2008-08-25

Cuti yang mendemamkan - Part I. Part II bila-bila free baru aku update


Cuti yang penat.
Penat berjalan.
Penat bershopping.
Now still batuk and selsema.
Tapi saya gembira.

Ok, Langkawi.

Jumaat lepas aku dengan bangganya pegi opis sampai kol 10am je, pastu balik umah jap ambik bibik and Redza bawak balik Bangi sebab nak letak bibik kat situ. Bibik aku ni bentan naik kapal terbang, so dia taknak ikut. Taknak ikut sudah, dok ko dendiam kat Bangi.

So, the whole day I was in Bangi that day sebab aku pun ada keje nak buat kat sana. Kol 7.30pm bawak balik Redza. Sampai rumah, dua-dua mak mertua aku dah sampai siap ngan Kak Ngah En Wan sefamili.

Disebabkan dia tau aku tengah PENAT and kalau aku dah PENAT, ko lagi nak suruh aku masak, maka PENYAKIT aku sampai. Nak mengelakkan PENYAKIT semulajadi aku ni merebak dan menjalar ke segenap urat-urat yang seterusnya akan memangkinkan penghasilan cecair berwarna ijau yang akan menyebabkan kulit aku bertukar warna dan perkakas rumah berterbangan di angkasa raya, maka En Wan dengan sukarelanya masak nasik siap-siap, beli ikan siap siang, marinate ayam semua.

Pastu dia naik bilik peluk-peluk aku jap, pastu 'Di, nanti masak boleh?'

Tektik basi 7 tahun okkk.
Menyampah aku.
Tapi masak jugak la, sebab aku pun nak makan.

So lepas masak-masak, makan-makan, sembang lebih kurang, aku naik atas pack baju.
Sengaja bawak 2 beg besar yang tak penuh sebab konfem balik kang beg ni gemuk dengan barang tambahan.



To be frank, bukan aku sengaja pakai baju yang menampakkan payudara yang kencang (promosi secara sengaja Kaplet Kencang PayuDara Mustika Ratu dari Ibu Moeryati), tapi tetek aku memang terkeatas. Pakai baju kurung pun dia tersentil-sentil gak. Maafkan saya. Saya tak minta dilahirkan bertetek selambak begini.
Kali ni cuti muka aku bebas dengan mekap macam pegi opis.
En Wan kata pakai eye shadow je cukup.
'Kang awak bersiap lambat, malas abang nak tunggu'
No hal brader.
Aku pun lagi suka.
Tapi kalau ko komplen muka aku melekit ke, berkerak ke, siap!

Journey ok.
Air Asia dah tak gegar-gegar.
Tapi sepanjang perjalanan mulut aku kumat-kamit gak la baca apa yang patut.
Biasa la, orang jakun naik katerbang.

PICTURE HILANG TAK TAU MANA PIGI

Langkawi Airport.
Ini lah para mak mertua saya..:)
Mesra kan???

Mak En Wan yang pakai baju kurung.
Yang ranggi tu mak no. 2.
Actually dua-dua ni tak baik lansung dari sejak mula mak no. 2 kawen ngan ayah En Wan.
Tapi dah takdir agaknya, diorang mula berbaik-baik sejak majlis bersanding aku ngan En Wan kat Trengganu.

Kalau nak tau, laki aku la yang paling anti mak no. 2 ni dulu.
Dari ayah dia kawen umur dia 7 tahun sampai la umur dia 24 tahun dia tak bertegur ngan mak no. 2 ni. Adik-beradik yang lain semua ok je.
Sampai masa hari nak bersanding, kak long dia jumpakan aku dengan mak no 2 ni, En Wan mati-mati tak nak turun dari kereta, sanggup dia dok lam keta lama-lama luar rumah punya benci ngan mak no. 2 ni.

Hati manusia kan, lama-lama ok.
Itupun rasanya aku yang pujuk dia supaya lembut hati. Kesian kat ayah dia nanti.
Mak no. 2 tu cakap, alhamdulillah, tak sangka sekarang, lepas ayah meninggal, En Wan la yang banyak concern pasal dia. Siap boleh melepak baring kat rumah lagi.


Ape-apehal makan la dulu.
Dah la Air Asia makanan mahal.
Gerak dari rumah kol 6 pagi lak tu.
Mak aku yang dua orang ni asik la komplen 'Allah, mahalnya makan sini. Kat Tengganu muroh je'.
Asal ajak makan je taknak.
'Tok soh le. Mok kenyang doh. Kita makan malam karang je'
Ade ke makan sehari sekali je?
Tolong la makkkk.
Jangan la seksa perut menantu mak ni.
Marah cacing hambe kelaporang kang.


Mula-mula check in dulu kat Eagle Bay Hotel.
Sangat la tak best hotel dia.
Boleh la, 3 star.
Sangat kedesaan Melayu. Dengan panel-panel kayu lam bilik.

Lepas dapat keta sewa, terus keluar.
Memula gi sini...


Makam Mahsuri.
Dah seploh kali kuar masuk Langkawi baru kali ni aku jejak Makam Mahsuri.
Rasa syahdu je baca sejarah dia.
Macamana la dia lalui saat-saat kena bunuh tu.
Jahil gila orang dulu-dulu, main dengar je cakap orang tak usul peksa.
Agaknya kalau jenis perangai macam aku ni, siang-siang dah kena kerat 18.


Macam biasa, aku ngan En Wan pegi mana-mana pun, tetap setia ngan imej selamba - pakai selipar je. Kosser aku nak berkasut bagai.
Handbag aku besar kan?
Macam-macam ada lam tu.



Mahsuri tengah tunggu Wan Derus balik keje.

Cantik senibina rumah Mahsuri ni.
Rasa tenang je dok umah macam ni.
Tapi jenis cam aku ni takat boleh dok lam seminggu je.
Lepas seminggu mula la penyakit tak sedar diri aku datang.
Nak aircond la, heater la....palsu semata-mata!!!



Aksi Wan Derus versi tujuh keturunan.
Entah-entah laki aku ni ni keturunan Wan Derus kot, sebab dalam sejarah Mahsuri, Wan Derus bawak diri ke Pattani lepas Mahsuri kena bunuh. Dah la in laws aku ni ada darah Siam.

Wahhh, dan dan nak tempias Mahsuri.
Berangannnn.


Lepas tu kitorang gi Underwater World.
Padahal selama ni kalau shopping coklat kat sana, kat tepi Underwater World ni je aku masuk, tapi tak tergerak pun nak tengok menatang laut ni.
Penguin punya pasal, kali ni aku masuk.
Anak aku la paling riang dan girang sekali.


Macam koling okkkk kulit muka aku.
Ni cara-cara ada flash.
Tapi, mampos la kan.
Pedulik apa aku.




Dah umur 31 baru aku tengok ngan mata sendiri how ikan minum air.
Tu yang gelupur snap gambar tu.





Penguin ni semua tengah menunjuk dada.
Sekor-sekor menegak, belagak gila.
Nampak je aku masuk semua surrender.
Mendada depan aku la kalau berani???!!!
Kau ingat ko sorang je tau mendada.
Ko nampak dahada haku tu?



Ni paling belagak sekali.
Dari awal sampai akhir menegak cam baca ikrar.



Dua-dua mak mertua tengah tengok penguin sambil bagi ulasan.
Aku ngan laki aku gelak je dengar.
Kasik chan la kan...member nak feeling-feeling Hasbullah Awang.


Ni la yang aku menyampah kalau berjalan dengan dia.
Bukan dia kira tempat budak ke, apa ke, belasah je.
Janji muka dia masuk.


Sejuk okkkkkkk.
Pakai selipar kat kutub utara.
Jadikla, feeling-feeling snow.
Laki aku dah biasa, tak rasa apa dah.
Sebab tu muka dia selamba.
Selalunya yang tak penah sampai tu la yang yang buat muka over.


Ngahahahahhaha.
Ada orang tak suka tengok Tun?
Lantak la.
Aku sukeeeeeeeeeeeeeeeeeee..:D
Mana dia orang yang dok kata Tun ni cam BAPAK AKU. Katanya.
Kununnnnnnnnnn. Mana gamba beb??? Kasik tunjuk bukti kesetiaan la.
Bla blaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ngahahha.


En Wan dan ikan bermuka bengkak...sangat seiring.




En Wan memang tau.
Dia tak bagitau pun yang sebenarnya dia nak ambik gambar aku ngan mak dia sekali.
Main snap je.
Aku pun poyo poyo je posing sensorang.


En Wan kata dia sebenarnya tengah snap gamba bontot aku.
Boleh tahan ek bontot aku dari jarak jauh? Nampak besar gak la.



En Wan memang suka ambik gamba ntah hapa hapa ntah macam ni. Banyak lagi dia snap. Cantik gak. Esok-esok aku letak.



Aku makan budak ni nyer ABC la yang batuk sampai skang. Bila la buleh MC ni.



Aku paksa dorang ni makan laksa. Dah sampai Kedah harusla makan laksa Kedah kan.



Pastu kitorang order ni.
Suruh dorang makan lagi.
Pesta perut.
Perut aku la yang berpesta.
tadi aku timbang seb baik kekal 48kilo.
Aku dah bajet 52 kilo.



Hitam okkkkk aku dok sebelah En Wan.
Tapi jelita kan???

Muahahahhahhha.
Muhahahahahhahahaha.
Gelak sambil scrub kulit dengan kertas pasir.

Ni gambar semalam.
Pagi-pagi bangun nak naik cable car.
Singgah jap kat tepi restoran Tun Mahathir, The Loaf, ambik gamba kapal.
Feeling-feeling orang kaya jap.

Alamak, kilat la. Nak tutup laptop.
Esok-esok la aku sambung.

Nite.


2008-08-22

Holiday


Memula aku nak say thank you secara terpaksa sebab rules dia dah macam tu kat budak sakit mental yang aku takleh copy gambar dia sebab asal aku right hand click je kuar mesej 'nak kena lempar taik ke?'.
Taik ko je ko kira, taik aku ko taknak kira?




Esok pagi-pagi subuh sepi-i aku dah gerak ke LCCT, fly for Langkawi sampai Isnin.
HOLIDAYYYYYYYYYYYYYY!!!

Kali ni En Wan bawak mak dia.
Secara otomatiknya segala skirt yang mendedahkan lurah bontot, nighty yang menampakkan puting tetek dan juga g-string adelah diharamkan masuk ke dalam beg baju.

Hanya membawa seluar panjang, TShirt gedobos-gedobos, baju tido kaftan dan suar dalam yang boleh tarik sampai tutup pusat. Tak bernapas pusat aku holiday kali ni.
Konfem aku nampak macam bibik En Wan. Konfem!!!

Apa tajuk hotel dia pun aku lupa. Citybay view kot. Ke Eaglebay view.
Tapi yang tak best laki aku yang bijak pandai ni gi book suite. Maka marilah kita anak beranak bersama mak metua bergumpal sebilik.

Tak dapat kali ni aku kehulu kehilir lam bilik pakai spender je sambil sengaja menayangkan payudara kat En Wan.
Tapi boleh jugak kalau aku nak buat kat Langkawi sok.
Apa ade hal kan?
Kita kan sesama pompuan mak...

Ok, nak pack baju.
Laki aku dah bising suruh carikan spender dia ni.
Menyusahkan betul la.
Spender dia sendiri pun aku jugak yang kena pikir mana letak.
Len kali gantung je spender tu kat tengkuk, senang carik.

2008-08-21

Biar papa asal bergaya


Timbang kejap tadi : 48kg.

Before gi Kuantan : 46kg.

Cilaka la buffet MS Garden. Aku dah gemuk siallll makan kat situ.
Ni yang aku menyampah kalau pi outstation.
Aku boleh berharap je la makanan kat hotel tak sedap.
Berharappppp.

So sejak balik dari Kuantan, aku lancarkan mogok lapar.

Pagi menu adelah cranberry juice. Kebetulan ada juice kat rumah, kalau tak aku togok air suam je.
Tengahari adelah lapar jugak, tapi menahan dari lapar dan dahaga dengan memakan biskut ngan Teh O.
Malam makan nasik 5 suap and ratah sayur banyak-banyak.

Tak cukup lagi.
Nak mensaikokan diri, aku bukak internet, browse image under 'STARVING AFRICANS'.
Biar ada kesedaran sket. Baru skip lunch dah mengigil.
Starving Africans lagi la, tak pernah kenal ertikata lunch, steady je berjalan siap dokong anak lagi.

So untuk Chics yang berat less than 40kg tapi sibuk nak kuruskan badan siap cakap suar tak muat, skang pakai suar laki dia, KO TU TAK GEMUK FOMFUANNNN. Badan ko tu sama berat ngan sebelah tetek aku so takyah la ko nak ngengada kuruskan badan.

Ok, citer lain.

Skang aku ade banyak masalah.

Rambut sudah panjang. Nak potong kena ada RM900.
Sekali kaler, potong, iron.
Tapi sayang nak guna duit sendiri.
Laki aku kata kalau nak dia bayarkan, jom Ravi's Corner.
Elok sangat la. Pastu muka aku kuar-kuar macam muka Rajinikanth.
Aku pun terus Deyyyyyyyyyyyyy!!! zass zass zasssssssssss silang-silang selendang.
(Tetiba je ada selendang...)

Nak beli O2 XDA Exec tapi duit tak cukup lagi.
Aku taknak guna card.
Nak belagak kaya sket, kuarkan selai-selai note RM100.

Nak beli Christian Dior sunglass jumpa kat net.
Harga Euro302. Laki aku cakap beli sendiri.
Eh, ada aku mintak ke?

Skang aku tengah kumpul duit nak beli menatang ni semua.
Apesal la barang-barang yang berjenama ni semua mahal-mahal???
Dawai bra aku hilang sebelah pun tak berganti nak kumpul duit beli barang branded punya pasal.

Babi la.

Kekasih Gelapku....




Inilah dia aku perkenalkan KEKASIHKU YANG GELAP. My dear Superstar Rajinikanth.
Salute!!

Semalam aku tengok satu round lagi film Chandramukhi menjadikan
jumlahnya sebanyak 6 kali aku dah tengok. Gila great supporter of
Tamil movies okkkkk.
See the blood la.

Masa kat UNIMAS dulu, rumah kitorang (Rozie, Apeng, Aku, Ayu) je
yang ada TV. Yang lain semua tak sekaya kitorang, tengok tv kat bilik pelajar.
Apa barangggg.

Time tu Deepavali. Zaman tu lak hot ngan Shahrukh Khan, sampai bilik
aku ada poster Kuch Kuch Hota Hai. Asal tengok citer Shahrukh Khan je,
start la feeling-feeling akulah heroin tu.

Time Deepavali tu jugak channel 3 tayang filem apa ntah, tapi Shahrukh
berlakon. Channel 2 lak filem Padaiyappa, Rajinikanth berlakon.

Bertekak sorang nak tengok Hindi sorang nak tengok Tamil. Tapi yang
nak tengok Tamil memang aku sorang je pun. But since suara aku boleh
cover 5 orang punya suara, huru hara jugak la rumah tu. Last-last tuan
punya TV decide nak tengok Hindi.

Berbulu gue.

Trademark Rajinikanth yang aku kagum :

1. Berdiri dengan tangan kiri cekak pinggang.

2. Genggamkan tapak tangan kanan dengan jari telunjuk dikeluarkan
macam tahiyat tu.

2. Angkat tangan tersebut hingga ke sama ngan paras kepala.

3. Muka harus ganas.

4. Tidak lupa memakai spek itam kasik nampak hensem.

5. Pusing-pusingkan jari telunjuk tersebut sambil ada
bunyik ZZZAASSSS!!!!

Mana datang bunyik tu pun aku tak tau. Aku dah buat gaya ni lapan tahun sikit tak berbunyik.

Tu belum aksi dia kejar peluru, dia menang okeh!
Jangan main-main.

Hidup PADAIYAPPAAAA!!!!! ..pa..pa..pa..pa..pa.. (echo mesti mau ada)

2008-08-20

Sakit gue lom baik-baik lagi ni..


Hari ni aku melepakkan diri kat rumah.

Kepala aku tengah hang ni sebab terlebih makan ubat semalam.
En Wan fetch aku kat opis around 6.30pm, dia bawak aku gi klinik, pastu terus gi dinner.
Lepas mandi, makan ubat, lepak depan TV tengok movie '21'.
Tak sampai 20 minit, aku dah padam.

Sedar-sedar pagi ni atas katil.
Uishhh...larat dia angkat aku ye????

So now, here I am depan laptop, buat keje opis sket, tapi mengular banyak. Standard la.
Telinga kanan aku tersumbat dari semalam, hidung belah kanan pun tersumbat gak, kepala aku ada bunyik "ngongggggggggggggg". Batuk macam nak tertanggal anak tekak. Tapi malas nak ambik MC.

Semalam on the way back, member aku kena singgah UIA Kuantan sebab apa benda ntah aku pun tak reti nak explain. Tapi kena jumpa customer. Dia ajak aku turun sekali.

Oh tolonggggggggg beribu-ribu ampun.

Dah la aku pakai dress sleeveless, dengan pendeknya lagi, tu blom aku duduk. Kalau aku susun kaki paling sopan pun kain tu still belah sampai peha gak. Gila apa nak masuk UIA pakai camtu?

Terbuntang-buntang budak UIA tengok mana punya bosia la terlepas masuk sini.

So, aku pun tersadai lam keta dengan panas tak terhingga.
Dah la keta dia tak tinted, budak-budak UIA melintas pandang-pandang je aku.
Rasa cam nak menyorok dalam boot.





Ini je la yang sempat aku snap, pandangan UIA dari dalam kereta. I wish boleh kuar bersantai-santai sebab bangunan dia cantik sangat.




Tapi sebab aku pakai macam ni....well, lupakan je la. Ok je aku rasa baju aku ni. Tapi sebab dah nama pun masuk UIA, respek sket la tempat orang. Kot ye pun ko tak pakai tudung, at least pakai la selendang. Tapi selendang mana la yang senonoh nak dipakai ngan baju aku ni. Tu pun cukup baik aku butang sampai bawah.

2008-08-17

Kuantan


Yes, aku sedang berinternet dalam room kat MS Garden, Kuantan.
Sangat puas hati!!
Walaupun hakikatnya aku bengang sebab pagi-pagi Ahad kol 6.30am aku dah siap
mandi sebab nak rush gi keje.

Apehal nak bangun pagi2 hari Ahad?
Terbayang-bayang waktu ni selalunya aku ngan En Wan main sorok-sorok lam
selimut sampai kol 10am.
Wahhh, bahagia.

Conference microbiology ni sangat la bosan today.
The only topik yang buat mata aku segar was "Dengue : Where do we
go from here?". Thanks Prof, you did a great job di kala mata aku tengah kuyu nak padam. Tiga bijik gula-gula dalam mulut
pun tak boleh bagi mata aku bukak.



Boring..boring..boring....sebab aku bukan budak microb.
Aku pegi Kuantan dengan demam teruknya, runny nose, batuk toksah cakap la, sampai berdarah tekak meneran batuk punya hal. Until now, tengah menaip ni aku tengah terkongkong-kongkong batuk. Tapi aircond tetap full blastttttt.

Jap tadi melepak kat beach Teluk Cempedak.
Bestnya gi beach. Dinner.
Cuma tak best bila ada certain people yang pandang aku ngan muka tak puas
hati siap mencebik sebab aku pakai short skirt.
Mampos ko la , aku dah tak kuasa nak ambik hati dah.
Sukati la ko nak cakap apa.
I dont give a shit at people's perception, ko nak cakap apa pun cakap le.
Sebenarnya ko pun nak pakai kan?

Ok, pasal nak resign tu, memang aku dah resign pun, last day will be 30th of Sept.
Kira skang ni relax sket, just pegi a few conference yang memang dah planned awal-awal dulu. Pastu training exams segala kuiz tok nenek aku dah takyah attend which is very YIHAAAA!!

And skang ni kepala aku terbelah dua, satu settlekan a few pending projects kat company skang, and another half tengah plan apa benda nak buat untuk company baru.
Tak lama aku rest kali ni. 30th Sept tu last day, rasanya 1-2 Oct raya, 6th aku dah masuk tempat keje baru, which is working from home!!!!!

Sila jeles.

Once a week aku akan jenguk ofis untuk meeting and jenguk lab.
The rest, aku akan working from home and jumpa customer.

Sebenarnya takut jugak ni.
Bila dah nama keje from home, takde undang-undang, mula la aku wat undang-undang sendiri. Dan undang-undang aku harusla bertemakan 'I make the rules, I break the rules'.

Kali ni masa aku hantar surat resign, aku tak tipu-tipu dah. Dulu bila bos tanya alasan nak benti, aku cakap nak sambung blaja.
Kali ni, aku terus terang je cakap aku nak start out on my own.

And suprisingly, this bos tak marah pun.
Dia encourage aku siap nak offer capital injection.
Takyah la makcikkk, kang aku terikat ngan ko pulak.

She did counter offer, cuma aku memang dah takde hati perut nak dok sini. Aku dah ada plan sendiri. So, dia offer supaya aku work together dengan dia. Aku ada lab, dia ada product. Ada synergy. Tapi, ni takyah discuss kat sini la kan.
Tapi before aku keluar dari her room, dia cakap 'Diana, it's hard to find a non-typical Malay like you'.

Which is..????




This will be our last trip together, dude.


Ada cerita hangattttttttt nih.
Kat hotel yang aku duduk ni ada a group of tentera, tak sure tentera jenis apa. Pagi tadi masa tengah breakfast, sedang aku khusyuk melaya mihun goreng, ada satu Mat Tentera approached.
'Assalamualaikum, ni Tuan saya yang duduk kat situ (sambil tunjuk) bagi'
Sekali no tepon daaaaaaaaaa.
Tektik zaman Darah Satria la bang. Zaman Badul tekel awek boleh la guna kekdah ni.

Sekali aku tenung-tenung, macam kenal TUAN dia ni.
Puas aku pikir saper laaaaaa.

Tengah lunch KFC baru aku teringat, dia ni kawan aku masa Kem Bina Semangat dulu. Yang buat aku tak lupa muka dia sebab dia yang terlanggar telur aku dulu (telur yang kena bawak mana-mana pegi simbolik kepada our own pride. Kemaklah). Yang buat aku bengang, dia yang langgar aku, telur aku pecah satu hal. Telur dia pun pecah sebab DIA YANG LANGGAR AKU, dia leh maki aku berbakul kat situ sebab bengang pasni dia kena bawak batu bata nak ganti telur.

Being aku yang dulu, yang sangat la menerima apa saje bentuk cacimaki, aku diam je, siap aku lak say sori.

Pastu ada satu time masa Kem Bina Semangat tu jugak la, tetiba je takde angin takde ribut, dia pi jerit kuat-kuat 'Hoi, dah hitam dah. Takyah la pakai cap'.

Pastu gelak-gelak ngan geng dia.
Korang boleh bayangkan tak laki yang rasa dia cam hebat lagi power tapi jenis muka semua berkarat tak hensem tapi ada hati nak gelakkan pompuan?
Ha, cuba bayangkan.
Buruk tak?
Sangat buruk okeh.

Well, memang la aku hitam, tapi aku pakai cap bukan sebab nak bagi kulit aku jadik putih. Aku pun sedar aku hitam, so aku pakai cap supaya aku tak semakin hitam, bodohhhhhh!!

Sorry la, memang aku pemaaf, tapi aku macam rasa nak kenakan orang la.
Aku rasa dia tak ingat aku la si hitam pakai cap tu.

Aku ada rasa nak buat jahat now.
Nak carik tanduk setan jap.


2008-08-14

Celebration


Thank you to all of you yang wish aku hari ni.

1. To Bulat yang kol 1.30 pagi dah hantar sms. Dulu time skolah taknak pulak ko wish aku, skang baru nak tekel gue. Lambat beb, lambattttttt!

2. To Mak Aji, Pak Aji, and adik-adik gue yang berlumba-lumba hantar sms selang seminit. Aku tau ni mesti Mak Aji call korang ingatkan birthday aku kan, tu yang gelupur memasing sms. Kalau tak, harammmm.

3. To Ogy, and Apeng, best preng gue. Ni kalau lupa birthday aku memang saje mintak kena maki.

4. To my right left hand, ****, thanks sebab tengah demam-demam takde suara pun gagahkan jugak nak wish aku. Tapi aku tak puas hati dalam pada tengah nazak sempat nak mengutuk muka aku PEKAT. Jaga la, aku jumpa gamba zaman selenga kau, aku wat entry khas!!

5. To readers yang singgah blog ni, thank you for the wishes. Wahhh, bukan main meriah korang ye, aku makin tua.

Sebenarnya aku update blog tu malam semalam, and lupa nak tukar date. Actually, birthday aku hari ni, 14 August.

Semalam En Wan balik awal, selalunya kol 8pm baru sampai.
Nak kena tutup pintu gate kilang dulu katakan. Besar pangkat laki aku nih. Jangan main-main.
Kilang tak jalan kalau dia tak bukak pintu gate sok.

Redza ngan bibik pulak gi playground, so En Wan suruh aku siap-siap nak gi makan.
Aku memang dah bajet tahun ni takde present sebab next week nak pi Langkawi, so kira birthday present gak la tu. Makan-makan ni memang wajib. Takde hadiah takpe, makan mesti cukup.

Tapi sebab aku dah belasah makaroni bakar 2 pinggan, tak terasa nak makan apa pun. Last-last makan Kenny Rogers je. Seksa nak habiskan sepinggan. Itupun kuis-kuis taknak bagi En Wan kecik ati. Sorok bawah tulang ayam sket, selitkan celah-celah pasta sikit.

Lepas makan, berpimpin tangan seiring sejalan masuk Parkson.

'Di nak apa? Ambik la, abang belikan.'

Wahhh, ayat pembuka bicara yang sangat mengujakan wanita materialistik macam aku.

Tapi series, aku tak teringin nak beli apa-apa pun. Kalau dah kepala aku tune 'tahun ni birthday present adelah shopping kat Langkawi', jangan harapla ko nak suruh aku decide beli barang lain. Kepala aku dah nampak Corelle je.




Seperti yang dijangka laki aku tarik aku masuk butik Carlo Rino.
Rambang mata jap tengok bersepah-sepah beg CR. Tapi banyak yang aku dah ada.
Wahhhh, biadap sungguh berkata-kata.
Padahal ko ada 3 je.

Dah nama present, takkan aku yang pilih.
Of cos la En Wan.
Memang selama ni dia yang pilih beg aku pun. Mana penah aku pilih sendiri.




Agak cun jugak la kan?
Haha, paksa orang puji.
Level-level macam aku memang layak pakai CR je. Muka cam aku kalau pakai LV ori pun orang kata aku beli kat Pasar Tani Shah Alam.

Hari ni dah rasmi beg ni.
Selalunya kalau kuar appointment aku tinggalkan handbag aku lam keta, purse pun tinggal. Aku bawak keluar planner and HP je. Tapi memandangkan nak menunjuk yang aku ada beg baru, singgah petrol pump beli Strepsil pun keluar bawak handbag.

Biasala, trademark orang poyo.


Inilah lelaki yang telah mengizinkan poketnya dirabakkan oleh saya :




Lepas beli beg aku, pi singgah Al-Ikhsan jap cari jersi untuk hadiah adik laki aku grad next week. Blur punya jantan. Aku tanya bila grad, dia cakap 28 August. So aku book Langkawi trip 22-25 Aug so that tak clash dengan konvo dia. Elok je aku book flight, dia call cakap 'Eh, konvo aku 22 la'.

Pundek kau lah. Ko naik la pentas tu sensorang.


Ini gambar tengahari tadi, lunch kat De Palma ngan Pak Aji, Mak Aji ngan adik aku, Ibal. Pak Aji memang suka buat muka ganas tak bertempat ni. Dah tau ambik gamba ngan anak, sengih la hendaknya. Suka nau sabotaj gamba aku. Tapi sebab dia yang belanja, so kita senyap je dah la. Sukati la nak buat muka camne pun.


Hadiah dari Mak Aji. Tetiap tahun besday aku mesti dia belikan bunga.



Hickory Beef Steak.

Mengah nak habiskan daging ni. Gravy sedap gila babi.
Sesaper yang ada masalah angin dalam perut, gi De Palma order benda ni.
Ko bagi masa lam 15 minit daging tu sebati ngan asid-asid dalam perut.
Belum habis pun daging tu kat pinggan, hasil dia dah nampak.
Berlumba-lumba zarah-zarah kentut keluar.


2008-08-13

Saya adelah HARDCORE suatu waktu dahulu..


Aku bajet takde saper antara korang yang boleh lawan ke'hardcore'an gambar aku.
Laki aku tengok aku upload gambar-gambar ni 'Tolonglah Di, tak malu ke awak tunjuk muka awak masa dulu? Abang tengok pun takut'.

Oh plissssss la En Wan.
Ko tu pun seb baik je putih, nampak la sket senonoh.
Kalau kulit ko berkeladak macam aku, jangan harap ada orang nak tekel ko.




Gaya paling mahal masa tu. Kaki mesti mau silang, tangan sebelah pegang dinding, lagi sebelah cekak pinggang. Baru ada gaya F.A.M.E. cerita dulu-dulu. Mana yang lahir tahun 1986 ke atas jangan harap la nak paham.

Bukan semorang ada kekuatan dalaman nak buat rambut ala John Lennon macam aku. Rambut John Lennon tak bermakna kalau tak pakai spek plastik frame soft pink.
Wahhh, kecik-kecik dah minat pink okkk.

Kulit dah la hitam, ada hati nak pakai baju shocking yellow. Fluorescent je dari jauh.
Mana bapak aku dapat sluar woody woodpecker ni ntah. Seingat aku sluar pesen ni kat pasar tani je jual. Untuk para petani harapan negara buat costume pi cangkul batas sayur. Tapi yang aku ingat sluar tu longgar, pastu aku tebuk lubang masukkan tali kasut bapak aku buat tali jerut.
Bergeliga tak otak aku?
Dari kecik lagi aku dah kreatif okkkk. Tengok MacGyver punya pasal.



Ni zaman matrik, 1996.

Tahun 1996-97 zaman hip hop. Baju harus besar, suar gedobos-gedobos sapu lantai. Kalau beli jeans jangan potong, lipat sampai 4 kali, pastu pakai silver bangle bapak gedabak. Cuma aku lom gila lagi nak tebuk CD buat rantai macam 4U2C.

Gamba ni kat Mines, si tungau yang snap kan.
Zaman kasih sayang masih bersemi katakannnn.

Nak pegi US takde duit, pegi la Mines feeling-feeling disneyland.
Dapat bergambar ngan maskot berkerak lusuh berkepam ni pun jadik la.
Macam bangang je aku rasa, pehal aku nak ambik gamba ngan maskot ni???



1992, Form 3.

Biasa la kalau dah biasa jadik free lance model, gamba-gamba tepi kolam ni dah pasti. Tapi takat bergamba tepi kolam je la. Nak masuk lam kolam masa tu takde duit nak beli contact lens, takkan nak berenang ngan spek kot. Kang tengah syok-syok kuak lentang, tenggelam pulak spek. Ada yang aku teraba pantat orang lain.

Rambut masih mahal cuma kali ni style slant fringe.
Kulit hitam berkilat takpe bangg, gaya mau ada. Walaupun aku tau yang lalu kat tepi-tepi semua tanya mana datang kasta paria sesat baju purple ni?

Masih takde kesedaran nak berubah, spek kekal plastik cuma frame soft blue pulak.
Kulit masih mengekalkan imej hitam tapi tak berkilat sangat.
Kulit aku ni kalau ko bleach lapan tahun pun tak putih beb. Dah untung kalau dia nak tukar jadik kelabu.



Muka paling disegani dan digeruni dalam MAS 757 tahun 1989.
Masa ni aku gi Fukuoka jadik geisha.

Apesal si tukang snap ni taknak suruh aku senyum style lain? Main boleh je.
Saje taknak bagi aku nampak jelita barang seminit dua.

Budak yang snap aku ni memang cun gila babi paling cun dalam group 40 orang tu. Bayangkan umur baru 12 tahun abang2 steward ni bertenggek tepi dia layan borak, siap bagi macam2 gift. Aku yang terconggok kat sebelah dia ni, abang tu boleh tak nampak. Pass pass bantal tapi tak pass kat aku, boleh pulak melangkah pass kat budak sebelah.

Diskrimasi terhadap warna kulit!!!

Time tu aku cakap lam hati 'Esok besar aku dah putih, aku taknak kapel ngan kau'

Wah, konfiden je abang tu nak berkapel ngan aku.
Elok la pun kalau dia taknak, sampai skang aku tak putih-putih, berkusammmm je.

Dulu kan aku selalu feeling-feeling sedih takde orang nak kat aku.
Ada satu mamat gampang lam kelas aku sound 'Laki hitam takpe, pompuan kalau hitam saper nak?'

Sebab tu dari umur 12 lagi aku dah minat Leslie Cheung, and aku macam anggap dia memang boifren aku. Aku switch kepala otak, cakap kat diri sendiri memang takkan ada saper nak kat kau, so kau takyah berangan nak berpakwe, baik ko bayangkan pakwe virtual je. Maka Leslie Cheung lah yang jadik mangsa. Best per...senang, takde masalah gaduh-gaduh, jeles-menjelesi, pakwe kena rampas atau putus chenta.

Masalahnya cuma kau jadi perahsannnnn.



Gamba para hanjeng skolah.

Ada satu abang kat skolah, asal aku lalu tepi dia je, 'Amboiiiii, coklatnya Mak Ngah, macam MILO'.

Hoih! Sangat tak kelakar okkkk.

Mentang-mentang baju aku kaler coklat sedondon ngan warna kulit ko ingat lawak ko kelakar sangat la? Aku boh nama ko detention klas sampai besok pagi nak??

Sesiapa yang minat AJ, recognize kan dia yang mana?

To those yang bagi cadangan apa nak boh kat surat resign, thank you.
Rupanya takyah letak reason ye?
Mak mana tau nyahhh, mak dulu tak pernah resign, kena fired terus.

Apa-apa pun nak bagitau....

TODAY IS MY BIRTHDAY!!!!!


2008-08-12

Quit, apa nak letak??



Walaupun mulut penuh wa tetap kasik sengih baekkk punya.


Ha, makan lagi...tambah..tambah..
Perut dah membusung, dagu berlapis lagi nak tala nasik cukup-cukup.

Apesal muka aku BULAT kawan-kawan???

Kepada makcik yang nak sangat tengok aku pakai baju kurung, tak dapat la aku nak tepek kat sini gamba pakai baju kurung penuh, nak tengok kalu, tunggu next date.

En Wan sangat menyengih dalam gamba ni. Heran betul aku.
Ntah hapa yang dia bekenan sangat ngan tukang snap gamba ni.

************************************************************

Aku tengah berbulu satu badan dengan bos aku.
Ada ke dia buat cadangan aku masuk lab 24 Ogos ni???
24 tu AHAD okkkk. AHAD!
Pekejadah aku nak bangun pagi2 gi keje Ahad?
Hari biasa pun kalau boleh aku taknak bangun, inikan hari cuti?

Pulak tu 24/8 En Wan dah plan nak bawak aku gi Langkawi.
Flight dah book, hotel dah book, tinggal tunggu aku tadah diri je.

Yang aku heran, apesal ko takde common sense, dah tau itu Ahad, and aku ni dah berklorga, pikir la sket hendaknya. Ntah aku nak pi jenjalan ke, nak bawak anak pi beli baju raya ke, nak balik kampung ke, tak kisah la apa-apa yang penting itu hari Ahad!! Dah la takde extra annual leave ke, extra pay ke kalau keje Ahad. Ingat aku buat charity work ke????

Tak cukup gamaknya hari2 lain aku buat keje sampai ke malam.

Pelik aku, bila bos cadangkan benda-benda tak masuk akal macam ni, sorang tak bantah. Macam dedikasi sangat. Tapi aku tengok time meeting muka-muka yang dedikasi ni jugak yang balik-balik kena maki. Buat sales report pun boleh salah, belum kena buat forecast ke apa ke.
Kata dedikasiiiiii...

Satu je masalah aku skang.
Apa benda aku nak tulis sebagai reason nak resign.

a. migrate?

b. family business?

c. further study?

d. family planning? ----ape kaitan ntah. Padahal takde hasil pun.

e. health concern? --boleh tak dan-dan aku buat kena parkinson.

f. I want to start out on my own. ---tak jujur sangat ke? Aku tak suka jujur-jujur ni.

g. I hate you and I hate my job profile!! ----belanja aku kalau aku berani buat statement ni.

2008-08-09

Sori beb


Baru aku terpandang kad ni tadi :




Opsss..today AJ PopShuvit bersanding, belah pompuan.
Sorry beb, aku tak dapat datang reception kat Putrajaya sebab masa tu aku ada kat Langkawi. Anyways, selamat pengantin baru. Aku tau ko dah nikah malam tadi, kan?
Melepas peluang aku nak feeling-feeling artis kat majlis ko nanti.



Congrats to both of you.

Aku tak tau mana datangnya AJ tu.
Setau aku nama ko takde huruf J pun.
Tak pedulik, aku tetap nak panggil ko TURTLE.Rasanya dalam ramai-ramai yang suka jamming dulu, ko sorang je yang jadik artis.
Yang lain harammmmm.
Hahhahaha.
Dery?
Zafri?
Sayed?--->> ko jamming gak ke?
Bulat? ----->> ni lagi hampagas, bila nak date ngan aku ntah.

Rindu the good old days.
Lepak kat McD lepas tuition.
Lepak kat padang kondem orang tengah main bola.
Lepak kat Merrybrown saje masuk tuition lambat-lambat.

Melepakkkkk je keje.
Orang lain peksa dapat flying colors.
Aku flyyyyy flyyyy flyyyyyyyy awayyyyyyyy....


MARABAHAYA - POP SHUVIT

p/s : Ada sesaper yang yo yo an ambik gamba masa kawen Enonz tapi tak reti-reti nak pass kat aku?

2008-08-07

Old pics


Dah namanya 'working from home', takkan nak work je. Haruslah memperkembangkan kebolehan multitasking. Tengah-tengah buat keje boleh pulak aku teringat nak kemas almari tempat aku simpan segala album and surat-surat chenta.

Aku bantai gelak tengok gamba kelas En Wan masa skolah rendah. Gelak tercangkung-cangkung sambil lompat sampai kepala aku terhantuk kat bucu dressing table. Bodoh pulak rasanya.



Ada ke macam ni ghopenya ambik gambar kelas?? Yang budak laki depan sekali belah kanan tu, sukati ko je nak cangkung ke depan lebih sket dari orang lain. Yang mencangkung la, bersila la. Gaya bebas. Siap ada budak tertinggal kat blakang berlari-lari, yang cikgu tu selamatkan diri, 'Lantakla, janji gamba aku masuk'. Budak-budak pompuan time nak ambik gamba, masa ni jugakla ko nak toleh kiri kanan adjust bontot. Belah kanan atas sekali tu suka-suka ko je nak buat pose superman siap kepak lengan.
Huru hara!!!



Macam ni namanya gamba kelas. Bermutu, bergaya, berkeunggulan. Tersusun je tinggi rendah.
Tapi aku yang rendah ni tetap dia selitkan kat blakang. Tau la aku tak cun, takleh dok depan, tapi aku ada aset yang harus dipertontonkan. Mahal aset tu skarang okkkkk.



Muka aku masa darjah enam, tahun 1989.
Berkerak sialll. Apa taknya, muka boh bedak je. Kengkawan aku yang lain umur 12 tahun pi skolah dah pandai pakai mosturiser, deodorant, siap bawak compact powder lagi nak touch-up masa recess. Aku nak pakai compac powder??

Nak tepuk bedak Johnson & Johnson kat muka tu pun curik-curik masuk bilik mak aji. Dulu bedak Johnson & Johnson mak aji jenis yang wangi, aku punya yang biasa-biasa je. Aku pun nak gak merasa cam iklan perfume generic Impulse, yang pompuan tu sembur Impulse sebotol pastu laki lalu sebelah semua toleh kat dia. Nak gak feeling-feeling wangi, laki lalu toleh pastu tanya 'Hi, awak kelas apa? Boleh bagi biodata?'.

Walaupun budak laki kalau nampak aku tang jauh, seboleh-boleh carik jalan lain.
Kalau yang jalan in one group tu lalu sebelah aku, tolak-tolak sama sendiri biar tersentuh aku. Kalau ada yang tersentuh, mati la budak tu kena gossip ngan aku sampai hujung tahun 'Eiiii, kekasih dia Diana'.

Pastu gelak ramai-ramai.

Yang macam kemak sket kalau main susun selipar, buat syarat 'Siapa kalah dapat Diana'
Bertungkus-lumus memasing taknak kalah. Boleh jadik bergaduh kalau kalah tu. Punyala taknak kena gossip ngan aku. Macam taik sangat la muka aku ni.

Tapi kira aku kecik-kecik dah glemer la, satu skolah kenal aku.
'Alahhh, Diana yang pendek-pendek, hitam-hitam tu'



En Wan masa darjah 6 adelah pemawas.
Agak bergaya jugak la laki aku ni.
Terima kasih la pada tie tersebut.
Kalau tak kerana tie, ko pun menerima nasib yang sama cam aku gak.

Masa umur 12 tahun ni dia baru je benti isap botol setahun.
Ngahahahahahha. Pecah lobanggg.

Mak dia cakap, dia taknak benti botol sampai la umur 11 tahun.
Tapi tak minum susu, minum sirap.
Dia sendiri bancuh.

Kalau pagi, seblom gi skolah isap botol dulu sambil tunggu depan pintu, tunggu kawan.
Agak-agak nampak kawan jalan dari jauh, cepat-cepat dia campak botol dia bawak sofa.
Pastu melangkah penuh macho ke skolah.
Balik dari skolah, tertunduk-tunduk bawah sofa carik botol balik.

Sebab tu lips En Wan belah atas macam 'comel' sket, macam bulat gitu. Lama sangat isap puting.
Tu yang best kena kiss ngan En Wan. Hahah.. (ada kaitan kahh??). Anak aku pun dah nak masuk lima tahun tak nak stop botol. Penyakit berjangkit betul.



Ternganga kejap aku tengok gamba sendiri.
Masa matrik year 1995.

Dulu aku rasa Pah ni gemuk. Rupanya aku pun sama gemuk, tak sedar diri cakap orang.
Tapi best jadik orang gemuk, takde saper nak bagi perhatian. Ko buat la apa pun takde saper nak ambik tau. Pakwe memang jauh sekali la. Tapi at least takde la jumpa laki yang 'Saper kalah dapat Diana'.

