walk on wings, tread in air: Nak stresskan aku? Sorry..aku dah IMMUNE <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Nak stresskan aku? Sorry..aku dah IMMUNE
2007-01-16

Semalam aku di-appraisalkan sampai kol 8pm.
Itupun nasib baik hubby bos aku call, kalau tak, mau lajak ke 8 malam esoknya.

Hisshh...aku baru berkira-kira nak benti keje.
Dah dia offer yang bukan-bukan sampai hatiku amat berbunga-bunga.
Macam tau-tau je aku dah karang surat resign.
Dia baca blog aku ke? Sukati la.

Actually aku tak le berharap sangat dia offer yang bukan-bukan tu.
Tapi cikgu Darjah 2 Putih aku cakap 'rezki jangan ditolak'. So aku redhaaaa...:D

Cuma aku macam tak sangka pulak aku bleh selamba je bagitau apa aku tak puas hati kat kompeni ni, dari segi management, internal sales, outdoor sales, sales area, product, staff, si HR sengal tu semua aku balun. Kiranya segala apa yang selama ni aku humbankan kat blog, semua aku luah semalam. Hilang kejap stress.

Overall appraisal ni ok. Amat ok.
Tapi kesenakkan pundi-pundi aku bermula bila COO aku bagitau satu benda.

CEO aku pi cadangkan this year, aku akan lead trading. Satu tugas baru dan B.E.R.A.T. Maknanya bos aku secara otomatik akan terima arahan dari aku. Untuk sales je la. Tapi kenapa?

COO berkata, "Sebab Mr Law rasa u dah pun sampai ke satu tahap sama level dengan I. So just in case new company to be set-up, or kalau apa-apa jadik kat I, u take over the company."

ngahngahngahngah...macam wasiat la pulak.
Brengsetttttt!
Ko kalau tak suka aku cakap je la. Jangan la kasik aku tanggungjawab yang bukan-bukan. Jangan main cabar-cabar beb. Aku buat sampai jadik gila success kang.
Nak tengok aku leh buat ke tak konon. Apa ko ingat aku mengangkang je ke selama ni kat opis? Aku sagat keta ko kang!

Aku tau la aku suka pasang mp3 and nyanyi kuat-kuat.

Aku suka parking keta tengah-tengah dunia block keta orang.

Aku lepak surau lama-lama.

Aku lunch sampai sejam setengah. Yang ni salahkan restoran Zara tu apesal jauh sangat.

Aku masuk opis kol 11 kuar kol 3. Abis tu? Apa kejadahnya sales duduk kat opis???

Aku pakai selipar lam opis. Wehhh selipar pun bukannya Tat Seng la ngong. Selipar kepala Blue Hippo lagi!

Aku tak pakai tag.

Bla..bla..bla..
Aku je la yang rebel.

TAPI

Aku nyanyi kuat-kuat pun sebab aku tau suara aku sedap. Benci dengar? Rasa nak seligi kerongkong aku kan?

Aku blog keta orang pun sebab aku tau aku singgah opis takkan lama, kejap kang aku kuar balik. Elehh...kalau aku block tu panggil je la, aku alihkan la keta. Itupun susah ke? Nak aku sodok bontot keta ko pulak?

Tuan-tuan, aku bukan sengaja nak lepak surau lama-lama. Dah la surau panas. Cuci makeup dan cuci segala yang lain dah 15 minit, semayang 10 minit, nak makeup balik 15 minit. Dah alang-lang semayang jemaah tu, aku pun jemaah la tido. Tido itu suatu ibadat bukan? Takkan fardu kifayah semata-mata?

Aku lunch sejam setengah sebab hmmmm..hmmmm sukati aku la! Aku ikut sunah ok, kunyah 40 kali baru telan. Baru la perut tak senak macam korang. Menambahkan kepam toilet je keje.

Aku manjang takde kat opis sebab aku carik ketenangan jiwa buat keje kat umah. Ketenangan itu tiba setelah aku menonton bawang putih bawang merah.

Aku tak pakai kasut sebab kasut aku semua murah-murah. Kalau pakai selalu nanti tapak haus ok?

Aku tak pakai tag sebab aku tak mau dikenali dan tak hingin nak mengenali. Aku kan rebel, bongkak dan sombong. Baru tau?

Apa-apa pun the figure that matters.
At least aku hit target! 70% of the company profit datang dari aku!
Jangan banyak songeh.

OK..aku nak tido.
Esok aku nak plan berapa ratus juta aku nak buat tahun 2007 ni.
Ceh, belagak cam sial.


NITE NITE..:)

posted by aveo757 @ 10:35 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER