2020-03-31

Beban hidup


Setiap orang ada beban hidup masing-masing.
Ada yang diuji dengan harta, jawatan, kedudukan, nama dan sosial.
Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kesenangan.
Ada yang diuji dengan lelaki, ada yang diuji dengan wanita.

Dikelilingi oleh lingkungan yang mewah, ujian sebegini selalu kita terlupa.
Jarang kemewahan dianggap sebagai satu ujian padahal ujian menghadapi kesenangan adalah halangan besar.

"Lah, kan dah hidup senang, apa ujiannya? Bukan ke kita memang suka makan senang, berbelanja senang, belanja orang senang. Kat mana letak ujiannya?"

Untuk memahami betapa beratnya ujian semasa senang, boleh jadi perlu merasa jadi miskin dulu [kurang berkemampuan].
Kalau orang kaya pening memilih menu makan, orang miskin tak perlu pening memilih.
Menu makanan dah tentu-tentu ikut jumlah duit yang ada - tak jauh mana pun larinya - dari garam, kicap, telur, tempe, sardin.

Kebetulan PKP ni musim cuti sekolah.
Anak-anak aku semua ada di rumah.
Kejap-kejap bukak pintu fridge.
Bukak fridge, tarik susu low fat.
Jap lagi bukak fridge, tarik Kit Kat.
Bukak lagi, tarik nugget pulak.
Mengunyah 24 jam.

Teringat masa sekolah dulu.
Aku and Ima pun sama je kejap-kejap bukak pintu fridge.
Cuma bezanya, kitorang bukak pastu menung depan fridge mencari apa yang boleh dimakan.
Takde apa nak makan, tutup balik.
Karang lagi sejam bukak lagi, menung cari apa boleh dimakan.
Takde, tutup balik.
Padahal masing-masing tau dah kalau pagi bukak takde makanan, takkan lah tengahari ada makanan kan.
Tapi kitorang tetap optimis manalah tau kot-kot keajaiban berlaku tiba-tiba, ada Coki-coki ke apa ke. Malangnya, nan hado.
Ujung-ujung ambik tomato, makan.
Pastu Mak Aji balik kerja nak masak, dia kira tomato dah berkurang.
Hah, kauuu. Sebatan satu kali kat betis.

Now, bila kenang-kenangkan balik, ada juga hikmahnya pernah lalui zaman tu - zaman jajan pun takde kat rumah.
Kalau nak kenyang, waktu makan memang kena makan.
Lauk sedap ke tak sedap ke belakang kira sebab kalau tak makan nanti lapar nak kais apa?
Nak ratah milo pun seram, karang milo cepat habis, kena lagi satu das kat betis.

Hari tu Mak Aji selamba bahan kitorang "Ingat tak dulu mama dah prektiskan korang lalu depan KFC ambik bau je. Hah, sekarang guna balik skill tu".

Sungguh.

Dulu masa skolah bila beraya rumah kawan-kawan yang duduk banglo atas bukit, ruang tamu sampai 3 tempat, kereta lebih dari satu, mainan kat rumah banyak.
Makan apa je, tinggal pilih. Kuih raya dorang pun rare-rare. Sedap-sedap.
Baju jangan cakaplah.
Padahal zaman 80-an mall apa aje yang ada kat KL ni, habis kuat pun Metrojaya Sungei Wang, tapi aku tak pernah terserempak pun dengan baju raya dorang dalam mall tu.
Rupanya shopping kat Singapore kau!
Aku ni nama je tetiap tahun masuk Singapore tapi bukan untuk shopping tapi 'balik kampung nenek'.
Memang tak pernah shopping pun.
Pernahlah aku mintak kebenaran kawan-kawan nak join beraya bawak adik aku sekali, Ima, sebab tak sampai hati pulak aku jalan makan sedap-sedap rumah orang tapi adik aku duduk rumah.



Semalam aku nampak ini kat FB status salah seorang frenlist aku.
Dia salah sorang group NGO yang bantu orang-orang susah.

Bayangkan 14 hari sejak PKP duduk terperap dalam bilik kecil macam ni.
Kau pandang aku, aku pandang kau.
Belum lagi dengan karenah anak-anak merengek nak itu ini.
Dengan panas berkuap lagi.
Anak-anak aku yang boleh bergerak atas, bawah, depan, belakang and masih boleh berkuntau kat laman rumah, itupun dah start rasa bosan, inikan pulak yang duduk kat tempat sekangkang kera macam ni. Allah, tak dapat dibayangkan.

Dalam keadaan normal pun dah cukup susah cari makan.
Ada yang bekerja dari subuh gelap sampai ke malam nak menyambung hidup, apetah lagi dalam keadaan wabak macam ni.

Awal-awal PKP hari tu ada sorang blog reader minta bantuan barang dapur dari aku.
Aku faham takde siapa yang nak meminta-minta kalau tak terdesak.
Tapi yang buatkan aku sangat sedih bila dia dah mula nak menyalahkan takdir [sorry, email tu aku taknak siarkan].
Walaupun macam tu, aku tak salahkan dia, dalam keadaan tertekan, memang tak mudah untuk kita bersangka baik dengan takdir Allah.

Salah satu ayat dia "Saya tak pernah pergi luar negara. Langkawi pun tak pernah sampai. Lainlah orang kaya, duit banyak holiday ke mana-mana je. Balik Malaysia bawa virus. Kami yang tak berduit ni menderita menanggung akibatnya".

Speechless.

Betul juga.
Walaupun orang senang pun sama-sama terkesan dek Covid-19 tapi mungkin tak seteruk dorang.
Tengok je lah masing-masing memborong groceries kat mall hari tu.
Habis memborong, duduk rumah layan Astro and Netflix atau main game seharian pun tak apa.
Siap boleh main tik tok. Takkan kelaparan.
Sementara yang benar-benar memerlukan kalau tak keluar cari duit, boleh jadi takde apa yang nak dimakan hari tu.
[bukan salahkan orang tengok tv main tik tok, aku pun tengok tv juga. Sekadar contoh].

Bila fikir-fikir balik, kita kadang-kadang mudah anggap dorang tak peduli wabak Covid-19.
Tak pakai mask, kena kecam.
Tapi bagi orang-orang ni, dari beli mask baik beli sardin.
Bila nampak orang share gambar si miskin masih lagi berjualan sana-sini, aku realized some of them miskin bukan kerana malas.
Kalau malas, dah tentu dorang akur duduk rumah waktu PKP.
Tapi they don't have choice.
Jadi, kita kena bantu dorang ni supaya dorang betah duduk di rumah.
Orang-orang macam ni permintaan tak tinggi, asal jangan berlapar, cukuplah.
Insyallah, dorang akan stay at home.

Rumah Mak Aji tu 2 tingkat, tak sempit pun.
Tapi masih boleh terasa bosan especially bila takde benda nak dimakan [dulu].
Perut lapar tapi takde benda nak kunyah sementara nak tunggu waktu makan. Memang stress.
Menangis jugaklah kadang-kadang pikir apesal rumah kitorang always takde benda nak kunyah-kunyah.
Nak makan sedap kena tunggu hujung bulan.
Barulah dapat makan jajan-jajan and biskut-biskut.
Jadi aku boleh rasa keperitan orang yang duduk di rumah sempit macam ni.
Dah la tak boleh kerja, tak boleh keluar rumah pulak tu, takde makanan lagi. Beratnya dugaan.

Bila dah merasa senang sikit, rupanya lebih banyak ujian.
Memang tak perlu kerja keras mengerah tenaga di tengah-tengah panas.
Memang tak kais pagi makan pagi, tetapi ujiannya tetap ada, cuma tak perasan.

Ustaz aku cakap baru-baru ni dalam whatsapp group, dia bagi contoh yang simple.
Dia kata, orang miskin takde masa nak tengok TV, masanya banyak dihabis untuk cari rezeki.
Bukan kerana tak mahu tengok tv, tapi tak ada masa untuk bersenang-senang.
Entah-entah TV pun tak ada.
Berbeza dengan orang senang [bukan kaya, tapi senang], ada banyak masa senggang.
Tak kerja, gaji masih jalan.
Jadi duduk di rumah ada banyak masa untuk tengok TV.
Bila mata banyak tengok TV, risiko nak tengok perkara yang tak patut dilihat juga tinggi.
Bila mata banyak melihat sesuatu yang tak patut dilihat [dosa] jangan heranlah kalau berat nak baca Quran walau Quran ada depan mata.
Kerana dosa mata itu telah menghalang diri untuk buat amal.

Itulah antara ujian orang senang. Belum kaya lagi tu, baru merasa selesa sikit je tapi ujiannya dah besar.
Apetah lagi hidup berlimpah duit, harta dan nama.

Ternyata miskin dan kaya sama-sama dibebani dengan ujian.
Bukanlah maksudnya lebih baik jadi miskin, tetapi semua orang ada ujian masing-masing.
Secara zahir nampak orang berduit ni macam tak diuji.
Ya, memang tapi boleh jadi dia diuji dengan gaya hidup yang jauh dari redha Allah.

Kaya, ada ujiannya.
Miskin, ada ujiannya.
Terkenal, ada ujiannya.

Kalau orang miskin mampu menghadapi ujiannya, dia telah memiliki kelebihan akhirat di dalam keterbatasan dunia.
Di akhirat nanti semua keinginannya akan menjadi nyata.
Itu janji Allah. Allah tak akan mungkir janji.

Kalau orang kaya mampu menghadapi ujiannya, dia akan tetap menjadi orang kaya di dunia yang kekal dan terhindar dari azab yang pedih.
Dan semua keinginannya akan menjadi nyata.

Tetapi percayalah ramai yang tergelincir, baik kaya atau pun miskin.

Bantuan kerajaan [tak kisah lah duit kerajaan ke, duit rakyat ke], memang sangat melegakan.
Jangankan kata dorang yang betul-betul susah tu lega, dengan aku-aku sekali lega tak pakai bayar duit kereta.
Then aku terfikir, Allah bagi aku tak payah bayar duit rumah and kereta ni agak-agaknya sebab apa, ya?
Untuk aku simpan sorang atau untuk menguji aku?

Boleh jadi ujian round 1 untuk aku sedang bermula.

It hit me hard.