2020-01-29

Sedar diri kita ni menantu


Kita ni bila berkahwin, bermakna kita berkahwin dengan satu keluarga yang baru.
Mana boleh hanya berkahwin dengan anaknya saja, nak tak nak, satu keluarga tu kita kena 'kawen' sekali.
Nak adapt dengan keluarga baru memang tak mudah, tapi tak bermakna tak boleh.
Kalau kena dengan caranya, insyallah, silap-silap kita dianggap seperti anak sendiri.
Ramai blog reader, especially yang duduk sekali dengan mak mertua tanya aku tips macamana aku boleh duduk serumah dengan mak mertua selama 10 tahun dah.

Aku adalah menantu yang duduk dengan mertua di rumah aku sendiri.
Ada menantu yang duduk dengan mertua di rumah mertua.
Mertua dan menantu masing-masing ada perangai sendiri kerana masing-masing adalah orang baru to each other.
Perlukan masa untuk blend.
Itu cara-cara duduk sekali dengan mertua, apetah lagi nak blend dengan ipar duai yang tak duduk sebumbung, lagilah perlukan masa.

Duduk dengan mertua tak mudah.
Duduk dengan ipar duai pun tak mudah.
Tapi kita mesti kembali kepada asas dahulu.
Asasnya, kita sebagai menantu mesti tahu kedudukan kita di mana.

Kena sedar bahawa diri kita adalah menantu - so jangan expect lebih dan jangan melebih-lebih.
Maksudnya, kena sedar diri yang kita adalah orang baru yang masuk ke dalam keluarga dia [suami].
Sebagai orang baru, mesti pandai bawa diri, lebih bertolak-ansur, lebih pandai mengambil hati kerana kita orang baru.
Umpama kita sebagai new staff yang baru lapor diri kerja first day.
Adakah kita yang kena berharap semua orang tegur kita and perkenalkan diri?
Kita ke yang kena harap semua orang buat baik kat kita?
NO.
Kita yang kena bermanis muka, kita yang kena buat baik, kita yang kena cari kawan, kita yang kena perkenalkan diri. Ini common sense namanya.

Masalahnya, ada menantu merasakan dia adalah orang penting yang layak dapat special treatment dari keluarga mertua kerana dia adalah orang baru.
This is so wrong.
Mereka dah bersama-sama sekeluarga selama hampir 25-30 tahun. Bond mereka dah kuat.
Walau bergaduh macamana pun, dalam hati masing-masing ada soft spot kerana masing-masing adalah darah daging. Pepatah kata "air dicincang takkan putus".
Kita pula sebagai orang baru dalam that family jangan nak mengganggu the sistem apetah lagi nak ubah the whole system.
Sebaliknya, kita yang kena adapt dengan sistem tu.
Kalau rasa-rasa tak boleh adapt, sila keluar. Duduk asing.
Ini tak, dah lah masuk dalam family tu, duduk rumah mertua, tapi nak buat perangai sendiri.
Rumah tu sebelum kita join, dah ada sistemnya. Jangan memandai-mandai nak ubah ikut selera kita.

Mak mertua aku duduk rumah aku, dia takde pandai-pandai nak control rumah tu.
Begitu juga aku kalau balik Tganu, aku respect itu rumah mak.
Kalau En Wan adik-beradik duduk bersembang bincang hal keluarga, aku akan angkat bontot masuk bilik.
Bukan dorang tak anggap aku keluarga, tapi aku bagi ruang pada dorang adik-beradik.
En Wan pun macam tu, kalau aku adik-beradik duduk bincang apa-apa, dia akan duduk jauh.
Masing-masing faham ini hal keluarga.
Bukan nak asingkan anak and menantu, tapi sebagai orang baru [walaupun dah kawen 20 tahun], kita kena ada common sense sikit.

Di Tganu, aku jadi adik ipar.
Di Bangi, En Wan jadi abang ipar.
Tak kiralah samada kita jadi adik ipar atau jadi kakak ipar, itu bukan tiket untuk kita jadi manja atau bossy.


1. Letakkan diri kita di tempat keluarga mertua

Sebelum kita question sistem yang sedia ada, letakkan diri kita di tempat mereka. Jangan expect kita difahami, tetapi kita yang mesti memahami. Contohnya, keluarga mertua tak biasa solat berjemaah waktu Maghrib sedangkan kita biasa berjemaah complete dengan tazkirah Maghrib bagai. Kenal pasti dulu kenapa mereka tak berjemaah, boleh jadi masa muda-muda dulu ayah kerja jauh, jadi ayah selalu solat dulu di ofis baru balik ke rumah. Mereka tak biasa berjemaah Maghrib. Kalau kita nak mulakan solat berjemaah boleh, silakan, tapi mulakan dengan keluarga kita dahulu, maksudnya mulakan dengan suami dan anak-anak kita sahaja. Jangan paksa orang lain ikut sama. Nak berdakwah kena ada adab ya. Insyallah sikit demi sikit akan jadi ikutan. Tak perlu nak rombak sekaligus kebiasaan yang dah biasa. Hormat sikit itu rumah orang, keluarga orang, cara orang.


2. Banyakkan menghulur dan membantu

Adat duduk rumah orang, jangan berat sangat tulang tu. Kalau sebagai tetamu pun kita kena ada budi bahasa tolong angkat pinggan mangkuk ke dapur, lagikan pula sebagai menantu, mesti lebih lagi budi bahasanya. Kalau kat rumah mertua kita malas, apa jaminannya kat rumah sendiri esok kita rajin? Jangan haraplah. Orang kalau semulajadi rajin dan ada common sense, tak kira di mana pun dia, tetap rajin. Tapi kalau dah dasar pemalas tu jangan haraplah di rumah sendiri nak rajin, silap-silap berkerak.

Tangan tu biar rajin sikit menyapu rumah. Pantat tu jangan berat sangat nak membantu mertua kat dapur. Kalau tak sempat tolong masak, offer diri untuk basuh pinggan-mangkuk and kemas dapur lepas makan. Kalau mertua dah tolong basuhkan baju, apa salahnya baju kita lipatkan pula. Ini tak, basuh malas, menyidai pun tak, takkan melipat coli kita pun mertua buatkan. Kalau tak sempat nak membantu kerja rumah, bantulah dari segi kewangan. Belikan barang-barang dapur setiap minggu. Tak pun bayarkan bil letrik, air. Tahulah itu rumah mertua bukan rumah sewa, tapi tergamak ke nak duduk free-free? Kalau rasa semua benda pun malas buat, please hire weekly bibik datang kemas-kemaskan rumah. At least seminggu sekali ada orang sapu sawang, basuhkan longkang, basuhkan porch, basuhkan bilik air. Kalau semua pun tak boleh buat, patutnya dari awal tak payah kawen.


3. Kongsi pandangan

Hat ni kena hati-hati. Sebagai menantu, walaupun kita dah kawen 30 tahun lamanya, jangan memandai-mandai nak bagi pandangan kalau tak diminta, especially berkenaan urusan keluarga. Dorang tu sesama adik-beradik kalau bertelagah pun boleh baik semula tapi kalau menantu dah bertelagah dengan ipar-duai, buruk padahnya. Kalau kita ada pandangan, maybe boleh share dengan spouse. Spouse adalah wakil keluarga mertua, kalau kita share pandangan kita dengan dia, sekiranya pendapat tu boleh pakai, dah tentu spouse akan suarakan. Kalau tak sesuai dipakai, spouse orang pertama yang akan reject because he is part of the family, he knows what is best for his family. Melainkan mak mertua minta pandangan kita, silakan. Kalau tak, jangan kita melebih sudu dari kuah pulak.


