2023-08-15

Diana 46th


Weekend yang full.
Bukan full dengan kerja, tapi aktiviti dengan family.
Mengundi punya pasal, kitorang 3 beradik dapat kumpul-kumpul dan ngumpat-ngumpat bersama-sama.
Kebetulan Ima punya alamat mengundi belum diproses, jadi dia kena balik Bangi untuk mengundi.
Kalau dah proses, dia tak dapatlah mengundi sebab alamat dah tukar Johor.
Aku balik Bangi Jumaat malam, lepas Maghrib.
Alamat mengundi aku masih di Bangi, sengaja tak nak tukar sebab En Wan pun tak tukar.
Dia nak mengundi Tganu juga.
Cuma kali ni dia tak balik.
Sebab kali ni, Redza pertama kali mengundi.
PRU lepas nama dia belum proses.
Rezeki dia dapat mengundi untuk PRN.
Jadi, appa berkorban tak balik Tganu sebab nak bagi sokongan kat anak pergi mengundi.

Jumaat malam, dah nak pukul 12 malam baru Ima sampai.
Ima kata selama ni, everytime balik beraya turn Bangi, tak pernah lagi hiway jem.
Sebab yang buat ramai selalunya orang dari KL balik selatan.
Dia dari selatan balik arah ke KL. Memang tak jem.
Tapi PRN kali ni, some tempat jem melekat.
Sepanjang perjalanan kereta memang banyak.
Macam balik raya lah PRN kali ni.
Ima sampai je Bangi, En Wan and Redza patah balik ke PH.

Malam tu tido bilik Mak Aji.
Aku takut nak tido bilik aku sorang-sorang. Hahahaha.
Tebiat sungguh perangai.
Padahal dulu masa anak dara kemain lagi feeling nak ada bilik sendiri. Tak nak share.
Now, dah tua, penakut.

Esok pagi lepas Subuh terus bersiap.
Kitorang 4 beradik -- aku, Ima, CT and Ibal -- dah janji 7.30 am mesti ada atas jalan.
Sekolah Jalan 3 dekat je dengan rumah. Jalan kaki je.
Tapi tu lah, jalan kaki pun kecoh.
Sepanjang jalan tu macamkan kitorang 4 orang je gi mengundi sebab suara kitorang je paling kuat.

Aku saluran 3. Ima and Ibal saluran 4. CT saluran 5.
Saluran 3 ground floor. Maklumlah, menghampiri 50-an.
Ima and Ibal tingkat 1.
CT kategori muda, tingkat 3 terus dia letak.
Disebabkan kitorang semua awal, jadi semua pun habis serentak.
Balik pun dapat sama-sama.
Again, kecoh sepanjang jalan.
Macam kau sorang je mengundi orang lain tak.
By 9 am dah ada kat rumah semula.
Pak Aji and Mak Aji pulak keluar mengundi.
Dorang kat Sekolah Jalan 2 (sekolah aku dulu).
Tak tahu apesal dorang terpelanting kat sekolah lain.

"Saluran kau berapa orang, Diana?" Pak Aji tanya.

"Diana 1400 orang. Saluran Ima 1500. Saluran Redza paling ramai, 3000! Saluran papa berapa orang?"

"Saluran 1 tiga ratus je. Ramai dah meninggal"

Aku gelak beria. Boleh pulak bapak aku melawak gitu.
Tapi betul juga, kan.
Saluran 1 and 2 kan warga tua. Memang tak ramai.
Sedih pulak bila pikir-pikir balik.
One day, aku akan menangis agaknya bila teringat lawak Pak Aji pasal mengundi ni.

Sementara Pak Aji and Mak Aji mengundi, kitorang adik-beradik plan untuk celebrate birthday Mak Aji.
Hadiah dah beli.
Ingatkan nak celebrate makan-makan je, malas nak ber-kek bagai.
Aku minta Ibal and CT belikan Starbucks.
Plannya nak kenduri Starbucks sebab hari tu kan 50% off for second drink.
Panjang rupanya queue, ya.
Sejam Ibal and CT menguruskan Starbucks.

20 minit lepas Mak Aji balik rumah, Ibal pun sampai.
Patutlah lama. Menyinggah beli kek Baskin n Robbin rupanya.
Maka kitorang celebratelah kecil-kecilan sebab tak cukup ahli.
En Wan and Redza takde.
Rayyan and Jannah takde.
Azrul menjaga Mirza tidur kat bilik atas.
Nasib baik ada 2 ketul cucu tolong meriuhkan keadaan.

Alhamdulillah, tak sangka dapat kumpul celebrate birthday Mak Aji in advance.
Kalau plan memang tak menjadi.
Unplanned macam ni, always jadi.
Walaupun seadanya saja. Kek and drinks. Cukup.
Nanti birthday Mak Aji dah sampai tarikhnya, baru kita makan-makan proper.

