kuat sangat wangi, tak berapa nak wangi, the WANGI word mesti ada kan?
Takkan ada perfume yang TAK WANGI.
Yang ada cuma TENGIK sebab terlampau wangi.
Tapi yang pastinya perfume tak pernah busuk. Cuma kita yang kurang berkenan dengan bau dia.

Disebabkan itu, aku kalau beli perfume pilih botol.
Cantik ke tak, gojes ke tak. Sebab lepas tu aku nak simpan, kumpul-kumpul jual kat keling botol (no offense).

Tapi Acqua tu unisex kan, so sesekali aku spray la kat aku pulak.

JPG Le Male tu aku beli sebab nak suitkan dengan JPG Classic Femme and Classic Charm aku. Tu je pun cerita dia.

Versace Blue Jeans tu adelah perfume pertama aku belikan untuk En Wan sempena our 2nd met. Kitorang kan 3 kali jumpa je terus kawen. I mean bukanlah 3 kali je jumpa terus nak kawen. Gatal sangat tu. Man man la kot ye pun berjauhan.

2nd met tu maksudnya, 2nd time dia balik Malaysia lepas bercouple dengan aku.
Masa 1st met, aku tak hadiahkan apa-apa sebab nak test dulu.
Kalau boleh dibuat laki baru boleh plan nak belikan hadiah in future. Kang kalau aku dah sakan bershopping untuk dia alih-alih dia cam cibai, tak ke sia-sia je duit aku?

Ye, aku sangat berkira okkk.
Kau ingat aku beli hadiah tu semua pakai duit apa?
Duit MARA okkk. Kena bayar balik!
So kalau nak spend tu biar berbaloi.

So 2nd met tu aku belikan dia Versace Blue Jeans, long sleeve kemeja South China Sea and T shirt BUM.
Masa ni menggigil nak keluarkan duit.
Padahal aku sendiri takde perfume.
Tapi takpe. Kena impress okkk, impress.

Sekali member datang jumpa aku bawak kepok lekor ngan candy Jepun je.
Chaittttt!

Takpe, cinta sejati.

Semalam, bila aku susun semua perfume kat bilik, atas meja, with a note :

HAPPY BELATED BIRTHDAY, ABANG.
JPG tu Di beli sebab nak suitkan dengan JPG Di.
Acqua tu sebab abang boleh pakai malam, light and fresh (padahal aku yang nak paw sekali)
Versace Blue Jeans...ingat tak our 2nd met?

Dia baca pastu 'eiiii eiiiii apa ni apa niiii?? Geliiii la! Jiwang la Di ni!'

Cipetis.

Your stupidity does not amaze me

Kepada tuan punya "blog" di bawah ini, lain kali kalau nak "nasihat"kan orang, tolongggg tolonglahhhhh TOLONGGGGGGLAH baca betul-betul apa yang aku tulis, extract and digest baru hantar komen. Boleh ye, tolong fahamkan? Sebab kalau aku dah start tolong ajar kau cara-cara nak fahamkan teks, aku takut terus gagap nak membaca lepas ni.



Tapi macamana pun kita patut contohi kegigihan avid reader ni yang sanggup create new ID semata-mata nak "nasihat"kan aku. Tang gigih tu kita patut contohi. Tapi kalau setakat gigih je ada, tapi kebijaksaan takde pun tak boleh pergi gak.

Cikgu aku pesan "Berani kenara benar, takut kerana salah".
So, aku pegang peribahasa tu.
Kalau masih rasa takut-takut berani, baik jangan bagi nasihat ye dik.
Sebab bila kita masih ada ketakutan, maknanya kita sendiri tak yakin if apa yang kita buat/cakap/tulis tu betul.

PEACE!

2011-10-17

Makan taik


Ramai rasanya yang dah pernah tengok clip ni or baca any artikel pasal SHIT BURGER ni.

Kot ye la dunia menghadapi krisis makanan takkan la sampai nak buat artificial meat dari taik manusia kotttt. Setau aku, kerbau pendek je yang makan taik sendiri. Takkan nak samakan manusia dengan kerbau pendek.

Aku pernah makan artificial meat kat Vege Restaurant.
Semua meat kat situ berasal dari kacang soya.
Sebijik sebijan rasa daging.
Ok je.
Takde hal pun aku rasa manusia nak makan artificial food as long as sumber dia dari benda yang patut dimakan.

Adekah taik itu sebagai satu sumber yang patut dimakan?

Dah buang tu buang je la.
Yang kau nak extract balik untuk dikitar semula kenapa??
Mengapa mesti najis?????

Saintis ni cakap, terlampau banyak najis kat loji and najis-najis ni semua ada kandungan protein yang tinggi.

SO????

Kalau kandungan protein dia tinggi maka haruskah kita jangan membazirkan protein tu lantas memproses balik untuk dimakan semula??
Biar yang senonoh sikit boleh?
Lain la kalau protein laki aku.
Itu memang jangan dibazirkan. Eh.

Nenek aku pesan makan mencangkung tu kurang sopan.
Kalau makan taik tu dah kira kuang hajar sangat!
Tak kira la taik tu dah diproses ke, dicuci dengan air suling ke, dua kali pemeringkatan ke, yang aku tau daging itu adelah ex-taik!

Aku forwardkan video ni kat kawan lelaki aku.

10 minit  lepas tu dia reply email aku balik "Eleh, macam tak biasa makan taik hidung".

Sialpalis.

10% off!

From: Annie Fuza
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Sunday, October 16, 2011 9:04 PM
Subject: Restoran En.Tan (Muslim Kopitiam)

Salam,


Kak D, I'm ur silent reader. Berhajat nak mintak tlg war2 psl Restoran En.Tan (Muslim Kopitiam).
Restoran ni baru bukak last week. So hopefully akak tlg war2kan dlm blog akak yg vass tu ye.
 

Add info:

1. Muslim Kopitiam -owned by my BIL (Muhd Nazri Tan Abdullah)
2. Open fr 8am - 12am (everyday)
3. Free WIFI
4. Kids corner - free colouring
5. Reasonable price ( promo set for breakfast n lunch)
6. 10% disc for all green apple reader ( just quote "green apple" kat cashier)

 
Restoran En.Tan
No 42A Jalan Rampai Niaga 4,
Rampai Business Park
53300 Kuala Lumpur







2011-10-15

Jangan biadap

Heran betul aku dengan manusia sekarang, lebih-lebih lagi "bijak pandai" kat Malaysia ni yang suka memaki hamun orang yang kau sendiri tak kenal.
Kenal tu memang la kenal.
Tapi kenal yang macamana?
Setakat kenal 80% melalui media, 10% dari cakap-cakap orang dan 10% lagi assumption sendiri.
Kenal sangat ke kau?

Semalam kat Twitter aku nampak tweet sorang manusia yang "paling bijak di dunia" tetapi ada kemungkinan juga paling bacul, yang secara terang-terangan mention kat PM Najib sesuatu yang pada aku sangat biadap!

Tapi aku percaya orang-orang "terlebih bijak" ni semuanya spesis berani kat blakang je. Kalau kena tindakan tatatertib konfem menggelupur punya. Tak berani mana pun. Biasa la kan, orang yang kecoh lebih ni kebanyakkannya haprak. Dah banyak sangat dah aku jumpa spesis macam ni. Kalau kat blakang tu kemain lagi, memang dia je la otai. Takyah panggil polis bagai la, cuba troll je dia, konfem delete akaun Twitter.

Kalau kau benar-benar kenal orang tu luar dan dalam, lain cerita beb.
Just like kau marah adik-adik kau, anak sedara kau. Tu lain. Tu sebab kau kenal dorang in person.

Benda ni fundamental.
Lojik.
Kalau kau tak kenal orang, kau main serbu je ke nak maki hamun orang tu?
Bangang gila kau kan?
Tapi tak tau la kan kalau mak bapak kau ajar kau jadi kurang ajar.

Selamba je dia mention kat PM "bla bla bla bla bla bodoh!"

Kalau kau benci sangat pun dengan dia, kalau tak respect dia sebagai PM pun, tak boleh ke kau hormat dia sebagai orang tua? Mak bapak kau tak ajar kau eh?
Nak tunjuk hebat dengan followers la nih. Berani maki PM.
Nak jadi hero pun biarlah hero yang pakai kepala otak bai. Bukan pakai kepala pelir.

Memang kita berhak bersuara.
Kau nak kutuk, nak hamun, nak perli, nak membangang-kan orang silakan.
Tapi buat la secara bijak.
Bukak blog sendiri.
Ha, maki hamun la puas-puas kat situ. Takde saper nak marah. Itu ruangan kau. Sila gunakan ruangan kau untuk memaki dia sebaik-baiknya.

Tapi tindakan kau go direct to him, yang kau sendiri pun tak pernah kenal, tau-tau kau maki dia, itu namanya bukan bodoh tapi hilang akal!

Bila aku sound budak tu supaya beradap sikit, dia reply balik 'Kalau dah cakap baik-baik pun tak dengar, memang cakap kasar je la jawabnya'

Oh, kalau mak bapak kau tak dengar cakap kau, kau maki dorang jugak la?

Ehhhhh.
Mak bapak tu lainnnnnn.
Yang tu darah daginggggg.
Lagipun dia yang melahir dan membesarkan kitaaaa.
Haruslah hormat.


Kalau macam tu boleh la aku maki hamun bapak kau kan?
Sebab takde sangkut-paut dengan aku pun.

Agak-agak kau duduk diam tak kalau aku memukipantatkan makbapak kau?

Pastu ada satu lagi manusia "bijak" tetiba je melencong dari apa yang aku tweet tu.
Ni bangsa nak tunjuk pandai jugak la ni.

"Habis kalau cakap ulamak yang belajar agama tu dia taknak ikut, bla bla bla...."

Relevan???
Ada kaitan??

Sebenarnya aku bercakap pasal apa tadi?

Aku ni bercakap pasal "hormat orang tua, kalau pun tak hormat dia sebagai pemimpin", kan?

Ade sangkut-paut ke dengan "cakap ulamak dia taknak ikut?"??
Plis somebody tell meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Kalau dia tak ikut cakap ulamak pun aku berani kerat jari dia tak go direct to that ulamak 'Hey orang tua, aku taknak ikut apa kau cakap la bangsat!'

Ada?
Takde!

Kalau setakat tak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak tu, semua orang pernah buat. Tapi rasanya tak perlu la nak pergi direct kat orang tu maki hamun bagai.

Ni la dia kan?
Taknak mengaku dia dah buat salah, pergi bukak topik lain.
Sorry ye, aku tak layan politik.
Aku membincangkan soal adab!
Bodoh!

Benda yang aku mintak simple je.

Kau tak kenal orang, kau hanya boleh buat seribu assumption.
Silakan mengumpat sesedap rasa.
Dosa tanggung sendiri.

Tapi kalau kau dah la tak kenal orang tu, kau tak tau hujung pangkal apa yang dia buat pun, tau-tau kau nak sound dia direct.
Akai ada???
Series tak paham mana kau dapat gene-gene bodoh ni.



Bukan aku mintak kau suka pun Najib tu. Kau ingat aku buat entry ni sebab aku suka dia ke?
Manusia mana pernah sentiasa suka apa yang orang lain buat?
Alangkan dengan adik-beradik pun ada yang berdengki khianat, inikan pulak dengan orang luar.
Apetah lagi dengan orang yang kita memang sah-sah tak suka.
But plis, hormat sikit.
Dia orang tua.

2011-10-14

Impress biar lojik.

Semalam aku attend satu event kat tempat customer.
Ada topik kebersihan dari perspektif wanita dan lelaki.
Dia ada la ambik a few responden untuk discussion ni.
Tapi meluat gila aku dengar responden this one lady, muda lagi, sebab tu bercakap pun tak guna akal. Orang tu soal untuk dapatkan feedback and expression yang jujur, tapi this girl bukan meng-express, tapi meng-impress. Maklom la orang ramai tengah tengok, bila lagi nak show off kan.

But kesian, aku tak rasa ada orang impress pun.
Kesian lagi tengok muka tukang soal, kelat semacam je time budak tu bagi jawapan.
Mesti dalam hati menyumpah-nyumpah.

Orang lain shampoo rambut seminggu 3 kali, dia shampoo hari-hari.
Ok la. Takpe. Lojik.
Sebab rambut dia panjang, cuaca kat Malaysia ni panas. Lojik kalau nak shampoo hari-hari.
Tapi reason dia bagi 'Sebab saya suka main buih'

Alalalalalaaaaa.
Comelnya.
Main buih.
Feeling-feeling Paris Hilton kau.


Salah satu soalan : Berapa kali awak salin cadar di bilik tidur.

Ada yang jawab sebulan 2 kali.
Seminggu sekali.

Ok.
Jawapan yang lojik dan standard.

Budak ni taknak kalah.
Dia jawab 'Sehari 2 kali'.

SEHARI 2 KALI.

Tukang soal tu tanya balik 'Sehari salin 2 kali?'

Dengan bangganya angguk and replied 'Ye, saya memang pentingkan kebersihan. Saya nak sentiasa berada dalam persekitaran yang fresh'


Keje kau ni agaknya membuta la kan siang malam?
Kalau tak apekejadahnya nak menyalin cadar sampai 2 kali sehari.
Aku nak kemaskan cadar pun kadang-kadang tak sempat. Dia boleh pulak sempat nak salin 2 kali sehari. Kau kencing atas tilam ke apa?

Whatever reason pun budak ni bagi, aku tetap tak percaya dia salin cadar 2 kali sehari. Come on la, hospital yang pesakit terbaring 24 jam pun salin cadar sehari je sekali walaupun dah letak pelapik.

Mementingkan kebersihan konon.
Tu cara-cara cadar.
Yang kita guna time tido and baring.
Kalau spender?
Coli?
Adekah ganti lima minit sekali?

Book cepat, kalau tak, tido lam keta je.

As-Salam kak di ,

saya silent reader jer blog kak di....saya nak mintak tolong kak di iklan kan unit studio saya kat Tiara beach resort ,sempena nak hampir cuti sekolah ni..so tempahan dah dibukak....harga rm150 jer semalam, harga hari cuti, hari biasa rm120

***********************************************************************

TEMPAHAN UTK CUTI SEKOLAH DIBUKA SEKARANG !

JOM PI TIARA

Kami menawarkan satu unit studio di Tiara beach resort, Port Dickson utk disewa pada kadar bajet.
Bilik dilengkapi :

-2 super single beds
-aircond
-kettle
-TV
-mini fridge
-microwave
-sandwich toaster
-basic furniture

-nice view
-waterpark view (klik sini : spt dlm gambar di website saya)
-facing pavillion stage..

RM150/nite (hari cuti/weekend)
RM120/nite (hari biasa)

diskaun utk penginapan 2 mlm!

SYARAT2 :

1.deposit diperlukan utk jaminan tempahan.Deposit tidak dipulangkan jika pembatalan tempahan kurang seminggu sebelum tarikh tempahan.
2.unit ini adalah unit persendirian,sarapan pagi tidak disediakan
3.dilarang memasak di dalam unit ini dan membawa makanan tidak halal


sms for booking
ana-019-2616765

2011-10-13

Jam

From: Nadya Harun
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Wednesday, October 12, 2011 12:21 PM
Subject: Salam Kak Di.....

Assalamualaikum kak di....

Saya adalah pembaca setia entry2 & update k.di... but i'm your silent reader all this while...

by the way, byk jugak saya nampak kak di tolong iklan kan brg2 utk dijual kat blog kak di yg hot kebaboom tuh..hehhee...finally saya pun terpanggil utk mintak tolong kak di iklan kan brg untuk dijual...kalau ada any charges, kak di just bg tau berapa yer....

actually saya nak let go satu jam Armani Exchange, my sis beli masa sale kat US, dia bg saya tp bila pakai kt tgn saya rasa mcm kecik pulak kt tgn saya ni...maybe saya prefer jam yg muka nyer agak besar...hehhee...finally dari tak pakai langsung, saya decide utk jual jer... masuk kat mudah.my berkali-kali manjanggggg kene reject...huhuhu... kot2 lar kak di boley tolong, tapi no hurry ye sis, take ur time, anytime kak di free lah....details item are as follows :


ARMANI EXCHANGE DRESS CRYSTAL WATCH AM3028
100% AUTHENTIC & NEW WITH TAG
RM 370

Case Diameter: 26 mm
Bracelet Length: 7 in. / 19 cm adjustable
Water Resistance: 50 meters
Display Type: analog
Band Color: silver
Dial Color: black
Band Material: stainless-steel
Clasp Type: jewelry-clasp
Case Material: stainless-steel
Movement Type: japanese-quartz
Comes in original watch box + warranty/instruction manual
* jam ni self-adjustable, ada link yg kita boleh bukak & pasang sendri ikut kesuaian saiz tgn kita

Yg berminat boleh email nhnadya@yahoo.com atau call / sms 017-3191 761



Kadang-kadang senyap tu lebih bagus untuk kesihatan

Aku kan sedaya upaya menyelami perasaan dan mentaliti orang-orang yang kurang kebolehan memahami teks. Sebab tu kadang-kadang ada komen kurang bijak masuk kat blog aku, samada aku publish and buat tak reti kasik can dia nak feeling bijak, ataupun aku delete je terus biar dia merempan sorang-sorang.
Tapi aku rasa, adelah menjadi tanggungjawab kita bersama (ada gaya Najib tak?) untuk memberi tunjukajar kepada orang yang lembab belajar.

Contohya begini ye anak-anak :

From: Unknown
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Wednesday, October 12, 2011 3:41 PM
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Dasar lemb.....

Unknown has left a new comment on your post "Dasar lemb....":

bodoh lak kau. Pos Laju tu bukan agensi kerajaan sepenuhnya. dia dah kira swasta jugak tu.... ko tu bangang nk pergi salahkan staff kerajaan dpt bonus buat apa.... apa mak ko dlu projek x baca doa ke?

Publish
Delete
Mark as spam


Moderate comments for this blog.

Posted by Unknown to walk on wings, tread in air at 3:41 PM


Ini adelah satu contoh komen yang bukan saje kurang bijak, malah secara totalnya memperlihatkan ciri-ciri kurang kasih-sayang dan dahagakan perhatian. Atas dasar simpati dan semangat 1 Malaysia, marilah kita mengupas dan menggali mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh si penghantar agar kita jadikan pengajaran supaya anak-anak warisan kita tidak menjadi sebahagian dari golongan yang bermasalah seperti ini.

Haaa...amacam?

Boleh jadi calon tak agak-agak?

Sebenarnya aku taknak panjang-panjangkan isu ni.
Walaupun dalam entry "Pos Laju" tu ada sorang dua yang komen pasal "Pos Laju bukan agensi kerajaan". Tapi aku buat tak reti and publish macam biasa sebab aku rasa benda tu secara terang-terang tak relevan lansung dengan apa yang aku blog-kan.

Tapi aku terpanggil utnuk mengomen komen yang kurang bijak ni sebab aku rasa kalau aku tak sound, sampai bila-bila pun budak ni jadi tak bijak. Kesian ok. Budak ni adelah antara contoh bahawa subsidi yang melampau akan menjadikan otak kita sengkak. Kesian mak bapak penat-penat cari duit nak bayar yuran skolah, tetap anak dia bangang. Apetah lagi kalau esok beberapa yuran di-free-kan, makin ramailah anak-anak yang akan take for granted.

Simple question dari aku : Tang mana aku ada sebut Pos Laju adelah agensi kerajaan?

Takpe.
Kalau malu nak jawab kat sini, jawab dalam hati pun boleh.


p/s : lain kali jangan nak membangangkan orang kalau diri sendiri tak cukup bijak. Tak pasal satu Malaysia tau mak siapa sebenarnya yang tak baca doa sebelum buat projek.

2011-10-10

Halo? Halo?


Semalam tengah gosok baju, ada call masuk.

Budak : Hi, awak. Awak kenal Arif tak?


Aku : Nak cakap dengan siapa?


Budak : Jap. Jap eh? Arif nak cakap.


Arif : Hello, awak. Awak tengah buat apa?

Aku : Nak cakap dengan siapa ni?


Arif : Takde, saya call je ni. Nak kenal-kenal.

Dari zaman aku anak dara lagi, benda-benda macam ni aku dah dapat.
And aku percaya, korang mesti penah kena jugak macam ni.
Konfius kejap.
Aadekah orang yang buat keje macam ni tak membesar atau penyakit ni benda biasa untuk budak baru akil baligh?

Plis, kot ye sangat kau dah takde keje nak buat, boleh tak pegi makan nasik, daripada kau mengabiskan credit call orang tak tentu pasal. Kalau dapat kat anak dara takpe. Kalau landing kat nombor Mak Aji?

Penah dulu time aku tunggu result SPM, ada sorang mamat ni boring gamaknya result SPM lambat keluar, takde keje pi call rumah orang. Dulu henfon-henfon belum meriah lagi. Pak Aji pun still pakai henfon buat baling anjing tu. Sekali dial-dial terlanding kat rumah Mak Aji. Pak Aji bagi khidmat kaunseling free. Yang klakar tu, boleh la pulak budak tu bagi full attention siap bagi respond jawab soalan-soalan Pak Aji. Mujur la kan Pak Aji yang angkat call, kau dapat tazkirah je. Kalau Mak Aji yang angkat?? Don't play-play. Hati mesti mau tabah. Hahaha.

Ntah apa la kepala otak budak-budak macam ni pikir gamaknya.
Konon nak open minded la, having fun, sporting, release tension, bla bla bla tapi tak kena tempat der. Memang takde otak.
Kalau kebetulan call tu landing kat nombor perempuan yang tengah bergaduh ngan boifren/laki dia? Tak pasal je pompuan tu kena blasah.

Ni la kan, manusia.
Orang nak bergajet, kau pun nak.
Beli henfon pandai.
Guna bangang.

Bila aku malas layan, tau-tau masuk sms.

Tak tau apesal, tapi bila dengar suara budak ni, pastu baca style sms dia kepala aku terus tune kat budak dalam YT ni.


Kesian.

Nak jadi pelakon tak pass.
Buatla soap opera tepi jalan disaksikan oleh mat-mat bangla yang lalu-lalang.
Jadikla...

Seriously?


Jap. Jap.

Nama laki si Kimora ni DJIMON HOUNSOU ke, DIGIMON HOUNSOU?

