walk on wings, tread in air: Terjah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Terjah
2011-10-06
Iskkk, mak aku ni memang tau, suka buat misi terjah kat sampah-sarap aku.

Kelmarin, aku gi shopping bra and panties.
On the way balik ke rumah, dalam kereta, aku ajak En Wan gi tempah wardrobe tambahan sebab baju-baju and laci spender aku tak muat dah.
En Wan kata aku kena buang sikit baju and spender-spender ni semua.

Malam tu aku pun bersemangat la nak susun spender and bra baru.
Lumrah dapat benda baru kan, dan-dan la semua bra and spender dalam laci tu tak boleh pakai lagi. Sedap je aku campakkan semua dalam satu plastik. Ada la kot dalam 15 bra and more than 20 helai spender aku buang. But since spring cleaning tu aku buat tengah-tengah malam buta, so plastik sampah tu aku letak dalam bilik dulu. Aku kan penakut nak turun bawah sorang-sorang, padahal bibik tu ada je tido kat bilik bawah.

Esok paginya aku terlupa nak turunkan sampah bra and spender.
Sepanjang hari aku cuak je memikir jangan lah orang kat rumah ni selongkar apa ada dalam plastik tu sebab bungkusan tu besar sangat. Tambahan bila orang pegang plastik sampah tu ada tasa macam kain-kain, memang trigger nak suruh bukak je la kan.

Petang tu, tengah duduk-duduk kat dapur, bibik tanya :

Bibik : Madam, tadi plastik di bilik Madam tu mau dibuang?


Aku : Ha'ah, bik. Saya lupa nak bawak turun pagi tadi. Bibik dah buangkan?


Bibik : Udah madam. Tapi saya buka. Baju-baju yang masih boleh dipakei tu saya ambil boleh?


Aku : Boleh pakai lagi ke, bik? Kalau bibik nak ambik, ambik lah.

Bibik : Tadi, emak yang bukak, pas emak tanya apa baju-bajunya mau dibuang. Lantas saya pilih mana yang masih elok, saya ambil.


Aku : Ha?? Mak bukak plastik tu? Dia tengok ke apa ada kat dalam?


Bibik : Iya.


Ok.

Mari gelabah skarang.

Tak sempat aku nak start gelabah, mak masuk dapur :


Mak : Diana, bakpe Diana buang baju-baju dalam tu semer?


Aku : Dah takleh pakai dah tu, Mak. Diana beli baru semalam. Tu yang buang baju dalam lama-lama tu.


Mak : Doh, kain hok kecik-kecik tu amende? Suar dalang (dalam) ke?


Pitam.


Aku : Ha'ah mak (sambil toleh tempat lain buat-buat kebas habuk kat kaki)


Mak : Doh bakpe pelik sangat? Pakai kot mana? Mok pusing-pusing dok reti masuk kot mana.


Allah kassimmmmmmmmmmmmmmmmmmm!
Sumpah nak pitam.


Mak : Bakpe bontot dia tak tutup?


Ok. Nak mati.
posted by aveo757 @ 1:20 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER