Congratulations! Your Blog, comatosewithbraindamage.blogspot.com/ has been awarded the Sexy Blogger Award
Awarded by JueLee to Green Apple
To JueLee : TIMA KASEYYYYYYYYY!!
Tapi aku takleh letak kat sidebar.
Benda ni takleh ditayang sentiasa, karang esok lusa dapat komen maki.
So aku letak kat entry today je ye?
Semalam tak jadi jumpa Jusmiera.
Kawan En Wan nak datang rumah. And sessi bershopping pun terbatal dengan secara tak lansungnya.
Hari ni macam biasa, meeting day. So potensi nak balik kol 9mlm tu adelah sangat tinggi. Tapi esok sampai Jumaat bos aku gi Bali. Jadikkkkkkkkk...aku telah mengatur satu jadual untuk diri sendiri.
Esok aku ngan En Wan cuti nak servis keta. Pastu kalau dia tak penat gi merewang kat 1U or Midvalley.
Rabu masuk opis half day AM, pastu balik lepak kat rumah.
Khamis taknak masuk ofis lansung.
Jumaat masuk sampai kol 11am je pastu balik umah.
Aku berbulu ngan bini kawan En Wan. Dia ni takde la kaya mana, tapi sebab dia anak tunggal so harta mak bapak konfem jatuh kat dia. Pastu blaja pun tak tinggi mana, nasib ko baik la sebab dapat laki yang boleh tanggung ko. Tapi eksyen nya memang kalah orang yang pegi ke bulan.
Dah la kondem rumah aku nak bandingkan ngan rumah mak bapak dia yang besar tu. Pastu tak puas hati bila tau aku beli another house.
Part 1
'Berapa harga rumah you yang baru ni?'
'***K'
'Mahalnya. Banglow ke?'
'Tak, double storey link house biasa je, cuma i ambik end lot'
'Berapa bukak dia? ....Ohhh, kecik. I sebenarnya dah beli rumah, semi-D lagi. Bayar booking 7K je, memang best la area tu. Dorang plan nak buat club house, swimming pool, wi-fi pun ada kat club house tu, atas bukit, kalau bangun pagi kan macam ada kabus-kabus gitu, nampak class sket'
Part 2
'Wan tak gila kereta ye?'
'Takde la, dia dah stop. Skang ni dia sibuk ngan rumah pulak'
'Ala, dulu pun mana dia gila kereta sangat, kereta dia pun dulu Prelude lepas tu Civic. Mana ada tukar2 dah kan?'
'Tak abis bayar lagi keta skang. Tunggulah abiskan hutang'
'Abang Zaidi (bukan nama sebenar laki dia) dah banyak kali tukar kereta. Ni pun dia tengah carik Estima. Civic i sekarang ni pun i ingat nak tukar dah walaupun baru beli. Dia nak belikan i CRV baru'.
Part 3
Nampak frame gamba aku.
'Eh, you all dah pegi Bali ke?'
'Dah, last year.'
'Bawak Redza?'
'Ye lah, En Wan mana nak tinggal anak dia. Mana-mana pergi anak mesti ikut. Lagipun jalan jauh kan, takkan nak tinggal anak'
'Abang, diorang dah sampai Phuket dah. Macamana ni?'
Apa motif dia sebenarnya?
Seb baik sampai part 3 je. Kalau sambung sikit lagi aku halau keluar.
Lepas diorang balik, dalam bilik, En Wan hug aku bisik 'Sorry Di, abang tak mampu nak mewahkan Di macam tu.'
Sebak sekejap.
Kan aku dah nangis balik.
Malas sambung ahh.