2008-08-07

Old pics


Dah namanya 'working from home', takkan nak work je. Haruslah memperkembangkan kebolehan multitasking. Tengah-tengah buat keje boleh pulak aku teringat nak kemas almari tempat aku simpan segala album and surat-surat chenta.

Aku bantai gelak tengok gamba kelas En Wan masa skolah rendah. Gelak tercangkung-cangkung sambil lompat sampai kepala aku terhantuk kat bucu dressing table. Bodoh pulak rasanya.



Ada ke macam ni ghopenya ambik gambar kelas?? Yang budak laki depan sekali belah kanan tu, sukati ko je nak cangkung ke depan lebih sket dari orang lain. Yang mencangkung la, bersila la. Gaya bebas. Siap ada budak tertinggal kat blakang berlari-lari, yang cikgu tu selamatkan diri, 'Lantakla, janji gamba aku masuk'. Budak-budak pompuan time nak ambik gamba, masa ni jugakla ko nak toleh kiri kanan adjust bontot. Belah kanan atas sekali tu suka-suka ko je nak buat pose superman siap kepak lengan.
Huru hara!!!



Macam ni namanya gamba kelas. Bermutu, bergaya, berkeunggulan. Tersusun je tinggi rendah.
Tapi aku yang rendah ni tetap dia selitkan kat blakang. Tau la aku tak cun, takleh dok depan, tapi aku ada aset yang harus dipertontonkan. Mahal aset tu skarang okkkkk.



Muka aku masa darjah enam, tahun 1989.
Berkerak sialll. Apa taknya, muka boh bedak je. Kengkawan aku yang lain umur 12 tahun pi skolah dah pandai pakai mosturiser, deodorant, siap bawak compact powder lagi nak touch-up masa recess. Aku nak pakai compac powder??

Nak tepuk bedak Johnson & Johnson kat muka tu pun curik-curik masuk bilik mak aji. Dulu bedak Johnson & Johnson mak aji jenis yang wangi, aku punya yang biasa-biasa je. Aku pun nak gak merasa cam iklan perfume generic Impulse, yang pompuan tu sembur Impulse sebotol pastu laki lalu sebelah semua toleh kat dia. Nak gak feeling-feeling wangi, laki lalu toleh pastu tanya 'Hi, awak kelas apa? Boleh bagi biodata?'.

Walaupun budak laki kalau nampak aku tang jauh, seboleh-boleh carik jalan lain.
Kalau yang jalan in one group tu lalu sebelah aku, tolak-tolak sama sendiri biar tersentuh aku. Kalau ada yang tersentuh, mati la budak tu kena gossip ngan aku sampai hujung tahun 'Eiiii, kekasih dia Diana'.

Pastu gelak ramai-ramai.

Yang macam kemak sket kalau main susun selipar, buat syarat 'Siapa kalah dapat Diana'
Bertungkus-lumus memasing taknak kalah. Boleh jadik bergaduh kalau kalah tu. Punyala taknak kena gossip ngan aku. Macam taik sangat la muka aku ni.

Tapi kira aku kecik-kecik dah glemer la, satu skolah kenal aku.
'Alahhh, Diana yang pendek-pendek, hitam-hitam tu'



En Wan masa darjah 6 adelah pemawas.
Agak bergaya jugak la laki aku ni.
Terima kasih la pada tie tersebut.
Kalau tak kerana tie, ko pun menerima nasib yang sama cam aku gak.

Masa umur 12 tahun ni dia baru je benti isap botol setahun.
Ngahahahahahha. Pecah lobanggg.

Mak dia cakap, dia taknak benti botol sampai la umur 11 tahun.
Tapi tak minum susu, minum sirap.
Dia sendiri bancuh.

Kalau pagi, seblom gi skolah isap botol dulu sambil tunggu depan pintu, tunggu kawan.
Agak-agak nampak kawan jalan dari jauh, cepat-cepat dia campak botol dia bawak sofa.
Pastu melangkah penuh macho ke skolah.
Balik dari skolah, tertunduk-tunduk bawah sofa carik botol balik.

Sebab tu lips En Wan belah atas macam 'comel' sket, macam bulat gitu. Lama sangat isap puting.
Tu yang best kena kiss ngan En Wan. Hahah.. (ada kaitan kahh??). Anak aku pun dah nak masuk lima tahun tak nak stop botol. Penyakit berjangkit betul.



Ternganga kejap aku tengok gamba sendiri.
Masa matrik year 1995.

Dulu aku rasa Pah ni gemuk. Rupanya aku pun sama gemuk, tak sedar diri cakap orang.
Tapi best jadik orang gemuk, takde saper nak bagi perhatian. Ko buat la apa pun takde saper nak ambik tau. Pakwe memang jauh sekali la. Tapi at least takde la jumpa laki yang 'Saper kalah dapat Diana'.

Zaman matrik ni zaman aku enjoy life to the fullest.
Boleh katakan suara aku kekal dalam top rank 'GELAK PALING KUAT'. Budak-budak laki yang kat rumah sebenarng jalan pun boleh dengar suara aku mengilai malma-malam.
Time tu jugak kecoh orang nampak pontianak melintas. So kalau dengar pompuan gelak malam-malam memasing cuak, ni ponti ke diana?

Aku sendiri penah nampak. Tapi dia melintas je la. Kalau dia melintas pastu gostan balik benti depan aku konfem aku melepak kat ICU sampai skarang.