2020-02-11

Majlis belum habis


Cuti Thaipusam baru-baru ni ramai juga yang buat kenduri kawen, kan?
Termasuklah salah sorang blog reader aku. Tapi bukan dia yang kawen, adik dia.
Ada cerita tak best semasa majlis kawen tu.
Cerita tentang majlis belum habis tapi tetamu dah tapau makanan.
Kejadian menapau makanan tuan rumah memang cerita-cerita yang biasa kita dengar.
Jangankan kenduri kawen, kat open house raya pun ada yang sardin je muka mintak plastik kat tuan rumah nak menapau makanan padahal majlis tak habis lagi.

Aku cukup anti orang macam ni.
Kalau tuan rumah pelawa lain cerita, ini tak.
Dia pulak tak segan-segan buka mulut nak membungkus makanan.
Sikit tak tanya kita boleh ke tak, dia terus bagi statement je mintak plastik nak bungkus makanan.
Yang kita ni terkebil-kebil nak respond.
Karang kalau kata tak boleh, sentap pulak.
Tapi kalau allow, akan berjangkit-jangkit dengan orang lain sama.

Ini memang dah pernah terjadi ya.
Bila kita [aku] kata majlis tak habis lagi, jemputan ramai yang belum datang, berubah terus muka dia.
Tak lama lepas tu mula dah dengar cerita tak sedap pasal aku orang dok menjaja.
The thing is, you think I care?
Kalau berani keluar statement berani mati, lain kali biar berani dengar jawapan balas aku.
Kalau tak berapa cekal nak dengar, lain kali lepas makan terus balik.

Kadang aku tak faham orang-orang macam ni memang takde common sense ke dalam hidup dorang.
Kau tak nampak ke tetamu tengah ramai, majlis tak habis lagi, tuan rumah entah dah makan ke belum, sibuk pulak dia nak membungkus makanan.
Orang yang tak faham akan kata kita tak ikhlas, berkira, kedekut.
Aku tak tahulah celah mana lagi yang kita tak ikhlas.
Dah sediakan makanan banyak, jemput dia datang, layan dia baik - bila tak kasi membungkus kita pulak yang dikatanya.
Memang masa bapak kau tanam uri kau dulu tertanam otak sekali ke apa.

Ini bukan soal ikhlas tak ikhlas tapi perangai tu.
Datang rumah orang, perangai buruk tu biar simpan kat rumah ya.
Yang kena bawak is common sense.
Ni tak, tebiat buruk tu angkut sekali, tapi common sense tinggal.

Common sense, please.
Datang rumah kita pun setahun tak sekali.
Datang pun time open house, kalau tak buat open house, haram nak nampak batang hidung.
Tapi bila sesekali datang buat macam dia ada share dengan majlis kita.
Pikirlah sikit, tuan rumah buat majlis semua tu dah ada dalam budget.
Kalau budget tuan rumah 1000 orang, dah kalau semua pakat-pakat membungkus, lari budget tuan rumah gini.
Kalau kenduri yang besar macam majlis kawen, kurang-kurang ada 30 orang perangai gini.

Pernah jadi disalah satu majlis open house aku, aku ada buat menu mee bandung.
Memang sedap mee bandung tu.
Majlis start 12pm. pukul 3pm mee kuning dah habis.
Walaupun majlis aku habis pukul 5pm, makanan lain masih banyak.
Mee bandung memang habis awal. Lojiklah, majlis dah berlansung 3 jam dah kot.
Ada Hamba Allah ni tunggu mee kuning, so cousin aku bagitau mee kuning dah habis.
Dia cakap "Ala, baru nak tambah. Sedap sangat. Cuba tanya orang dalam".

Cousin aku masuk dalam jumpa aku, kebetulan aku ada kat dapur.
Aku bagitau mee kuning semua dah habis keluarkan, memang takde dah jadi aku mintak cousin aku bawak masuk kuah mee bandung.
Cousin aku pun bawak masuk sambil menitipkan pesanan "Kak Diana, orang tu nak mintak bungkus sikit kuah".

Aku keluar nak tengok mana satu orangnya.
Serious, tak kenal. Bukan jemputan aku. Maybe jemputan En Wan,
Aku tanya "Ni ke yang mintak bungkus kuah mee? Sorry sangat-sangat mee dah habis. Lagipun ramai kat dapur yang belum rasa lagi kuah tu".
Aku cuba sampaikan dengan sehabis polite. Aku yakin dah cukup polite dah tu.
Sebenarnya boleh je kalau aku nak bungkuskan sikit tapi aku saja nak ajar dengan harapan dia boleh berfikir balik wajar ke tak permintaan dia tu.
Kadang-kadang ada orang tak perasan perangai dia kurang manis, hanya bila ditegur baru dia terfikir semula.

Sampai sekarang aku masih cuba cari reason macamana dia tergamak mintak checkkan mee ada lagi ke tak kat dalam and minta bungkus kuah.
Bagi aku, itu biadap.
Datang rumah orang, makanlah apa yang dihidang saja.
Yang dah habis, yang tak dihidang, tak perlu mintak. Benda dah habis, dahlah.

Yang kaki menapau lauk rumah orang ni, kalau selagi tuan rumah tak offer, tolonglah jangan menapau.
Kadang-kadang naik seram nak offer makanan kat tetamu.
Ada orang, bila dengar kita offer si A tapau makanan, tetiba dia join ambik plastik sekali.
Dia ingat tuan rumah buka peluang untuk semua menapau.
Pastu tapau untuk 5 orang makan terus.

Aku bersimpati kat blog reader aku ni.
Dia cakap dahlah menapau, siap masuk rumah ambik bunga telur atas pelamin padahal dah bagi door gift.
Aku boleh imagine tuan rumah mesti diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Nak disound, karang jadi buah mulut orang. Kalau tak sound, huru-hara majlis dibuatnya.
Senang cerita, lain kali jangan dijemput orang-orang ni.
Dah habis majlis karang kalau ada lebih lauk, hantarkan ke rumah dia. Habis cerita.

Tapi ni pun satu masalah juga.
Bila kita hantarkan makanan, dia ngumpat "Makanan tak habis baru nak pass kat kita".
Memang hidup bermasyarakat tak semua benda kita boleh control.
Buat je lah ikut keselesaan kita. Selebihnya, takyah pikir.
Terlampau pikir apa orang kata, satu benda tak jalan.
Biarlah dia nak assume apa pun, one day dia pun akan buat majlis juga, masa tu biar dia rasa sendiri larat ke tak handle perangai manusia.


2020-02-10

Suami tak benarkan isteri bertudung



Kadang-kadang mata kasar kita mudah menilai orang lain hanya kerana penampilannya begitu.
Sedangkan boleh jadi dia pun nak berubah tapi terlalu banyak kekangan.
Contohnya kawan aku ni.
Ya, aku tahu pusing ikut mana pun, tak turut aurat tetap salah.
Itu semua pun tahu, malah dia pun tahu, kalau tak, takkanlah dia terdetik nak tutup aurat.
Maybe sebab aku pernah macam dia, jadi aku a bit sentimental bab-bab ni.

Ustaz aku pernah ceritakan satu kisah tentang seorang perempuan yang rajin ibadat.
This perempuan solat tak tinggal, sedekah rajin, istighfar setiap hari, taat pada suami, umrah, haji, cuma dia tak menutup aurat.
Satu malam dia mimpi dia berada di sebuah taman yang sangat cantik.
Ada ramai perempuan lain kat situ.

Perempuan tadi tanya salah sorang di situ "Di mana saya sekarang?"

Kawan tu jawab "Ini adalah tempat menunggu sebelum pintu itu terbuka", sambil menunjukkan sebuah pintu yang sangat besar dan sangat cantik dari emas.

"Pintu apa tu?" perempuan tu tanya lagi.

"Pintu Syurga" jawab kawan tu.

"Kalau macam tu beruntungnya saya. Tempat menunggu pun dah secantik ni, apatah lagi syurganya".

Pintu pun terbuka, dah mereka yang menunggu semua diarahkan masuk.
This lady pun berjalan untuk masuk, tapi tak sampai-sampai.
Then, pintu dah nak tertutup, dia berlari tapi makin lama pintu makin jauh sementara perempuan-perempuan yang gerak sama-sama dengan dia dah menghampiri pintu tu.
Dua usaha juga lari tapi makin lama makin penat.
Kawan dia tadi dah ada dalam pintu menjerit kat dia "Cepat, pintu ni dah nak tutup".

Perempuan tadi dah tak terdaya mengejar, dia menjerit "Sebenarnya apa amalan kamu sampaikan kamu mudah ke pintu tu?"

Kawan tu jawab "Aku rasa kita semua yang di sini amalannya sama saja".

"Amalan kamu sama macam saya? Maksudnya kamu solat, puasa, zakat, umrah, dan haji?" 

"Ya..." 

"Kamu juga kawen?" 

"Ya..." 

"Kamu taat pada suami dan sayangkan anak-anak?"

"Ya..." 

"Kamu jaga akhlak dengan semua makhluk Allah?" 

"Ya..." 

"Kamu juga bersabar dengan semua takdir Allah?" 

"Ya..." 

"Saya pun buat benda yang sama tapi kenapa pintu itu makin lama makin jauh?"

Then kawan tu cakap "Pasti ada yang salah dengan amal ibadah kamu, cubalah ingat-ingat balik".

Dia terperanjat lalu terberhenti.
Dia cuba muhasabah diri tapi tak jumpa kat mana silapnya ibadah dia.
Then dia terdengar satu suara cakap "Kamu perempuan yang baik. Kamu rajin ibadat, kamu taat pada suami tapi sayangnya, kamu tidak menutup aurat. Di dunia mungkin kamu merasakan aurat itu tidak penting asalkan beribadat, tetapi di dunia ini [akhirat], auratmu adalah nyawa".

Lepas tu, tempat tadi berubah jadi panas.
Taman yang tadinya cantik berubah jadi api.
Dan kemudian kedengaran satu suara yang sangat menyeramkan "Rasakanlah azab yang dulu kamu sering dustakan".

Aku sangat terkesan dengan statement "Pasti ada yang salah dengan amal ibadah kamu".

Sungguh, ustaz aku pernah cakap kalau kita solat, mengaji, puasa, zakat semua lengkap tetapi masih lagi buat perkara yang Allah tak suka, itu tandanya ada yang salah dengan ibadah kita kerana ibadah yang benar pasti bawa kita menjadi lebih baik.
Tanda-tanda Allah redha dengan ibadah kita adalah hilangnya minat untuk perkara-perkara yang tak bermanfaat dan kemahuan mendekat pada perkara-perkara yang bermanfaat.

Dulu aku pernah mimpi macam tu, bukan sekali tapi 3 kali.
Tapi ye lah kan, kita ni jahil, mana nak dapat tangkap hint-hint macam tu.
Tu yang sampai 3 kali mimpi barulah nak tersedar.

First aku mimpi kena simbah dengan tsunami.
Aku tak tahulah macamana rasanya kena simbah degan real tsunami tapi yang dalam mimpi tu pun dah cukup havoc.
Ombak yang datang tu tingiiiiii melangit bergulung-gulung, dengan keadaan ribut semua orang bertempiaran.
Lantai yang aku pijak tu menggelembung-gelembung macam nak pecah.
Bangunan yang aku berdiri dah bergegar-gegar.
Aku panik tapi tak lari.
Dalam hati aku cakap "Benda macam ni tak boleh lari ke mana dah sebab Allah lagi berkuasa. Kena hadap je".
Aku terus pegang pada satu tiang dan pasrah, mengucap siap-siap.
Hentaman tsunami tu punyalah kuat, aku rasa macam nak tertanggal daging-daging aku.
Aku nampak orang kiri-kanan ada yang melambung, ada yang terhentak kat dinding sampai kepala tersiat. Memang seram.
Aku azan kuat-kuat, lepas tu tersedar.
Satu hari tu badan dan aku rasa sengal.

Kali kedua aku lupa mimpi apa tapi mimpi kali ketiga was the turning point.
Aku mimpi hanyut dalam sungai.
Sungai tu dalam kawasan taman yang hijau and ada satu pokok besar tepi sungai.
Bawah pokok ada bench.
Air sungai tu punyalah deras, dah lah dalam dunia nyata aku tak reti berenang. Memang mencungap.
Jauh gila aku hanyut, menghampiri pokok besar tu nampak ada batu-batu besar dalam sungai.
Dalam hati aku, "Kali ni memang matilah aku terhempas kat batu ni".
Tiba-tiba ada satu tangan sauk aku dari belakang and lempar aku ke tebing.
Dalam keadaan meniarap, aku angkat kepala nampak satu lelaki tinggi, pakai jubah putih, berserban, rambut paras bahu.
Dia pandang aku. Tak senyum tak masam. Just pandang and lepas tu dia toleh and hilang.
Yang aku pun tak buat apa-apa, hanya mampu pandang dia.
Cakap tima kasih pun tak sebab aku dok mendigest siapa lelaki tu.

Terjaga dari tidur dalam keadaan seram menggigil. Dia punya takut memang satu macam.
Tengahari tu pulak ada jiran buat aqiqah.
Aku pergi pakai tudung lengkap, bukan berselendang macam selalu.
Masa orang tengah berzanji, terasa sayu sangat dalam hati.
Balik dari kenduri tu aku nekad bertudung padahal pagi tu aku masih free hair.

Kan kat bawah pokok tempat aku hanyut tu ada bench, kan?
Tak lama lepas aku bertudung, aku mimpi berada di tempat yang sama, kali ni aku duduk di bench bawah pokok tu dengan sorang lelaki, dia ajar aku baca Al-Fatihah dengan mahraj yang betul.
Allah sedapnya suara dia.
Aku tak pasti if itu adalah lelaki yang sama tapi yang aku pasti muka dia sangat hensem. Senyum je.
Aku mimpi lelaki ni 2 kali.
Kali kedua aku mimpi, masih di tempat yang sama tapi kali ni dia tak cakap apa-apa.
Aku baca Al-fatihah depan dia sambil dia angguk-anggukkan kepala.
That was the last we "met".
Siapa dia tak penting, yang penting aku harap aku istiqomah jaga apa yang patut aku jaga, tambah apa yang patut aku tambah dan amal apa yang patut aku amal.

"Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum syariat Islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan di akhirat dia termasuk orang-orang yang merugi." [Al-Maidah, 5].

"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, juga mendustakan akhirat, hapuslah seluruh pahala amal kebaikan. Bukankah mereka tidak akan diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan?" [Al A'raaf, 147].

Dua ayat ni dah cukup jelas bagitau tentang ibadah tidak akan dikira kalau kita tak 'cukup syarat'.
Kepada suami-suami yang tak benarkan isteri tutup aurat, kesiankanlah isteri tu.
Apalah gunanya ibadah dia nanti di akhirat kalau di dunia dia tak menutup aurat dengan sempurna.
Bukan saja dia, tapi dengan kita-kita [suami] sekali terheret sama sebab di sana nanti PASTI isteri akan minta suami bertanggungjawab.
Jadi, pusing ikut mana pun, suami tetap akan terkena juga akhirnya.

Ada sesetengah lelaki salah guna kuasa suami.
Dia rasa apa dia cakap semua betul, apa dia suruh kena patuh, isteri tak boleh bantah.
Aku ada sorang kawan yang sejak 10 tahun lepas teringin nak ke umrah.
Duit tabung haji dah lebih dari cukup. Nak pergi tapi suami tak nak ikut.
Kalau suami tak ikut macamana nak pergi kan.
Jadi, dia plan nak bawa ayah dia ke umrah sebagai mahram. Tapi suami tak izinkan.
Alasan, suami belum bersedia nak pergi.
Kalau isteri pergi nanti orang nampak isteri lebih warak, jadi kerana tu dia tak bagi isteri pergi.

Suami macam ni EGO dan cetek pengetahuan.
Padahal kalau isteri beramal, pahala dapat sama kat suami.
Setiap puasa sunat isteri yang suami izinkan, pahalanya dapat juga kat suami.
Setiap solat sunat isteri yang suami izinkan, pahalanya dapat juga kat suami.
Setiap huruf yang isteri mengaji, pahalanya juga dapat kat suami.

Aku tahu ada suami suka isterinya nampak gorgeous bergaya.
Aku pernah lalui exactly the same situation tapi itu adalah kerana salah aku.
Aku kenalkan diri aku sebagai perempuan free hair masa kenal dengan En Wan.
Jadi bila aku suarakan hasrat nak bertudung, dia susah nak terima.
Ye lah, dia kenal aku sebagaimana aku tanpa tudung, bila aku suarakan hasrat nak bertudung memang dia ambil masa untuk digest benda tu.
Tapi, kita as isteri jangan putus asa.
Solatlah walau kita jahat macamana pun. Solat jangan tinggal. Doa banyak-banyak.
Satu hari nanti solat itu akan mengubah kita dan insyallah Allah lembutkan hati suami.

Macam kawan aku cakap [gambar atas], sejak pakai tudung, aku dah tak cantik macam dulu.
Aku tahu niat nak bergurau, tapi hakikatnya aku pun tahu dulu aku lebih bergaya berbanding sekarang.
But come to think of it, menutup aurat memang tak cantik kerana itulah tujuan aurat ditutup - supaya kecantikan tu terlindung dari terlihat oleh orang yang tak sepatutnya.

Kalau aku, my concern is pakailah tudung dulu.
Tudung tu pendek ke, panjang ke, lilit kat leher ke, terdedah dada ke, itu kita cerita kendian, yang penting pakai dulu.
Insyallah, yang the rest kita slowly buat sama-sama.

Bukan apa, aku faham rasanya macamana.
For someone yang dah biasa free hair, memakai tudung sangat heavy untuk dibuat.
Because masyarakat kita ni kalau someone berhijrah, kalau boleh dorang nak biar terus jadi malaikat.
Kalaulah dulu orang kata kat aku "Kau takleh pakai shawl pendek gini, kena labuh. Candy jeans kena buang. Pakai stokin. Baju tak boleh ketat. Hari-hari kena tahajud 12 rakaat. Sebulan mesti khatam sekali. Puasa selang sehari....", aku yakin aku kensel pakai tudung.
Because that's heavy untuk orang yang baru bertatih.

Bukan aku pandang ringan soal ini, tapi berdikit-dikitlah.
Yang penting, once dah bertudung jangan banyak belajar tutorial tudung tapi banyakkan belajar agama.
Apa yang kita mulakan, kena habiskan.
Maksudnya, bila kita dah mula nak mendekat pada kebaikan, kena terus usaha cari jalan untuk perbaiki diri.
Tak boleh stop kat perbaiki penampilan saja.
Bertudung bukan penutup hijrah tapi permulaan hijrah.
Cari masa untuk belajar agama, cari guru yang betul untuk membimbing, nanti slowly semua akan berubah jadi lebih baik.


2020-02-07

GC Plus : Perlu ke tak?



Kepada sesiapa yang nak cuba GC Plus, itu soalan yang korang perlu jawab dulu [refer gambar].
Jadi, untuk senang cerita, bila whatsapp atau DM/PM, bagitau siap-siap jawapannya so that senang kita nak suggest.
Kalau setakat excess 5kg dari ideal weight, tak payahlah beli GC Plus.
Bukan apa, bila berat badan kita dah menghampiri ideal weight, semakin kurang kalori yang digunakan.
Maknanya, kalau nak berharap pada GC Plus semata-mata, memang lambat sikit progressnya.

Losing weight is easier bila badan kita berat.
Semakin badan hilang banyak berat atau semakin kita menghampiri berat badan ideal, akan ada sikit resistance. Selalunya orang start give up kat sini.
Statement paling popular - "Badan saya dah immune dengan GC Plus, tak boleh turun lagi dah".

Wrong.
No such thing as "immune".

Semasa overweight, badan kita ada high metabolic rate.
Selalunya those yang overweight melampau, once dia start kurangkan sugar intake dari 5 cawan ke 2 cawan sehari pun berat dah turun dengan cepat.
That's why semakin kita nak capai target, berat makin liat nak turun.
Apa yang kita kena buat, waktu ni kita dah tak boleh gunakan method yang sama.

Katakanlah berat sebelum ambil GC Plus adalah 70kg.
Lepas 2-3 bulan guna GC Plus, berat turun ke 62kg, pinggang mengecil 5 inci.
Then berat tak berganjak for 2-3 weeks.
Ok masa ni dah kena start ubah method.
Dah tak boleh depend pada GC Plus semata-mata.
Mesti combine dengan method lain, contohnya stop all sugary food and drinks dan stop makanan bertepung [mee, kuih, kukis, roti].
Confirm turun!

Ini memang kejadian biasa.
Samada kita berdiet atau bersenam, lama-kelamaan badan akan become resistant dengan method yang kita guna.
Hat ni yang orang kata "immune", padahal berat badan masih boleh turun cuma perlu sikit adjustment.
Kesan yang sama berlaku bila kita buat satu jenis senaman saja, contohnya jogging atau cycling.
Awal-awal memang berat laju turun, but it can start to get more and more difficult to lose weight.
That's why aku tak pelik bila ada yang kata "4 kali seminggu saya berzumba tapi berat statik je. Saya tambah ke 6 kali seminggu. Tapi berat turun sikit sangat".

Bila berat tak berganjak, jangan increase amount of time bersenam.
Lama-lama drain. Bila drain, senang give up.
Instead, tukar cara bersenam. Maybe try angkat berat [?].
Atau instead of hanya bersenam, try berdiet sama.
Kita tak boleh guna the same method sepanjang hayat.

Masa aku umur awal 20an, semester break, aku turunkan berat badan aku dari 54kg to 41kg dengan hanya makan biskut Hup Seng and teh O.
3 bulan hadap itu je.
Istiqomah betul aku duduk rumah hari-hari ambik bau masakan Mak Aji je, sikit aku tak sentuh nasi, punyalah nak kuruskan badan.
Tapi sekarang, kalau aku makan biskut and teh O everyday, mau berkeliaran babat-babat aku.
Because as we aging, metabolisme kita dah berubah, cara badan bakar kalori dah tak sama macam dulu.
Jadi jangan terperanjat bila dulu kau amalkan nasi 2 kali sehari boleh turun 10kg sebulan, now amalkan nasi sekali sehari berat kau baru turun 4kg sebulan.
Benda ni tak pelik.

Sama juga bila ambil GC Plus, maybe after 2 bulan pertama turun 7-8kg, then dia jadi statik.
Ok the flow macam ni :

1. Bila ambil GC Plus, badan akan kurang rasa lapar. Kurang lapar bermakna kurang makan. Kurang makan bermakna kurang kalori masuk dalam badan.

2. Bila badan kurang kalori, badan akan 'dipaksa' bekerja menggunakan setakat kalori yang ada saja.

3. Lama-kelamaan badan dah mula beradaptasi dengan kalori yang kurang tu. Bila dah terbiasa dengan kalori tu, badan akan terus bekerja macam biasa without losing weight.

4. Pada ketika itu badan berada dalam mode survival. Badan guna kalori untuk menjalankan fungsi badan like mengepam darah ke jantung, menjalankan fungsi otak and hadam makanan tapi kerja-kerja bakar lemak dia tak buat dah sebab nak simpan tenaga supaya kita tak kebuluran.

5. Once you have hit this point, berat masih turun sikit tapi sangat slow. Kalau korang give up, waktu ni lah berat badan akan naik mendadak.

Sebab itulah, jangan giveup, teruskan saja tapi adjust.

GC Plus ni aku ambil idea dari diet Atkins.
Bezanya, diet Atkins kena makan protein banyak untuk increase otot.
GC Plus pula tak perlu ambil too much protein sebab tindakbalas HCA increase-kan jisim otot.
Tisu lemak manusia bakar kira-kira 2 kalori everyday.
Manakala tisu otot bakar 7 kalori everyday.
So GC Plus helps to increase muscle supaya lebih banyak kalori boleh dibakar everyday.

Tetapi kalau korang ada ambil birth control atau ubat-ubatan lain secara rutin, aku tak suggest ambil GC Plus sebab benda-benda tu semua memang akan slowkan sikit metabolisme badan.
Secara natural badan memang akan burn fat dengan perlahan. Rugi je ambil GC Plus nanti.

Kalau dah faham atau ada pertanyaan lain, WHATSAPP SINI.
Sempena hari ni aku up pasal entry GC Plus, aku offer RM81/botol [jimat RM9].
Tapi takde point ya. Gunakan kod "OFFER BLOG".


2020-02-06

Shoot out


Kita semua tahu Allah boleh menunjukkan kasih sayangNya dengan cara menambahkan kesenangan kita, mempromosikan kita, menyembuhkan kita, membahagiakan kita, etc.
Tetapi we don't always realized Allah juga boleh menggunakan musuh-musuh kita untuk menunjukkan kasih sayangNya.
Apa yang kita sangka sebagai satu dissapointment - orang yang kita sayang tinggalkan kita, co-worker memburukkan kita, kawan betrayed kita - we may not like it tapi boleh jadi itu cara terbaik untuk push kita ke depan.
Itu semua sebahagian dari Allah's plan to get us where we are supposed to be.

Kalau sentuh bab ni, aku suka refer kisah Nabi Daud dengan Raja Jalut.
Kisah ni banyak sangat hikmahnya.
Kalaulah bukan kerana Raja Jalut, agaknya Nabi Daud kekal sebagai pengembala kambing.
Tapi kerana Allah nak naikkan darjat Nabi Daud di mata manusia, DIA hantar Raja Jalut sebagai musuh.
Akhirnya Raja Jalut kalah di tangan Nabi Daud.
Kekalahan tu bukti yang Raja Jalut bukan dihantar untuk menjatuhkan nabi tetapi untuk menaikkan darjat nabi.
Akhirnya Nabi Daud jadi pengganti sebagai raja.

Ikut lojik manusia, kalau nak Nabi Daud jadi raja, boleh je Allah lembutkan hati Raja Thalut lantik Nabi Daud sebagai pengganti. Lagi senang cerita.
Tetapi Allah nak bagi hikmah yang lebih besar.
Allah pilih untuk menrahmati Nabi Daud through his enemies, not through his friends.

Hikmahnya untuk siapa?

Untuk kita.
Supaya kita sedar bahawa yang memusuhi kita juga boleh manjadi asbab kejayaan kita.

That's why tak payah susah-payah sangat play up to people semata-mata nak buat dorang suka kita.
Allah tak wajib guna kawan-kawan sahaja, Allah boleh guna orang yang benci kita, yang kritik kita, yang kondem kita, yang kutuk kita - He will use them to push us up.
Allah ada database orang-orang penting dalam hidup kita - keluarga, kawan, pasangan dan haters.
Dorang ni props untuk Allah guna.
Tinggal lagi kita yang tak faham and always question "Kenapa si polan buat aku macam ni, Ya Allah?".

Kita tend to rasa down everytime kena kutuk.
Kadang tu kita membalas-balas balik.
Akhirnya jadi perang, ujung-ujung kita dan dia sama-sama nampak bodoh. Takde beza.

Aku tak tau orang lain macamana dalam menyingkapi tekanan.
Tapi kalau aku dengar someone is against aku, lagi aku determined nak membuktikan sesuatu.
Terasa macam tiba-tiba ada new passion.
Yang pernah kutuk-kutuk ejek-ejek aku, aku simpan rapat-rapat apa yang dorang cakap.
Every time things got tough, aku akan ingat balik semua ejekan tu, and instantly aku kembali on track.

Sometimes Allah hantar orang-orang macam tu untuk kekalkan momentum kita.
DIA izinkan orang-orang tu terus-terusan mengeji kita so that when we feel like giving up, ingat balik apa dorang cakap pasal kita, insyallah semangat datang balik.
In most cases, yang contribute to our success bukan kawan, tapi lawan.
Yang buatkan kita berubah menjadi lebih baik juga selalunya lawan, bukan kawan.
Itupun kalau kita bijak menyingkapi ujian lah, kalau tak, forever lah kita gitu tak berubah-ubah, malah makin ego.

Apa yang aku nak cakap is, bila orang memburukkan kita, jangan risau.
Kalau kita tahu kita benar, serahkan padaNya. Allah tahu kerja DIA.
Orang-orang macam tu belum sedar dorang sebenarnya sedang meletakkan kita in position to be blessed.
Kita jangan balas apa-apa. Jangan terlibat dalam perang mulut yang tak penting. Let them talk.
Aku dah lama belajar berterima kasih dengan those yang tak suka aku because they have contributed a lot.

Aku pun pernah buat kesilapan yang sama.
Tahun 2004-2005, aku memburukkan brand lain, demi nak meng-up-kan brand yang aku carry.
Masa ni aku kerja makan gaji.

That customer nak beli media [untuk buat bacteria culture].
Brand majikan aku mahal tapi terbukti bagus.
This customer tanya pendapat aku tentang brand A, aku pun ceritalah apa yang aku tahu.
Of course benda-benda ni company aku dah bagi training apa kelebihan product kitorang berbanding product orang lain.
Rupanya dalam aku tak sedar, aku sedang memburukkan brand tu.
Patutnya aku banyak highlite kelebihan produk aku tapi aku banyak highlite kekurangan produk A.

"Packaging dorang tak friendly untuk lab work"
"Their media senang mengeras, masuk angin because of that packaging"
"Dorang takde specific media untuk grow specific bacteria"

Semua yang aku highlite adalah tentang produk A.
Ujung-ujung aku tak cerita pasal produk aku pun.
Hasilnya, customer tu beli that brand A because kepala otak dia banyak mendengar tentang produk A.

Rupanya bila kita banyak bercakap tentang sesuatu, kita sedang mempromosikannya tanpa sedar.
Last-last orang yang mendengar get so excited dan mula mencari tahu tentang perkara yang kita dok sebut-sebut tu.
Nasib tak baik, banyak pula kebaikkan yang dorang jumpa berbanding buruk.
Yang buruk takde se-gah yang dicanangkan pun.

In my case, aku telah berjaya "jual" that brand A sampai ribu-ribu ringgit.
Sales person company tu tak buat kerja apa pun, tau-tau je makan komisyen sebab aku "promote" brand dia. Bodoh gila rasanya.
From that on aku belajar sikit demi sikit untuk kurangkan "mempromosi" perkara yang takde kaitan dengan aku.
Apetah lagi orang-orang yang aku kenal sekadar di media sosial, lagilah aku malas nak bercakap.

Aku pernah baca satu kisah awal tahun 1900, tentang satu kampung kat Alabama yang diserang kumbang boll weevil.
Sekejapan pokok-pokok kapas dorang ranap.
The whole kampung rasa kecewa sangat sebab itu sumber pendapatan dorang.
One of the farmer suggest orang kampung start tanam kacang.
Ramai juga yang menentang sebab dorang tak nampak tanam kacang boleh menampung hidup.
Mana yang setuju, teruskan menanam kacang.
Rupanya boll weevil tak suka kacang.
Tanaman kacang ni akhirnya bagi keuntungan jauh lagi banyak dari kapas.
Dalam masa beberapa bulan je dah dapat pulangan berbanding tanaman kapas ambil masa hampir setahun.
Dan akhirnya perkampungan tu jadi pengeluar kacang terbesar.

Allah punya cara sangat misteri.
DIA hantar kumbang untuk rosakkan tanaman satu kampung.
Nampak macam takde harapan dah.
Rupanya DIA nak bagi kacang yang jauh lagi menguntungkan.
Boleh jadi itu cara Allah ajar manusia untuk bersangka baik dengan ujian.
So the next time ada orang bercakap buruk tentang kita, remember they are just a boll weevil.
Memang menyakitkan hati, tapi gunakan itu sebagai stepping stone.


2020-02-05

Transgender ke Mekah


Apa cerita kes Sajat sehingga ke hari ni?
Dengar kata polis and majlis agama dah ambik maklum.
Baguslah, biar dorang handle kes ni, semoga ada jalan penyudahnya.

Bila viral isu-isu macam ni lumrahnya ramai blog readers and followers tag aku minta aku blog about this.
Benda tengah panas, manusia tend to bercakap ikut emosi, jadi aku bagi keadaan reda dulu sikit.
Bukan apa, benda tengah hot karang selalunya lebih banyak berhujah guna kepala lutut.

Honestly, malam Ahad lepas baca artikel tu, memang berbaur emosi.
En Wan kata aku emosi sebab menangis.
Terima kasihlah Sajat, disebabkan kau, berjurai-jurai aku menangis muhasabah diri.

Ramai yang question kenapa dia seberani tu. Di Tanah Haram pula tu.
Hakikatnya di Mekah, macam-macam jenis kejahatan ada.
Penyeluk saku ramai.
Sindiket menipu sedekah ramai.
Yang pergi ke sana untuk meminta-minta pun ramai.
Come to think of it, kenapa Allah izinkan benda-benda jahat ni berlaku?
Apa hikmah dari kejahatan ni semua?

Nak menyingkapi ujian ini, kita balik pada basic.

Siapa cipta syaitan dan iblis?
Apa keperluannya iblis dicipta?

"Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh. Dari segala kejahatan yang Dia ciptakan" [Al-Falaq, 4].

Setiap kejahatan yang Allah ciptakan pasti ada hikmahNya.
Kita diberikan ilmu yang sangat sikit saja, that's why hikmah dari setiap perkara yang berlaku kadang-kadang kita tahu, kadang-kadang kita tak tahu.

Satu kisah contoh yang aku boleh kaitkan, tentang Nabi Yusuf dan Zulaikha.

Zulaikha menggoda Nabi Yusuf.
Dalam bahasa mudahnya, Zulaikha jahat.
Tempias dari kejahatan Zulaikha dapat kat Yusuf.
Yusuf diuji dengan ujian syahwat asbab perangai jahat Zulaikha.
Tapi Nabi Yusuf beristighfar sekuat-kuatnya dan akhirnya bila dia takut tak mampu kawal diri maka dia berdoa agar dirinya dipenjarakan.

Inilah hikmah sebuah kejahatan.
Bila kejahatan berlaku, Nabi Yusuf lekas-lekas beristighfar.
Kalau tak ada kejahatan, manusia dah tentu tak nampak apa perlunya beristighfar.

Lebih kurang macam ni lah yang jadi sekarang.
Yang jahat - Sajat [aku tak memaksudkannya, cuma analogi saja].
Yang menerima tempias ujian - kita.

Malam tu aku terfikir, apa beza aku dengan dia?
Aku pun jahat juga.
Aku pernah mencabar perintah Allah.
Aku pernah cukup berani dedah aurat aku yang bukan sikit-sikit.
Aku bangga tayang body aku.
Aku buat tak peduli dengan laranganNya.
Teruk tak teruknya aku di mata manusia dulu sampaikan awal-awal lagi aku dah kena hukum masuk neraka.
Itu baru dosa yang orang nampak.
Dosa yang hanya Allah dan aku saja yang tahu, jauh lebih banyak.

Tapi Allah Maha Baik tetap pelawa aku ke rumahNya.
Allah bagi peluang aku beribadat.
Allah tak aniaya aku di sana, malah Allah tutup aib aku.
Takut sangat dulu aku nak ke sana.
Imaginasi aku melampau-lampau.
Terbayang kot-kot aku rebah bila jejak kaki kat Mekah, tanah haram tak nak terima aku.
Sampai macam tu sekali aku membayangkan.
Buruk sangka betul dengan Allah, kan.

Kadang-kadang kita merasa diri kita lebih baik hanya kerana kita tak seperti dia.
Kita rasa kita tak teruk sangat hanya kerana dosa kita takde orang tahu.
Kita men-diskaun-kan dosa sendiri sedangkan hukum Allah tak ada diskaun.
"At least aku tak macam dia..."
Inilah keyword favourite kita.

Don't get me wrong, salah tetap salah.
Kalau betul dia transgender, aku tak sokong apa yang dia buat tu.
LGBT terang-terang salah, memang kena basmi puak-puak ni tetapi janganlah kita usik urusan ibadah dia itu antara dia dengan Allah.
Kita jentik akhlak dan perangai dia yang melampau tu dah lah.
Sekiranya dia memang transgender, kita ada saluran yang lebih betul.
Report perbuatan dia. Biar pihak berwajib ambil tindakan.

Nak support bisnes dia, takde masalah.
Nak bisnes barang perempuan tak apa, tapi tak perlu kot dengan kau-kau sekali jadi perempuan.
Stoplah puji dia cantik, body cantik, kulit mulus - cukup-cukuplah.
Siap panggil "Sis" pulak.
Puji-pujian macam ni lah yang buatkan dia susah nak istiqomah sebab persekitaran menyokong.

Cuma dari sudut respond kita pada dia, jangan kita usik perkara yang tak patut.
Patutnya muhasabah diri sama.
Masing-masing dah tak nampak dosa sendiri sebab 'terlindung' dengan dosa Sajat.
Inilah yang scary, bila kita sangka Allah menguji Sajat seorang.
Boleh jadi Allah gunakan kelemahan Sajat sebagai perantara untuk menguji kita dalam masa yang sama.

Salah satu komen aku baca, "Sajat ni pegi Mekah sebab nak tunjuk bukti dia tu perempuan, bukannya nak beribadat".

Niat dan amalan dia tak payahlah sentuh.
Niat dia baik, nak beribadat tapi cara dia salah.
Kita concernkan cara dan akhlak dia yang tak betul tu je dah lah.
What if aku kata kat kau "Sajat yang macam tu pun dah sampai Mekah, yang kau bila lagi?"
Agak-agak pedih tak rasa?

Islam tak pernah bagi ruang sesiapa untuk tepuk dada membanggakan dirinya di atas umat Islam yang lain.
Merasa diri lebih baik dari orang lain adalah tanda akal lemah, jahil dan bodoh.
Takde yang lebih cacat dari tu.

Kenapa Allah tak azab LGBT di sana, itu hak Allah.
Tak ada kaitan sama sekali dengan pembolehan LGBT dalam Islam.
Azab Allah yang bersifat penghancuran umum tak terjadi lagi selepas Allah turunkan Taurat kepada Nabi Musa.

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa kitab [Taurat] sesudah Kami binasakan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi penyuluh bagi manusia dan petunjuk dan rahmat, agar mereka ingat".

[note : Firaun kena azab sebelum Taurat diturunkan]

Dah disebut dah takkan ada azab selepas Taurat diturunkan, jadi tak payahlah kita nak meminta-minta.
Ingat kalau turun azab tu kena kat sorang dua je ke.

Rasulullah saw memang dah takde tapi masih ada di kalangan kita yang rajin beristighfar.
Boleh jadi kerana istighfar ini, kita semua masih terselamat.

Boleh jadi juga Allah tak turunkan azab kerana masih tegaknya amar makruf nahi mungkar di dunia.

Boleh jadi Allah simpan balasan tu, nanti kat akhirat DIA claim.
Itu peringatan buat kita sama.
Hari-hari dok mengutuk orang tapi tak ditimpa musibah kan?
Boleh jadi Allah "save the best for last". Hati-hati..

Dan boleh jadi juga itu cara Allah encourage kita yang baik-baik sangat ni supaya usahakan sampai ke sana.
Allah nak tunjuk Maha Baiknya Dia, tak kira siapa pun, masih ada ruang di sana.

Pergi sana tak penting untuk kita bahaskan, tetapi bagaimana kita selepas pulang dari sana jauh lebih menarik untuk dibincangkan.
Kerana bagaimana kita selepas pulang sangat menentukan samada kita dapat "sesuatu" atau tak.


2020-02-04

Puasa vs Intermittent Fasting


AMARAN : MOHON BACA DENGAN NADA YANG LEMBUT.

Puasa, dengan niat berpuasa, samada puasa wajib atau puasa sunat tujuannya untuk manfaat rohani.
Walaupun perut berlapar tetapi jiwa terisi, kerana badan dan jiwa bukan separate entity.
Apa yang kita lakukan pada badan kita akan bagi kesan pada jiwa.
Jiwa kita adalah hasil dari tindakan kita, dan tindakan kita sangat dipengaruhi oleh jiwa kita.

Contoh :

[1] kita bayar zakat, mulut melafazkan akad, dalam masa yang sama mensucikan jiwa.
[2] kita ke masjid untuk bersolat, secara spiritual, kita bertemu dengan Allah.
[3] kita berzikir menggerakkan lidah mengucapkan keyakinan kita padaNya.

Sepanjang berpuasa, fizikal kita kosong tetapi jiwa terisi.
Jiwa yang terisi mempengaruhi how we feel mentally and spiritually, mood, konsentrasi, etc.
Sepanjang berpuasa, ramai dari kita berniat untuk berubah, bukan saja jiwa tapi size badan juga.
Tak ada yang salah kalau nak turunkan berat badan sebab our bodies have rights over us.
Lagipun in order untuk beribadah dengan lebih baik, badan kena sihat.
Kalau badan tak berat, nak solat pun lebih mudah.

Orang Islam [dan some other religious traditions] dah biasa berpuasa sejak beribu tahun dulu.
Dari segi konsep, puasa IF menahan lapar waktu siang [basically what Muslims have done for 1400 years].
Modern science membuktikan bila berpuasa, kadar insulin menurun, growth hormone meningkat, sel-sel diperbaiki, ada perubahan positif dalam genetik yang berkaitan dengan disease prevention, berat badan turun, risiko diabetis berkurang - banyak lagi.
Pendek kata badan berfungsi lebih baik bila berpuasa.

Intermittent Fasting [IF].
Makan pada waktu tertentu.
Dalam tempoh 'berpuasa', boleh minum air kosong, teh atau kopi tanpa gula [zero calorie].
Basically waktu makan boleh makan apa saja.

Antara option IF yang popular is 16 hours berlapar [basically what Muslims do bila berpuasa].
Kalau baru nak berjinak-jinak dengan IF, they suggest start dengan 5:2.
5:2 adalah 5 hari makan, 2 hari puasa.

Dari perspektif ibadah, 16 hours without food dah sama macam berpuasa, lalu apa kata kita puasa je terus.
Option 5:2 pula saling tak tumpah dengan sunah Rasulullah saw untuk berpuasa Isnin and Khamis [2 hari seminggu].

IF bukan puasa walaupun namanya 'fasting', tetapi berlapar.

IF bukan diet, it is a new way to eat.

IF obviously bukan ibadah, it is a lifestyle.

Sekadar cadangan, kalau kita mampu berlapar sehingga 14-16 jam, why not puasa je terus
Lagipun bukannya kita tak pernah puasa, kan.
Bukan apa, bila tengok ada yang berlawan-lawan berlapar untuk capai milestone 16 jam, 19 jam, 21 jam, rasa tak best pula macam tu.
Kalau 8 jam berlapar, that's fine.
Tapi dah sampai 16 jam berlapar, bukan ke itu tandanya Allah bagi kita nikmat mampu menahan lapar, masyallah untungnya.
Bezanya cuma niat, tetapi niat itulah yang akan jadi ibadah.
Alang-alang berlapar biarlah dinilai ibadah disisi Allah.

Mat saleh yang mengasaskan IF ni tak pernah puasa selama 16 jam, that's why bila dia berjaya buktikan 16 hours IF boleh turunkan berat badan and perbaiki hormon and sel, semua kagum umpama penemuan baru.
Ramai mat saleh lain find this appealing and join the bandwagon.

It's great bila tengok mat saleh 'mengesahkan' ibadah puasa yang kita buat selama ni bagus tapi do we really need this validation?
Is this particular experiment actually 'validating' our Rasulullah saw tradition?
Umat ​​Islam tak perlukan bukti-bukti 'saintifik' macam ni.

Selama berabad-abad, ajaran Islam diikuti, digenggam dan diamalkan oleh umat Islam.
Umat Islam dahulu tak perlu tahu bahawa puasa meningkatkan imuniti, menyahtoksikan badan dan meningkatkan kesihatan dan tenaga.

Mereka tak perlu tahu homoseksual menyebabkan penyebaran penyakit yang boleh membawa mudarat dan maut.

Mereka tak perlu tahu pun daging babi adalah potential host for viral mutation.

Mereka tak perlu tahu pun arak/alkohol menyebabkan toksik kepada saraf dan darah.

Mereka tak perlu tahu wudhu' meningkatkan imuniti.

Mereka tak perlu tahu sujud adalah cara paling maksimum untuk alirkan darah ke otak.

Mereka tak tahu pun solat mengurangkan mengurangkan tekanan dan meredakan saraf.

They are certain arahan itu dari Allah dan Rasul, maka no question asked, dorang patuh.

Aku always contemplating nak menulis tentang ni.
Lama dah, tapi takut ramai yang salah faham maksud sebenar aku.

IF bukannya tak bagus.
Bagi aku ia adalah satu hikmah kebenaran ajaran Islam.
Dulu ramai pelik kenapa orang Islam sanggup menahan lapar selama sebulan, nonsense katanya.
Pakar pemakanan barat pun mulalah cakap kesan buruk itu, buruk ini pada badan kalau berlapar, etc.
Tapi bila eksperimen IF itu berjaya membuktikan kebaikan berlapar, senyap semua.
But that's good, semoga ia menjadi asbab untuk mereka mengkaji benefit di sebalik amalan-amalan orang Islam yang lain.

Cuma bagi kita orang Islam yang dah biasa berpuasa selama 16-17 jam, rasanya agak kurang tepat untuk mengamalkan IF selama 16 jam ke atas.

For us Muslims, Allah taught us "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Al-Baqarah, 183].

Puasalah supaya bertaqwa.

Maksudnya, puasa with niat puasa. Bukan sekadar berlapar.
Walaupun diam-diam kita berpuasa untuk weight loss, tapi kalau disertai dengan niat, pasti ada nilai ibadah dari Allah.
Lagipun orang yang berpuasa, doanya lebih dekat dengan Allah.

Ketika Nabi bertanya Abdullah bin Al-Ash "Bagaimana kamu berpuasa?"

Abdullah berkata "Setiap hari".

Nabi bertanya lagi "Bagaimana kamu mengkhatamkan Al-Quran?"

Abdullah menjawab "Setiap malam".

Nabi berkata "Berpuasalah tiga hari saja dalam sebulan dan khatamkan Al-Quran dalam sebulan".

Abdullah berkata "Saya sanggup lebih daripada itu".

Nabi berkata "Berpuasalah tiga hari dalam seminggu".

Abdullah berkata "Saya sanggup lebih daripada itu".

Nabi berkata "Berpuasalah setiap tiga hari sekali".

Abdullah berkata "Saya sanggup lebih daripada itu".

Nabi berkata "Berpuasalah seperti puasanya Nabi Daud, sehari puasa dan sehari berbuka. Itu ialah puasa yang paling baik. Dan khatamkan Al-Quran setiap tujuh malam sekali." [Riwayat Ahmad].

Kat sini Rasulullah pesan :

[1] yang terbaik adalah puasa selang sehari.
[2] tak bagi kita berlapar setiap hari dengan sengaja.
[3] tak bagi kita beribadat sampai tak rehat [tidur].
[4] jangan membebankan diri sendiri.

In all cases Rasulullah saw ajar kita untuk bersederhana dalam setiap tindakan kita.
Jangan extreme sangat.

Aku minta maaf kalau tulisan ni mengguris hati sesiapa.
Aku tak kata IF tak bagus, benefitnya tetap ada.
Siapa nak teruskan, terpulang, pilihan masing-masing, lagipun takde yang salahnya.
Cuma ini sekadar cadangan.
I am encouraging untuk berpuasa sunat terus, especially yang dah level advance boleh berlapar sampai 14 jam, niat sajalah puasa sunat.
Semoga kita dimasukkan dari pintu kebenaran dan dikeluarkan dari pintu kebenaran juga.


2020-02-03

Study di McD


Seronok baca respond netizen kat issue "study di McD".
Berapi-api semua orang.
Hakikatnya sejak 18 tahun lepas, ramai student suka lepak fast food untuk "study".
Dulu aku terpikir juga, boleh masuk ke dalam kepala otak tu study kat tempat bising macam ni?
Tapi ye lah kan, aku dulu study sambil dengan walkman, bising juga tu.
Bezanya aku tak menyusahkan orang, study kat bilik sendiri.

Cara orang study berbeza-beza.
Ada yang tak boleh study tempat senyap nanti cepat berkhayal.
Ada yang tak boleh study tempat ramai orang nanti kejap-kejap nak tengok orang.
Ada yang tak boleh study kat library.
Ada yang tak boleh study berkumpulan, etc.
Macam-macam.

Aku, sejenis yang tak boleh belajar in group dan tak boleh belajar di library. Distraction.
Walaupun dalam library senyap, every time orang bergerak, mata aku pun melilau sama.
Penyudahnya tak fokus.
Aku prefer belajar sendiri, dalam bilik. Kalau perlu cari bahan rujukan, aku akan masuk library untuk pinjam buku dan balik.
Aku hanya stay library kalau nak chatting Alamak je. Eh.

Tapi tak dinafikan ada student yang boleh study di fast food restaurants.
In fact, belajar kat sana could help some students.
Tapiiii aku jamin, kalau dah ramai-ramai, takde maknanya study.
Kalau sorang-sorang, memang kau boleh study tapi kalau dah ramai-ramai, nan hado lah jawabnya.
Maybe 20% je mentelaah, selebihnya mentekedarah.

Aku pernah jugalah join lepak cafe kononnya nak discuss, hakikatnya bersembang lebih.
Kerja tu jalan memang jalan tapi sebenarnya tak setimpal dengan masa yang dihabiskan.
Kalau 4 jam melepak, maybe 2 jam je betul-betul discuss, lagi 2 jam bersembang tapi bersidai sampai 4 jam.
Antara sebab utama kenapa student suka study kat cafe adalah cafe tu tempat lepak ramai kawan-kawan lain juga.
When they see their friends coming by, dapatlah sembang kejap. Study break gitu.
Maybe juga cafe tu tempat crush always datang beli makanan. Dapatlah usha 3-4 minit.
Alahh, tak payah nak deny sangatlah. Macamlah aku tak pernah muda.

To some people, dia tak suka study sorang-sorang.
Kalau takde study partner pun, dorang suka study di tempat yang ada orang because they tend to feel lonely when they are alone.
Kalau lepak cafe walaupun tak bersembang dengan sesiapa, makes them feel better.
Bila nampak orang lain belajar di cafe, dorang terdorong untuk belajar juga.
Kalau belajar sorang-sorang rasa isolated pulak.
Apetah lagi kalau kena belajar something that does not interest them, payah nak datang seronok kalau takde geng.
In general aku faham keperluan some students untuk belajar di cafe.

Tetapi, issue yang viral ni berpunca bukan kerana student study di McD sahaja tetapi tindakan that student suruh orang lain senyap sebab dia tengah study. Hat ni yang buat orang berangin.
Itu adalah tempat awam, what do you expect bila berada di tempat awam?
Kalau nak senyap, mohon study kat Starbucks. Situ konfem senyap.

Aku faham sangat ada orang memang tak boleh study atau kerja from home.
Nampak katil, nak tido.
Ada yang takde own space di rumah.
Lagipun banyak distraction - TV, adik-adik main video game, mak membebel all the time, etc.
Tapi McD/KFC definitely bukan tempat sesuai bekerja atau study.
Itu tempat komuniti, cafenya di-design untuk makan.
Starbucks lebih comfort sebab Starbucks memang de-design sebagai alternatif rumah dan office.
Ada plug point yang banyak.
Ambience pun lebih kondusif.
Kerusi mejanya lebih comfortable.
Wifi pun laju.
Bau pun awesome, wangi bau kopi.
You can sit at Starbucks for hours and nobody will ask you to leave.

Nak study McD, silakan but be considerate to the business owner and patrons.
Jangan buat macam kita ada share dalam tu.
Some of them buat tempat duduk macam dorang bayar sewa letak beg kat kerusi kosong while orang lain terpusing-pusing cari tempat duduk.
Inilah yang dikatakan bukan semua yang blaja tinggi tu bijak.
Fast food restaurant may be your preferred mode of study, tapi kena ingat, the world doesn't revolve around you.
Ada yang duduk sorang tapi duduk kat meja untuk 4 orang. So inconsiderate.
Some tak beli apa pun, just duduk situ dengan buku all over the table.
Dik, that place is not a study center for goodness sake.
Situ tempat makan. Orang datang nak makan tapi penyudahnya terpaksa tapau sebab takde tempat duduk because your brain is so small but your pantat is so big occupy 4 kerusi sekaligus.

Despite all the positive reasons yang aku baca tentang kenapa they chose study kat McD, aku lebih percaya banyak downsides-nya.
Tak productive mana pun study kat cafe, the environment itself can be distracting.
Ujung-ujung nanti waktu last minit nak siapkan kerja, tetap ke library jugak kau tuju.

McD bukan tempat yang tenang, sentiasa ada orang.
Dalam most McD ada playground jadi BISING IS EXPECTED.
Kalau sampai ke tahap terpaksa sound budak-budak supaya senyap, obviously kita bukan student yang boleh belajar dalam suasana bising.
So kenapa pilih McD as tempat study at the first place?

By the way, aku pun pernah jadi student.
Pernah buat tugasan berkumpulan campur lelaki perempuan.
Setahu aku libary bukak je malam, library aku dulu sampai 10pm.
Kalau perlu berbincang, kitorang janji pukul 8.30pm jumpa kat library, bincang, share ideas selebihnya sambung buat kat bilik/rumah.
Belajar-belajarlah guna masa dengan baik, time management tu yang penting.
Attitude kita ni kalau tak dibentuk membawak sampai ke tua, dik.
Jangan esok dah kerja, kerja tak siap pun tetap 5.30pm sharp kau keluar opis.
Takde pulak nak stayback sampai malam siapkan kerja. Eh.


2020-01-31

Parut


Hari ni aku nak menjawab soalan followers IG yang bertanya pasal parut.
Followers IG aku rajin tanya soalan-soalan macam ni sebab kebanyakkan dorang pengguna GreenAard.
Agaknya nak tanya aku jugak, tak nak tanya kat Live Chat, jadi dorang DM terus.
Tapi tu lah, nak mereply ambik masa. Aku jenis kalau explain kena panjang-lebar, tak reti explain sikit-sikit.
Malas nak type panjang-panjang kalau guna henfon. Tak lawas jari aku nak menaip. Mesti kena duduk depan laptop jugak.

Ok, macam ni.
Masa umur 10 tahun, aku blaja bawak basikal jiran aku. Basikal orang besar.
Tak sedar diri kaki tak sampai.
Masa bawak, basikal aku berselisih dengan motor, aku terbabas langgar pagar kebun mangga.
Depan rumah aku ada jiran tanam pokok mangga. Pokok mangga tu dia pagarkan.
Aku merempuh pagar pokok mangga orang tu.
Zappppp! Tersiat kulit bahagian atas lengan kiri. Ada la kot dalam 4x1cm luka tu.

Masa accident tu, sikit tak keluar darah, tapi bahagian luka jadi putih. Kulit tersiat.
Pastu baru nampak darah slowly keluar. Tapi tak banyak.
Cepat-cepat aku balik rumah, walaupun pedih aku basuh gak luka tu then sapu Vicks.
Nak jumpa minyak payah sangat, Vicks pun bolehlah.
Dia punya feel pehhhhh! Bagai dunia ini aku yang punya weh. Panas je muka tahan pedih.
Tapi aku senyapkan diri sebab kalau Mak Aji tahu aku accident, lagi pedih kena sebat.

Luka aku tu besar, tapi parut takde.
Padahal BCG aku yang kecik sampai sekarang masih ada parut.
Maksudnya, parut boleh hilang, tak kira besar atau kecil tapi depends on macamana parut tu terbentuk.
Parut aku accident tu flat jadi skin formation selepas tu lebih cantik, that's why tak berparut.
Parut chicken pox and BCG aku kecik je tapi kekal sampai sekarang. Aku syak ada kaitan dengan the depth of damage.

Nak hilangkan parut kena ambil masa, apetah lagi messy scars.
Kalau setakat garis halus atau parut jerawat, insyallah cepat sikit hilangnya.
Kalau jenis parut bonjol macam BCG tu memang payah, takkan hilang kalau setakat pakai krim-krim.

Parut sebenarnya adalah kolagen.
Bila kita luka, benda pertama yang akan keluar adalah darah.
Lepas darah keluar, badan akan form blood clot untuk tahan darah dari terus meleleh.
Bahagian paling atas blood clot akan jadi keruping [scab].
Bahagian bawah blood clot tempat kolagen berkumpul.
Kolagen ni nanti akan replace keruping menjadi parut.

"Tapi kenapa teruk sangat parut ni jadinya?"

Bentuk parut ada kaitan dengan how severe luka kita.
Dalam keadaan darah yang banyak keluar, kolagen akan cepat-cepat produce fibroblast untuk tutup luka.
Kolagen tak kuasa nak buat kerja slow-slow build skin the usual way.
Dia akan produce fiber bertompok-tompok kat luka tu asalkan luka tertutup supaya tak kena infection.

Umpama bumbung rumah kau bocor tengah-tengah hujan lebat, takkan kau nak tunggu kontraktor datang repair bumbung kot? Tak, kan?
Kau just panggil tukang kayu yang boleh tolong tampalkan bumbung tu kejap janji air hujan tak masuk rumah.
Hodoh pun hodoh lah janji rumah tak banjir.
That's why ada luka yang dijahit, puncanya nak reduce gap luka sebab kalau nak tunggu luka kering sendiri, parut yang terhasil mungkin buruk.
Bila gap luka reduced, parut yang bakal terbentuk jadi lebih kecil dan kemas sikit.

So, kalau nak harap Cleansing Gel atau Gloei hilangkan parut tebal - tak akan boleh.
Nak hilangkan parut tebal-tebal ni kena buat skin grafting.
Hanya skin grafting boleh completely remove parut.
Itu pun parut lama je hilang tapi akan ada new parut muncul selepas tu [parut skin graft].
Belum ada technology perubatan untuk hilangkan parut 100%, so just be content dengan parut yang ada.
Tapi kalau setakat parut jerawat atau parut luka akibat menggaru, insyallah Cleansing Gel boleh hilangkan.

Ada jenis parut tak tebal mana pun, macam parut chicken pox aku, kecik je kat pipi.
Tapi tak hilang sepenuhnya pun tapi makin lama makin pale warnanya.
Maybe instead of kau berharap parut hilang terus, just aim untuk warna parut pudar. Itu pun dah ok.



Macam pakwe aku ni ha. Dia ni testimoni Cleansing Gel untuk sunken parut.
Sunken parut tu macam bekas acne and bekas chicken pox.
Ini hasil testimoni En Wan sebelum and selepas guna Cleansing Gel.
Parut belum hilang sepenuhnya, tapi betterlah dari dulu berlubang-lubang pipi.
Complete removal tak pasti boleh ke tak, tapi gradually dah memudar.
Masih lagi guna Cleansing Gel sampai sekarang, ditambah dengan mencekik Gloei kot-kotlah boleh bantu.
Lagi satu perasan tak wrinkles kat mata En Wan pun dah berkurangan?

Bayangkan kulit jantan pun boleh jadi baik, apetah lagi kulit wanita.
So ladies, kita masih ada harapan. Jangan putus asa.
Nak reduce scars kena apply banyak treatment - guna cleanser yang boleh hilangkan parut, makan supplement, eat good food yang boleh increase collagen naturally, apply krim/serum at the same time avoid matahari.
Kulit kita kalau terdedah sangat dengan matahari, healing process jadi lambat.

Ni nak bagitau GreenAard ada pakej baru kat website, iaitu Combo Gloei & Bio Celluose Mask.
Ini pakej khas untuk skin.




Kalau korang masuk website www.greenaard.com, boleh pilih combo ni dari page produk Gloei atau Mask. Dua-dua page ada pilihan untuk combo ni.
Masuk website and nampak kat slideshow, kat setiap slide ada button SEE MORE.
Klik situ nanti dia bawak korang terus ke page. Pilih pakej kat situ.
Tapi kalau nak beli Cleansing Gel khas untuk hilangkan parut-parut jerawat macam En Wan tu silakan ke page Cleansing Gel.

Kalau payah sangat, WHATSAPP SINI.


2020-01-30

Semakin berjaya, semakin ramai musuh


Some say bila semakin berjaya, semakin ramailah musuh.
Adakalanya macam tu lah, tapi tak semestinya.
Cuma kita perlu faham bahawa tak kira apa yang kita buat, pasti ada orang tak suka atau tak setuju dengan cara kita.
Kalau kita tahu kita tak buat apa-apa yang menyakitkan hati dia, buatlah tak reti je.

Benda ni bukan baru. Dari zaman tok nenek dulu dah berlaku.
Samada "kau berjaya tapi ada musuh" ATAU "kau tak berjaya tapi ada kawan".
Jadi, jangan stress sangat bila ada orang tak suka kita.
Tak disukai tak bermakna kita teruk, boleh jadi kita tak disukai sebab dia yang teruk.
Tak ada manusia yang terlepas dari dikata orang lain.
Jangan pernah ingat kita akan terselamat dari mulut orang lain walau sebaik apa pun kita buat.
Jadi kalau diumpat, dihina, dikutuk - itu biasa. Jangan stress sangat.

Itu adalah sebahagian dari hidup.
Rasulullah saw pun ada yang benci, apalagi kita.
Kalau aku, except in certain conditions yang mengharuskan aku defend diri aku, maka aku defend. Tapi kalau just plain hate, biarkan saja. Itu pilihan dia.

Kalau kita betul-betul mencari hikmahnya, pasti nampak ada banyak kebaikan.
Kadang-kadang, pendapat orang yang benci kita tu jujur.
They show us things that are lacking in us.
Berbeza dengan kawan yang sukakan kita, boleh jadi ada yang tak betul kat kita tapi dorang tak sampai hati nak tegur.

Haters umpama coach yang selalu tunjukkan mana yang betul, mana yang salah.
Of course, they could have made it up because of hatred tapi kita boleh filter mana yang betul mana yang fitnah.
Secara tak sengaja menyebabkan kita kerja lebih kuat untuk membuktikan mereka salah.
Orang yang tak puas hati dengan kita ussually they will make fun of us and guess what happens then?
Kita lebih termotivasi untuk berjaya.
At least itu akulah. Tak tahulah orang lain.

Bila dapat tahu ada yang tak sukakan kita, jangan rasa tertekan especially kalau dia takde kena-mengena dengan apa yang kita buat.
Perlu faham yang tak semua orang boleh jadi kawan.
Mesti ada yang jadi lawan, barulah balance.
Tuhan takkan mengizinkan sesuatu berlaku tanpa sebab, tinggal lagi kita yang kena pandai menyingkapi masalah.

Orang-orang macam tu kepakarannya adalah mencari kekurangan diri orang lain.
Jadi, gunakan itu untuk keuntungan diri kita.
No, aku tak perli. This is my honest view tentang kelompok ni.
Actually kalau dorang tak buat check and balance, kita takkan tahu sejauh mana kita boleh bersabar, sejauh mana kita mampu tabah, at the same time mana kita boleh perbaiki diri.
Mereka tu banyak membantu kita jadi lebih baik.
They actually want us to improve to be better tapi dorang tak reti nak sampaikan dengan cara yang lebih polite.
Takpelah, yang penting mesej tu kita dapat.

Sometimes kita dah berubah banyak dah but still ada yang tak kena lagi di mata dorang.
Takpe, that's ok too.
What do you expect, takkan nak suruh dorang berdakwah pulak.
Kepakaran dorang bukan berdakwah. They are experts in making our life a living hell.
Kita takkan bergerak kalau tak diberikan tekanan, jadi wujudnya orang-orang macam ni cause us to be more hardworking and determined. Without them, we won't make it.

Apapun yang dikatakan orang adalah sebahagian dari dirinya tak menjadi threat kepada kita.
The threat to us is our own badness.
Kalau kita jahat kat orang, ini yang akan kembali pada diri sendiri.
Orang nak buat jahat dengan kita, itu urusan dia.
Apa yang dia kata, kalau kita boleh perbaiki, kita perbaiki.
Tapi kalau kata-kata dia bersifat fitnah, biarkan kerana orang yang suka menfitnah fitrahnya tak sukakan kebenaran. Apa pun yang kita cakap, dia takkan percaya, so let them be.
Nasib kita tak ditentukan oleh tulisan orang, atau mulut orang.

Sebalilknya, syukurlah ada orang yang "perihatin" kat kita.
Ini adalah aset kerana mereka siang malam memikirkan kekurangan kita, sedangkan kita hampir takde masa pikir kekurangan sendiri.
Gunakan kesempatan ini untuk muhasabah diri dan berdoa untuk diri sendiri.
Berdoa banyak-banyak minta Allah bagi petunjuk dah kemudahan untuk kita kerjakan urusan dunia and akhirat.
Doa orang yang dizalimi tiada hijab, sebab itulah kita kena pandai menyingkapi ujian Allah.
Kadangkala Allah uji emosi kerana DIA nak kita mendekat kepadaNYA dan mengadu hanya padaNYA.
Kan bagus begitu? Itu petanda Allah peduli dengan kita kerana itulah DIA hantarkan orang-orang yang berniat jahat supaya kita mengadu padaNYA.
Cuba kalau Allah tak peduli, DIA biarkan kita seronok mengutuk sampai kita leka dan terus mengumpul dosa.

Tak ada yang ruginya ada haters, yang rugi itu kalau kita yang jadi haters.
Bersyukurlah bukan kita yang membenci kerana hati yang dipenuhi benci ada emosi negatif yang akan merosakkan diri.
Itu adalah nikmat yang harus disyukuri.
Maka bersyukurlah bahawa kita bukan pembenci seperti dia.

2020-01-29

Sedar diri kita ni menantu


Kita ni bila berkahwin, bermakna kita berkahwin dengan satu keluarga yang baru.
Mana boleh hanya berkahwin dengan anaknya saja, nak tak nak, satu keluarga tu kita kena 'kawen' sekali.
Nak adapt dengan keluarga baru memang tak mudah, tapi tak bermakna tak boleh.
Kalau kena dengan caranya, insyallah, silap-silap kita dianggap seperti anak sendiri.
Ramai blog reader, especially yang duduk sekali dengan mak mertua tanya aku tips macamana aku boleh duduk serumah dengan mak mertua selama 10 tahun dah.

Aku adalah menantu yang duduk dengan mertua di rumah aku sendiri.
Ada menantu yang duduk dengan mertua di rumah mertua.
Mertua dan menantu masing-masing ada perangai sendiri kerana masing-masing adalah orang baru to each other.
Perlukan masa untuk blend.
Itu cara-cara duduk sekali dengan mertua, apetah lagi nak blend dengan ipar duai yang tak duduk sebumbung, lagilah perlukan masa.

Duduk dengan mertua tak mudah.
Duduk dengan ipar duai pun tak mudah.
Tapi kita mesti kembali kepada asas dahulu.
Asasnya, kita sebagai menantu mesti tahu kedudukan kita di mana.

Kena sedar bahawa diri kita adalah menantu - so jangan expect lebih dan jangan melebih-lebih.
Maksudnya, kena sedar diri yang kita adalah orang baru yang masuk ke dalam keluarga dia [suami].
Sebagai orang baru, mesti pandai bawa diri, lebih bertolak-ansur, lebih pandai mengambil hati kerana kita orang baru.
Umpama kita sebagai new staff yang baru lapor diri kerja first day.
Adakah kita yang kena berharap semua orang tegur kita and perkenalkan diri?
Kita ke yang kena harap semua orang buat baik kat kita?
NO.
Kita yang kena bermanis muka, kita yang kena buat baik, kita yang kena cari kawan, kita yang kena perkenalkan diri. Ini common sense namanya.

Masalahnya, ada menantu merasakan dia adalah orang penting yang layak dapat special treatment dari keluarga mertua kerana dia adalah orang baru.
This is so wrong.
Mereka dah bersama-sama sekeluarga selama hampir 25-30 tahun. Bond mereka dah kuat.
Walau bergaduh macamana pun, dalam hati masing-masing ada soft spot kerana masing-masing adalah darah daging. Pepatah kata "air dicincang takkan putus".
Kita pula sebagai orang baru dalam that family jangan nak mengganggu the sistem apetah lagi nak ubah the whole system.
Sebaliknya, kita yang kena adapt dengan sistem tu.
Kalau rasa-rasa tak boleh adapt, sila keluar. Duduk asing.
Ini tak, dah lah masuk dalam family tu, duduk rumah mertua, tapi nak buat perangai sendiri.
Rumah tu sebelum kita join, dah ada sistemnya. Jangan memandai-mandai nak ubah ikut selera kita.

Mak mertua aku duduk rumah aku, dia takde pandai-pandai nak control rumah tu.
Begitu juga aku kalau balik Tganu, aku respect itu rumah mak.
Kalau En Wan adik-beradik duduk bersembang bincang hal keluarga, aku akan angkat bontot masuk bilik.
Bukan dorang tak anggap aku keluarga, tapi aku bagi ruang pada dorang adik-beradik.
En Wan pun macam tu, kalau aku adik-beradik duduk bincang apa-apa, dia akan duduk jauh.
Masing-masing faham ini hal keluarga.
Bukan nak asingkan anak and menantu, tapi sebagai orang baru [walaupun dah kawen 20 tahun], kita kena ada common sense sikit.

Di Tganu, aku jadi adik ipar.
Di Bangi, En Wan jadi abang ipar.
Tak kiralah samada kita jadi adik ipar atau jadi kakak ipar, itu bukan tiket untuk kita jadi manja atau bossy.


1. Letakkan diri kita di tempat keluarga mertua

Sebelum kita question sistem yang sedia ada, letakkan diri kita di tempat mereka. Jangan expect kita difahami, tetapi kita yang mesti memahami. Contohnya, keluarga mertua tak biasa solat berjemaah waktu Maghrib sedangkan kita biasa berjemaah complete dengan tazkirah Maghrib bagai. Kenal pasti dulu kenapa mereka tak berjemaah, boleh jadi masa muda-muda dulu ayah kerja jauh, jadi ayah selalu solat dulu di ofis baru balik ke rumah. Mereka tak biasa berjemaah Maghrib. Kalau kita nak mulakan solat berjemaah boleh, silakan, tapi mulakan dengan keluarga kita dahulu, maksudnya mulakan dengan suami dan anak-anak kita sahaja. Jangan paksa orang lain ikut sama. Nak berdakwah kena ada adab ya. Insyallah sikit demi sikit akan jadi ikutan. Tak perlu nak rombak sekaligus kebiasaan yang dah biasa. Hormat sikit itu rumah orang, keluarga orang, cara orang.


2. Banyakkan menghulur dan membantu

Adat duduk rumah orang, jangan berat sangat tulang tu. Kalau sebagai tetamu pun kita kena ada budi bahasa tolong angkat pinggan mangkuk ke dapur, lagikan pula sebagai menantu, mesti lebih lagi budi bahasanya. Kalau kat rumah mertua kita malas, apa jaminannya kat rumah sendiri esok kita rajin? Jangan haraplah. Orang kalau semulajadi rajin dan ada common sense, tak kira di mana pun dia, tetap rajin. Tapi kalau dah dasar pemalas tu jangan haraplah di rumah sendiri nak rajin, silap-silap berkerak.

Tangan tu biar rajin sikit menyapu rumah. Pantat tu jangan berat sangat nak membantu mertua kat dapur. Kalau tak sempat tolong masak, offer diri untuk basuh pinggan-mangkuk and kemas dapur lepas makan. Kalau mertua dah tolong basuhkan baju, apa salahnya baju kita lipatkan pula. Ini tak, basuh malas, menyidai pun tak, takkan melipat coli kita pun mertua buatkan. Kalau tak sempat nak membantu kerja rumah, bantulah dari segi kewangan. Belikan barang-barang dapur setiap minggu. Tak pun bayarkan bil letrik, air. Tahulah itu rumah mertua bukan rumah sewa, tapi tergamak ke nak duduk free-free? Kalau rasa semua benda pun malas buat, please hire weekly bibik datang kemas-kemaskan rumah. At least seminggu sekali ada orang sapu sawang, basuhkan longkang, basuhkan porch, basuhkan bilik air. Kalau semua pun tak boleh buat, patutnya dari awal tak payah kawen.


3. Kongsi pandangan

Hat ni kena hati-hati. Sebagai menantu, walaupun kita dah kawen 30 tahun lamanya, jangan memandai-mandai nak bagi pandangan kalau tak diminta, especially berkenaan urusan keluarga. Dorang tu sesama adik-beradik kalau bertelagah pun boleh baik semula tapi kalau menantu dah bertelagah dengan ipar-duai, buruk padahnya. Kalau kita ada pandangan, maybe boleh share dengan spouse. Spouse adalah wakil keluarga mertua, kalau kita share pandangan kita dengan dia, sekiranya pendapat tu boleh pakai, dah tentu spouse akan suarakan. Kalau tak sesuai dipakai, spouse orang pertama yang akan reject because he is part of the family, he knows what is best for his family. Melainkan mak mertua minta pandangan kita, silakan. Kalau tak, jangan kita melebih sudu dari kuah pulak.


4. Jaga cara bercakap

Jangan cakap lepas. Bukan semua orang mulut lantang macam kita. Hati manusia mudah berbolak-balik. Walaupun orang tu nampak macam kasar, macam cool, hakikatnya selembut mana pun teguran, sakitnya tetap ada. Jadi mulut tu jaga sikit dengan mertua and ipar duai. Jangan ingat mentang-mentang kita kakak ipar maka kita ada hak nak sound adik-adik ipar. Biarkan tugas menegur ni suami kita buat. Apa-apa yang kita rasa perlu ditegur, sampaikan dulu pada suami. Suami kita tu abang kepada adik-adiknya, dah tentu dia lebih memahami adik-adik sendiri. Ada beza tau kalau ipar-duai menegur berbanding adik-beradik sendiri yang menegur. Ipar-ipar kalau menegur walau cakap berlapik pun boleh sentap tapi kalau adik-beradik sendiri yang menegur sambil tunjal kepala pun ok lagi.


5. Jangan libatkan pasangan

Kalau kita terasa hati, jangan hasut suami kita untuk sentap sekali. Nak mengadu boleh, tapi jangan jadi batu api pulak. Jangan letakkan suami dalam situasi serba-salah. Kalau kita tak tahan sangat dengan ipar-duai, pujuk suami untuk pindah, bukannya kau jadi batu api sampai porak-peranda keluarga orang tu dibuatnya. That's why bila dah kawen, sebaik-baiknya duduk rumah sendiri. Buruk-buruk pun rumah kita. Bukan apa, bila datang sesekali selalunya kita nampak yang manis-manis je. Tapi bila duduk bersama bertahun-tahun memang banyak yang kita tak berkenan. Jangan kata perangai orang, kita sendiri ada perangainya. Macamana bertahun pun kita duduk bersama mertua dan ipar duai, takkan sama bond-nya antara mereka adik-beradik. Dorang sesama dorang kalau bertekak pun, satu masa akan baik semula macam takde apa jadi. Tapi kalau satu kali ipar bergaduh dengan keluarga mertua, akan jadi bahan bercerita sampai 7 generasi. Ini normal, jadi kita sebagai menantu kena pandai kawal diri. Kena sedar kedudukan kita sebagai "orang baru".


6. Jangan jadi batu api

Bila tak boleh hasut pasangan, jangan pulak kita jadi batu api menghasut sedara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Share masalah boleh, sekadar meminta pandangan pihak ketiga tapi tak perlu jadi batu api. Kadang-kadang kita ni mengadu bukan nak cari jalan penyelesaian tapi cari jalan nak menangkan kehendak sendiri. Jangan keruhkan keadaan. Again, berbalik kepada yang asas - sedar diri. Nak pulak kalau kita duduk rumah mertua, pasakkan dalam kepala tu bahawa kita duduk rumah orang. Jadi, banyak perkara kita kena tolak-ansur. This is common sense.


7. Bantu selagi boleh

Dah nama duduk sekali, janganlah berkira sangat. Kalau bulan puasa tu beli makanan, belilah lebih. Jangan beli untuk isi tembolok kita anak-beranak je. Dah nama duduk serumah kan, makan pun sama-sama, apa salahnya beli lebih. Aku kalau bab makanan and sponsor always ke depan. Bukan apa, aku kan sejenis enjoy food. Of course lah aku nak makanan yang sedap-sedap, that's why kalau bab sponsor makanan je aku nombor satu. Kalau aku order mesti sedap punya. Hahaha.

Lagi satu, kalau adik ipar bercuti dengan mak, hulur-hulurlah duit kat adik tu buat top-up expenses bercuti. Kita dah lah tak bawa mertua bercuti, apa salahnya hulur RM100-200 kat adik tu buat belanja mertua berjalan-jalan. Alah, benda macam ni patut tak payah ajarlah.


8. Sokong each other

Be proud dengan family mertua. Yang buruk simpan, highlite kebaikkannya. Jangan nak kondem 24/7 sebab bodohnya nampak kat kita juga. Ye lah, maunya tak. Kita kondem keluarga mertua, tapi kita stay lagi dalam keluarga yang kita kondem tu. Tak ke pelik tu? As if kau kutuk company kau tapi kau stay lagi di company yang sama. Akai mana? Kepala lututkah?

Lagi satu, jangan nak jadi hebat sorang-sorang. Support ahli keluarga biar sama-sama jadi hebat. Kat celah mana seronoknya kalau kita saja yang hebat? Kita hebat bila boleh empower ahli keluarga lain untuk jadi sama-sama hebat. Bukan nak suruh semua ahli keluarga jadi jutawan tapi biar kita saling menyokong antara satu sama lain walaupun ipar duai. Jadilah seorang influencer, bukan condemner.

Ok ni aku bukan nak brag, but this story I must tell. Pembaca blog ni tahu En Wan ada sorang lagi mak. Arwah ayah kawen 2. Sejak arwah ayah kawen dengan mak nombor 2 [Mok Ndong], En Wan tak pernah pegi jumpa adik-adik and mak nombor 2 ni. Dari En Wan sekolah rendah membawa sampai kawen. Tahun pertama aku kawen, aku beraya di Tganu. Arwah ayah ajak jemput aku ke rumah Mok Ndong sebab nak kenalkan menantu hantu yang baru ni. En Wan duduk dalam kereta tak nak keluar! Aku ingat lagi Mok Ndong tanya Kak Long [masa tu Kak Long teman aku masuk ke rumah], "Adik Ayie mana?". Kak Long jawab "Biasalah dia....". Senyum kelat je Mok Ndong, malu agaknya dengan aku. Lepas tu aku start pujuk pujuk pujuk En Wan. Tak lama lepas tu, balik hujung tahun, En Wan dah boleh bersalam dengan Mok Ndong. Siap bagi duit lagi. First time Mok Ndong dapat duit dari En Wan, muka dia terperanjat sangat. Meleleh air mata arwah ayah. Kak Long sendiri cakap kat aku "Sebab kawen dengan Diana, abang boleh terima Mok Ndong". Maybe salah satu punca kenapa arwah ayah setiap kali peluk aku akan menangis, boleh jadi sebab ni. Tahun kedua aku kawen, arwah ayah meninggal. Aku lega sebelum arwah ayah pergi, dia dapat tengok En Wan terima Mok Ndong sebagai family. My point is, be an influencer, bukan condemner. Kalau tak boleh menyokong, jangan berdengki. Kalau tak boleh menyatukan keluarga, jangan memecahbelahkan keluarga!


9. Jangan buka aib di media sosial

Hidup zaman internet ni, banyak benda kena pandang. Jangan sebab perangai mengarut kita suka mengadu hal kat media sosial, keadaan akan bertambah keruh. Mengadu kat media sosial tak jadi apa, malah menampakkan kecetekkan fikiran kita lagi ada. Ye lah, kau mengadu kat media sosial, masalah kau selesai ke? Allah akan hantarkan ujian buat kita melalui orang yang terdekat dengan kita. DIA uji kita dengan sikap suami, sikap anak-anak, ofismate, mertua, etc. Ujian kita selalunya datang dari orang yang hampir dengan kita, tak jauh mana. Jadi kenapa nak mengadu kat media sosial? Kalau balik-balik kita rasa stress dengan orang lain, buatlah solat taubat banyak-banyak. Lama sangat dah kita sakitkan hati orang tanpa kita sedar, tu pasal kejap-kejap kita je rasa stress. Bangun malam mengadu kat Allah. Kadang Allah hantarkan ujian kat kita bukan untuk kita ubah perangai orang lain tapi ubah perangai sendiri. Masalah dalam keluarga walaupun keluarga mertua seharusnya disimpan rapat-rapat, bila terkuak dah jadi umpatan orang luar. Ni namanya menelanjangkan diri sendiri tanpa sedar. Plan asal nak memburukkan ipar duai, ujung-ujung perangai buruk sendiri lagi banyak diceritakan orang.


2020-01-28

Old Flame


Last week post aku pasal kisah dalam komuter, bukan main ramai DM aku mintak cerita lagi pasal mamat Kuching yang aku jumpa kat LRT.
Aku dah agak dahhh...benda-benda macam ni orang memang suka dengar.
Manusia memang suka kisah-kisah cinta bak Cinderella - jumpa lelaki hot, hensem, bijak, kaya, romantik - alahaii...memang 1 dalam 1000 nak jumpa gini.

Kalaulah korang ada crush macam mamat Kuching tu, after 20 years berjumpa balik, apa agaknya respond korang?

Kadang-kadang bila dengar cerita kes cerai disebabkan suami/isteri terjumpa balik dengan old flame, kita mudah panas hati.
Macam-macam kecaman kita lemparkan kat si perampas.
Tapi percayalah cakap aku, hakikatnya kita semua tahu bukan mudah nak lupa kisah cinta lama especially crush.
Walaupun sekarang dah beranak 4-5, tapi kalau old flame tiba-tiba muncul balik, boleh bergoyang.
Nak pulak kalau punca kita berpisah dengan dia dulu bukanlah kerana kita mahu berpisah.

Kebanyakkan lelaki wish dapat rekindle semua dengan old flame, walau sebaik mana pun isterinya sekarang sebab lelaki tahu mereka ada kuota untuk diisi.
Sebaliknya perempuan jarang nak patah balik ke old flame melainkan rumahtangga tak bahagia.
Kalau perempuan masih terkenangkan old flame, itu tandanya ada yang tak betul dengan hubungannya with suami.

Aku always rasa kalaulah suami/bf dah mula sukakan orang lain, better biarkan je.
I mean samada kau pilih untuk menerima orang ketiga tu [iaitu sabar], atau kau mintak cerai.
Because kalau kau halang, possibility untuk relation tu putus sangat tipis.
Kau end up jadi saiko asyik nak stalk laki kau 24 jam, nak kelebet henfon dia 24 jam, nak track ke mana dia pegi...oii letih!
Jalan mudah, kau bersabar dan terima seadanya atau kau berpisah.
Kau bagi je lah laki kau kat dia, tapi jangan bagi bodoh-bodoh gitu.
Letakkan syarat seperti halau dia dari ofis. [Kahkahkah].

Magnet old flame ni jangan dibuat main-main.
Kita yang takde kena-mengena ni memang boleh cakap apa saja - perampas, tak kenang budi isteri, gatal - hakikatnya kita tak tau kisah cinta dorang dulu macamana.
Boleh jadi kenangan cinta dorang dulu sangat hebat sampai susah nak lupa.
Boleh jadi dorang terpisah sebab ada tentangan keluarga.
Boleh jadi hubungan mereka terpisah atas faktor salah faham.
Kau kena banyak cerita Hindustan untuk memahami situasi ni. Serious.
First love tends to leave a big emotional imprint.
Pengalaman cinta pertama ni sangat powerful. Memorinya kekal.

Dulu pernah viral kisah sepasang suami isteri yang bercerai sebab suaminya nak kahwin dengan old flame.
Isterinya kata suami sangat baik, penyayang walaupun dah dalam mood nak kawen dengan old flame, suami masih penyayang pada dia.
Tapi dia tak boleh terima suami nak kawen lain, jadi dia minta dilepaskan.
Akhirnya, bila dilepaskan, isteri cakap tak boleh lupa suami sebab suami sangat baik.
Dan seperti biasa netizen menerakakan old flame tersebut, tanpa mengetahui kisah sebenar.
Kalau ikut cerita si isteri, suaminya pernah kecewa dengan exgf sebab exgf berkahwin pilihan keluarga.

See?
Kita tak tahu apa puncanya kasih mereka bertaut kembali.
Perhubungan yang terpisah dengan paksaan sedangkan hati masih cinta memang sangat payah nak dilupakan.

"Tapi, dengan isteri sekarang dah bahagia, ada anak-anak. Kenapa masih nak ingat cinta lama?".

Kat situlah silapnya kita.
Dah beranak pinak belum tentu lagi indicator kebahagiaan.
Berapa ramai yang masih kekal bersama, anak-anak dah 3-4 orang tapi betul ke bahagia?
Ramai yang bekahwin 10-20 tahun tapi bahagianya cuma 2-3 tahun yang pertama saja.
Tahun-tahun yang selebihnya hanya mempertahankan hubungan kerana dah ada anak, kerana anak sedang membesar, kerana dah berusia dan kerana dah malas nak start all over again.
Sayang memanglah sayang, tapi dah tak macam awal-awal dulu.
Some couples tak happy pun dengan rumahtangga but they are afraid to confront it ataupun malas nak panjangkan cerita.
Bila old flame terpacul balik, there you go!

Kadang-kadang kita tengok si A kawen dengan si B.
Si B tu dengan boroinya, dengan berkeladaknya, rambut dah sulah.
Entah celah manalah yang terpesonanya si B kat si A ni.
Dan kita kata "Sebab A ada duit! Cuba kalau takde duit".

Belum tentu lagi dia suka kerana duit.
Check history. Entah-entah dorang tu pernah bercinta dulu sebelum masing-masing kawen dengan orang lain.
Tak pun si B adalah crush si lelaki. Maunya tak bergoyang tetiba jumpa balik crush lama?

Pernah tengok movie Suamiku Mr Perferct 10, kan?
Yang Lisa Surihani & Aaron Aziz berlakon.
Cerita tu tentang Aaron jatuh cinta dengan Lisa walaupun dia dah bertunang.
Lisa pun tahu Aaron dah bertunang. Tapi sebab cinta, maka mereka tetap nak bercinta juga.

In realiti, kalaulah kisah macam ni diviralkan, mampus dah si Lisa tu kena kecam dengan netizen.
Tapi sebab kita tahu cerita disebaliknya, maka semua pun redha dengan ke-sweet-an mereka berdua, kan?
You get what I mean?

"Kak Di ada old flame?"

Ada. Crush time skolah.
Bagus sebenarnya ada crush time skolah, sebab itulah pemangkin bangun pi skolah.
Payah nak bangun pagi-pagi kalau takde BIG WHY.
Big Why aku dulu adalah crush aku.
Besar jasa dia pada aku. Kalau takde dia mungkin aku tak habis skolah. Hahaha.

Masa kat skolah, crush aku dah gf. Aku hanyalah posmen beliau je. Tapi posmen ini tetap bahagia.
Walau tak dapat couple dengan crush, dapat jumpa untuk ambil dan hantar pesanan pun jadiklah.
Steady je aku bercrush tanpa sorang pun tahu siapa crush aku sebab aku sejenis sardin.
Crush bersuap-suap ABC depan muka aku aku boleh rilek. Macamkan aku teman dorang berdating pulak. Takde hal.

Yang jadi masalahnya, bila aku dah ada kat U, barulah si crush nak confess kat aku. Ya Allah sakitnya hati!
Bukan apa, dulu aku ni layak jadi posmen kau je.
Bila aku dah ada bf masa tu lah kau datang.
Kalau ikutkan hati memang aku gi kat dia tapi masa tu ada dah ada bf.
Bf aku masa tu belum buat perangai lagi, aku tengah bahagia time tu jadi dengan tenangnya aku tolak offer crush aku.
Tu pasal aku cakap orang pompuan kalau dah bahagia, Johny Depp datang melutut pun dia boleh reject. Tapi kalau dia tak bahagia, memang bye-bye lah.

Jujurnya, first love memang special.
Mana boleh lupa first met, the first conversation, the first phone calls?
Takkan boleh sama dengan love-love yang selepas tu.
Tapi tak bermakna kita mesti mengenang all the time.
Selalunya first love adalah pengalaman pertama kita handle such emotion, consciously.
Bila kenangan dikaitkan dengan emosi, otak akan store kenangan tu untuk jangka masa yang panjang.
Kenangan ni menjadi kekal, tak pernah mati.
Memandangkan kenangan tu tak pernah mati, it is very unlikely to forget the person.
That person akan jadi benchmark untuk kita pilih next pasangan.
Boleh jadi benchmark untuk kita memilih sebaik dia atau lebih baik dari dia but we won't forget that person.
Tipulah kalau ada yang kata dia dah lupa cinta pertama.
To me, I would say that kebanyakkan kita tak pernah lupa first love but manage to 'hidup bersama" that person.
Maksudnya kita boleh teruskan hidup dengan pasangan sekarang dengan baik at the same time masih tak lupa kenangan lama.
That's why kalau boleh elakkanlah peluang-peluang yang boleh buatkan kita berjumpa balik dengan first love because we never know if  'percikan kimia' akan berlaku lagi sekali.


2020-01-24

Blessed



Everytime kita bercakap tentang "blessed", most of the time kita mengaitkan dengan perkara-perkara baik yang berlaku kepada kita.
Maybe dapat naik pangkat, lantas "I am blessed".
Atau dapat sales yang banyak, lantas "I am blessed".
Atau bebas dari penyakit, lantas "I am blessed".
Mudah untuk seronok dan bersyukur when things are going our way.
Tapi macamana respond kita bila berdepan dengan difficult times?
Contohnya, company downsizing, anak sakit atau putus tunang.
Kat mana blessings-nya?

Bila dengar someone ditimpa musibah, pasti ada yang cakap "Sabarlah, ada hikmahnya".
Tapi untuk yang menanggung, mesti tertanya mana hikmahnya? Apa hikmahnya?

At some point, kita semua akan lalui moment-moment kepayahan dan gelap ni.
Maybe ujian kesakitan, break off dengan kekasih, masalah rumahtangga, penceraian, masalah anak-anak.
Ketika inilah mudah untuk kita rasa putus asa. Kalau tak betul-betul dijaga, iman boleh lari.

Hakikatnya, itulah cara Allah jadikan kita lebih kuat.
Itu saja caranya untuk kita berkembang dan menjadi lebih baik dari sebelum.
Kita takkan grow dalam keadaan serba-serbi mudah. Never.
Umpama biji benih kalau diletakkan atas meja dengan suhu dingin, takkan jadi apa.
Biji benih tu mesti ditanam dalam tanah, dalam keadaan gelap, barulah dia berkembang.
In the same way, ada 'biji benih' dalam diri kita - cita-cita, talent, potential - yang hanya akan berkembang bila berdepan dengan 'kegelapan'.

Sejarah membuktikan semua nama-nama besar yang hebat, bermula dengan zaman gelap terlebih dulu.
Contohnya Nabi Musa.
Nabi Musa pernah bunuh seorang lelaki Mesir secara tak sengaja.

Kisahnya, dia nampak ada pertelagahan antara dua lelaki dan cuba untuk settlekan.
Tak tahulah macamana, akibat marah sangat dengan salah sorang, dia tumbuk lelaki tu mati.
Nabi Musa sangat-sangat rasa bersalah dan mengasingkan diri.
Dalam tempoh tu dia minta ampun pada Allah, dia muhasabah diri, menginsafi diri dan belajar sabar serta kuat.
Rupanya tempoh gelap itu Allah sedang prepare dirinya menjadi orang yang berkarakter kerana Allah mahu dia memimpin pasukan menentang Firaun.
Nak berdepan dengan Firaun bukan boleh sebarang orang.
Pada waktu 'gelap' itulah Allah persiapkan Nabi Musa.

Kita hanya akan grow bila dalam kesempitan, kepayahan dan kesusahan.
Kerana dalam keadaan begini selalunya kita jadi lebih berani, lebih berdaya saing, lebih kuat, lebih tabah.

Dalam keadaan aku tak ada pilihan lain melainkan teruskan saja bisnes aku, barulah aku nampak  sebenarnya aku mampu buat lebih daripada apa yang aku sangka.
Aku mampu redah call potential customer untuk buat appointment nak promote produk.
Aku mampu tebalkan muka ketuk dari satu pintu ke satu pintu makmal untuk jumpa pegawai sains nak perkenalkan produk aku.
Tu belum lagi dapat customer kerek yang aku belum cakap apa-apa pun, baru menjengahkan kepala kat pintu dia dah "No, no. I'm not interested. Already have my trusted brand".

Pengalaman aku tebalkan muka merayu pada customer untuk benarkan aku jumpa dia 5 minit, ini paling aku takleh lupa.
Mula-mula ajak jumpa, entah sape yang melobi dia, jauh-jauh aku drive 4 jam, dah sampai sana sekali dia taknak jumpa aku. Semua dah decide katanya.
Aku dah sampai di ofis dia baru dia nak cakap takyah jumpa.
Aku tebalkan muka merayu dalam 5-6 minit jugalah sebelum dia setuju.
Akhirnya meeting 5 minit tu jadi purchase bernilai jutaan ringgit.
Sometimes all you need is a few minutes of embarassing bravery.
Insyallah, something great will come out of it.

Menjadi seorang sales person banyak dark moments yang aku lalui.
Sometimes duduk dalam kereta menangis sorang-sorang sebab customer refuse to jumpa.
Sometimes menangis sambil mempersoalkan balik pilihan yang aku buat.
Sometimes sepanjang perjalanan driving aku menung pikir hala tuju kerjaya aku, tau-tau kereta dan senget ke tepi sikit lagi nak langgar divider.
Waktu tidur, masa inilah paling mudah nak mengalir airmata mengenangkan nasib.
Umur dah 31-32 waktu tu, orang lain dah gaji RM5K, aku backwards patah balik ke gaji RM1500.
Orang lain dah selesa dengan kerjaya, aku baru nak membina kerjaya.

Tapi tulah, dalam situasi payah macam inilah, karakter kita dibentuk.
Pada ketika inilah kita belajar yakin pada kemampuan diri, belajar tabah dan belajar mendekatkan diri pada Allah.
Selalunya dalam keadaan senang jarang kita nak beria-ia beribadat, apetah lagi nak beria berdoa sampai menjejes-jejes airmata.
Kesungguhan dalam berdoa tu hanya datang dalam waktu susah.
Masa ni lah kita reevaluate our priorities, kita slow down kerjaya dan mula take time untuk family, kan?
At least, itulah yang aku buat dulu.

Bila kita pernah berada di level paling bawah dalam hidup, kita takkan komplen dah pada small-small inconveniences like ada orang tak suka kita, ada orang cakap belakang pasal kita, atau ada orang tak nak kawan dengan kita.
Tak kuasa dah nak layan benda-benda simple macam ni because we have been through too much already.

There are some lessons yang kita hanya dapat bila berada dalam situasi sukar.
Keupayaan kita ditambah hanya apabila kita melalui situasi macam ni.
Tak nak ada haters, tak nak ada masalah, tak nak ada lawan - sounds good tapi hidup yang smooth boleh menjejaskan perkembangan diri.
Our highest potential takkan dicapai dalam keadaan santai dan serba-serbi senang.

Nabi Daud, sejak dari kecil menjadi pengembala kambing padahal dia teringin nak bermain-main dengan kawan-kawan.
Boleh bayang tgak how frustrated he was asyik kena jaga kambing everyday seolah-olah takde future.
Tapi semasa mengembala itulah Allah prepare dia menjadi seorang bakal raja.
Sambil-sambil menjaga kambing,dia belajar-belajar melastik.
Akhirnya dengan skill lastik tu dia bunuh Raja Jalut dan akhirnya Nabi Daud ditabal menjadi Raja.

Selepas dia berjaya membunuh Raja Jalut, those yang butthurt cakap Nabi Daud was an overnight success, but the truth is, it didn't happen overnight.
Bertahun-tahun dia membina skill melastik tu.
Menjaga kambing tu pun dah umpama melatih diri jadi peka, amanah dan umpama mentadbir sebuah team yang besar.
Nak jadi sharp shooter lastik batu bukan boleh master dalam masa sebulan dua.
Tapi biasalah kan butthurt will always hurt.

Bila kita berada di puncak kejayaan dan kesenangan, mudah untuk kita bersangka baik dengan Allah.
Terasa Allah benar-benar mendengar doa kita, terasa Allah benar-benar wujud.
Cuba sekali kena uji, cepat betul bersangka buruk.
Especially bila break off dengan boy friend, payah betul nak hadam nasihat "Allah nak bagi kau yang lebih baik".
Rasa nak tengking je yang bercakap tu "Mana? Mana yang lebih baik?"

Tapi tu lah, nak cakap lebih-lebih pun, orang takkan percaya.
Yang pernah melaluinya saja yang tahu.
I can tell you firsthand - I'm a living witness.
Kalau kita sabar the dark moments ni, lalui proses ini dengan tenang, keep moving forward, insyallah Allah akan bawa somebody who is better than you ever imagined, somebody yang lebih baik, lebih loving, lebih memahami.

Atau perhaps kita sedang ada masalah duit, ada setback, client lari, customer makin sikit - and we are wondering "Sampai bila nak macam ni? Bila nak kaya?"
Insyallah, someday we will see breakthrough.
Jangan berputus harap, jangan putus asa. Selagi kita tak putus ada, peluang masih ada.

Beranilah untuk percaya Allah. DIA tahu apa DIA buat.
Dia tak hantar kesusahan saja-saja.
Sebaliknya DIA hantarkan kesusahan tu to bring out the greatness within us.
It's just a matter of time.






2020-01-23

Exercise tak akan turunkan berat badan dengan banyak


Setiap tahun, azam tahun baru yang paling popular adalah Nak Kurus.
Untuk tujuan ini ramai anggap exercise adalah key ingredient untuk kurus.
That's why bukan sikit-sikit orang yang mengadu. 

"Saya pergi gym 3 kali seminggu, tapi berat tak turun-turun juga".
"Saya jogging every morning, tapi berat badan turun 1kg je seminggu. Letih macam ni".

Dengar sini.

Kalau nak azam tu berjaya, ada benda yang kita kena tahu iaitu - Diet is far more important than exercise.

Kalau nak sihat, yes, silakan rajin bersenam atau buat banyak aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh.
Tapi kalau nak kurus, nak turunkan berat, tak boleh harap pada bersenam semata-mata.
Portion terbesar untuk kuruskan badan adalah kawal makan.
Kalori yang digunakan semasa bersenam tak sebanyak effort yang kita keluarkan.
That's why ramai yang ingat bila hari-hari jogging, berat confirm turun cepat maybe seminggu turun 2-3kg.

Nan hado.

Kalori yang dibakar masa exercise bergantung pada banyak faktor.
Bergantung pada pace larian dan pada size badan.
Kalau jogging 10 minit - berjalan - jogging lagi 10 minit - jalan - selama 30 minit macam ni, kalori yang dibakar around 230 only.
230 kalori ni jumlah 2 biji karipap.
By right, kalau hari tu kau kurangkan makan 230 kalori pun dah sama macam kau jogging 30 minit.
What you omit from your diet is so much more important than how much you exercise.

Bukanlah maksudnya tak perlu exercise lansung, tetapi kalau fokus kita lebih menjurus kepada losing weight maka jangan letakkan harapan yang tinggi pada exercise.
However, banyak benefit kita bakal dapat dari exercise antaranya jantung sihat, peredaran darah jadi lebih baik, digestion sistem lebih bagus, dapatkan hilangkan stress dan perbaiki mood.
Cuma kalau nak bergantung pada exercise semata-mata untuk kurus memang payahlah sikit sebab hari-hari kita masih makan.
Sometimes, apa yang kita makan jauh lebih banyak kalorinya daripada kalori kita bersenam.

Ok, ni aku lukis biar mudah nampak :



Kalori yang masuk dalam badan kita [100% dari makanan] akan digunakan untuk 3 perkara :

1. Metabolik Asas.
Yang ni tak perlu buat apa-apa, walau kau terbaring sekalipun, portion 60-80% ni tetap akan digunakan sebab ini tenaga untuk jantung pam darah, untuk fungsi otak berjalan dengan baik and breathing system. That's why kalau makan tak cukup, otak jadi benak sikit. Tak berapa boleh fokus. Perasan tak kalau kita fokus mengadap artikel/buku/reading atau kerja menggunakan banyak fungsi otak, lebih cepat lapar.

2. Penghadaman.
10% dari jumlah kalori akan digunakan untuk digest makanan. Sikit je guna untuk ni.

3. Aktiviti.
10-30% dari jumlah kalori yang kita makan digunakan untuk pergerakan/aktiviti. Ini termasuklah berjalan, berlari, menaip dan formal exercise.


10-30% kita gunakan untuk pergerakan seharian [semua jenis pergerakan].
Boleh jadi out of this, hanya 5-15% je kalori yang kita guna untuk formal exercise.
Bukanlah maksudnya it's nothing, but it's not nearly equal to your food intake which accounts for 100% of the energy intake of the body.
Jadi janganlah ingat bersenam hari-hari tu dah boleh kurus. No.
Nak kurus, it's a combination of aktviti DAN kawal makan.
Belum tentu bersenam boleh buat badan kita kurus tapi kalau kawal makan, PASTI kurus.

Contoh, pisang goreng 1 biji dah 170 kalori.
Pernah ke kita makan pisang goreng setakat sebiji?
Haruslah berbiji-biji.

Kerepek pisang 3 keping dah 40 kalori.
Pernah ke kita makan kerepek pisang setakat 3 keping?
Haruslah setengah balang, nak-nak lagi mengunyah sambil tengok TV, tau-tau settle sebalang.

Orang yang beratnya 80kg, kalau jogging 6km pada pace sederhana, dia akan burn kalori sekitar 200 kalori.
Petang tu kau makan sebiji pisang goreng, there goes kau punya kalori jogging pagi tadi.
Just imagine lepas jogging makan nasi lemak? Gone baby...gone! Hahaha.

Yang mengadu kat aku berat tak turun, aku minta dia senaraikan apa benda dia makan sepanjang hari, ada yang cakap "Pisang goreng saya makan 2 je kalau minum petang. Kadang-kadang kepok lekor 2 je".
Aku senyum je lah.

Belum tentu makanan yang light tu menguruskan badan.
Selalunya menambahkan berat badan.
Aku always pesan "Makan nasi. Makan nasi with lauk pauk".
Nasi akan buatkan kita lebih full dan kenyang, jadi tak terasa nak kudap-kudap.
Tapi degil, taknak dengar cakap.

Walaupun kita bersenam setiap hari, kita masih perlu kawal makan kerana selalunya kita akan makan lebih banyak kalori dari yang kita gunakan.
Proses nak kurus ni bukan sekelip mata.
Ia melibatkan proses yang panjang.
Dah bersenam, masih kena kawal makan.
Dah makan GC Plus, masih kena kawal makan.
Because semua tu adalah satu kombinasi untuk mempercepatkan lagi progress nak kurus.

Badan kita ni, kalau nak turunkan berat 430 gram, kita kena kurangkan 500 kalori selama 7 hari berturut-turut. That's science.
430g tu adalah body fat. Bukan air.

Contohnya, selama ni biasa makan 1800 kalori setiap hari.
Cuba cut 500 kalori setiap hari selama 7 hari, nescaya hari ke lapan tu berat kau turun 430 gram.

"Habis, yang 10 hari turun 5kg tu apa ya?"

Hat tu air yang turun, bukan lemak.
Lemak takkan hilang dengan cepat. Jangan terpedaya dengan penimbang.
Penimbang indicates berat total badan tapi penimbang tak boleh bagitau what type of tissue comprises that weight samada yang hilang tu berat lemak atau berat otot.

Ada orang cut makan kaw-kaw sampai less than 1000 kalori.
Berat dia memang turun, tapi once dia start makan macam biasa, badan dia naik mendadak. Why?
Sebab selama ni yang turun adalah berat otot, manakala body fat stay.
Bila kita berdiet dengan cara yang tak betul [kawal makan sangat-sangat], otot akan mengecut.
Bila otot mengecut dah tentulah berat penimbang menurun. Kita pun happy sangat.
Padahal bila otot mengecut maknanya lemak makin kurang dibakar kerana yang membakar lemak adalah otot.
Jadi, lemak dalam badan masih banyak sebab otot dah menipis.

Ada juga yang guna method - exercise kaw-kaw + kurangkan makan kaw-kaw.
Dengan harapan berat lagi cepat turun. Hasilnya? Nan hado.
Kerana bila kita cut makan sangat-sangat, badan akan block lemak simpanan dalam badan.
Badan anggap kita sedang berada dalam zon kebuluran jadi dia simpan lemak supaya boleh guna lebih lama.
Hasilnya, otot kita mengecut.
Bila otot mengecut, berat badan menurun.
Kita pun "YEAYY!!! Berat aku dah turun", padahal lemak stay tak terusik pun.
That's why ada orang skinny tapi flabby kerana lemak stay, yang berkurangan adalah otot.

Siapa beli GC Plus, kita bagi sekali Weight Loss Tracker Card.
Card ni untuk pengguna tulis weight loss sepanjang 10 hari.
Kalau dalam tempoh 10 hari berat badan tak berganjak atau turun less than 580g, maknanya ada something wrong dengan badan.
Boleh jadi water retention, atau pakai birth control, atau ada ambik ubat-ubatan secara rutin, atau thyroid problem atau PCOS.
Mustahil sangat air tak keluar dari badan dalam tempoh 10 hari tu.
That's why penting rekodkan 10 hari pertama.
Kalau bab ni lepas, ok kita ke bab kedua pula.

Our body terdiri dari tisu lemak and tisu otot.
Kita tak boleh buang semua lemak sebab lemak in some areas of our body sangat penting contohnya sekitar organ internal.
Ada juga lemak yang dikategorikan sebagai lemak simpanan contohnya yang kat pinggang kita tu.
Jadi bab keduanya, pada our Weight Loss Tracker Card tu juga pengguna kena catat ukuran size pinggang sebelum dan selepas 10 hari.
Kerana penyusutan size pinggang adalah indicator body fat berkurangan kerana itu adalah area lemak simpanan.

Nak tahu samada lemak kita terbakor atau tak, jangan ukur guna penimbang tapi gunalah baju/seluar.
Kalau baju/seluar ada rasa longgar sikit, itu maknanya ada kehilangan lemak badan.
Tujuan kita lose weight sebab nak buang lemak, bukan buang air atau kecutkan otot.
Jadi, boleh buang penimbang kat rumah tu, no point guna ðŸ˜‚😂.