walk on wings, tread in air: Saya juga boleh! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Saya juga boleh!
2007-01-26

Today aku gi opis pakai jeans. First time dalam sejarah hari Jumaat aku pakai sempoi nak mampos tapi menawan sebegini. Since aku pun takde appointment mana2 today, so biarle aku bersempoian sahaja. Alih2 customer call nak hantar sample DNA. So tepaksa la aku merayap lagi today. Baru isi full tank semalam, dahhhh bakal menjadik half jap lagi.

Banyak keje sebenarnya ni. Tapi tak tau la. Mood blom mari lagi. Kepala aku ni dah berangan nak jumpa hubby esok. Rindu serindu rindunya. Rindu padanya. Bila rindu. Aku cinta aku rindu. Hargghhhhhhh!!! Bosann!

Sejak Ann dah takde ni, aku makin mandom kat opis. Kalau tak, now mesti aku tengah lunch sesama kat Zara. Ni tak, sumer orang pi lunch, aku dok lagi mengadap laptop kengkonon buat keje.

Semalam buat pertama kali dalam sejarah hidup aku kawen nak masuk 7 tahun, aku gi shopping sendirian. Mula-mula gi draw duit. Ni pun satu masalah gak. Walaupun itu kad ATM aku, tapi aku dah 6 tahun tak guna. Hubby aku memang simpan ATM aku ni. Dia takkan bagi aku pegang melainkan kalau dia pi outstation. kalau gaji aku masuk pun aku tak tau berapa yang ada sebab semua dia uruskan. Dari kad kredit, keta, phone bill dan segala hutang-hutang aku tak ambik tau. Yang aku tau every Isnin dia akan bagi aku duit for the whole week. Dan keje aku pulak, perabiskan duit tu. Tak cukup mintak lagi. Oh! Bahagia. Ni baru bersuamikan engineer dah mengada-ngada. Bayangkan kalau aku kawen ngan tukang cop duit. Konfem aku belagak bongkak menyombong tak tentu arah.

So, selama ni kalau dia pi mana-mana, dia kan tinggalkan cash money and also ATM card aku. Tapi aku tak penah la guna pulak. Selalunya cash dia bagi mmg cukup. Ataupun cukup-cukup..:).

So, entah macamana, bibik aku tetiba cakap barang tu dah habis, barang ni dah habis. Ni la namanya gatal. Time aku nak pi beli barang dapur last week, dia kata semua ada lagi. Time laki aku takde baru la sibuk nak memesan macam-macam.

So, semalam, dengan menggelabahnya aku gi draw duit kat pump station. Gabra ni. Dah lupa camne aku nak cucuk kad. Ahh belasah. First try, sekali boleh. So aku pun tekan-tekan la apa yang patut. Orang yang queue blakang aku hangin je. Saje je buat dengus-dengus. Protes la tu aku lambat sangat. Abis tu aku dah 6 tahun tak guna ATM machine, semua perkataan-perkataan ni aku kena la baca dulu. Kang tersilap tekan kang, mampos tak kuar duit camne? Pinjam duit ko boleh? So, shut up you. Dok dendiam kat blakang. Aku tendang kote ko kang.

Ok, now duit dah ada. Next, gi beli barang-barang dapur pulak. Aku beli kat HERO je sebab Giant jauh sgt. Malas.

Ok...memula, ambik troli. Dah la troli tu besar dan berat. Gohead gostan aku nak menarik. Dengan baju kebarung kembang-kembang ni, handbag lagi, high heels lagi. Bodoh betul makhluk-makhluk durjana yang dok perati aku tarik troli. Tak reti nak tolong? Ko ingat aku buat lawak jenaka kat tepi troli tu? Bodoh.

Memula carik mainan Redza..:). Ni la yang laki aku malas nak kasik aku pegang ATM. Mau hari2 aku draw duit belikan Redza mainan.

OK, pastu beli sayur.
Done.

Then, beli ayam.
Done.

Sotong and udang.
Done.

Pastu tawaf pi carik beras pulak.
Ok, jumpa.
Nak mengangkat satu hal. Tapi takpe, ia memejalkan otot-otot tulang skapula.

Huh!! Berjaya rupanya aku beli barang2 ni semua.
Kenapa? Takde apa-apa yang pelik kan?
Tapi bagi aku memang pelik.
Dan kalau laki aku tengok dia pun akan merasa tersangat la pelik. Ripley's believe it or not??
Believe it. Aku tak penah beli barang-barang ni sendiri. And aku tak penah pi beli ayam, ikan, sayur, udang semua sendiri.
Sebab? Semua Encik Wan Mohd Ridzuan yang beli.

Ye...memang laki aku yang pi pasar selama ni. Dia lagi tau harga market sekarang untuk sekor ayam, ikan cencaru sekor berapa, ikan tenggiri berapa, kat mana kedai yang jual sotong cantik-cantik, daging mana yang elok. Siap laki aku pandai beza daging lembut mana, daging batang pinang mana. Hahhahahah. Terror ooooo. Kalau jadik pompuan konfem hantaran 20K!

Bukan aku queen control ok?? Tapi memang aku dah selayaknya diiktiraf sebagai seorang QUEEN. ngahngahngah. Queen mana leh gi pasar2 ni semua. Dok umah tolong masak je. Itupun kalau tak penat. Selalunya penat. Laki aku kalau pi pasar siap suruh org tu siang ikan-ikan ni. Kalau ayam tu sampai togel dia suruh buang kulit-kulit semua. Kolestrol, ok? And aku tak dibenarkan gi shopping sorang2. Ala-ala puteri lilin gitu. Sebab tu macam blur semalam aku masuk HERO. Nak tarik keluar troli pun terkial-kial. Tu pasal la agaknya semalam dorang taknak tolong aku. Tengok aku macam babun terlepas je kot.

Bagus jugak kena tinggal sekali-sekala. Baru la jadik perempuan kebanyakkan sket. Kalau tak, sampai mati aku jadik Queen. Queen yang malas. Hanya tau melipat perut. Esok tak sabar nak cerita kat laki aku tentang betapa adventurousnya bini dia semalam, kembaraku dari pump station ke HERO.

Oh! Aku amat bangga dengan pencapaian ini.
Malaysia Boleh!!

posted by aveo757 @ 2:28 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER