walk on wings, tread in air: Tindih <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Tindih
2011-10-04
Memang ada ke fenomena 'kena tindih' time tido?
Aku taknak jawapan 'kata orang tua-tua', aku nak jawapan dari segi saintifik.
Sebab kalau jawapan orang tua-tua memang banyak version dah aku dengar, yang aku tak pernah dengar adelah dari segi sains.

Dah lama dah sebenarnya aku nak tanya pasal fenomena 'kena tindih' ni.

Sabtu lepas aku tido siang, around 2pm macam tu.
Padahal mata aku dah terbukak, aku nampak En Wan tengah baca paper depan TV, Redza tengah melukis semua, tapi aku takleh nak gerak. Nak panggil diorang pun takleh.
Aku sebenarnya nak panggil En Wan, sebab orang tua-tua kata, kalau kita kena tindih time tido, kita kena bersentuhan dengan orang lain baru tindihan tu hilang.

Masa tu memang takleh nak gerak lansung.
Aku rasa dah berpeluh nak gerakkan badan. Tak lepas.
Lama gak la.
Tapi pelik gak, sebab time kena tindih tu aku nampak persekitaran aku, aku dengar suara Redza bercakap dengan bapak dia tapi dia punya bunyik tu macam lain.

Contoh kalau kau tanya 'Eh, apa benda tu?'

Time kena tindih tu aku dengar 'E e e ehhh, a a a pa pa pa ben ben ben da da da tuuuuuuuuuu'.

Ha, scary tak?
Scary tak?

Sacryyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

Macam suara yang di-matrix-kan.

Last-last aku boleh keluarkan suara aku.
Tu pun lemah gila 'Baaaaaaaaaaaaaaaang'.
(nada lemah adelah seperti baru lepas dibelasah oleh penjahat, bukan dibelasah oleh Ustaz Shauqi ye)


Seb baik En Wan dengar, dia toleh.
'Apesal?'

Yang aku ingat aku cakap 'Pegang Di bang'.

En Wan boleh pulak masa ni gelak.
Konon nak pulang paku buah keras kat aku la kan sebab aku mengata dia mengigau padahal aku yang mengigau.
Ngigau wakluuuuuuuuuu.
Aku berpeluh kena tindih ni dia leh gelak-gelak kat tepi aku.
Dalam hati aku time tu, kau siap laa. Aku boleh gerak kang, aku libas kau cukup-cukup!

Tapi pastu agaknya dia realized yang aku kena tindih, cepat-cepat dia gi kat aku and sentuh badan aku 'Di kena tindih ke?'

Terus aku tersedar, gila takuttttt sampai aku peluk dia kuat-kuat.
Drama kan?

Tapi takut okkkkk.

Sebab benda ni dah banyak kali aku kena, especially before kawen dulu.
Ada satu kali tu time tido, tetiba aku terjaga.
Katil aku tepi bilik air.
Masa aku terjaga tu, aku nampak kelibat lembaga hitam keluar dari bilik air and pastu terasa badan aku kena tindih. Tapi masa aku nampak lembaga tu keluar dari bilik air, aku tak takut lansung. Aku macam tau-tau je dia nak menindih aku, aku just cakap dalam hati 'Hmmm...ni pasni kena tindih la jawabnya'.

Tup tup kena tindih betul.

Memang zaman anak dara dulu, aku selalu kena tindih-tindih.
And yang pelik tu, everytime before kena tindih, mesti aku nampak macam ada bentuk lembaga. Then slowly je lembaga tu tindih aku. Tapi bila aku baca ayat Qursi dalam hati, sometimes tindihan tu hilang. Sometimes still rasa berat. Sebab tu aku rasa, fenomena kena tindih ni takde kena-mengena dengan hantu tindih kau. Mesti ada sangkut paut dengan sains.

Malam lepas kena tindih tu..

Aku : Bang, dah lama Di tak kena tindih, alih-alih kena balik.


En Wan : Biasa la tu.


Aku : Kenapa kena tindih? Hari-hari ngaji, berhantu jugak ke rumah ni?


En Wan : Benda ni ada kat mana-mana la Di, bukan dia mengacau kita pun. Dia pun nak duduk gak.

Aku : Pelik je kena tindih ni. Nak kata tak solat, Di tido lepas zohor. Ada wuduk lagi.


En Wan : Perasaan Di je tu kena tindih, padahal tak kena tindih pun.


Aku : Iyeeee!! Di kena tindih.

En Wan : Awak horny sebenarnya tu. Dah lama tak kena tindih ngan abang. Tu yang sampai terbawak-bawak ke tido. *gelak gelak gelak*

Gelak la kau sorang-sorang. Tak kuasa aku nak layan.

Whatever pun, aku rasa ni mesti ada sangkut paut dengan sains jugak. Bukan 'lembaga' semata-mata.

Ada sesape tau?
posted by aveo757 @ 10:52 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER