2008-08-12

Quit, apa nak letak??



Walaupun mulut penuh wa tetap kasik sengih baekkk punya.


Ha, makan lagi...tambah..tambah..
Perut dah membusung, dagu berlapis lagi nak tala nasik cukup-cukup.

Apesal muka aku BULAT kawan-kawan???

Kepada makcik yang nak sangat tengok aku pakai baju kurung, tak dapat la aku nak tepek kat sini gamba pakai baju kurung penuh, nak tengok kalu, tunggu next date.

En Wan sangat menyengih dalam gamba ni. Heran betul aku.
Ntah hapa yang dia bekenan sangat ngan tukang snap gamba ni.

************************************************************

Aku tengah berbulu satu badan dengan bos aku.
Ada ke dia buat cadangan aku masuk lab 24 Ogos ni???
24 tu AHAD okkkk. AHAD!
Pekejadah aku nak bangun pagi2 gi keje Ahad?
Hari biasa pun kalau boleh aku taknak bangun, inikan hari cuti?

Pulak tu 24/8 En Wan dah plan nak bawak aku gi Langkawi.
Flight dah book, hotel dah book, tinggal tunggu aku tadah diri je.

Yang aku heran, apesal ko takde common sense, dah tau itu Ahad, and aku ni dah berklorga, pikir la sket hendaknya. Ntah aku nak pi jenjalan ke, nak bawak anak pi beli baju raya ke, nak balik kampung ke, tak kisah la apa-apa yang penting itu hari Ahad!! Dah la takde extra annual leave ke, extra pay ke kalau keje Ahad. Ingat aku buat charity work ke????

Tak cukup gamaknya hari2 lain aku buat keje sampai ke malam.

Pelik aku, bila bos cadangkan benda-benda tak masuk akal macam ni, sorang tak bantah. Macam dedikasi sangat. Tapi aku tengok time meeting muka-muka yang dedikasi ni jugak yang balik-balik kena maki. Buat sales report pun boleh salah, belum kena buat forecast ke apa ke.
Kata dedikasiiiiii...

Satu je masalah aku skang.
Apa benda aku nak tulis sebagai reason nak resign.

a. migrate?

b. family business?

c. further study?

d. family planning? ----ape kaitan ntah. Padahal takde hasil pun.

e. health concern? --boleh tak dan-dan aku buat kena parkinson.

f. I want to start out on my own. ---tak jujur sangat ke? Aku tak suka jujur-jujur ni.

g. I hate you and I hate my job profile!! ----belanja aku kalau aku berani buat statement ni.