Seriesly nama dia DIGIMON??

Kau biar benarr.

Nak kena saman ngan Kimora?

Editor, please do you work.

Dasar lemb....

Selasa lepas aku terima fax dari Pusat Mel and Kurier KLIA Sepang, ada barang from US sampai. Memang selalunya gini la pun, aku akan fax balik surat perlantikan kuasa tu pada Pos Laju untuk release barang dari kastam and aku akan collect kat Pos Laju Shah Alam.

Bila aku dah fax, aku call untuk confirmkan if dorang dapat fax tu.
Tapi aku call-call tak pernah la dapat bercakap dengamn manusia. Asik la bercakap dengan robot. Tak paham apesal "Sorry, all our officers are busy. Please leave your name, contact number and pos ID. We will contact you later"

Siapalis la kau nak dia return balik call kau kan.

Imagine, dari Selasa sampai Sabtu baru-baru (Sabtu lepas ni minggu kedua dah, so KONFEM dorang keje), toksah berangan la nak suruh dorang angkat kan, maklum la busy. Tak angkat tu satu hal. Tak return call tu yang aku marah sangat. Kalau kau rasa memang kau takkan call balik, tak payah la nak suruh customer tinggalkan pesan segala. Company lain buat, kau pun nak buat gak. Kalau sabit nak ikut trend semasa, tak payah!!!

Sabtu lepas memang aku dah max punya hangin.
Aku call Pos Laju Shah Alam nak tanya ada tak package aku sampai kat PPL sana. Ni pun satu hal gak musibat. Memang payah gila nak berangkat. Kata customer service, mana meruyup semua OFFICERnya??
Oh ye la.
Nama pun OFFICER.
Mana nak buat keje angkat telipon ye tak?

Ptuiiiiiiiiiiiiiii!

Aku call customer service.
Dia check kejap and bagitau barang aku masih ada kat sana.

"Maybe fax Cik tu dorang tak dapat kot"

Ye la, sebab tu la aku call nak konfemkan dapat ke tak fax tapi sampai nak terbenam keypad phone aku pun call tak berangkat-angkat.

Terus aku siap, zasssss gi Kastam.
Sampai kat office Pos Laju, aik???
Takde customer pun???
Apa yang busynya?

Aku try call kat depan-depan kaunter tu jugak.
Haram!
Satu bunyik telefon pun takde.
Alih-alih suara mesin "Please leave your bla bla bla..."

Pantat kau lah.

Yang ada, ni...


Pakai phone ofis, bergayut ngan mak kat kampung cerita pasal kenduri la, apa la.
Helo??
Kau takde rasa segan ke tebiat kau ni customer tengok?
Kot ye pun la (bersangka baik), mak kau yang call, perlu ke kau tunjuk yang kau tengah bersembang dengan bercakap sekuat-kuat ada biar satu opis dengar kau bergayut dengan mak? Kau ingat kau sorang je ada mak?

Dari start aku sampai, aku tunggu dorang keluarkan surat untuk aku bayar kat kastam, sampai aku keluar dari bilik tu, pompuan ni tak abis-abis bergayut.

Ada sorang lagi jantan tengah duduk menaip apa ntah. Tengah buat keje la kot.

Yang aku persoalkan tu, apesal takde bunyik telifon?
Mana customer servicenya???

Nombor yang ada kat surat perlantikan yang diorang fax kat aku tu : 03-87773680.

Tetiba aku tengok nombor yang dorang advertise kat kaunter no : 03- 87773777.

Bangkai tak?

Aku try call nombor yang kedua ni gak, takde orang jawab pun.
Manjang je "will call you back later".

Nama pun later.
Memang late la sampai ke sudah.

Before aku keluar, aku tanya budak perempuan yang ambikkan package aku


Aku : Dik, nombor ofis Pos Laju kat sini sebenarnya berapa? Saya call nombor kat surat kuasa tu asiklah pegi ke system.


Budak : Nombor kita ada banyak, Kak. Maybe ramai sangat yang call kot tu yang customer service tak dapat angkat.


Aku : Saya call dari Selasa, tinggalkan contact no, takde orang return call pun? Tu yang saya datang ambik sendiri. Ofis takde customer pun?


Budak : Err...

Aku terus blah.
Malas nak dengar apa pun explanation kau sebab berdasarkan apa yang aku tengok dengan mata sendiri, aku tak faham kat mana BUSY-nya kau sampai tak boleh nak arrange package aku dihantar ke PPL Shah Alam. Bukan kau yang kena hantar pun. Kau arrange je, PPL Shah Alam yang akan collect.

Dasar lembab.
Keje nak senang.
Gaji nak banyak.
Bonus nak tiap-tiap tahun.

Tak payah la nak gunakan alasan 'gaji sikit, keje pun kena la slow'.
Sebab kau slow la maka kau dapat keje yang gaji sikit ni.

I'm done.

2011-10-07

Lagi satu lagi dibuka. Seranggggggggggggggggggg!


Ada new Tutti Fruitti akan dibuka : 

Alamat Tutti Frutti Alam Damai
No.15-G, Jalan Damai Niaga,
Alam Damai, Cheras Kuala Lumpur.

Kedai akan dibuka pada 8 october ni which is hari sabtu ni (esok). 
Discount 10% akan diberikan selama seminggu.
Dan mungkin discount 50% time open ceremony nanti.

Landmark dia sebelah petronas and kfc yang belum buka lagi tu

Facebook for Tutti Frutti ni pun ada. so senanglah kalau nak info pasal outlet ni. just search "tutti frutti alam damai"

Anak-anak kecik, mari sini acik nak bagitau satu benda.



Looking for boy & girl (8-12 YO) for Raya & Moving into new house concept. 

Bukan iklan TV ye, ni utk stock photo. 

