2020-05-05
Penat nak menguruskan dunia. Serahkan pada allah.
Manusia lahir ke dunia dengan membawa sepakej masalah.
Lahir-lahir ke dunia je kita dah bagi masalah kat mak bapak.
Habis terganggu segala rutin dorang sejak ada kita.
Tapi untungnya, kasih sayang mereka mengalahkan segala masalah yang kita bawa.
Semua manusia ada masalah.
Yang menganggur, masalahnya risau takde kerja, takde pendapatan.
Yang bekerja, masalahnya kerja banyak nak kejar deadline.
Yang berniaga, masalahnya nak kejar sales target.
Jadi, jangan kita ingat masalah kita berat sangat, belum tahu lagi.
Sedangkan Allah bagi masalah sama-rata pada semua orang sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Jangankan yang tak berduit, yang berduit, berharta, terkenal pun ada masalah juga.
Lately ni nampak yang kaya, yang famous, manjang kena attack dek netizen.
Itu masalah yang Allah bagi pada dorang.
Maksudnya, takde sorang manusia dijamin terselamat dari masalah.
Bak kata ustaz aku, masalah akan jadi bermasalah bila manusia sibuk nak settlekan sendiri masalah tu.
Aku tanya balik ustaz "Tapi kalau kita tak selesaikan, boleh ke masalah tu settle sendiri? Nak taknak kena cari jalan keluar jugak".
Rilek je ustaz tembak aku balik "Memang dijamin settle ke kalau kamu selesaikan?"
Hahaha. Dush. Dush.
Abu Salam yang mendengar Rasulullah saw bersabda, "Seseorang yang istiqomah membaca zikir ini 3 kali setiap pagi dan petang berupa Rodhitu billahi robba wa bil islami dina wa bi muhammadin nabiyya (aku rela Allah menjadi tuhanku, Islam agamaku, dan Nabi Muhammad nabiku) maka pasti mendapat keredhaan Allah sampai hari kiamat".
Kalau siapa rajin baca Al-Mathurat, mesti dah biasa dengan zikir ni.
Maksud dari zikir ni adalah, bila kita redha Allah menjadi Tuhan kita, maka kita kena percaya Dia boleh uruskan segala urusan dan Dialah sebaik-baik pentadbir.
Ustaz ajar, bila ada masalah, yang pertama sekali bukan selesaikan masalah tetapi solat sunat taubat dulu.
Minta ampun kerana semua masalah berpunca dari dosa-dosa kita [ada hadis tentang ni tapi aku malas cari].
Then pelan-pelan cari penyelesaian.
Kalau ikut pengalaman aku, cara ni memang berkesan.
Kadang-kadang masalah tu tak settle pun lagi tapi hati rasa lapang je.
Bila hati lapang, banyak benda jadi mudah.
Lepas satu, satu kita mula nampak jalan penyelesaiannya.
Yang sebenarnya, bukan Allah tak bagi lansung kita settlekan masalah.
Usaha tetap kena buat sebab usaha itulah markah pahala kita.
Cuma Allah nak tengok aturan kita dalam menyelesaikan masalah, samada kita bergantung pada Dia dulu atau pada kudrat kita dulu.
Eh letih tau kalau kita nak manage sendiri urusan dunia.
Banyak benda nak kena pikir, nak kena timbang-timbangkan, banyak hati perlu dijaga, banyak kepala nak kena handle - lama-lama burn out, masalah tak settle gak. Oh jem.
Actually, segala panik, risau, bimbang, gelisah muncul sebab kita fokus nak settlekan sendiri masalah sorang-sorang.
Kita berpenat-penat gunakan tenaga, fikiran and hati untuk manage masalah, sampaikan nak beribadah pun takde mood sibuk nak settlekan masalah.
Inilah punca awal kenapa kita susah rasa tenang and bahagia.
Dah lah semuanya kita nak buat sendiri, pulak tu ibadah sampai tertinggal.
Mana nak datang pertolongan Allah kalau gini caranya.
Kita lupa Allah itu Maha Menolong.
Rugi kita ada Tuhan yang Maha Menolong kalau semua kita nak buat sorang.
Jadi Hamba Allah ni kena tau kedudukan kita.
Nama pun hamba, jadi jangan melebih-lebih kita pulak dari Tuan.
Kerana ketika kita taat, kita akan jadi orang yang bertakwa.
Ketika kita jadi orang bertakwa, Allah akan hadirkan solution untuk kita.
Aku dulu pernah macam ni.
Berhempas-pulas settle semua benda sendiri.
Selagi benda tak settle, situlah aku duduk mengadap, kerah semua tenaga, fikiran untuk settelkan masalah tu.
Sampaikan solat Zohor pun hujung-hujung waktu dek kerana nak mendahulukan masalah yang belum settle ni.
That's why aku cakap, bila manusia terlalu condong kepada dunia, urusan akhirat confirm menjauh.
Buat hanya sekadar buat, cukupkan syarat. Buat hanya yang wajib. Buat sunat kalau free.
Padahal penyelesaian masalah bukan ada di tangan kita.
Pernah tak kita rasa segan bila berdoa sebab kita tahu kita tak pernah bermati-matian untuk jaga zikir, tak pernah berjuang kuat untuk bangun solat malam, tak pernah bersungguh buat rutin baca Al-Quran - tapi bila berdoa bukan main panjang permintaannya? Pernah tak?
Kalau tak pernah, baguslah. Aku pernah.
Pernah rasa segannya nak mintak macam-macam sedangkan solat pun hujung waktu.
Allah memang tak pernah berkira dalam urusan memberi, cuma kita ni tak ada rasa malu ke mintak banyak, buat sikit?
Alangkan customer beli sikit tapi demand nak macam-macam pun kita dah bengkek.
Imagine Allah mengadap perangai kita yang culas ibadah bertahun-tahun.
Oh sebut pasal aku teringat satu benda.
Benda ni berlaku 4-5 tahun lepas, masa tu aku di kelas agama.
Setiap 1 jam, henfon aku bunyi alarm.
Tau aku set alarm untuk apa? - Untuk minum air.
Aku set reminder setiap jam supaya aku tak lupa nak minum air, misi untuk jaga kecantikan and kurus katanya.
Kawan sekelas aku waktu tu, seorang kakak yang sangat baik.
Dia ni dah hafal banyak surah, hafal banyak hadis, tapi masih lagi ambik kelas agama untuk belajar.
Dia puji aku "Disiplinnya Diana ni buat jadual minum air. Diana ni mesti orangnya sangat structured, kan?".
Cewah, aku senyum.
Pastu dia tanya "Ada tak Diana buat reminder untuk urusan ibadah?"
DANGGGGG!
Aku honest bagitau "Takde kak. Saya set azan untuk solat and alarm nak bangun tahajud je"
Dia kata "Urusan simple minum air pun Diana buat jadual. Padahal belum tahu lagi kita sempat rasa kurus, kan. Tapi mati tu dah pasti kita jumpa. Bagus kalau Diana set jadual untuk ibadah sekali. Akak tak sedisiplin Diana. Kalau Diana buat sekali dengan akak, mesti akak boleh disiplin".
Pehhh, ayat dia power weh. Dia puji aku baekkkkk punya.
Padahal aku tahu ibadah dia lagi hebat.
Tengok macamana cara orang berdakwah, kan.
Merendah dirinya dia semata-mata nak tarik aku buat benda yang sama.
Dakwah dia menjadi.
Ok berbalik pada entry asal, serahkan balik pada Allah, itu lebih mudah.
Benda ni kalau kita fikirkan, memang tak lojik.
Tapi rumus matematik Allah tak akan pernah terjangkau oleh manusia.
Maka jangan kita sekalipun bergantung pada diri sendiri bila berdepan dengan apa-apa masalah, baik ringan ataupun berat. Pulangkan balik pada Allah.
Nah aku belanja doa satu. Ayat aku tak best sangat, ubahlah kalau nak ubah :
"Ya Allah, aku tak mampu menghindari diriku dari apa yang aku benci. Dalam masa yang sama aku tak berdaya untuk dapatkan apa yang aku inginkan. Segala urusan di luar kekuasaanku. Aku tak mahu tergadai diriku oleh perbuatanku. Jangan Engkau jadikan ujian dalam urusan agamaku. Jangan Engkau jadikan urusan duniaku sebagai kesusahan terbesarku. Jangan Engkau jadikan orang yang tak mengasihaniku sebagai pemimpinku. Dan jangan Engkau beri kegembiraan pada musuh di atas penderitaanku. Ya Allah yang Maha Mengurus Segala Sesuatu, aku serahkan semua urusan duniaku kepadaMu kerana Engkau sebaik-baik Pentadbir."
p/s : Promo free postage hand sanitizer masih on until 8 May.