2023-08-21

Segalanya Bermula Di Sini @Tropicana Golf Club


Rabu lepas, aku attend program En Wan and boss dia, di Tropicana Golf Resort.
It's a program anjuran Prudential.
En Wan and boss dia bagi talk.
Program ini adalah program berbayar.
Siapa nak dengar kena pakai tiket.
Surprisingly bosnya kata 400 tiket terjual habis 10 days befor program bermula.
Lagilah pak incik aku gelabah.
Aku cakap kat dia, beratus orang bercita-cita untuk berdiri atas pentas tu.
This is a recognition.
Peluang macam ni kita tak pasti akan ada lagi ke tak.
Some people menunggu 10 tahun untuk dapat pengiktirafan tu.

Itulah kisahnya kenapa aku ada sama malam tu.
En Wan nak aku ada sekali, untuk tengok dia bercakap di depan ratusan orang.
Siang tu aku ke ofis macam biasa.
Pukul 4.15 pm gerak ke Tropicana.
Masuk area gold club tu, aku ni terjenguk-jenguk carikan parking sebab kereta dah banyak.
Aku kejap-kejap "Ni ada parking, bang!". Dia diam.
Terus ke depan.
Jap lagi aku "Ni ni ada bang!". Dia diam.
Terus ke depan.
Sampai kat main entrance, dua turunkan tingkap kereta, "Saya speaker malam ni".
Orang tu check plat nombor, "Ok, park sini, encik".
Ohhh kisahnya. Ada reserve parking dah.
Kesian bininya. Macam peghak terjenguk-jenguk cari parking space.

Ini boss En Wan.
Dia juga adalah senior En Wan, dan agen insurans (dulu belum ada takaful) kitorang yang pertama (zaman polisi conventional dulu).
Tahun 2002 lagi dah ada polisi dengan Prudential.
Namanya tersenarai dalam buku "Gems of the East" sebagai salah seorang 50 successful person dari kalangan 10,000 Japanese graduate.
That's how hebatnya beliau.
Pak incik aku yang ramai puji hebat tu pun belum tersenarai lagi dalam buku ni. Hahaha.
En Wan kata boss dia dulu masa sama-sama belajar kat UTM Semarak (Program dasar Pandang ke Timur), antara yang sangat power cakap Jepun.
Boleh menang bertanding speech in bahasa Jepun.
Aku kagum sebab aku dengar En Wan cakap Jepun pun dah laju.
Rupanya boss dia jauh lebih lancar.

Walaupun secara zahirnya nampak macam aku yang bawa lead pada En Wan, hakikatnya dia yang convert lead kepada client, bukan aku.
Aku cuma membantu create awareness.
Create awareness is something yang aku dah buat sejak jadi blogger.
Kalau bukan buat untuk En Wan pun, it is something yang aku buat hari-hari dari zaman makan gaji jual biotech supplies lagi.
Now, untuk kerja-kerja XZIZ, GreenAard, dan MJA aku masih gunakan pendekatan sharing knowledge.
Tapi, kerja-kerja engaging with those potential clients, understand their needs, build relationships, and convert them into paying clients bukanlah kerja aku.
Ini adalah kerja En Wan.
Jadi bila En Wan dapat maca-macam awards and achievements, itu usaha dia, bukan aku.

Malam tu, dia share perjalanan hidup dia dari belajar kat Jepun, kemudian balik jadi engineer selama 15 tahun, kemudian run a company selama 7 tahun, sebelum jump into takaful business at age 46.
Memandangkan kitorang dah tido sebantal sejak 23 tahun lepas, aku dah hafal perjalanan hidup dia.
Malam tu aku tak dengar sangat buji butir yang dia cakap.
Aku lebih terpegun tengok dia makin berani dan lancar bercakap depan orang.

Dulu, setiap kali kena buat presentation kat kilang (tempat dia kerja dulu), boleh jadi stress aku dibuatnya.
Aku sama naik membaca presentation slide tu sebab kena prektis sama-sama.
Dia yang nak present, aku yang sama-sama menghafal. Boleh?
Setiap kali dia kena present, aku kena trained dia bercakap macamana, intonasi macamana, sebutan macamana, gestures macamana, etc.
Speech malam tu aku lansung tak ambil tahu.
Semua dia buat sendiri, prektis sendiri.
Ada kemajuan nampaknya, ya.

One thing yang aku suka tentang slide dia malam tu, dia memecahkan satu persepsi bahawa agen takaful bukanlah dari kalangan yang tak belajar tinggi.
Ramai orang ada persepsi yang jadi agen tu sebab tak dapat kerja atau tak belajar tinggi.
Selama 10 bulan En Wan involve in takaful, aku boleh nampak perbezaan agen berpelajaran tinggi dengan agen yang tak.
Walaupun sama-sama bejaya, dari sudut keprofesionalan, berbeza.
Bercakap, semua orang boleh bercakap.
Tapi keprofesionalan, kepekaan, sikap, mengintegrasikan pengetahuan dengan prinsip, dan kemampuan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, serta menulis dengan baik -- you have to possess something on a different level.

Terus jadi retis.
Lepas tamat majlis ramai yang bergambar dengan beliau.
Aku lepak kat kerusi baca buku.
Sila sila silakan. Dah settle nanti saya bawa balik beliau.

Program malam tu sebenarnya lebih kepada sharing session untuk bagi pencerahan tentang industri takaful.
Takaful ni produknya jelas.
Kalau polisi yang diambil betul, plan yang betul, agen yang betul, insyallah tak ada masalah.
Polisi Rayyan umpamanya.
Agen polisi Rayyan sebelum ditukar kepada En Wan, adalah orang lain.
Selepas tragedi patah kaki tu baru En Wan ambil alih sebab waktu tu dia dah join Prudential.

Claim-claim untuk hospitalization, surgery and fisio semua lulus.
Hospitalization charges paling mudah lulus claim sebab kita masuk Avisena, hospital yang di-recognized by Prudential.

Surgery pula ambil masa sebulan untuk dapat claim sebab kita buat di PPUM.
PPUM bukan hospital under Prudential. Kena pay and claim.
Sebab tu prosesnya lambat sikit.

Fisio ambil masa agak lama.
Baru last month lulus.
Sebab fisio ni pusat yang kita cari sendiri, jadi perlukan surat dari Avisena yang mengatakan Rayyan memang perlukan fisio.
Yang penting semua claim lulus.
Total semua sekali dalam RM40K+ jugalah.

Some people tak faham.
Dia ingat asal ada medical card je tak payah keluar duit sendiri.
Maybe agen pun tak explain dengan betul.
Tengok jenis plan yang kita ambil.
Ada certain plan, kita kena bayar RM300 sebelum boleh masuk ward.
Ada plan yang lain pula, kita kena bayar 10%.
Kalau masuk hospital yang bukan under Prudential pula, kena pay and claim.
Segalanya ada plan-plan pembayaran yang jelas.
Bertanyalah pada agen.
Sebelum masuk mana-mana hospital, tanya agen dulu, ok tak kalau saya nak masuk hospital sekian-sekian.
Ini tak, kau redah je mana-mana hospital, bila kena pay and claim, tuduh takaful scammer.
Padahal dia tak tak faham plan yang dia ambil.

Tengok video ni kasi perabis.