2023-08-22

Welcome to dunia influencer!


Kat FB dah 2 hari orang share cerita influencer TikTok duduk rumah PPRT mampu beli perabot and peralatan elektrik level kayangan.
Adehhh. Gua mana la korang duduk selama ni.
Arwah nenek aku sah-sah tak bekerja, tapi ada anak-anak yang boleh belikan macam-macam.
Lagikan pulak seorang influencer.
Orang bayar dia untuk promote brand.
Harga servis, dia yang tetapkan.
Dah tentulah income takde limit.

Mula-mula dia jelaskan yang rumah tu maknya beli kerana gaji mak below RM3K.
Ok, lojik.
Itu rumah mak. Bukan rumah dia.
Bila mak dah meninggal, dia beli dan sambung bayar ketika income dia masih below RM3K.
So kira settle dah bab ni sebab dia layak.
Eh tak, ya!
Orang tak puas hati lagi sebab sekarang income dah besar maka dia tak layak untuk terus tinggal di situ katanya.
Ceritanya tak puas hati la ni budak ni dapat beli rumah murah sedangkan pendapatan dia besar.
Menambahkan lagi bengkek masyarakat bula deco rumah budak ni macam kondo, dengan barangan mewah.

Gitulah mentaliti manusia, kan?
Kalau kau duduk pertempatan yang tak kaya, rumah kau wajib kotor, barang kedai Siam, dan busuk.
Samalah kalau duduk pertempatan have-have.
Wajib ada BMW 2-3 bijik menjalar kat porch.
Beli Axia karang orang mengata.
Sebab tu founder-founder ketahian tak tak tentu hala pakat-pakat sewa heli, sewa banglo, sewa limo, sewa barang kemas.
Ni semua dek nak match piawai masyarakat.
Kalau kaya, mesti begini.
Kalau miskin, mesti begitu.
Bila kena scam, melolong.

Mudah sungguh kita lupa apa yang kita ada bila nampak apa orang lain ada.
Aku tengok budak tu punya stove pun jenis mudah alih yang satu tungku saja.
Dia punya oven pun jenis mudah alih juga boleh beli kat Shopee.
Rumah kau, siap ada kitchen hood, oven fitted ke kabinet, dapur induction 3 tunku bagai, punnnn kau nak jaki dengan rumah budak tu lagi.
Tak, bukan aku memperlekehkan, cuma nak bagi sedar apa yang kita ada.
Apa yang kau ada entah-entah lebih besar dari apa yang dia ada, tapi kau lebih suka tengok apa orang ada berbanding apa yang kau ada.
Sebab tu tak pernah rasa apa yang dah ada tu cukup.
Kita ni kalau yang kecil pun kita tak hargai, macamana nak dapat yang besar?
Kalau yang ada pun kita tak syukuri, ada hati nak dapat lebih.

Bila menilai status seseorang pada jenama dan harga material yang dimiliki, itulah jadinya.
Tak boleh ke kalau orang lain ada impian?
Beli Coach RM600 pun ada installment 3x bayar sekarang ni.
Beli gelang RM5000 pun boleh 6 kali bayar.
Kau kalau jaki sangat, nak beli esbok SMEG tu beli je la.
Benda boleh bayar installment. Apesal tak beli?

Ada orang minatnya pada brand-brand mahal.
Ada orang minatnya pada barang kemas.
Ada orang minatnya pada henbeg berjenama.
Silakan. Takkan lah duduk PPRT wajib selekeh.
Bagus juga budak tu deko rumah PPRT cantik-cantik.
Biar orang tahu bukan soal rumah kecil atau besar.
Soalnya RAJIN. Kalau rajin, rumah mesti cantik.

Of cos duit memainkan peranan.
Ada duit, buat.
Ada duit, beli barang-barang yang kau nak.
Ada duit, pi travel the world.
Ada orang, gi spend kat good food.
Buy experience.
Tapi ada juga yang sayang nak guna duit.
Suka menyimpan. Terpulanglah. Asalkan content dengan apa yang dipilih. Jangan esok terlebih nak menyimpan, lepas tu bitter tengok orang lain rumahnya ada itu ini.

Umur muda selalunya impiannya besar.
Banyak impian yang belum terpenuhi.
Selalunya umur 20-30 an inilah anak-anak muda berlumba nak kereta besar, nak travel the world, nak gaya hidup mewah, nak miliki itu ini.
Especially yang baru hidup bekeluarga, dah tentu banyak impian.
That girl tak terkecuali.
Cuma "silap" dia, dia duduk PPRT.
Orang kita mana boleh duduk PPRT tapi bergaya orang kaya.
Mindset orang kita, yang duduk PPRT adalah orang yang tak berkemampuan.
Jadi, rumah wajib selekeh.
Makan bentang tikar je.
Pengotor tu wajib.
Tapi mindset ini jugalah nanti yang cakap mentaliti PPRT macam sampah.
Kau kalau aku libas karang, berlumba-lumba gigi kau masuk perut.

Look. Semua orang pernah muda.
Aku pun pernah muda.
Kita sama-sama tahu apa yang kita buat semasa muda.
Dan aku banyak menyimpan cerita blog readers yang gaji dihabiskan dengan fulfill keinginan, tapi simpanan tak ada.
Medical card tak ada.
Nak bagi duit pada mak ayah pun tak cukup sebab komitmen dah terlampau tinggi setiap bulan membayar installment itu ini dek kerana mahukan gaya hidup yang diakui ramai.
Ini statement general saja, ya.
Tak pointing pada sesiapa.
Just nak bagi paham bahawa sometimes apa yang orang tunjuk, itu saja yang dia ada.
Sometimes apa yang tak ditunjuk tak bermakna dia tak ada.
Jadi, tak payahlah dengki. Kalau sakit hati nau, takyah tengok.
Kadang aku pelik dengan orang yang suka kelebet life orang lain, lepas tu tak puas hati.
Padahal rumah kau jauh lebih mahal dari rumah PPRT tu, tapi tetap tak puas hati dengan hidup orang lain.
Dapur kau lagi besar dari rumah dia, pun tak bersyukur lagi?

Aku cerita gak isu ni kat En Wan.

"Bang, tengok budak ni rumah dia PPRT je tapi cantik dia deko, kan? Dapur pun kemas je dia buat"

En Wan jawab, "Dapur awak besar lagi, Di. Patutnya awal lebih rajin memasak dari dia"

Kahkahkah.
Silap soalan rupanya aku bagi.
Setepek dia bagi aku balik.

Tapi apa En Wan cakap tu betul. 
Itu salah satu motivasi budak tu untuk memasak.
Jadi dia perlu dapurnya cantik dan bergaya.
Ada orang, dapur buat kemain besar, tapi masaknya tak.
Banyak order Grab dari memasak.
Tapi dapur extend perabis sampai belakang.
Tinggal tak buat drive-thru kat tepi dapur tu je lagi.
Eh, macam kenal pulak orangnya ni. 

Kepada sesiapa sahaja yang mula terkenal, acik nak cakap, itulah harga yang perlu dibayar bila dah dikenali.
Orang tak suka tengok kau lebih dari dia.
Kau hanya akan disukai kalau kau kekal makan atas lantai.
Beli barang-barang rumah kat kedai Siam.
Shopping baju bundle.
Bercuti yang murah-murah.
Memang orang suka hat ni.
Once kau ada improvement dari segi lifestyle, kau tunggulah.
Ramai yang memerhati kau tu.

Dulu aku pernah tulis pasal siapa budak India yang masak-masak kat YT time PKP dulu?
Bila aku cakap masakan dia biasa-biasa, ada yang tak puas hati.
Ramai nau yang katanya suka betul dengan masakan budak tu.
Tup-tup bila dia dah terkenal, income dah besar, dapat itu ini, dan boleh pindah rumah baru, mula dahhhhh bunyi-bunyi suara tak puas hati.
Senyap dah influencer tu sekarang.

Padahal Eina Azman tu masak pun sedap.
Soft je suara tunjuk cara memasak. "...is doneeeeeeee".
Kemain lembut dan manja.
Tapi sebab Eina Azman ada pakej lengkap - kaya, cantik, pandai masak, keluarga bahagia, dan loving husband, orang tak berapa minat nak kisah kerana dia ada segalanya.
Sheila Rusly masak pun sedap.
Takde pulak berjujuk puji dia melangit.

Yang benaunya, orang suka budak India tu bukan kerana masakannya, tapi kerana lifestylenya.
Kerana hidupnya serba sederhana.
Not really because dia pandai masak.
Manusia memang suka dan mudah simpati pada orang yang kurang bernasib baik.
Kalau kau orang kampung, orang susah - ramai yang suka.
Ramai tak rasa tergugat kerana kau bukanlah pesaing!
Kau disukai kerana kau lebih susah dari dia.
Kerana kau bukan rival mereka.

Standardlah manusia, masa kau di bawah, ramai suka.
Bila kau mula menaik, masa tu lah banyak benda yang tak kena kat mata orang.
Ini sebenarnya cycle yang sama untuk semua orang.
Ketika kau lebih bawah dari si anu, apa yang kau buat semua ok di mata.
Cuba nanti kau mula dikenali.
Konfem serba tak kena.
Apa yang kau buat mula diperhatikan semata-mata untuk cari kesilapan.
Ramai menanti nak jatuhkan kau.
Yang support tu memang ada.
Tapi yang tak support jauh lebih ramai.
But it's ok. Teruskan saja buat apa kau suka.
Biarkan je yang tak suka tu.
Hati kena kental. Hati mesti mau kering.
Welkam to dunia influencer!