4. Jaga cara bercakap

Jangan cakap lepas. Bukan semua orang mulut lantang macam kita. Hati manusia mudah berbolak-balik. Walaupun orang tu nampak macam kasar, macam cool, hakikatnya selembut mana pun teguran, sakitnya tetap ada. Jadi mulut tu jaga sikit dengan mertua and ipar duai. Jangan ingat mentang-mentang kita kakak ipar maka kita ada hak nak sound adik-adik ipar. Biarkan tugas menegur ni suami kita buat. Apa-apa yang kita rasa perlu ditegur, sampaikan dulu pada suami. Suami kita tu abang kepada adik-adiknya, dah tentu dia lebih memahami adik-adik sendiri. Ada beza tau kalau ipar-duai menegur berbanding adik-beradik sendiri yang menegur. Ipar-ipar kalau menegur walau cakap berlapik pun boleh sentap tapi kalau adik-beradik sendiri yang menegur sambil tunjal kepala pun ok lagi.


5. Jangan libatkan pasangan

Kalau kita terasa hati, jangan hasut suami kita untuk sentap sekali. Nak mengadu boleh, tapi jangan jadi batu api pulak. Jangan letakkan suami dalam situasi serba-salah. Kalau kita tak tahan sangat dengan ipar-duai, pujuk suami untuk pindah, bukannya kau jadi batu api sampai porak-peranda keluarga orang tu dibuatnya. That's why bila dah kawen, sebaik-baiknya duduk rumah sendiri. Buruk-buruk pun rumah kita. Bukan apa, bila datang sesekali selalunya kita nampak yang manis-manis je. Tapi bila duduk bersama bertahun-tahun memang banyak yang kita tak berkenan. Jangan kata perangai orang, kita sendiri ada perangainya. Macamana bertahun pun kita duduk bersama mertua dan ipar duai, takkan sama bond-nya antara mereka adik-beradik. Dorang sesama dorang kalau bertekak pun, satu masa akan baik semula macam takde apa jadi. Tapi kalau satu kali ipar bergaduh dengan keluarga mertua, akan jadi bahan bercerita sampai 7 generasi. Ini normal, jadi kita sebagai menantu kena pandai kawal diri. Kena sedar kedudukan kita sebagai "orang baru".


6. Jangan jadi batu api

Bila tak boleh hasut pasangan, jangan pulak kita jadi batu api menghasut sedara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Share masalah boleh, sekadar meminta pandangan pihak ketiga tapi tak perlu jadi batu api. Kadang-kadang kita ni mengadu bukan nak cari jalan penyelesaian tapi cari jalan nak menangkan kehendak sendiri. Jangan keruhkan keadaan. Again, berbalik kepada yang asas - sedar diri. Nak pulak kalau kita duduk rumah mertua, pasakkan dalam kepala tu bahawa kita duduk rumah orang. Jadi, banyak perkara kita kena tolak-ansur. This is common sense.


7. Bantu selagi boleh

Dah nama duduk sekali, janganlah berkira sangat. Kalau bulan puasa tu beli makanan, belilah lebih. Jangan beli untuk isi tembolok kita anak-beranak je. Dah nama duduk serumah kan, makan pun sama-sama, apa salahnya beli lebih. Aku kalau bab makanan and sponsor always ke depan. Bukan apa, aku kan sejenis enjoy food. Of course lah aku nak makanan yang sedap-sedap, that's why kalau bab sponsor makanan je aku nombor satu. Kalau aku order mesti sedap punya. Hahaha.

Lagi satu, kalau adik ipar bercuti dengan mak, hulur-hulurlah duit kat adik tu buat top-up expenses bercuti. Kita dah lah tak bawa mertua bercuti, apa salahnya hulur RM100-200 kat adik tu buat belanja mertua berjalan-jalan. Alah, benda macam ni patut tak payah ajarlah.


8. Sokong each other

Be proud dengan family mertua. Yang buruk simpan, highlite kebaikkannya. Jangan nak kondem 24/7 sebab bodohnya nampak kat kita juga. Ye lah, maunya tak. Kita kondem keluarga mertua, tapi kita stay lagi dalam keluarga yang kita kondem tu. Tak ke pelik tu? As if kau kutuk company kau tapi kau stay lagi di company yang sama. Akai mana? Kepala lututkah?