Zaman matrik ni zaman aku enjoy life to the fullest.
Boleh katakan suara aku kekal dalam top rank 'GELAK PALING KUAT'. Budak-budak laki yang kat rumah sebenarng jalan pun boleh dengar suara aku mengilai malma-malam.
Time tu jugak kecoh orang nampak pontianak melintas. So kalau dengar pompuan gelak malam-malam memasing cuak, ni ponti ke diana?

Aku sendiri penah nampak. Tapi dia melintas je la. Kalau dia melintas pastu gostan balik benti depan aku konfem aku melepak kat ICU sampai skarang.

2008-08-05

ftuihhhhhhh..


Tak paham kenapa ada orang yang suka sangat pretend 'TAU SEMUA BENDA' tapi bila issue tu dibangkitkan depan bos, masing-masing buat muka berak sembelit?

Fine la kalau ko ada angan-angan nak aku keje bawah kau, tapi boleh tak tunjuk kredibiliti sket? Aku tak kisah saper pun bos aku, jangan dapat bos yang hanya tau bagi arahan tapi hampeh tebu.

Tadi, customer service call bagitau ada satu barang yang diorang quote to customer sebenarnya tak make profit sebab barang tu guna harga lama.

Senario :

Package deal quoted to customer.
Dalam package to ada small intsrument yang kena beli dari local supplier.

Quotation made : Awal tahun.
Reagent : Company aku punya, margin LULUS.
Instrument : Local supplier punya, margin KEMAK.

Customer service tanya camne nak buat ni, kita jual barang kat customer without profit.

Actually tak rugi lansung, still ada untung. But then, entah saper punya idea pi buat promotion yang takde validity, guna harga lama, pastu buat promo sepanjang tahun.

Len kali mintak la kat local supplier hold the price sampai 6 bulan ke, pastu boleh la guna price tu untuk buat promotion. Ini tak, orang nak buat promo, ko pun nak, Pastu main guna je harga tahun lepas. Tak check berapa validity local supplier tu bagi, entah 30 days je ke, 60 days je ke.

Bila nak place order to local supplier tau-tau harga dah naik.

Bila aku call the person yang buat promo ni (collegue aku), mula nak selamatkan diri. Pi sebut nama orang tu orang ni.

Masa aku memula join dulu, dia treat aku macam aku fresh grad.
Main arah-arah itu ini. Ingat aku macai ke?
Asal aku tanya pasal promo ni, 'You ikut je I dah buatkan'.
Tu bukan apa, saje nak bagi aku nampak bangang kat semua orang.
At the same time nak bagi orang lain nampak dia 'Wahhhh, you really can work!'

Pantek.

Aku macam biasa, buat bodoh.
Dah ko nak sangat aku nampak bodoh kan.
Berbekalkan kata-kata pendita 'Tak semestinya banyak cakap tu bijak, tak semestinya diam tu bodoh'.

Aku diam bukan aku bodoh!
Kalau aku banyak cakap pun aku tetap tak bodoh.
Wakakakakakakka.

So, bila dah jadi macam ni, aku try tengok specs instrument tu and carik kat supplier lain kot-kot dorang ada specs yang more or less sama.

Jumpa.
Harga pun murah, takde la untung banyak, janji tak rugi.

So aku tanya la collegue aku ni kalau kita boleh guna alternative brand, instrument B.

'No! Sebab our manufacturer dah test dengan intsrument A, it worked. You have to use instrument A.'

Ok now aku nak membangangkan diri.

Kepada budak-budak lab.
Perhatian.

1. Vortex 2500rpm dengan vortex 3000rpm, technically more or less the same ke tak?

2. For vortexing purpose kalau beza takat 500rpm technically boleh guna untuk homogenize-kan solution dalam tube ke tak?????

3. Vortex tu fungsi dia untuk mengevenkan solution ke tak?

Setau aku yang bangang ni, vortex kalau beza 500rpm, takde hal. Aku penah guna vortex, aku tau. And dalam procedure barang yang dorang jual ni, vortex tu cuma untuk kasik gegar manja-manja je sebab tu speed pun takat 3000rpm.

Bila aku bagitau logically thinking about the role of the vortex, collegue aku yang kata pandai sangat ni cakap 'I tau technically memang boleh, but i tak berani nak kata yes'

'Ok, kalau macam tu can you email technical person kat US and tanya if we can use alternative brand'

'Diorang akan kata NO'

Eh, kau pulak yang pandai-pandai jawab.

Lepas tu aku cakap 'Ok, nevermind let me email them sebab I wont let customer service beli barang yang kita tak buat profit as if we tolong ambikkan kat kedai and hantar kat customer. If Anita Mui (bukan nama sebenar bos aku) tau, masak ok???'

Dan-dan jawab 'No, it's ok, I'll email the technical person, and I will cc to you and Anita Mui'

Boleh pulak kau email.
Siap nak cc kat bos lagi.
Tadi kata ko tau sangat apa jawapan manufacturer.

Kalau ye pun jawapan dia tetap NO, at least biar ada black and white mengatakan it is a 'NO'. So aku boleh buat plan B.

Ni tak, nak jugak tunjuk yang dia tau semua benda.
Bila sebut nama bos mula gelupur.

Aku heran bila orang macam ni nak lupus?
Ke perlukan khidmat pelupusan?
Aku meluat siallll. Aku paling benci actor-actor yang belakon tanpa director.
Depan bos or masa bos ada semua tunjuk macam busy, macam bijaksana, macam 'I am a no nonsense person, focus!'.
Bila nampak aku YM kat opis 'Eh, berani kau YM kat opis?'
Padahal masing2 online gak tapi invi.
Tak pun bukak YM kat email.
Takpun meebo.

Nak chat, chat je la.
Make sure keje siap.
Takyah nak tegur aku kuat-kuat like you really have to say it out loud biar semorang tau aku chatting and kau sangat dedikasi dengan keje.

Team member macam ni la yang buat aku rasa takde semangat nak buat keje.
Nama je TEAM, tapi memasing pikir nak pijak member.
Pundek haram jadah!

Tolong la jangan bagi tengkorak kepala aku berkarat dengan drama-drama bersiri yang tak berkesudahan ni.

2008-08-04

Berlagak


Congratulations! Your Blog, comatosewithbraindamage.blogspot.com/ has been awarded the Sexy Blogger Award




Awarded by JueLee to Green Apple


To JueLee : TIMA KASEYYYYYYYYY!!

Tapi aku takleh letak kat sidebar.
Benda ni takleh ditayang sentiasa, karang esok lusa dapat komen maki.
So aku letak kat entry today je ye?

Semalam tak jadi jumpa Jusmiera.
Kawan En Wan nak datang rumah. And sessi bershopping pun terbatal dengan secara tak lansungnya.

Hari ni macam biasa, meeting day. So potensi nak balik kol 9mlm tu adelah sangat tinggi. Tapi esok sampai Jumaat bos aku gi Bali. Jadikkkkkkkkk...aku telah mengatur satu jadual untuk diri sendiri.

Esok aku ngan En Wan cuti nak servis keta. Pastu kalau dia tak penat gi merewang kat 1U or Midvalley.
Rabu masuk opis half day AM, pastu balik lepak kat rumah.
Khamis taknak masuk ofis lansung.
Jumaat masuk sampai kol 11am je pastu balik umah.

