walk on wings, tread in air: Hangin <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hangin
2007-01-23

Bibik aku baru lepas kena marah. Rasakan kau. Nak sangat tengok aku menyinga macamana kan? Hambik!!

Aku dah la penat today satu hari suntuk from morning aku merayap dari satu hujung ke satu hujung sampai 200++km aku drive. Sampai rumah aku tengok filter fish pond aku air dah surut. Rupanya bibik ni dah terlanggar plug. Seb baik tak mampos semua ikan aku dok dalam pond bekeladak. Kalau mampos sekor, aku sumbatkan ko dalam pond tu. Biar jadik dugong.

Itu dah satu aku hangin.

Aku naik bilik, tengok kat work bench aku Pringles Redza bersemut. Dia ni mengemas ke tak? Aku pun mulala check merata tempat.

Sah!

Aku tengok kertas yang sengaja aku selitkan bawah tv cabinet ada lagi dah 2 hari.
Bawah carpet aku dia boleh selitkan plastic Cheezel!! Ko nak main cari benda tersembunyi ke apa?
Gumpal rambut yang sengaja aku letak bawah meja study dok betepek kat situ lagi since yesterday.

Yang aku heran tu, pagi-pagi lagi aku belum gi keje, dia dah sibuk bawak segala penyapu, bulu ayam, glass cleaner bagai naik atas.
Apa kejadahnya yang ko buat ngan bendalah tu semua?
Main makcik-makcik ngan anak aku?

So, setelah aku tepukan segala kemarahan sampai padu, aku panggil dia mengadap.

Aku : Bibik, bibik ni duduk rumah kemas ke tak?
Sengal : Eh, kemasla kak. Hari-hari sapu. (Sambil buat muka konfiden)
Aku : Apa benda yang ko sapu cuba citer sket.
Sengal : Ini semua disapu atas, bawah. Karpet diangkat. (masa ni dia siap selak carpet nak proof kat aku yang dia sapu semua. The moment dia selak carpet, terus aku nampak plastic Cheezel ngan plastic cover mainan anak aku). Hambik kau! Kantoi.

Ada hati nak menipu aku. Kalau nak menipu pun, biarlah dengan harta benda kau. Nak menipu dengan harta benda aku? Dalam rumah aku lak tu.

Aku : Semalam, akak mandi, apesal dalam bilik air akak ada nasik bertabur atas lantai?
Sengal : Semalam, Redza makan dia luahkan balik. Jadi jatuh atas lantai. (Dia tetap nak salahkan anak aku jugak)
Aku : Abis tu kalau dah jatuh atas lantai, biarkan je la? Ko tak reti nak jirus ke apa? Biar besemut? Ada pulak hamba abdi tolong habiskan keje kau? (Jahatkan mulut aku??? Nasibla. Buat taik lagi)
Sengal : (Diam. Poyo)

Redza tu budak 2 tahun. Kalau marah pun bukan dia faham. Yang ko ni dah ada anak dua pun aku nak kena marah hari-hari. Nak kena ketuk sekali, baru jalan sekali. Kalau aku kata sapu koridor tu, ko sapu sampai situ je la. Sampah-sampah ko letak je kat porch. Apa la salahnya sapu terus sampai ke depan? Kot dah berat sangat tulang tu, ko ambik je la penyodok sampah. Pastu buang. Benda simple macam tu pun nak kena ajar. Takde common sense. Nak kata salah parking otak, pandai pulak guna remote. Tau pulak mana satu remote astro, remote vcd player, remote speaker. Picit sana, picit sini. Aku yang mengadap Astro punya bertahun pun tak tau Channel Aruna tu 9. Dia baru dua bulan dok sini pulak yang lagi tau.

Bila aku lock channel tu, boleh pulak berani tanya, 'Kak, bila nak dibukak kunci Channel 9 ni?'

Canteeekkkkkkkkkkkkkkk muka kau??? Kalau dah nama aku lock tu, maknanya lagi 2 tahun baru aku unlock, paham? Ko hadap la Channel Tamil tu. Rajin sangat tukar Channel Tamil kan?

Asal celik je mata pagi, yang ko tau, nak jemur karpet. Orang tak jemur karpet hari2 la dol. Dah la jemur karpet kol 7.30 pagi!! Hari-hari lak tu. Sure jiran kata aku belagak nak tunjuk aku banyak karpet. Sidai hari-hari. Macam la rumah dorang pakai tikar. Malu sial!

Balik-balik jemur kapet, menyapu pun yang tahapa-hapa ko sapu, mengemop pun aku tengok lantai aku belengas semacam. Kalau membasuh, asal ada baju kotor je terus basuh. Takde la nak guna akal fikiran yang logik. Kalau baju tu 5 helai je pun ko sumbatkan jugak lam mesin. Mesin tu dah la oto, kalau ko tak masukkan at least sampai 5kg baju, rugi la air ngan sabun. Bukan la nak kata aku berkira, tapi akal biarla letak kat kepala, jangan la kat lutut. Kang aku bahasakan ko kepala lutut marah pulak.

Itu mengemas. Belum part masak lagi. Kalau aku kata sayur sawi tu basuh dulu, maka sayur tu je la yang akan dia basuh. Next day kalau aku nak masak buncis, aku kena pesan lagi sekali sayur tu basuh jugak. Kalau termiss pesan, siapla. Konfem jumpa ulat sayur lam kuali. Lagi sekali dia masak sayur tak basuh, malam tu WAJIBbulghunnah dia dinner ngan tapak kaki aku. Fresh punya. And the next day, sure muka aku kuar Buletin Utama.

p/s : opss. aku baru baca email bos aku. Agak kurang menarik intipatinya dan menimbulkan hangin satu badan. Gud nite.

posted by aveo757 @ 11:22 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER