2020-03-16

Buatlah apa je asalkan hati tenang


Tadi ada follower PM. Dia respond pada blogpost aku Jumaat lepas.
Dia berada dalam relationship yang toksik [dah berkahwin].
Hidup macam kena buli dengan semua orang - dari zaman skolah diejek, now jadi mangsa buli ipar duai pula.
Suami tak membantu emosinya. Mertua suka cakap-cakap perli.
Dia minta aku guide untuk REDHA dengan semua ni kerana dia dah penat nak ubah situasi.

Ok guys, kena faham, REDHA itu bukan pasrah, ok?
Redha bukan makna kita terima buta-buta apa je yang menimpa tanpa ada usaha sedikit pun untuk ubah.

Contoh, kena buli dengan member - kena buatkan assignment, kena tapaukan makanan, kena sidaikan baju, buat itu ini.
Dek kerana malas nak gaduh-gaduh masam muka, maka kau pun redha.
Buat semua benda padahal kau terseksa jiwa raga.
Lalu cuba redha tapi ujung-ujung makin tertekan.
Kau mula questioned, kenapa dah redha tapi tak datang tenang?

The thing is, itu bukan redha sayang, itu stupid.

Memang ketika sesuatu yang kita tak suka berlaku, kita dituntut untuk redha dan yakin apa yang berlaku adalah takdir yang telah Allah tetapkan, TETAPI kita dituntut untuk berusaha.
Usaha apa?
Usaha perbaiki keadaan.

Contoh, sakit gigi.
Kau redha-redha-redha tahan sakit gigi sampai demam.

Bukan gitu caranya redha.

Redha tu adalah terima sakit dengan berlapang dada sambil berjalan ke klinik gigi cari ubat.
Bukan terbongkang atas katil mengongoi pegang gigi sambil berzikir semata-mata.
Jangan salah faham maksud redha.

Begitu juga dalam hal dibuli.
Jangan tadah diri untuk dibuli atas tiket redha.
Kalau tak sampai hati nak say NO, buat perjanjian, aku sidai baju kau, kau lipatkan baju aku.
See if dia setuju. Kalau dia taknak, kau pun tak payahlah buat.

Berbalik pada kes isteri tadi, REDHA dan PENAT MELAYAN SITUASI - dua benda ni tak connect antara satu sama lain.
Redha mesti disertakan dengan usaha, while ‘penat melayan situasi’ adalah tanda PASRAH/PUTUS ASA.
Orang yang ‘penat melayan situasi’ adalah tanda-tanda orang yang putus asa.
Walaupun dalam redha ada makna yang hampir sama dengan pasrah iaitu terima dengan lapang dada, tapi redha menuntut usaha untuk capai suatu target atau ubah keadaan sekiranya situasi sangat teruk.

Dalam hidup aku ada 3 jenis bully aku pernah lalui :

[1] buli zaman skolah
[2] buli zaman bercinta
[3] buli zaman internet

Yang [1] and [3] tak se-pressure [2].
Kerana zaman skolah, aku masih balik ke rumah, masih ada family, masih ada life lain di luar compound skolah.
Walaupun down a bit kena ejek bertubi-tubi tapi fighting spirit aku boleh tahan kuat juga.
Alhamdulillah tak sampai depress dan tak sampai ke tahap takde mood nak pi skolah.
Skolah tetap pergi, maklumlah ada crush sebagai motivasi. Kahkahkah.

Bully zaman internet adalah zaman aku start berblogging dulu.
Biasalah, bila orang mula kenal kau, tak semua orang suka.
Dibuli di internet dengan macam-macam kutukan and name-calling, itu biasa.
Again, yang ni pun aku boleh pejamkan mata je sebab life aku bukannya bertumpu kat dunia cyber all the time.
Apa yang aku cerita di media sosial around 20% je dari kehidupan sebenar aku.
Some people memang dunia realitinya pahit that’s why dia lebih suka jadi keyboard warrior so that orang tak nampak their actual life yang suram tu.

However, yang [2] paling mencabar.
Dibuli oleh exbf.
Tak senang nak loloskan diri sebab zaman ni aku dan dia duduk satu tempat, satu uni, pusing-pusing konfem jumpa punya.

Nak jumpa kawan?
Kawan aku pun kawan dia gak, jadi pusing ikut mana pun tak lolos.

Pulak tu famili aku dah kenal dia, susah nak tendang dia macam tu je.
Banyak hati kena jaga.
Sekali imbas nampak macam aku redha kena buli kena pukul sebab 2 tahun lebih juga aku bertahan.
Tapi yang orang tak tahu sebenarnya aku tak duduk diam.
Kalau aku duduk diam rasanya aku dah sakit jiwa now.

Dalam tempoh tu sebenarnya aku giat mencari jalan keluar dengan cara paling baik.
Banyak perkara aku dah start kurangkan - kurangkan makan sama, kurangkan minta tolong dia, kurangkan outing together, kurangkan meminjam dan meminjamkan barang kat dia.
Tu pasal dia makin bengang kat aku sebab dia noticed aku dah lain.
Bila dia makin bengang, lama-lama dia makin berani buat macam-macam benda gila kat aku.
Malas dah aku nak sembang pasal ni.
Tapi ceritanya aku nak cakap aku tak tadah diri.
Aku sedang memproseskan sesuatu.
Tup-tup BOOMMMM!! Diana dah bertunang!
Hah, gempar kejap masyarakat setempat.
Bak kata Azwan Ali, "See my level?".
I buat kerja senyap-senyap je tau. Tau-tau ada balak lain. Hambik kau. Puas hati aku.
Ceritanya kau jangan main-main dengan aku, selagi aku boleh sabar, aku layan.
Sampai satu tahap aku hilang sabar, datang aku punya gila, sampai terduduk kau aku buat.

Dalam apa juga keadaan, fighting spirit kena strong.
Tak semestinya perlu lawan dengan kekerasan, yang penting kena cari ketenangan.
Buatlah apa yang mendatangkan rasa tenang.
Kalau nak terus stay dalam marriage yang toksik, silakan, tetapi kena make sure hati tenang.
Buat sesuatu yang datangkan ketenangan and kebahagian.
Pi blaja buat kek ke, menjahit ke, mengait ke. Kill the time orang putih kata.

Apa je benda menyakitkan hati yang ipar-duai and mertua cakap, biarlah berlalu nacam angin semput.
Kalau perlu luahkan, create a private blog and VENT!
Bunyinya macam senang kan, tapi aku tahu tak semua orang ada fighting spirit yang sama.
Some people kata dia 'redha' tapi hujung-hujung stress. Lama-lama depress.
Bila dah depress dah payah nak kawal banyak benda.

Orang kata payah bila berada dalam kelompok toxic especially bila berkahwin dengan keluarga yang toxic kerana lama-lama dengan kita kita sekali jadi toxic.
Betullah tu.
That's why penting untuk check diri sendiri dulu.
Mampu tak kita tanggung? Hati kita tenang tak?
Ada orang walau hidup dalam keadaan susah serba serbi, hatinya tenang.
Tapi kalau hati dah tak tenang, duduk dalam rumah besar pun terasa macam duduk dalam neraka.

The thing is, you may be going THROUGH hell but don't stay IN hell.
Jangan tadah diri, do something.
Pasrah will lead to depression, sedangkan redha makes you optimistic.
So when you say you redha, pastikan hati lapang.
Ff not...then, sendiri boleh pikir.