Aku berbulu ngan bini kawan En Wan. Dia ni takde la kaya mana, tapi sebab dia anak tunggal so harta mak bapak konfem jatuh kat dia. Pastu blaja pun tak tinggi mana, nasib ko baik la sebab dapat laki yang boleh tanggung ko. Tapi eksyen nya memang kalah orang yang pegi ke bulan.

Dah la kondem rumah aku nak bandingkan ngan rumah mak bapak dia yang besar tu. Pastu tak puas hati bila tau aku beli another house.


Part 1

'Berapa harga rumah you yang baru ni?'

'***K'

'Mahalnya. Banglow ke?'

'Tak, double storey link house biasa je, cuma i ambik end lot'

'Berapa bukak dia? ....Ohhh, kecik. I sebenarnya dah beli rumah, semi-D lagi. Bayar booking 7K je, memang best la area tu. Dorang plan nak buat club house, swimming pool, wi-fi pun ada kat club house tu, atas bukit, kalau bangun pagi kan macam ada kabus-kabus gitu, nampak class sket'

Part 2

'Wan tak gila kereta ye?'

'Takde la, dia dah stop. Skang ni dia sibuk ngan rumah pulak'

'Ala, dulu pun mana dia gila kereta sangat, kereta dia pun dulu Prelude lepas tu Civic. Mana ada tukar2 dah kan?'

'Tak abis bayar lagi keta skang. Tunggulah abiskan hutang'

'Abang Zaidi (bukan nama sebenar laki dia) dah banyak kali tukar kereta. Ni pun dia tengah carik Estima. Civic i sekarang ni pun i ingat nak tukar dah walaupun baru beli. Dia nak belikan i CRV baru'.

Part 3

Nampak frame gamba aku.

'Eh, you all dah pegi Bali ke?'

'Dah, last year.'

'Bawak Redza?'

'Ye lah, En Wan mana nak tinggal anak dia. Mana-mana pergi anak mesti ikut. Lagipun jalan jauh kan, takkan nak tinggal anak'

'Abang, diorang dah sampai Phuket dah. Macamana ni?'


Apa motif dia sebenarnya?
Seb baik sampai part 3 je. Kalau sambung sikit lagi aku halau keluar.

Lepas diorang balik, dalam bilik, En Wan hug aku bisik 'Sorry Di, abang tak mampu nak mewahkan Di macam tu.'

Sebak sekejap.
Kan aku dah nangis balik.
Malas sambung ahh.

2008-08-03

I'm Not Single, but boleh la kalau ko nak sangat...


Buat pertama kalinya dalam sejarah aku keje ngan company ni, weekend aku sangat peaceful and serene tanpa sebarang tekanan perasaan nak siapkan keje.

Last week, the whole week, bos aku tak meroyan sangat, maybe sebab aku pun dah start buat muka takde perasaan everytime dia menurun. And semua keje yang dia suruh buat aku siapkan time tu jugak walaupun aku kena berjaga sampai 2-3pagi nak buat flyers yang bukan keje aku. Takpe, sok dah run company sendiri at least aku ada pengalaman buat semua ni.

Jumaat lepas sebelum kol 5pm, aku dah siapkan weekly report yang selalunya aku siapkan hari Ahad sambil nangis-nangis. Aku dah taknak jadik bangang habiskan weekend aku dengan buat keje dia. Malam tu aku stay up sampai kol 2pagi buat flyers, dengan ditemani oleh rakan se-YM Amzari. Thanks beb.

Semalam gi kawen enonz.
Seperti biasa, aku memang akan sesat walau sebesar mana sekalipun map ko bagi. Biasala, aku memang suka buang-buang petrol ni. Apa sangat la RM2.70 seliter.

Yo-yo-an je bawak camera, tapi satu gamba pun tak snap. Kamera aku tu lansung takde bateri rupanya. Hampeh, nipis bergaya je lebih. Nak pakai henfon aku yang mahal tu bateri pun takde, lupa nak charge. So, aku tunggu belas ehsan Cheq or Wanz update blog memasing, sila la letak gamba aku sekali.

Kali ni aku tak kuasa nak gosok-gosok baju bagai sebab dah konfem baju aku renyuk dalam kereta sebab meriba hero tamil aku tu. So, aku pakai baju kurung dari zaman matrik dengan harapan takde orang perasan.

Elok je aku sampai lam dewan, Apeng tegur 'Hoih, ko pakai baju zaman matrik?'

Kojaqqqqq.

Pastu memasing mula la 'Ha?? Ko boleh pakai baju zaman matrik?'

Boleh tanya soklan pelan-pelan tak?
Nampak nau aku takde baju baru.
Lagipun, tu baju kurung beb, harusla boleh pakai lagi. Bak sini suar jeans saiz 24 tu tengok boleh masuk lagi ke tak?????

Ingatkan nak gi shopping terus lepas wedding, aku dah siap bawak sandal nak ganti. Tapi En Wan punya selenga je penat balik keje, ok takpela, kita balik.
Tido berjemaah dulu sampai kol 7.30pm.

Tengah-tengah lepak tengok Happy Feet kat HBO tetiba je roommate aku 'Jom siap, tengok movie'

Huh??
Pehal ko?

Member nak tengok The Mummy.
Allah, aku memang lemah la tengok citer-citer tak lojik ni. Konfem aku tido lam tu.
Sampai kat SUMMIT, queue baik punya. By the time sampai kat kaunter, dah full house.

Pastu dia kata 'Takpela, kita tengok I'm Not Single. Di nak tengok citer ni kan?' '

Lagi sekali aku macam HUH???
Wan Mohd Ridzuan kah ini??
Wan Mohd Ridzuan kah yang bagi cadangan nak tengok citer melayu?

Ada la lam 15 orang je lam cinema tu.
Takde orang lagi aku suka.
Tapi the movie takde lah teruk sangat pun. Hero hensem, heroin gorjes.
Ok la tu.

Kalau orang muda yang mengarah cerita cinta memang best sket.
Kalau orang tua yang mengarah, jadikla cam Kuliah Cinta, Cinta Fotokopi, Sembilu 1, Sembilu 2, Sembilu 24...
Letih sialllllll.

Before tengok movie, kitorang singgah Giant dulu beli barang sket.
Aku beratur dulu kat kaunter, En Wan gi carik apa ntah.
Balakang aku ada mamat muka cam rempit.
Punya la rapat, kejap-kejap terasa kote dia cecah kat bontot aku.
Barua.

Pastu buat-buat nak capai barang, saje nak menggesel.
Babi la okk.
Kalau sekali takpe.

Memang la baju aku pakai semalam nampak cleavage gila-gila, tapi tolong la jangan buat perangai macam ko tak penah tengok cerita blue. Tu aku baru tunjuk cleavage, blom aku tarik keluar tetek aku. Kang ada yang melancap depan kaunter.

Ok la, kasik chance ko nak tengok buat modal malam kang.
Nama nak raba kem salam.
Hanya yang ada huruf W, M, R dan Z dalam nama dia je boleh pegang tetek aku.

Tu mula la AMZARI and **** check nama memasing...MUAHAHAHHAH.

Okla nak siap, shopping time!!