Kriteria: not camera shy, approachable, sporting
Shooting location: Bangsar (21 & 24 oct) weekdays
Casting: kelana jaya.

Shooting nyer Mon 24th (Hari Raya) & Tuesday 25th (Family Moving into a new House). 

Kalo boleh email gambar asap lagi bagus, If not before 13hb. email to emma.novianty@gmail.com

kalau ada apa-apa soalan, shoot me ya :)

Thanks ya Di..

2011-10-06

Terjah

Iskkk, mak aku ni memang tau, suka buat misi terjah kat sampah-sarap aku.

Kelmarin, aku gi shopping bra and panties.
On the way balik ke rumah, dalam kereta, aku ajak En Wan gi tempah wardrobe tambahan sebab baju-baju and laci spender aku tak muat dah.
En Wan kata aku kena buang sikit baju and spender-spender ni semua.

Malam tu aku pun bersemangat la nak susun spender and bra baru.
Lumrah dapat benda baru kan, dan-dan la semua bra and spender dalam laci tu tak boleh pakai lagi. Sedap je aku campakkan semua dalam satu plastik. Ada la kot dalam 15 bra and more than 20 helai spender aku buang. But since spring cleaning tu aku buat tengah-tengah malam buta, so plastik sampah tu aku letak dalam bilik dulu. Aku kan penakut nak turun bawah sorang-sorang, padahal bibik tu ada je tido kat bilik bawah.

Esok paginya aku terlupa nak turunkan sampah bra and spender.
Sepanjang hari aku cuak je memikir jangan lah orang kat rumah ni selongkar apa ada dalam plastik tu sebab bungkusan tu besar sangat. Tambahan bila orang pegang plastik sampah tu ada tasa macam kain-kain, memang trigger nak suruh bukak je la kan.

Petang tu, tengah duduk-duduk kat dapur, bibik tanya :

Bibik : Madam, tadi plastik di bilik Madam tu mau dibuang?


Aku : Ha'ah, bik. Saya lupa nak bawak turun pagi tadi. Bibik dah buangkan?


Bibik : Udah madam. Tapi saya buka. Baju-baju yang masih boleh dipakei tu saya ambil boleh?


Aku : Boleh pakai lagi ke, bik? Kalau bibik nak ambik, ambik lah.

Bibik : Tadi, emak yang bukak, pas emak tanya apa baju-bajunya mau dibuang. Lantas saya pilih mana yang masih elok, saya ambil.


Aku : Ha?? Mak bukak plastik tu? Dia tengok ke apa ada kat dalam?


Bibik : Iya.


Ok.

Mari gelabah skarang.

Tak sempat aku nak start gelabah, mak masuk dapur :


Mak : Diana, bakpe Diana buang baju-baju dalam tu semer?


Aku : Dah takleh pakai dah tu, Mak. Diana beli baru semalam. Tu yang buang baju dalam lama-lama tu.


Mak : Doh, kain hok kecik-kecik tu amende? Suar dalang (dalam) ke?


Pitam.


Aku : Ha'ah mak (sambil toleh tempat lain buat-buat kebas habuk kat kaki)


Mak : Doh bakpe pelik sangat? Pakai kot mana? Mok pusing-pusing dok reti masuk kot mana.


Allah kassimmmmmmmmmmmmmmmmmmm!
Sumpah nak pitam.


Mak : Bakpe bontot dia tak tutup?


Ok. Nak mati.

2011-10-04

Aku tak menyesal!

Ni namanya advertorial. Untuk entry yang baru, scroll bawah.


Finally 6 weeks "Olay Skin Breakthorugh Challenge" dah sampai ke penghujung.
Those yang follow perjalanan challenge aku and Filla melalui blog ni mesti tau yang kitorang sangat-sangat puas hati. Yang dah try "Olay" saja yang tau betapa satisfied-nya diri bila tengok ada perubahan pada muka.


Kalau dulu nak pegi first skin test, masing-masing risau je.
Nak je aku cakap kat pakar yang check kulit aku tu, bagi je la markah berdasarkan apa yang ko nampak dengan mata kasar. Takyah la susah-susah nak letak probe kat muka aku, kang baik-baik aku dapat markah terus tak dapat lansung. Ngeri okkk kulit aku dulu kemelekitannya berada pada paras bahaya.

Ingat lagi masa aku call Filla malam sebelum nak pergi tu...

Filla : Eshhh, ko jangan Di. Terperanjat "Olay" tengok muka aku kang. Muka aku ni indah khabar dari rupa tau tak?


Aku : Ha'ah, muka kau je la yang indah khabar? Abis muka aku ni khabar baik sangat la?



Aku and Filla masa check skin di penghujung challenge.
Masa ni kitorang yang tak sabar-sabar nak suruh pakar ni check. Teruja nak tengok result!





Berdasarkan feedback yang aku baca kat FB Olay Malaysia and pengalaman sendiri guna "Olay Regenerist" selama 6 minggu, aku sendiri puas hati. Lagi rasa puas bila orang tegur kulit kau nampak lagi berseri.

Klik sini untuk baca feedback dorang :

 



Tak ramai yang percaya aku just pakai "Olay".
Aku cakap "JUST" tu sebab toksah kata orang lain la, aku dulu pun skeptikal dengan pharmacy product ni. Walaupun aku pun pakai barang-barang kat Guardian and Watson, tapi readers blog ni tau dulu aku pakai skincare product apa. Now, bila diri sendiri yang nampak keberkesanannya, lepas ni takyah la aku gigih nak buat muka stylo depan kaunter brand-brand yang gempak semata-mata nak pancing sales-sales kerek melayan aku.



Dari kerana mataaaaa.......auww!


