Cerita Rindu Awak 200% ni aku rasa dah lama dah, zaman Zul Ariffin kurus.
Percaya tak, aku baru tengok last week? Itupun sampai episod 14.
Pastu aku terus jump ke 2 episod terakhir [27-28]. Tak larat aku nak continue.
Aku sejenis tak berapa gigih nak layan drama series panjang-panjang gini.
Walau aku tak follow cerita ni dari mula sampai akhir, aku tahu endingnya sweet.
Mau tak sweet kalau hero-heroine dah sweet? Pecah TV karang kalau tak happy ending.
Cerita ni tentang Zul and Ayda yang kahwin diaturkan oleh keluarga.
Zul terima Ayda selepas dapat petunjuk itulah jodoh istikharahnya.
Yang si Ayda pulak setuju kawen dengan Zul sebab nak sakitkan hati exbf.
Ok THIS!
This perangai Ayda, dah macam perangai aku dulu.
Aku kawen dengan En Wan pada mulanya memang sebab nak larikan diri dari exbf.
Cuma bezanya, Ayda kawen sebab nak sakitkan hati exbf.
Aku pulak nak selamatkan diri dari exbf. Nak buat dia berhenti kacau aku.
Kemain sedap lagi aku maki hamun si Ayda masa tengok cerita ni.
Sakit hati sebab dah terang-terang laki kau baik, kau tetap nak berbaik-baik dengan exbf.
Tapi tu lah masalahnya, gitulah exactly perangai aku dulu!
[maybe tu lah antara sebab kenapa aku tak nak continue tengok drama tu. Menyampah tengok perangai sendiri, maybe?]
Ingat tak aku pernah cerita dalam tempoh bertunang aku pernah ada 'skandal' dengan mamat Kuching tu?
Karakter mamat tu memang just like apa yang aku imagine selama ni.
Someone yang always aku gambarkan untuk jadi husband aku.
Sempurna sangat dia kat mata aku.
Johnny Depp pernah kata "Kalau kamu betul-betul cintakan seseorang, kamu takkan jatuh cinta pada orang lain dalam masa yang sama. Tetapi, kalau itu terjadi, maka pilihlah yang kedua because clearly you don't love the first person".
Itulah yang jadi kat aku dulu.
Bila rasa cinta dalam hati tak kuat, memang payah nak setia.
Aku terima En Wan sebab nak larikan diri dari exbf, bukan kerana aku betul-betul sayang.
Aku kenal En Wan di tengah-tengah kekalutan aku bercelaru dengan exbf, pulak tu tak pernah bertemu muka dengan En Wan, jadi kalau aku tak boleh nak benar-benar sayangkan dia, itu adalah lojik.
Especially bila aku lalui traumatic experience dengan exbf, serik betul rasanya nak fall in love lagi.
Kalau ye pun, takkanlah secepat tu.
Tapi jahatnya aku, bila En Wan kata dia suka kat aku, aku melayan.
Kerana misi aku cuma satu waktu tu - aku nak selamatkan diri.
Nekad betul aku perjudikan future aku semata-mata nak selamatkan diri.
Hari nikah, adalah kali ke-3 En Wan balik Malaysia.
Kali pertama jumpa, Dec 1998, declare as boifren-girlfren.
Kali kedua jumpa August 1999, bertunang.
Kali ketiga jumpa, 2001 En Wan back for good untuk nikah.
Aku rasa even BFF aku pun tak tahu aku sedang gamble life aku.
Dalam tempoh selepas bertunang, aku confuse dengan diri sendiri.
Nak kata sayang En Wan, maybe ada.
Sebab aku tahu dia layan aku baik, jadi aku take advantage.
Dalam masa aku berkenalan dengan lelaki lain, at the same time juga aku marah-marah kalau En Wan tak call aku.
Eh memang sebijik nau dengan perangai Ayda dalam cerita tu.
Suami depan mata, kau tak layan. Bila suami tak layan kau, kau sakit hati.
Bila aku ingat-ingat balik kenapa aku se-nekad ni gamble future aku untuk lelaki yang aku tak cinta sepenuh hati, maybe waktu ni aku sebenarnya dah give up nak bercinta.
