2020-03-11

Memang tak mudah



AMARAN : BACA DENGAN LEMAH LEMBUT

Ini gambar masa celebration Hari Wanita di Malaysia baru-baru ni.
Bagi aku, tak sepatutnya isu tudung di angkat.
Sebagai orang Islam, tak sepatutnya isu hukum kau bangkitkan sebab nampak jelas bodohnya.

Aku pernah free hair, malah agaknya jauh lebih teruk.
Bukan setakat hair je free, malah segala bukit dan lurah pun aku tunjuk 'free' dulu.
Tapi, seingat aku, aku tak pernah persoalkan kenapa kena pakai tudung sebab aku tahu memang WAJIB cover rambut, cuma dulu aku tak buat.
Tak sepatutnya kita perjuangkan hak yang kita tak boleh ubah sampai bila-bila kerana ini soal hukum.
Kalau nak perjuangkan hak wanita dalam kerjaya, dalam jabatan kerajaan, dalam memegang jawatan tinggi - ini lain cerita.
When kau perjuangkan hak berkenaan hukum, sampai mati perjuangan kau sia-sia.

Gambar ni ada 2 kemungkinan :

[1] Dia perjuangkan hak untuk tak mahu bertudung.

ATAU

[2] Dia tak suka adab seseorang menegur orang lain yang tak bertudung.


Tapi kalau ikutkan penampilan dia ni, rasa-rasanya point [1].

"Hendaklah mereka melabuhkan kain [tudungnya] menutupi dada mereka" [Al-Ahzab, 59].

Nak cover rambut pun tak mudah, apetah lagi nak labuhkan tudung sampai menutup dada, memang susah.
Nak-nak lagi zaman sekarang, penampilan jadi first impression.

Bak kata ustaz aku, apa saja yang kita buat tidak bersandarkan kerana Allah, akan jadi susah.

Buat kerja pulun habis-habisan tapi tak naik pangkat, pasti frust.

Kerja dari pagi sampai ke pagi esok tapi sales tak juga betambah, pasti frust.

Buat baik dengan orang tapi masih ada yang mengutuk, pasti frust.

Buat baik dengan orang tua tapi orang tua masih suka anak yang lagi satu, pasti frust.

Macam tu lah juga dengan aurat.
Ramai yang taknak tutup aurat sebab mahukan perhatian, nak nampak trendy, nak nampak cantik, taknak rimas, taknak panas, etc.
Bila apa yang kita buat bukan kerana Allah, memang payah nak buat.

Bertudung memang tak mudah.
Ada sorang follower IG aku cerita, dia pernah pikir beratus kali sebelum bertudung.
The first time dia terdetik nak bertudung bila Neelofa keluarkan satu design tudung yang pada dia cantik sangat kalau dipakai, lalu dia pun bertudung.

Dia bertudung hampir 2 tahun, lepas tu dia tanggal balik, free hair sampai sekarang.
Aku tanya 2 tahun tu tempoh yang lama, patutnya dah serasi, kenapa bukak?
Dia jawab selama 2 tahun tu dia tak tenang, dia rasa gelisah everytime pakai tudung.
Pergerakan dia terbatas, setiap kali nak bertudung dia rasa penat.

Aku dan dia berbalas-balas DM, panjang conversation ni. Berhari-hari.
Akhirnya aku bagi pandangan aku dari kesimpulan yang aku dapat selama berhari-hari kitorang berbincang.

Sebenarnya, itulah akibatnya bila kita buat sesuatu dengan niat bukan kerana Allah, segalanya akan jadi susah.
Kerana Allah itu Maha Pencemburu.
Dia tak suka kita buat sesuatu yang baik tapi bukan keranaNya.
That's why setiap kali kita berhijrah buat perkara yang baik [contohnya bertudung], Allah akan uji.
Dia akan uji kita dengan macam-macam cara untuk test kita hijrah kerana Dia atau kerana manusia.

Sama macam aku dulu, gitu juga ujiannya.
Elok je aku bertudung, masa tu la bersusun promosi and sale depan mata. Cantik-cantik pulak tu!
Masa tu lah timbul macam-macam trend yang cantik.
Time tu lah skirt yang dulu aku mencari macam nak rak, elok je muncul depan mata.
Kejap-kejap nampak skirt itu, kejap-kejap nampak skirt tu.
Kurang hajor betul. Time aku cari kau tak muncul, now aku dah bertudung bersepah-sepah pulak.

Tapi itulah namanya ujian.
Kalau kita buat apa saja kerana Allah, hati kita insyallah teguh.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut, 2-3].

Allah dah sound awal-awal dalam ayat di atas.
Kalau kita beriman, kita akan diuji.
Maknanya setiap kali kita dalam proses meningkatkan iman dan takwa padaNya, setiap kali itulah kita akan diuji.
Jadi, bila kita bertudung dan perlahan-lahan mula merasa diri diuji, bertahanlah.
Itu tandanya Allah sedang memberi perhatianNya pada kita.
Selama ni kita berhabis duit, berhabis masa semata-mata nak tarik perhatian manusia, itupun belum tentu ada yang kisah.
Tapi sekarang, Allah sedang perhatikan kita, nak tengok kita bertahan ke tak.

Hati gelisah setelah pakai tudung, itu wajar.
Bertahun-tahun kita hidup free hair, tiba-tiba bertudung.
Memang wajar sangat nak rasa gelisah, tak selesa, panas.
Tapi jangan give up.
Badan tengah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Kita makan ubat perancang pun, period go haywire. Badan 'terkejut' orang kata.
Same goes to bertudung, awal-awal tu memang segalanya payah.
Muncung awning tak tajam, tudung mudah senget, tak center, panas - macam-macam.
Ini adalah 'gangguan-gangguan' biasa.
Syurga Allah tu mahal, takkan boleh masuk dengan jalan mudah, jadi bersusah-payahlah sikit di sini, insyallah ada kemudahan untuk kita di sana nanti.

