2020-05-11
Bahagia
Demi nak mendapat isteri sesuai dengan kriteria, Qabil berani bunuh Habil, darah dagingnya sendiri.
Kerana Qabil percaya hanya dengan berkahwin dengan perempuan yang dia cinta saja dapat membahagiakan hidupnya.
Walaupun pada ketika itu, syariat melarang, dia tak peduli, lalu dia bunuh Habil.
Itulah pertumpahan darah pertama di dunia.
Yang sedih, ia berlaku dalam kalangan adik-beradik sendiri.
Qabil berjaya kawen dengan perempuan yang dia suka.
Tapi, adakah Qabil bahagia?
Demi nak menjaga penguasaannya terhadap rakyat Mesir, Firaun sanggup arahkan supaya semua bayi lelaki yang lahir dibunuh.
Punyalah insecure.
Pada ketika itu semua baby lelaki dari keturunan Bani Israel takde yang hidup.
Sanggup dia buat macam tu asalkan takde siapa boleh ganggu kekuasaan dia di Mesir.
Tapi, adakah Firaun bahagia?
Samalah keadaannya dengan dengan sorang muazzin yang sanggup murtad demi nak kawen dengan perempuan Nashara yang cantik.
Dia rasa boleh bahagia dapat kawen dengan perempuan yang dia suka.
Malangnya belum sempat first nite dengan wife, dia mati sebab terjatuh dari bumbung, dalam keadaan murtad.
Adakah dia bahagia? Obviously tak.
That's a few stories tentang orang-orang yang mencari bahagia dari luar.
Mereka anggap bahagia itu datang dari manusia, dari kuasa, dari material, but instead meet endless misery.
Penting untuk kita memahami bahawa hati adalah sumber bahagia.
Kalau bahagia ditentukan dengan jumlah duit, nescaya takde manusia yang bahagia sebab duit tak pernah cukup.
Kalau bahagia ditentukan dengan jumlah harta, manusia akan dapat penat mengejar harta sebab nafsu pada harta ni kejap je.
Lepas dapat satu harta, manusia akan merancang untuk dapatkan harta lain pulak.
Nafsu kita always mengarahkan kita pada kekayaan lain.
Contohnya set pinggan mangkuk atau cookingware.
Dah beli satu, mesti berjangkit nak beli yang seterusnya bagi cukupka set.
Pakainya ntah bila, janji set cukupkan dulu.
Kekayaan ini kalau kita dah terjebak, akan jadi semacam ketagihan.
Godaannya luar biasa. Apa pun sanggup dibuat asalkan boleh kaya.
Keluarga pun dah takde makna kalau mengejar kaya.
Berapa banyak cerita kita dengar pasal harga boleh bergaduh adik-beradik, putus sedara, sampai sanggup berbunuhan?
Cuba tengok sejarah kes-kes rasuah dalam negara, siapa yang berani rembat duit banyak-banyak?
Bukannya yang gaji rendah-rendah buat kerja ni.
Kebanyakkannya yang bergaji tinggi, yang dah mewah.
Then why are they corrupt?
Sebab, menjadi kaya dah jadi ketagihan.
Dia rasa dia boleh bahagia bila duit bertompok padahal dia sedang 'sakit', bukannya bahagia.
Hakikatnya, bahagia dan kaya adalah dua benda yang berbeza.
Kaya tu letaknya di luar diri, sedangkan bahagia letakanya dalam diri, dalam hati.
Kaya tu perlu dicari, perlu kerja keras, perlu kesungguhan, sedangkan bahagia boleh dapat dengan menikmati dan mensyukuri apa yang Allah beri, baik sikit atau banyak.
Orang yang kurang bersyukur susah nak jumpa bahagia.
Ada orang cukup bahagia kalau hari ni dapat makan.
Tapi ada orang hanya dapat rasa bahagia kalau berjaya beli sport car.
Ada yang rasa bahagian kalau anak sembuh dari sakit.
Tapi ada orang yang selagi anak dia tak jadi Direktor sebuah company besar, dia tak tenang hati.
Gelisah 24 jam takut position tu dapat kat orang lain.
Ada yang rasa bahagia cukup dengan minum kopi lawan pisang goreng dengan kawan.
Tapi ada orang yang walaupun makan pagi petang siang malam dengan business partner di hotel mewah, masih tak bahagia.
Sesungguhnya BAHAGIA adalah milik orang yang merasakan mereka cukup, bukan ketika memiliki segalanya.
Orang yang bahagia adalah orang yang hatinya tenang, tak rasa tergugat dengan kemewahan orang lain.
Dia memandang kesederhanaan dan kebersahajaan [aku tak tahu lah ada perkataan ni ke tak].
Dia mencari ketenangan dan ketenteraman bersandarkan pada Allah.
Kerana dia percaya kebahagiaan adalah rasa syukur dan ikhlas menerima apa sahaja yang dia dapat.
Kebahagiaan itu milik Allah dan hanya ada satu jalan untuk mendapatkannya, iaitu sentiasa sedar sebagai hamba Allah, kita ada misi besar - iaitu mencari redhaNya.
Bukan sibuk memikir apa orang komen, apa orang kata.
Jangan biar diri kita hilang momentum.
Terlampau banyak pikir apa orang kata, akan buatkan kita hilang banyak masa untuk buat benda baik.
Semoga Allah selalu jaga kita dalam kasih dan cintaNya supaya kita selalu istiqomah pada jalan ketaatan, selalu memegang aturan Islam di waktu senang maupun sempit dan Allah berikan ketenangan dan kebahagian dalam hidup ini dan tak lagi peduli dengan cakap-cakap manusia.
2020-05-09
Doa
Kalau kita faham bahawa doa adalah ibadah, kita juga perlu faham bahawa doa adalah satu permintaan tolong.
Namanya pun "minta tolong", dah tentu terserah kepada si tukang tolong samada dia nak tolong atau tak.
Tak masuk akal kita minta tolong orang, tapi pertolongan tu bersifat paksaan.
Contoh, kita nak pinjam duit kat kawan.
Kawan keberatan nak menolong, lalu kita kata "Kau ni takde timbang rasa lansung kat aku, menyesal aku belanja kau makan dulu".
Cuba kita tukar dialog tu, dari seorang hamba kepada Tuhannya.
"Ya Allah, aku dah doa banyak kali. Aku buat semua kau suruh. Aku solat, aku mengaji, aku sedekah. Kenapa doa aku masih tak kau kabulkan?"
Bila buat kat orang tak rasa biadap, tapi bila cakap macam tu kat Tuhan terasa benar biadapnya.
Hakikatnya itulah kita.
Secara zahir nampak macam mintak tolong, padahal memaksa.
Walaubagaimanapun, antara permintaan kepada manusia dan permintaan kepada Allah ada perbezaan yang sangat besar.
Manusia, kadang-kadang tolak permintaan, kadang-kadang tolong.
Tapi ketika kita minta tolong dari Allah, Dia selalu penuhi permintaan kita dan bagi lebih dari apa yang diminta.
Mana hadisnya?
Ini : Dan Allah berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina" [Al-Mu’min, 60].
Salah satu sebab terhalangnya doa adalah bila kita nak doa tu cepat dikabulkan.
Mengulang-ulang doa yang sama tak pernah salah. Boleh.
Tapi bila kita dah start mengeluh, dah namapak hawa-hawa nak putus asa, dalam tak sedar kita hilang yakin pada Allah.
Dan akhirnya, kita stop berdoa.
The thing is, kalau pada anggapan kita Allah tak penuhi permintaan, agak-agak siapa boleh?
Memang takdelah yang boleh.
Jadi, kenapa berhenti doa?
Kan lagi baik teruskan je berdoa, kalaupun apa yang kita minta tak dapat, yang pasti pahala dah confirm dapat sebab berdoa umpama beribadah.
Esok kat akhirat kita tercengang tengok berlambak-lambak pahala, mana datang tak tahu.
Rupanya itulah pahala kita berdoa.
Aku pernah dengar ceramah kat YouTube, sorang ustaz ni bercerita ada seorang mualaf berdoa bertahun-tahun supaya Allah bagi hidayah kat mak bapak dia untuk peluk Islam, tapi mak bapak dia meninggal tanpa sempat mengucap syahadah.
Mualaf ni tanya adakah kerana dosa-dosa dia maka Allah tak kabulkan permintaan.
Ustaz kata, antara penyebab doa tak dikabulkan memang salah satunya kerana dosa-dosa kita, tetapi boleh jadi Allah tahan doa itu sebab ada perkara yang lagi hebat Allah nak bagi.
Boleh jadi juga Allah dah pun gantikan doa muallaf tu dengan kebaikan lain yang dia tak sedar.
Atau, sengaja Allah simpan doa tu sebab Allah suka dengar dia merintih minta tolong.
Bayangkan betapa banyak pahala muallaf ni kat akhirat kelak asbab doa yang tak terkabul tu.
Bertahun-tahun dia berdoa, bertahun-tahun dia menangis merintih, nanti di Padang Mahsyar setiap airmata yang jatuh ketika berdoa akan jadi pelindung dirinya dari panas matahari.
Waktu buku amalan dihisab, pahala berdoa yang dikumpul bertahun-tahun tu semua dia akan nampak.
Boleh jadi Allah sengaja simpan semua permintaan tu sebab nak bagi urusannya di akhirat lancar.
Dari sini dah tahu kita kena pasak dalam kepala - adat meminta tolong, jangan memaksa.
At the same time fahamkan yang setiap kali minta tolong dari Allah, pasti dikabulkan.
Boleh jadi dapat apa yang kita minta, boleh jadi ditukar ke dalam bentuk yang lebih baik atau disimpan untuk di-collect kat akhirat.
Pusing kat mana pun, kita masih beruntung.
Nabi Musa minta Allah hancurkan Firaun setiap hari.
Bila Allah kabulkan? On the spot ke?
Tak.
40 tahun berdoa baru Allah hancurkan.
Sampai waktunya, Allah hancurkan dengan cara yang paling dahsyat sekali, pada waktu yang sangat tepat.
Imagine, seorang Nabi berdoa selama 40 tahun baru Allah perkenankan.
Kita siapa?
Nabi memang taklah. Ulama' jauh sekali.
Imam? Hmphh...jadi makmum pun kadang-kadang.
Tapi bila berdoa nak cepat-cepat. Lambat sikit mengeluh.
Lepas tu ugut-ugut taknak solat dah, taknak mengaji dah, taknak buat baik dah.
Baik buat jahat je. Eh kau ni.
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan.
Kalau doa belum dikabulkan, positive thinking saja.
Maksudnya, maybe belum waktunya kita dapatkan apa yang kita minta.
Atau memang yang kita nak tu tak mendatangkan kebaikkan.
Hikmah berdoa ni sebenarnya, bila kita minta pada Allah, kita jadi kurang meminta-minta dari manusia.
Orang yang kurang meminta dengan manusia akan jadi mulia kerana tinggi tawakkal pada Allah.
Hakikat meminta pertolongan Allah akan nampak pada sikap seseorang ketika berdoa.
Maka, sabarlah dalam berdoa.
Kerana sabar itu bukan diam, tetapi berikhtiar dan dalam masa yang sama menerima takdir Allah.
2020-05-08
Type of mak
Aku tak tahu orang lain macamana, tapi bagi aku, being a mother is really hard.
Hard in every way possible - penat fizikal, penat emosi, penat mental - and semua ni bagi kesan pada ketenangan jiwa.
Tapi bila dah jadi mak, semua benda ni datang dalam satu pakej, nak tak nak kena hadap juga.
Stress memang stress, apetah lagi kena juggle time between kerja di ofis dengan kerja di rumah.
Dulu, masa Redza and Rayyan kecik, memang terasa sangat ke-stress-annya.
Luckily masa tu ada bibik, but still, ada chores yang aku pilih untuk buat sendiri.
Balik dari kerja, aku akan settlekan house chores dulu, baru anak-anak.
Selagi chores tak settle, kalau anak-anak datang dekat, ajak bersembang atau ajak pasangkan Lego ke apa ke, memang mudah sangat aku nak bertempik.
Tapi tu lah, nama pun mak kan, bila anak-anak dah tido, aku jadi rindu.
Padahal anak kat bilik sebelah je, tapi rindu.
Sometimes nangis time nak tido tu teringat balik siang tadi aku reject pasang Lego dengan dorang.
Pastu aku mintak En Wan angkat Redza and Rayyan tido atas katil kitorang.
Sampai sekarang, kalau bercuti berdua dengan En Wan, tak pernah boleh lama-lama.
No point, sebab walaupun bercuti berdua, sepanjang bercuti tu kitorang tetap bersembang pasal anak, kejap-kejap call anak, pi jalan-jalan pun mencari souvenir untuk anak-anak.
Tu pasal aku tak berkenan bercuti berdua lama-lama.