Siang tu takde apa sangat, lepas celebrate, kitorang sambung bersembang.
Tau-tau je senyap semua pun tido berjemaah.
Aku sedar-sedar dah nak Asar.
Itupun sebab whatsapp En Wan masuk masuk, "Abang otw (ke Bangi)".
Ima balik ke JB semula lepas Asar.
Aku and En Wan balik sebelum Maghrib.
Kejap je berkumpul. Eloklah.
Kalau lama-lama karang, fedap pulak jiran Mak Aji dengar kitorang memekak.

Isnin 14 Ogos. Birthday aku.
Awal-awal lagi tak plan nak celebrate macam selalu.
Selalunya sehari sebelum birth date, En Wan dah kidnap aku untuk staycation.
Tapi kali ni Redza ada di rumah.
Dan ikut plan asal, 13 Ogos petang nak kena hantar Redza balik.
Dah tentulah 13 tu tak boleh ke mana-mana.
Eh tau-tau cuti pulak esoknya.
Maknanya Redza boleh dihantar balik 14 Ogos petang.
En Wan pun diam-diam merancang celebration.

Aku tak tahu menahu rupanya En Wan dah berbincang dengan Redza hal ni.
Agaknya dia bagitau nak bawa aku lepak hotel, jadi Redza kena tido rumah sorang-sorang.
Bila En Wan cakap "Lepas Zohor kita keluar gi makan dengan Redza, lepas tu terus keluar. Abang dah book hotel".

Aku tanya "Redza ikut tak?"

"Eh, anak awak tu 19 tahun dah. Buat apa ikut?"

Sedihnya aku. Aku pujuk En Wan untuk bawa Redza.
Tapi Redza yakinkan aku "Ma, Redza ok je duduk rumah. Nanti Redza makan je apa-apa kat dapur tu"

Mak-mak memang gini, ya.
Anak tu dah berselirat bulu pun tetapppp mak nampak anak tu macam umur 3 tahun dulu.
Bapak-bapak je takde perasaan.

Tengahari tu makan kat IOI City Mall.
Asalnya nak ke Yakiniku, tapi ramai orang.
Queue more than 30 minits orang tu kata.
Dah, tak payah.
Try nak ke Rakuzen.
Elok je sampai, Rakuzen tutup.
Buka semula at 6 pm. Lambertttt.
Gi Chef Wan pulak.
Nasib Chef Wan ada seat.

Ini cawangan Chef Wan yang ketiga aku pergi.
Yang kat KL dah. Yang kat Bangi Resort dah.
And this is 3rd one, kat IOI City Mall.
Rupanya kat mall hidangannya lain.
Even some of the menu ada di cawangan lain, presentationnya tak sama.

Contoh, cucur udang.
Dalam setiap cawangan Chef Wan tak pernah missed coq udang.
Kat IOI Mall, coq udangnya lain.
Macam ada kerak khas untuk coq ni.
Yang bulat bertabur udang tu adalah kerak tepung.
Coq-nya di bawah.
Tak puas betul aku makan sebab coq sikit.
Nak kena repeat balik lepas ni.

Kat sini semuanya ala carte.
Maka, pilihan tak banyak.
Kau takkan jumpa sea bass fillet asam pedas, atau siakap lemak cili api kat sini.
Aku baruuuu plan nak makan asam pedas.
Hari tu aku pilih soto, En Wan makan seafood aglio, Redza makan beef sandwich.
Portion macam biasalah, besar gabak.
Aku punya soto macam besen basuh muka besarnya.
Sedap! Cuma ayam cariknya tak banyak.
Kuah je banyak. Berdegil pun dua je.
Aku taklah minta bergedil sampai 10, tapi sebab mangkuknya macam besen, kan best kalau bergedil lebih.
Lagi satu, kuah soto adalah sambal merah.
I is suka sambal kicap.

Redza punya meal sedap. En Wan pun sedap.
On top of that aku tambah Choc Role Pastry and Croissant.
Tau-tau dengar orang nyanyi lagu Happy Birthday.
Entah bila masa En Wan tempah kek, padahal masuk Chef Wan pun unplanned.
Seingat aku dia ada je depan mata. Bila masa dia booking kek?

Tengok kek pun tau dah, black forest.
Ingat pun favourite kek aku.
Just nice kek pun cinonet, sekali makan je done.
Lepas makan, hantar Redza balik dan zassss gerak ke KL.
Aku malas nak tanya dia hotel mana.
Sebab dia tau, kalau hotel tu hazab dan sangat misteri, bini dia akan call Grab dan balik.

Rupanya kali ni ke JW Marriott.
Berdepan dengan Pavillion.
Last year celebrate kat Ritz Carlton, sebelah JW.
Aku syak, mesti dia nak ajak aku makan malam kat Pavi je nanti.
Tu yang ajak duduk depan Pavi tu.

Kat kaunter, aku dapat bunga.
Rupanya dia dah plan siap-siap untuk bunga menyambut aku kat kaunter.
Tersipu-sipu I.
Maunya yak, kalau dah satu floor tengok staff kaunter tu bagi aku bunga.
Mesti dorang tertanya-tanya apakehey dia ni dapat bunga.
Princess ke perempuan ni? Ahgitu berangannya.

Birthday I 14 Ogos.
I dapat tingkat 14. Bilik I nombor 14.
Bouquet I rose 14 kuntum.
Tak terjangkau kepala aku pikir En Wan boleh plan macam ni.
Tak, masalahnya bila masa dia plan?

Aku ingatkan done dah kejutan.
Elok je santai-santai lepak sambil godek bilik ada apa, staff datang hantar kek.
Nasib belum tanggal tudung. Kalau tak, nescaya menggelupur.
Baru je lepas mencekik kek kat Chef Wan, kat sini dapat kek lagi.
Kek dia SEBIJIK SEBIJON kek yang aku dapat last year kat Ritz Carlton.
Aku syak Marriott and Ritz Carlton ni adik-beradik sebab presentationnya sama.
Hotel pun sebelah je.

Lepas Maghrib En Wan ajak dinner.
Kali ni dia tak ambil dinner kat hotel. Makan kat luar.
Oklah, aku ikut je.
Ingatkan makan kat Pavi, rupanya lain.
Dia ajak aku jalan kaki santai-santai, lalu depan Ritz Carlton, melintas jalan besar, dan sampai ke Emily's Steakhouse.

First time aku ke sini.
Ramai juga orang kat dalam restoran ni.
Padahal tersorok je.
Aku je yang tak tahu kot.
Orang lain tahu lama dah.
Aku ambil lamb rack. En Wan ambil stew daging.
Last-last tak kena dengan tekak dia, minta tukar dengan aku.
Nasib baik bini sejenis tolak batu dengan kayu.
Aku habiskan makanan dia.

Lepas makan, dengar lagi lagi Happy Birthday.
Another celebration untuk aku.
3 kali aku dengar orang nyanyi lagu birthday kat aku dalam sehari.
Dah 46 tahun dah kottt. Cukup-cukuplah. Hahaha.
Tapi kali ni no cake, hanya aiskrim.
Bedallll.

Alhamdulillah, moment-moment simple begini, celebrate berdua, itu lebih baik.
Walaupun tengah makan, tengah minum, tengah tengok TV -- topik sembangnya adalah hal anak-anak.
Aku cakap "Bang, katil ni king size. Ada 6 bantal dia letak. Ada couch panjang lagi. Patut boleh bawa Redza sekali ni".
En Wan pandang muka aku, lepas tu sambung tengok TV.
Malas nak argue malam-malam agaknya.

Sebak pula dapat whatsapp Redza.
Dia kat rumah sorang.
Kalau kat kolej tu takdelah aku terasa sedih sangat.
Ini kat rumah.
Dahlah tak makan apa-apa sebab kenyang sangat makan at Chef Wan petang tu.
Yang anak di Ipoh tu lagilah tak dengar berita. Dia tak call.
Nak telegram pun tak boleh sebab iPad hanya boleh pakai on weekdays saja.

Kejap lepas tu, warden call.
"Wan Rayyan cirit birit and muntah-muntah. Dah bawa ke klinik siang tadi"

La haiii. Patutlah senyap.
Rupanya anak aku tak sihat.
Esok paginya, dapat gambar dari cikgu.
Cadar pun dah berganti warna sebab cadar putih and selimut kena muntah.
Hmmmm..aku macam biasalah, "Bang, kita bawa Rayyan balik sekolah sini je lah".
Again, En Wan pandangggggg je aku.
Malas nak ruin mood birthday aku agaknya.

Tapi walau dapat berita anak tak sihat, esoknya time breakfast tetap 3 round aku belasah.
Problem is problem. Makan is makan. Itu konsepnya.

Breakfast Marriott ok-ok saja.
Pilihan ok, tapi tak sebanyak Ritz Carlton.
Tapi aku rasa Le Meridien Putrajaya sedap lagi.  

Alhamdulillah, sampai juga ke umur 46 tahun.
Dulu terpikir apalah agaknya rasa umur dah 40-an.
Dah duduk kat angka 4 series ni, takde apa yang berbeza pun.
Age is just a number. 
Tinggal nak tunggu beralih dunia je.
Terima kasih untuk semua wish dan doa aku dapat sehari sebelum birthday, on my birthday, dan hari ini pun ada orang send wish lagi.
Terima kasih.