"Saya tak menjadi diri saya sendiri"

Diri kita yang macamana tu agak-agaknya?

Dah tak boleh nak bertepuk-tampar dengan kawan lelaki?

Dah tak boleh nak mencarut sana-sini?

Dah tak boleh nak bergaya baju ketat seluar sendat?

Itulah the beauty of bertudung.
Bertudung, jika disertai dengan niat yang baik, akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Bila selepas bertudung terasa bersalah nak buat perangai macam dulu - itu petanda baik.
Perasaan bersalah atau tak sedap hati yang timbul dalam diri, that's hidayah Allah.
Itu cara Allah bawa kita sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.

Jangan pula kita fikir sebaliknya.
Macam this lady, dia kata hati dia rasa tak tenang and gelisah sejak bertudung, so she thought itu adalah hint bahawa keputusannya untuk bertudung adalah salah.

No.
Bukan macam tu.
Perasaan gelisah dan tak tenang tu adalah cara Allah uji.
Dari situ Dia nak tengok bila hati tak tenang apa kita buat?
Kita cari Dia atau kita pandai-pandai cari jalan keluar sendiri?

Mustahil Allah bagi impak negative untuk sesuatu yang baik.
Hakikatnya, bila hati rasa tak tenteram dan berbolak-balik, carilah Dia cepat-cepat.
Mengadu banyak-banyak.
Come to think of it, itulah juga cara Allah nak tarik kita mendekat padaNya,
Bila kita banyak mencariNya, banyak berdoa, banyak bersujud, banyak meletakkan pergantungan pada Dia, bukan ke itu hidayah?

Semua itu berlaku dengan satu je asbabnya - tudung.

This lady bagitau lepas tanggal tudung, dia lebih tenang, dia lebih dapat beribadah dan mengaji dengan lebih baik.

"Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum syariat Islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan di Akhirat dia termasuk orang-orang yang merugi." [Al-Maidah, ayat 5].

"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, juga mendustakan akhirat, hapuslah seluruh pahala amal kebaikan. Bukankah mereka tidak akan diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan?" [Al-A'raaf, 147].

Aku tak pandai, tapi maybe ayat-ayat atas tu kita boleh jadikan panduan.

Kewajiban cover rambut bagi perempuan muslimah adalah sesuatu yang tidak patut diperdebatkan lagi, apetah lagi nak diperjuangkan.
Same goes to solat, puasa, haji, etc.
Kerana semua tu ada dalil yang kuat, baik dari Quran dan Sunnah.

Cuma ustaz aku ada pesan.
Dia kata iblis and syaitan ni sangat pakar dalam menyesatkan manusia.
Kalau dia tak boleh jadikan kita jahat, dia akan jadikan kita berkira-kira nak buat baik.
Bertudung adalah salah satunya.
Dia akan membisikkan bahawa - masuk syurga bukan sebab bertudung, masuk syurga bukan sebab solat, tak pakai tudung asalkan solat tak tinggal pun takpe, etc.

Kewajiban yang Allah dah aturkan not to be mutually exclusive.
Maksudnya orang yang rajin solat tak menjadikan dia boleh tinggal puasa wajib.
Orang yang rajin puasa tak menjadikan dia boleh tinggalkan solat kononnya pahala puasa dah boleh cover.
No. Pahala ibadah kedua-kedua ni tak boleh saling menggantikan di antara satu sama lain.

Begitu juga dengan aurat.
Perempuan yang rajin solat, rajin puasa, rajin mengaji tetapi tak pakai tudung [tak tutup rambut], nilai solatnya tak dapat menutup atau menghapus dosa tidak menutup aurat.
In other words, dia tetap berdosa. Ibadahnya tak menjadikan dia lebih baik.

Kalau boleh aku buat analogi umpama di U ambil 40 credit untuk syarat lulus.
Tapi kita ambil 35 je.
Penghujungnya tetap dikira tak lulus walaupun semua subjek 35 credit ni dapat A+.
Markah A+ tu takkan boleh cover 5 credit yang tak ambil tadi.

Ya, aku tahu mesti ada yang kata "Yang tutup aurat tu macamlah ibadah dia diterima Allah".

Betul.
Tentang ibadahnya diterima atau tak, itu hak Allah.
Mutlak hak prerogatif Allah.
Tapi just like analogi credit hours tadi, pihak U mesti marah bila credit tak cukup seolah-olah kita meremehkan syarat yang dah ditetapkan.
Begitu jugalah di sana nanti, bila ada syarat yang tak dipenuhi, pasti akan ditanya.

Aku tak mahu judge sesiapa kerana aku pernah berada di tempat tu.
Itulah juga yang aku fikir dulu, jadi aku faham.
Memang tak mudah nak bertudung apetah lagi bertahan sesuai syariat.
Yang dah bertudung pun masih diuji, takde siapa yang terlepas.
Cuma, I am encouraging saja.

Terpulang pilihan masing-masing, cuma kalau ada rasa terdetik nak bertudung, cepat-cepatlah buat.
Bukan semua orang Allah hantarkan rasa terdetik sesaat macam tu.
Bila ada rasa nak bertudung, itu tandanya hidayah itu sampai, tinggal lagi kita nak grab ke tak.
Biarlah kalau nak pakai tudung lilit tengkuk ke, seluar ketat baju ketat, buatlah.
Janji rambut cover dulu, insyallah, pelan-pelan Allah tunjuk jalan untuk the rest.