Ni ada email dari salah seorang pengguna "Olay", dia email direct pada aku. Aku rasa pengalaman dia ni menarik untuk aku share kat korang :


Aku rasa budak ni sangat-sangat puas hati sebab tu dia berani email aku personally untuk share pengalaman dia, at the same time nak bagi keyakinan kat korang untuk sama-sama try "Olay".


Baiklah, di sini saya ingin menunjukkan sesuatu kepada anda yang saya sayangi...eceh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tarik napasssssssssssssssssssssssss
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lepassssssssssssssss
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tumpukan perhatian anda ke sini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dipertontonkan buat pertama kalinya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



LIHATLAH DUNIA!!!!
AKU TAK MENYESAL GUNA "OLAY"!
(sambil mengangkat cream "Olay" tinggi-tinggi)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

THANK YOU, "OLAY"!

Bergegar beramai-ramai

Ini pun advertorial post. Kalau nak baca entry baru, sila scroll bawah.


Ada sesape pergi XPlay Event kat JB Sabtu lepas?

Ook, this time aku masih lagi blog about XPlay Event.
This time kasik gegar dengan the biggest name in the DJ-ing world .....


Selain tu ada DJ lain like DJ Giuseppe Ottaviani, Terence C, Darkroom Tale and MisterAriffin.

Aku explain lebih-lebih kat sini pasal DJ pun kalau korang tak tengok and feel sendiri pun tak guna okk. Macam aku dulu pun mana pernah layan semua ni. Sekali bila datang XPlay kat Oprea hari tu ha kauuuuu, aku yang lebih-lebih.

So, kalau nak rasa sendiri camana, boleh join kat :

Date: 22 Oct 2011
Time: 7pm – till late
Venue: Helipad, Sepang International Circuit.

Kalau nak free tix, follow rules ni :

1. Kalau kau pengguna Xpax or U.O.X., just reload!
a. Register by sending XPLAYPVD to 28881
b. Pastu reload RM50
c. Ko akan receive mobile voucher yang boleh di-redeem untuk 1 tix FOC.

2. Boleh dapat 2 tix free kalau subscribe to Instanet Monthly @ RM50/month (tapi while stocks last je) – check www.instanet.com.my

3. Kalau kau Celcom Broadband customer, activate Musicube & ada la chance menang 2 tix gak (tetappppp while stocks last gak) – check www.celcom.com.my/broadband

4. Download XPLAY packages dari THE CUBE (www.thecube.my or gi WAP site kat http://m.thecube.my) & boleh menang 2 tix VIP!!

Pergi jangan tak pergi.

Oh yes, orang KK, jangan lupa eh, korang get ready untuk Xplay on 8 Oct 2011 kat Bed Club, KK!!

Klik bawah ni :

Poisonous Remedy

Sape dengar HotFM Sabtu lepas 11pm-12am slot Kita Punya!..?

Aku tak tau la sehingga entry ni di-publish, orang tua dua orang kat rumah tu tau ke tak Ibal ni dah release lagu.
Aku tau Ibal pernah join a few bands and penah join gig kat mana-mana ntah.
Aku kan yang cuci bontot dia dulu, of cos 'air tangan' aku ni dia kenang sampai bila-bila. Jadi apa yang dia buat mesti dia akan bagitau aku.
So last 2 weeks dia sms HotFM dah dengar lagu dia and mintak dia datang kat MediaPrima. Masa tu aku just hangguk hangguk je kepala.

Sabtu lepas tengah aku siapkan gubahan hantaran sepupu aku, Ibal sms 'Kak, lagu aku keluar HotFM jap lagi'.

Aku suruh dia sms aku balik if betul-betul on air.
Tapi henfon aku bateri out la pulak, so aku tak dapat mesej dari dia.
Sian adik aku, aku cuma dapat smsm dia 'Dah on air now', esok paginya.
Kesian kau kan.
Adik beria-ia nak akak dengar. Akak cam haram.

Interview dengan one of the member of the band.



Bukan Ibal yang nyanyi.
Ibal bassist je, dok tepi-tepi kat blakang.
Yang hensem-hensem je layak dok depan.

Tapi lagu and lirik Ibal buat cuma arrangement gitar dia pass kat kawan dia.

Semacam je lirik kau ni Bal..

Poisonous Remedy mintak jasa baik korang untuk LIKE FB Page diorang sebab dengan "LIKE" tu akan membolehkan diorang main at big event like Astro or Hitz. Klik link bawah ni :


Poisonous Remedy was formed early 2011 by two founding members of the band namely AYAM (bass and backing vocals) and DIN (drums). The idea of forming this band came across after AYAM and DIN’s former band which was called 6th in Line was disbanded. In searching for the lead vocalist of the band, DIN suggested a friend of him (RURU) to AYAM to become the front man of the band. Realizing the band was still in search of guitarists, RURU recommended KICAP, who happens to be his office mate to AYAM and DIN. After spending a couple of months jamming and writing songs, the line-up of the band was finally completed when SANI (a friend of KICAP) joined the band as a guitarist and keyboardist. This 5-piece band consists of passionate and ambitious music enthusiasts who come from various backgrounds and musical influences which very much contribute or influence the music style of Poisonous Remedy.

The name Poisonous Remedy was inspired by RURU and DIN. The significance behind the name is to convey the contrasting element in our lives, which is positive and negative. The word ‘poisonous’ symbolizes negative element while the word ‘Remedy’ represents positive element. The band intends to portray the positive and negative aspects, situation, experience, etc. in our lives through their songs whether through lyrics or the theme of a song.