Sedangkan dengan exbf yang berjumpa everyda, bertenet every nite, ke mana-mana berdua, masih lagi barai tengah jalan, what can I expect from a guy yang kenal kat chatroom dan jumpa pun sesekali?
Dah lah masa tu aku tak suka orang pantai timur.
Seriously, aku tak expect much dengan seorang Wan Mohd Ridzuan.
Bagi aku, as long as dia sayang aku lebih, itu paling penting.
Because aku dah malas nak sayang orang lebih. Penat.
Maybe itulah punca kenapa dalam tempoh bertunang aku 'aktif' mencari true love.
Aku nak cuba-cuba cari manalah tahu jumpa dengan true love.
Untung sabut timbul konsepnya.
Tahun 2000, aku hampir putus tunang dengan En Wan.
Masa ni aku dah kerja ni MOSTI [Kementerian Sains].
En Wan masih habiskan degree, tapi most of his frens dah balik Malaysia.
Rezeki En Wan dapat kawan-kawan yang baik.
Bolehlah pulak some of his frens ternampak aku keluar dengan mamat lain kat KL, laporan tu terus sampai ke Jepun.
Bergaduh teruk aku dengan dia masa tu.
Memang aku salah, tapi aku tak sampai hati nak bagitau punca aku berkawan dengan lelaki lain sebab aku belum boleh sayang dia sepenuh hati.
Imagine, aku dah bertunang, lepas tu aku kenal dengan lelaki yang match dengan karakter yang aku suka, and that guy pun suka kat aku, pastu tetiba tunang kau dapat tahu dan mengamuk. Kau rasa?
Memang aku dengan rela hati mintak putus.
Aku cakap aku boleh pulangkan cincin tunang tu anytime [padahal masa tu aku tak pakai pun cincin tunang tu, ya Allah setannya aku].
Bila aku tengok cerita Rindu Awal 200% part Ayda kerap mintak cerai, memang teringat betul kesetanan aku dulu.
Aku tak taulah kenapa En Wan bertahan.
Selain dari betul-betul sayangkan aku, aku rasa dia nak jaga air muka mak bapak dia.
Because dalam keluarga En Wan, hanya dia sorang saja yang buat proper majlis - merisik and bertunang.
Dia buat sebab nak mak bapak dia merasa kawenkan anak dengan aturan yang beradat.
En Wan ni sejenis anak yang taat kat mak bapak.
Dia bercakap dengan arwah ayah pun tunduk je.
Tak macam aku, siap boleh tido atas katil sebelah Mak Aji, biarkan Pak Aji tido bawah atas tilam.
Kawan En Wan pernah call aku and warned aku jangan buat perangai belakang En Wan.
Masa tu dalam hati aku "Eleh, kau pulak yang lebih!"
Tapi boleh jadi kawan-kawan dia tahu En Wan sayangkan aku.
Sorang junior dia pernah bagitau, masa hari pertama En Wan dapat gambar aku [dari surat], dia panggil junior-junior yang sama-sama main chat.
Dia tunjuk gambar aku and cakap "Pernah jumpa budak chat nama FREEDA? Ni orangnya. Jangan kacau ya, aku nak mengorat".
Cara men-sound tu macamkan aku ni hot sangat iras-iras Emma Maembong!
Semuanya bermula dari gambar ni.
Kerana gambar inilah, aku mulakan misi aku.
Lepas En Wan terima gambar aku, dia hantar gambar ni.
Masa ni aku terus "YES!!!".
YES apa?
YES, sebab mamat ni ada material yang boleh buatkan aku menang dengan exbf aku.
Budak ni study overseas.
Budak ni ada kereta sport.
Budak ni orang berduit.
Great!
Aku sengaja letakkan gambar ini atas meja study bilik aku.
Biar sesiapa yang masuk bilik aku nampak gambar ni, biar dorang start gossip, biar cerita ni sampai ke telinga exbf aku.
Biar kau tahu kau kalah!
Kau ingat aku tak boleh cari pengganti kau?
See my level lah.
Aku dapat bertingkat-tingkat lagi better dari kau, biar kau menonggeng meroyan!
Sekali betul dia meroyan weh.
Sampai jadi macam-macam kes kat sana.
Kes nak bunuh aku, nak bunuh diri, nak kelar aku, nak kelar diri.
Drama sangat.
Aku ingatkan nak acah-acahkan aje, sekali dia buat u-turn nak aku balik.
Bila tak dapat, mulalah buat macam-macam drama.
Dah jadi drama, aku yang naik gebalah.
Bila dah gelabah sangat, aku mintak kawan aku [Muniratul] tolong tuliskan email ke Wan bagitau keadaan aku kat sini.
Surprisingly En Wan terus call aku [guna henfon kawan aku].
"Boleh tunggu sampai bulan 8, tak? Please bertahan. Wan balik, kita tunang".
Aku macam...huh??
Dah la keadaan aku huru-hara kat sini.
And now kau nak expect aku bagitau Mak Aji aku nak bertunang sedangkan belum habis belajar?
Ni namanya nak menambahkan serabut.
Tapi En Wan rupanya instruct Mok merisik melalui panggilan telefon, untuk 'booking' aku.
Maybe cara dia gentle buatkan Mak Aji benarkan aku bertunang dalam tempoh belajar.
Aku pun macam tak percaya seorang Mak Aji boleh benarkan aku bertunang time blaja.
Seriously sampai sekarang aku macam tak percaya.
Maybe inilah cara Allah temukan jodoh aku.
Bila Mak Aji accept, aku lega.
Memang lega sangat-sangatlah sebab ini adalah peluang paling baik untuk aku selamatkan diri.
Exbf takkan boleh buat hal lagi because hubungan aku dengan En Wan dapat restu keluarga.
RESTU is the keyword yang paling mahal waktu tu.
Masa tu aku tak pikir panjang dah, lantak lah apa nak jadi selepas bertunang, itu aku pikir kemudian.
As for now, bertunang dulu, at least satu masalah dah settle.
Gila betul aku dulu. Gamble all the way.
Perjudikan future diri sendiri.
At the same time, pergunakan En Wan [I'm honestly hurt when I write this].
Hingga ke hari nak kawen, aku masih lagi tak fully 100% yakin aku sayangkan En Wan.
Aku go with the flow.
Dia baik, dia sayang sangat kat aku, tapi tu lah, bila kau dah pernah bercouple dengan lelaki saiko, kau jadi paranoid.
Aku pasrah.
Aku pernah sayang sangat dengan someone tapi akhirnya aku sakit.
So kalau keputusan aku terima En Wan tak membahagiakan aku, asalkan dia tak menyakitkan hati, I'm ok.
Hari Rabu, 2 hari sebelum nikah, aku masih bekerja di Awana Genting Highlands, ada meeting.
Aku keluar kejap dari meeting room nak ambil makanan kat meja buffet luar.
Masa tu the bosses dah masuk bilik meeting, aku makan selepas bosses selesai makan.
Masa aku keluar tengah ambil makanan, aku nampak kelibat yang aku cukup kenal tengah tercari-cari bilik meeting.
En Wan.
Gigih dia panjat Genting nak jumpa aku. Siap ambik half day.
Waktu tu nak jumpa aku kat rumah dah tak boleh sebab kena halau dengan makcik-makcik aku.
Adat orang melayu katanya, dah dekat hari kawen jangan berjumpa.
Masa dia kata "Abang cari Di. Rindu".
That short moment buatkan aku rasa "Kau nak cari apa lagi, Diana?"
Dah ada orang sayang kau, terima je lah. Kau bukannya hot sangat pun.
So now camana? Dah 100% sayang?
Of course la, 200%!
Dah 19 tahun dah pun. Alhamdulillah.
Dengan segala perangai dia yang annoying suka membahan aku tu, aku terima seadanya.
Rupanya cinta itu memang boleh dipupuk, walau asalnya terpaksa atau dipaksa.
Yang penting adalah restu mak bapak.
Insyallah, kalau mak bapak restu, cinta itu akan datang juga akhirnya.
Hari ni botol hand sanitizer 250ml bertukar baru - ISI FORM SINI.