Lagi satu, jangan nak jadi hebat sorang-sorang. Support ahli keluarga biar sama-sama jadi hebat. Kat celah mana seronoknya kalau kita saja yang hebat? Kita hebat bila boleh empower ahli keluarga lain untuk jadi sama-sama hebat. Bukan nak suruh semua ahli keluarga jadi jutawan tapi biar kita saling menyokong antara satu sama lain walaupun ipar duai. Jadilah seorang influencer, bukan condemner.

Ok ni aku bukan nak brag, but this story I must tell. Pembaca blog ni tahu En Wan ada sorang lagi mak. Arwah ayah kawen 2. Sejak arwah ayah kawen dengan mak nombor 2 [Mok Ndong], En Wan tak pernah pegi jumpa adik-adik and mak nombor 2 ni. Dari En Wan sekolah rendah membawa sampai kawen. Tahun pertama aku kawen, aku beraya di Tganu. Arwah ayah ajak jemput aku ke rumah Mok Ndong sebab nak kenalkan menantu hantu yang baru ni. En Wan duduk dalam kereta tak nak keluar! Aku ingat lagi Mok Ndong tanya Kak Long [masa tu Kak Long teman aku masuk ke rumah], "Adik Ayie mana?". Kak Long jawab "Biasalah dia....". Senyum kelat je Mok Ndong, malu agaknya dengan aku. Lepas tu aku start pujuk pujuk pujuk En Wan. Tak lama lepas tu, balik hujung tahun, En Wan dah boleh bersalam dengan Mok Ndong. Siap bagi duit lagi. First time Mok Ndong dapat duit dari En Wan, muka dia terperanjat sangat. Meleleh air mata arwah ayah. Kak Long sendiri cakap kat aku "Sebab kawen dengan Diana, abang boleh terima Mok Ndong". Maybe salah satu punca kenapa arwah ayah setiap kali peluk aku akan menangis, boleh jadi sebab ni. Tahun kedua aku kawen, arwah ayah meninggal. Aku lega sebelum arwah ayah pergi, dia dapat tengok En Wan terima Mok Ndong sebagai family. My point is, be an influencer, bukan condemner. Kalau tak boleh menyokong, jangan berdengki. Kalau tak boleh menyatukan keluarga, jangan memecahbelahkan keluarga!


9. Jangan buka aib di media sosial

Hidup zaman internet ni, banyak benda kena pandang. Jangan sebab perangai mengarut kita suka mengadu hal kat media sosial, keadaan akan bertambah keruh. Mengadu kat media sosial tak jadi apa, malah menampakkan kecetekkan fikiran kita lagi ada. Ye lah, kau mengadu kat media sosial, masalah kau selesai ke? Allah akan hantarkan ujian buat kita melalui orang yang terdekat dengan kita. DIA uji kita dengan sikap suami, sikap anak-anak, ofismate, mertua, etc. Ujian kita selalunya datang dari orang yang hampir dengan kita, tak jauh mana. Jadi kenapa nak mengadu kat media sosial? Kalau balik-balik kita rasa stress dengan orang lain, buatlah solat taubat banyak-banyak. Lama sangat dah kita sakitkan hati orang tanpa kita sedar, tu pasal kejap-kejap kita je rasa stress. Bangun malam mengadu kat Allah. Kadang Allah hantarkan ujian kat kita bukan untuk kita ubah perangai orang lain tapi ubah perangai sendiri. Masalah dalam keluarga walaupun keluarga mertua seharusnya disimpan rapat-rapat, bila terkuak dah jadi umpatan orang luar. Ni namanya menelanjangkan diri sendiri tanpa sedar. Plan asal nak memburukkan ipar duai, ujung-ujung perangai buruk sendiri lagi banyak diceritakan orang.