2011-10-13

Kadang-kadang senyap tu lebih bagus untuk kesihatan

Aku kan sedaya upaya menyelami perasaan dan mentaliti orang-orang yang kurang kebolehan memahami teks. Sebab tu kadang-kadang ada komen kurang bijak masuk kat blog aku, samada aku publish and buat tak reti kasik can dia nak feeling bijak, ataupun aku delete je terus biar dia merempan sorang-sorang.
Tapi aku rasa, adelah menjadi tanggungjawab kita bersama (ada gaya Najib tak?) untuk memberi tunjukajar kepada orang yang lembab belajar.

Contohya begini ye anak-anak :

From: Unknown
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Wednesday, October 12, 2011 3:41 PM
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Dasar lemb.....

Unknown has left a new comment on your post "Dasar lemb....":

bodoh lak kau. Pos Laju tu bukan agensi kerajaan sepenuhnya. dia dah kira swasta jugak tu.... ko tu bangang nk pergi salahkan staff kerajaan dpt bonus buat apa.... apa mak ko dlu projek x baca doa ke?

Publish
Delete
Mark as spam


Moderate comments for this blog.

Posted by Unknown to walk on wings, tread in air at 3:41 PM


Ini adelah satu contoh komen yang bukan saje kurang bijak, malah secara totalnya memperlihatkan ciri-ciri kurang kasih-sayang dan dahagakan perhatian. Atas dasar simpati dan semangat 1 Malaysia, marilah kita mengupas dan menggali mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh si penghantar agar kita jadikan pengajaran supaya anak-anak warisan kita tidak menjadi sebahagian dari golongan yang bermasalah seperti ini.

Haaa...amacam?

Boleh jadi calon tak agak-agak?

Sebenarnya aku taknak panjang-panjangkan isu ni.
Walaupun dalam entry "Pos Laju" tu ada sorang dua yang komen pasal "Pos Laju bukan agensi kerajaan". Tapi aku buat tak reti and publish macam biasa sebab aku rasa benda tu secara terang-terang tak relevan lansung dengan apa yang aku blog-kan.

Tapi aku terpanggil utnuk mengomen komen yang kurang bijak ni sebab aku rasa kalau aku tak sound, sampai bila-bila pun budak ni jadi tak bijak. Kesian ok. Budak ni adelah antara contoh bahawa subsidi yang melampau akan menjadikan otak kita sengkak. Kesian mak bapak penat-penat cari duit nak bayar yuran skolah, tetap anak dia bangang. Apetah lagi kalau esok beberapa yuran di-free-kan, makin ramailah anak-anak yang akan take for granted.

Simple question dari aku : Tang mana aku ada sebut Pos Laju adelah agensi kerajaan?

Takpe.
Kalau malu nak jawab kat sini, jawab dalam hati pun boleh.


p/s : lain kali jangan nak membangangkan orang kalau diri sendiri tak cukup bijak. Tak pasal satu Malaysia tau mak siapa sebenarnya yang tak baca doa sebelum buat projek.