2023-08-27

Sekadar nak pecahkan stereotaip


Post aku semalam, ada yang tanya "Akak kat rumah buat kerja sorang atau En Wan tolong?"

En Wan tolong.

Kalau mok ada di rumah, mok akan basuh baju, angkat baju, lipat baju dan gosok baju anak and cucu dia.
Baju menantu tak payah gosok, memang aku bawa naik siap-siap.
Everytime mok balik Tganu, En Wan akan take over semua kerja-kerja tu, tanpa aku minta tolong.
Dia sendiri willing untuk buat.
Dialah yang basuh, menyidai.
Kadang melipat pun dia.
Tapi selalunya aku lipat balik sebab sakit mata aku tengok hasilnya.

Menggosok memang akulah, sebab En Wan tak reti gosok baju.
Dia tak pernah gosok baju, baik di sekolah, di UTM Semarak mahupun di Jepun.
Semua hantar dobi.
Beruntunglah beliau berjodoh dengan Cinderella yang dikerah menggosok baju sedari 9 tahun. Gituuuu.

Memasak, kalau mok ada, aku akan masak.
Sebab mok hanya makan sayur.
At least sayur kena masak.
Dah alang-alang memasak tu takkan masak sayur semata, kan.
Sekali harung masak lauk lain.
Tapi sejak mok balik Tganu (dah 2 bulan), aku jarang masak.
Rayyan pun takde kat rumah (dulu).
Tak nampak point apa perlunya aku masak kalau setakat 2 mulut kat rumah.
Beli lagi berbaloi.

Kemas-kemas rumah aku serahkan pada weekly bibik.
Yang heavy-heavy bibik buat - basuh toilet, porch, kemas laman, mengemop satu rumah.
Hari-hari lain tinggal nak menyapu and mengelap sikit-sikit je.
Kalau bibik bercuti, En Wan memang tolong.
Contohnya, now bibik aku balik kampung 2 minggu.
Selama 2 minggu inilah En Wan menggantikan kerja-kerja bibik, kecuali mengemop and menvacuum tu aku buatlah.
Buang sampah memang kerja En Wan.
Sesekali kalau dia meeting sampai ke jauh malam, akulah tolong buang.
Takkan nak tunggu dia juga.

Tapi kalau kerja mengganti mentol, tukar wiring, mengecat, memaku dinding, mengganti kepala paip -- ini semua En Wan.
Dia pun tak konfiden nak bagi aku buat.
Aku pun tak pernah terpikir nak buat semua benda ni, let alone nak offer diri.
Tak kisahlah kalau perempuan lain pandai buat kerja lelaki, atau dorang mahu buat kerja lelaki.
Baguslah. Takde kena-mengena dengan aku pun 😁.

Perempuan yang pandai bertukang di rumah, takde beza dengan perempuan yang keluar bekerja 9-5.
Kerana mencari rezeki itu sebenarnya tugas orang lelaki, betul tak?
Jadi, kalau perempuan bekerja, menjawat jawatan penting, menjadi CEO - ini juga layak dikagumi.
Tapi tak ramai lelaki kagum, kan?
Because, traditional views and gender stereotypes dah terbentuk dalam masyarakat kita selama bertahun-tahun.

Lelaki, bila tengok perempuan buat kerja-kerja yang secara tradisinya dianggap sebagai pekerjaan lelaki, contohnya bertukang, atau pasang mentol, atau tukar kepala paip -- dianggap menarik, sebab it goes against expectations.
Orang anggap itu sebagai pencapaian luar biasa sebab breaking the norm.
Berbanding dengan perempuan yang keluar bekerja 9-5, pegang jawatan penting dan hebat di ofis -- tak dinafikan ini juga pencapaian luar biasa.
However, this may not always get the same attention in society.
Salah satu sebabnya mungkin kerana kecenderungan mindset yang mana perempuan dianggap lebih sesuai dengan kerja-kerja "halus" macam kerja pejabat, berbanding kerja-kerja "kasar" seperti bertukang atau kerja teknikal.

Eh hello?
Kalau orang lelaki nak tahu, perempuan pun teruja tengok lelaki pandai dan rajin memasak tau.
Kitorang kalau sesekali nampak video lelaki masak untuk isteri, atau menjaga isteri berpantang, atau mekapkan isteri -- terus terbenti scroll!
Kau rasa?

Perspektif, ya. Perspektif tu kena ubah.
Semua bentuk kerja, tak kira apa jenisnya, adalah pencapaian that deserve recognition.
There are no better or worse types of jobs based on gender.
Perempuan yang berjaya dalam pekerjaan di pejabat atau memegang jawatan penting harus diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sama seperti perempuan yang menjadi surirumah yang tahu bertukang dan betulkan wiring rumah.

Dulu kan, duluuuuuu lah.
Masa En Wan masih kerja kilang.
Waktu tu aku baru tahun 3-4 dengan company sendiri.
Masih hustle.
Kejap ke sana, kejap ke sini.
Entah apa puncanya, one day En Wan marah-marah.
Dia question "Wife kawan-kawan abang pun kerja juga, tapi ada je masa nak memasak".
Meletop aku dengar.

"Wife kawan awak tu kerja macamana? Wife awak kerja yang macamana? Wife kawan awak tak mampu bayar bibik sebab tu dia kena buat semua kerja kat rumah!"

Itulah last argument kitorang pasal ni.
Lepas tu tak bunyi-bunyi dah isu ni.  
En Wan dah tersedar, yang bini dia tak macam bini kawan-kawannya.
Bini dia bukan kerja 9-5. Boleh balik on time.
Bini dia run own company yang masa tu baru nak hidup.
Kalau customer nak jumpa at 6 pm, maka 6 pm tu lah kena tunggu customer.
Dah tentu balik pun malam. Waktu tu aku kena kerja keras sikit.
Aku tak salahkan En Wan sepenuhnya sebab dia dibesarkan oleh mak yang tak berkerja.
Jadi, dia expect bini dia pun macam tu -- boleh uruskan makan pakai.

Aku cuba fahamkan dia yang aku tak boleh jadi macam wife kawan-kawan dia yang boleh buat kerja-kerja rumah.
Sebab itulah aku hire bibik. Aku bayar gaji bibik.
Kerana aku perlu pembantu yang boleh uruskan rumah.
Lantaklah orang kata suami and anak-anak aku dijaga bibik.
Aku tak kisah kalau tak menang bab tu.
Banyak benda lain lagi aku nak pikir.

Kau nak giling cili kering sendiri ke, kau nak buat roti sendiri ke, kau nak masak bekal suami and anak-anak ke, kau nak basuh baju dengan tangan ke, kau nak mengecat rumah ke, kau nak tukar atap rumah ke -- tahniah. I am happy for you.
Aku tetap memilih apa yang aku rasa mudah untuk aku.
Kalau rasa malas nak blend cili, aku beli je pes ibu sambal.
Malas nak blend bawang, beli je bawang blend segera.
Kadang-kadang order frozen lauk, simpan sebagai stok.
Agak-agak tak sempat masak, reheat je.
Janji takde yang berlapar dalam rumah ni.

Ini bukan nak mengajak isteri-isteri jadi pemalas, ya.
Tapi sekadar nak pecahkan stereotaip.
Pilihan untuk hire maid atau beli frozen food, atau makan di luar, bukanlah gambaran langsung keupayaan seseorang, sebaliknya keputusan peribadi.

Samalah juga dengan pandangan stereotype lelaki tentang keupayaan perempuan buat kerja-kerja kasar.
Kalau boleh buat kerja kasar, berbaloi jadikan isteri.
Kalau buat kerja-kerja clean, hantaran tak payah tinggi-tinggi.
Kau ingat harga anak orang ni kena pandai serba-serbi baru berbaloi?
Kalau semuanya ada dalam satu pakej, abis function kau apa? Main kote 24 jam?
Sukati mak bapak dia lah nak letak hantaran berapa pun.
Take it or leave it, man.