2011-10-24

Cuti gamble namanya


Jumaat baru-baru ni aku, En Wan and Redza bangun pagi macam hari-hari biasa, siap-siap nak pergi keje. Tapi aku memang dah plan taknak gi opis, nak work from home je, sebab aku bangun kul 6am, so tak sempat nak masak for lunch orang-orang kat rumah. Jadi aku plan buat keje dari rumah je so that aku leh masak around 11am macam tu (gigih nak explain biar semoorang tau aku isteri mithali).

Kebetulan Redza dah habis exam, pulak tu pagi tu dia dedar-dedar sikit badan, so aku cakap takyah gi skolah la. Tetiba En Wan ajak gi bfast sama-sama. Aku on je. Lagi aku suka.

Eh, tetiba lepas bfast dia cakap 'Nak cuti la. Stress'.

Stress apa ntah.
Stress tengok aku melepak kat rumah kot.
Dengki.
Haha.

Dah dia nak cuti tu aku pun cucuk la 'Jom jalan-jalan nak?'

Aku ni nak ajak window shopping je, sekali dia 'Cameron nak?'

Amboiiii.
Lajaknya kau pikir.
Aku tak terpikir lansung nak keluar dari Subang.
Ingatkan nak ajak gi Subang Parade je.

Terus suruh mak ngan bibik siap-siap, zas zas zas...jalan.

Dah half of the way, baru la En Wan cakap kenapa dia ke Cameron.
Rupanya nak celebrate 10 tahun wedding anniversary.
Sebenarnya bulan 5 hari tu, tapi masa tu masing-masing busy.
Aku memang tak terfikir lansung nak ke Cameron lagi apetah lagi nak celebrate anniversarry kat sini sebab aku dok bayangkan nak feeling-feeling Jun Sang kat Korea. But since tahun ni ada Rayyan, tak sanggup aku nak berangkut baby ke oversea. Cukup la pengalaman bawak Redza gi Bali masa dia umur 3 tahun dulu. Pun dah bersilat aku kat plane.

10 tahun lepas maklom la, gatal nak kawen cepat.
Cuma kumpul duit nak lepaskan kawen je.
Tak terfikir lansung nak pi honeymoon ke apa.
En Wan lagi la.
Kawen ngan aku bulan pertama dia start keje. Mana nak ada saving segala.
Jadi honeymoon pun kat Cameron je la.


 10 tahun dulu .... 
Rambut asal pagi je basah. Hahahah.
(tapi aku padamkan gamba rambut)


Dulu kitorang honeymoon kat Equatorial Hotel.
En Wan kata nak bawak aku duduk kat hotel paling tinggi kat Malaysia.
Tak tau la betul ke tak. Aku percayakan aje la..


 Tinggal kenangan je la WJD757 ni... Ntah mana pegi kereta ni.

Punca aku taknak ke Cameron adelah sebab tak sanggup nak menanggung azab jalan zigzag.
First time pegi dulu aku dah muntah-muntah.
Second time ni dah mabuk-mabuk tapi berjaya kontrol.
Bibik aku muntah 2 kali.
Seb baik Redza ngan Rayyan tak apa-apa.

Rasa apesalla percutian yang menyeksakan macam ni yang kau pilih En Wan???
Dah la jalan dia kecik gila. Yang si lori ngan bus makan jalan banyak pastu nak hon-hon kita suruh ke tepi. Lancau.
Terpekik-pekik aku kat dalam keta.
Pastu banyak gila kawasan bukit terhakis. Cuak je aku.
Tak pasal kena timbus.


Stop pekena teh sembelit kat Bharat Tea. 
En Wan ajak aku turun ke bawah ambik gamba kat kebun teh.
Malas.
Dah la aku mabuk-mabuk ni.

Tapi nasib baik aku tak ikut dia tuurn bawah.
Dia kata elok je dia nak snap gamba aku dari bawah, bateri kamera habis.
Seb baik kauuuuu.
Kalau tak, amukan aku kat bawah tu.
Kau pikul aku naik atas balik.


Alhamdulillah budak ni tak buat masalah sepanjang kat sana.
Dalam kereta pun ok je.
Sedap je terlepek kat dada aku.


Rayyan ni aku rasa terkenan perangai camwhore aku la.
Sepanjang aku mengandung aku cukup suka bergamba.
So dia mesra kamera.
Pantang aku halakan kamera or henfon mesti dia senyum.
Sometimes kalau dia duduk depan aku, and kebetulan aku tengan BBM depan dia ke apa, tau-tau dia tegak depan henfon aku sambil senyum. Dia ingat aku tengah snap gamba dia. Kesian anak aku, terpedaya.


Jadik je aku kan?
Toilet pun belasahhhhhh.


Aku rasa Bharat Tea ni membunuh.
Aku pi Cameron hari Jumaat, baru pagi tadi (Ahad) aku berak ok.
Tu pun separuh nyawa aku meneran.
Bahabi betul.
Pantek punya pekat teh dia.



Kali ni kitorang stay kat Century Pine Resort, Duplex Suite.
Aku ngan En Wan dok atas, yang lain dok bawah.
Kata honeymoon kan, harus ambik duplex jadi orang lain tak dengar bunyik bising kat atas.
Wakakakkaa.
Ok tak kelakar.

Ok hotel dia.
Selesa la sebab ada kitchenette, 2 bilik air, 1 superking bed, 1 sofa bed and aku ambik extra bed sebijik lagi.



Duplex suite tingkat atas sekali, tapi the room kat loteng.
Jangan risau, tangga tu berpintu.
So ada privacy.

Katil dia sebenarnya boleh muat 4 dewasa.
Disebabkan hanya 2 dewasa je yang tido kat situ malam tu maka aksi boleh dipelbagaikan.


Kitorang sampai Jumaat, so parking lot kat depan lobby bersepah kosong.
Rasa best je sunyi.
Tapi esoknya dah penuh dah sampai kena park kat basement. 


Lepas Zohor, keluar. 
Kalau berjalan ngan En Wan jangan harap kau nak melepak dalam bilik.
Dia tak kasik chan punya.
Memang kena paksa keluar berjalan punya.


Ni aku snap kat cafe kat kedai souvenir.
Tak reti aku nak makan roti with buah-buah fresh seketul-seketul macam ni.


Beria-ria aku explain. Macamkan aku yang jual kaktus tu kan?


Aku memang takde la nak belek-belek pokok.
Tak panjang umur pokok-pokok ni kalau kat tangan aku.


Dia ni memang cukup rajin bawak balik 'sampah' masuk kawasan rumah.
Kalau beli pokok memang keje dia.
Tapi sampai situ je la.
Beli je lebih.
Pastu mati pokok tu dia kejekan tak berjaga.


Beli kaktus takpe.
Memang sesuai orang pemalas bela kaktus.


Lepas tu gi petik strawberry.
Dulu duduk sebelah Equatorial tak sempat nak petik strawberry padahal ladang tu kat sebelah je.
Maklom la, masa tu busy di ladang yang lain. Eh.


Satu lagi yang aku takkan buat.

Petik buah strawberry!!!
Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Sebabnya adelahhhhhhhhhhh......curam gila ladang dia.
Aku memang lemah la bab tinggi-tinggi ni.
Gayat.
Lagipun aku tak makan starwberry. Kau tak makan strawberry tapi glabah nak petik??


Masuk ladang ni kena bayar RM10 sorang.
Setiap dua orang akan dapat satu tray.
Tapi before keluar dia timbang strawberry kau.
Kalau strawberry kau harga dia lebih dari RM20, kau kena tambah amount yang lebih tu.
Macam hari tu kitorang 4 dewasa, so RM40.
Total 2 tray strawberry RM53, so tambah another RM13 (terer tak aku ajar korang matematik?)


Redza pendek, jadi dia gunakan kelebihan yang dia ada untuk petik strawberry belah bawah.
Jangan tak tau, yang terjuntai-juntai belah bawah ni lagi besar-besar and merah-merah strawberry dia.


Kau tak nampak gila steep tu??
Merangkak aku nak turun sampai En Wan snap gamba ni buat bahan nak gelak.


Hasil strawberry dari tray aku :)


Objek yang dofokuskan bukanlah bontot perempuan itu.


Macam En Wan landing kat ketiak bangla tu kan?



Nasib baik terpandangkan restoran seafood ni.
Padahal restoran ni belah-belah belakang, tapi rezeki kitorang agaknya terpandangkan restoran ni.
Kalau tak memang KFC je la jawabnya.
The food ok, sedap, cepat.
Aku ratah kerang sampai 2 piring.
Ikan memang garing gilaaaaaa!!!!


Akan tetapi......malam itu Redza and Rayyan telan menceroboh ke bilik kitorang.
Game over serta merta.


Pemandangan dari balcony bilik, before check out.
Kitorang check out pagi sebab nak pi beli sayur, pastu nak rush balik sebab Redza ada art class pukul 4pm.


Betul-betul macam mak nenek aku skarang dengan baju gedobos-gedobos ni kan?


Redza cukup marah kalau aku sikatkan rambut dia macam ni. Dia kata muka dia macam 'kesian'.
Ewahhhhhh, punai baru sejemput dah pandai nak bergaya.
Aku tak kira!
Aku sikatkan macam ni jugak.
Bila lagi nak tengok dia dengan rambut macam ni?
Esok dah besar sikit dah takde dah nak sikat leper-leper macam ni.
So biar la aku abadikan gamba dia berambut leper ni kat sini.


Adik baru nak tumbuh gigi.
Abang baru nak hilang gigi.


Pemandangan hotel waktu pagi. Cantik kan? Seb baik takde salji.
Kalau tak mesti aku leh menipu korang aku gi Switzerland.


Masa untuk memborong sayur.
Gila la okkk RM10 untuk sepuluh ikat sayur!
Mana nak dapat kat sini?
Aku beli sayur sampai RM34!
Kira berapa ikat sayur ada dalam fridge aku skarang.



Dulu masa honeymoon masing-masing mana ada duit.
Memang pegi untuk cukup-cukup bayar duit hotel, minyak and makan je. So nak beli bunga-bunga ni semua memang tak dapat la. 
Aku ingat lagi En Wan dulu suruh aku bila bunga tapi aku tau dia takde duit, so aku tak beli.
Bila lalu balik depan-depan bunga ni rasa sedih je tetiba.


Tau-tau, dia bungkus kan bunga feveret aku 10 batang sempena 10 years of marriage.


On the way turun, sampai 3 kali la benti kat gerai-gerai orang asli ni. Beli madu la, beli rebung la, beli petai la.

Bukan aku makan pun tapi bibik and mak nak makan.
Tadi dorang berlumba-lumba memasak semua ni, aku pun redha je la terpaksa makan. Kang tak makan mak aku kata apa pulak.
Series kembang la tekak aku m akan petai ngan rebung ni.
Kalau dalam keadaan yang betul-betul darurat saje aku akan sentuh dua benda ni.
Selagi boleh berpuasa aku akan berpuasa.
Over tak aku?

Aku kira ok la, tak suka- tak suka pun, habis gak 4 biji petai walaupun bijik yang pertama je aku kunyah, yang lain semua aku main telan je.
Gila hancing sialllllllllllllll.
Seb baik toilet aku ada air freshner.
Tak sanggup aku nak bau kencing sendiri.
Hancing pering!


Singgah jap kat Lata Iskandar saje nak hilangan mabuk jap.
Sempat la aku rembat tudung saji ngan apa benda ntah yang gantung kat balkoni kena angin berbunyi-bunyi tu. Yang dari buluh tu.

Nak sampaikan ke Tapah gila azab aku kat dalam kereta.
Dah la shopping tak hingat. Dengan pokok hutan, dengan pokok pudina, kaktus, sayur sampai lebih 20 macam, belum dengan mainan Redza, tudung saji segala. Macam peghak sangat gayanya semua benda nak angkut bawak balik KL.


Elok je masuk PLUS.....

Tayar pancit.

Biasa la kan, "racer" kalau bawak kereta memang macam ni.
Semua benda dia langgar.
Tapi sebab dia yang bersalah jadi telan airliur sendiri je la.
Cuba kalau aku yang pecahkan tayar tu?
Sampai raya haji tahun depan dok ungkit lagi.

Tapi Tuhan tu nak tolong.
Elok je kitorang pull over, brader PLUS ni lalu.
Dia tolong tukarkan.


 
Terima kasih la bang sebab tolong tukarkan.
Abang takyah la susah-susah bagi map kat laki saya ni workshop yang terdekat untuk tukar tayar. Dia memang tak makan saman punya orang.
Takde de dia nak benti tukar tayar kat mana-mana workshop.
Konfiden je bawak sampai rumah.
Kalau la terbocor lagi sekali, mana lagi tayar kau nak bawak keluar?
Tapi sebab dah rasa bersalah, sepanjang-panjang perjalanan balik bawak 100 je.
Tau lak berhemah.