Poisonous Remedy is a modern rock band with elements of 80's rock. As a band, we intend to explore our talents, spread our material to all music lovers and hopefully be able to create our own brand of modern rock in future

Anyone interested, for Booking/Contact Person/Press :

019 2699001 (Ayam)
012 2110228 (Din)
012 4419428 (Kicap)
013 3707160 (Ruru)
012 6082432 (Sani)

or email to poisonous.remedy@yahoo.com

AYAM


ANAK SEDARA AYAM



ANAK BURUNG


BURUNG TUA



BURUNG MERAK.

Ewahhhhhh.
Nak lawa ajeeee.

*objek yang difokuskan adelah shawl pemberian Najlah Ishak sebenarnya*

Tindih

Memang ada ke fenomena 'kena tindih' time tido?
Aku taknak jawapan 'kata orang tua-tua', aku nak jawapan dari segi saintifik.
Sebab kalau jawapan orang tua-tua memang banyak version dah aku dengar, yang aku tak pernah dengar adelah dari segi sains.

Dah lama dah sebenarnya aku nak tanya pasal fenomena 'kena tindih' ni.

Sabtu lepas aku tido siang, around 2pm macam tu.
Padahal mata aku dah terbukak, aku nampak En Wan tengah baca paper depan TV, Redza tengah melukis semua, tapi aku takleh nak gerak. Nak panggil diorang pun takleh.
Aku sebenarnya nak panggil En Wan, sebab orang tua-tua kata, kalau kita kena tindih time tido, kita kena bersentuhan dengan orang lain baru tindihan tu hilang.

Masa tu memang takleh nak gerak lansung.
Aku rasa dah berpeluh nak gerakkan badan. Tak lepas.
Lama gak la.
Tapi pelik gak, sebab time kena tindih tu aku nampak persekitaran aku, aku dengar suara Redza bercakap dengan bapak dia tapi dia punya bunyik tu macam lain.

Contoh kalau kau tanya 'Eh, apa benda tu?'

Time kena tindih tu aku dengar 'E e e ehhh, a a a pa pa pa ben ben ben da da da tuuuuuuuuuu'.

Ha, scary tak?
Scary tak?

Sacryyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

Macam suara yang di-matrix-kan.

Last-last aku boleh keluarkan suara aku.
Tu pun lemah gila 'Baaaaaaaaaaaaaaaang'.
(nada lemah adelah seperti baru lepas dibelasah oleh penjahat, bukan dibelasah oleh Ustaz Shauqi ye)


Seb baik En Wan dengar, dia toleh.
'Apesal?'

Yang aku ingat aku cakap 'Pegang Di bang'.

En Wan boleh pulak masa ni gelak.
Konon nak pulang paku buah keras kat aku la kan sebab aku mengata dia mengigau padahal aku yang mengigau.
Ngigau wakluuuuuuuuuu.
Aku berpeluh kena tindih ni dia leh gelak-gelak kat tepi aku.
Dalam hati aku time tu, kau siap laa. Aku boleh gerak kang, aku libas kau cukup-cukup!

Tapi pastu agaknya dia realized yang aku kena tindih, cepat-cepat dia gi kat aku and sentuh badan aku 'Di kena tindih ke?'

Terus aku tersedar, gila takuttttt sampai aku peluk dia kuat-kuat.
Drama kan?

Tapi takut okkkkk.

Sebab benda ni dah banyak kali aku kena, especially before kawen dulu.
Ada satu kali tu time tido, tetiba aku terjaga.
Katil aku tepi bilik air.
Masa aku terjaga tu, aku nampak kelibat lembaga hitam keluar dari bilik air and pastu terasa badan aku kena tindih. Tapi masa aku nampak lembaga tu keluar dari bilik air, aku tak takut lansung. Aku macam tau-tau je dia nak menindih aku, aku just cakap dalam hati 'Hmmm...ni pasni kena tindih la jawabnya'.

Tup tup kena tindih betul.

Memang zaman anak dara dulu, aku selalu kena tindih-tindih.
And yang pelik tu, everytime before kena tindih, mesti aku nampak macam ada bentuk lembaga. Then slowly je lembaga tu tindih aku. Tapi bila aku baca ayat Qursi dalam hati, sometimes tindihan tu hilang. Sometimes still rasa berat. Sebab tu aku rasa, fenomena kena tindih ni takde kena-mengena dengan hantu tindih kau. Mesti ada sangkut paut dengan sains.

Malam lepas kena tindih tu..

Aku : Bang, dah lama Di tak kena tindih, alih-alih kena balik.


En Wan : Biasa la tu.


Aku : Kenapa kena tindih? Hari-hari ngaji, berhantu jugak ke rumah ni?


En Wan : Benda ni ada kat mana-mana la Di, bukan dia mengacau kita pun. Dia pun nak duduk gak.

Aku : Pelik je kena tindih ni. Nak kata tak solat, Di tido lepas zohor. Ada wuduk lagi.


En Wan : Perasaan Di je tu kena tindih, padahal tak kena tindih pun.


Aku : Iyeeee!! Di kena tindih.

En Wan : Awak horny sebenarnya tu. Dah lama tak kena tindih ngan abang. Tu yang sampai terbawak-bawak ke tido. *gelak gelak gelak*

Gelak la kau sorang-sorang. Tak kuasa aku nak layan.

Whatever pun, aku rasa ni mesti ada sangkut paut dengan sains jugak. Bukan 'lembaga' semata-mata.

Ada sesape tau?

2011-10-03

Hey You!!!!



Jangan lupa janji kita untuk ke XPLAY, Kota Kinabalu

Date : 8 October 2011
Time : 7pm till late night
Venue : Bed Club, Kota Kinabalu



2. Check out the XPLAY app in the page
3. Choose the XPLAY location that you wish to party at (JB or KK…or BOTH!)
4. Register your details to get 1 FREE pass!
5. Print & show your e-mail confirmation at the entrance!


Settle!