2020-03-26

Sebaik-baik Pelindung


Tempoh kawalan pergerakan ditambah lagi hingga 14 April.
Ramai yang dah start mengeluh.
Bukan je terpaksa terperap dalam rumah tapi banyak hal lain yang tergendala.
Banyak program yang dah disusun semuanya ter-stop.
Tu belum lagi memikir macamana nak bayar itu ini kalau majikan byar gaji half atau cuti tanpa gaji.
Elok-elok sihat duduk rumah, badan dah mula rasa nak demam dek kerana stress dan banyak memikir.

Pagi tadi sementara menunggu Subuh, masuk whatsapp dalam group Quran aku.

"Ladies, dah bangun? Jom hasbunallah wa nikmal wakil 300x?"

Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.

Maka berjurai-jurailah airmata berzikir.
Kali ini betul-betul mengakuinya hingga ke hati yang paling dalam.
Selama ni banyak zikir hanya di bibir dan jari je.
Kerana selama ni lagi banyak memikir hal dunia melebihi Dia.
Zikir hanya cukup syarat supaya boleh strike off dalam list Things To Do Today.
Dan sekarang Dia sedang tunjukkan siapa lagi besar, dunia atau Aku?
Bila Dia tahan seketika, huru-hara dunia jadinya, belum lagi ditahan semua.
Airmata pun sangat mudah mengalir.
Menangis sampai migrain!

Maka bertanyalah pada diri sendiri secara jujur, kenapa spirit ibadah kita selama ini kendur dan mudah lemah.
Boleh jadi, kerana kita [aku] lupa tujuan utama Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah hanya kepadaNya.
Seronok sangat mejunjung dunia sampaikan ibadah menjadi hal untuk mencukupkan syarat buat.

Wabak yang sedang melanda cukup untuk digunakan sebagai isyarat bahawa kita mesti kembali mengingat tujuan utama penciptaan manusia.
Kalau tak, semua kebimbangan dan kesulitan yang sedang berlaku ni semakin susah nak diatasi.

"Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku" [Al-Anbiya' : 92]. 

Ayat ini dalam kata lain membawa makna bahawa perintah beribadah kepada Allah tak boleh dipandang sebelah mata, tak boleh asal buat, tak boleh hanya untuk cukupkan syarat.
Ibadah tak boleh dibuat hanya dengan berbekalkan semangat atau ikut-ikut orang.
Seorang Muslim hanya mampu beribadah dengan sungguh-sungguh bila ada kekuatan ilmu.
Itulah sebab kenapa perintah pertama kepada umat Islam melalui Rasulullah saw adalah membaca Iqra'.

Aku paling suka ingat pesan ustaz aku "Orang Islam WAJIB faham zat Allah. Tak ada seorang Muslim dapat memohon ampun kepada Allah dengan kesungguhan dan konsisten selagi dia tak kenal sifat Allah".

True.

Kalau kita faham Allah itu Al-Malik [Maha Memerintah].

Kalau kita faham Allah itu As-Salaam [Maha Menyelematkan].

Kalau kita faham Allah itu Al-Muhaimin [Maha Melindungi].

Kalau kita faham Allah itu Al-Aziiz [Maha Membuat Apa Saja]

Kalau kita faham Allah itu Al=Jabbar [Maha Menundukkan Segalanya]

....insyallah Allah akan campakkan ketenangan dalam diri kita.


Semalam, boleh dikatakan member-member group Quran down lepas pengumuman PM tambah 'cuti' hingga 14 April.
Kalau masing-masing boleh jumpa aku boleh imagine we cry and hug each other untuk pulihkan semangat.
Sehinggalah pesanan ustaz masuk, ringkas je "Fahamkan semula sifat Allah".

Tersentak masing-masing.

Sungguh, dalam keadaan sekarang kami masih lagi memikirkan urusan dunia.
Pelik kan manusia?
Patut dah dalam keadaan macam ni masing-masing lebih ingat mati kerana wabak ni boleh menjangkiti sesiapa saja.
Kalaulah dijangkiti, boleh jadi itulah kali terakhir kita di rumah.
Takde siapa boleh menjamin kita kembali sihat.
Maksudnya, dalam keadaan sekarang, Allah tunjuk bahawa mati itu sangat dekat.
Tapi kami masih lagi menangis sebab tak boleh kerja?!
Lemahnya iman kami.

Sangat mudah bagi Allah untuk memisahkan manusia.
Masjid, mall, pasar malam, pejabat, sekolah - semua jadi sepi.
Takde lagi 2 tangan berjabat.
Takde lagi 2 sahabat berpelukan.
Minggu ni, solat Jumaat 2 minggu berturut-turut ditiadakan.
Solat jemaah di surau apetah lagi, memang dah tak nampak kelibat orang ke surau.
Yang sedih, kelas agama pun terpaksa ditangguhkan.
Semakin jelas nampak sekarang bahawa Allah memang tak perlukan ibadah kita.
Kita sebenarnya yang sangat perlu beribadah pada Allah.