2020-03-12
Covid-19 dan hikmahnya
Semalam kat Buletin Utama katanya KKM tengah cari 5000 orang participants program tabligh masjid Sri Petaling.
Salah sorang perserta program positif Covid-19 adalah orang Brunei.
Balik ke sana dah ada tanda-tanda positif, so they suspect dia dapat virus tu semasa join the program.
Look.
Tak boleh kita stop semua jenis mass gathering macam ni?
Seminars, talk, program bazar, dan segala tok nenek program yang melibatkan perkumpulan ramai orang.
Ini semua meningkatkan risiko.
Kalau tak kena, alhamdulillah. What if kalau kena?
5000 orang bukan sikit.
Masing-masing dulu skolah blaja tajuk 'Kebarangkalian' kan, so boleh bajet berapa kebarangkalian untuk virus ni tersebar dan infect lebih ramai orang.
Tak pasal-pasal yang tak join the program pun dapat sama tempiasnya.
Negara India yang penduduk punyalah ramai, yang dikata kotor dan pengotor tu pun tak sampai 60 kes, Malaysia dah menjangkau 100+.
Orang Malaysia ni kadang-kadang aku tengok rileks sangat pun ye gak.
Contohnya program seminar keusahawanan masih lagi nak diteruskan macamkan takde apa.
Time inilah ujian untuk orang yang berdegar-degar laungkan tips-tips kejayaan.
Dalam keadaan sekarang, tips apa pun tak jalan bila wabak melanda. Segalanya terbantut.
Ketika inilah kita diuji boleh jalan ke tak tips-tips kejayaan dan kekayaan yang kita laung-laungkan tu.
Silap-silap bisnes sendiri pun rebah.
Betul cakap ustaz, besar hikmahnya bila wabak melanda.
Tinggal lagi manusia nak muhasabah ke tak.
Allah nak tunjuk apa yang kita ada sekarang semua Dia bagi, takde satu pun kerana usaha kita.
Dulu kita rasa kita berjaya kerana kita berdisiplin, kita usaha banyak lebih dari orang, kita ber-networking sana-sini, kerana kita buat tips itu, buat tips ini.
Now, walau buat usaha yang sama, sales gitu juga.
Hakikatnya Allah nak tarik kita supaya jangan melayang jauh sangat.
Dia nak tarik kita kembali berpijak ke bumi nyata.
Jangan merasa diri hebat bila berjaya itu ini, semua itu adalah satu ujian.
Nah! Dia hantarkan kuman yang tak nampak dek mata, semuanya teruji sekarang.
Bukan sorang dua yang merasa tempiasnya, malah seluruh dunia.
Yang infected dah tentu-tentulah dapat sakitnya.
Yang tak kena infected pun dapat sama iaitu melalui supply chain yang sangkut.
Bulan lepas ada sorang follower tanya tahun ni aku tak buat baju raya ke untuk Fleur by Mrs Him?
Aku cakap, since tahun lepas aku tak buat baju, hanya fokus kat tudung saja sebab aku busy dengan GreenAard.
Dia cakap tahun ni dia rugi teruk.
Bulan Okt tahun lepas lagi dah ke China beli kain and tempah, tapi production sangkut dek kerana Covid-19.
Nasib baik ada tempah dari tempat-tempat lain, tapi itupun masih buatkan dia rugi [maybe tak untung banyak].
Takde sorang pun menduga impak corona virus akan jadi sejauh ni.
Tak susah rupanya Allah nak runtuhnya ekonomi sebuah negara, nak jatuhkan ego manusia yang merasa dirinya superior.
Tak perlu hantar bala tentera yang besar, Dia hanya hantar kuman je dah huru-hara satu dunia.
Wuhan tu rupanya antara pusat industri terbesar di China.
Ia salah satu tempat yang hasilkan 2/3 dari output ekonomi Cina selain Shanghai.
Bayangkan betapa drop-nya ekonomi China ketika ni bila kawasan Wuhan tu ditutup.
Nothing in and out dari situ.
Dia tak stop sampai situ je.
Impaknya sampai ke Saudi nun.
Kerajaan Saudi terpaksa stop visa umrah dari beberapa negara untuk kurangkan risiko penyebaran virus di sana.
Sebagai orang yang beragama, tentunya kita mesti sentiasa mengaitkan suatu peristiwa dengan betapa besarnya kuasa Allah.
Bukan hanya peristiwa Covid-19 ni, malah semua aspek kehidupan kita.
Baik dari kejayaan kecil mahupun kejayaan besar, mesti kaitkan kembali dengan kebesaran Allah.
Yang pernah merasa dia bijak kerana ilmunya banyak, sekarang ilmu kita diuji. Allah tunjuk bahawa Dia Al-Waasi' [Maha Luas Pemberian Ilmu].
Yang merasa dirinya hebat mentadbir sesuatu negara/syarikat, sekarang kehebatan kita diuji. Mampu tak kita mentadbir dalam keadaan sekarang. Allah tunjuk bahawa Dia Al-Malik [Maha Memerintah].
Yang merasa dirinya hebat kerana dia boleh menyelamatkan, sekarang keupayaan kita diuji. Allah tunjuk bahawa Dia As-Salam [Maha Menyelamatkan].
Yang pernah merasa bahawa kerana dialah maka orang-orang bawahannya dapat rezeki, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Ar-Razzaaq [Maha Pemberi Rezeki].
Yang pernah merasa bahawa dia hidup mewah kerana usahanya, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Baasith [Maha Melimpahkan Nikmat].
Yang pernah merasa bahawa dia influencer hebat, buat apa pun berjaya, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Wahhaab [Maha Pemberi].
Yang pernah merasa bahawa dia betul semua, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Khaafidh [Maha Menjatuhkan].
Yang selama ini merasa kerana harta dan kedudukannya dia takkan pernah jatuh, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Qaabidh [Maha Menyempitkan Hidup].
Sungguh, Allah itu Al-Malik, yang Maha Menguasai, yang Maha Memerintah.
Dia mengatur segalanya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
Kita ni KOSONG.
Datang ke dunia kosong, balik pun nanti kosong.
Bak kata ustaz, kita hidup di dunia sebenarnya menunggu mati.
Tapi Maha Baiknya Allah, Dia tak nak kita boring beribadat terus-menerus maka Dia bagi kita 'permainan', iaitu harta, duit, kerjaya, pasangan, anak-anak, etc.
Dengan harapan semua itu jadi ladang amal.
Malangnya manusia bodoh.
Kita merasa Allah bagi nikmat kerana kita baik, kita berusaha, kita berilmu tinggi.
"Allah turunkan wabak sebab Dia murka?"
Wallahualam.
Jangan suudzon dengan Allah.
Boleh jadi ini semua kerana Allah sayangkan hambaNya.
Dia tak mahu kita terus-menerus leka dengan sesuatu yang tidak kita miliki.
Taknak kita terleka dengan nikmat, dengan duit, dengan harta, dengan puji-pujian, dengan jawatan, etc.
Lumrah manusia semasa sihat jarang nak bersungguh ingat Allah.
Lupa nikmat ini semua Allah yang bagi.
Mati-mati kita kata ini usaha kita.
Berdoa pun buat syarat saja.
Tetapi ketika sakit, ketika susah, barulah kita ingat betapa besar nikmat yang Allah berikan, betapa pentingnya nikmat sihat, dan betapa mahal biaya ubat dan rawatan yang dikeluarkan lansung tak setanding dengan penat lelah banting tulang yang kita korbankan setiap hari.
Elakkanlah terbabit dalam mana-mana mass gathering buat masa ni.
Even menteri pun dah circulate solat Jumaat kena pendekkan khutbah.
Open house tahun ni aku declare awal-awal memang tak buat.
Benda kalau dah menjangkit kat kita, nak buat macamana kan.
Tapi ikhtiar untuk mengurangkan risiko mesti ada.
Sama macam bawak kereta tak pakai seat belt.
Orang kata kalau dah sampai masa mati, mati jugak.
Betul, tapi ikhtiar kita pakai seat belt tu insyallah dinilai sebagai ibadah.
"Kerana sesungguhnya setelah datang kesulitan pasti datang kemudahan. Sesungguhnya setelah datang kesulitan pasti datang kemudahan." [Insyirah, 5-6].
Ayat ni sangat memotivasikan dan petunjuk, insyallah, kita masih ada harapan.
Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia.
Cuma kita kena kembali kepadaNya.
Allah sayangkan kita.
Dia sentiasa bagi teguran supaya kita kembali jejak kaki ke tanah.
Semoga kita semua ambil hikmah dari apa yang terjadi.
Banyak lagi perkara yang tak nampak yang kita tak tahu dan semua ni menjadi tanda-tanda betapa besarnya kuasa Allah di muka Bumi.