2023-08-16

Berada bersama-sama kelompok yang ada segalanya, perjuangan tu tak mudah.


Ini bukan kempen politik.
Kebetulan aku dapat video ni dari whatsapp group.
Aku tengok sampai habis.
Ada point yang bagus untuk kita as parents cakna dari apa yang dia sampaikan.
 


Apa yang dia cerita tentag bagaimana dia cuba blend kehidupan di sekolah berasrama dalam keadaan serba tak ada, sangat menyentuh hati aku.
Walaupun aku bukanlah dari keluarga miskin tegar, aku faham benar rasanya berada di persekitaran yang most of them lebih dari aku.
Dari banyak segi.
Nampak je kitorang ni duduk bandar, rumah batu.
Hakikatnya, kami tak kaya pun.
Rumah yang Mak Aji duduk sekarang adalah investment terbesar dia.
Duduk rumah batu 2 tingkat, tapi kereta tak mampu beli yang baru.

Dari umur aku sekolah rendah, sampailah umur 14 tahun, Pak Aji pakai kereta Subaru station wagon yang dapat FREE!
Pakcik aku kerja sales Marlboro.
One day, Marlboro buat cabutan bertuah. Dapat kereta.

Ginilah rupanya keretanya.
Kitorang punya warna biru.
Mak Aji kata kereta tu pun bukan kereta baru.
Asalnya kereta Marlboro. Kereta syarikat rokok.
Ada tampal sticker Marlboro pada seluruh kereta.
Nama Pak Aji naik sebagai pemenang.
Dapatlah merasa kereta.
Tukar cat jadikan warna biru.
Itulah kereta kitorang dari umur aku 7 tahun sampai 14 tahun.

Sekali pandang, wow! Subaru.
Duduk rumah double storey. Kaya. Padahallll.

Umur 14 tahun, kitorang eksiden teruk kat Tampin. Total lost.
Takde duit nak beli kereta baru.
Mak Aji pinjam duit adik dia kat Singapore RM5K.
Adik dia tanya "Kereta apa kau beli 5 ribu je, Yah?"
Sebak aku dengar masa tu.
Imagine, RM5K pun takde dalam simpanan.
Dapat beli kereta second hand Saga keluaran pertama.
Tahun 1991 orang tak pakai dah Saga 1st edition, tapi itu je lah yang family aku mampu.
Itupun second hand.
Dan kereta Saga tu Pak Aji pakai dari umur aku 14 tahun sampai aku dah kawen!
Tahun 2001, barulah Pak Aji merasa pakai kereta baru.
Itupun Waja je, bukan Honda pun. Alhamdulillah.

MB Kedah tu duduk di kampung.
Miskin orang kampung, walau miskin, dikelilingi oleh orang yang sama ramai miskin.
Sama-sama pekebun. Sama pesawah. Sama-sama duduk kampung.

Miskin orang bandar ni lain.
Dikelilingi oleh orang-orang yang berlainan taraf hidupnya.
Ada yang duduk flat, ada yang duduk rumah setingkat, 2 tingkat, banglo.
Semua duduk di satu kawasan yang sama.
Dah tentulah kawasan tu tak murah perbelanjaannya sebab kawasan tu orang yang mampu pun ramai.
Kitorang yang tak mampu ni, kena adapt sajalah.

Bila aku terpelanting masuk ke elite school, perbezaaan taraf tu terasa lebih besar.
Di sekolah harian, kita jumpa kawan di sekolah saja.
Perbezaan tu nampak kat stationary yang kawan guna, beg sekolah yang kawan pakai, bekal yang kawan bawa, duit belanja yang kawan dapat, kereta yang mak bapak dia pakai hantar anak ke sekolah.
Bila di sekolah berasrama, 24 jam kita tinggal bersama.
Apa yang kawan tu ada, kita nampak.
Apa yang kita takde, kawan nampak.
Walaupun berkawan masih sama-sama, bak kata MB Kedah, kita hanya cuba untuk play along.
Hakikatnya, berada bersama-sama kelompok yang ada segalanya, perjuangan tu tak mudah.

Bezanya, aku can sense hal ni dari awal.
Dari awal masuk aku dah tahu "This is not for me".
Aku tak nak tunggu lama sampai mental aku koyak, emosi aku rabak.
Gut feeling ni jangan dibuat main.
Kalau dari awal dah rasa "This is not for me", trust that.

Berjuang dalam keadaan serba tak ada tu tak senang.
Orang lain ada ni, kau takde.
Kena meminjam.
Selalu sangat pinjam pun orang tak suka.
Satu-satunya modal yang ada adalah otak.
Duduk di elite school, walau tak kaya, tapi otak kau selevel mereka yang kaya.
Itu je modal untuk bertahan.
Cuma aku pilih untuk tak mahu bertahan because my mental health is very expensive.

Redza kata kat Langkawi dulu banyak kes macam ni.
Even mak-mak pun ada yang komplen tentang ni dulu.
Baju tido budak perempuan yang jenis macam bunny zip kat depan tu.
Apa nama baju tido pesen ni?
Ada yang hilang kena curi.
Kasut sport Redza berapa kali hilang.
Henfon dia pun pernah hilang.
Bukan sebijik, tapi dua biji.
Ada setengah budak, bila dia tak mampu dapat, dia akan hilangkan orang lain punya.
Biar sama-sama tak ada.

Rayyan is facing the same too.
Kasut kulit dia 2 kali hilang selang 1 minggu.
Baldi dia orang sorokkan.
Kebetulan En Wan ada di sana, cari baldi dia takde.
Rayyan rilek je kata baldi dia ada je kat luar.
Bila suruh cari, tak jumpa.
Seminggu lepas tu, baldi dia elok je ada kat tempat letak baldi semula.
Kasut pun sama, selepas 2 minggu, elok je kasut tu 2 pasang sekaligus ada balik di rak kasut, siap stokin pun ada dalam tu.
Memang ada budak-budak pesen ni.
Jenis yang dia takde, dia nak orang lain pun takde.
Orang punya dia buat main-main.
Yang kitorang ni malas bising.
Hilang? Ok beli baru. Hilang lagi? Ok beli baru.
Tapi kalau asyik beli baru je fedap juga aku.

Kadang apa yang kita provide untuk anak hanyalah biasa-biasa.
Tapi orang lain anggap terlampau mewah kerana mereka tak memiliki.
Kesannya, anak kita jadi mangsa haters. Abis camno?

Macam Redza tu jenis tak kisah.
Bantal kena rembat pun, dia tido beralaskan lengan SATU semester.
Tapi kalau Rayyan tak boleh.
Segala benda kena lengkap.
Tepi katil dia pun ada karpet, ya.
Sebab dia nak feels like bilik dia kat rumah yang ada karpet 🙄.