Sesungguhnya parenthood ada 'gangguan' emosi and it's meant to be that way.
Masa Redza umur bawah 5 tahun were particularly challenging.
Sekarang both Redza dan Rayyan dah umur 16 dan 10 tahun, aku rasa lega and seronok [tenang].
In fact I enjoy being around them a little more, especially now masing-masing dah boleh diajak bersembang.
But sometimes aku rindu zaman-zaman dorang kecik dulu especially Redza sebab masa Redza membesar, aku sedang membina bisnes. Tak banyak masa aku dengan Redza.
In fact, Redza banyak tido dengan bibik dari aku.
Sometimes aku rindu dia tido atas dada, rindu ramas-ramas tangan and peha dia yang berketak-ketak tu.
Walaupun Redza and Rayyan gap 6 tahun, sebenarnya dalam tempoh gap tu aku always terfikir nak beranak lagi.
Tapi tulah, setiap kali ada rasa nak mengandung lagi, serentak dengan tu aku rasa "Tak boleh buat kerja aku nanti".
Don't get me wrong.
Selepas En Wan, aku sayang anak-anak aku more than anything.
Kalau terpaksa buat pilihan, aku memang pilih anak-anak dari kerjaya.
Tapi kadang-kadang aku tak suka being around them. Boleh faham tak agak-agak?
Suka memang suka, tapi kadang-kadang tak suka.
Especially bila aku ada task nak siapkan, yang dua orang ni boleh main sorok-sorok bawah meja study aku, tu belum lagi ada adegan memekik berebut remote Astro, yang sorang menyakat, yang sorang menangis.
Tu yang aku selalu bertukar jadi Mambra "Mama ikat korang kat tiang depan tu nak?"
Makan ati je nenek tengok aku tempik kat cucu dia.
I'm not a picture-perfect mother, and my kids are far from perfect.
1. Masa dorang kecik-kecik dulu, aku gunakan iPad as their baby sitter.
Especially time aku nak buat kerja, ambik ni iPad, diam.
2. Aku bukan homeroom mom, ini sangat pasti.
Aku banyak lepaskan jagaan dorang pada bibik and mak sebab aku banyak habiskan masa kat luar.
Even masa Rayyan lahir kena duduk NICU, aku sorang je mak yang tak room-in.
Mak lain semua duduk dalam NICU jaga anak.
Aku hanya jaga waktu siang. Malam, aku balik because I need to rest and have a good sleep.
Because my life tak berkisar hanya pada menetek dan membelek anak saja, aku ada kerja lain nak buat. Laki aku pun nak ditetekkan juga. Eh.
3. Aku paling master in menjerit kat anak-anak.
Jiran-jiran aku rasanya annoyed dapat jiran macam aku.
Kejap-kejap aku terpekik.
Aku tak suka rumah bersepah, aku tak suka kedudukan barang yang aku dah letak beralih tempat, aku tak suka keadaan yang terlampau bising.
Kalau aku menjerit, maknanya salah satu telah berlaku.
4. Aku selalu stock up jajan, askrim, coklat and sugary drinks even though aku tahu itu tak healthy. Because, honestly, I value SILENCE.
Everytime aku nak suasana tenang untuk siapkan kerja, aku offer dorang makanan-makanan ni.
Asal kau diam konsepnya.
So, berdasarkan point-point di atas, obvioulsy aku bukanlah ibu yang baik.
But I am good enough. And good enough is enough.
Of course aku sayang anak-anak aku lebih dari diri aku sendiri.
I'd give up everything for them - even my business if I had to.
Tapi syukur sangat aku tak perlu memilih di antara anak atau kerjaya. Alhamdulillah.
In fact, you don't have to choose either.
Korang boleh teruskan bekerja [kalau nak], at the same boleh jadi ibu yang 'good enough'.
Ada macam-macam type of mak.
Apa pun type korang, you cannot be compared, you cannot be judged.
Korang adalah mak yang hebat dengan cara korang sendiri.
Cuma, pastikan bila masuk rumah orang, jangan gunakan style kita, kena ikut style tuan rumah.
Jangan pulak kau lambakkan anak-anak tu main macam kat rumah sendiri.
Dalam bahasa mudah, apa pun type of mak you are, it's ok.
You are doing it right because there is no "right kind" of mom.
Ada mak yang nak anak dia hidup berjadual.
Hari ni makan ini, lepas makan buat ini, lepas buat ini buat itu.
Belajar sekian-sekian waktu, anak mesti always wangi, mesti always cantik-cantik, etc.
Segalanya mesti tip top dan teratur cantik.
Segala aktiviti anak-anak dia susun, keep everything running smoothly.
Ini jenis homeroom mom.
Mak type gini selalunya stay-at-home mom.
Memang Allah dah designed dia untuk jadi mak yang begitu.
Bukan sebab dia tak pandai maka dia duduk rumah jaga anak. Bukan juga sebab dia takde kerja.
Memang Allah dah designed dia as mak yang begitu. Skill dia di situ.
And she's working in the way Allah created her.
Ada satu lagi type mak, seperti aku.
The kind yang excited bila dapat anak.
The kind yang always rasa anak-anak adalah perkara yang membahagiakan dan melengkapi hidup.
The kind yang from day 1 disahkan mengandung dah plan macam-macam untuk membesarkan anak dengan label ibu mithali - but it didn't happen [kahkahkah].
Mak jenis ni rasa dia perlu lebih dari sekadar anak untuk melengkapkan hidupnya.
Mak jenis ni, impian dan keinginan yang dia dah pasang long before dia berkahwin tidak terkubur, walaupun dah ada anak.
This type of mom bukan tak sayang anak tapi dia rasa dia di-designed for something else too.
Dia tahu dia akan jadi mak yang lebih baik bila dia berpeluang practice her gifts and talents pada perkara lain.
Allah designed dia menjadi working mom.
Kalau korang adalah mak type ini ☝️, bukan bermakna korang tak layak jadi mak.
Jangan compare perjalanan kita dengan mak type lain.
One thing yang aku tahu, certain mak memang nak put all their focus on their homes and kids, and some mak nak fokus pada kerja luar.
None of this choice are wrong.
Semua pun masih contribute pada keluarga, just in different ways.
Membandingkan diri dengan mak-mak lain buatkan kita demotivated, merasa diri tak cukup bagus, dan tak produktif.
Walaupun begitu, kita tetap nak compare, kan? And we do it all the time. *sigh*
Ada tak korang follow mana-mana mak kat IG/FB/Blog yang hidupnya nampak sempurna serba-serbi?
Dia ada followers berjuta.
Rumahnya always cantik kemas.
Lantai dinding memancor-mancor.
In fact, semua selfie dia nampak macam Miss World at all angles.
Anak-anak dia nampak semenggah all the time.
Maybe juga anak-anak dia jenis yang main senyap-senyap dalam bilik masing-masing tanpa perlu dia rasuahkan dengan iPad.
She even has time untuk buat rambut and mekap. Muka dia senonoh je 24/7 guys.
How does she do it, guysssssss.
Ini semua bakal jadi punca stress and hatred.
Kita follow dia, kita peratikan segala update dia, kita kelebet setiap selfies dia, kita kaji lata-belakang dia, ujung-ujung segala yang dia buat, segala yang dia ada, segala yang dia tunjukkan jadi satu attack pada kita.
Lepas tu kita hencap dia beramai-ramai.
The thing is, kita yang membandingkan hidup kita dengan dia.
Kita yang mengakui hidup dia ada pada standard kita nak.
Look, kita semua tak sama.
We priotize different things.
Dia suka bercantik-cantik sebab that's what she values. Takde yang salah pun kat situ.
Kita pula cenderung mengutamakan perkara lain selain bercantik-cantik because that's what we value.
Pun, takde yang salah kat sini.
Yang sebenarnya, it wasn't her, it was us!
Kita yang sibuk nak compare hidup kita dengan dia.
Bawak-bawaklah sedar diri, yang bermasalah kat sini adalah KITA, bukan dia.
Dia tak compare pun life dia dengan kita.
Dia cuma berkongsi cerita dia dengan cara dia sendiri.
One thing kena faham tak ada keluarga yang sempurna.
That lady pilih untuk tak berkongsi her mess, and that's ok.
Button UNFOLLOW tu ada je kat situ. Treat the button as your BFF, boleh?
Kalau ada anyone buat kita rasa insecure, klik je button tu. Stop following that person, insyallah, settle.
Tak perlu nak kutuk ke kondem ke apa semua.
The way we feel about other person says way more about us than it does about them.
p/s : IG followers, today LAST DAY promo GreenAard and Pure Effective. Whatsapp SINI untuk beli.
2020-05-07
Niat yang terpesong
Niat adalah perkara yang paling susah nak dijaga dan paling senang berubah.
Padahal kat situlah penentu samada amalan kita bernilai ibadah atau tak.
Sungguh, memang susah nak meluruskan niat.
Ustaz kata, ikhlas hanya didedikasikan kerana Allah saja.
Ikhlas tak dipengaruhi oleh pujian atau kutukan orang lain.
Puji atau kutuk, perasaanya sama, tak terusik sikit pun.
Ustaz kata lagi, ikhlas adalah sikap menerima apa je yang berlaku tanpa reserve.
Secara teori, itulah maksud ikhlas. Memang tak senang nak buat, kan?
Sesiapa yang boleh ikhlas macam tu, maknanya makam ikhlasnya dah mencapai makam yang lengkap di mana kerja-kerja baik dia tak dapat dikesan oleh malaikat ataupun syaitan pun.
Hanya Allah saja yang tahu.
Even malaikat pun tak dapat catat sebab tak perasan.
Syaitan lagilah out of the story, memang tak dapat nak goda lansung.
Allah, bila dengar ustaz cakap macam tu, bergenang airmata.
Jauh sangatlah ikhlas aku dengan ikhlas yang betul.
Ikhlas aku ni kategori bajet-bajet ikhlas je.
Salah sebab kenapa kita [aku] payah nak ikhlas yang betul-betul ikhlas [ini teori aku je] adalah kerana niat kita tidak lagi sederhana.
Niat kita dah ke -mana-mana, dah meluas, dah ditokok tambah dengan pelbagai hiasan.
In fact, niat yang asal [yang mungkin tulus] tau-tau dah dikelirukan dengan niat tambahan.
Contoh, niat hantar anak pi skolah.
Asalnya niat biar anak dapat pendidikan, biar jadi orang berilmu.
Kerana menuntut ilmu itu perintah agama supaya manusia tak meninggalkan generasi yang lemah.
But along the way our intentions are growing.
Kita mula nak provide the best education supaya anak-anak jadi the best antara semua.
Niat tu kemudian semakin tersasar, dah bukan lagi sekadar memberikan pendidikan tapi dah masuk elemen parental prestige.
Sekolah mana anak-anak belajar dah semacam melambangkan status mak bapak.
Sadly, nilai prestij ini sebenarnya yang lebih menguasai niat asal.
Bila achievement anak-anak tak mencapai standard kita, kita marah.
Tak cukup marah anak, marah cikgu sekali sebab kita tak salah. Kita betul.
Anak orang lain lebih berjaya, kita marah sekolah buat Majlis Anugerah.
Bila dah menjadi soal prestij, semakin susah untuk kita untuk menjaga niat.
Dari sudut kerjaya, pada awalnya nak cari kerja sebab nak cari nafkah.
Along the way, niat menjadi semakin besar dan tersasar.
Dah bukan sekadar mencari nafkah lagi tapi menjadi persaingan antara satu sama lain.
Gaji siapa paling banyak, pangkat siapa lebih tinggi, bonus siapa paling banyak.
Kita dah mula mencari prestij mengejar nama dan kedudukan untuk memuaskan keinginan kita.
Ini dah jadi lagi susah nak menyusun niat ikhlas kerana ada kaitan dengan hubungan kerja antara rakan sekerja dan pihak atasan [majikan].
Niat awal tadinya nak mencari nafkah dah jadi satu hope agar dinilai bagus oleh majikan, diberikan pangkat yang tinggi, gaji dan bonus yang lebih banyak.
Yang berbisnes pun tak terkecuali.
Niat awal berniaga untuk cari nafkah pelan-pelan bertukar jadi persaingan siapa lebih berjaya, siapa lebih cepat jadi jutawan.
Itu belum lagi menharapkan perhatian supplier dan customer.
Susahnya menjaga niat.
Kita sering terkeliru dengan niat kita sendiri.
Lalu kita mencipta alasan demi alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita supaya Allah faham.
Hakikatnya Allah jauh lebih faham isi hati kita.
Kita yang selalu keliru dengan isi hati sendiri.
Betapa banyak niat yang awalnya hanya berharap kepada Allah berubah menjadi berharap kepada manusia.
Itu baru cerita urusan dunia.
Urusan akhirat pun tak kurang hebatnya nak menjaga niat.
Niat ibadah kita - solat, puasa, sedekah, ziarah - sangat mudah dipesongkan oleh syaitan.
Ketika seseorang bersedekah, ketika ulama sedang memberikan ceramah, ketika para mujahid berjihad di jalan Allah - syaitan sangat busy memesongkan niat.
Bak kata ustaz aku "Saya ni mengajar di depan sebenarnya sedang berperang dengan niat saya sendiri. Takut dalam tak sedar saya merasa diri saya lebih berilmu, lebih bertakwa daripada kamu semua".
Termasuklah tulisan ni.
Niat unak berkongsi ilmu supaya jadi amal jariah, entahkan lurus ke tak ni.
Entah-entah berubah jadi niat nak dapat pujian dari readers.
Syaitan sebenarnya takut sangat dengan manusia yang ikhlas.
Dia kalau bab memesongkan niat memang cukup pakar, sampaikan tak terasa niat dah berubah.
Tahu-tahu je kat akhirat nanti baru kita nampak rupanya banyak perbuatan baik kita Allah tolak kerana di sisi Allah ia tak membawa makna apa-apa.
Oleh sebab tu, janganlah kita persoalkan niat orang lain kalau kita sendiri payah nak menjaga niat.
Sedangkan niat kita sendiri bersepah-sepah ke sana sini.
Betul orang kata, angan-angan tinggi memendekkan harapan dan memesongkan niat.
Nampak macam kita buat benda yang betul.
Itu di mata manusia, di sisi Allah belum tahu.
Ya Allah, luruskanlah niatku.
Yang kadang-kadang mengatur kalimat hanya untuk menyindir.
Yang kadang-kadang memberi nasihat hanya untuk menyinggung.
2020-05-06
Saya salah pilih pasangan hidup
Anyone pernah rasa menyesal kawen dengan orang yang salah?
Inilah ketakutan paling hebat untuk orang yang belum berkahwin.
Aku dah pernah lalui, jadi aku tahu kegelabahannya.
Makin dekat dengan hari nikah, makin tak tentu arah rasa.
Takut, risau, rasa nak batalkan majlis pun ada.
Padahal dah banyak ruang untuk kita kenal dengan bakal pasangan, but still semakin nak ke hari nikah, semakin keliru.
Why?
Jawapan : Kerana expectation kita terlalu tinggi.
Kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam rumahtangga sebab dah terlampau blend dengan cerita Cinderella and Snow White yang 'happily ever after'.
Sampaikan kita tak expect yang dalam sebuah rumahtangga, salah faham, bergaduh, merajuk - semua ni tetap ada.
Takde maknanya nak lovey-dovey hingga ke akhir hayat tak pernah bermasam muka.
"In love" phase tu habis kuat pun setahun je.
Aku pun sama gak dulu, dalam tempoh setahun tu macam belangkas, makan pun nak beriba-riba.
Sambil makan pun pak incik aku tu boleh main kenyit-kenyit mata dengan aku. Romantiklah sangattttt.
Sekarang masing-masing kalau jumpa makanan, jangankan nak pandang muka, pelawa pun idok [aku la tu].
Please adik-adik sekalian, the honeymoon phase doesn't go on forever.
Kau takkan larat nak hadap romantik 24 jam.
Tapi tak bermakna rasa cinta tu hilang. Masih ada, in fact bertambah cuma dah takde masa nak berhimpit siang ke malam.
However dalam tempoh ni lah kita mula nampak ada banyak perangai pasangan yang tak 'kena', tak sesuai dengan expectation kita.
"Dia tak cukup soleh, susahnya nak suruh dia solat di masjid".
"Dia tak pernah nak bermuraja'ah bersama-sama saya, alasannya sibuk".
"Dia ignorant dengan kerja-kerja di rumah".
"Dia macam makcik-makcik bila ada kat rumah, tak macam dia yang dulu".
Segalanya dia…dia…dia.
Lainlah kalau pasangan kaki pukul, ok yang ni tolong jangan bersabar.
Tapi kalau setakat selisih pendapat, baju kotor tak reti masuk dalam bakul, badan bau busuk, picit ubat gigi kat tengah - hat ni masih ada harapan nak betulkan.
Jangan terlampau cari kesempurnaan dalam rumahtangga.
Kena ingat, kalau kita perfect sangat, dah tentu kita dapat yang perfect juga.
Malangnya, yang perfect pun tak hingin dengan kita sebab kita tak perfect di mata dia, faham?
Sungguh betul kebanyakkan yang bercerai di awal 5 tahun perkahwinan berpunca kerana takde kesefahaman.
Mostly sebab perangai dan expectation masing-masing terhadap pasangan.
Bercerai selepas 6-15 tahun berkahwin, mostly puncanya duit.
Dengan sibuk bekerja, sibuk capai target, sibuk buat harta, sibuk buat hutang.
Waktu ni masing-masing baru nak membina identiti diri.
Nak kelihatan berjaya, kelihatan cool, kelihatan awesome.
Duit akan jadi masalah utama kalau tak betul-betul dijaga.
Dalam tempoh ini juga, masing-masing sibuk membina kerjaya.
Jangan tak tahu, ada pasangan yang dengki dengan kejayaan pasangan sendiri!
Maka mulalah dia jadikan itu alasan untuk bertekak - "Dia sibuk", "Dia takde masa untuk keluarga", "Hidup dia dengan kerja saja".
Pasangan yang berdengki macam ni selalunya takkan lama bertahan.
Bahagia kita tak sama.
Ada orang bahagia bila suami isteri ada di rumah sentiasa.
Ada orang bahagia bila dapat bekerja.
Ada orang bahagia membongkang siang ke malam tak bekerja.
Jadi, kalau pasangan kita jenis yang suka berkerja, supportlah.
Aku ni alhamdulillah masa mula membina company, En Wan banyak tolak-ansur dengan time aku.
Isteri keluar pagi, balik gelap. Dinner sorang-sorang.
Lagi banyak tido sorang dari tido dengan isteri sebab isteri kejap-kejap outstation.
Ada hikmahnya juga dulu masa bercinta jarang jumpa, jarang dating. Jadi dah terbiasa berjauhan.
Walaupun dia selalu kondem kerja-kerja aku, at least dia tak kacau apa aku buat.
Sukati kaulah nak kondem, asalkan aku bebas buat kerja.
Usia perkahwinan 16 tahun ke atas jarang ada perceraian.
Kalau ada, mostly disebabkan orang ketiga.
Kerana waktu ni masing-masing dah financially stabil.
Kerjaya pun dah stabil, jawatan dan besar, nampak steady je.
Duit berlebih, tak cukup tabur kat keluarga, tabur kat orang ketiga.
Walaumacamanapun, seiring bertambahnya usia rumahtangga, sepatutnya menambahkan kedewasaan sikap kita dalam memilih informasi yang boleh dipercaya.
Jangan mudah sangat nak dengar cakap orang kalau nampak pasangan kita dengan orang lain.
Curiga tu pasti, but at the same time kita jangan jadi bodoh sangat boleh disumbat senang-senang gitu.
Apa yang orang sampaikan kena ada fakta dan accuracy.
Bukan apa, ni tadi baca email reader, kena cerai bulan-bulan puasa.
Puncanya dia mengadu hal kat family yang suami ada perempuan lain.
Yang family agaknya hangin asik si isteri mengadu je, terus family serang suami.
Suami aik hantu, bengang bila family mertua hencap kaw-kaw, terus diceraikan.
Yang isteri [reader] menyesal sebab tak sempat berbincang apa-apa dengan suami dah kena cerai.
Sebenarnya isteri sayang lagi kat suami.
Tak sure lah suami tu betul-betul ada perempuan lain ke tak, itu another story yang aku malas nak ambik tahu.
Cuma yang aku tak berapa berkenan bila kita suka suka jaja masalah rumahtangga kita dengan orang luar.
Orang luar tu takde connection perasaan dan jiwa dengan pasangan kita.
Kalau dorang marah, selalunya memang kaw-kaw punya marah.
Berbeza kita as pasangan, walaupun kita marah, takkan mungkin sampai sanggup menghina sebab kita pernah hidup bersama-sama.
Jadi, bila kita mengadu hal dengan orang luar [termasuk keluarga] tanpa kita betul-betul sit down and talk to pasangan untuk settlkan masalah, bila orang luar start masuk campur, masalah jadi semakin besar.
Jangan pulak masa tu kita salahkan orang luar.
Dah kita yang pandai sangat pi mengadu hal.
Orang luar tu dengar cerita dari pihak kita je, memamg lah dia senang naik hantu.
Yang paling tahu masalah dalam rumahtangga hanya kita dan Allah.
Yang tahu detail permasalahan, karakter pasangan, bahkan masalah yang terjadi sekalipun adalah kita dan pasangan.
Jadi yang tahu letak duduk permasalahan yang dapat digunakan sebagai point untuk cari jalan penyelesaian adalah kita dan pasangan ONLY.
Nak cerita panjang lebar keluh-kesah kita pada orang lain, sekalipun pada mak bapak, mestilah tujuannya hanya untuk dapatkan pandangan.
Sebab yang tahu masalah, yang boleh dapat kesepakatan, yang boleh evaluate kekurangan hanyalah suami dan isteri.
Orang luar ni bukan nak katalah, baik ipar duai, adik beradik atau mak bapak, selalunya akan favor pada darah daging sendiri.
Ada bias dah kat situ.
Nak pulak kalau dapat family yang jenis anak dia je baik, keturunan dia je bagus, memang sadaqallahulazim lah jawabnya.
Aku memang sorrylah nak mengadu pasal rumahtangga aku kat mak bapak.
Alangkan kena hentak dengan exbf dulu pun aku tak bagitau, lagikan setakat bergaduh mulut.
Memang aku simpan rapat-rapat.
Yang pastinya semua rumahtangga pernah ada masalah.
Cuma, bila ada masalah, disinilah dituntut kemandirian dan kedewasaan suami isteri.
Peganglah komitmen awal pernikahan dulu.
Bawak-bawak sedar diri, kita ni hidup berkeluarga.
Rumah pandai pulak beli lain taknak serumah dengan mak bapak.
Apesal bila ada masalah sibuk nak kongsi dengan orang lain pulak?
Avoid semaksima mungkin mengadu masalah.
Sebenarnya time will tell.
Jangan terus nak call member mengadu hal suami, settlekan dulu pelan-pelan.
Ikut step, jangan asal bertekak je cerita kat member, cerita kat mak bapak.
Yang mendengar ni pun rasa menyampah takde cerita lain balik-balik cerita kau laki bini bertekak.
Berkahwin dengan orang yang salah ni sebenarnya dari awal lagi kita dah boleh rasa.
Betul, percayalah cakap aku.
Kebanyakkan yang berkahwin dengan orang yang salah ni dah sedar lama dah partner dia something wrong masa zaman bercinta lagi, tapi dia teruskan juga.
Bila dah kawen, dah tak boleh carry, barulah kita benar-benar confirm kita dah kawen dengan orang yang salah. Padahal dari zaman bercinta dah nampak. Benda ni kita boleh rasa sendiri.
Yang menulis ni pun pernah rasa juga.
Dalam tempoh bercinta tu dah nampak hawa-hawa perangai yang aku tak berkenan tapi aku teruskan juga bercinta.
Tak tahulah sebab apa, yang aku tahu internally that something was off.
Until banyak sangat drama berlaku, lama-lama putus juga.
Tu semua asbab, yang betulnya memang masing-masing berjodoh dengan orang lain.
Lucky for him, lucky for me juga. Kalau diteruskan juga maybe masing-masing makan hati.
Berkahwin dengan orang yang salah memang mengerikan, tetapi sebelum kita buat keputusan bercerai, pikir balik dalam-dalam, memang pasangan kita teruk atau kita yang mengharapkan semuanya sempurna?
2020-05-05
Penat nak menguruskan dunia. Serahkan pada allah.
Manusia lahir ke dunia dengan membawa sepakej masalah.
Lahir-lahir ke dunia je kita dah bagi masalah kat mak bapak.
Habis terganggu segala rutin dorang sejak ada kita.
Tapi untungnya, kasih sayang mereka mengalahkan segala masalah yang kita bawa.
Semua manusia ada masalah.
Yang menganggur, masalahnya risau takde kerja, takde pendapatan.
Yang bekerja, masalahnya kerja banyak nak kejar deadline.
Yang berniaga, masalahnya nak kejar sales target.
Jadi, jangan kita ingat masalah kita berat sangat, belum tahu lagi.
Sedangkan Allah bagi masalah sama-rata pada semua orang sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Jangankan yang tak berduit, yang berduit, berharta, terkenal pun ada masalah juga.
Lately ni nampak yang kaya, yang famous, manjang kena attack dek netizen.
Itu masalah yang Allah bagi pada dorang.
Maksudnya, takde sorang manusia dijamin terselamat dari masalah.
Bak kata ustaz aku, masalah akan jadi bermasalah bila manusia sibuk nak settlekan sendiri masalah tu.
Aku tanya balik ustaz "Tapi kalau kita tak selesaikan, boleh ke masalah tu settle sendiri? Nak taknak kena cari jalan keluar jugak".
Rilek je ustaz tembak aku balik "Memang dijamin settle ke kalau kamu selesaikan?"
Hahaha. Dush. Dush.
Abu Salam yang mendengar Rasulullah saw bersabda, "Seseorang yang istiqomah membaca zikir ini 3 kali setiap pagi dan petang berupa Rodhitu billahi robba wa bil islami dina wa bi muhammadin nabiyya (aku rela Allah menjadi tuhanku, Islam agamaku, dan Nabi Muhammad nabiku) maka pasti mendapat keredhaan Allah sampai hari kiamat".
Kalau siapa rajin baca Al-Mathurat, mesti dah biasa dengan zikir ni.
Maksud dari zikir ni adalah, bila kita redha Allah menjadi Tuhan kita, maka kita kena percaya Dia boleh uruskan segala urusan dan Dialah sebaik-baik pentadbir.
Ustaz ajar, bila ada masalah, yang pertama sekali bukan selesaikan masalah tetapi solat sunat taubat dulu.
Minta ampun kerana semua masalah berpunca dari dosa-dosa kita [ada hadis tentang ni tapi aku malas cari].
Then pelan-pelan cari penyelesaian.
Kalau ikut pengalaman aku, cara ni memang berkesan.
Kadang-kadang masalah tu tak settle pun lagi tapi hati rasa lapang je.
Bila hati lapang, banyak benda jadi mudah.
Lepas satu, satu kita mula nampak jalan penyelesaiannya.
Yang sebenarnya, bukan Allah tak bagi lansung kita settlekan masalah.
Usaha tetap kena buat sebab usaha itulah markah pahala kita.
Cuma Allah nak tengok aturan kita dalam menyelesaikan masalah, samada kita bergantung pada Dia dulu atau pada kudrat kita dulu.
Eh letih tau kalau kita nak manage sendiri urusan dunia.
Banyak benda nak kena pikir, nak kena timbang-timbangkan, banyak hati perlu dijaga, banyak kepala nak kena handle - lama-lama burn out, masalah tak settle gak. Oh jem.
Actually, segala panik, risau, bimbang, gelisah muncul sebab kita fokus nak settlekan sendiri masalah sorang-sorang.
Kita berpenat-penat gunakan tenaga, fikiran and hati untuk manage masalah, sampaikan nak beribadah pun takde mood sibuk nak settlekan masalah.
Inilah punca awal kenapa kita susah rasa tenang and bahagia.
Dah lah semuanya kita nak buat sendiri, pulak tu ibadah sampai tertinggal.
Mana nak datang pertolongan Allah kalau gini caranya.
Kita lupa Allah itu Maha Menolong.
Rugi kita ada Tuhan yang Maha Menolong kalau semua kita nak buat sorang.
Jadi Hamba Allah ni kena tau kedudukan kita.
Nama pun hamba, jadi jangan melebih-lebih kita pulak dari Tuan.
Kerana ketika kita taat, kita akan jadi orang yang bertakwa.
Ketika kita jadi orang bertakwa, Allah akan hadirkan solution untuk kita.
Aku dulu pernah macam ni.
Berhempas-pulas settle semua benda sendiri.
Selagi benda tak settle, situlah aku duduk mengadap, kerah semua tenaga, fikiran untuk settelkan masalah tu.
Sampaikan solat Zohor pun hujung-hujung waktu dek kerana nak mendahulukan masalah yang belum settle ni.
That's why aku cakap, bila manusia terlalu condong kepada dunia, urusan akhirat confirm menjauh.
Buat hanya sekadar buat, cukupkan syarat. Buat hanya yang wajib. Buat sunat kalau free.
Padahal penyelesaian masalah bukan ada di tangan kita.
Pernah tak kita rasa segan bila berdoa sebab kita tahu kita tak pernah bermati-matian untuk jaga zikir, tak pernah berjuang kuat untuk bangun solat malam, tak pernah bersungguh buat rutin baca Al-Quran - tapi bila berdoa bukan main panjang permintaannya? Pernah tak?
Kalau tak pernah, baguslah. Aku pernah.
Pernah rasa segannya nak mintak macam-macam sedangkan solat pun hujung waktu.
Allah memang tak pernah berkira dalam urusan memberi, cuma kita ni tak ada rasa malu ke mintak banyak, buat sikit?
Alangkan customer beli sikit tapi demand nak macam-macam pun kita dah bengkek.
Imagine Allah mengadap perangai kita yang culas ibadah bertahun-tahun.
Oh sebut pasal aku teringat satu benda.
Benda ni berlaku 4-5 tahun lepas, masa tu aku di kelas agama.
Setiap 1 jam, henfon aku bunyi alarm.
Tau aku set alarm untuk apa? - Untuk minum air.
Aku set reminder setiap jam supaya aku tak lupa nak minum air, misi untuk jaga kecantikan and kurus katanya.
Kawan sekelas aku waktu tu, seorang kakak yang sangat baik.
Dia ni dah hafal banyak surah, hafal banyak hadis, tapi masih lagi ambik kelas agama untuk belajar.
Dia puji aku "Disiplinnya Diana ni buat jadual minum air. Diana ni mesti orangnya sangat structured, kan?".
Cewah, aku senyum.
Pastu dia tanya "Ada tak Diana buat reminder untuk urusan ibadah?"
DANGGGGG!
Aku honest bagitau "Takde kak. Saya set azan untuk solat and alarm nak bangun tahajud je"
Dia kata "Urusan simple minum air pun Diana buat jadual. Padahal belum tahu lagi kita sempat rasa kurus, kan. Tapi mati tu dah pasti kita jumpa. Bagus kalau Diana set jadual untuk ibadah sekali. Akak tak sedisiplin Diana. Kalau Diana buat sekali dengan akak, mesti akak boleh disiplin".
Pehhh, ayat dia power weh. Dia puji aku baekkkkk punya.
Padahal aku tahu ibadah dia lagi hebat.
Tengok macamana cara orang berdakwah, kan.
Merendah dirinya dia semata-mata nak tarik aku buat benda yang sama.
Dakwah dia menjadi.
Ok berbalik pada entry asal, serahkan balik pada Allah, itu lebih mudah.
Benda ni kalau kita fikirkan, memang tak lojik.
Tapi rumus matematik Allah tak akan pernah terjangkau oleh manusia.
Maka jangan kita sekalipun bergantung pada diri sendiri bila berdepan dengan apa-apa masalah, baik ringan ataupun berat. Pulangkan balik pada Allah.
Nah aku belanja doa satu. Ayat aku tak best sangat, ubahlah kalau nak ubah :
"Ya Allah, aku tak mampu menghindari diriku dari apa yang aku benci. Dalam masa yang sama aku tak berdaya untuk dapatkan apa yang aku inginkan. Segala urusan di luar kekuasaanku. Aku tak mahu tergadai diriku oleh perbuatanku. Jangan Engkau jadikan ujian dalam urusan agamaku. Jangan Engkau jadikan urusan duniaku sebagai kesusahan terbesarku. Jangan Engkau jadikan orang yang tak mengasihaniku sebagai pemimpinku. Dan jangan Engkau beri kegembiraan pada musuh di atas penderitaanku. Ya Allah yang Maha Mengurus Segala Sesuatu, aku serahkan semua urusan duniaku kepadaMu kerana Engkau sebaik-baik Pentadbir."
p/s : Promo free postage hand sanitizer masih on until 8 May.
2020-05-04
Standard memilih jodoh
Mencari calon suami/isteri memang tak senang.
Kita boleh nampak ada di kalangan ahli keluarga kita sendiri, maybe adik-beradik, sepupu, kenalan rapat atau orang kampung yang kita kenal, ada je yang dah cukup umur tetapi belum kawen-kawen.
Memang soal jodoh tu Allah tentukan tapi ikhtiar adalah usaha kita.
Of course, kita ada kriteria dalam memilih jodoh.
Kita nak yang tinggi, yang cantik, yang mata besar, yang hidung mancung, yang kelakar, yang bijak - ini semua kita decide.
However urusan menggerakkan hati, bukanlah urusan kita.
Contohnya, love at first sight.
Berjumpa sekali je, itupun tak bercakap, cuma terpandangkan Hamba Allah tu melintas tapi dah buatkan hati terpaut. Sepanjang hari teringat-ingat.
Padahal ada je orang yang kita jumpa everyday, bersembang hampir setiap hari, tapi tak meninggalkan kesan di hati.
Nak bercouple senang, takde masalah.
Tapi nak menghalalkan hubungan tu, selalu buat kita confuse.
Jangan ingat terlampau banyak pilihan je yang buat kita confuse.
Kadang-kadang takde pilihan pun boleh buatkan kita confuse.
Jodoh adalah perkara yang Allah dah tetapkan, itu semua orang tahu.
Memang takde dakwa-dakwi lagi tentang ni, tetapi macamana nak tahu dia memang ditakdirkan untuk kita - hat ni lah yang paling payah sekali.
Sebab fitrah manusia, macamana dia gila-gila pun, macamana dia huhahuha pun, bila bab pasangan hidup mesti nak cari yang boleh pikul tanggungjawab.
Itu yang kadang-kadang kita jadi terlalu cerewet memilih pasangan.
Terlampau cerewet pun payah gak.
Ada kajian cakap, manusia hanya guna 15% je daripada keseluruhan akalnya tetapi menggunakan hampir 85% daripada hatinya setiap kali mencari jawapan.
Sebab itulah agaknya manusia selalu stress, sebab kebanyakkan tindakan mengikut perasaan.
Tapi Maha Baiknya Allah, dia kurniakan kita "back-up system".
Telinga untuk mendengar, mata untuk melihat.
Bagaimana akal dan hati berfungsi bergantung kepada kita sendiri cari jawapan menggunakan segala sistem yang Allah dah bagi, termasuklah mata and telinga.
Islam adalah agama yang sempurna, yang mengatur kehidupan manusia secara proporsional, sehingga tak ada satu pun ajaran Islam kecuali membawa kemaslahatan bagi manusia itu sendiri.
Salah satunya, berkahwin.
Oleh kerana berkahwin adalah ibadah, jadi proses menuju ke sana juga mesti berlandaskan apa yang Islam mahukan.
Dan untuk memastikan calon kita adalah type yang boleh membimbing kita dan keluarga, maka kat sinilah fungsi mata telinga akal dan hati tadi.
Kita mesti perhatikan dan timbang-timbangkan sebelum move to another level.
Tapi, tak perlu cerewet sangat bila menimbang-nimbang tu.
Rasulullah saw dah bagi guideline, 3 je kita kena tengok.
Hat ni paling utama sekali iaitu - agama, harta, kecantikan.
Agama kena yang atas sekali lah.
Aku pernah tanya ustaz aku, macamana kita nak tahu orang tu beragama ke tak, sebab biasanya zaman bercinta, manusia tend to potray akhlak yang baik-baik je.
Belum tentu lagi apa yang kita nampak tu adalah dirinya yang sebenar.
Ustaz aku cakap, kalau dapat yang betul-betul faham agama adalah paling baik.
Tetapi kalau dia tahu solat, tahu puasa, tahu adab - ini pun dah dikira tahu agama.
Dalam bahasa mudah, janganlah jahil sangat sampai timbulkan masalah.
Lainlah kalau kita berani ambil tanggungjawab, jangan sampai nanti kita pun sama jadi jahil.
"Sesungguhnya perempuan itu dinikahi kerana agamanya, hartanya, kecantikannya dan nasabnya, maka pilihlah yang beragama" [Muslim dan Tirmidzi].
Melalui hadis ni, Rasulullah saw dah jelaskan dengan transparent bahawa dalam memilih calon, tak kira siapa pun dia, ada standard yang kita boleh follow - kecantikan/kehenseman, kekayaan, nasab [keturunan], dan agama.
Jadi, kalau nampak orang tu kawen dengan perempuan kaya, atau lelaki berharta, kita toksah sibuk lah kata dia kejar harta benda. Tak salah pun, boleh je.
Yang tak boleh tu kalau dia kejar laki aku. Kahkahkah.
Mana-mana manusia normal, dah tentu nak [kalau boleh] calon yang ada semua kriteria yang Rasulullaw saw sebut.
Siapalah yang tak bangga dapat pasangan hensem, kaya, bijak, keturunan baik-baik, dah tu faham agama pulak.
Itu cerita kalau dapat semua kriteria. What if kalau tak dapat?
Kat sinilah bergunanya hadis tadi.
Hadis tu sebenarnya bagi kita guideline, ketika dalam keadaan pasangan tak memenuhi standard - tak kaya, tak bijak, tak cantik, nasab tak pasti - maka perhatikanlah kalimat terakhir dari sabda Rasulullah saw, iaitu "Maka pilihlah yang beragama".
Kalau aku, aku tambah satu lagi - perangai tu biar jangan poyo.
Aku tak boleh tolerate dengan lelaki yang kontrol macho depan perempuan lain, padahal aku ada kat sebelah.
Lepas tu, setiap kali jumpa kawan-kawan, dia pulak yang gelabah lebih.
Keja-kejap tanya does he look ok? Baju dia ok tak, muka dia ok tak, gelupur tak tentu arah. Kau apesal syaiton?
Jenis lelaki macam ni, jangan dibuat jadi laki.
Chances are, dia punya poyo tu takkan berubah walau dah beranak dua [jangan tanya aku la kenapa, kau baca je dah].
Nak jadi baik 100% tu mustahillah, manusia mana terlepas dari buat dosa.
Dan kita semua masih lagi dalam proses belajar dan terus belajar memperbaiki diri.
Cuma aku bercakap melalui pengalaman.
Aku and En Wan dulu tak berapa bersungguh dalam mengamalkan agama.
Buat betul-betul yang wajib je, tak pernah terfikir lansung nak tambah-tambah dengan amalan sunat, let alone nak blaja agama.
Jadi, proses kesedaran tu jadi lama.
Kitorang bernasib baik mak bapak masih ada, keluarga pun jenis rapat, jadi nak buat jahat tu mikir jugalah 2-3 kali.
That's why mana yang muda-muda ni, yang masih mencari, kalau boleh carilah yang beragama.
Orang kalau faham agama, insyallah tanggungjawab dia memang jaga.
Tapi tak janji lah kaya berharta, tapi barokah pasti.
Hari ni genap 19 tahun dengan En Wan.
2020-05-03
Sedekah paksa
Seronok pula tengok lately ni dah ramai ustaz-ustaz yang upload kat FB/IG sumbangan and sedekah dorang.
Kebanyakkannya kata dorang jadi berani nak buat lepas tengok kesungguhan Ustaz Ebit.
Memang sepatutnya dari awal lagi dah tunjuk benda-benda baik gini.
Setakat kena kecam and dituduh riak tu biasalah, apa benda je yang tak kena kecam?
Upload gambar lempeng sardin pun kena kecam riak.
Jadi, kesimpulannya, banyak sungguh pahala pasif Ustaz Ebit.
Kerana sesiapa yang menunjukkan satu jalan kebaikan lalu orang lain berbuat sama, maka dia mendapatkan pahala yang sama.
Kan ke senang kalau kita semua fikir gini. Fikir nak cari pahala.
Ni tak. Susah-payah pulak kita nak mengkaji orang tu sedekah ikhlas ke tak.
Ikhlas ni memang senang nak cakap, tapi susah nak buat.
Kadang-kadang sedekah diam-diam pun belum tentu kita dapat rasakan diri kita ikhlas.
Habis tu, nak buat macamana? Tak payah sedekah lansung, gitu?
Tak, caranya sedekah hari-hari, supaya perkara tu jadi kebiasaan.
Bila dah terbiasa, insyallah kita rasa biasa-biasa je.
Boleh buat macam ni.
Mana-mana pusat tahfiz ke, rumah anak yatim ke, atau orang-orang perseorangan yang kita rasa valid, maka simpan details dalam henfon.
Jadi senang, hari-hari boleh transfer.
Tak perlu banyak, Allah bukan tanya banyak sikit kita bagi.
Ingat Allah tu macam kita ke sibuk nak kira sedekah orang banyak ke tak.
Paling bagus, sedekah pada waktu Subuh.
Lepas Subuh, transfer duit.
Kalau tak pun, sediakan tabung kat rumah.
Everyday, lepas Subuh, masukkan RM5 and niatkan sedekah tu terus untuk apa.
Nak buat benda yang belum jadi kebiasaan, memang berat. Nak pulak, bersedekah.
Setan memang tak suka kau bersedekah, tak kiralah terang-terangan atau sembunyi.
Dia always ada cara untuk bagi kita confuse dengan amalan kita.
Takpe, buat je.
Insyallah, kalau kita melatih diri kita sedekah dengan rutin, lama-lama dah tak rasa apa sebab dah jadi kebiasaan.
Umpama orang yang tak pernah berpuasa, nak mulakan puasa memang hazab.
Nak menunggu ke Maghrib tu banyak kali hati ni ajak minum air, tapi insyallah bila kita teruskan puasa ke hari-hari seterusnya, dah tak rasa apa.
Aku seronok bila baca FB Ustaz Ebit hari tu dia explain kerja-kerja dakwah dia.
Dia bagitau sepanjang PKP ni dia dah keluarkan lebih sejuta ringgit duit simpanan dia untuk bersedekah.
Mesti ada yang tertanya-tanya "Eh ustaz ni, berapa banyak duit dah sedekah pun nak bagitau ke?"
Jangan suudzon. Carilah hikmahnya.
Hikmahnya, dia nak ajar kita jangan takut nak sedekah banyak-banyak.
Nikmat yang Allah dah bagi kat kita terlalu banyak.
Duit yang kita keluarkan untuk sedekah, boleh jadi takkan digandakan oleh Allah dalam bentuk cash tetapi dalam bentuk lain.
Boleh jadi, sepatutnya pagi tadi kita accident cedera parah, tapi kerana sedekah kita, maka kita cedera ringan saja.
4-5 tahun lepas, kawan aku bercerita surau kawasan dia nak buat extension.
Dia kata 2-3 hari kepala asik dok pikir-pikir pasal surau tu. Macam tak tenang.
Akhirnya dia nekad keluarkan ASB RM10K, letak untuk surau.
Dia kat lepas tu terus hati dia tenang.
Sikit dia takde rasa teringat-ingat dah pada duit yang dia dah bagi.
Kadang-kadang itulah cara Allah paksa kita buat baik.
Allah nak tunjuk bahawa bahagia tu belum lagi ada pada simpanan yang banyak.
Sometimes dengan cara memberi itulah Allah datangkan bahagia dan tenang dalam hati.
Apa yang berlaku pada kawan aku adalah salah satu contoh yang aku ambik teladan, kerana benda yang sama pernah jadi pada aku.
Tahun 2015-2016 Rumah Anak Warga Perihatin asyik lalu-lalang kat newsfeed aku.
Maybe sebab owner dia Saiful Nang.
Actually aku tak sure dia owner ke, atau dia initiate ke, atau dia one of the endorser ke. I don't know.
Yang aku tahu kejap-kejap FB status pasal pasal rumah anak yatim tu lalu-lalang kat newsfeed aku, padahal aku tak follow pun.
Dah kerap sangat lalu-lalang je, eh tak boleh jadi ni.
Akhirnya one day aku klik kat salah satu post.
Akhirnya aku nekad buat ni.
Mak Long ni siapa pun aku tak taulah.
Yang aku tahu, lepas tu, aku dah tak nampak satu post pun pasal rumah anak yatim ni. Serious!
Hati aku pun dah boleh 'move on', tak fikir apa-apa dah pasal ni.
Lama aku simpan "rahsia" ni. Hari ni aku tergerak nak bagitau.
Bukan nak tunjuk aku sedekah, tapi aku nak tunjuk pada yang belum tahu bahawa Allah selalu ada cara untuk kita buat baik.
Allah hantar post FB rumah anak yatim tu bertubi-tubi as if Dia nak kata "Sampai bila kau nak sedekah sikit-sikit ni? Kau nak takut apa, duit kau tu pun Aku yang bagi".
Tapi jangan pula ada yang put pressure pada diri sendiri.
Jangan terlalu fikirkan nak sedekah banyak, yang penting kita buat dulu dengan apa yang kita ada.
Sampai masanya Allah akan ada cara untuk kita 'upgrade' nilai sedekah kita.
Jangan rasa tertekan pada nilai sedekah, Allah tak pandang.
Allah pandang sejauh mana kita sanggup berkorban rezeki yang kita ada untuk jalan Allah.
Pegang ini saja, cukup.
Sedekah adalah keperluan SEMUA ORANG.
Orang yang bersedekah perlu orang untuk diberi sedekah. Bukan sebaliknya.
Why?
Kerana kita nak hidup yang barokah.
Kaya belum tentu barokah, tapi hidup yang barokah pasti kaya.
Setiap kali bersedekah, niat untuk apa.
Kalau ada sakit, niat untuk kesembuhan.
Kalau ada hutang, niat agak dikeluarkan dari bebanan hutan.
Kalau nak kawen, niat untuk diberikan jodoh yang baik.
Kabul tak kabul jangan pikir, itu bukan urusan kita.
Sebab kita tak tahu samada apa yang kita minta tu adalah yang terbaik untuk kita.
Boleh jadi Allah tak sembuhkan kita kerana Dia nak doa kita lebih dekat padaNya.
Esok kat akhirat, kita kutip bukan sahaja pahala sedekah, tapi juga pahala berdoa [semasa berniat sedekah] dan juga pahala sabar sebab menanggung sakit.
That's why kita perlukan orang-orang susah ni supaya kita boleh bersedekah.
Kalau rasa kita mudah sakit hati dengan orang, mudah iri hati dengan orang, bersedekahlah.
Insyallah hubungan sosial kita jadi lebih baik sebab sedekah itu sendiri ada hikmahnya.
Ia menjauhkan diri kita dari sikap sombong dan angkuh.
Jadi, kalau rasa kenapa diri aku ni suka cari salah orang, selalu rasa tak puas hati dengan orang, buatlah tabung, every Subuh masukkan duit, niat supaya Allah perbaiki hubungan kita dengan manusia.
Apetah lagi dalam bulan Ramadhan ni, pahala dilipat gandakan oleh Allah.
Buatlah, semoga sedekah kita jadi bekal amalan bila berada di alam abadi nanti.
p/s : IG followers, dah ready ke 4 Mei ni ramai orang dah start keluar rumah. Dah ada hand sanitizer ke belum? Whatsapp SINI untuk free pos.
2020-04-30
Sailang customer
Status 7 tahun lepas, keluar kat FB memories today.
Hampir terlupa kejadian ni pernah berlaku.
Sebenarnya, takde istilah "sailang" customer kalau competitor kita juga berlaku adil.
Contohnya, zaman aku buat biotech supplies dulu, sorang customer boleh ada 30 supplier.
Biotech kat Malaysia ni bukannya besar sangat.
Kalau supplier ada 100 orang dan semuanya tuju kat customer yang sama, boleh imagine dia punya fight macamana?
Tetapi, kita bersainglah secara adil.
Maksudnya, masing-masing cari customer, buat appointment dengan customer, buat demo kepada customer....dan segala tok nenek proses selling and marketing, supaya close deal.
Ini baru namanya fair fight.
Bukan dengan cara kau dah tahu customer nak beli dah produk A, kau turunkan harga dan untung berapa sen je hanya nak elakkan produk kau tak mereput dalam stor.
Cara kau ni tak ubah macam kat awek-awek yang bersidai kat lorong tu, RM20 pun rembat asalkan ada bisnes.
Yang tak fair-nya, bila kau ada produk tapi kau tak cari customer.
Sebaliknya kau 'tumpang' customer orang lain untuk promote barang kau.
Just like apa yang pernah terjadi kat baju Peplum Fleur by Mrs Him dulu.
Yang tahu, tahulah how peplum ribbon tu jadi fenomena some time ago.
Masing-masing berlumba-lumba nak jadi agen untuk peplum design yang sama tapi beli dari kilang China/Vietnam.
Tahu pulak segan nak tunjuk gambar peplum sendiri sebab sedar peplum dia buruk.
Tetap nak pakai gambar peplum aku jugak.
Bila ramai yang komen PM PM PM kat ruangan komen FB Fleur by Mrs Him, si hamlau-hamlau ni direct PM setiap yang komen tu untuk offer peplum dorang.
Kononnya peplum dorang sebijik sama dengan peplum Fleur by Mrs Him tapi harga jauh lebih murah.
Hat ni yang namanya "sailang" curik customer orang.
Yang peliknya, kau punyalah gigih masuk FB aku pi PM sorang-sorang, tapi kau takde effort nak marketkan produk kau dengan cara berhemah.
Orang jual kau pun nak jual tapi tak reti nak marketkan produk sendiri, ujung-ujung curi customer orang lain.
Bagi aku agen yang macam ni adalah low class punya agen.
Jenis ni dipanggil agen-janji-jual.
Dia punya bisnes plan cumalah 'asal boleh untung'.
Takde effort nak cari customer, kedekut nak keluar duit buat marketing, lepas tu pemalas nak study pasal produk yang dia jual.
Tapi nak untung. Akai letak mana? Lutut?
Aku tak faham orang yang sanggup labur modal untuk beli stok, tapi tak sanggup labur modal untuk buat marketing.
Konsep bisnes mana dia ikut akupun aku tak faham.
Last-last jalan senang, curi customer orang lain.
Kita ni bila ada plan nak buat bisnes, tak cukup sekadar keluar duit modal semata-mata.
Mesti ada plan untuk marketkan, mesti ada plan untuk buat promotion, mesti ada plan untuk cari customer sendiri, dan yang paling penting mesti ada minat untuk kenal produk yang kau carry tu.
Bila kau ada plan, akal kau jadi panjang sikit.
Tapi bila kau takde plan, tu pasal akal kau pendek.
Aku tak suka rebut customer orang sebab banyak kerja kena buat.
Kena study produk competitor, kena cari kelemahan produk competitor dan yang paling aku menyampah buat adalah adjust price semata-mata nak beat competitor.
Memang taklah.
Aku tak nak kerja dari pagi ke malam hanya untuk turunkan harga semata-mata nak close deal.
Biar berpenat tapi puas hati bila dapat close deal dengan harga yang solid.
Dulu, kalau customer bagitau dia dah plan nak beli produk company A, aku takkan kacau deal tu.
Instead, aku create deal baru yang dia boleh guna dengan instrument yang dia purchase tadi.
You just have to be creative. Jangan semua benda nak jalan mudah.
Nak duit maybe mudah tapi nak sustain, payah.
Kita tak boleh sustain lama in business kalau kita buat jalan mudah.
Ok itu dari segi tatacara bisnes.
Kalau dari segi kerohanian, at the same time kena percaya apa yang dah ditetapkan untuk kita takkan terlepas dan apa yang terlepas, bukanlah yang terbaik untuk kita.
Masa peplum aku tengah hot dulu, memang ramai customer yang aku terlepas.
Tapi boleh tahan ramai juga yang willing untuk tunggu peplum aku.
Bagi aku simple, yang terlepas tu bukan rezeki aku untuk merasa duit dia, dan bukan juga rezeki dia nak merasa peplum 'original' aku. Ahgitewwww.
Soal rezeki ni urusan Allahm, tapi ikhtiar adalah urusan kita.
Yang disoalkan nanti bukan berapa banyak rezeki kita dapat tapi bagaimana cara kita dapatkan rezeki tu.
Jadi, dapatkanlah dengan cara yang bermaruah sebab ujung-ujung besok yang nak kena jawab kita juga.
p/s : IG followers, whatsapp SINI untuk tahu harga Ramadhan Sale GreenAard
2020-04-29
Terjal
Terbaca status FB di atas, ada orang share.
Panjang lagi ni siap ada gambar, tapi aku nak share part ni je.
Part - bawak member kerja pastu suruh tuan rumah bayar double.
Ini porch rumah lama aku.
Rumah ni memang banyak drama dengan kontraktor.
Daripada kontraktor berlesen sampailah ke kontraktor cikai - semuanya dajal.
Tapi ni aku nak cerita pasal mamat Indon yang buat lantai porch aku ni.
Kitorang nak buat lantai porch ni je, tahun 2007-2008 tengah trend pakai batu kecik-kecik.
Plannya nak pasang batu tu kat lantai and gate, tapi sebab projek tu kecik around RM5K je, jadi kontraktor cina taknak ambik.
Lagipun masa tu area Putra Heights tengah banyak rumah baru naik jadi dorang semua nak ambik projek renovation besar-besar.
Ok fine, takpe.
Tahun tu masih ramai lagi pekerja-pekerja Indon yang buat rumah, ada a few tu baik dengan kitorang.
Jadi kitorang mintak dia tanya sesiapa yang nak ambik projek rumah kitorang ni.
Ada sorang budak lelaki muda 20an datang rumah cakap dia boleh buat.
Dia biasa buat lantai pakai batu-batu kecil ni.
Bincang gitu gini gitu gini, ok kitorang hire dia.
Dia kata projek ni sikit sangat, tak berbaloi kalau nak ajak kawan-kawan join sekali jadi dia buat sorang je lah, tapi ambil masa 2 minggu.
Ok takpelah, asalkan 2 minggu siap.
Hari pertama and kedua on time.
Hari seterusnya dah start buat perangai, masuk kerja pukul 10.30am.
Kadang-kadang 11am.
Masa tu aku dah start kerja sendiri, jadi plannya, aku tunggu dia datang baru aku pergi kerja.
Bila dah asik sampai lambat, aku malas nak tunggu dah. Lantak kau asalkan kerja siap.
Bila tak nampak cara nak settle in 2 weeks time, En Wan start sound dia.
Kau datang dah la lambat, kadang-kadang pukul 3pm dah start hujan, bila nak siapnya?
Patutnya dah tahu kerja nak kena settle dalam masa 2 minggu, datanglah awal.
Pukul 8am datang, pukul 3pm dah boleh balik.
Ini tak, datang dahlah lambat, buat kerja sekejap, berenti isap rokok, berenti lunch.
Bila kitorang dah bising-bising, esok lusa dia bawak kawan datang tolong.
Nampaklah bergerak sikit projek ni.
After 3 days, waktu malam dia datang rumah nak mintak gaji.
Eh, kerja tak siap pehal nak gaji pulak?
Perjanjian awal hari tu 2 minggu kerja siap, baru bayar.
Now, dah berdalih nak advance pulak.
Kitorang tanya apesal nak gaji padahal projek belum siap.
Dia kata sebab dia nak bayar gaji kawan-kawan dia.
Lah??
Aku offer projek ni kat kau sorang.
Kau yang memandai nak ajak kawan sekali. Aku jugak ke kena tanggung masalah kau ni?
Pulak tu dia mintak kitorang bayar amount hampir 3/4 dari RM5K.
Kerja banyak lagi tak settle.
Oh, no way. Aku tak bagi.
Aku bagitau dia, aku berjanji dengan dia sorang.
Dia nak ajak 10 orang kawan tolong, itu perjanjian dia dengan kawan, takde kena-mengena dengan aku.
Kalau sorang kawan dia janji RM200, abis aku nak kena bayar RM2000 sedangkan kerja masih berbaki banyak? Hell no.
Melawan dia dengan kitorang, dia kata dia tak nak datang kerja esok.
Lantak kau lah, aku tak rugi apa-apa.
Projek ni boleh hire orang lain sambung.
Yang bodoh tu kau lah sebab se-sen pun tak dapat duit dari aku.
Malam esoknya dia datang rumah aku bawak BAPAK dia, boleh?
Siap gegar-gegar pintu gate rumah aku lagi [bangang tak reti tekan bell].
Rumah aku dulu kecik je, rapat depan belakang, jadi kalau sesiapa bertempik memang satu row boleh dengar.
Dia dah terjerit-jerit kat depan panggil kitorang. Gila kurang ajar.
Yang En Wan tak nak keluar, nak call polis.
Oh, aku mana boleh. Kau nak cari pasal dengan aku memang salah orang lah. Aku dulu terjal sikit.
Dah kau datang rumah aku cari pasal, takkan aku nak serah kat polis bulat-bulat.
Paling tak, bagi aku tampar kau sedas dua dulu.
Aku bukak pintu, dari dalam rumah aku pekik "Kau nak apa???"
Bapak dia sound aku suruh bayar duit anak dia.
Aku tanya dia "Kau cerita apa kat bapak kau? Kau cakap sekarang aku nak dengar".
Pandai takut, dia spin kata aku tak nak bayar gaji.
Aku cerita kat bapak dia tentang perjanjian aku dengan anak dia.
Sikit pun aku takde janji nak bayar kawan-kawan anak dia. Itu anak kau punya pasal.
Bapak dia pun sama bodoh rupanya.
Jenis dah tahu kebenaran pun tak nak accept.
Siap cakap "Cik, saya duduk sini dah lama tau. Saya ada IC merah tau!".
Konon nak bagitau dia hebat lah dah kenal ramai orang sini.
Aku cakap balik "Pakcik tak payah nak bangga sangat dengan IC merah tu. Saya LAHIR SINI! Saya WARGANEGARA sini! Saya RAKYAT sini. Setakat IC merah pakcik tu tak laku dengan saya. Simpan je lah".
Pakcik ni berbulu dengar aku sound dia, agaknya dia pun tak expect ada orang berani sound dia balik.
Dia gegar gate aku sambil pekik-pekik sampai jiran aku depan rumah pun keluar.
Aku rilek je pandang dua ekor monyet terencat meloncat-loncat depan gate aku.
Kejap lagi polis sampai, rupanya En Wan dah call polis.
Masa polis sampai, tetiba pakcik tu jadi sopan gila dohhhhh.
Seriously, dia punya sopan tertunduk-tunduk tu sebijik macam penjilat taik punya perangai.
Suprise gila dia boleh berlakon jadi baik macam tu depan aku.
Polis tanya budak tu dulu apa kes.
Budak tu explain, tapi sambil tergagap-gagap lah explain sebab masa dia explain tu aku berdiri betul-betul depan muka dia, aku tenunggggg je.
Benda simple.
Orang kalau tak salah, dia takkan gagap.
Giliran polis tanya En Wan, aku terus potong "Biar saya explain".
En Wan is not very good at explaining things.
Dia jenis lembut sikit, kalau dia terlalu sakit hati nanti dia explain sambil keluar air mata.
Aku malas nak lenturkan emosi aku, sementara aku tengah naik hantu ni baik kita teruskan je dengan emosi hantu.
Aku bagitau polis "Ok, encik dengar cerita saya ya. Dia ni kami upah RM5K untuk renovate porch. Kami janji hanya dengan dia. Janjinya, kerja siap 2 minggu baru bayar. Lojik ke dia berjanji dengan kawan-kawan tapi saya yang kena bayar? Abis tu kalau dia berjanji dengan sekampung gaji RM100 sehari, saya ke yang kena bayar sekampung tu?"
Polis tu toleh kat budak tu "Betul lah kakak ni cakap. Dia janji dengan kau sorang je. Lepas dia bagi duit barulah kau bayar kawan-kawan kau, apa pulak nak bayar sekarang?"
Pastu pakcik tu backup anak dia "Tapi, anak saya minta separuh dulu sebab kerja dah siap separuh".
Cantik muka kau!
Aku terus bidas "Lepas anak kau [aku pakai kau-aku je] ambik duit, dia pun blah tak datang-datang dah. Dah tu hantu mana nak siapkan kerja ni? Kerja elok-elok boleh siap 2 minggu, datang pukul 11 balik pukul 3, tau-tau nak duit. Sape ajar kau keje macam ni? Bibik aku pun aku tak pernah bagi gaji separuh tau tak. Tunggu hujung bulan baru dapat gaji."
Pung pang pung pang lebih kurang, pastu dia blah. Polis pun blah.
Tapi sebelum blah dia cakap "Esok saya datang pecahkan balik apa yang saya dah buat".
Ya Allah, bodoh takde sempadan betul kau ni.
Aku cakap "Hah elok lah kau pecah kan balik. Boleh aku dakwa kau pecah rumah orang. CCTV aku ada bersuluh kat gate tu, senang sikit nak buat bahan bukti".
Bodoh gila anak-beranak.
Dia lupa bahan-bahan aku yang beli, bukan pakai duit dia.
Sedap anak tekak kau je nak pecahkan balik.
Nak bayar gaji kawan-kawan kau pun tak lepas, ada hati nak jahanamkan rumah aku.
Esok lusa dapat new contractor, Malay, yang willing nak siapkan projek.
Mahal lah sikit dia tekan, takpelah, asal porch aku tak semak.
Aku pun tak tahu mana datang keberanian aku gertak dorang dulu.
Lansung tak terfikir dalam kepala kot orang tu nak pecah masuk rumah aku ke, or nak hantar santau ke.
Sakit hati kot, gegar-gegar rumah orang, ingat aku takut agaknya.
Sebenarnya tak lama pastu, aku ada mimpi yang pelik-pelik.
Aku mimpi ada orang tanam telur rebus 2 biji depan rumah, pastu bibik aku nampak kelibat lembaga bertenggek depan rumah.
Alhamduillah takde apa-apa. Tahun 2009 aku pindah rumah sekarang.
Sebelum kes dengan Indon ni ada satu kes lagi besar dengan kontraktor berlesen, chinese company.
Itu kes sebelum pindah masuk rumah.
Kitorang renovate dapur extend sampai habis belakang, and ubah sikit interior.
First time nak renovate rumah, excited gila.
Sekali, sampai hari kitorang pindah masuk, dapur aku masih lagi terkangkang.
Batu bata naik separuh je. Memang babi betul perangai.
Malam pertama pindah masuk, aku upah 2 orang Indon [yang kerja buat rumah area situ] untuk tido bawah tolong jagakan rumah aku.
Kes ni paling teruk so far.
Yang ni, aku pulak yang pi gegar rumah kontraktor kat Klang.
Call tak berangkat, cakap nak datang kerja tapi tak datang, bertangguh dari satu hari ke satu hari.
Kitorang buat polis report.
Tapi macam biasalah, polis mana ada masa nak layan benda-benda gini.
Jadi, lepas buat report, aku buat perangai aku pulak.
Seingat aku, 2 kali aku pi gegar rumah dia.
First time pergi, dia tak keluar.
Aku ketuk pintu rumah dia macam nak roboh sampai jiran tepi-tepi bukak tingkap lah nak tengok samseng mana buat hal.
The thing is, bini dia ada je kat dalam tapi aku tengok dia ulang-alik rilek macam takde apa.
Pekak agaknya bini kontraktor ni.
Agaknya ada jiran yang call dia sebab aku memekak kat depan, jadi bini dia keluar tanya kitorang nak apa.
Aku mintak dia call laki dia bagitau aku nak duit aku balik, kalau tak, aku tunggu depan rumah ni sampai besok biar dengan kau-kau sekali takleh keluar.
Laki dia balik bawak 3 member. Ingat aku takutlah tu.
Kalau kau belasah aku kat kawasan rumah kau ni memang kau bodohlah sebab jiran-jiran semua boleh nampak.
Lagipun aku dah buat polis report dulu.
En Wan ajak aku balik.
En Wan ni yang satu perangai aku menyampah, dia suka play safe.
Nak berlembut tak kena tempat.
Duit kau berpuluh ribu kontraktor dah cekau, rumah terbengkalai, masih nak bertolak-ansur?
Memang tak la wei.
Kontraktor tu ajak aku masuk dalam rumah dia untuk bincang.
Banyak gak lah dia tabur janji manis. Pastu kitorang balik.
Esoknya sampai 3-4 hari tetapppp takde pekerja datang siapkan kerja.
Again, aku naik hantu. Pergi balik rumah dia.
Kali ni dia tak bukak-bukak pintu rumah.
Aku tak kira, aku gendang pintu dia.
Lantak kau lah. Kalau pecah pun, pintu rumah kau.
En Wan macam biasa "Jomlah Di balik". Tapi muka stress nak nangis.
Apa benda ntah. Setakat tunggu orang 1-2 jam pun dah givap.
Kau patut jadi sales exec la bang.
Aku dah biasa sangat kerja menunggu customer selama aku kerja sale ni.
Takde hal lah setakat nak tunggu 2 jam sambil gendang pintu rumah orang.
2 jam lebih aku bergendang depan tu, last-last dia balik.
Bawak geng jugak.
Elok je dia sampai, bini dia bukak pintu.
La ada kat dalam rupanya. Mesti stress 2 jam aku hentak pintu dia.
Bini dia bukak pintu dengan menjeling kat laki dia sampai nak terkeluar biji mata aku tengok.
Mesti dah bergaduh siap-siap kat phone tu.
Aku tak masuk rumah kali ni, saja je aku nak bincang kat luar rumah biar jiran-jiran tahu dia menipu duit orang.
Suara aku kan kuat, saje je aku berdiri jauh sikit dari dia supaya aku boleh tinggikan suara aku.
Biar satu apartment dengar.
Esoknya dia hantar sorang staff settlekan dapur aku. Settle.
Tapi macam taik lah buat kerja.
Sampah biar, lansung tak cat dinding.
Tak kisahlah, janji dapur aku siap.
Setakat cat tu kitorang laki bini boleh buat.
Benda-benda macam ni selalu terjadi, ikut nasiblah jugak.
Ada yang dapat ganti rugi, ada yang gone, ada yang willing sambung habiskan keje tapi keje macam taik.
Tak kisahlah keje kau macam taik pun, asalkan aku tak rugi teruk.
Yang penting, aku fight sampai aku dapat hak aku.
Itu last kot aku buat perangai setan.
Tu yang kadang-kadang kalau aku jalan-jalan kat mall nampak minah-minah bajet gengster dengan tangan pakai bandana cakap ala-ala pailang, aku macam alah dikkkk.
Kau jangan nak bajet sangat ya.
Akak ni pakai jubah hitam serbah-serbih sebab nak mengelakkan dari terjebak kembali ke lembah pailang je.
Takyah nak kerek dengan aku. Sekali aku libas, makan tumit kau nanti.
p/s : IG followers, whatsapp SINI untuk tahu harga Ramadhan Sale GreenAard
2020-04-28
Jalan cerita cinta tak selalunya sweet
Blog post aku yang INI, ada yang pernah tanya soalan, tapi aku takde masa yang panjang nak menjawab.
Dia tanya kalaulah lelaki yang suka kat aku tu bukan En Wan, aku nak tak terima dia as suami untuk larikan diri dari exbf?
Jawapannya, MEMANG TAK LAH! 😂😂😂😂
First thing first, aku tak mencari pun replacement sebenarnya.
Dalam situasi aku yang serabut gitu, aku tak terfikir pun nak buat jalan cerita hidup aku macam tu.
Serik lagi ada.
First time bercinta pun dah banyak drama, kau rasa?
Kebetulan aku memang kenal dah En Wan dengan nickname "kimutaku" dalam chatroom.
Aku dah pernah chat dengan dia sekali.
Aku tak ingat bila, tapi time tu semester break.
Pak Aji baru pasang internet kat rumah.
Aku ajar adik aku, Ima main chat.
Nak tunjukkan kat Ima contoh nak start, aku pi klik nama "kimutaku".
Aku cakap "Ha, ni contoh kalau nak start chat. Kita klik nama ni, pastu tengok dia reply ke tak".
Eh sekali Kimutaku reply.
Standardlah reply - A/S/L. Hahaha [yang tau, taulah]
Seingat aku tak lama pun chat, sebab objektif cuma nak tunjukkan contoh je.
Rasanya masa first time chat tu pun aku tak tahu En Wan ada kat Jepun.
Nama Kimutaku tu pun aku tak tau rupanya nama Jepun.
Berbulan-bulan lamanya, aku tak sentuh chat, dalam 6-7 bulan juga.
Selepas tu aku aku dah banyak 'free time' sebab masa bertenet tu dah takde.
Aku dah officially break dengan exbf waktu ni.
Sesekali aku masuk library pinjam computer, layan chat.
One day, aku nampak nama Kimutaku online, aku try tegur.
Aku bagitau yang aku pernah chat dengan dia before this but that was long ago.
Surprisingly dia ingat lagi nickname aku.
So we all sembang lebih kurang.
Agaknya time tu dia pun tengah free, jadi dapatlah sembang panjang.
Barulah aku tahu dia student Jepun, gitu gini...etc.
Nampak tak macamana Allah atur jalan jodoh tu?
Dah pernah chat sekali, tapi lepas tu hilang dari radar 6-7 bulan, then jumpa balik.
Aku bukan kaki lepak library, jadi aku jarang masuk library, let alone nak ke bilik komputer.
Until one day, masa kelas Microbiology kalau tak salah, colleague aku Nuds [Nadia Ilyas], bagitau "Diana, budak chat nama Kimutaku kirim salam".
Aku macam....oh, dia ingat aku rupanya. Ok, fine.
Lepas tu,aku try masuk lab komputer untuk chatting.
Nampak nama dia, aku bagitau aku tak berapa suka lepak library.
Kalau rasa nak contact aku, boleh tulis surat.
We exchanged address.
Aku yang start hantar surat dulu pada dia.
Aku kan peramah.
Lagipun, masa tu seronok dapat kenal someone yang study kat Jepun, sebab aku kan pernah pegi Jepun juga.
Aku plan nak cerita kat dia pasal family angkat aku kat sana, kalau dia boleh tolong carikan sebab aku nak sangat contact balik family tu.
Surat pertama aku 4-5 helai kertas kajang.
Aku memang suka menceceh [that's why blog post aku panjang-panjang].
En Wan surprised sangat baca surat aku, dia kata first time dapat surat berhelai-helai tulis depan belakang.
Dia kata masa baca surat aku tu seolah-olah aku ada depan dia tengah bercakap dengan dia.
Dia kata aku kelakar sebab dia baca surat aku gelak terbahak-bahak sampai keluar airmata.
Aku rasa maybe itu X factor aku yang buatkan dia cair. Kahkahkahkah.
Cut story short, berbalas-balas surat. Aku hantar gambar aku dulu.
Bukan gambar aku sorang, siap dengan gambar adik-adik aku pun aku hantar.
Aku banyak cerita pasal family aku, that's the reason aku bagi gambar adik-adik aku sekali.
Masa tu aku rasa bagus juga ada kawan untuk bersembang, selain dari kawan-kawan kat kolej ni.
En Wan hantar gambar dia lambat, sebab aku pun tak mintak.
Tapi bila dia hantar gambar, dia bagi hint dia suka kat aku.
Waktu ni la aku tetiba PLINGGGG, dapat idea untuk 'gunakan' situasi ni nak sakitkan hati exbf aku.
Aku bukan nak exbf aku balik, aku cuma saja nak kenakan dia balik supaya dia tak rasa dia hebat sangat.
Biasalahkan, masing-masing darah muda, senang nak naik hantu.
Kau buat aku, aku buat kau balik. Ha, gitu kekdahnya.
Oh, bukti pengakuan wajib simpan u olls.
Masa aku baca dia hint ni aku macam....gini ke style budak engine ngorat? Kejungnya.
Tak romantik lansung!
Tapi aku tak menaruh harapan sangat sebab aku pun tak rasa apa-apa.
Lagipun budak duduk overseas, ke sana sini dengan kereta sport, kau rasa dia serious ke?
Dah takde sangat pompuan kat sana sampai nak kena cari gf dalam chat?
Haa..gitulah anggapan aku dulu.
Disebabkan aku tak rasa dia serious, jadi aku teruskan misi untuk gunakan gambar dia as "pakwe" aku.
Aku letak gamba dia dalam frame, bubuh atas meja study.
Masa ni 2nd year, aku duduk dalam kolej, ramai budak-budak lain duduk luar.
Jadi, aku jadikan bilik aku persinggahan.
Sesiapa nak lepak bilik aku, mandi ke, tido ke, sementara nak tunggu time class masing-masing, silakan lepak bilik aku.
Dengan harapan ada yang nampak gambar "pakwe" aku dengan kereta sportnya, lantas menggosipkan aku biar sampai ke telinga exbf.
Ok, sampai situ saja.
The rest is history.
Jadi bagi menjawab soalan yang awal-awal tadi, kalaulah lelaki itu bukan En Wan, adakah aku sanggup gamble life aku kawen dengan lelaki tu?
Jawapannya tak.
Sebab aku "pilih" En Wan sebab dia ada ciri-ciri yang aku perlukan untuk sakitkan hati exbf aku.
Kalau dia takde ciri-ciri tu, dari awal lagi aku tak pick dia.
Nak sakitkan hati exbf, haruslah dapat "pakwe" yang serba-serbi lagi power dari ex, betul tak?
Kalau ex lagi power, kejadah apanya nak sakitkan hati. Karang hati aku yang sakit bila kena gelak.
Aku pun tak pernah expect benda ni berpanjangan sampai kawen.
Aku ingat just nak lepaskan satu beban masalah je.
Tapi tu lah, dah aku yang start the game kan, maka aku kena habiskanlah.
Nak menghabiskan drama ni memang hazabedah.
Kalau buat slot Akasia ni mau 78 episod.
Yang jelasnya, soal jodoh ni memang bukan kat tangan kita.
Aku tak bercinta zaman skolah.
Jadi aku selalu membayangkan bila bercinta tu semua yang indah-indah je, barulah kekal sampai ke pelamin.
Tapi rupanya tak, tak payah indah sangat pun boleh sampai pelamin.
Kadang kalau tengok drama-drama hero and heroin kena kawen paksa, last-last suka, eh rasa cliche gila jalan cerita.
Menyampah tau tak, menyampah!
Tapi rupanya kena kat diri sendiri.
Cuma aku and En Wan bukan kawen paksa, cuma aku yang terpaksa berkahwin untuk habiskan game yang aku dah start. Memang kerja gila.
Takdelah kata aku tak suka En Wan lansung.
Cuma bila aku sendiri yang start the game, aku jadi confuse dengan pilihan aku.
Aku rasa cuak sebab aku tak sempat kenal En Wan sangat.
Aku jadi takut kalau-kalau En Wan rupanya lagi teruk dari exbf aku dulu.
Tak reti nak explain apa sebenarnya yang aku rasa.
Aku ingat lagi masa malam pertamam En Wan tido rumah.
Masa tu makcik pakcik and cousin aku semua masih ada.
Semua tengah tengok cerita P Ramlee time tu.
Aku turun bawah tengok En Wan tengah duduk bersila sebelah pakcik-pakcik aku, bersembang.
Aku terus ke dapur cedok nasi and lauk and duduk bersila depan tv join cousin-cousin aku.
Makcik aku jegilkan biji mata kat aku "Eh, kau makan tak reti ajak laki kau ke?"
Aku terus pandang En Wan "Nak nasik?"
Geleng kepala mak cik aku.
Pastu pakcik aku sound "Diana, cuba buatkan air untuk Wan ni".
Aku pi dapur bawak air dalam mug, and hulur gitu je kat En Wan.
Pakcik aku pandang aku geleng kepala.
Dia kata "Gitu je? Takde alas, takde dulang?"
Takde sorang pun tahu aku tengah berperang dengan diri sendiri masa tu.
Aku masih belum sure aku buat keputusan yang betul, that explains why aku layan dia macam tu.
Memang confuse gila aku masa tu.
Bila En Wan jauh, aku tertunggu-tunggu. Bila dia dekat, aku buat dek.
Penyakit apa aku tak taulah.
At some point aku rasa frust sebab jalan cerita cinta aku tak macam yang aku imagine.
Biasalah orang pompuan kalau berangan semua nak yang sweet-sweet.
Kiranya complete lah pakej aku ni : frust tak dapat jalan cerita yang sweet, ditambah lagi dengan kawen dengan tak sepenuh hati sayang, ditambah lagi dengan takut suami lagi teruk dari ex, ditambah dengan masih teringat mamat Kuching = disaster feeling.
Nak lupakan semua at the same time nak develop rasa sayang pada suami sepenuh hati tu sangat bercelaru nau rasanya.
Jangan tanyalah berapa lama masa aku ambil, aku pun dah lupa.
Cuma tu lah, jalan cerita kita tak sama.
Jangan terbawa-bawa dengan jalan cerita cinta dalam drama.
Tak semua yang berkahwen tu perlu lalu jalan cerita yang sweet, atau perlu bercinta bagai nak rak terlebih dulu.
Carilah tempat di mana kita dihargai, bukan hanya diperlukan.
Sebab ramai yang datang kerana perlu, tetapi lupa cara menghargai.
But someday, akan ada someone yang buat kita yakin bahawa dia adalah sebaik-baik pilihan, yang mampu buatkan hati kita terus menetap tanpa pernah terfikir untuk berubah tempat.
p/s : IG followers, whatsapp SINI untuk tahu harga Ramadhan Sale GreenAard
2020-04-27
Customer ada yang banyak songeh
Tak sangka ada lagi yang tak faham istilah COD.
Sejenis yang tak nak bertanya apa maksudnya COD.
Dia ambik mudah anggap COD tu adalah tak payah pos.
Dah tu, kalau tak payah pos, barang tu sampai kat mata kau guna khidmat tok bomoh kelapa 2 bijik ke?
Orang sebut COD, kau pun nak sebut COD, tapi tak tahu hujung pangkal.
Bila dengar ada charge penghantaran, terus kensel.
Ada yang lagi bengap, pi question "Eh, tapi kan tak payah pos? Kenapa nak ada caj pulak?"
Karang kalau aku cakap bangang, sentap.
COD = Cash on delivery.
Maknanya, penerima/pembeli buat pembayaran at the time of delivery.
Barang sampai depan pintu, kau bayar dan ambil.
Maksudnya, kalau harga produk tu RM100 termasuk pos, kau tetap kena bayar harga yang sama dengan COD. Tak berkurang se-sen pun.
COD ni kelebihan untuk customer yang takut ditipu.
Jadi, dia boleh bayar bila barang betul-betul sampai kat tangan.
Takde kaitan dengan diskaun penghantaran lansung.
Kalau nak free delivery charge, itu namanya SELF-COLLECT.
Kau datang tempat seller, ambik sendiri barang.
Ok yang ni, kau bayar barang sahaja, tanpa perlu bayar cak penghantaran.
Hari tu aku nampak someone share conversation dia dengan customer.
Customer tanya "Habis tu kalau awak caj duit minyak awal untuk COD, dah tu saya pi collect, duit minyak saya macamana pulak?"
Eh hello, dengar sini aku cakap.
Seller letak caj PENGHANTARAN, bukan caj PENGUTIPAN.
Kau nak beli barang tanpa ada kos PENGHANTARAN, no choice, kau kena datang ambik.
Jadi, bila kau taknak bayar caj penghantaran, agak-agak apa cara barang tu nak sampai kat kau?
Nak suruh seller bela jin hantar kat kau?
Kau pi mall beli barang pun keluar duit minyak, duit toll, duit tambang bagai, kan?
Ada kau mintak mall reimburse duit minyak, duit tol, duit parking kau segala?
So apa bezanya kalau kau datang ambik barang kat seller.
Selalunya, kalau ikut pengalaman aku 12 tahun in bisnes, yang berkira sangat dengan kos penghantaran ni bukannya beli banyak pun, tapi dia punya songeh macamkan beli beribu.
Samalah juga dengan free gift.
Dari zaman aku jual barang biotek lagi dah ada penyakit ni.
Belinya tak seberapa, tapi mintak sponsor, mintak free gift, macamkan dia key customer.
Yang key customer beli beratus ribu sikit tak mintak free gift ke apa, dorang selalu mintak sponsor 1-2 student pi seminar atau talk.
Tapi yang beli sikit-sikit ni, raya cina mintak sponsor oren, raya puasa mintak sponsor open house [office], tu belum lagi kalau ada program fakulti segala tok nenek permohonan sponsor keluar.
Belinya sikit, mintak kemain banyak.
Dah la sebelum close deal minta macam-macam diskaun and gift dah.
Time PKP ni banyak pulak cerita orang berkira nak bayar runner/grab delivery.
Adoiyaiii, kau nak bayar barang nak mencekik sendiri pun berkira ke.
Orang dah hantar sampai ke depan pintu, kau nak macamana lagi.
Bila netizen share artikel orang susah miskin melarat, kau tanya kenapa orang kampung tak bantu, tapi kau buat benda yang sama kat rider.
Kau tak malu ke beli barang harga RM100 boleh, tapi nak sedekah rider extra RM3 pun berkira?
Daripada dulu aku always cakap kat anak-anak buah aku - jangan buang masa layan orang yang banyak songeh.
Kau dapat penat.
Songeh yang macamana?
Kalau yang tanya pasal produk - ini bukan songeh.
Ini adalah marketing.
Bila ada orang bertanya, this is good.
This is the time kita marketkan our product dengan cara explain tentang our product.
Yang jenis songeh ni jenis "Free gift tu gift apa eh?"
"Kalau saya tak nak free gift, boleh tak tukar nilai gift ke diskaun?"
"Kenapa orang tu boleh bagi harga kurang RM5, awak tak boleh?"
"Boleh tak masukkan dalam kotak, and belikan kad tulis Happy Birthday?"
Haaa...gitu songehnya.
Beli nak harga diskaun, pastu request wish card letak ribbon bagai. Ewahhh.
Kau nak bagi hadiah kat orang pun berkira ke?
Ramai blog readers aku ni agen untuk barang-barang kosmetik.
Ada yang mengadu kat aku macamana nak handle customer yang mintak diskaun padahal harga barang RM25 je.
Aku cakap "Jangan layan".
No, bukan aku pandang lekeh nilai RM25 tu tapi tak berbaloi nak dapatkan RM25 melayan karenah manusia yang macam tu.
Sebenarnya lagi senang jual benda mahal dari jual benda murah. Seriously.
Benda mahal, yang beli adalah orang yang ada duit.
Not necessarily banyak duit, tapi ada duit.
Duit bukan masalah untuk mereka as long as they dapat produk tu.
Bila jual benda murah, yang beli selalunya dari kalangan yang berkira.
Bukan golongan tak mampu tau, tapi golongan berkira.
Sebabkan dia jenis berkiralah maka dia go for cheap produk DAN lepas tu buat perangai songeh.
Dah bagi murah, nak murah lagi, tapi demand bukan main tinggi, komplen pun macam-macam.
Salah satu contohnya, produk hand sanitizer aku.
Customer ni tak beli dengan aku, dia request dari FB XZIZ.
Mula-mula mintak MSDS.
Kita bagi.
Pastu dia tanya dah buat lab testing ke? [obviously dia tak tahu ini lab product, tapi soalan mesti mau konfiden kan].
Kita bagi dia product specs.
Pastu sikit masa lagi dia tanya ada KKM tak.
Kita pun bagi nombor NOT KKM.
Ujung-ujung senyap.
Aku instruct staff aku PM dia sehari 4 kali tanya "So, cik nak order berapa botol? Semua dokumen kita dah bagi. Kalau nak beli 1000 botol, bos bagi diskaun."
Saje je nak spam inbox dia.
Senyap sepi sampai ke sudah tak berjawab-jawab.
Nak sangat kan, meh sini aku menganjing kau balik.
Sebab tu aku cakap, jenis yang banyak songeh ni samada beli tak banyak atau tak beli lansung.
Tapi dia punya demand, macamkan nak beli 1 lori.
Tak, aku tak hangin pun dia tak beli.
Aku dah boleh agak dah from the very beginning sebab aku dah masak sangat dah dengan spesis macam ni.
Baik online atau offline, spesis ni wujud.
Cuma aku saja mintak staff aku melayan supaya dorang ada experience handle karenah customer.
Customer ada macam-macam jenis.
Aku pun seorang customer.
Aku kategorikan diri aku as "mission customer".
Aku pernah beli barang dengan a few blog readers/followers, and aku rasa dorang tahu style aku beli barang macamana.
Aku pilih, beli dan bayar. Settle.
Customer on mission selalunya dia dah tahu apa dia nak.
Even kalau aku pi mall pun, aku tak suka wander around. Penat and buang masa.
Aku terus tuju tempat aku nak pegi, beli dan balik.
Kalau aku tak nak balik pun aku akan cari tempat makan.
Tapi kalau nak tengok aku singgah satu kedai, masuk, keluar, masuk kedai lain, keluar - memang tak.
Tapi shoppers on a mission ni ada perangai sikit.
Dia tak suka menunggu.
As a seller, customer ni kau kena bagi perhatian dulu sebab ini confirm deal because dia dah tau apa dia nak, dia dah pilih barang dah pun, tinggal tunggu kau bagi total je.
JANGAN UPSELL.
Kira terus total barang dia, mudahkan uruskan pembayaran, maka komisyen kau selamat.
Tak payah nak offer "Kita juga ada barang A dan barang B..." - NO NEED!
Jenis customer on a mission ni dia tau apa dia nak dan dia tau apa dia tak perlu.
Kalau kau nak promote atau upsell, buat kat confused customer.
Confused customer ni dia berminat dengan produk tapi dia tak sure apa yang dia patut beli.
Ok, yang ni kau boleh promote and ajak dia sembang.
Orang-orang ni perlukan bantuan untuk decide apa yang dia patut beli sesuai dengan keperluan dia.
Educate them on what they need to know.
Tanya dia soalan.
Apa yang dorang cari, ada masalah ke nak faham produk, apa ciri masalah dorang hadapi, apa yang dorang tahu atau belum tahu tentang produk tu, etc.
Aku suka customer macam ni.
Kita as seller pun senang nak decide what produk sesuai untuk selesaikan masalah dia.
Yang paling aku menyampah, jenis yang aku cakap awal tadilah - bargain hunter.
Kerjanya hanya nak dapat diskaun, free give, free delivery and harga murah.
They are after the lowest price and brand loyalty doesn't really come into play here.
They don't care pun what your product can do, dia always go for cheapest price only.
Kadang dah dapat yang murah pun, next time kalau ada brand lain yang lebih murah dia akan beli brand tu pulak.
Dia tak stay pada satu-satu brand.
Kalau nak attract bargain hunter, kau kena sediakan 1-2 produk sampingan yang harga lebih rendah dan kualiti rendah sikit dari your master produk.
Bukan produk takde kualiti, tapi kualitinya rendah sikit.
Maybe packaging tak secantik yang master, atau kuantiti kurangkan sikit.
Tapi selalunya orang gini, nak benda murah tapi nak segala tip top.
Yang paling best adalah Regular Customer.
Sebab itulah GreenAard buat sistem point, untuk mengharga regular customer.
Apa-apa special deal, kita akan dulukan regular customer.
Dorang ni yang akan dapat tahu dulu apa-apa upcoming and new deal.
Kita email atau whatsapp them personally, especially kalau ada limited gift.
Sebab tu, yang beli GreenAard, please create akaun. Insyallah, tak rugi.
Hari ni dah start officially kita blast to all customers Ramadhan Sale.
Sila check SMS masing-masing.
Kalau tak dapat SMS, Whatsapp SINI untuk tahu harga sale.
We are KKM approved.
Subscribe to:
Posts (Atom)







