walk on wings, tread in air: Boleh try kalau nak.. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Boleh try kalau nak..
2011-10-20
Ok yang ni bukan iklan, tapi something yang aku rasa nak share kat korang yang belum tau. Yang tau tu tau la. Yang belum tau maybe korang interested nak try.


Semalam aku benti solat kat Masjid Sepang.
Masa tengah cuci-cuci muka kat bilik wuduk tu ada sorang kakak ni tegur kenapa pipi aku tak berbelak. Selalunya kalau pakai tudung ni ada berbelak sikit kat pipi.
Tapi masa tu dah 3.30pm, gila kau nak bersembang?
Aku ni pulak kalau dah start bersembang, memang takde sekejap-sekejap punya.
Kau dah la benti kat masjid kan?
Takkan nak Zohor time orang berbondong masuk nak solat Asar.
So, aku malas nak layan dia bersembang aku just cakap 'Saya baru je minggu lepas start bertudung, Kak' (dah ada dalam masjid pun nak menipu lagi).

Akak tu angguk.

Settle.

Tapi ni aku nak bagitau rahsia kenapa tak berbelak (or mungkin dia berbelak tapi akak tu tak perasan sebab muka aku celah mana la yang putih, semua itam. Kahhh!)

Rahsianya adelah Turnaround Instant Facial (nombor 2 dari kiri).
Actually itu mask dia, sebenarnya kau kena pakai essence dia (gamba kat bawah ni), tapi serum aku tertinggal kat opis lak.


Yang pertama dari kiri tu concentrate dia. Aku just pakai yang concentrate and mask.
Kalau kau rasa nak bagi kulit body kau jadi satu ton je, pakai la yang tengah tu.
Aku tak kuasa.

Aku dah pakai Turnaround ni 4 tahun, mula-mula aku tak paham apa fungsi dia.
Or maybe sales tu ada explain tapi aku kan blur sikit, pulak tu aku first time try Clinique, so aku percaya kat sales tu. Kau suggest la apa yang ok untuk aku.
Mula-mula kelat je la muka time nak bayar, tapi after guna 4-5 bulan macam tu (concentrate ni tahan at least 8 bulan sebab dia sangat concentrate jadi kau pakai sikitttttt je) aku dapat rasa warna kulit muka aku sekata hitamnya. Eh.
Tak..tak. Muka kau jadi macam satu ton je kaler dia.

Mask dia lagiiiiiiiiii la aku suka.
And korang pun mesti suka.
Mask dia tak menjadikan muka korang keras.
Kau still boleh bercakap macam biasa.
Time nak basuh tu, kau apply air sikit kat tangan and gosok-gosokkan muka sebab mask tu ada granule. Kira dia macam mask cum scrub.
Dah save dah duit aku takyah beli scrub.

Tapi kalau korang yang belum try, and nak try Turnaroud range ni, start with Turnaround Concentrate dulu.

Lagi satu aku suka is Shu Eumura White Recovery Ex+ . Aku ni manjang je nak pakai yang white tapiiiiiiiiiiiiii??
Takpela, usaha tangga kejayaan.

Shu Eumura White Recovery Ex+ ni makeup remover sebenarnya (gamba atas paling kiri) tapi dia boleh jadi facial wash sekali.
Kekdahnya, masa nak remove makeup tu, muka and tapak tangan biar kering.
Kau pump 2 kali, and terus apply kat muka. Disebabkan dia oil-based, so makeup akan tanggal. Agak-agak dah puas hati mekap dah hilang, letak air sikit.
Masa ni la ke'heaven'nan berlaku.
The moment kau apply air je, terus ada buih.
Kira masa ni dia dah transform jadi cleanser.
Jimat kan duit aku?
Takyah beli dua benda asing. Satu je cukup.
Kekdah ni sesuai untuk orang macam aku yang kedekut tapi at the same time berangan nak pakai barang mahal.

Dia ada a few range, cuma aku kan obses dengan produk pemutihan.
Biasa la, orang tak pernah jadi putih memang gelabah sikit kalau jumpa perkataan 'brigtening'.


Ni la yang aku suka sangat masuk Shu Eumura sebab skin care dia semua berkaler-kaler. 

Dulu time kecik disebabkan banyak tengok kartun la maka aku rasa teruja nak jadi saintis (cita-cita tak pernah tak gempak) sebab kalau kat kartun tu selalu dia gambarkan lab tu adelah satu tempat yang best dan ceria sebab penuh dengan warna warni, like this :

Ada persamaan kan?

Dua produk yang terakhir tu (gamba atas sekali) adelah best selling product dari Shu Eumura. Rasanya aku pernah cerita pasal UV under base mousse ni dulu. Aku pun baru je try produck ni and ternyata best!
Selama ni aku tak pernah pakai foundation, tak pernah pakai UV block. Concealer apetah lagi.
Sebab aku rasa leceh la, muka aku jadi berat dengan macam-macam benda ditepek.
But this under base sangatttttt light.
Muka kau tak berat and tak tend to berlengas.
Dua botol terakhir tu sebenarnya benda yang sama, cuma yang botol ada bunga sakura tu limited edition.

Limited edition Under Base datang dengan 3 design.


Limited edition Cleansing Oil.

Disebabkan Cleansing Oil ni botol dia colourful, so aku berazam (cuba la carik azam yang tak perabiskan duit, Diana!) nak kumpul semua jenis Cleansing Oil semata-mata nak guna balik botol dia.

Aku memang suka men-trasnform-kan sesuatu menjadi bahan yang lebih praktikal dan yang penting cantik lagi menjimatkan. Maklomlah, kecik-kecik dulu berangan nak jadi MacGyver. Dulu aku takde bahan nak ubahsuai. Mak Aji marah simpan-simpan sampai dalam rumah. Ni dah ada rumah sendiri, memang sedap je la aku mengasah kreativiti.

Contohnya ini :


Ini adelah Air Freshner.
Tapi sebab ianya cantik (boleh la...) dan plastik (senang untuk aku baling time amukan dengan En Wan), maka skarang ianya telah menjadi "fabric spray" sewaktu menggosok baju.

N siram pokok-pokok kaktus dalam pasu pun boleh. Takde hal.

Tapi selalunya aku jadikan bendalah ni nak spray En Wan time nak bangun sahur.
Kejut tak jalan.
Alarm sekuat-kuat ada tak jalan.
Penyudahnya amik kau. Pssssssssssssssssssssssssssssssstttttt!

Terus bangun.
Senang kan keje aku?
Tak payah terjerit-jerit nak kejutkan dia.

Tapi aku sembur tang jauh la.
Gila kau nak sembur dekat-dekat, sekali dia bersilat, terus tertangkup aku bawah katil.
posted by aveo757 @ 10:54 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER