walk on wings, tread in air: I am lonely..tapi gumbira. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


I am lonely..tapi gumbira.
2007-01-22

OK, minggu ni aku berazam nak masuk opis awal-awal pagi, so that after lunch aku bley terus kuar for sales and straight balik umah. Samada aku betul-betul nak kuar jumpa customer atau purak-purak itu aku punya pasal. Sebab lecturer aku dulu dah bagi mandat kat aku, 'makan biar banyak, keje sikit takpe'. Kata-kata perangsang ini juga adelah evolusi dari quote budak-budak sekolah dulu-dulu 'study biar lepak, result biar gempak'. Series aku bengang ngan quote ni. Quote ni la yang telah menjahanamkan reputasi aku masa SPM dulu. Baghal! Siapa yang cipta quote ni? Biar aku sepak kepala otak dia. Tengok gempak ke tak.

Sebenarnya this whole week, hubby aku takde. Dia gi Japan malam tadi sampai la Sabtu ni. Seminggu je. Tapi sebab aku tak penah kena tinggal, aku je yang selalu tinggalkan dia dulu, amik la kau rasa camne kena tinggal pulak. Selama ni kalau dia gi outstation pun either balik hari atau at the same time aku pun outstation sama. So the feeling of kena tinggal tu tak penah rasa sangat.

Dulu ye la, masa dia kat Japan 5 tahun, aku kat Mesia (aku pun study overseas okkkk...over the sea!!). Kena tinggal macam nak rabak mulut aku meraung malam-malam bila rindu datang lagi. Bila rindu datang lagi ni lagu Nassier Wahab kan?

Tobat aku taknak dah rasa kena tinggal macam tu. Asal time dinner je, housemate aku semua tunggu balak datang ambik kat umah naik moto gi makan sesama. Kalau weekend mana yang berkapel gi outing sama-sama kat Kuching malam kang baru balik. Dah balik malam pun, kol 11 kang kuar balik gi supper. Dah balik supper, boleh pulak dok betenggek kat tangga depan rumah lepak-lepak sampai kena halau ngan pak guard..ngahngahngah. UNIMAS punya hostel ala-ala resort sket so rumah we all macam hut. Ada sorang member aku siap pasang ubat nyamuk yang coil tu letak tepi sebab nak halau nyamuk masa tenet. Aku je yang tinggal rumah dok tolong bukak ngan tutup pintu. Brengsett. Ayat paling common diorang 'Diana, nak kirim?' Macam syiaallll semua kerek okk?? Ada boifren boleh lepak sesama.

So, lepas malam nikah tu aku dah berikrar yang hubby aku takkan tinggalkan aku dah pasni.
Aku berikrar?
Apesal aku pulak yang buat ikrar ha?
Tak kisah la. Yang pasti objektifnya dia takleh dok jauh ngan aku dah. Aku je pulak asik tinggalkan dia.

Tapi malam tadi, masa dia nak berangkat, nampak la jugak dia cam sedih je. Kiss aku bertalu-talu. Seronotttt. Dalam hati aku bangga gila 'HAA..tau sedih dok jauh ngan wife'.

Flight dia kol 11.30mlm. Kol 11.10, dia call.
Uisshhhhhhh..belum fly dah rindu bini ke? Hahahah..best..best.

Abang : Hello Di.
Aku : Ye, abang dah nak boarding ke?
Abang : Jap lagi.
Aku : Miss me?
Abang : Belum lagi. Nak tanya ni. Juara Lagu siapa menang?

Ok. Shut up. Pegi la Jepun tu!!

posted by aveo757 @ 9:30 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER