2020-02-11
Majlis belum habis
Cuti Thaipusam baru-baru ni ramai juga yang buat kenduri kawen, kan?
Termasuklah salah sorang blog reader aku. Tapi bukan dia yang kawen, adik dia.
Ada cerita tak best semasa majlis kawen tu.
Cerita tentang majlis belum habis tapi tetamu dah tapau makanan.
Kejadian menapau makanan tuan rumah memang cerita-cerita yang biasa kita dengar.
Jangankan kenduri kawen, kat open house raya pun ada yang sardin je muka mintak plastik kat tuan rumah nak menapau makanan padahal majlis tak habis lagi.
Aku cukup anti orang macam ni.
Kalau tuan rumah pelawa lain cerita, ini tak.
Dia pulak tak segan-segan buka mulut nak membungkus makanan.
Sikit tak tanya kita boleh ke tak, dia terus bagi statement je mintak plastik nak bungkus makanan.
Yang kita ni terkebil-kebil nak respond.
Karang kalau kata tak boleh, sentap pulak.
Tapi kalau allow, akan berjangkit-jangkit dengan orang lain sama.
Ini memang dah pernah terjadi ya.
Bila kita [aku] kata majlis tak habis lagi, jemputan ramai yang belum datang, berubah terus muka dia.
Tak lama lepas tu mula dah dengar cerita tak sedap pasal aku orang dok menjaja.
The thing is, you think I care?
Kalau berani keluar statement berani mati, lain kali biar berani dengar jawapan balas aku.
Kalau tak berapa cekal nak dengar, lain kali lepas makan terus balik.
Kadang aku tak faham orang-orang macam ni memang takde common sense ke dalam hidup dorang.
Kau tak nampak ke tetamu tengah ramai, majlis tak habis lagi, tuan rumah entah dah makan ke belum, sibuk pulak dia nak membungkus makanan.
Orang yang tak faham akan kata kita tak ikhlas, berkira, kedekut.
Aku tak tahulah celah mana lagi yang kita tak ikhlas.
Dah sediakan makanan banyak, jemput dia datang, layan dia baik - bila tak kasi membungkus kita pulak yang dikatanya.
Memang masa bapak kau tanam uri kau dulu tertanam otak sekali ke apa.
Ini bukan soal ikhlas tak ikhlas tapi perangai tu.
Datang rumah orang, perangai buruk tu biar simpan kat rumah ya.
Yang kena bawak is common sense.
Ni tak, tebiat buruk tu angkut sekali, tapi common sense tinggal.
Common sense, please.
Datang rumah kita pun setahun tak sekali.
Datang pun time open house, kalau tak buat open house, haram nak nampak batang hidung.
Tapi bila sesekali datang buat macam dia ada share dengan majlis kita.
Pikirlah sikit, tuan rumah buat majlis semua tu dah ada dalam budget.
Kalau budget tuan rumah 1000 orang, dah kalau semua pakat-pakat membungkus, lari budget tuan rumah gini.
Kalau kenduri yang besar macam majlis kawen, kurang-kurang ada 30 orang perangai gini.
Pernah jadi disalah satu majlis open house aku, aku ada buat menu mee bandung.
Memang sedap mee bandung tu.
Majlis start 12pm. pukul 3pm mee kuning dah habis.
Walaupun majlis aku habis pukul 5pm, makanan lain masih banyak.
Mee bandung memang habis awal. Lojiklah, majlis dah berlansung 3 jam dah kot.
Ada Hamba Allah ni tunggu mee kuning, so cousin aku bagitau mee kuning dah habis.
Dia cakap "Ala, baru nak tambah. Sedap sangat. Cuba tanya orang dalam".
Cousin aku masuk dalam jumpa aku, kebetulan aku ada kat dapur.
Aku bagitau mee kuning semua dah habis keluarkan, memang takde dah jadi aku mintak cousin aku bawak masuk kuah mee bandung.
Cousin aku pun bawak masuk sambil menitipkan pesanan "Kak Diana, orang tu nak mintak bungkus sikit kuah".
Aku keluar nak tengok mana satu orangnya.
Serious, tak kenal. Bukan jemputan aku. Maybe jemputan En Wan,
Aku tanya "Ni ke yang mintak bungkus kuah mee? Sorry sangat-sangat mee dah habis. Lagipun ramai kat dapur yang belum rasa lagi kuah tu".
Aku cuba sampaikan dengan sehabis polite. Aku yakin dah cukup polite dah tu.
Sebenarnya boleh je kalau aku nak bungkuskan sikit tapi aku saja nak ajar dengan harapan dia boleh berfikir balik wajar ke tak permintaan dia tu.
Kadang-kadang ada orang tak perasan perangai dia kurang manis, hanya bila ditegur baru dia terfikir semula.
Sampai sekarang aku masih cuba cari reason macamana dia tergamak mintak checkkan mee ada lagi ke tak kat dalam and minta bungkus kuah.
Bagi aku, itu biadap.
Datang rumah orang, makanlah apa yang dihidang saja.
Yang dah habis, yang tak dihidang, tak perlu mintak. Benda dah habis, dahlah.
Yang kaki menapau lauk rumah orang ni, kalau selagi tuan rumah tak offer, tolonglah jangan menapau.
Kadang-kadang naik seram nak offer makanan kat tetamu.
Ada orang, bila dengar kita offer si A tapau makanan, tetiba dia join ambik plastik sekali.
Dia ingat tuan rumah buka peluang untuk semua menapau.
Pastu tapau untuk 5 orang makan terus.
Aku bersimpati kat blog reader aku ni.
Dia cakap dahlah menapau, siap masuk rumah ambik bunga telur atas pelamin padahal dah bagi door gift.
Aku boleh imagine tuan rumah mesti diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Nak disound, karang jadi buah mulut orang. Kalau tak sound, huru-hara majlis dibuatnya.
Senang cerita, lain kali jangan dijemput orang-orang ni.
Dah habis majlis karang kalau ada lebih lauk, hantarkan ke rumah dia. Habis cerita.
Tapi ni pun satu masalah juga.
Bila kita hantarkan makanan, dia ngumpat "Makanan tak habis baru nak pass kat kita".
Memang hidup bermasyarakat tak semua benda kita boleh control.
Buat je lah ikut keselesaan kita. Selebihnya, takyah pikir.
Terlampau pikir apa orang kata, satu benda tak jalan.
Biarlah dia nak assume apa pun, one day dia pun akan buat majlis juga, masa tu biar dia rasa sendiri larat ke tak handle perangai manusia.