2011-10-20

Tension lagi

Last Friday aku stress gila babi dengan satu keje aku.
Aku kan mana boleh terkehel sikit, konfem sawan aku sampai.
Jadinya last week, aku menyawan nak shopping perfume pulak.
Sebelum tu aku dah browse-browse page Coach, tapi bila pikir balik penderitaan yang bakal aku tempuhi bila beg tu sampai nanti, so aku switch sawan aku ke perfume pulak.

Aku pernah beli 3 perfumes kat PERFUME RACK (side bar aku) a few months back.
Tapi masa ni bukan sawan.
Masa tu gatal tangan. Takde benda nak buat pi klik sana, pi klik sini.

Yang Friday lepas ni memang penyakit aku sampai.
Aku beli 7 perfumes, tapi sebijik YSL Babydoll bagi kat adik aku, Ima.
Lagi 6 aku punya.
Mula-mula nak punyakan terus enam-enam bijik tu, tapi kalau aku beli enam untuk aku sorang memang mampus la jawabnya En Wan mandikan aku dengan perfume tu semua.

Atas dasar nak jek jek laki sendiri, jadi aku beli 3 je untuk aku, lagi 3 aku surprisekan (sangatttttttt lah) dia. Lagipun aku tengok perfume dia dah nak habis. Saje je dia tonggang-tonggangkan perfume depan muka aku, nak hint-hint la tu.


Aku beli kat Shah Fragrance.
Type je nama tu kat FB, korang akan jumpa.
Reader blog ni, ERINE NORDIN yang recommend.
Walaupun ada yang nasihatkan supaya jangan beli online sebab nanti kena tipu tapi maybe aku ni jenis percaya pada tagline "we sell aunthentic..", so aku beli jugak.
Pada aku senang je, kau jual, aku beli.
Kalau kau jujur, semua yang baik bukan dapat pada aku pun, tapi akan dapat balik pada kau.
Sama jugak kalau kau tak jujur. Yang buruk bukan dapat kat aku, tapi akan patah balik kat kau jugak.
Betul tak?

Alhamdulillah, aku beli beg and perfume secara online, semua lulus.
Puas hati.

Perfume-perfume ni semua ada ceritanya.

Acqua Di Gio tu sebenarnya lama dah aku nak beli sebab aku rasa perfume ni unisex (ke memang unisex?). Tapi botol dia tak cantik sebab tu aku pikir doplohpat kali nak beli ke tak. Aku ni pelik sikit kalau beli perfume. Aku akan tengok botol dulu, baru test bau. Sebab pada pendapat aku la kan, apa-apa barang yang kau beli, kalau depan mata kau dilambakkan dengan seratus pilihan, mesti rambang mata and end up kau beli yang salah. Balik rumah sesal, apesal la tak beli yang tadi. Tak tau la orang lain, tapi yang tu selalu jadi kat aku.

Perfume mesti wangi punya.
Tak kira la kurang wangi, kuat sangat wangi, tak berapa nak wangi, the WANGI word mesti ada kan?
Takkan ada perfume yang TAK WANGI.
Yang ada cuma TENGIK sebab terlampau wangi.
Tapi yang pastinya perfume tak pernah busuk. Cuma kita yang kurang berkenan dengan bau dia.

Disebabkan itu, aku kalau beli perfume pilih botol.
Cantik ke tak, gojes ke tak. Sebab lepas tu aku nak simpan, kumpul-kumpul jual kat keling botol (no offense).

Tapi Acqua tu unisex kan, so sesekali aku spray la kat aku pulak.

JPG Le Male tu aku beli sebab nak suitkan dengan JPG Classic Femme and Classic Charm aku. Tu je pun cerita dia.

Versace Blue Jeans tu adelah perfume pertama aku belikan untuk En Wan sempena our 2nd met. Kitorang kan 3 kali jumpa je terus kawen. I mean bukanlah 3 kali je jumpa terus nak kawen. Gatal sangat tu. Man man la kot ye pun berjauhan.

2nd met tu maksudnya, 2nd time dia balik Malaysia lepas bercouple dengan aku.
Masa 1st met, aku tak hadiahkan apa-apa sebab nak test dulu.
Kalau boleh dibuat laki baru boleh plan nak belikan hadiah in future. Kang kalau aku dah sakan bershopping untuk dia alih-alih dia cam cibai, tak ke sia-sia je duit aku?

Ye, aku sangat berkira okkk.
Kau ingat aku beli hadiah tu semua pakai duit apa?
Duit MARA okkk. Kena bayar balik!
So kalau nak spend tu biar berbaloi.

So 2nd met tu aku belikan dia Versace Blue Jeans, long sleeve kemeja South China Sea and T shirt BUM.
Masa ni menggigil nak keluarkan duit.
Padahal aku sendiri takde perfume.
Tapi takpe. Kena impress okkk, impress.

Sekali member datang jumpa aku bawak kepok lekor ngan candy Jepun je.
Chaittttt!

Takpe, cinta sejati.

Semalam, bila aku susun semua perfume kat bilik, atas meja, with a note :

HAPPY BELATED BIRTHDAY, ABANG.
JPG tu Di beli sebab nak suitkan dengan JPG Di.
Acqua tu sebab abang boleh pakai malam, light and fresh (padahal aku yang nak paw sekali)
Versace Blue Jeans...ingat tak our 2nd met?

Dia baca pastu 'eiiii eiiiii apa ni apa niiii?? Geliiii la! Jiwang la Di ni!'

Cipetis.